Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, June 20, 2016
Pet Carrier Baru
Assalammualaikum readers,
Saya tengok blog saya ni makin hari makin cepat bilangan pengunjung bertambah. Semalam sahaja dari jam 10.00 pagi menjelang 2.00 petang pertambahan sebanyak 78 orang pembaca. Tapi semuanya silent reader. Tak apalah. Cuma mohon korang doakan saya supaya Allah bagi kebahagiaan kepada saya.
Sabtu lepas, officemate saya berkenan untuk teman saya beli barang Chiko dan Hazel AKA Serak. Beli pet carrier lagi sebab pet carrier lama tu dah rosak. Yelah, kan nak bawa dia orang pergi klinik tak lama lagi. Hajat di hati, sebelum pindah rumah baru saya nak kasi kan mereka. Si Chiko ni tak inject lagi. Si Serak paling merisaukan saya. Pergi injectpun dah meroyan tak hengat dunia, siap panjat kabinet ubat naik ke atas lepas tu terkencing pulak kat atas tu. Petugas klinik siap kena bawa pukat tangkap dia. Macam mana gayanya tu? Pet carrier saiz M. Beli kat uncle ni memang murah sebab dia jual kat rumah. Pet Carrier yang ada bekas makan tu baru RM63.00. Saya tengok kat kedai RM80.00. Jimatkan? Tapi sayang, makanan kucing uncle dah hantar ke kedainya di Ampang dan Puchong.
Lepas beli pet carrier teruslah ke Carrefour atau sekarang ni dah tukar nama jadi Aeon Big di Wangsamaju. Beli Smart Heart kebetulan ada offer, hanya RM59.90 sahaja untuk pack 7 kilogram. Dah alang-alang tu, beli terus Dinamo Power Gel kesukaan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment