SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, June 29, 2017

Tampil Lebih Berseri

Assalammualaikum korang, Selamat hariraya Aidilfitri, maaf zahir batin. Saya OK ke tak? Entahlah. Yang pastinya, perasaan pagi tadi tu masih ada. Jadi, untuk mengubatnya biarlah saya bercerita tentang hal lain di sini. Serius saya memang tak ada mood dan rasa rindu sangat hari ni. OK, kita terus kepada cerita saya ni. Kemunculan semula saya di Facebook sememangnya memberi pelbagai reaksi sama ada secara terus mahu pun di belakang saya. Saya malas nak ambil pusing komen negative. Biarlah dia orang je yang negative. Saya nak sentiasa positif. Yang negative tu, saya dengar, apa yang boleh saya terima, saya terima. Yang positif, saya jadikan semangat untuk terus melangkah. Kat Facebook, saya ada ramai kawan yang saya tak pernah jumpa pun. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada beberapa orang yang rapat dengan saya. Kami selalu contact menerusi messenger, whatsapp atau telefon. Malah, waktu saya menghilang dari FB, kami terus berhubung dan mereka sangat mengambil berat tentang saya. Kadang-kadang, mereka sangat peka akan perasaan saya lantas terus menghubungi saya. Bila saya tak ada kat FB, sesekali dia orang akan call atau whatsapp Tanya khabar. Alhamdulillah, selain rakan-rakan yang sememangnya mengenali saya, mereka turut menyambut kemunculan saya kembali di Facebook dengan meriah. Siap call dan komen lagi. Kawan: Tak sangka, lepas hilang, Tinta muncul di Facebook dengan penampilan yang lebih berseri. Kawan: Tinta sekarang Nampak lain, Nampak berseri-seri. Kawan: Dia (merujuk kepada perempuan yang menjadi kegilaan si dia setahun lalu) masih macam dulu. Duk melayan ramai lelaki. Tapi si dia tu dah lama tak nampak komen kat wall dia dan dia dah tak meroyan. Tapi masih post gambar-gambar macam dulu. Dengan budak-budak dialah. Tapi yang tak sangkanya, Tinta tampil lebih berseri dari dulu di FB. Nampak perubahan tu. Lol, apa kes, lepas cerita fasal perempuan tu komen penampilan saya kat FB pulak? Apa motif sebenar atau maksud tersiratnya? Hehehehe... Alhamdulillah, Allah yang bagi semua ni. Saya tak adalah nak bertanding dengan si dia tu. Cuma sekadar mahu membuktikan, bahawa saya mampu menjadi lebih baik dari dulu. Jika dia meninggalkan saya kerana si dia lebih bergaya silakan. Saya tak rasa terancam pun sebab saya rasa, saya punya penampilan diri tersendiri. Dan ianya akan develop mengikut masa dan fesyen. Lagipun, saya ni cerewet, mungkin peralihan penggunaan tudung dan sebagainya tidak begitu cepat sebab saya mengutamakan kualiti barangan dan untuk mendapat sesuatu yang berkualiti, bukan boleh dapat banyak dan cepat sebab saya bukan orang kaya. Hanya mereka yang arif saja yang mengenali sesuatu kualiti barangan. Lagi pun, dulu komitmen saya tinggi dan gaji saya rendah. Sekarang Alhamdulillah, Allah legakan sedikit hidup saya. Cakap fasal berseri, saya pun tak tahu. Sebab saya rasa saya masih seperti dulu. Skin care saya, cara penjagaan kulit, rutin saya masih sama seperti dulu. Tak ada yang berubah. Ada waktunya, saya lebih malas dari dulu. Tapi tak tahulah kalau cara makan saya memberi sedikit sumbangan kepada penampilan saya. Apa pun, semuanya datang dari Allah. Pujilah Dia sekiranya korang suka dengan apa yang saya ada sedikit ni. Segalanya saya miliki atas izinNya. Semoga Allah jauhkan saya dari riak dan hujub. Anehnya, sekarang, saya tak rasa saya cantik pun nak-naknya setelah saya kurus. Lepas raya ni, boleh kurus lagi ke Tinta? Ya Allah, takutnyaaaa... Tahu takut. Kembalilah kepada rutin lama kau tu. Jangan nak ngada-ngada makan nasi sangatlah. Ingat, baju oren pemberian nenek tu ngam-ngam je tau. Besar sikit tak muat. Tak muat nanti, kena dendalah kau sampai turun balik badan tu. OK, OK, saya cuba, insya-Allah.

Mengapa Rindu?

Ya Allah, Kenapa hati ini rindu? Kenapa hari ni rindu ni mengamuk? Siapa dia dalam hati saya? Kenapa Ya Allah? Kenapa saya rindu dia? Dia OK ke tak? Kenapa? Kenapa saya rindukannya? Rasa tak tertahan rindu ni hari ni. Ya Allah, Tolonglah hambaMu ini. Jika dia sememangnya Kau takdirkan buatku, maka Engkau permudahkanlah jalan cerita ini. Amin...

Friday, June 23, 2017

Pulang Ke Kampung

Alhamdulillah, you dah selamat sampai ke kampungnya. Kampung pun tak berapa nak kampunglah kalau dah balik bandaraya jugak hehehe... You bila driving suka hantar kat I voice whatsapp. Tapi hari ni, rasa macam tak selesa nak balas dengan voice sebab ada orang dekat I. Hehehe tapi you tu, depan adik you pun you boleh record voice. Depan kawan pun sama, selamba je record your voice and hantar kat I. Apalah agaknya adik dan kawan you fikir. Pernah sekali I call, you driving dengan sister, I cakap, I tak nak ganggu dan nak matikan talian. Tapi you tak bagi, you suruh cakap je. I rasa tak sedap sebab ada adik you. Kesian dia tak ada orang layan. Tapi masa tengah cakap tu, adik you pun cakap sekali dari belakang. Dan masa you hantar I balik, adik you call Tanya kat mana? I ingat you nak jawab, kat luar or dengan kawan. Tapi tak. You cakap, kat bawah rumah Tinta. You ni ada masanya sukar nak diramal. Tapi bila you stress dan busy, I pun jadi stress sebab tak faham you. You tu kalau apa-apa, suka diam dan tak nak cerita kat I. Bila you OK, then you text me. Tapi I bukan nak kawan you masa you senang je. Masa susah pun sama. Kenal pun tak sampai setahun, mungkin sebab tulah kita belum faham sesama sendiri. Alhamdulillah, akhir-akhir ni you macam faham sikit I macam mana. Harapnya keadaan jadi makin baik. Moga Allah permudahkan segalanya. Siapa you? Setakat ni kami kawan tapi selalu contact. Mohon korang doakan yang terbaik buat kami.

Pelik Bin Ajaib

Assalammualaikum semua, Sedang buat apa engkau? Adakah engkau merindu? Seperti aku di sini? Hahaha tiba-tiba nyanyi lagu Ramlah Ram pulak. Entri kali ni, bukanlah niat saya nak mengata sesiapa atau mengata orang yang berstatus seperti ni. Sebenarnya dah lama saya perhati tapi baru malam ni ada mood nak tulis. Saya ni suka baca status orang di Facebook kalau ada masa terluang. Dari situ, tulisan orang dari pelbagai latar belakang dapat saya baca. Daripada status-status tu, saya lihat ada sedikit kurang selesa pada tulisan mereka berstatus janda. Bukan semua ya. SEGELINTIR. Saya bukan mengata tapi ini pendapat saya kepada SEBILANGAN KECIL dari golongan ni. Jangan marah saya kepada yang membaca. Tapi inilah hakikatnya. Dan mereka yang berstatus ini jugaklah yang merosakkan hubungan saya dengan si dia setahun yang lalu. Dulu, saya sangat marah bila orang cakap, hati-hati, dia tu janda. Bukan semua janda berperangai tak baik. Tapi sekarang, apa yang dapat saya rumuskan, tak ada orang lain yang dapat mengubah persepsi masyarakat melainkan golongan tu sendiri. Kalau tengok kat FB, mereka ni lebih berani memaparkan status keinginan mereka hendakkan teman lelaki, pasangan, suami atau apa saja yang seumpama dengannya. Kadang-kadang status mereka ni mengalahkan anak dara. Kalau anak dara yang tulis, kita faham, tak matang. Tapi orang yang pernah menjadi isteri, jadi ibu, takkanlah masih tak matang? Ada sesetengah tu, anak pun dah usia remaja. Kalau anak baca macam mana eh? Baru-baru ni saya baca status LEBIH KURANG begini: "Bestnya kalau ada boy friend, boleh shopping sama-sama, ada orang tolong bawakan barang. Tapi tak ada sorangpun yang sudi. Terpaksalah shopping sorang-sorang," Memang tak salah berkeinginan begitu. Semua orang ada naluri untuk berpasangan. Tapi bila meletakkan status tu dekat tempat umum... Saya rasa apapun status kita, kita masih punya marwah. Dan sebaik-baik pakaian wanita itu malu. Sekurang-kurangnya awak dah rasa hidup berumahtangga. Jadi, banyak pengajaran dan iktibar yang perlu diambil dari pengalaman lepas bukan makin jadi tak matang. Tu belum lagi tengok komen. Melayan, balas-balas komen, gedik-gedik macam budak remaja. Malulah sikit kepada umum. Yang buat ni bukan sekadar janda muda, janda yang 40, 50 tahun pun melayan tak ingat. Ingatlah, bukan semua lelaki yang melayan gedik kita tu betul-betul nak kat kita. Banyaknya saja layan tapi bila nak cari isteri, cari yang bukan golongan gedik. Saya memang terkejut bila baca komen dan status macam ni. Saya pulak yang rasa malu. Berubahlah wanita, sebab kita akan insya-Allah menjadi ibu. Macam mana kita nak didik anak-anak kalau kita tak betulkan akhlak kita? saya bukan baik. Tapi kita sama-sama cuba. Apa? Sekadar tulis dalam FB? Saya tak percaya akan kata-kata ni. Sebenarnya, dari tulisan tulah kita tahu peribadi seseorang tu macam mana. Sebab tulisan tu, apa yang kita fikir, apa yang kita inginkan, apa yang ada dalam hati kita. Tu yang kita keluarkan. Jangan tipulah cakap, saya saja-saja je suka-suka tulis macam tu. Mana ada apa sebenarnya. Karut! Saya tak percaya. Jangan bohong. Tulisan itu peribadi seseorang. Ia menggambarkan siapa kita sebenar. Pesan saya, jangan keterlaluan dalam menulis terutamanya bab-bab lelaki ni. Jangan Nampak kita ni terdesak sangat. Boleh meluahkan keinginan kita, tapi biarlah dalam tulisan yang sopan dan bukan di tempat umum sebegitu. Mohon maaf jika tulisan malam ni menyakitkan hati sesiapa. Sekadar pendapat serta nasihat untuk kaum sejenis saya.

Thursday, June 22, 2017

Baju Raya 2017

Assalammualaikum semua, Buat apa tu? Dah siap persiapan raya? Meh nak cerita fasaal baju raya ni. Tahun ni, dua orang teman saya shopping berasingan. Baju kebaya tu, beli secara tak sengaja. Laaa... Boleh gitu eh? Masa tu, saya dengan Kak Sha on the way balik kerja. Biasalah, NU Sentral kan banyak jualan raya. Kak Sha yang usha baju raya sebenarnya. Bila lalu kat gerai TUCZ, Kak Sha terpandangkan kebaya ni. Kak Sha bagi tahu saya sebab Kak Sha tahu saya suka pakai kebaya pendek. Hahaha... Terpengaruh dengan pramugari MAS. Lagipun, bila pakai kebaya pendek perasan cantik dan smart. Hahahahahahaha (ketawa guling-guling) Perasan tak? Perasan tak? Perasan tak saya? Suka hatilah kalau saya nak perasan pun, blog saya, diri saya. Korang boleh je kalau tak setuju. Nak ngata? Ngatalah. Tak heran pun. Kalau saya tak tulis macam ni pun memang ada yang segelintir tu suka ngata saya kan? Janji saya rasa happy. Biarlah apa orang nak kata. Blog lain tu, OK je tulis fasal diri sendiri. Kawan-kawan dia OK je komen. Pedulikan. Sebenarnya konsep kebaya ni memang konsep warna-warna mewah kot. Ada warna dark blue macam ni, kelabu, putih, krim, hijau dan pink. Pink tak naklah, dah biasa sangat dengan saya. Cuba cari warna lain pulak. Ada satu lagi warna dark blue tapi bunga gold. Kak Sha kata, bunganya sarat sangat. Tak cantik. Tak sesuai dengan saya. Material kain macam lace pun ada, nak kata bukan pun boleh. Dimewahkan lagi dengan perincian manik dan labuci beserta sulam biru terang sikit pada hujung tangan dan bawah baju. Kain pario, kena ikat sendiri kau. Tak pernah beli baju dapat kain cam ni. Mujurlah saya biasa pakai pario, tak adalah terkial-kial nak mengikatnya. Kainnya warna kelabu bunga biru gelap. Baju sahaja RM139.00 baju dan kain RM188.00. Beli jelah sepasang. Terima kasih kakak sales girl pegangkan baju untuk ambil gambar. Seperti yang dah dimaklumkan, En. Mahathir pulak teman saya ke Jakel pada Jumaat sebelum saya balik. Kalau dia yang pilih, semestinya kurung moden. Tak adalah tradisional bagai. Tahun ni, kurung moden di bawah jenama Scha Alyahya masih lagi memikat hati kami. Tapi baju Haniz Zalika dan Ayda Jebat pun ada jugak yang saya try. Baju biru gelap bercorak dan bermanik di lengan tu sebenarnya ada design terbuka kat lengan tu. Memandangkan ada kain lain sebagai alas, tak nampaklah kulit lengan saya nanti. Designnya tak Nampak sebab tertutup. Kalau masuk tangan baru Nampak designnya. Dua kali jugak saya try, dua-dua kali salah masuk tangan sebab confuse dengan design dia. Sampai En. Mahathir suruh saya balik praktis pakai baju ni. Hahahaha... Melampau dia kan? Harganya RM349.00. Satu lagi, kurung moden yang ada design kat depan tu macam peplum. Biru jugak tapi biru cair. Diserlahkan dengan manik juga. Yang ni harganya RM259.00. Manager Jakel bagi saya murah. En. Mahathir runding harga lagi. Biar manager bank berbincang dengan manager Jakel. Hanya manager je yang tahu bahasa manager. Kikiki... Kata manager Jakel, baju yang saya pilih ni berkualiti tinggi materialnya so tak boleh kurang banyak. Hahaha... Yang design koyak kat tangan tu, baju yang Scha Alyahya peragakan kat poster besar. Manalah nak dapat murah? Yang biru muda tu pun kainnya elok. Entah apa yang dia orang bincang, akhirnya, manager Jakel setuju untuk bagi saya RM400.00 untuk kedua-dua pasang tersebut. Masa nak bayar tu, dia happy hours tapi sayangnya, rak baju yang saya pilih ni tak termasuk dalam happy hours tersebut. Sales girl dia kali ni tak best macam sales girl yang dulu. Esok-esok saya cerita fasal tudung pulak ya. Terima kasih En. Mahathir dan Kak Sha sebab sudi temankan saya shopping. Siapa kata saya tak boleh shopping dan beli baju cantik-cantik bila kawan baik saya berpatah arang dari saya?Malah saya rasa, peluang makin terbuka luas buat saya kini. Terima kasih Allah atas semua ni. Dulu ada orang kata nak bagi saya pengajaran dengan membuang saya dan mengeji saya. Tiada pengajaran yang saya dapat melainkan, sahabat yang tulus ikhlas, sesekali takkan biarkan sahabatnya terkontang-kanting dalam kesusahan. Dan takkan pernah meninggalkan sahabatnya walau dalam keadaan apa sekalipun dan dengan alas an apa sekalipun. Insya-Allah, sahabat yang begitu Allah akan gantikan dengan sahabat yang benar-benar ikhlas terhadap kita. Maka saya redha dia pergi. Tak perlulah saya tangisi pemergiannya kerana mungkin Allah mengetahui apa yang terbaik buat saya. Saya yakin, Allah dah siapkan sahabat lain untuk bersama saya yang mampu menjadi penawar pada setiap kedukaan saya dan menemani saya tatkala saya gembira dan bahagia. Maka apa yang saya ada, saya akan kongsikan bersama mereka yang ada dengan saya. Terima kasih, Allah.


Friday, June 16, 2017

Khabar Angin Menjadi Kenyataan

Assalammualaikum pembaca yang budiman, Saya tak berapa sihat hari ni. So, tak ada mood sangat. Hari ni, Allah jadikan khabar angin yang saya dengar sebagai kenyataan. Telefon di meja saya berdering. HR panggil saya naik mengadap. Dalam pertemuan tu, dia bagi tahu saya, bahawa gaji saya dinaikkan kepada jumlah akhir yang saya dengar, Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Engkau terlalu baik dan indah. Kedua, Ya, confirm, saya dinaikkan jawatan kepada senior executive. Saya Tanya, ada apa-apa tambahan kerja ke? Dia kata, dia pun tak tahu. Dia hanya mengikut arahan dari mesyuarat ExCo yang lalu. Katanya, saya teruskan saja dengan kerja saya sekarang. Whatever. Saya malas nak argue fasal tu. Malas nak rosakkan mood gembira dan syukur saya atas kurniaan Allah yang baru saya dapat. Lagi pun tak ada mood nak berhujah dengan HR ni hari ni. Alhamdulillah, sekali lagi Engkau memberi nikmatMu kepadaku dan memberiku berita gembira. Semoga Engkau terus dekat denganku, mendengar segala doa-doaku dan rintihan-rintihanku. Terima kasih Allah, Semoga bertambah rasa keimananku dan kesyukuranku padaMu. Sesungguhnya aku tidak mahu lagi jauh daripadaMu. Kalau ada pembaca yang ingin mempertikaikan semua ni, ketahuilah oleh kalian, bahawa saya bekerja bukan sekadar nama. Hanya boss saya dan orang-orang yang rapat dengan saya je tahu komitmen saya, kemampuan saya serta pemikiran saya dalam melaksanakan kerja saya. Janganlah lagi saya dengar seperti kenaikan pangkat saya setahun lalu, saya ni bossy la, naik kepala nanti dapat pangkat la. Tak ada maknanya semua tu. Tanyalah orang-orang yang rapat dengan saya. Cuma saya memang diciptakan sebagai seorang yang tegas, pandai berhujah, tak cepat mengalah, dan sentiasa berfikir untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan saya termasuk dalam kerjaya saya. Dan saya tak pernah serta tidak pandai membodek untuk mendapatkan apa yang saya nak. Saya berusaha bersungguh-sungguh sampai saya deserve untuk terima apa yang saya nak. Berhentilah kalian mengata yang bukan-bukan dan memfitnah. Buat apa yang kalian patut buat untuk kehidupan kalian. Mana tahu Allah bagi kalian lebih baik dari apa yang saya dapat. Berapa kerat sangat staff yang sanggup korbankan masa peribadinya sampai malam untuk siapkan kerja melainkan terpaksa sebab dateline dengan pihak luar dan sebagainya. Tapi saya? Saya selalu di pejabat walaupun untuk kerja-kerja yang tiada dateline dengan orang luar.

Saturday, June 10, 2017

Berita-berita Gembira Kiriman Allah

Hahaha... Entri ketiga dah ni Tinta. Ah, suka hatilah. Nak tulis jugak. Alhamdulillah, memang Allah itu adil, Allah itu indah dan Allah itu sebijak-bijak perancang. Dia bagi saya duka kerana Dia rindukan saya. Dan dia ubati segala kelukaan saya apabila saya kehilangan apa yang saya sayang. Yang penting, ikhlaskan hati padaNya. Kelmarin, saya mendapat berita: 1. Gaji saya kekal dalam jumlah yang telah dibincangkan semula. Alhamdulillah, banyak jugak naiknya. Saya pun tak sangka boleh naik banyak macam tu. Mungkin Allah tahu yang saya memerlukannya. Dulu, saya sangka seratus dua je naiknya. Tapi Alhamdulillah saya rasa Allah tu terlalu baik dengan saya. Insya-Allah, akan saya kongsikan rezekiMu ini dengan yang memerlukan sama ada manusia atau binatang. Sayakan pencinta haiwan. 2. Saya diberitahu bahawa kenaikan pangkat saya kepada senior executive. Saya masih menanti surat. Saya tak boleh confident sangat selagi surat tak keluar tapi Chairman of Staff Establishment Committee sendiri yang maklumkan pada saya akan hal ini. 3. Saya mendapat kepastian bahawa dua council members akan bawa saya ke suatu mesyuarat bertaraf dunia yang akan diadakan jauh dari Malaysia. Sekarang mereka sedang menyiapkan proposal untuk budget dan mencari tajaan. Jika Allah izinkan, saya akan bersama mereka ke sana. Berdebar jugak saya. Macam manalah keadaannya bila saya terpaksa menghabiskan seminggu masa saya bersama mereka? Mereka tu bukan kawan-kawan saya. Dahlah kat tempat yang terlalu asing bagi saya. Hadoi, kena hadir mesyuarat lagi. Takutnya saya. Saya ni bukan pandai sangat dalam bidang ni. Semoga Allah capaikan impian saya. Saya nak rasa naik kapal terbang berjam-jam lamanya. Itu pun kalau Engkau izinkan Ya Allah. Terima kasih boss sebab propose nama saya kepada mereka supaya mereka bawa saya bersama. Boss memang baik. Saya tak tahu nak balas macam mana kebaikan boss pada saya. Pantang ada peluang, boss pasti rebut peluang tu untuk saya. Boss mesti tolak saya ke depan. Allah pun sangat baik pada saya. Selalu temukan saya dengan orang-orang yang memberi peluang kepada saya, mendorong saya untuk naik, mengajar saya untuk maju. Jadi, mereka yang mengeji saya tu, sekarang ni baik saya abaikan dan lupakan mereka. Bukan saya yang nak lupakan mereka tapi mereka yang menjauh dan membuang saya. Mungkin di luar sedar, Allah dah bagi tahu saya, "Mereka tidak baik untuk kehidupan kamu lalu aku gantikan mereka dengan orang-orang yang kamu perlu dan baik bagi kamu supaya kamu terus maju dan bahagia dalam kehidupan yang aku pinjamkan. Percayalah, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui. Kamu menyukai sesuatu yang tidak baik bagi kamu dan Aku Mengetahuinya, lalu aku gantikan dengan apa yang baik bagiMu walau pun kamu terpaksa melalui suatu jalan kesedihan yang panjang. Nah, rasakanlah kenikmatannya dari kasih sayangKu buatMu," Terima kasih Allah. Janganlah lagi aku tersalah jalan dan menjauh daripadaMu kerana aku tak bisa bahagia tanpa kasih sayangMu. Sudah Tinta, kau dah lambat. Allah dah lama panggil kau mengadap dia. Cepat sebelum Allah murka.

