Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, June 1, 2016
Nasi Itu Sedap
Assalammualaikum readers,
Hari ni saya rasa mengantuk sangat. Badan rasa letih.
Saya tahu apa puncanya. Nasi! Sebenarnya dah masuk dua tahun saya cuma ambil nasi seminggu sekali sahaja. Beberapa bulan kebelakangan ni, sejak saya dilanda masalah, pemakanan saya sangat tidak teratur. Saya boleh hidup dengan hanya minum air tanpa makan selama tiga hari berturut-turut. Minum airpun bukan sebab nak kenyang. Minum bila terasa dahaga je. Begitu kuat pengaruh emosi terhadap diri saya. Ramai yang tegur saya dah kurus. Malah ada yang kata nampak macam berpenyakit. Saya kata, saya diet so semua orang akan terus diam. Yelah, dietkan pilihan saya. Bila bebanan perasaan ni kurang, saya makan supaya dapat menampung sekiranya selera hilang semula (minta-minta jauh. Tak nak berulang lagi). Mula-mula saya makan nasi lebih dari sekali seminggu, saya rasa badan saya OK. Nasi tu kan best dengan pelbagai lauk. Saya anak jati Melayu nasi tetap sedap pada saya meskipun dah lama kurang makan nasi. Bila ingat puasa dah nak dekat, sayapun makanlah nasi beberapa kali seminggu.
Alkisahnya bermula semalam, saya mula rasa letih dan mengantuk. Mungkin kerana saya berpuasa. Tapi letih dan mengantuk tu melampau sedangkan tidur saya cukup malah hampir terlebih. Masa berbuka saya makan nasi lagi semalam. Dan hari ni keletihan dan mengantuk ni semakin menjadi-jadi. Kalau semalam mengantuk mula selepas lunch, hari ni pagi-pagi lagi saya dah rasa mengantuk yang amat. Rasa mengantuk dan letih ni satu macam dan inilah yang saya rasakan setiap kali saya makan nasi. Sebab tu saya ambil nasi hari minggu supaya saya boleh tidur selama mana yang boleh selepas makan nasi. Sekiranya saya makan nasi selepas aktiviti lasak, saya akan OK, tak mengantuk.
Kesimpulannya, tabiat saya yang alah pada nasi ni masih ada. So mulai hari ni saya kena balik ke diet asal saya, tanpa nasi atau nasi sekali sahaja seminggu. Walaupun bulan puasa, mengikut pengalaman tahun lepas, nasi perlu dielakkan untuk berbuka dan sahur kalau tidak, saya akan letih dan mengantuk sepanjang hari. Sebaliknya, tanpa nasi waktu berbuka dan sahur saya akan cergas dan kuat seharian.
Hehehe menu yang tergambar dalam kepala saya untuk berbuka petang karang adalah mihun goreng tomyam. Masaklah nak tunggu habis office hour hari ni. Waktu tulis blog nipun dah banyak kali saya menguap. Saya jadi sangat teruk bila makan nasi. Tak tahulah kenapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment