SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, April 27, 2017

Staff Purchase

Assalammualaikum semua, Saja nak sembang dengan korang dulu sebelum saya balik. Saya kat mana? Kat office la. Walaupun FB saya dah on, saya tetap suka bercerita di sini. Eksklusif di blog kononnya. Sebab kat sini, hanya orang-orang yang betul-betul nak tahu tentang saya je akan berkunjung ke sini. Kalau di FB tu, orang tak nak tahu fasal kitapun akan baca bila kita update. Cuma gambar saya je yang jadi hak FB setakat ni. Hehehehe... Kalau tiba-tiba nak letak gambar saya kat sini nanti tak tahulah kan. Hari ni, pagi-pagi saya dah hangin. Fasal transport la, apa lagi? Asyik nak kena pergi naik Air Asia naik grab je. Menyampah saya. Boleh adjust, tapi malas. Lepas tu, kita yang dah book lama ni pulak yang jadi mangsa dek orang yang last minute ni. Lily: Hari ni you all pergi naik Grab ya. Saya: Kenapa? Lily: Transport clash. Saya: Clash kenapa? Lily: Banyak schedule hari ni. Sibuk. Saya: Apa yang sibuk tu? Lily: Banyak tempat nak pergi, ambil ayamlah... Saya: Jangan cakap sibuk. I nak tahu, ke mana driver pergi? Dia ni tak boleh dibiarkan. Kadang-kadang, boleh adjust, tapi malas nak fikir. Penjaga transport dah mula berubah suara. Nak nangis. Dia ni memang ratu air mata. Pedulikan. Sebab dia ni perlu diberi pengajaran. Bla... Bla... Bla... Saya: Asyik suruh naik Grab je. Bukan murah nak pergi sana tu. Bagi tahu your boss, suruh dia manage betul-betul. Orang yang pergi dekat-dekatlah naik Grab. Kami nak advance. Lily: Sariza, you pergi ambil advance. Haaa... Ni lagi menimbulkan kemarahan saya. Dia yang patut sediakan advance, dia suruh assistance saya pulak. Saya: No, you yang ambil. Sebelum ni Zura yang bagi kami advance. Bukan kami pergi ambil. You jaga transport, you uruskanlah. Kenapa pulak kami nak kena buat? Kalau macam tu senang jelah kerja you. Main suruh je. Lagi dia nak nangis. Last-last boss saya kata, pakai duit dia. Ish... Lagi saya bengang. Boss saya ni mengada. Orang nak bagi pengajaran pada si Lily ni, dia pergi buat offer pulak. Lantak dialah, bukan duit saya, duit dia. Dah dia bermurah hati sangat. Tak apa, hari ni kau selamat, esok lusa siap kau. Dia ni memang suka mengelak kerja. Mujur bukan saya boss dia. Ah, boss dengan anak buah sama jelah. Tak lama lepas tu, terus mood saya baik. Kenapa? Staff Lancôme whatsapp me. 'Salam kak. Akak nak tak Perfume Lancôme Miracle? Saya boleh bagi akak staff purchase if akak nak. Ada orang order and canceled' Hehehe... Sebenarnya saya tak tahu bau Miracle ni macam mana. Esok baru nak pergi bau. Esok, kalau beli RM360.00 dapat baucer RM110.00 tau. Perfume tu tengok dululah. Saya nak beli sun block ni.

Monday, April 24, 2017

Kawan-kawan Maya

Assalammualaikum semua, Alhamdulillah, hari ni saya kembali ke Facebook. Bukan kerana saya telah pulih sepenuhnya. Tapi demi kawan-kawan yang bersusah-payah mencari saya. Nak-naknya kawan-kawan belajar dulu yang saya tiada contact di alam nyata. Semoga Facebook ini membawa manfaat buat saya dan friends saya. Bukan Facebook yang membawa mudharat. Insya-Allah.

Sunday, April 23, 2017

Gerakan Mencari

Saya menerima Whatsapp dari classmate merangkap roomate masa kat UiTM dulu, Siti. Dia tanya saya di mana? Sihat ke tak? Katanya dah lama dia dan rakan-rakan cari saya. Katanya, Tina, Fiza dan Didi pun selalu tertanya-tanya ke mana saya menghilang. Rasanya dah setahun tak ada di Facebook. Mereka ingat saya dah balik kampung. Mereka tertanya-tanya apa dah jadi dengan saya. Katanya, dia orang hampir-hampir buat group Whatsapp nak cari saya. Ya Allah, masih ada orang yang menghargai saya. Yang peduli akan saya. Yang mencari saya tatkala saya menghilang. Yang ambil berat tentang saya. Siti bertanyakan saya. Kenapa dengan saya? Kenapa sebegitu saya menghilangkan diri? Kawan yang duduk sebilik lebih dari dua tahun, pastinya masak dengan perangai kita. Pastinya dia mampu membaca, ada sesuatu yang tidak kena dengan kawannya ni. Lalu, saya menceritakan padanya apa yang berlaku. Diapun tahu tentang saya dengan awak sebelum ni. Siti tanya saya: Siti: Dia tahu tak, selain daripada kau jadi mayang mengurai keringkan rambut sambil bersimpuh kat bawah kipas, kau ni pandai sapu rumah, mop rumah dan masak? Saya: Ya Allah Siti, dia sendiri pernah cakap dengan aku masa ambil aku keluar, rumah aku cantik, lantai licin dan bersih. Kalah rumah dia. Masa dia tumpang tandas, dia cakap dengan aku dan housemate, tandas aku berkilat. Dan aku pernah masakkan dia. Paling simple goreng karipap untuk dia. Siti: Untunglah dia, masa bercinta kau dah goreng karipap untuk dia. Aku langsung tak pernah masak apa masa bercinta dulu. Aku rasa dia rugi tinggalkan kau. Memang dia salahlah. Saya: Entahlah Siti. Tu kata kau. Orang kalau dah tak suka, semuanya buruk, semuanya tak elok. Siti: Dah, kau jangan buang masa untuk orang yang macam tu. Sisihkan dia dari hidup kau. Kalau tak ada jodoh kat sini, Allah bagi kat sana. Kau bina kerjaya kau. Cari duit banyak-banyak. Pergi holiday. Tu lagi awesome. Saya: Memanglah awesome. Tapi kadang-kadang kita sunyi. Siti: Betul jugak. Nanti kalau kau bosan Whatsapp aku. Kau jangan hilang lagi dari kita orang tau. Penat kita orang cari kau. Nasib aku hafal nombor kau. Saya: Kau hafal nombor aku? Rambut kau kan lurus, dah beranak pulak tu. Macam mana ingat nombor aku? Saja saya perli dia. Masa duduk sama dulu, dia suka lupa. Bila aku marah dia, alasan dia, rambut dia lurus, so ingatan senang gugur terus jatuh je tak ada sekatan. Aku cakap, akupun sama tapi tak lupa macam kau. Bila dia dah beranak, dia kata, ingatan kurang sebab beranak. Banyaklah dia. Siti: Tulah, tak semena-mena ingat pulak nombor kau. Tapi aku confirm dengan Tina betul tak nombor kau yang aku hafal tu. Saya: Mujur Minah tu safe nombor aku at last. Kalau tak, asyik PM FB aku je minta nombor. Siti: Kau tunggulah, nanti dia orang pulak soal siasat kau. Aku dah bagi tahu Didi yang aku dah jumpa kau. Nanti Didi call kau la tu. Saya: Alamak, kena bersedia dengan jawapanlah kan. Siti: Kau jangan hilang dari kita orang dah tau. Hehehe... Saya tak hilang dari korang semua. Saya sayang dan rindu korang. Rindu zaman belajar dulu. Kalau si Tina telefon, habislah. Mulut dia tu macam bertih goreng, masaklah telinga saya ni kena bebel. Siti kata nanti set satu masa nak ambil saya pergi makan. Siti tanya saya, kenapa tak bagi tahu aku awal fasal mamat tu? Meh aku bagi sedas dua kat dia. Saya kata, tak payahlah. Dia dah tak nak. Biarlah dia. Teringat Tina. Dia wartawan bidang kecantikan. Last sebelum saya hilang, dia nak bagi saya kosmetik yang dia dapat. Wartawankan selalu dapat macam-macam produk nak-naknya yang kerja di bahagian kecantikan. Rindunya kat dia orang semua. Rindu kat kawan-kawan FB. Patutlah hati saya ni rindu sangat kat FB. Rupanya ada orang cuba menjejaki saya. Macam mana Siti tahu saya pandai masak? Hahaha masa kat UiTM dulu kami curi-curi bawa multi cooker dan rice cooker. Siti selalu suruh saya yang masak. Nak-naknya untuk sahur. Buka puasapun dia suruh saya. Kadang-kadang dia ponteng kelas, duduk bilik. Saya pergi kelas. Nak masak, dia tunggu saya balik masakkan dia. Kadang-kadang, bila dia nak masak, dia suruh saya sediakan bahan. Dia tukang campak dan campur je dalam multi cooker tu. Hehehehe kelakar. Kawan-kawan lain macam tak suka dia buat macam tu. Tapi saya happy sebab, tu maknanya dia anggap saya sama je macam kawan-kawan dia yang lain. Sapu dengan mop pun selalu saya buat. Dia orang kan selalu kata, kalau saya mop lantai, boleh jadi cermin lantai tu. Dia orang kata, penat nak ikut cara saya, mop sampai tiga kali. Hehehe sama macam sekarang. Macam tulah jugak saya. Hari nipun saya sapu dan mop. Penatlah jugak, basuh dua bilik air lagi. Siti kata lagi, cinta saya hebat, macam Alif Arsyad. Hehehehe

My Air Asia's Student

Student saya di Air Asia sememangnya macam-macam. Ada yang pasif, ada yang aktif, ada yang hiper. Hehehehe... Kalau yang pasif tu, kadang-kadang saya rasa bengang. Faham ke tidak sebenarnya apa yang saya ajar? Nak jawabpun takut-takut. Pada hal, bila tiba di Air Asia, perwatakan saya yang tegas dan serius di office terus bertukar menjadi ceria dan lembut. Kadang-kadang saya rasa Air Asia mampu menghibur hati saya. Kalau saya marah pagi tu kat office, sampai sana je, mood saya mesti OK. Saya boleh ketawa dengan gelagat mereka. Kebanyakan dia orang ni kelakar-kelakar. Yang aktif tu, macam biasalah. Ramah, kelakar, bagi jawapanpun boleh buat kita ketawa. Kadang-kadang soalan diapun tak boleh belah. Kalau yang hiper, masaklah saya kena goreng dengan dia orang. Mengusik je sepanjang kelas. Kadang-kadang muka saya panas dan merah menahan malu dengan usikan mereka. Yang paling nakal dalam kelas tulah yang saya boleh ingat nama dia. Ada beberapa nama yang saya ingat, Aqil, anak kepada steward Malaysia Airline. Nampak macam baik, tapi nakal jugak. Tapi suka mencari ruang untuk berbual dengan saya. Steward baru. Belum pernah fly as a steward. Sanggup berhenti kolej sebab nak jadi steward. Johari, nakal. Nak rahsiakan nama dia dari pengetahuan saya. Asyik bagi tahu saya nama kawan dia. Marah kawan dia. Tapi tersasul nama sendiri masa saya panggil dia buat demo kat depan. Kantaoi! Hahaha. Dia ni guess service staff. Ganny, senior steward. Nakal. Boleh buat ujian kat kita pulak waktu demo. Hehehe... Bila saya tanya dia, "What?" Dia jawab, "I'm testing you miss. Just want to know you know or not," Semestinya kelas gamat ketawa. Intan, Stewardess. Datang untuk recurrent class. Nakal, banyak cakap dan kelakar. Asyik suruh orang datang demo dengan saya. Last-last saya panggil dia datang depan buat demo. Yani, stewardess, datang untuk innicial class. Very sensitive. Asyik nak nangis je kerjanya bila cerita fasal blind. Nak guna perkataan blindpun dia rasa sedih. So I ask, "Blind sensitive or you sensitive,", "Why you are so sensitive when we talk about blind?" Dia ni bekas pramugari Rayani Air. Wandi, My god!!! Tak pernah lagi saya jumpa student yang lebih nakal dari dia. Mengusik saya je kerjanya sepanjang kelas. Sampai saya rasa malu dan terkaku nak cakap bila dia bagi pick up line. Dia ni steward. Bukan dalam kelas je dia usik saya. Jumpa kat luar kelaspun dia sibuk nak mengusik saya. Pantang nampak saya. Assistant sayapun dah masak dengan perangai dia. Salam, senior steward. Dah 14 tahun jadi steward. Kelakar, banyak cakap, dia cakap ikut sedap mulut dia je nak cakap apa, sporting. Kalau yang luar negara tu, selalunya behave sikit. Mungkin dia orang tak biasa. Tapi saya pernah dapat kelas steward and stewardess dari India yang suka mengusik. Masa tu ada campur sikit dengan Malaysian. Memang hiper kelas tu. Bila saya nak close class, dia orang tanya, "Miss, do you have Facebook?" "No, I dont have," "Laaa... Kenapa miss tak buat Facebook? Kalau tak boleh contact kat FB," "Before I have, but now i'm deactivate my Facebook." "Why? Openlah miss." "Why, miss?" Tanya yang lain. "Because of my personal reason," Saya senyum. "Is it because of heart broken miss?" Tanya salah sorang steward dari India. Saya ketawa dan kelas juga gamat ketawa. "Ala... Tak bolehlah nak keep in touch dengan miss," "I'll activate my FB comming soon," Bilapun saya tak tahu. "We are waiting miss." Banyaklah dia orang punya waiting. "What is your FB's name, miss?" "Just search my name. But now I'm not there," "But, you can fine me on Twitter or blog if you are Malaysian. Because my blog in Malay," "What is your blog miss?" "Suria Khatulistiwa." Tak tahulah dia orang buka ke tidak blog ni. Hehehe... Kan sibuk bly. Konsep Air Asia kan rajin fly banyak duit. Hehehe... Oh ya, recurrent tu untuk staff yang dah lama kerja. Datang untuk refreshment. Biasalah, airline ni berapa lama sekali dia orang kena masuk kelas balik. Innicial pulak, staff baru dan kali pertama masuk kelas kita. Selalunya dia orang ni, bila saya minta maaf di akhir kelas, dia orang akan cakap "No miss, you tak buat salahpun," "Miss, dont say that. We are glad to have you here," "Miss, sedihlah. Jangan cakap macam tu," Dan saya akan jawab, "This is reality. Hope to see you soon," Ada jugak yang cepat-cepat minta nak bergambar. Kadang-kadang dah bergambar satu kelas, ada yang minta nak bergambar sorang-sorang atau dua tiga orang. Ada yang cepat-cepat update FB gambar kami. Ada yang minta dengan assistant saya nak jumpa saya. Selalunya yang pernah masuk kelas saya, bila sesi praktikal, masa assistant saya observe student yang saya ajar. Dia orang akan tanya, "Kak, instruktor mana yang datang? Miss Tinta ke? Nak jumpa dia boleh?" dan assistant saya akan panggilan saya dan temukan dengan dia orang. Saya sayang mereka semua. Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya dan boss akan mengajar di Malaysia Airline pulak. Doakan ya semua. Sekarang ni, masih dalam perbincangan dan boss saya tengah siapkan proposal untuk present depan mereka nanti. Harapnya akan diterima. Tapi kelas untuk Malaysia Airline ni dekat dengan rumah saya. Kat Kelana Jaya ni je akademinya. Pasti lain pulak suasananya. Saya buat firefly hari tu pun beza dengan sikap Air Asia ni. Dua-duanya best. Mohon kalian doakan kemajuan dan kejayaan saya. Semoga kita sama-sama berjaya. Insya-Allah, amin.

Rindu Facebook

Hari ni, hati saya meronta-ronta rindukan Facebook. Kenapa ya? Ada apa yang menarik di sana sehingga saya merinduinya? Adakah ini masa yang sesuai untuk saya kembali ke Facebook? Kembalilah waktu larut malam dan hapuskan semua orang-orang yang tak sepatutnya ada di Facebook saya.

Gambar Profil Whatsapp

Assalammualaikum readers, Awal kan saya update blog hari ni? Hahaha... Saya belum tidurpun. Sungguh macam-macam manusia mi. Whatsapp saya dah lama tak bertukar gambarnya. Ramai pulak yang peka pada profil Whatsapp saya tak kira lelaki atau perempuan, walaupun tak selalu Whatsapp saya. Mereka suruh saya tukar gambar profil Whatsapp saya. Pramugari yang baru saya kenalpun dah pandai komen suruh saya tukar gambar profil tu. Hehehehe macam mana nak tukar? Gambar lawa tak ada. OK, saya dah tukar gambar profil Whatsapp saya :) Tadaaaa...

Saturday, April 22, 2017

Hati Yang Tersinggung

Hai readers, Buat apa tu? Mesti best kan bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan? Saya? Saya masih di rumah kedua saya, my office. Baru je siapkan skrip untuk video koporat untuk tayangan pada 6 Mei nanti. Kan ada big event. Rasa lenguh sangat lengan, bahu, tengkuk dan belakang ni. Nak urut badan, kawan yang duduk dekat rumah tu kata tak buat urut dekat rumah. Tak tahulah kalau dia ingat saya nak urut free. Saya bukan jenis macam tu. Kawanpun saya akan bayar sebab itu sumber rezeki dia orang kan? Nak walk in kat kedai susah sikit Brickfields ni sebab kebanyakan juruurut perempuan kena book dulu. Ada sesetengah kedai saya tak prefer nak pergi bukan tak suka dengan kedai tu tapi malas kalau orang bercakap atau takut ada yang tak senang bila saya berkunjung. Manusia ni kan macam-macam. Nak urut kat kedai yang selalu saya pergi, tak book awal lepas tu sayapun tak tahu habis kerja pukul berapa. Ingat tadi orang dekat rumah buat kat rumah urut ni. So bolehlah saya pergi mengurut sebelum tidur. Lepas tu terus tidur. Mesti best. Tak apalah. Tak ada rezekilah tu namanya. Nanti bila baring hilanglah agaknya lenguh-lenguh ni. Kalau tak hilang jugak, kalau tak ada yang memanggil saya ke office, bolehlah saya pergi kedai esok. Skrip dah dihantar, takut ada yang komen pulak, kenalah betulkan. Saya kena siapkan skrip ni sebelum hari Selasa sebab Selasa nanti team pemilih gambar, editor dan muzik nak mulakan kerja dia orang. Skripkan tulang belakang sesuatu video. Kalau skrip tak siap, macam mana kerja dia orang nak jalan? Nanti semua orang tuding jari kat saya pulak. Patutlah berat je hati saya nak ke Perak bila Kak Intan ajak ke rumahnya minggu ni. Rupanya ada kerja yang menanti saya. Dia orang ni, awal-awal tak nak fikir habis-habis. Tak nak buat decision betul-betul. Dah last minute barulah nak suruh kita buat. Masa tak banyak. Kitalah yang kena stay kat office buat semua ni. Boleh je kalau saya biarkan tak nak buat. Bukan kerja sayapun. Tapi saya bukan jenis yang macam tu. Bila diarahkan, saya akan buat sehabis baik. Ia kan melibatkan nama baik kita. Reputasi saya pasti terjejas kalau saya buat sambil lewa. Alasan dia orang masukkan saya dalam team buat video ni sebab saya graduan dalam bidang ni. OK, saya terima. Tapi janganlah last minute, sebab saya dalam bidang ni, pasti saya lebih cerewet untuk buat skrip ni. Bukan senang nak dapat ayat yang cantik. Tu jelah yang mampu saya buat dalam masa terhad ni. Kadang-kadang saya rasa tersinggung dengan management. Boss baru ni tak tahu apa-apa tentang sikap staf kat sini. So bila meeting, dia panggil manager je yang kononnya terror sangat tu. Kami orang bawah, tak dipanggil. Si manager pulak, masuk meeting, perap, dekat dateline baru bagi kat kita suruh buat. Yang bukan manager masukpun yang blur blur. Depan orang besar, semua angguk, semua boleh, semua OK. Tapi hampeh. Tak buat apapun. Hasilnya ziro! Orang besar tekanpun tak jalan. At last, si ikan bilislah yang kena. Saya sebenarnya tak kisah berapa banyak kerjapun nak bagi kat saya. Insya-Allah saya boleh buat dan siapkan ikut dateline. Saya rasa, kalau dia orang suruh saya buat Aksesibiliti Dan Advokasi, Sport And Recreation dan PR pun saya mampu. Tapi biarlah sesuai dengan gaji kan? Kalau orang nak kita buat yang terbaik, kitapun mestilah nak yang terbaik. Betul tak? Mungkin Allah nak uji saya supaya saya kuat dan cekal. Kadang-kadang, kita buat sehabis baik. Tapi orang tak appreciate pun. Bilan kita nak dipromot naik jawatan, nak dinaikkan gaji, orang tak sokongpun. Mujurlah ada board members yang kenal dan tahu kerja saya. Setelah bersusah-payah dia orang fight untuk saya, akhirnya dapat jugak. Tapi saya bengang. Sedih bila mengenangkan perbualan dengan boss besar dua tiga hari lepas. Hari tu, saya mendapat berita yang gaji baru saya berkuatkuasa bulan ni. Alhamdulillah, lega saya rasa sebab saya nak guna duit untuk renovate rumah. Kalau gaji naik, bolehlah buat tampung. Memang abah ada offer nak tambah lagi peruntukan untuk saya renovate rumah. Tapi seganlah. Biar saya usaha dulu. Kalau terpaksa, saya mintalah dengan abah. Saya tahu, minggu lepas, proses membuat gaji bermula sebab gaji kami kan 26 hari bulan setiap bulan. Saya Tanya HR, jadi ke gaji baru saya dan beberapa orang lagi yang dapat adjustment gaji berkuatkuasa bulan ni? Kakak tu cakap tak dapat apa-apa arahan lagi. Dah dua tiga kali saya Tanya, masih sama jawapannya. Yang kawan-kawan saya ni pulak, Tanya sendiri tak nak. Asyik duk Tanya saya. Selasa ni, saya nak Tanya boss HR sendiri. Untuk mendapatkan cerita sebenar, saya tanyalah GM. GM kata, tunggu increament orang yang ramai-ramai dulu. Apa ni? Setahu saya, adjustment berkuatkuasa bulan ni. Increament tu fasa kedua nanti. Tak bolehlah macam ni, naik pangkat dah nak setahun. Kerja bertambah. Kalau saya ni jenis malas tak apalah. Tapi takkanlah tak Nampak saya selalu stay back. Saya bukan buat kerja saya je. Kerja board members lagi, kerja department lain lagi. Ya Allah, kenapalah dia orang ni macam ni? Tak kesian ke dekat staff bawahan? Tambah saya kecil hati dalam meeting big event minggu lepas. Dahlah minggu ni saya tak dapat nikmati cuti tiga hari macam orang lain. Saya diminta siapkan skrip. Adjustment tak dapat. Nampak gaya kerja orang lain nak bagi kat saya pulak tu. Saya diminta menjadi pengacara majlis untuk majlis formal. Majlis kat luar dewan, dia suruh orang luar dua orang. Depan-depan saya dia cakap, dua emcee luar tu akan dibayar. Habis saya? OK, saya tak perlu dibayar sebab saya ni staff. Tapi korang fikir tak apa yang korang buat kat saya? Dahlah adjustment gaji ditangguhkan, macam tak penting. Sedangkan saya memerlukannya. Saya dah niat nak belanja keluarga saya dengan adjustment tu, nak kumpul untuk renovate rumah. Lepas tu, kerja bukan kerja saya suruh saya buat sampai cuti sayapun terganggu. Suruh saya tolong kerja department lain. Takkanlah tak boleh ada sedikit budi bicara untuk saya? Jadi pengacara formal bukan senang. Saya buat skrip sendiri. Kena datang rehearsal. Yang dua orang tu, tak yah buat apa-apa. Datang lenggang-lenggok, celoteh entah apa-apa, cakap merapupun tak apa. Tak ada siapa kisah sebab majlis suka-suka kat luar. Berapa patah sangat dia orang nak bercakap? Petang tu ada banyak persembahan. Masapun tak panjang. Itu boleh pulak dibayar. Kalau panggil pengacara luar, boleh bayar, kadang-kadang, skrippun staff yang kena buat. Senangnya hidup dia orang. Ada orang yang masuk meeting sebelum ni cakap, dia suggest untuk bagi sagu hati kat saya. sebab tak adil yang dua orang tu dapat bayaran. Jawab boss HR kurang cerdik tu, "Tak apa, sebelum ni kita pernah buat. Sifulan kita bayar, Tinta kita tak bayar sebab dia staff," Ya Allah, macam tak berharga langsung bakat saya. Saya ni pengacara yang tak best ke? Pengacara yang rubbish ke? Pengacara tangkap muat ke? Kalau saya tak OK, kenapa bila menteri datang, suruh saya mengacarakan majlis? Cara dia orang buat saya ni macam saya tak ada nilai. Sorang lagi staff blur tu cakap, "alah, tak payahlah, dia staff what?" Amboi, kalau part orang, tak payah memanjang. Tapi kalau dia, tolong golongan sasar yang memang dalam job description diapun mengharapkan bayaran. Kalau boleh service pun nak suruh komuniti tu bayar. Bila part orang, simply tak payah. Kalau kita ni pengacara bodoh-bodoh tak apalah. Kalau tak nak bayar, kenapa yang dua lagi tu tak ambil staff je? Ada lagi kan staff yang boleh jadi emcee. So adil, tak payah bayar semua emcee. Tak adalah kita terasa. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan padaku. Kau ikhlaskanlah hati ini melakukan apa yang patutku lakukan. Dan aku mengharapkan Kau berilah aku sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan aku atas apa yang aku lakukan tanpa penghargaan daripada mereka. Amin...