Pangkat Bukan Segalanya

Masih rajin nak menulis. Kalau korang rajin, silakan membaca. Dah lama kan tak tulis blog. Sekali dapat tulis, saya tulislah cukup-cukup hehehe... Semalam, Kak Sariha Tanya saya dengan bersaksikan Kak Sha: Kak Sariha: Tinta, kau naik pangkat lagi eh? Saya terdiam. Gulp! Saya telan liur. Bagaimana harus saya jawab soalan ni? Saya tak nak kawan-kawan kecil hati. Lagipun baru setahun saya naik pangkat. Nanti apa perasaan Kak Sariha? Dia pegang jawatan dia sekarang ni dah lama. Saya baru je dapat jawatan macam dia, lepas tu naik lagi. Saya: Siapa cakap? Kak Sariha: Betul eh? Kak Sariha ketawa. Kak Sha tetap memerhati. Kak Sha: Betul ke? Saya: Mana akak dapat berita ni? Kak Sariha: Kau dapat senior executive kan? Saya harus berdepan dengan rialiti ni. Sampai bila saya nak sembunyi? Satu office, lambat-laun, orang akan tahu. Entah-entah dah jadi buah mulut orang dah sekarang ni. Saya je tak tahu. Saya: Tapi saya belum dapat surat. Kak Sariha: Haaa... Kan betul. Patutlah ada orang cakap... Eh, tak apalah. Saya: Cakap apa? Kak Sariha: Tak yahlah, nanti kau marah pulak orang tu. Saya: Taklah. Saya dah bersedia dah. Saya tahu semua ni akan jadi. Yang penting, bukan saya minta. Siapa cakap? Dia cakap apa? Setelah dipaksa, Kak Sariha bercerita: Rupanya, ada orang seakan sengaja membakar Kak Sariha. Orang: Awak officer eh? Kak Sariha: Taklah. Saya executive. Orang: Kenapa ada orang dapat senior executive eh? Kak Sariha: Siapa? Pelik betul perangai orang ni. Kalau saya, saya tak tanya soalan yang menampakkan kebodohan saya. Dah tentulah kau yang masuk meeting staff establishment kan, mestilah kau tahu kenapa seseorang staff tu dinaikkan pangkat. Kau tak dengar ke perbincangan yang berlangsung. Habis tu kau masuk meeting tu buat apa? Berangan ke? Ke nak suruh council nampak kau dalam meeting so that, council boleh simpulkan yang kau tu berdedikasi? Tanya pada orang yang tak masuk meeting. Dahlah tu, orang yang bukan dari HR Department. Kau ni betul ke tak betul? Ke dah buang tebiat? Orang tu tak jawab soalan Kak Sariha. Dan Kak Sariha terlintaskan saya malam sebelumnya lalu dia tanyalah saya semalam. Kak Sariha: Kau ni tak cerita pun. Saya: Akak, sayapun tak aspek secepat ni. Saya jadi executive baru setahun 1 Jun lepas. Lagipun saya tak naklah benda ni menyakitkan hati kawan-kawan. Kita kan kawan. Saya tak naklah akak terasa hati dengan saya atau dengan management. Saya rasa saya ni belum layak nak pegang senior executive. Saya masih under study boss saya. Kredibiliti saya belum teruji. Saya pun tak tahu kenapa dia orang bagi kat saya. Sebenarnya perbincangan tu tentang gaji saya. Bila dia orang nak bagi lebih, 'orang' tu jugak kata terlalu besar untuk saya. So, dia orang bincang, dia orang naikkan pangkat saya. Kak Sariha: Tinta, kami ni tak kisah. Kalau kawan dapat, syukur Alhamdulillah. Rezeki masing-masing. Tu rezeki kau, tak apalah. Kak Sha: Yelah, bukan kau pergi bodek orang. Cuma bila dapat pangkat tu, kena tunjukkan pada dia orang kita memang layak dan kerja kita pun mesti lebih la lepas ni. Kak Sariha: Akak peliklah orang kat sini, bila orang naik pangkat je, kata kita bodek. Memang ada yang macam tu. Tapi bukan semua orang membodek kat sini. Kita buat apa yang orang suruh. Orang suka dengan kerja kita, orang bagi. Akak dah kena dulu Tinta, masa akak dapat executive dulu, orang tu jugak duk bergosip dengan gang-gang dia kata akak ni tak layak. Lepas tu ada orang cakap, akak ni tulis surat, merayu supaya orang naikkan pangkat akak. Eh, tak ada masalah akak nak buat benda tu semua. Tak mustahil sekarang duk bergosip fasal kau pulak. Kak Sha: Mesti dia orang kata kau bodek council pulak ni. Saya: Ish, tak pernahlah saya. Council kenal saya pun sebab kerja saya. Saya buat kerja dulu, baru council baik dengan saya. Malulah saya nak minta pangkat ni. Gaji tu adalah saya sebut suruh bagi increament. Tapi bukan untuk saya sorang. Untuk semua orang. Macam saya ni wakil staff cakap dengan dia orang. Saya pun bukan nak naik pangkat cepat macam ni. Target saya, lima tahun pegang executive baru dapat naik lagi. Bagi saya, senior executive tu untuk orang yang dah kerja sekurang-kurangnya 10 tahun. Namapun senior kan. Kak Sariha: Biarlah Tinta, kita tak minta. Tapi orang dah bagi, kita ambillah. Takkan nak tolak pulak. Kak Sha: Entah. Ambil jelah. Dia orang tu banyak cakap. Kak Sariha: Kau tengoklah kerja kau macam mana sibuk tak puas hati dengan orang. Oooo... Kalau orang tak layak, habis dia orang yang membodek tu? Tak apa pulak. Sebenarnya saya sungguh tak sangka dengan orang tu. Dalam nama tersenarai untuk MSS pun masih lagi nak cari fasal dengan orang. Apa dia nak dari saya sebenarnya? Saya ni bukan lawan dia. Saya ni buat kerja je tak ada agenda lain. Agenda saya cuma nak buat kerja saya dengan cepat dan mudah, tak ada rintangan dari sesiapa. Dia tak perlu rasa tercabar dengan saya. Saya ni budak setahun jagung. Dia tu otai dah kat sini. Sebab tulah jangan sibuk bodek sana sini, buat je kerja mesti orang Nampak bak kata Kak Fatimah. Boss saya kata, mungkin dia rasa you cucuk fasal dia kat council sebab you baik dengan council. Dia pun cuba cucuk council fasal you tapi dia yang kena. Jadi dia rasa, dia jadi mangsalah. Dia tak fikir tentang apa yang dia buat. Iii... Tak ada masa la saya nak cucuk-cucuk orang ni. Saya dah rasa banyak kesedihan hidup. Saya tak nak Tuhan tu balas cash kat saya akibat mencucuk orang ni. Sampai sekarangpun saya tak confident sangat tentang kenaikan panggkat tu sebab belum dapat surat. Bukan saya sorang je, orang lain yang naik pangkat pun belum terima surat. Tapi semalam, Staff Establishment committee chairman ada Tanya saya, dah dapat belum surat kenaikan pangkat dan gaji? Saya kata belum. Dia suruh saya tunggu dua tiga hari lagi. Entah-entah orang memang tak nak keluarkan surat untuk saya atau saja lambat-lambatkan surat tu sebab bengang. Kalau Allah dah bagi pengajaran pun masih tak insaf, saya tak tahulah nak kata apa.

MSS Bukan VSS

Assalammualaikum semua, Terpaksa datang office sebab supplier kuih hantar kuih raya. Dalam fenomena ekonomi merudum ni, banyak company down size kan staff dia disebabkan oleh keadaan kewangan yang kritikal. Tak terkecuali my office. Actually, my office ni bukanlah kritikal pun kewangannya. Cuma mereka nak safe money dan tak nak gaji kan orang-orang yang dirasakan tak perlu atau pun, gajikan orang yang bergaji besar, tapi kerja sikit. Untuk first group ni, tiga orang staff ditawarkan untuk MSS. Bila sebut MSS ni, maknanya, dia bukan volunteer nak berhenti tapi orang yang telah dipilih dan ditawarkan. Tidak terbuka kepada semua. Tiga orang ni semuanya dari department HR dan Admin. So minggu ni, terjawablah soalan ura-ura staff yang nak kena MSS tu dengan tiga orang ni dipanggil oleh board. Yang sorang tu, memang beberapa minggu ni Nampak masam je muka dia. Mungkin dia dah tahu awal kot yang dia termasuk dalam senarai MSS. Saya rasa, dia sendiri amat terkejut bila mendapat tahu dia tersenarai. Yelah, selama ni kedudukan dia kat office ni kan kukuh walau pun tak berfungsi sebagai selayaknya. Benarlah kata pepatah orang Melayu, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke Tanah juga." Saya bukanlah bergembira atas terpilihnya dia untuk MSS ni. Tapi sekadar mengingatkan diri sendiri dan mengambil pengajaran apa yang berlaku di hadapan mata. Saya tahu, dia pasti rasa teraniaya. Tapi pernah tak dia fikir, sepanjang dia memegang kuasa kat office ni, berapa orang dah teraniaya disebabkan dia? Ada yang diberhentikan kerja begitu saja tanpa sebab yang kukuh hanya sekadar staff berkenaan tidak disukainya. Itu yang sampai office kena saman dengan sorang daripada staff yang pernah diberhentikan tu. Akibatnya, office terpaksa membayar puluhan ribu ringgit kerana kalah dalam perbicaraan mahkamah. Sebenarnya politik office saya ni memang dahsyat. Saya tak pernah terfikir pun akan melihat semua ni. Ingatkan dalam Samarinda je benda ni berlaku. Sebenarnya, saya dah dengar beberapa bulan awal akan hal dia ni. Saya tergamam. Tak sangka sampai sebegitu nasibnya. Saya bersimpati padanya. Tapi saya fikir, mungkin berita ni sekadar cakap-cakap saja kerana ia dalam pertimbangan. Saya berharap agar apa yang saya dengar tu, taklah begitu drastic. Meskipun banyak benda saya tak puas hati dengannya, tak pernahlah saya sampai mendoakan agar semua ni terjadi ke atasnya. Paling kuat pun, saya sekadar doa supaya dia ditukarkan ke department lain macam dulu. Saya faham, keputusan ni dibuat sebenarnya bukan kerana board bencikan dia tapi atas kesilapannya sendiri. Tak perlulah saya huraikan lebih lanjut tentangnya buat masa ni. Selagi sikapnya tidak melampau pada saya, maka biarlah. Apa yang saya boleh simpulkan di sini, jika kita mendapat sesuatu pangkat atau kuasa dengan membodek, pasti akhirnya Allah akan tunjukkan kebesaranNya sebab pembodek biasanya menganiaya orang lain.

Tuesday, June 6, 2017

Segala Perasaan

Assalammualaikum semua... Mesti korang dah dengar lagu ni kan? Best tak? Sekarang ni saya tengah gila lagu ni. Duk ulang-ulang dengar lagu ni. Sampai sibuk nyanyi sekali. Meh kita abadikan liriknya di sini: Ketika cinta telah bersarang Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa. Dan rindu datang setiap saat Seolah tak mengizinkan sedetik untuk berpisah. Dan kini aku di sini Merasakan segala keindahan dirimu Menutup mata atas kelemahanmu Ku melihatmu sempurna Tak terungkap kata. Hilanglah kenangan luka Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta Dan memberi harapan untuk kita berdua Saling menjaga dan setia Untuk selamanya. Tak sanggup aku melawan rasa Segala perasaan memangku jatuh cinta Dan kini hanyalah untuk dirimu Persembahan untukmu Dirimu kekasihku. Merasakan segala perasaan cintaku Di dalam pengabdian seumur hidupku Saling menjaga dan setia Saling menjaga dan setia Selamanya. Ketika cinta telah bersarang Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa.

Monday, June 5, 2017

Tahniah, You

Assalammualaikum semua, Tak sempat nak update blog. Harap semuanya OK. Oh ya, selamat berpuasa semua. Semoga Allah jadikan Ramadhan kali ini lebih indah buat kita daripada Ramadhan yang terdahulu. Saya terima Whatsapp dari you Jumaat lalu. Bagi saya link dan iklan promosi. Malas tertanya sendiri, saya lantas tanyakannya, "Produk you ke ni?" "Yup. The reason I super busy," Terdiam saya sejenak. Rasa tertampar dengan ayat itu. Sebab saya selalu berprasangka padanya tentang kesibukannya. Dia macam tahu-tahu je yang saya kerap meraguinya. Apapun, tahniah you kerana Berjaya menghasilkan produk sendiri sebagai permulaan business. Patutlah macam happy je. Hantar ucapan selamat berbukalah, buat lawaklah. Bila saya Tanya something pun happy je balas. Alhamdulillah you, sibuk bekerja pun masih sempat usaha untuk diri sendiri. Waaa... Siap buat delivery sendiri lagi. I doakan, semoga perniagaan you akan terus berkembang maju dalam keberkatan Allah. Dah Berjaya nanti jangan lupa kat I tau hehehe...