Sebulan lalu, saya terima panggilan dari Hana. Saya tahu, mungkin dia sekadar ingin berbual dengan saya. Selalu juga dia call. Tapi lama dia tak call sebab handsetnya rosak.
"Kenapa, Na?" Tanya saya berbasa-basi.
"Saja je. Saya rindu kat awak," Balasnya kedengaran tulus.
"Sayapun rindu kat awak. Rindu masa-masa kita bersama." Perbualan mula berkisar kepada kenangan sewaktu kami tinggal serumah diselangi gelak tawa kami.
Akhir perbualan,
"Awak, saya sayang awak. Saya rindu sangat katt awak," Katanya sayu. Saya mula sebak. Kalau dia masih bersama saya mesti saya tak sesunyi sekarang. Apa yang penting, dia sahabat yang tulus. Sentiasa ada bila saya memerlukan sehingga kini. Dia pendengar yang baik. Tatkala saya lemah, dia sering memeluk erat saya menyalurkan kekuatan. Pernah kami menangis berdakapan bertiga kerana kesedihan.
"Ya, sayapun sayangkan awak juga. Sayang Haida juga. Semoga persahabatan ni kekal ke Jannah."
"Saya tak nak awak sedih," Balasnya. Kami mula menangis. Sebak di dada tak terbendung lagi.
"Bila cakap dengan awak, rasa tak nak letak telefon. Sayang awak dan Haida," Sambungnya.
"Kita sama-sama doa untuk kebahagiaan kita semua. Doakan saya ya awak,"
"Insya-Allah, awakpun doakan saya ya." Pintanya.
"Ya. Saya doakan rumahtangga awak bahagia hingga ke Jannah." Balas saya dalam esak.
Sahabat yang ikhlas akan selalu ingat kita walaupun dia jauh dari kita.
Ya Allah, bahagiakanlah kedua-dua sahabatku dunia dan akhirat. Amin.
Sayang kamu berdua.
No comments:
Post a Comment