Shell Out, Food Court Kg Baru

Hahahaha... Memang meroyan update blog hari ni. Update sebelum tention buat kerja. Kepada sesiapa yang tak tahu Shell Out, Shell Out ni seafood yang dilambakkan di atas meja. Kita makan tak guna pinggan OK. Nasi diletakkan di atas daun pisang. Tapi sebelum tu, meja kita akan dialas dengan plastic. Nasi atas daun pisang, lauk-pauk akan dilonggokkan gitu je depan kita. Macam makan dalam dulang pulak rasanya. Tapi space lebih besar dari dulang sebab seluruh meja. Kalau kat Kg Baru ni, ada pakej dua orang untuk RM38.00 dan empat orang 65.00. Boleh pilih nak masakan macam mana. Kami pilih Thai Curry +Thai Spicy.

Best kan? Lepas beli Crocs hari tu, kami ke Food Court Kg Baru untuk dinner. Memang best, ada ketam, kerang, sotong, udang dan ikan siakap. Lauknya fresh dan besar-besar. Tidak rugi order benda alah ni. Dahlah banyak. Enjoy the food. Masakannyapun sedap. Antara Kak Su, Amjat dan saya, cuba teka, siapa paling lambat siap? Semestinyalah saya. Kak Su dan Amjat kata, saya makan tersusun tak macam dia orang. Mana saya tahu, dah ini cara saya makan. Hehehe... Amjat siap tolong bukakan kerang dan longgokkan kat depan saya. Kak Su pulak tukang cubitkan ikan siakap yang besar untuk saya. Dia orang kata, tunggu saya ambil lambat bebenar. Makan satu-satu. Nanti habis pulak. Hahaha... Semualah dia orang letak dekat saya. Hahaha ada jagung rebus lagi. Bak kata Amjat, jagung tu untuk neutralkan balik apa yang dah kita makan. Ye ye je Si Mejat tu. Kami berdua tak percaya cakap dia. Dia kata tu teori dia la. Terima kasih Allah atas rezeki yang diberi ni. Gembira rasa dapat kongsikan bersama orang-orang yang baik dengan kita. Minggu depan, turn Kak Sha dan Kak Sariha pulak. Niat di hati nak makan di Gravy Factory. Tapi Kak Sariha kata tak payah kat situ sebab mahal sangat. Saya OK je. Apa salahnya sekali-sekala kan? Saya nak share dengan orang-orang yang selalu ada dengan saya, baik dengan saya. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni, Allah bagi saya rezeki lebih sikit. Memang dah lama saya idamkan untuk berkongsi rezeki dengan kawan-kawan. Tapi dulu kemampuan tu kurang sebab saya ada komitmen. Sewa rumah lagi, PTPTN lagi, untuk si bulus lagi, mekap lagi, hehehe termasuk jugak tu. Tapi apa bezanya dengan sekarang? Sekarang dah tak payah sewa rumah, dah tak payah bayar PTPTN dan Alhamdulillah, ada sikit pendapatan sampingan. Belum kira rezeki yang tiba-tiba Allah bagi. Untuk kawan-kawan yang lain, insya-Allah, kalau ada rezeki, sampailah masa untuk saya kongsikan dengan kamu. Saya mulakan dengan orang yang dekat dengan saya dulu.

Allah Selamatkan Duit Saya

Belum ada mood nak buat kerja. Nak cerita lagi. Gila blog la ni. Hehehehehe... Dua hari lepas, saya rasa sedikit sakit gigi saya masa mengunyah walaupun saya tak guna gigi kiri ni. Rasa tak sanggup lagi nak hadapi kesakitan macam hari tu. Saya lantas menelefon Klinik Doktor Zalinda buat temujanji nak jumpa of cause doctor yang merawat saya, Doktor Azizah. Awal lagi saya keluar rumah hari ni sebab nak kejar appointment jam 9.30 pagi. Almaklumlah, rumah kat Kelana Jaya, klinik kat Wangsa Walk. Ada jugak saya terfikir. Kenapa bila saya ada duit, cepat je duit saya nak keluar? Tak berkat ke duit saya ni? Tak apalah. Kesihatan tu lebih penting dari segalanya. Pasti ada hikmahnya. Yakinlah, ini yang terbaik buat saya. Sampai kat klinik, tunggu kejap. Saya dipanggil masuk. Doktor Azizah dah sedia menanti. Hahahaha... Saya ni kalau bab gigi selalu confuse. Saya rasa sakit. Tapi saya tak tahu gigi mana yang sakit. Saya rasa gigi hujung ni yang sakit. Dan saya ingat, rawatan akar saya tu gigi second last saya. Saya dah ready dah nak dengar doctor cakap, "Yang nipun kena rawatan akar jugak. Kosnya RM900.00," Saya dah sedia dah untuk melabur RM900.00 lagi untuk gigi saya. Apa nak buat, daripada sakit, biarlah saya keluar duit. Duit boleh dicari. Rupa-rupanya, gigi yang dalam rawatan tu yang sakit. Doktor kata, hal ini keadaan biasa terjadi. Dalam rawatan ni memang kadang-kadang rasa sakit. Doktor Tanya saya sakit yang macam mana? Saya cerita kat doctor sakit yang saya rasa. Doktor ketuk gigi saya. Tak sakitpun. Sakit dalam. Doktor kata, mungkin dia tak bersih kat dalam. Nanti, appointment sekali lagi doctor akan cuci dan tak boleh buat finishing lagi. Tapi doctor kata gigi cantik dan elok. Kawasan sekitarpun tak bengkak. Maknanya dia OK cuma mungkin bahagian dalam tu kurang bersih sebab doctor susah nak cuci hari tu. Tempat akar kan jauh ke dalam. So doctor bagi saya ubat antibiotic dan ubat tahan sakit. Free je saya pergi klinik hari ni. Alhamdulillah, selamatlah duit saya RM900.00. Allah tahu kot, saya belum sempat kongsi rezeki ni dengan orang-orang yang saya nak kongsikan. Terima kasih, Allah.

Enjoying My Life - The Treats KL Sentral

Assalammualaikum semua, Tahu tak saya kat mana? Kat officelah apa lagi. Hahaha... Diarahkan untuk menyiapkan sesuatu. Biasalah tu kan? Saya memang selalu jadi penyelamat di saat akhir. Masa awal-awal orang tak pandangpun. Dah akhir-akhir baru nak terhegeh-hegeh minta saya buat itu ini. Aaaahhh... Malaslah cerita yang buat saya bengang ni dulu. Nanti kita buat satu entri khas untuk cerita tu. Ni saya baru je masuk office. Sebenarnya saya cuti hari ni. Disebabkan makhluk-makhluk bertuah tu, saya kena datang office. Kalau saya tak siapkan kerja ni, orang lain tak boleh buat kerja. Nanti dia orang akan cakap, "Tinta tak siap, macam mana kami nak buat?" Haaa... Saya bertungkus-lumus ni, bila saya siap, nanti saya hentam dia orang pulak kalau dia orang lembap macam siput. Sementara cari mood nak buat kerja yang bukan kerja saya tu, meh saya nak sembang dengan korang dulu. Lalalalalala lalalala lalalala... Siapa kata kehidupan saya sekarang tak enjoy? Walaupun kebanyakan masanya saya sendirian, Alhamdulillah, Allah bagi saya rasa enjoy tu. Hmmm... Saya menjadi lebih berani. Saya rasa bebas ke mana yang saya suka. Makan kat mana yang saya nak. Beli apa yang saya mahu. Di KL Sentral, hamper semua kedai dah biasa dengan saya. Ada kedai yang bila saya masuk dah tahu apa yang saya nak. Kalau saya cakap apa saya nak dan tertinggal benda yang saya selalu beli dia orang pulak yang Tanya saya, nak tak benda sekian-sekian. Staff Secret Recipe dah expert macam mana nak handle saya. Hehehe... Bila saya Tanya mana tahu, dia kata, "Miss yang ajar saya sebelum ni." Hah??? Bila masa pulak? Whatever. Mungkin dia ni pernah jadi visitors saya atau staff Air Asia. Sebab dia part time je kat Secret Recipe. Hari ni saya makan di The Treats. Tak ada gambar sebab saya pergi sorang. Hahaha... Hari ni saya langgar diet saya yang tak makan nasi tu. Tapi OK la, weekend kan? So, minggu depan lak kau makan nasi Tinta. Jangan nak ngada-ngada. Pilih makanan lain, mihun, kue tiow, chicken, chop, spegetti, salmon kegemaran atau lauk-pauk kedai Ina, paprika, seafood goring, apa jelah yang kau nak. Teringin nak makan nasi kerabu. Tapi nak ubah angin sikit. Kak Su kata nasi kerabu The Treats sedap. Siap datang dengan set sekali air lagi. Kak Su kata, nanti dia bawa saya makan kat situ. Ah, lambatlah nak tunggu. Saya dah teringin sangat ni. Balik dari Klinik Doktor Zalinda tadi, saya terus ke The Treats. Kali pertama saya pergi The Treats sorang-sorang ni. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya. Set nasi kerabunya sangat sedap. Set saya makan ni mengandungi nasi, kerabu, keropok ikan yang banyak, budu, sambal kelapa dan apa ya lagi satu? Diletak dalam tiga bekas kecil berasingan. Ada telur masin, ikan goring tepung dan ayam goring. Waaa... Makan besar Nampak Tinta? Ingat sikit, jaga badan tu. Hehehe dan Air Teh O Ais. Murah je, RM17.00 something. Lupalah berapa sen. sedap. Lepas makan sempat lagi pergi shopping coklat sebelum ke office. Hehehehe... Ya Allah, berilah saya rasa gembira dan bahagia untuk selamanya. Amin...

Friday, April 21, 2017

Crocs, Keuntungan Yang Berganda

Assalammualaikum semua, Dah ngantuk sebenarnya. Tapi excited nak bercerita. Korang bacalah dulu sebelum tidur. Tak pun esok-esokpun bolehlah. Ada tak sesiapa peminat Crocs kat sini? Sekarang ni Crocs buat offer baik punya. Crocs Aeon Wangsa Maju la. Crocs lain tak tahu. Akhirnya, kasut Crocs saya pemberian awak putus. Dia ikut hubungan kita kot. Hehehe Kenapa saya suka Crocs? Crocs ni kasut saya untuk pergi dan balik kerja. Crocs tahan lasak. Kena airpun tak punah. Teksturnyapun lembut. Sayang nak pakai kasut kulit dan tumit tinggi saya. Nanti cepat rosak. Nak-naknya musim hujan. Dengan Crocs, masuk airpun tak apa. Crocs purple kesayangan saya putus tali belakang dua hari lepas. Sedih rasanya. Sebab saya tak ada kasut lain untuk pergi dan balik kerja melainkan Crocs tu. Sedih jugak, tu kan pemberian awak pada saya. Tapi tak apalah. Mungkin Allah nak hilangkan sikit demi sikit kenangan antara saya dan awak. Mungkin jugak tu yang terbaik bagi saya. Crocs purple tu pemberian kedua awak setelah Crocs pink dulu. Crocs pink saya pakai dua tahun. Crocs purple saya guna tiga tahun. Jimatkan? Tak kira, saya nak Crocs jugak. Biarlah kena beli sendiripun. Alhamdulillah, rasanya saya mampu untuk beli sendiri. Ops, jangan cakap saya demand or high taste, nampak je Crocs ni mahal. Tapi cuba korang congak, korang beli kasut harga berapa dan berapa lama sekali. Saya kena melabur lebih sikit tapi boleh pakai bertahun. So habis kerja tadi, misi mencari Crocs barupun bermula dengan ditemani Kak Su dan Amjat. Kami ke Aeon Wangsa Maju. Sebab kat situ saya confirm ada Crocs. Hahaha sibuklah dia orang memilih untuk saya dan memberi keterangan tentang Crocs tu. Entah berapa pasang dia orang suruh saya cuba. Dia orang sibuklah memberi komen elok tak elok saya pakai untuk sesuatu design. Dan akhirnya saya memilih dua pasang sendal Crocs. Kenapa dua? Sebab diskaunnya berbaloi-baloi.

Cantik tak? Sepasang gabungan warna pink, krim, putih dan purple. rendah, sangat lembut pada kaki ada tutup depan dan belakang. Kak Su kata, nampak seksi pakai sendal ni sebab dia banyak ruang terdedah. Terus pakai lepas bayar. Yang satu lagi pulak, warna biru. Amjat kata naik warna kulit kaki saya bila pakai yang biru ni. Mujur ambil dua. Kalau ambil satu tak tahu nak pilih yang mana satu idaman kalbu. Yang pink tu harganya RM229.00 Yang biru tu RM289. Tapiiii... Mungkin Allah dengar kot kata hati saya yang mengharapkan saya dapat beli by 1 free1. Tapi tak adalah by 1 free one sangat. Potongan harga je berbaloi-baloi. Saya beli yang pink tu, kemudian, saya tambah dengan yang biru yang melayakkan saya dapat belian kedua tu RM50.00, gitu. Takkan RM289.00 jadi RM50.00 kot? Saya, Kak Su dan Amjat terkejut. Total untuk kedua-dua kasut ni RM518.00 tapi saya dapat beli harga promosi, RM279.00. Beberapa kali jugak tanya sales girl untuk confirm. Macam tak percaya. Untuk dua pasang kasut, saya jimat RM200.00 lebih. Insya-Allah boleh pakai untuk enam tahun. So, enam tahun lagi baru beli baru.

Tuesday, April 18, 2017

Whatsapp Yang Tak Disangka

Assalammualaikum readers, Apa khabar semua? Malam baru update blog. Hari ni busy. Malam tadi, waktu saya bermalas-malasan kat atas katil, IPhone mengeluarkan bunyi personal whatsapp. Siapa pulak tu? Orang yang saya nanti, takkan whatsapp saya punyalah. Sejak akhir-akhir ni, saya memang malas tengok Whatsapp. Sebab tulah lambat saya balas Whatsapp orang. Kadang-kadang, saya boleh biarkan Whatsapp tu berhari tak balas sebab saya tak buka Whatsapp langsung. Biarlah saya abaikan Whatsapp dari saya hampa. Buka Whatsapp dari orang lain. Buka Whatsapp bukan dari orang yang saya tunggu. Tak lama lepas tu, hati saya meronta-ronta nak tengok siapa yang Whatsapp saya sebenarnya. Saya dah bersedia dah untuk terima Whatsapp forward dari sesiapa. Itu yang selalu berlaku. Whatsapp yang dinanti tak kunjung tiba. Yang masuk, Whatsapp yang dia orang forward secara personal. Dahlah kat group hantar Whatsapp yang sama, bagi lagi kat personal. Malas saya layan. 'Salam Tinta Emas, saya Nabila dari Celebrate TV. Dulu buat program Raikan Wanita dengan awak dulu. Sekarang kami ada program baru untuk siaran bulan puasa. Saya nak tanya jika Tinta available pada ... April?' Masakan saya lupa. Sampai sekarang duk tayang kat TV. Saya ni bukan pelakon nak buat program mesti cari saya. Apa-apalah. Program apa pulak ni? Janganlah asyik benda yang sama bosanlah. 'Waalaikummussalam. Saya ingat, Nabila' Balas saya. 'Program apa? Available yang macam mana?' 'Awak free tak date tu?' Amboi, kereknya soalan. Saya bukan Puteri Impian ya yang takut dengan produser. Hehehehe... 'Nak datang office ke nak jumpa kat luar?' 'Actually date tu untuk shoot' Dia letak gambar senyum sambil kenyit mata pulak. Tahulah tu dia salah sebab bagi tahu saya last minute. Nilah satu saya tak suka production house ni. Suka inform kita last minute. Dan-dan cakap, dan-dan tu nak. Hahaha... Saya pernah jugak buat macam ni masa kerja kat production house dulu. Hehehehe... Agaknya orangpun marah saya masa tu. 'Hah?????? Shoot apa ni?' Terperanjat saya. Mujur tak ada heart attack. 'Program apa dan kat mana?' 'Saya ni baru renovate rumah. Tupun tak siap lagi. Kalau datang rumah, rumah saya ni kosong. Tak ada apa hehehe' Biar saya warning dia dulu sebelum dia buat gila nak shoot kat rumah saya. 'Program ini adalah program khas bersama Datuk Siti Nurhaliza. Ianya siaran untuk bulan puasa nanti' 'Jangan risau, kita shoot di tempat lain. Dah ada lokasinya. Datuk Siti Nurhaliza? Kalau jadi, ni kali kedua saya jumpa Siti Nurhaliza. Tiba-tiba hari ni cakap, nak date sehari sebelum date malam tadi. Mana boleh. Saya ada Air Asia. Kerja tu tanggungjawab saya. Tak ada maknanya saya nak batalkan kerja saya sebab shooting tu. Bagi saya, kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak, bukan rezeki sayalah. Saya kena jalankan tanggungjawab saya dulu. Memang shooting tu peluang. Tapi amanah tu lebih penting. Saya takkan kompromi dalam hal ni sebab shooting tu bukan periuk nasi saya. Kalau shooting tu kerja hakiki saya, saya akan beri dia prioritilah. Saya bagi tahu Nabila, saya tak dapat penuhi hasratnya jika date baru tu. Kalau tak jadi, tak apalah. Nabila kata, Jadi. Cuma dia nak inform team dia yang saya memang tak boleh date baru tu. Dia akan bagi tahu yang saya hanya available pada date sebelumnya. Saya tanya Nabila, date lama tu tak boleh ke? Nabila kata, date lama tu ada. Tapi team dia nak saya datang sehari awal. Dah kenapa pulak? Kalau saya tak ada Air Asia bolehlah. Takkanlah semata-mata shooting saya nak tinggalkan kerja saya? Biarlah. Allah tahu apa yang terbaik buat saya. Saya kena rasional. Harus tahu apa yang perlu didahulukan. Kalau mereka tak boleh kompromi dengan saya tak apalah. Allah tahu apa yang terbaik kan? Kalau baik bagi saya, macam mana saya kata tak boleh ikut date dia orang, pasti Allah bagi. Kalau tak boleh, Allah pasti halang saya. Malam ni, Nabila Whatsapp saya lagi. 'Salam Tinta, ... jadi. Untuk hari tu nanti, Tinta datang dah siap-siap make up tau. Baju sendiri. Choose the best one. Nanti saya bagi call time ya. Lokasi di ... KL,' Alhamdulillah. Akhirnya saya dapat date yang saya nak. Maknanya, Allah bagi. Ya Allah, Kau selalu beriku peluang yang tak disangka begini. Betapa kasih sayangMu itu agung padaku. Kau uji aku dengan memberi ku rasa lara dan derita. Tapi Kau juga memberi kemanisan dalam hidupku. Terima kasih Allah. Celebrate TV, terima kasih kerana memberi penghargaan kepada saya. Terima kasih kerana memberi saya peluang dan ruang. Terima kasih kerana menyokong dan mendorong saya untuk melangkah ke hadapan walaupun saya tak punya apa-apa jika dibandingkan dengan orang lain. Sebenarnya saya boleh cadangkan orang lain jika mereka tak boleh dengan date saya. Tapi mereka mahukan saya. Mereka cuba untuk beri saya waktu yang saya selesa. Terima kasih, Kak Nazura, produser Celebrate TV lebih tepat lagi pemilik Celebrate TV. Kak Nazura, agak-agaknya nanti, Raikan Cinta boleh bagi satu episod untuk saya tak? Dapatlah saya pergi honeymoon jauh sikit. Hehehe calonpun tak ada, sibuk nak Program Raikan Cinta. Hahahaha... Terima kasih Allah, dalam masa orang membuang dan meminggirkan saya dari hidup mereka, Kau buka mata mereka yang lain untuk melihat saya. Melihat potensi diri saya seterusnya menghargai saya. Sesungguhnya, Kau tak pernah biarku keseorangan meskipun mereka menjauh. Oleh itu Allah, ambillah mereka yang tidak ikhlas padaku dan gantikanlah dengan orang-orang yang benar-benar jujur untuk menemani perjalanan saya ini. Saya perlukan mereka yang jujur dan ikhlas untuk ke atas. Dan saya mahu mereka terus menemani saya meskipun saya disinari dengan kejayaan. Saya terus menghubungi orang-orang yang sentiasa memberi semangat kepada saya, menyampaikan berita ini dan mendapatkan pendapat mereka selain dari keluarga saya. Terima kasih Kak Fatimah, Kak Intan Rabizah dan En. Mahathir atas dorongan dan galakan. Kak Fatimah kata, ini peluang untuk saya. Siap berangan benda yang saya tak pernah angankan lagi. Hehehe... Tapi tak ada orang nak makapkan saya kak. Sedih! Mekap sendirilah nanti. Minta-minta tangan ni boleh buat yang terbaik hari tu. Kak Intan sebenarnya nak datang dari Perak, nak temankan saya. Tapi date tu Kak Intan ada meeting penting. Tapi Kak Intan kata, dia dah lama kenal saya. Dia yakin saya boleh walaupun saya pergi sorang. Kalaulah semua orang yakin dengan saya macam Kak Intan, pasti saya tak kecewa. Hehehe... En. Mahathir pulak setuju dengan pilihan baju Scha Alyahya saya yang dia pilih untuk saya raya tahun lepas. En. Mahathir excited dengan berita ni. Siap tanya perlukan teman tak masa shooting? Biasalah En. Mahathir kan suka mengusik. Nanti saya update bila saya balik dari shooting tu nanti.

Sunday, April 16, 2017

Keep Her

Hahahaha asyik duk update blog je kerja saya hari ni. Banyak pulak nak ditulisnya. Kalau korang bosan, tak payahlah baca. Satu ketika, saya bersembang dengan seseorang yang saya kenal sejak dulu. Mr. X: So, hows your work now? Saya: Alhamdulillah. I'm happy with my work now. Mr. X: OK la... Dulu, I told your x-boss to keep you. Dont let you go. Saya: Hah? Mr. X cakap macam tu dengan dia orang? Mr. X: Because I know who can do the work. I know you can do better. Saya: Dia orang kata apa? Mr. X: I told them to give you better salary. Increase your salary. They have to compit with your new offer. Saya: What they told you? Mr. X: They dont want because they do not have money. Biasalah alasan dia orang. Saya: Tak apalah. May be this place better for me. Mr. X: True, true. I think so. But mereka rugilah, let you go. Tak apalah. Apa yang berlaku tu kan yang terbaik. Bukan saya sorang je yang bagus. Ramai lagi yang bagus. Mereka boleh buat lebih bagus dari saya. Cuma, saya cuba lakukan yang terbaik walau di manapun saya bekerja. Terima kasih kepada mereka yang nampak akan potensi diri saya. Terima kasih kerana menghargai saya.

Gaji Baru

Alhamdulillah, benarlah kata boss saya, kalau dah rezeki Allah janji buat kita, maka ianya akan jadi milik kita. Ada orang bagi tahu saya yang adjustment gaji saya setelah naik pangkat tu akan berkuatkuasa bulan ni. Moga Allah permudahkan. Moga tiada yang cuba-cuba menghalang atau melambatkan adjustment gaji saya. Saya sangat memerlukannya. Saya tanya staff berkenaan, katanya dia belum dapat apa-apa arahan. Staff: Kena masuk meeting dulu wei. Saya: Dah masuk meeting wei. Dah lulus dahpun. Sayapun dah tahu berapa amountnya. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.

Pintu Bilik

Suatu hari, seorang kawan bertandang ke rumah saya. Dalam asyik bersembang, kawan bertanya kepada saya: Kawan: Kau dah tukar pintu bilik ke? Saya: Taklah. Kenapa? Kawan: Nampak baru. Dia menghampiri pintu bilik saya dan memegangnya. Kawan: Macam baru je? Saya: Tak adalah. Pintu lama. Kawan: Tak samapun macam pintu rumah aku? Saya: Sebab, kontraktor aku dah cat pintu tu. Dia cat banyak layer supaya nampak baru dan cantik. Tu pun belum siap lagi. Dia kata, dia akan cat lagi supaya nampak OK. Sebenarnya saya tak kisahpun kalau dia tak cat pintu bilik. Saya ada perancangan nak tukar pintu. Bila saya congak sana sini, saya kena ada dalam RM2,500.00 untuk tiga pintu bilik saya. Tu tak termasuk pintu bilik air dan dapur. Masa beli security door hari tu, saya survey harga pintu bilik. Pintu yang saya berkenan tu RM581.00 satu. Pintu design moden. Tombolnya pulak dalam RM100 lebih. Saya berkenan yang ada design anyaman ketupat. Saya kena stand by untuk kos pemasangan jugak. Memanglah dia kata dia akan pasang. Takut kalau ada kos lain kan. Manalah tahu kalau kontraktor saya kena buat kerja awal dan penghabisan. Tapi rasanya frame pintu tak payah tukar. Just tukar pintu dan tombol je. Cuma mungkin tempat tombol tu kena buat lain kot sebab yang saya berkenan tu tombol empat segi. Ya Allah, murahkanlah rezeki saya dalam membaikpulih rumah ni. Sekarang tunggu update fasal tingkap.

Tentang Facebook

Sebenarnya bila bercakap tentang Facebook ni, ada macam-macam cerita di sebalik Facebook saya. Sama ada semasa saya masih ada di Facebook ataupun setelah saya menghilangkan diri di Facebook. Hari ni saya nak cerita sikit je tentang gelagat friend saya di Facebook. Kisah 1: Saya pernah mendapat private message di FB dari seorang kenalan luar negara yang saya kenal sewaktu menghadiri confrence setelah saya memuatnaik status. Friend: Tinta, I dont understand your status. Could you please write it in english? Saya: Ooo... OK. I'm so sorry about that. I will do it. Jadi, kalau sesiapa perasan, saat-saat akhir sebelum saya menutup Facebook saya, saya memuatnaik status dalam dwibahasa. Betul jugak. Kalau dia tak faham status saya, apa guna dia jadi friend saya di FB? Kisah 2: Saya pernah menerima personal message di FB dari seorang gigolo. Dia mahu berkawan dengan saya. Katanya, kehidupannya bosan meskipun dilimpahi harta yang melimpah-ruah. Dia hanya terperap di kondo dan melayan kemahuan mam nya apabila didatangi. Dia tidak boleh sesuka hati keluar bersosial. Malah, chatting dengan sayapun menjadi rahsianya. Tapi, dia ni kita harus bijak menjadi kawannya. Sebab, dia melihat kita bukan sekadar melihat. Dia sering memberitahu saya bahawa dia berkehendakkan saya. Gila! Saya bukan jenis orang yang hidup dalam lingkungan itu. Katanya, suatu hari nanti dia akan datang menemui saya. Saya kata, boleh. Datang pejabat. Saya selalu mengingatkannya tentang Allah, mengajak dia berfikir apakah benar jalan hidup yang dipilihnya? Katanya, dia tahu dia salah. Tapi dia tak mampu keluar dari kehidupannya. Saya kata dia boleh. Yang penting, dia kena kuat. Katanya, tapi, kalau dah rasa nikmat ni, susah untuk keluar. Saya kata dia boleh. Kalau nak rasa nikmat, kahwinlah. Kata dia, kalau saya berubah, awak nak kahwin dengan saya? Jawab saya, jodoh itu rahsia Allah. Kalau Allah kata kun faya kun, maka saya sebagai hamba akan menerima dengan redha. Katanya, "Tinta, kalau saya berjaya berubah. Saya cari awak ya. Kita kahwin," Saya, "Janganlah berubah atas niat lain. Awak takkan berubah kalau macam tu. Berubahlah kerana Allah. Pasti Allah akan tunjukkan jalannya dan beri awak yang terbaik," Katanya lagi, "Maknanya, awak tak boleh terima saya?" Saya, "Bukan macam tu. Insya-Allah, saya akan terima sesiapapun yang Allah takdirkan buat saya. Tapi awak tu. Kalau nak berubah, jangan sebab manusia. Berubahlah kerana Dia," Dan dia akan PM saya di FB bila dia free. Pendek kata, bila mam nya tiada di sisi atau tidak diminta melayan rakan business mam nya. Mula-mula mendengar ceritanya, saya tergamam. Apa yang pernah saya baca dalam novel, diceritakan kepada saya secara rialiti. Dan saya tak sangka, perempuan zaman moden ni sampai ke tahap itu. Awak yang Allah kurniakan dengan keindahan paras rupa yang sementara, saya doakan awak berubah. Sebagai kawan, saya tak nak kawan saya terus hanyut dalam tipu-helah dunia. Percayalah, walaupun kita sudah tidak berbalas message, awak tetap dalam ingatan saya. Macam manalah kehidupan awak sekarang kan? Kisah 3: Setelah saya tiada di FB. Suatu hari, saya mendapat panggilan dari nombor yang tidak saya kenali. Nombor ini asing bagi saya. Bukan nombor Malaysia. Mungkin kerana saya tidak sempat menjawabnya, saya terima satu message berbunyi: "Tinta, awak tak apa-apakan? Awak sihat-sihat saja kan? Saya dah tak nampak awak di Facebook. Saya cari awak. Tapi tak jumpa. Kenapa Tinta?" - Terjemahan message tersebut. Terima kasih kerana ada yang sudi mencari saya walaupun sekadar di FB.

Facebook Yang Masih Menjadi Tanda Tanya

Assalammualaikum readers and followers, Semalam, saya berkursus di Putrajaya. Tak sangka pulak terjumpa dengan friend FB saya. Dia datang ke sebelah saya. Kakak: Ada orang duduk sini? Saya: Ha'ah ada orang. Kakak: Macam kenal je. Siapa nama ya? Akak rasa akak pernah tengok tapi tak ingat nama. Saya: Tinta Emas (nama sebenar saya yang saya sebut. Takkan nak sebut Tinta Emas pulakkan? Pening pulak kakak ni nanti.) Saya senyum. Dia bukanlah orang pertama yang menuturkan ayat sebegitu tatkala bertemu saya. Saya dah biasa dengan keadaan ni. Penceramah memulakan sesi, lalu perbualan kami mati di situ dan dia meneruskan pencarian tempatnya. Waktu menunggu sesi petang, kakak tu berkunjung ke meja saya. Kakak: Adik yang comey ni siapa nama? Saya: Saya ke? Kakak: Ya, awak. Saya: Tinta Emas (sebenarnya saya sebut nama betul saya) Kakak: Haaa... Tinta Emas. Ni Kak Su la. Mungkin tak kenal kot. Tapi akak kenal awak. Saya cuba paksa otak saya imbas kembali, siapakah gerangan Kak Su ni? Kakak: Kita friend kat FB. Saya: Oh ye ke? Maaflah, Mungkin saya tak ingat. Sebab kat FB saya ramai nama Su. Suhaila ke? Kak Su: Tak. Kak Su... Nama yang dia sebut tu pun ada beberapa orang kat FB saya. Kakak: Akak selalu ikut status awak. Gambar cantik-cantik. Suka akak tengok. Saya: Tak adalah kak, biasa-biasa je. Kakak: Ya, memang comey pun jumpa kat luar ni. Saya senyum manis. Tanda menghargainya. Kakak: Tapi sekarang dah tak nampak kat FB. Lama dah tak tengok. Saya: Memang tak ada, kak. Nantilah. comming soon. Malas saya nak bercerita tentang kehilangan saya tanpa jejak di Facebook. Ianya amat melukakan. Saya tahu, ramai yang mencari saya di FB. Ada yang mesej saya dari seberang laut bertanyakan tentang kehilangan saya itu. Kakak: Adik tak sihat ke apa? Last status yang akak baca adik macam tak sihat dan sedih je. Macam patah hati. Saya ketawa menyembunyikan rasa. Kawan: Dia sedang merawat hati. Tu yang hilang tu. Saya ketawa lagi. Kawan saya nipun, bukan tahu sangat tentang saya. Tapi tak tahulah kalau ada orang yang bercerita kepadanya. Kakak: Tulah, akak tertanya-tanya jugak. Kenapalah budak ni sedih je ni? Ada apa-apa ke? Tak macam selalu statusnya. Terima kasih kak atas perhatian kakak terhadap saya di Facebook. Terima kasih juga atas ambil peduli kakak akan status-status dan gambar-gambar saya di Facebook.

Saturday, April 15, 2017

No Mood

Assalammualaikum semua, Saya rasa penat. Rasa tak ada mood. Seharian hari ni saya berbengkel di Putrajaya. Sekarang, baru je siap nak pergi tandem pulak. Tapi saya tak ada mood. Kalau penat badan je tak apa. Mood boleh dicari. Tapi... Hati dan perasaan saya juga penat. Ya Allah, Kenapa Allah? Kenapa perasaan ni macam ni? Aku tahu, Kau mahu menguji aku. Tak boleh ke Ya Allah, kalau kali ini Kau izinkan dia juga merinduku? Boleh ke Ya Allah, kalau kali ini, Kau izinkan kami berkongsi rasa yang sama? Sampai bila Ya Allah? Sampai bila Kau mahu menguji aku begini? Aku tidak menyalahkan Engkau Ya Allah, aku cuma mencari hikmah di sebalik semua ini agar aku mensyukuri segala yang Kau beri padaku. Bagaimana aku harus berhadapan dengan para sukarelawan sekejap lagi kalau tangis ini menukar air mukaku? Perlukah aku batalkan niatku untuk bertandem? Nanti perasaan ini bagaimana?

Friday, April 14, 2017

Hati Yang Suram

Assalammualaikum semua, Saya tak tahu kenapa. Malam ni saya rasa suram, rasa rindu pada seseorang. Tapi saya tak tahu, dia rindu saya ke tak. Ya Allah, boleh ke kali ni Allah tolong saya untuk raih hatinya? Berlalulah waktu, biar terjawab semua doa saya.

Sampaikan Salam Rinduku

Ya Allah, KepadaMu Tuhan pemilik hati aku bermohon, Sampaikanlah salam rinduku padanya yang jauh Ya Allah, Sehingga aku menjadi kerinduannya. Rasa ini Ya Allah, Lahir dari hatiku yang tulus, Apa tiada seorangpun yang dapat menyayangi dan merinduiku setulus rasa ini? Ya Allah, Aku menanti waktu yang membawa jawapan kepada doa-doaku. Dengarkanlah Ya Allah rintih hati ini.

Thursday, April 13, 2017

Security Door Lagi

Assalammualaikum readers, Sambil-sambil bersantai malam-malam ni, meh la sini. Baca cerita saya ni. Musim security door ni. Masih nak cerita fasal security door. Sebenarnya security door lock ada pelbagai jenis. Ada yang guna password code, cap jari, kad dan kunci. Terserah pada kita nak pilih yang mana. Pilihan di tangan kita. Kuasa membeli juga di poket kita hehehe... Harga pun bergantung pada company pengeluar dan design. Ada yang tiga layer termasuk ruangan boleh dibuka untuk mengetahui siapakah gerangan yang mengetuk pintu dan ada yang dua layer. Design layer paling luarpun macam-macam seperti yang saya tulis dalam entri lepas. Saya punya dua layer je. Technician office saya kata, jangan guna yang kad kerana hanya dengan limau nipis pintu boleh dibuka. Guna pass code saya tak berapa prefer sebab dia guna bateri. Ibu jari memang jangan mimpilah. Urusan rasmi yang kena cap jaripun susah nak dapat cap jari saya. Nak guna cap jari kat pintu? Jenuh. Sejam duk cap jari tak masuk rumah nanti hehehehe... Makanya saya pilih yang menggunakan kunci. Kuncinya ada sebatang je walaupun locknya banyak. Ada security door yang locknya atas, bawah, kiri dan kanan pintu. Saya punya ni ada enam lock semuanya tapi semuanya di sebelah kanan berbaris dari atas ke bawah. Kalau kita kunci gunakan anak kunci, lima lock akan lock. Kalau kita kat rumah, guna yang boleh dipusing tanpa anak kunci dari dalam, satu lock sahaja akan berfungsi. Tapi kalau kita kunci pakai anak kunci lepas tu manual lock, jadinya enam lock la kita gunakan dalam satu masa. Pusingan anak kunci dua kali pusingan atau double lock Kesemua lock yang digunakan adalah dari jenis deadbolts cuma kalau tak silap, ada dua lock yang melengkung dan mencangkup. Anak kuncinyapun lain dari yang lain. Tidak boleh dibuat pendua. Kalau rosak atau hilang, kilang yang kena buat balik. Anak kuncinya sedikit besar. Ada tujuh batang kunci kesemuanya. Dua untuk kontraktor dan lima untuk owner. Katanya, mula-mula hanya kunci kontraktor boleh digunakan. Selepas pemasangan, kontraktor akan set agar kunci owner sahaja boleh digunakan manakala kunci kontraktor tidak lagi berfungsi. Tapi installer ni bagi saya tujuh-tujuh kunci. Kunci kontraktorpun masih boleh digunakan. Mungkin dia fikir, nak buat apalah dia simpan kunci rumah orang? Buat semak je. Gamaknyalah dia fikir cam tu. Yang pelik tu, lubang tempat masuk anak kuncipun berubah-ubah. Kadang kita kena masukkan anak kunci melintang, kadang menegak. Layankan jelah. Kotak kuncipun pelik. Jakun pulak saya. Kalau tak silap, waranti pintu 10 tahun dan waranti anak kunci satu tahun.

