Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, June 21, 2016
Saat Kawan-kawan Menjauh
Sejak dari akhir tahun lepas, Allah banyak menguji saya. Mungkin Allah rindukan saya. Mungkin kerana saya jauh dariNya. Mungkin juga kerana saya lalai. Ampunilah Ya Allah atas semua kealpaan saya. Saya bukanlah orang yang baik, warak atau alim, tapi syukur kerana Allah membukakan hati saya untuk berfikir seperti ini. Sekurang-kurangnya saya tidak berterusan buat salah.
Allah turut menguji saya tentang rakan-rakan saya. Allah jauhkan rakan-rakan saya termasuk yang sebelum ini kononnya kawan baik saya. Penat saya fikirkan apa sebabnya. Mungkin akal lemah saya tidak mampu mengingati kesalahan saya pada mereka atau lebih tepat lagi, dia (kawan baik) saya. Bukan setakat menjauh tapi cukup melukakan hati saya. Allah memang nak saya jatuh kali ni. Memang nak saya keseorangan. Semuanya kerana mahu memberi saya rasa dan nikmati kasih sayangNya pada saya. Bila tiada orang di sekeliling saya, siapa lagi harus saya sandarkan semua masalah saya? Pastinya Dia Yang Maha Baik. Ya, mungkin juga Allah nak tunjukkan siapa sebenarnya kawan saya. Kita akan tahu siapa kawan kita waktu kita susah. Betul tak?
Tiba-tiba, Allah gerakkan hati Hana bekas housemate saya dulu untuk menghubungi saya. Persahabatan yang seakan sepi mula hidup kembali dan kami mula saling menghubungi antara satu sama lain hingga sekarang bertanya khabar dan menyatakan kerinduan.
Manakala housemate saya juga sentiasa ada bersama saya untuk memberi semangat walaupun kebanyakan masanya bukan dengan saya. Saya faham tuntutan dia sebagai seorang isteri yang harus sentiasa bersama suaminya. Katanya, dia juga tak percaya dengan apa yang berlaku. Baginya, sebagai kawan rapat, bergaduh, tidak bertegur, mengata belakang, tak puas hati itu perkara biasa. Sama seperti situasi dia dengan saya tapi bagi kami, kami tak pernah sampai mahu menghina, mempersenda dan memutuskan persahabatan. Gaduh sekejap, lepas tu baik balik dan apa yang berlaku, kami lupakan dan kami boleh baik semula seperti tiada apa yang berlaku setelah bersemuka. Padanya, apa yang saya alami amat menyakitkan.
Kemudian, Allah hantar seorang kawan yang pernah bersekolah bersama saya dulu. Dia senior saya. Kat sekolah kami tak rapatpun. Tapi setelah membaca blog saya, dia lantas menghubungi saya dan sentiasa memberi semangat serta sentiasa ada saat saya memerlukannya walaupun jasad kami jauh.
Allah juga kirimkan seorang wartawan yang pernah menemuramah saya beberapa tahun lalu untuk menjadi kawan saya dari jarak jauh. Semuanya Allah bagi dalam jarak jauh. Kenapa? Sebab Dia nak saya rapat denganNya. Yang ada dengan saya sekarang hanyalah dua ekor kucing peliharaan saya yang saban waktu menemani dan menghiburkan saya.
Awak, saya rindukan awak. Kalau awak ada dekat dengan saya, pasti saya tak sesunyi ini jika awak masih selalu mahu ada dengan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment