SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, May 24, 2017

Ketandusan Idea

Assalammualaikum semua, Hari ni saya nak komen sesuatu yang mungkin sensitive bagi sesetengah pihak. Tapi komen saya ini ikhlas dari hati, dari komuniti yang sama. Ramai yang tahukan, yang saya ni suka berterus-terang bukan berpura-pura. Tapi orang yang tak suka kat saya tu, pasti pandang negative je apa yang saya buat atau tulis. Sebab mereka ni emosional lebih, tak professional. Kalau dah tak suka kat sorang tu, buruk je yang dipandangnya. Ah, biarlah nak kata apapun, semoga tulisan ini akan memberi impak yang positif kepada subjek yang akan saya huraikan nanti. Tapi kalau subjek tidak dapat menerima komen ini dengan baik atau orang-orang sekelilingnya mengkritik saya, mengecam, menghina dan mengumpat saya di belakang seperti apa yang dibuat, terserah. Jika mereka tidak dapat menerima dengan hati terbuka, moga tulisan ini lebih memberi manfaat kepada orang lain yang sama dengannya. Rancangan Gema Gegar Voganza baru saja melabuhkan tirainya. Antara yang menjadi perhatian adalah Azmi dari Kumpulan Caliph Buskers. Azmi, tak perlu dipertikaikan lagi kemantapan vokalnya. Even saya sendiri antara yang meminati lontaran suaranya sejak sekolah, sejak sebelum dia menjadi artis serta dikenali ramai. Malah sebelum dia dikelilingi kawan-kawan yang ramai seperti sekarang. Cuma saya adalah saya. Tak adalah saya nak sentiasa bersamanya atau menunjukkan minat saya padanya. Jumpa Siti Nurhalizapun saya masih boleh relax dan control diri saya kan. Apalah sangat ada pada seorang manusia melainkan bakat yang dikurniakan Allah jua. Itu yang saya belajar sewaktu menuntut di UiTM dulu. Fakulti saya sememangnya ramai artis keluar masuk. Apa yang nak saya perkatakan di sini, bukanlah mengkritik Azmi. Saya tak tahu siapa yang menjadi pereka persembahan Azmi. Dari segi vocal, suara, nyanyian saya rasa tak perlu siapapun pertikaikannya kerana Azmi mempunyai kekuatannya tersendiri dalam melantunkan suaranya hingga semua orang terbuai dek kelunakannya termasuk saya sendiri. Walau bagaimanapun, lakonan Azmi yang mengaitkan kehidupan rialitinya sebagai seorang yang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan amat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa pemberi idea, penerbit atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada persembahan Azmi tidak kreatif dalam menampilkan Azmi sebagai penghibur. Saya bertanyakan pendapat rakan-rakan pejabat, mereka juga tidak suka akan lakonan berkenaan. "Yes, he is blind, so what?" Namapun lakonan, tak perlulah Azmi berlakon dengan watak dia sendiri. Masyarakat Malaysia terlalu sempit pemikirannya termasuk SESETENGAH mereka yang berkecimpung dalam bidang seni dan penyiaran. Lakonan bukanlah suatu rialiti top show atau rancangan dokumentari yang memaparkan kehidupan sebenar subjek. Malah, lakonan Azmi sebelum menyampaikan Lagu Damai Yang Hilang langsung tidak ada kena-mengena. Tidak ada kesinambungan. Ayat pertama yang dituturkan oleh pelakon perempuan itu pun sudah memberi gambaran kepada saya yang lakonan tidak ada kesinambungan dengan lagu. Saya tak tahu siapa yang beri idea ini. Bukan blind tak boleh berlakon malah, di sekolah, blind sering dilibatkan dengan persembahan pentas dan sebagainya dan pementasan berkenaan langsung tidak ada kena-mengena dengan kecacatan. Pementasan bangsawan Keris Laksmana Bentan misalnya, mendapat tempat di hati penonton sehinga bertahun lamanya. Pementasan ini membawa kesan yang mendalam di hati penonton apabila dilakonkan oleh blind siap dengan pergerakan dan pertikaman keris. Bila Azmi ditampilkan dengan watak bapa yang buta, tidak ada lagi nilai kejutan penonton di situ dan Azmi memukau penontonnya dengan nyanyiannya sahaja. Sekiranya Azmi ditampilkan dengan lakonan yang lebih mantap tanpa melibatkan kebutaannya, saya percaya beliau pasti memukau para penonton dengan lebih dalam. Kalau beginilah orang-orang yang ada di sekeliling Azmi, saya rasa peluang Azmi dalam industry ini akan jadi terbatas. Semua penampilan Azmi nak ditampilkan dengan watak asalnya sedangkan saya yakin, Azmi boleh buat lebih daripada itu. Watak-watak begini akan membuatkan orang-orang yang biasa dengan blind ni jadi bosan kerana hal sedemikian telah diketahui. Tiada kejutan yang istimewa. Sebagai penonton, saya ingin melihat Azmi yang lebih mantap dan ia harus melakukan eksplorasi seni yang lebih mendalam bagi mengekalkan tambatan hati peminatnya. Saya tidak salahkan Azmi dalam hal ini tetapi, orang-orang di sekelilingnyalah yang harus mengajar Azmi untuk jadi penghibur yang lebih out standing. Ya, Azmi blind dan terbatas. Namun, keterbatasan itu boleh diatasi dengan adanya tunjuk ajar, latihan yang kerap serta rasa percaya kepadanya. Jika kesemua elemen ini ada, saya pasti Azmi akan menjadi penghibur yang lebih disegani. Cukup cukuplah tampilkan Azmi dengan sesuatu yang biasa. Bagi dia peluang untuk buat sesuatu yang lebih mencabar dan membuatkan orang kagum dengannya. Saya tahu, tanpa pergerakan dan lakonanpun orang sudah mengagumi Azmi akan kelunakan suaranya. Tapi bagi orang yang dah biasa dengan blind, hal itu biasa. Berapa ramai artis Malaysia ni bersuara merdu dan mantap? Kelebihan suara tu sebenarnya biasa bagi seorang penyanyi. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Tapi kalau seorang penyanyi blind ni boleh menjadikan persembahannya setanding dengan artis lain, ia pasti cukup mengagumkan. Dari awal Azmi muncul lagi, saya sudah tidak setuju apabila Edry memaklumkan bahawa orang yang akan menyanyikan Roman Cinta adalah orang yang istimewa kerana dia OKU Penglihatan. Come on, blind tu biasa. Tidak ada apa yang istimewanya pada seorang blind melainkan dia memang istimewa. Bila diumumkan begitu, masyarakat akan kata "Ooo... Blind, patutlah best," Padahal kalau tak blind pun Azmi memang sedap bila menyanyi. Bukan menyanyi jadi best sebab dia blind. Ada yang kata, "blind, patutlah tak banyak pergerakan," Bukan tak ada penyanyi normal yang tak banyak bergerak. Sedangkan dia boleh bergerak bebas sekiranya dia dilatih walaupun dia blind. Penyanyi biasapun belajar bagaimana untuk bergerak di pentas secara formal ataupun tidak. Ada yang masuk kelas dan ada yang belajar sendiri dengan menonton persembahan orang lain. Saya tahu hal ini sebab saya datang dari latarbelakang pendidikan seni. Pada saya, jika Edry tidak mengumumkan sedemikianpun, orang akan stay tengok Azmi masa AJL tu kerana suaranya memang memukau siapa saja yang mendengar walaupun orang tak tahu yang dia blind. Stevie Wonder, pada awal pembabitannya dalam bidang seni, dia tidak diwar-warkan sebagai blind sehingga lagunya top dan sering berkumandang di corong-corong radio dan membuatkan pendengar tertanya-tanya siapakah beliau? Dan akhirnya, pendengar menerima dan menyanjungi bakatnya dahulu sebelum mengetahui dia blind. Itu yang kita nak. Blind diterima kerana bakatnya bukan kerana dia blind. Tak semestinya blind tu nyanyi best. Harap masyarakat Malaysia ni akan terbuka fikirannya seiring masa beredar.