Wednesday, April 12, 2017

Security Door Stainless Steel Dan Laser Cut 2

Hai semua, nak cerita fasal security door lagi hehehe... Excited ni. Hari tu saya ada tulis fasal stainless steel dan laser cut. Kedua-duanya direka untuk menjaga keselamatan penghuni rumah seperti motonya, "Security door, gaya dan percaya,". Stainless steel ni semua orang tahu, besi tahan karat. Ianya berwarna besilah. Alah, macam korang tengok grill stainless steel. Cuma kalau untuk security door ni kebanyakan designnya besi bulat jelah sama ada disusun melintang pintu, menegak atau menyenget. Manakala untuk laser cut pula, ia jugak besi tahan karat dan boleh dipotong menggunakan laser sahaja kata sales man. Guna cutter tak boleh katanya sebab dia licin dan cutter akan lari atau tergelincir. Security door laser cut ni katanya design baru. Ia didatangkan dengan design yang pelbagai. Besi-besi ini dibentuk juga menggunakan laser. Rambang mata bila tengok. Design bunga, buluh, sarang spiderman pun ada dan banyak lagilah. Harga boleh berubah mengikut company yang mengeluarkannya. Harga kedua-dua jenis security door ni ribuan ringgit. Tinta: Boss, mana lagi senang bukak? Stainless Steel ke Laser Cut? Sales Man: Siapa mahu bukak? Sendiri ke pencuri? Tinta: Pencuri. (Takkan tuan rumah pulak kot. Memanglah senang bukak, dah ada kunci. Tempelak saya dalam hati.) Sales man: Hayya, tengok ini pintupun pencuri sudah penat ooo. Baik dia pergi rumah sebelah dari tunggu ini pintu. Pergi rumah sebelah sudah jadi kaya, ini pintu masih belum boleh bukak ooo. (Pecah tawa saya dengan acik mendengar jawapan abang sales man tu.) Pintu security ni sebenarnya ada macam-macam design. Macam yang saya berkenan ni ada dua layer. Layer luar nilah yang kita boleh pilih sama ada nak yang diperbuat daripada stainless steel atau laser cut. Lapisan luar ni macam grill la. Lapisan dalam pintu empat segi sama. Diperbuat daripada besi padat. Korang selalu tidur hotel kan? Pernah tak korang jumpa peti besi dalam almari hotel? Haaa... Material dia macam badan peti besi tulah. Kalau ketuk bunyi padat, tak bunyi macam korang ketuk tin tu. Frame pintu ni pun diperbuat daripada besi. Kalau nak pasang pintu ni, memang kena bukak semua. Dengan pintu-pintu, frame, kalau dah pasang tiles pun kena bukak tiles kat pintu tu macam saya sebab, frame bawah tu kena tanam dalam simen. Dia nak tiga inci ke bawah. Dahlah saizpun kena ikut saiz dia. Macam saya kena jugak. Siap kena buat electric wiring dan tingkap kena ubah. Pintu lapisan satu dan dua ni melekat tapi boleh dibuka kalau kita nak. Contohnya, kalau orang datang, kita nak tahu siapa, kita bukaklah pintu yang dalam je. Yang luar tu biarkan. Pintu dalam ni fleksibel, boleh ke luar dan ke dalam. Yang luar tu macam saya, saya pilih boleh buka ke luar sahaja. Kita boleh order, minta nak bukaan dia macam mana. Kunci diapun lain dari yang lain. Tak boleh duplicate. Kalau hilang, kilang kena buat balik. Waranti kunci, setahun.

Cantik tak pintu kat atas tu? Yang korang nampak besi tu stainless steel. Yang ada design tu, laser cut. Yang mana pilihan hati saya? Laser cut yang design pokok merimbun tu. Cuma warna yang saya pilih, pintu dalam warna tembaga dan pintu luar warna putih. Biar match dengan coated powder grill tingkap saya nanti. Warna kita boleh pilih nak warna sama dalam dan luar atau dua warna berbeza mengikut warna pintu macam yang saya tulis dalam entri lepas. Mengantuklah. Esok sambung cerita fasal security door ya.

Rawatan Akar Gigi

Nak tulis lagi sementara tunggu nak masuk meeting. Isnin lepas, seperti yang dijanjikan, saya ke Klinik Doktor Zalinda lagi. Tak lama menunggu, saya masuk ke bilik doctor. Doktor Azizah yang merawat saya menerangkan bahawa hari ini dia akan menjalankan prosedur membuang akar gigi saya yang rosak. Buatlah apapun doctor, yang penting saya tak sakit lagi dan dapat makan dengan selesa. Kata saya dalam hati. Doktor memberi saya suntikan bius. Tak lama lepas terima suntikan, saya rasa kebas bukan saja kat tempat berkenaan tetapi lidah dan bibir sayapun ikut kebas. Doktor pesan, kalau rasa sakit semasa prosedur dijalankan, just angkat tangan. Alhamdulillah, prosedur berjalan lancer tanpa rasa sakit. Ada sedikit rasa sakit tu pun hanya beberapa saat. Rasa macam susah je doctor ni nak cabut akar gigi saya sebab doctor bagi tahu sebelum ni, akar saya bengkok dan prosedurnya mungkin agak rumit. Dan mungkin sebab tulah jugak doctor bius saya. Rawatan akar gigi yang saya jalani empat tahun lalu, doctor tak bius sayapun. Tapi mungkin lain doctor lain caranya. Selepas membuang dua akar saya, doctor tampal gigi saya buat sementara sebelum menjalani rawatan susulan minggu depan. Doktor bekalkan saya ubat antibiotic sebab doctor kata, walaupun doctor dah bersihkan bahagian akar gigi, mungkin ada lagi bakteria yang tinggal sebab bahagian akar tu sempit dan jauh ke dalam. Antibiotik akan mematikan kuman yang masih bersisa. Jika tidak ada apa-apa effection, doctor akan menjalankan rawatan selanjutnya minggu hadapan. Semoga segalanya berjalan lancer. Sampai hari ni masih terasa ubat yang doctor gunakan kat dalam mulut saya ni. Alhamdulillah, bila ubat bius habis hari tu, saya tak rasa sakitpun. Tak payahlah saya makan ubat tahan sakit yang masih berbaki masa pergi klinik kali pertama hari tu. Alhamdulillah, lepas buat rawatan, saya boleh makan dengan selesanya. Ya Allah, terlalu bernilai nikmat kesihatan yang Kau berikan. Terima kasih Allah, terima kasih. Sekarang tidur malam saya tidak lagi terganggu dan makan saya tidak lagi perlu berhati-hati. Cuma terkadang saya fobia dengan sakit tu. Bila saya minum air, saya nanti rasa ngilu air melewati gigi berkenaan. Tapi tak rasa apa dah. Tak rasa sakitpun walau minum apapun. Syukur Ya Allah, terima kasih Allah.

Buka Semua Tile ni

Hahaha saja je buat gempak. Saya teringat permintaan saya terhadap kontraktor saya beberapa bulan lalu. OK, sebelum tu, sebenarnya banyak desas-desus orang bercerita tentang saya dan tentang rumah saya. Ada yang kata, saya ni terlalu cerewet sebab tu kontraktor saya tak buat-buat rumah saya. Sebab tu rumah saya tak siap-siap. Cerewet macam manapun, ada bayaran, buatlah dia. Kontraktor saya ni bukan baru jumpa saya sorang customer yang cerewet. Dia dah banyak deal dengan orang-orang besar termasuk wakil rakyat yang siap tunjuk-tunjuk pistol lagi depan pekerja dia. Siap tak nak deal direct semuanya kena go true PA dia. Saya ni apalah sangat nak cerewetpun. Bukan kayapun. Manusia, memang suka bercakap. Padahal dia tak tahupun apa yang saya dan kontraktor saya alami. Ada sebab kenapa kami tak dapat siapkan rumah macam orang lain. Bagi duit sedebuk kat kontraktor atau pratus tertentu then kontraktor buat sampai siap. Ada masalah besar yang melanda kami sebenarnya. Dan saya sangat tak suka bila orang bercerita atau komen fasal kontraktor saya. Sebab rumah saya memang belum siap. Tak payah cakap yang kontraktor saya tak siapkan rumah saya. Lagipun, saya memang tak nak buat sekaligus terus sebab semua benda yang kontraktor nak buat, semuanya kena ikut citarasa saya. Saya akan berbincang dengan dia terlebih dahulu then baru boleh on sesuatu kerja. Kalau kosnya tinggi, saya minta dia tunggu dulu. Saya nak sesuatu yang saya nak. Saya nak sesuatu yang saya puas hati dan happy. Bukan hari ni buat esok tukar lain. Dan saya sendiri akan pergi survey harga barang yang saya nak. Sebab tulah nak buat pintupun lambat. Sebab saya nak security door. Bila saya kata saya nak yang tu, means yang tulah. Tak boleh tidak dan tak boleh yang lain melainkan yang lain tu lebih baik. Kontraktor pernah cadang untuk saya guna pintu kayu yang kukuh dan berukiran. Saya object suggestion dia. Tapi ada jugak cadangan dia saya terima kalau saya rasa ianya lebih baik dari kemahuan saya. Masa mula-mula dia pasang tiles dulu, saya cek pemasangan dia. Sebab abah selalu bising-bising takut tile rumah saya meletup. Sebelum abah yang bising, biar saya bising dulu sebab kalau abah yang bising, menanah telinga saya. Abah kan dulu masa kerja jaga kontraktor. Dia tahu apa yang OK dan tak OK kontraktor buat. Dia pernah arahkan kontraktor bukak balik semua tiles yang kontraktor pasang kat pejabat ke kat projek dia sebab tak mengikut spesifikasi. Hahahaha dan perangai abah tu menurun kat saya. Bila saya cek tiles dalam bilik air, bilik air bilik utama, tilesnya tak sama tinggi mungkin sebab simennya. Tapi masa buat takkan tak tengok kan? Air tak boleh mengalir ke lubang. Satu hal pulak saya kena sapu air tolak ke lubang. So, saya call kontraktor saya then minta dia buat balik. Dia kena pergi kedai dan cari balik tiles yang dia guna untuk bilik air saya. Katanya, dia tak nak guna tiles yang sama sebab kualitinya kurang. Saya tak kisah. Whatever it is, air dalam bilik air saya kena turun ke lubang dan tak ada yang bertakung. Kontraktor betulkan balik dan Tanya OK ke tak. OK, Alhamdulillah. Lepas dia cat rumah pulak, saya cek cat. Dia cat bilik utama dan bilik kecil saya tak sama warna macam dalam design. Saya minta dia datang cat balik rumah saya yang tak ikut warna design tu, ikut warna design saya. Dua-dua bilik tu kena ada future wall. Mujur ruang tamu punya future wall betul. Dia ada buat perubahan pada design yard saya. Perubahan yang cantik, maka saya terima. Sungguhpun demikian, kontraktor saya masih melayan semua kemahuan saya walaupun pernah kena komen dan kena buat balik apa yang dia buat. So, ini membuktikan, bukan sebab cerewetnya saya yang menyebabkan rumah saya tak siap. Masalah apa? Saya akan ceritakan apabila segalanya siap nanti.

Security Door Telahpun Tiba!

Assalammualaikum semua, Alhamdulillah, setelah kontraktor saya menunggu hamper dua jam, security door saya selamat tiba di rumah saya. Memang susahlah installer ni. Banyak benar tipu-helahnya. Dari masa ke semasa saya mendapat update dari kontraktor saya sebab saya bekerja hari ni. Tak boleh EL sebab petang ni saya ada meeting. Saya kena ambil minit dan kena lapor progress. Meeting ni tak boleh main-main, ada council kat dalamnya. Pagi ni je dua kali saya call Juck, sales man Super Ceramic, mengadu kat dia yang installer tak sampai-sampai. Kesian kat budak-budak kontraktor saya yang menunggu tanpa buat apa-apa tu. Sejenak lepas tu, dapat call dari kontraktor yang installer bertuah tu dah sampai. Baru je sampai, pintupun tak bawa naik lagi. Lepas tu dapat pulak update yang pintu dia memang besar then terpaksa makan tingkap saya. Solution, kontraktor arahkan budak-budak dia bukak je ruang tu sebesar mana ikut ukuran pintu. Kontraktor update saya yang hari ni sekali lagi orang tingkap datang untuk ukur tingkap depan tu atas permintaan kontraktor saya. So apa-apa hal pun, kena settle tingkap depan dulu beserta grill. Kesian orang tingkap, kena datang lagi. Baru je semalam dia ambil ukuran. Confirm, tingkap depan saya akan menggunakan tingkat gelongsor, omputeh kata, sliding window dan white coated powder grill. Untuk lain-lain tingkap, saya akan gunakan casement window insya-Allah. Allah, terima kasih kerana bagi saya kegembiraan ini. Terima kasih kerana melaksanakan impian saya untuk rumah saya. Terima kasih kerana mempertemukan saya dengan designer yang selalu ikut apa kehendak saya walaupun susah dan remeh nak buat. Saya rasa sebak, rasa syukur yang amat. Allah bagi saya rasa semua ni walaupun bukan memiliki sebuah rumah mewah. My lovely contractor, kalau saya ada duit banyak, kalau boleh, rumah pusaka dekat kampungpun saya nak awak yang buat renovation. Waiting for new update for my security door.

Tuesday, April 11, 2017

Pintu Security Jadi Tak Selamat Semalaman

Assalammualaikum readers, Korang buat apa? Bersantai bersama keluarga? Semoga Allah jadikan keluarga korang sebagai keluarga yang bahagia. Amin... Baiklah, seperti yang dijanjikan, pagi-pagi lagi kontraktor saya bawa pekerja-pekerjanya ke rumah saya. Hari ni kan pintu security saya nak sampai. Maka bertungkus-lumuslah mereka membuat kerja membuang pintu dan frame pintu lama. Siap besarkan ruangan supaya pintu security boleh masuk. Saya? Saya kan cuti hari ni. So, duduk dalam bilik lipat-lipat baju. Seganlah nak duduk kat luar dengan dia orang. Empat minit jam 2, door installer call saya untuk make sure my home. Boleh pulak tanya saya ada lif ke tak? Tengok bangunanlah, kalau dah bangunan tinggi melangit tu, mestilah ada lif. Kan bangunan lima tingkat je tak ada lif. Dia naik, cakap ruangan ni tak muat sebab pintu dia 42 inci. Cek risitpun memang betul 42 inci. Entah mana dia call sana sini. Sayapun call Super Ceramic. Sedikit marahlah saya. Hari tu suruh datang ukur tak nak datang. Kan dah jadi problem hari ni. Installer kata, kena order pintu saiz kecil. Kedai kata, kena tambah RM300.00 lagi untuk order baru. Sebab pintu tak boleh return to factory. Instead of kena bayar all, dia suruh saya bayar 20 pratus. Designer saya merangkap bos kontraktor sayapun dihubungi oleh staff dia. Bukan main marah lagi dia sebab staff dia tak call masa installer ada kat rumah saya. Installer tu dah pergi. Entah apa entah dia bising-bising kat Pak Udi. Pak Udi kata, boss suruh pecah je lagi dinding tu then ikat batu. Boss marah sebab memang boleh pasang katanya walaupun pintu saiz besar. Nanti tingkap tu jadi kecik sikit since nak tukar tingkap baru, boss kata buat je. Elektrikpun tak ada masalah. Boleh diubah. Saya call kedai, kedai cek balik. Kontraktor saya mengamuk, dia call kedai, call orang yang urus penghantaran pintu dan call installer. Installer ni cakap belit-belit. Nampak sangat menipunya. Kontraktor pesan kat saya, jangan lembut sangat dengan dia orang ni. Saja je nak kenakan kita. Nak order baru kena RM300 pulak tambah. Padahal pintu lebih kecik. Kontraktor: Akak jangan percaya cakap dia. Saya kenal dia orang semua. Saya kenal Juck (orang kedai), saya kenal Atikah (pengurus penghantaran) dan saya kenal installer tu. Saya pernah buat kat Putrajaya. Cakap suruh kita bukak 42 inci. Datang-datang, pintu dia kecik je. Kita pulak kena tambah pasir dan batu untuk pastikan ruangan tu ngam. Pekerja diapun cakap benda sama. Yang pelik tu, dia tak bawapun pintu tu naik terus cakap tak muat. Kita ni tak biasa, menggelabahlah. Lagipun kita bukan kontraktor, manalah tahu permainan supplier ni. Macam mana nak buat ni? Pintu dan frame lama dah dibuka. Pintu baru tak sampai-sampai. Habis macam mana? Kontraktor saya tak nak buka dulu ruangan tu takut pintunya tak sebesar yang dikatakan. Juck call saya, esok baru boleh install. Dia mengakui installer tu ada problem. Mana taknya, dengan saya cakap dia dah kat Bukit Jelutong, dengan kontraktor kata dia dah hantar staff dia balik dan dengan Juck dia cakap, dia kat site. Gila ke??? Satu masa boleh ada kat tempat yang berbeza. Nampak sangat menipu. Apapun saya salute kontraktor saya, walaupun perempuan, dia bijak buat keputusan. Dia tahu macam mana nak argue dengan installer bongok tu sampai installer tu terdiam. Mujur ada dia tak adalah saya kena tipu dan kena tambah duit lagi. Semua orang menggelabah hari ni sebab saya. Kontraktor risaukan saya kalau pintu tak pasang hari ni. Nak buat macam mana, installer tu mati-mati kata tak boleh pasang hari ni. Kata kontraktor, pasang je sebab atas, bawah dan kanan ada batu. Kiri tu nanti kontraktor boleh letak dan uruskan fasal tingkap yang nak kena betulkan tu. Esok, mereka akan tunggu pintu sampai dulu baru tengok sama ada muat atau tak dengan ruangan. Kalau tak muat baru dia orang bukak. Dia orang takut jadi macam kes kat Putrajaya. Saya rasa, saya tak salah pilih kontraktor. Kurang sikit-sikit tu biasalah kan? manusia. Patutlah dia boleh jadi kontraktor, sebab dia ni tegas. Sudahnya, rumah saya hanya ditutup dengan kanvas dan pintu lama yang disekat melintang. Mohon doa pembaca semua semoga rumah saya dalam peliharaan Allah sepanjang masa sebelum pintu baru dipasang.

Saturday, April 8, 2017

Jawapan Yang Kerek

Assalammualaikum readers, Buat apa tu? Jealousnya korang dapat bersantai di hari minggu ni. Saya? Saya masih di office. Hari ni dan esok saya ada kursus kat office. Sebenarnya kursus sampai pukul 5.00 je. Memandangkan saya nak cuti Isnin dan Selasa, kenalah stay back, siapkan apa yang patut. Jangan sampai sebab kita kerja orang lain tergendala. Yelah, saya kan jadi editor untuk news letter office ni. Sekarang ni masing-masing tengah sibuk buat persiapan untuk edisi pertama. Saya kena siapkan kerja-kerja menyunting lepas tu pas pada art designer pulak. Karang, kalau board members Tanya dia jawab tak siap sebab saya tak hantar bahan tak ke naya? Dah, dah, fasal news letter ni nanti saya cerita lain kali. Nak cerita fasal kursus hari ni. Kursus ni bawah HR. One of the HR Committee yang conduct kursus ni. Kursus ni untuk head of unit and immediate boss je termasuklah GM. Minggu lepas, kami dipanggil, suruh jawab soalan accessment. Kata En. Omar yang conduct kursus ni, after analisis, dia tahu perangai setiap orang better than our husband/wife know us. Belahlah. Hanya Allah je yang tahu siapa kita sebenarnya. Me? Just isi je. Memang saya isi jujur-jujur. Lantakkan. So, pagi tadi, pagi-pagi dia dah sebut nama saya. Alaaahhh... Menyampah betullah. Saya tak suka orang kenal saya. Nak-naknya dalam kursus. Nanti asyik kena Tanya je. Macam mana dia tak sebut, kalau dah nama terpampang atas meja. En. Omar: Tinta, what about you? About me? Alamak, nak jawab apa ni? Apa soalan dia? "Apa yang you rasa regarding your time management?" Dua tiga orang yang jawab sebelum saya asyik kena hentam je. Aaaahhh... Dia ni, kadang-kadang kerek jugak. Suka hentam orang. Meh sini aku bagi jawapan kerek jugak. Fikir saya dalam hati. Tinta: My time management is OK. Saya boleh buat banyak kerja dalam satu masa dan boleh siapkan kerja-kerja tu mengikut dateline yang ditetapkan. Hahahaha tiba-tiba rasa macam masuk bakul angkat sendirilah pulak. Macam mana saya boleh berani jawab macam tu eh? Ah biarkan! Memang ya pun. Tanyalah boss saya atau sesiapa yang bagi kerja kat saya, ada ke saya buat lambat? Kalau adapun, sesekali sebab lupa atau memang betul-betul tak sempat. Mampus aku kena hentam jap lagi. Telinga saya dah rasa panas dah, sedia menadah hentaman En. Omar si mulut puaka ni. Hahaha mesti ada staff yang sedang mengutuk saya dalam hati ni. Mesti ada jugak yang tak sabar nak dengar saya kena hentam. Kan ada orang yang tak puas hati dengan saya. En. Omar: Yes, good. I do agree with her. Because she not only talk. She has a proof, she has supported documents. Kalau dia betul, takkan I nak hentam dia pulak? Dia memang macam tu. Her time management is good. Nak cepat je kerja dia. Degil sikit-sikit tu adalah. Wallawei, macam mana pulak si mulut puaka ni boleh setuju dengan saya? Siap cakap good pulak tu. Aik, macam mana dia tahu fasal saya ni? Result accessment tu ke? Ke Mejar Azhari dan Dr. Radha dah cerita kat dia fasal saya? Ah, lantak dialah. Huh! Saya lega. Tapi yang tak best tu, dia ni suka sebut nama saya dari pagi sampai petang. Iiii... Tak ada orang lain ke dia nak Tanya? Tanya boss atas-atas tu dahlah. Saya tetap sayalah. Kalau saya tak setuju dengan dia, saya lawan balik. Pedulik hapa aku, depan boss tak boss. Depan GM tak GM. Biar GM baru ni tahu perangai saya. Jangan nak buat saya sesuka hati ya. Ni amaran awal. hahaha boleh tak gitu? Lepas tu En. Omar siap cakap, saya tahu, dia marah saya dalam hati. Dia tu maksudnya sayalah. Tahu tak apa. Amjat sempat datang kat saya dan cakap, "Aku tahu, kau banyak tak puas hati dengan argument dia kan?" Saya: Memangpun. Amjat: Bertabahlah, nak. Saya: Berdoalah pak. Jawab saya menyebabkan derai tawa kami pecah. Waktu minum petang, lepas makan Seri Muka seketul, saya makan biskut Keri saya. Kebetulan boss saya yang duduk sebelah saya keluar sekejap. Tiba-tiba... "Makan biskut special ke ni?" Macam tak percaya je Pakcik Omar ni datang duduk kat sebelah saya. "Ha'ah. Makanlah," Saya maniskan muka dan bahasa. Dah orang beramah-mesra, takkan kita tak layan kot. Nanti katanya sombong pulak. Dia boleh pulak nak sembang-sembang dengan saya. Cakap baik-baik pulak tu. Katanya, apa yang saya buat dalam kerja saya ni dah betul cuma kena dapatkan lebih impak. Baiklah pulak, masa discussion tadi hentam aku. Siap cakap kat depan saya marah dia dalam hati. Pas tu kata dia tahu semua fasal saya. Dan saya dengan selamba jawab. "Ala, belum tentu betul." En. Omar: Berapa boy friend yang you ada sekarang? Saya terdiam dengan soalan tu. Orang argue fasal lain, Tanya fasal boy friend pulak. Abang Nizam: Looking for. Iiii... Geram pulak aku. Ada pulak yang menyibuk nak tolong jawabkan. Seisi bilik mesyuarat gamat ketawa. My boss: According to accessment En. Omar, berapa? Saya:Haaa... Betul. yang En. Omar tahu berapa? En. Omar: Saya tak perlu cakap. Dia ketawa. Saya muncungkan bibir. Sekarang sembang pulak dengan saya. Lepas tu dalam lecture dia, dia sebut nama saya lagi. Dia kata, dia suka Tanya saya sebab saya muda. Lepas tu dengan nada mengusik, dia katasaya solo. Siap cakap, dalam kerja, kalau saya nak something, saya nak cepat, kalau lambat bagi, saya akan marah. Memang betulpun. Sampai saya ucap terima kasih nak balikpun dia masih cakap saya marah dia. Memanglah marah. Cakap kita tak faham organisasi kita pulak. Dia yang tak faham. Kata kita. Memanglah saya hot. Mencuka jelah muka saya bila tak setuju dengan dia.

Thursday, April 6, 2017

Klinik Doktor Zalinda

Assalammualaikum readers, Jarang dapat update blog sebab saya mula busy sekarang ni. Siap dibekalkan dengan kerja ada dateline lagi. OK, semalam saya ke Klinik Doktor Zalinda atas saranan sorang kawan. Dr. Azizah yang merawat saya melakukan x-ray kepada gigi saya yang sakit. Seperti lazimnya, doktor mengetuk gigi tersebut bagi mengetahui adakah gigi itu sakit. Dan seperti selalu, gigi saya tak sakit. Bukan susah sangatpun x-ray. Doktor Klinik Tang Lin je malas. Saya dipakaikan dengan alat seperti baju kemudian satu alat dimasukkan ke dalam mulut berdekatan gigi yang ingin dilihat. Saya diarahkan untuk memegang alat berkenaan kerana semua orang harus keluar dari bilik meningalkan saya seorang. Doktor juga harus keluar semasa sesi x-ray dilakukan. Setelah selesai, doktor memberitahu saya yang dia sedang menyediakan gambar dan mahu melihat masalah gigi saya. Seperti yang saya ramalkan, saya mengalami masalah akar gigi. Kata doktor, tampalan gigi yang sedia ada telah mendap ke bawah sehingga mengenai akar gigi saya. Hanya ada dua cara untuk menyelesaikan masalah ini iaitu cabut atau rawatan akar gigi. Saya memilih rawatan akar kerana gigi saya masih elok. Kosnya RM900. Saya rasa RM900 ni setelah diskaun sebab 4 tahun dulupun harganya dah RM900, takkan sekarang masih RM900 kan? Terima kasih sahabat sebab rekmen saya ke klinik ni. Kata doktor lagi, akar saya kelihatan bengkok. So, agak complicated masalah saya ni. Walau bagaimanapun, doktor tak boleh buat rawatan tu semalam sebab saya sedang sakit. Doktor bagi saya ubat tahan sakit dan antibiotik. Doktor siap pesan, bukan berhenti serta-merta sakit tu. Memangpun, malam tadi, tidur saya sering diganggu rasa sakit hingga buat saya menangis. Terlalu sakit. Malam ni tak tahulah, sebab belum baring. Temujanji seterusnya Isnin depan. Moga Allah permudahkan segalanya. Terima kasih sekali lagi buat kawan saya yang rekmen tu. Tolong doakan agar segalanya berjalan lancar ya readers.

Tuesday, April 4, 2017

Email Yang Gila

Dah lama saya tak dapat email orang komen blog saya ni. Rupa-rupanya setelah saya masuk password balik kat IPhone saya, punyalah berlambak email yang masuk. Saya ingat orang-orang yang suka komen blog saya dah tak nak komen blog saya. Rupanya email saya yang gila. Maaf ya semua sebab saya tak balas komen korang. Nanti saya cari satu masa untuk balas komen korang.

Sakit Yang Tak Tertahan

Assalammualaikum readers, Sebenarnya ada banyak benda yang saya nak cerita. Tapi masa tak mengizinkan. Tambah lagi saya rasa sakit menjelang waktu nak tidur. Sakit apa? Sakit gigi. Bila saya baring, sakitnya pasti menyerang sampai ke telinga. Ni masuk malam kedua. Sekarang rasa OK sebab saya telan ubat tahan sakit. Malam tadipun macam tu jugak. Pagi tadi saya ke Klinik Tang Lin ditemani Kak Sha. Doktor hanya rawat yang atas je. Dia tampal yang berlubang sedikit. Yang bawah tu dia suruh saya balik review. Kepala hotak dia nak balik review. Dia tahu tak sakit gigi tu macam mana rasanya??? Ni dah dua orang doktor yang saya jumpa tak nak buat apa-apa pada gigi saya yang satu ni. Alasannya, gigi cantik dan elok. Tampalanpun masih cantik. Saya peduli apa gigi cantik tak cantik? Saya tak nak tahu tampalan elok ke tidak. Yang saya tahu sekarang, gigi saya sakit. Pergi matilah dengan cantik tu. Doktor gigi ke bukan ni sebenarnya? Tak semestinya gigi tu cantik tak sakit. Gigi yang sakit tu kena nampak pada luaran ke rosaknya? Gigi sakit bukan sebab rosak dimakan ulat dan jangkitan kuman je. Ada banyak lagi faktor yang menyebabkan gigi sakit. Saya rasa ni mungkin ada kerosakan pada saraf atau akar lagi. Sebab sakitnya lain macam. Sama macam yang sebelum ni. Dia jugak yang cakap gigi saya ni kena scan. Dah tahu kena scan, scan jelah terus. Kenapa nak suruh saya ulang-ulang datang??? Saya ni bekerja makan gaji. Nanti apa pulak kata orang asyik keluar je waktu kerja? Saya balik office lagi hangin saya. Rasa sedih, rasa malu, rasa terkilan, rasa kesal. Boss saya cakap, bulan ni saya dah banyak pink form. Banyak apa? Ni minggu pertama bulan April kot. Cakap tak fikir, macam ni la. Minggu lepas dalam bulan Mac, saya terpaksa ke bank kerana ada urusan. Hari ni sebab gigi sakit. Dia suruh saya plan awal-awal. Boleh tak saya nak cakap kepala otak dia jugak??? Dia ingat sakit ni boleh diplan ke? Dia ingat saya suka sakit macam ni? Dia ingat saya saja-saja nak keluar waktu kerja? Saya bukan jenis macam tu. Nak keluarpun saya fikir banyak kali. Tapi dalam kes gigi ni, saya memang dah tak tahan. Sebenarnya dah banyak hari saya sakit gigi waktu malam macam ni ketika baring. Saya tak minta pergi klinik sebab saya rasa boleh bertahan. Nanti saya ambil cuti 10 HB nanti saya pergi klinik. Tapi sakitnya masya-Allah, memang saya dah tak boleh tahan sangat. Memanglah kat office tak nampak saya sakit. Tapi serius, saya memang sakit dan ianya sangat terasa bila saya baring. Ya Allah, kenapalah saya diuji macam ni? Dia cakap, takut orang kata saya gunakan Kak Sha sungguh-sungguh. Saya tak niatpun macam tu. Saya minta tolong dia teman sebab Klinik Tang Lin tu besar. Susah saya nak pergi sorang. Bukan saya bagi arahan kat Kak Sha, saya tanya dia boleh ke tak tolong saya. Dan dia kata boleh. Ada ke nak suruh saya plan sakit? Saya sangat terasa hati dengan statement dia. Siapa nak sakit? Saya tak naklah. Sayapun tak suka tinggalkan office waktu bekerja. Saya rasa malu. Saya rasa nak cili je mulut orang yang cakap dengan saya tu. Cubalah dia ambil kejap sakit saya ni. Baru dia tahu macam mana rasanya sakit gigi ni. Dahlah doktorpun tak guna otak, ni sorang lagi cakap tak pakai akal. Dah dua malam saya makan ubat tahan sakit. Takkan nak makan setiap malam sampai 10 HB nanti? Klinik Tang Lin pulak buka waktu office hour. Macam manalah nak buat. Esok, saya nekad, saya nak pergi klinik swasta. Biarlah bayar lebih, asalkan saya tak sakit. Betul orang kata, ada duitpun tak guna kalau menderita sakit. Duit tu boleh cari. Kesihatan tu penting. Kalau sakit, nak buat apapun susah. Saya rasa sakit, tertekan memikirkan soal doktor dan klinik, saya menangis sorang-sorang. Sebenarnya nangis tu lebih kepada sakit. Sakitnya tak tahu macam mana nak digambarkan. Sampai ke telinga. Saya call kawan saya. Dia kata, customer dia doktor gigi dan dia selalu ke klinik gigi tu. Esok, dia akan temankan saya ke sana lepas waktu kerja. Nak pergi klinikpun kena tunggu lepas waktu kerja. Menyampah!!! Ni saya mula rasa balik sakit gigi ni. Adoi, takkan nak makan ubat tahan sakit lagi?

Sunday, April 2, 2017

Sungai Sendat, Ulu Yam

Assalammualaikum semua, Alhamdulillah, Allah bagi saya rasa seronok, rasa happy hari ni. Minggu lepas ada orang PM saya, "Kak, nak pergi tak mandi air terjun?" "Kat mana?" "Ulu Yam," "Nak," Tanpa berfikir panjang, saya terus menyatakan persetujuan saya. Seminggu dia tak update apa-apa fasal air terjun. Sayapun tak berharap sangat. Takut tak jadi. Sampailah saya terjumpa dia malam tadi. Lantas dia ingatkan pada saya, "Kak, esok jadi tau," Waaahhh... Jadi rupanya. Best, best, best. Sayapun dah lama tak mandi air terjun. Pagi ni, tengok-tengok kami tiga orang je yang pergi. Bagus jugak dia ni, tak ramaipun plan yang dah buat still nak on. Suka, suka, suka. Taklah pagi sangat sebenarnya. Dalam kul 11.00 lebih kami bertolak ke Sungai Sendat. Gila punya sejuk air dia. Dahlah cuacapun redup. Hujan dari malam tadi. Rasa sejuknya nak turun. Tapi dah jauh-jauh datang, turun jelah. Kebetulan kami dapat pot yang best. Kami berendamlah bertiga. Pot saya kat mana lagi, tempat air terjunlah. Water massage katanya. Siap makan apam balik dan burger dalam air tuuu... Abang jual burger siap pesan, kat atas dah gelap, kalau air keruh terus naik. Sebab itu tanda kepala air nak turun. Alamak. Saya sedikit takut. "Tak apa kak. Boleh duduk lagi. air masih jernih. Kalau kepala air nak turun, daun dengan ranting akan turun dulu. Lepas tu baru air jadi keruh. Masa tu kena naik." Sembang punya sembang. Gelak punya gelak. Makan punya makan, sejam lebih jugak kami berendam. Naikpun sebab tengok cuaca semakin gelap dan air makin laju. Dah pulak tak ada tempat nak salin baju. Mujur saya bawa baju kelawar, salin jelah kat tepi kereta. Balik tu, singgah makan kat Kedai Nasi Padang, Sri Kumbang Jati, Gombak. Otak lembu dan daging dinding kegemaran saya tak ada. Ambil perut lembu dan daging cincang jelah. Nama je daging cincang, dagingnya besar-besar. Yang penting, jus Avokado kegemaran saya ada. Tamatlah aktiviti hari minggu saya pada minggu ini. Siapa kata kita tak boleh enjoy the life bila ada kawan yang buang kita. Kalau sorang yang tak nak kawan kita, percayalah, Allah akan bagi ganti yang lebih baik daripada tu. Alhamdulillah.

Pintu Security Laser Cut Dan Stainless Steel

Assalammualaikum readers, Enjoylah tu, hari cuti kan bagi kebanyakan daripada kita. Alkisahnya petang tadi saya bersama Acik ke Super Ceramic. Tak lain tak bukan, tujuan kami ke sana nak cari pintu security untuk sayalah. Pening pulak saya nak memilih. Alhamdulillah, budget yang saya ada dapat jimat sedikit, tak digunakan semua. Terdapat lima warna pilihan, hijau, kelabu, tembaga, putih dan tak ingat satu lagi tu warna apa. Macam biasa, pintu ni ada dua layer. Yang dalam tu, bertutup penuh macam pintu dan yang luar tu macam grill la. Diperbuat daripada keluli dan tebal. Pintu dalam boleh dibuka untuk pengudaraan. Apa yang bagusnya, pintu ni ada sistem lock dia sendiri. Kuncinyapun lain daripada pintu biasa. Esoklah saya update, mengantuk sangat-sangatlah pulak. Bye dan selamat malam.

Saturday, April 1, 2017

Benarkah?

Seorang kawan mengirim berita. Lewat pesanan yang dikirim, Si Dia yang awak gila-gilakan sampai tinggalkan saya beberapa bulan lalu akan melangsungkan pertunangan esok. Tapi tak tahulah bergurau atau apa. Kata kawan saya. Cuma ada jemputan sedemikian di wallnya. Kalau betul dia bertunang, dengan siapa? Dengan awak ke awak? Awak nak rialisasikan hidup bersama dia ke awak? Jadinya betullah, alas an awak tua dan sakit tu alas an semata? Awak pernah cakap, awak dah tua, tak ada lagi nak kan hal-hal macam ni. Tu pun hanya kata-kata dari lidah tak bertulang ya awak? Awak kata, apa yang awak tulis kat Facebook tu semuanya main-main. Tak betul. Ke dah jadi sebaliknya awak? Lelaki, mudah berubah hatinya.

LRT Punya Angkara

Assalammualaikum korang, Ada yang belum tidur? Kalau dah tidur, bacalah tulisan ni bila senang. Jarangkan saya update blog malam-malam begini? Korang tahu saya kat mana? Kat office. Ni semua gara-gara LRT. Tadi saya tunggu kawan sampai dari Pulau Pinang. Wah, bila Kak Sariha Tanya nak balik ke tak, saya jawab, tak nak. Lepas Isyak, tak berapa nak lepas Isyak sangatlah sebab saya tertidur kat surau masa tunggu Isyak. So Isyaknya lewat sikit. Lebih kurang jam 10.00 lebih saya ke KL Sentral. Hati bunga-bunga nak balik. Dalam kepala dah berkira-kira, sampai je, bagi Chiko makan, bersihkan berak dia lepas tu bersihkan diri dan tidur. Sampai-sampai stesen, ramai orang tak dibenarkan swap kad. Sistem auto train rosak katanya. Dia orang kena drive manual dan train berhenti lebih lama di platform. Katanya lagi, mungkin 30 minit lagi train akan berjalan seperti biasa. Tunggu jelah. Grab pun mahal. High demand katanya. Dah tunggu lama, polis bantuan kata, cari altenatif lain. Iiii... Geramnya saya, kenapalah tak cakap dari tadi? Mana lagi nak pergi? Balik office la. Mujurlah guard baru tak banyak songeh, saya minta dia buka gate, senang hati je dia buka. Mungkin dia tahu saya staff kot atau dia tengok pas staff yang saya pakai. So bermalamlah kita di sini malam ni. Dahlah esok nak pergi survey pintu. Pagi esok, saya kena cepat-cepat balik. Kesian Chiko lapar. Terpaksalah Si Chiko puasa malam ni. Kesiannya dia. Esok mesti dia lapar gila dan tak nyempat-nyempat nak makan.