Monday, May 22, 2017

Prasangka

You, Sekali lagi I minta maaf. I tak tahu kenapa you, I selalu prasangka kat you. Mungkin kenangan silam yang buat I jadi macam ni. Tapi bila I prasangka kat you, I mesti rasa tak sedap hati. Rasa resah. You, Kenapa I jadi macam ni? I pun tak faham dengan diri I sendiri. Kenapa I susah nak percaya kat orang nak-naknya orang yang baru I kenal. Cuma I mohon pada Allah agar perasaan buruk ni tidak memudaratkan kita. Terima kasih you sebab sabar dengan soalan I. I bukannya apa, sekadar ingin tahu hati you, apa yang you rasa. Adakah sama yang I sangka. Sebab I bukan kenal you sangat. So, I tak tahu sikap you, perangai you. Ya Allah, Jika dia memang seorang yang baik, maka buanglah semua prasangka dalam hatiku ini. Jauhkan hati ini dari hasutan syaitan. You, Terima kasih atas kesudian you mendengar luahan I dan menasihati I.

Sunday, May 21, 2017

Siapa Bagi Dia Eksekutif?

Dalam orang suka kat kita, pasti ada yang bencikan kita. Yang iri pada kita dan yang dengki akan kita. Begitu juga dengan saya. Ada je orang yang tak puas hati dengan saya. Tak apalah, dah lumrah macam tu kan. Dah hampir setahun dah saya naik pangkat. Tapi ada pulak yang mempersoalkan. Yang pelik tu, boss HR sendiri yang mempertikaikannya. Pelik kan? Dia buat kerja ke tak ni sampai staff dah naik pangkat beberapa bulan pun tak tahu? Ke saja buat-buat tak tahu? Suatu hari, saya berbincang dengan sorang kakak ni di mejanya. Dia ni bekas HR. Tiba-tiba telefon di mejanya berdering. Dari nada yang kedengaran, saya tahu tu panggilan dari dalam. Saya tak tahu apa butir percakapan dari sebelah sana. Cuma, saya dengar jawapan dari kakak ni. Kakak: Memang dia exec. Surat yang officer tu kan dia tak sign. Lepas tu kan masuk meeting ExCo balik. Lepas tu keluar surat baru as a exect. Siapa bagi tu saya tak tahulah. Puan yang arahkan saya suruh keluarkan surat sebagai exec. Saya kan bagi puan draf surat tu. Puan kata OK, saya bagilah kat dia. Siapa bagi saya tak tahu. Tapi puan yang arahkan saya suruh bagi surat dan jawatan tu kat dia. Salinan surat tu pun ada kat HR. Demi mendengarkan executive dan officer tu, saya dapat agak. Mereka sedang bercakap tentang saya. Dah kenapa pulak ni? Ada masalah ke dengan jawatan baru saya? Semuanya kan dah selesai. Saya: Siapa tu, kak? Tanya saya setelah kakak tersebut meletak gagang telefon. Kakak: Puan ... Saya: Dia tanya fasal saya kan? Kakak: Mana kau tahu? Saya: Alah, kalau dah cakap fasal tak sign surat officer tu, sayalah, siapa lagi? Kakak: Ha'ah, dia tanya siapa bagi kau eksekutif. Manalah aku tahu. Kau yang suruh aku draf surat tu. Bagi kau semak, takkan kau tak baca jawatan yang aku tulis dalam tu. Dah berbulan kot kau pegang jawatan tu. Baru sekarang nak tanya? Takkan kau HR kau tak tahu pasal staff kau? Habis kau buat apa selama ni? Bila kau tak suka orang tu, kau nak turunkan jawatan dia balik ke? Patutnya staff yang tanya kau soalan tu, ni dia pulak yang tanya kita soalan tu. Dia ingat aku ada kuasa ke nak bagi orang jawatan suka-suka hati? Sakitlah hati aku ni dapat boss macam ni. Panjang bebelan kakak tu lepaskan perasaan. Saya: Peliklah dia tu. Kenapa tiba-tiba persoalkan pulak? Selama ni tak tanya pun. Kakak: Entah mimpi apa entah tiba-tiba tanya. Saya: Oooo... Mungkin dia tengok kat memo saya hantar kat dia pagi ni kot. Tengok rasa tak puas hatilah. Sebab tu tanya akak. Dia tak suka kot orang naik pangkat. Habis orang ni nak duduk tahap tu je dari masuk kerja sampai pencen? Dia boleh pulak naik pangkat, naik gaji. Sabar jelah dengan orang yang hati busuk macam ni. Depan bukan main baik. Belakang... Jangan sibuk nak dengki kat orang. Buat kerja awak tu elok-elok sebelum orang menyampah kat awak. Lebih teruk kalau pihak atasan yang menyampah kat awak. Nahas awak nanti. Ya Allah, berilah petunjuk pada hambaMu yang satu ni.

X-Garcia Yang Tak Diduga

Masih lagi berkisar kepada kerjaya saya. Tahun ni, office memutuskan untuk bagi staff X-Garcia. X-garcia ni diberi percent daripada gaji. Paling tinggi pun, akan dapat 25 pratus je berdasarkan KPI. Alhamdulillah. Dah diterima pun beberapa bulan lalu. Bila saya cek akaun saya, saya rasa tak percaya melihat amount yang masuk ke dalam akaun saya. Betul ke semua jumlah tu X-Garcia? Saya tunggu surat keluar. Ya benar. Jumlah tu semuanya dari X-Garcia saya. Ya Allah, terima kasih Allah, terima kasih. Boss saya tanya saya, berapa saya dapat? Yalah, mesti dia nak tahu banyak mana saya dapat hasil daripada KPI yang dia bagi kat saya. Saya beritahu boss. Boss kata, banyak jugak. Bila dikira-kira, ianya 21 pratus point something daripada gaji saya. Syukur Allah, sebab bagi saya semua ni. Dengar khabar jugak, selain daripada orang yang naik pangkat dapat gaji baru ikut jawatan, semua staff insya-Allah akan dapat kenaikan dan kenaikan tu akan diberi sejak dari Januari. Apa pun, jangan happy dulu. Macam-macam boleh jadi. Kita tunggu surat atau pelaksanaannya dulu.

Sesuatu Yang Tak Disangka Menjadi Pertikaian

Assalammualaikum readers, Jarang update blog sebab sibuk sikit kebelakangan ni. Hari ni saya nak bercerita tentang saya jugak. Blog ni, saya jadikan sebagai diari harian saya. Sebab tulah cerita fasal saya je. Kalau tak suka, anda boleh memilih untuk tidak mengunjungi blog ni. Tak ada apa yang penting pun di sini melainkan kenangan-kenangan saya, perasaan saya dan semuanya tentang saya. Baiklah. Allah sentiasa menguji kita yang bernama manusia. Begitu juga dengan saya yang tak terkecuali daripada diuji. Saya naik pangkat dah nak masuk setahun dah bulan depan. Tapi gaji belum naik lagi. Be positive Tinta, Allah nak uji sejauh mana kesabaran dan kesyukuran saya padaNya. Alhamdulillah, saya masih boleh berbelanja seperti biasa. Adakalanya, saya rasa duit saya banyak dan berlebih. Tapi gaji sama je macam sebelum ni. Mungkin Allah kesiankan saya makanya Allah cukupkan rezeki saya dengan memberi saya rasa cukup malah lebih. Padahal, gaji bukan besar pun. April lalu, saya mendapat khabar angin yang gaji saya dinaikkan sekian amount. Alhamdulillah saya bersyukur. Allah itu Maha Baik. Entah di mana silapnya, sampai sekarang gaji saya belum naik. Allah uji. Sabar Tinta. Mungkin lepas ni kau akan merasa manisnya dari ujian ini. Nak kata frust sangat tu taklah. Sebab saya rasa duit saya masih cukup meskipun kalau dikira rasa macam tak cukup. Tapi belanja punya belanja cukup. Walaupun sibuk membeli Lancome. Awal bulan hari tu, saya kan jadi pengacara majlis. Tanpa bayaran. Tapi Allah bagi kegembiraan pada saya dari event tu. Ianya lebih bermaknakan? Yakinlah, itu yang terbaik buatmu Tinta. Nanti saya akan ceritakan dalam entri lain tentang event tu. Angin membawa khabar, apa yang berlaku pada saya dalam majlis tu jadi pertikaian untuk gaji saya. Dengarnya, dari amount sekian, ada orang yang fight untuk gaji saya dinaikkan lagi sebab, katanya, saya merupakan sesuatu yang penting dalam imej office saya. Ya Allah, saya tak pernah fikir macam tu. Tapi ada orang yang menilai saya sampai ke tahap tu? Ya Allah, Engkau menunjukkan kebesaranMu padaku yang kerdil lagi hina ini. Saya tak buat apapun yang lebih Allah, sekadar cuba buat yang terbaik atas apa yang diarahkan dan dalam lingkungan bidang tugas saya. Benarlah janjiMu, ada bahagia sesudah derita, ada manis dalam pahit. Dan kini Kau sedang menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaanMu mengatur hidupku. Tak sangka ada orang yang sudi fight lagi untuk gaji saya. Ya Allah, sebagaimana ikhlas dan baiknya orang terhadap saya, berilah jua keikhlasan dan kebaikan dalam hati saya buat orang. Dan dengar khabarnya amount sekian dipersetujui untuk dinaikkan kepada amount baru. Walaupun tak seperti diminta oleh orang-orang berkenaan, amount baru ni banyak bagi saya memandangkan office ni susah nak bagi staff. Gaji saya jika benar begitu pun taklah sebesar manapun jika dibandingkan dengan orang lain yang bekerja di tempat lain. Tapi sekurang-kurangnya, insya-Allah, dapatlah saya buat apa yang saya nak. Terima kasih Allah. Semoga amount yang telah dipersetujui tidak dikurangkan. Saya inginkannya.

Tuesday, May 16, 2017

Apa Benar?

Ya Allah, Apa benar perasaan yang ku alami ini? Ya Allah, Berilah aku petunjukMu. Jangan sampai salah lagi. Aku takut. Dan teruslah Kau pegang hatiku, jangan sampai aku jauh daripadaMu. Ya Allah, Kenapa sering aku diuji begini?

Saturday, May 13, 2017

Warna Tema 2017/2018

Assalammualaikum readers, Puasa dah tak lama. Semua orang di samping menjalani ibadah puasa pasti nak buat persiapan raya kan? Mesti korang semua terfikir-fikir nak pakai baju warna apa untuk raya ni kan? Saya pun fikir benda yang sama. So, setelah membuat pembacaan di beberapa blog, inilah hasilnya. Kebanyakan blog menjadikan pantone.com sebagai rujukan. Untuk tahun 2017/2018, pantone.com telah memilih greenery sebagai warna utama. Namun, buat mereka yang tak gemarkan warna hijau, pantone.com memberi sembilan lagi pilihan warna kepada semua. Nak lebih jelas, sila rujuk pantone.com Baiklah, mari kita lihat 10 warna berkenaan: Cewah, macam nak tulis majalah kecantikan dan fesyen pulak bahasanya ya. 1. Niagara:
Niagara merupakan warna biru klasik yang seakan-akan biru seluar denim. Warna biru ini dikatakan sebagai warna yang tenang. 2. Primerose Yellow:
Warna ini merupakan warna yang berlawanan dengan warna niagara. Warna kuning ini merupakan warna hangat yang dapat memberi semangat kepada si pemakai untuk beraktiviti. 3. Lapis Blue:
Selain biru Niagara, terdapat biru yang lebih gelap yang dikenali sebagai Lapis Blue. Warna ini dapat membuatkan si pemakai lebih bertenaga dan meningkatkan keyakinan diri seseorang. 4. Flame:
Flame atau oren kemerahan menjadi salah satu warna yang banyak digunakan dalam industri fesyen moden terutamanya satu-dua tahun mendatang ini. Palet warna ini disimbolkan sebagai warna yang lincah dan ceria. 5. Island Paradise:
Rangkaian warna musim ini didominasi oleh warna biru. Salah satunya adalah Island Paradise. Biru kehijauan ini dimaknakan sebagai warna segar dan menenangkan. 6. Pale Dogwood:
Pale Dogwood atau merah muda terang ini dikatakan sebagai warna suci dan mendamaikan. Meski terlihat pucat, ianya dapat diserlahkan dengan paduan warna kontras lainnya. 7. Greenery:
Membawa kesan yang segar, warna ala-ala rumput lumut kelihatan garang dan unik berbanding "colour of the year" bagi tahun 2016. Warna ini menjadi "colour of the year 2017" di pantone. Warnanya neutral dan menjadi pengimbang kehidupan. 8. Pink Yarrow:
Meriah, unik dan berani. Itulah yang diterjemahkan dari warna merah jambu keunguan ini. Warna ini sesuai digunakan menerusi busana yang meriah untuk sebuah pesta yang gilang-gemilang demi memberi semangat dan keceriaan kepada si pemakai. 9. Kale:
Terinspirasi daripada dedaunan dan sayur Kale, Hijau gelap ini kelihatan segar dan hidup. Warna ini merupakan warna alam yang sesuai dipadukan dengan warna warna terang agar ianya menjadi lebih segar dan hidup. 10. Hazelnut:
Warna coklat dengan sedikit semburat kemerahan yang sesuai dipadukan dengan semua warna terang dan gelap ini bersifat hangat. Ia juga merupakan warna transisi yang boleh dikenakan dalam semua acara dan aktiviti. Kesimpulannya, setiap warna mempunyai sentuhan emosi dan perasaan yang berbeza-beza. Sebagai pemakai, terserahlah kepada anda untuk menentukan warna mana yang menjadi pilihan anda untuk dikenakan bagi sesuatu acara atau aktiviti. Ianya pasti tampak lebih menarik dengan panduan warna yang sesuai. Semoga pembaca sekalian mendapat idea daripada tulisan ini untuk memilih warna pakaian terutamanya menjelang hari raya nanti.