SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, December 29, 2016

Malam Yang Sakit

Assalammualaikum readers, Hari ni, hari yang tak berapa bersinar bagi saya. Malam tadi, buat ke sekian kalinya, saya rasa sakit perut yang amat. Malam tadi, saya kena waktu saya dalam LRT. Saya bertahan sampai stesen yang selalu saya turun. Seterusnya, saya gagahkan diri berjalan kaki sampai ke rumah. Maaf Chiko, along tak dapat layan Chiko, along sakit sangat. Amat sakit. Saya baring, duduk, serba tak kena. Saya hanya ingat satu je, Ya Allah, janganlah kau ambil nyawaku kala aku sendirian begini. Saya sapu minyak dan cuba lelapkan mata. Mata pulak tak boleh lelap cepat sebab sakit. Bila saya hamper lelap, sakit perut makin terasa hingga saya terbangun. Tak semena-mena, isi perut saya keluar. Mujur sempat saya berlari ke tandas. Saya muntah semahu-mahunya. Banyak dan tidak boleh berhenti seakan-akan perut mahu keluarkan semua isinya. Setelah lama, muntah berhenti sendiri. Saya rasa perut saya kosong. Habis semua apa yang saya makan semalam keluar. Ya Allah, sakit apa sebenarnya ni? Dah banyak hari saya sakit macam ni. Tapi, malam tadilah sakit yang paling teruk saya rasakan hingga membawa ke muntah. Saya tunggu beberapa minit lagi. Saya nak ke klinik office ni. Kalau dia kata sakit biasa-biasa, saya akan minta dia refer saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana sakit ni melarat dan berhari-hari. Apa yang saya perasan, saya tak boleh kenyang sangat terutamanya kalau saya makan nasi, ia lebih cepat terasa.

Wednesday, December 28, 2016

Assalammualaikum

Assalammualaikum readers, Haaaah... Rasa best sangat dah siap buat minit, buat caruman insurans untuk program, baca emal dan macam-macam lagi. Paling penting, hari ni tak ada kelas. So, bolehlah relax. Bukan setakat tak ada kelas, tak ada orangpun ganggu saya kat office hari ni. Jumpa boss besarpun, OK, jumpa board memberspun OK. dia orang nak pergi meeting, pergilah. Meeting elok-elok ya boss-boss sekalian. Assalammualaikum. Ucapan ni pendek je. Tapi kadang-kadang kita lupa. Kadang-kadang, kita pendekkan menjadi salam la, askum la, akum la. Macam-macamlah saya pernah baca short form untuk kalimah ni. Sebelum ni saya sering gunakan salam. Tapi... Sejak saya kenal you, saya mula gunakan kalimah panjang ni 'assalammualaikum' apabila berwhatsapp. Baru-baru kenal dulu, saya pelik kenapa you eja penuh kalimah ni. Langsung tiada pemendekan. Saya mula berfikir, sekarang ni, zaman data. Bukan lagi kena charge macam dulu, satu SMS 10 sen atau 20 sen. Logik jugak, dulu kita nak pendek sebab nak jimat kredit. Jadi apa pulak alas an kita nak pendekkan kalimah ni bila data yang kita guna tu bukan di'charge' berdasarkan SMS kita? Macam saya, saya suka eja penuh perkataan bila berwhatsapp. Tapi part bagi salam, tulis salam je. Kenapa saya tak muliakan kalimah ni? You selalu tegur saya dengan lembut dan secara tak langsung. Dalam bab bagi salam ni pun, you tegur saya. Hahaha... Kadang-kadang bila nak cepat, saya lupa nak bagi salam. Straight to the point. Tulis apa yang saya nak cakap. Sebagai contoh, 'Have a safe journey you and take care yourself ... (bla, bla, bla) 'Waalaikummussalam you. Thank you. Now ... (bla, bla, bla) 'Maaf you, lupa, assalammualaikum ... (bla, bla, bla) Ops, hahaha saya malu sendiri. Dah dua kali saya kena. Hehehehe sorry la you. Lupa, nak cepat. Tapi you tak pernah cakap, bagilah salam dulu ke, salampun tak ada ke. Lembut je tegurannya sekadar menjawab salam biarpun tidak diberi. Maknanya apa? Teguranlah tu kan? Terima kasih you, sebab banyak ajar I.

Tuesday, December 27, 2016

Berpisah Dengan Abah Buat Ke Sekian Kalinya

Assalammualaikum readers, Dah habislah mimpi indah saya di kampung. So, saya kat pejabat sekarang ni. Rasa malas nak sambung buat minit mesyuarat ni. Tulis blog la. Korang tahu tak, walaupun dah selalu berpisah dengan abah, saya masih rasa sedih bila nak tinggalkan abah. Semalam, abah dan mama hantar saya ke Airport Sultan Ismail Petra. Masa assistant datang nak ambil saya, assistant pegang saya. Abah pegang saya. Abah kata, tak apa. Kita ke sana. Abah tunjuk ke arah laluan masuk ke Balai Berlepas. So, abah pimpin saya sampailah tempat nak masuk balai berlepas. Mula-mula mama cakap, "Abah, lepaslah along tu. Dia nak bawa," Tapi, abah berkeras nak bawa saya. Saya rasa sedih. Sedih nak tinggalkan abah. And, saya rasa saya masih macam budak-budak. Mama masih bagi saya duit belanja dan abah pulak bagi saya duit tambang KLIA Express dari KLIA ke KL Sentral. Dahlah tiket flightpun abah yang bayar. Saya tolak, tapi mereka berkeras suruh ambil. Amboi, mentang-mentanglah gaji anak dia ni tak setanding pencen dia orang. Ya, gaji saya ni tak semahal pencen mereka berdua. Abah tu memanglah berganda pencen dia dari gaji saya. Mama punya pencenpun lebih mahal dari saya. Hehehe... Itu je rezeki along buat masa ni, bah.

Monday, December 26, 2016

Bertemankan Abah

Hai readers, Mesti korang dah tidurkan? Saya masih di ruang tamu, melayari internet. You know what? Abah temankan saya. Rasa seronok sangat sebab bertemankan abah. Mama? Mama kan ratu tidur, dah masuk tidur dah. Abahpun sebenarnya dah tidur kat sofa ni. Tadi, lepas dia mengaji, dia Tanya saya, buat kerja apa? Sebab saya pegang laptop. Abah ni tak kira masa, bila-bila masa dia rasa nak mengaji, dia akan buka Quran. Saya jawab, mana ada buat kerja, saja surf internet. Abah lalu merebahkan dirinya ke sofa. Mungkin dia dah ngantuk kot sebab selalunya abah tidur pukul 10.00 malam. "Abah tidur sini. Nanti kalau nak masuk, kejut abah," "OK," Jawab saya. Bukan saja nak susahkan abah yang tak berapa sihat, tapi mestilah happy kan, sebab abah temankan saya yang konon-konon buat kerja ni. Maklumlah, masa kecil dulu tak pernah rasa buat kerja sekolah bertemankan abah. Lagipun, sofa ruang tamu ni besar, panjang dan lebar. Saiz Mat Salleh, alah saiz sofa kat hotel tu. Kalau tidurpun selesa. Macam katil. Empuk pulak tu. Nak kejut abah nanti, kesian pulak dia tidur nyenyak. Sepanjang beberapa malam kali ni saya balik, setiap malam abah temankan saya di ruang tamu. Walaupun saya terlena. Best rupanya bila ibu atau bapa kita temankan kita. Siapa yang ada anak tu, temankanlah anak korang bila dia orang buat kerja sekolah. Pasti hasilnya membrangsangkan. Cubalah abah selalu temankan saya buat kerja nak-naknya kalau saya terpaksa bawa balik kerja ke rumah. Mesti best. Hahaha... Abah, agak-agaknya, along dapat tak suami yang boleh teman along macam ni? Ganti abah bila abah jauh. Mama? Mama teman bual saya. Selalu keluarkan makanan buat saya. Kadang-kadang, dah kenyangpun, ada jelah makanan sampingan yang mama ofer kat saya. Tak boleh jadi ni, gemuk saya kalau lama-lama macam ni. Hahaha... Macam manalah abah tak sedih tengok makanan kat sekolah saya dulu? Anak dia dah besar panjangpun masih dihadapkan dengan pelbagai pilihan makanan. Tak payah cerita fasal lauk. Buahpun ada macam-macam buah yang menanti untuk dimakan, anggur, jambu penawar, delima, manga, nenas, limau bali, baby limau dan buah pelam. Banyakkan? Semua buah tu ada dalam rumah ni sekarang. Boleh pilih nak makan yang mana. Selalunya saya akan campur-campur. Masa surf internet ni pun, saya sempat pegang buah dan makan. Untuk hari ni, menu lauk kami, udang goring, kerang sambal, asam pedas ikan patin, daging goreng dan semestinya budu. Memang lauk kami setiap kali makan tiga empat jenis. Cuma hari ni tak ada sayur. Membazir? Taklah. Mama sangat pandai budget. Lauk banyak jenis, tapi dimasak dalam kuantiti yang sedikit dan akhirnya, semua lauk akan habis. Orang Kelantan memang macam ni, makan lauk banyak. Dan, mama tak simpan lauk lunch tu untuk dinner. Lunch masak lain, dinner masak lain. Balik KL nanti saya jadi orang susah baliklah. Hahaha diet Tinta, diet. Jangan nak over sangat. Nanti badan naik balik. Ops, tapi naikpun belum sampai tahap gemuk OK. Airpun banyak pilihan. Sekarang yang ada dalam rumah ni, selain daripada kopi dan teh, ada kelapa pandan, laici, longan, Tropicana orange, teh kundo, teh bunga, asam jawa, halia. Ah, tak ingatlah, apa tah lagi mama bagi tahu saya untuk pilih hari tu. Aiskrimpun ada tiga bekas lain-lain perisa. Belum masuk lagi coklat, gula-gula, keropok biskut dan asam. Dah macam kedai runcit pulak rumah ni. Hahahaha... Yang kelakar tu, peti ais sampai dua. Yang kat dapur tu untuk letak barang basah seperti sayur dan lauk. Yang kat ruang tamu ni, makanan seperti buah, coklat, aiskrim dan air. Dua-dua peti ni saiz besar. Kalau buka peti ni, ada je makanan yang boleh dimakan. Sedihnya, malam ni, saya dah nak balik KL. Kalau tak kerana kelas di Air Asia, boleh saya cuti sampai 29 haribulan. Nanti along balik lagi ya, bah.

Sunday, December 25, 2016

Rahsia Hati Abah

Bila berbual-bual dengan abah, maka semalam terbukalah rahsia hati yang abah simpan sekian lama. Rupa-rupanya, pada hari pertama abah hantar saya ke sekolah berasrama 24 tahun dahulu, abah menangis teresak-esak sampai terpaksa ditenangkan oleh Cikgu Sharifah Aishah Syed Salim Al-Atas. Abah kata, itulah hari yang paling sedih dalam hidup abah kerana terpaksa melepaskan saya yang merupakan anak manjanya yang baru berusia Sembilan tahun. Kalau abah tak kuat, pastinya abah bawa saya pulang ke Kelantan semula. Mami (nenek) yang turut menghantar saya ketika tu pernah cakap, abah menangis sampai basah sapu tangan dan kolar bajunya. Selama ni, saya ingat abah sedih biasa-biasa je bila tinggalkan saya dulu. Rupanya, abah berperang hebat dengan perasaannya. Hati saya tersentuh bila abah kata, hari tulah, 27 Disember, 1992, adalah hari yang paling sedih dalam hidup abah. Abah cakap lagi, tak ada hari yang sesedih hari tu dalam hidup abah. Saya nak nangis dengar cerita abah. Tapi saya tunduk dan tahan tangis saya. Abah, Along sayang abah. Dari along kecil sampai sekarang. Along kan manja dengan abah. Semua benda nak buat dengan abah. Nak abah temankan. Nak cakap dengan abah dan nak minta benar abah. Mama pernah cakap, abah selalu panggil saya lepas balik dari hantar saya kat JB. Siap cakap, kalau abah ada helikpter, hari-hari abah akan datang tengok saya kat sekolah. Kalau abah ada helicopter, baik saya berulang je pergi Johor hari-hari. Hehehehe Cerita abah lagi, paling dia tak boleh tengok, adalah waktu makan di sekolah. Dia rasa sedih bila tengok anaknya diberi makan dalam pinggan dan gelas plastic serta dicampur nasi, lauk dan sayur dalam satu pinggan. Mungkin abah sedih sebab tak ada lagi hidangan beberapa jenis lauk serta sayur buat saya. Tiada lagi pinggan dan gelas kaca menjadi alas makanan saya seperti di rumah iaitu lazimnya disiapkan oleh mama, mami, chek atau orang gaji saya. Makan pulak berwaktu dan ada kuantitinya. Boleh tambah kalau ada lebih. Makanan pulak, satu lauk dan satu sayur sedangkan kalau di rumah setiap waktu makan, meriah menu untuk kami sekeluarga. Lepas tu waktu minum hanya dua keeping biskut dan ada biskut yang dihidangkan tu, bukan biskut kesukaan saya dan saya tak makan kalau di rumah. Dan di rumah, banyak pilihan biskut atau makanan buat saya. Hahaha sampai sekarang banyak pilihan makanan kat rumah ni. Kan dah hari ni sakit perut sebab makan banyak. Dietpun berantakan bila balik Kelantan. Ya, abah tak boleh terima semua tu bila melihat anak kecilnya terpaksa makan bercatu, serta berwaktu walaupun kat rumah sayapun ada waktu makan seperti yang abah tetapkan. Mujurlah anak abah ni, boleh mengembek bila masuk kandang kambing. Tak adalah merengek atau mengamuk nak makan benda lain selain dari yang disediakan pihak sekolah. Entah-entah sepanjang perjalanan Johor ke Kelantan abah menangis bila mengenangkan saya, anaknya yang ditinggalkan demi sebuah masa depan. Abah, along memang rasa tak cukup masa bersama abah. Sebab tulah sekarang ni along selalu balik walaupun along sorang je balik. Along nak banyak masa bersama abah. Abahpun dah tua. Bila abah pencen, rasa best bila balik sebab sepanjang hari abah ada di rumah. OK lah. Abah mesti dah balik dari masjid. Saya nak keluar sembang-sembang dengan abah lagi. Malam ni kan malam terakhir kat rumah ni. Malam esok dah nak balik KL. Kalau rajin, sambil-sambil sembang dengan abah, saya tulis lagi. Bye bye korang.

Pramugari Firefly

Dua minggu lepas, saya ke Firefly. Apa lagi, bagi training la. Ada sorang pramugari ni ambil nombor telefon saya sebab nak bagi email nak minta nota. Ingatkan sekadar ambil je. Siap Whatsapp tu. Asyik duk cakap kelas saya best. Apa yang bestnya? Sayapun tak tahu. Rasanya kelas saya tu biasa je macam trainer lain bagi training. Tapi bila ada orang yang hargai, Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran. Bila orang happy dduk dalam kelas kita, maknanya kelas kita tu tak boring kan? Harapnya, apa yang saya ajar tu, dapat diingati dan dimanfaatkan. Semoga, saya juga dapat improve cara pengajaran saya untuk buat kelas tambah menarik. Amboi, siap komen, suruh saya tukar gambar profil Whatsapp saya katanya, gambar tu saya gebu sikit, sekarang kurus. Letak gambar sekarang, lebih cantik katanya hehehehe macam-macam la pengkritik saya ni. Tapi saya suka sebab at least ada orang bagi pendapat kat saya. Rasa macam nak tukar gambar profil tapi tak ada gambar lawa hehehe... Ooo... Ada satu gambar yang En. Mahathir ambil kat Pangkor hari tu. Dia kata, cantik untuk buat profil. Masalahnya, gambar saya lepas buat aktiviti lasak, tak bersiappun. Tak mau la.

Hari-hari Bersama Abah

Assalammualaikum readers, Hai semua, kali ini Tinta bersiaran dari kampung halaman Tinta di Tanah Serendah Sekebun Bunga (Kelantan Darul Naim). Balik dari hari Rabu lagi, dah duduk kampong tu, pegang laptop pun malas. Saja-saja balik, habiskan cuti tahunan. Tu pun masih berbaki 10 hari lagi nak dibawa ke tahun hadapan. So, cuti Tinta tahun depan akan jadi 32 hari. Banyakkan? OK la tu, ingat nak pergi bercuti tahun depan. Insya-Allah. Tinta balik kali ni, abah banyak cakap. Kalau Tinta nak masuk bilik, dia kata, duduk luarlah, boleh sembang-sembang. Hahahaha... Bayangkan, abah yang pendiam boleh cakap gitu dengan Tinta. Bosan agaknya duduk rumah berdua dengan mama je sejak pencen ni. Hari pertama duduk rumah abah, abah bagi tazkirah, fasal Tahajjud la, fasal doalah, fasal Surah Al-Kahfi, fasal kiamat, Dajal dan banyak lagi. Malamnya pulak, abah bercerita tentang zaman kanak-kanaknya yang susah, adik-beradik ramai dan seawall usia kanak-kanak abah dah mula bela ayam, itik, kerbau, kambing dan lembu untuk bantu keluarga. Kesian abah. Terima kasih abah, sebab bagi kami rasa senang sejak kami kecil lagi. Walaupun senang, senang ya, bukan kaya. Kami masih lagi kenal budu, ikan darat, belalang goring dan masakan kampong. Kegemaran tuuuu... Selama duduk rumah abah ni, macam-macam cerita keluar. Tak sangka abah masih ingat akan kawan-kawan saya yang pernah dia jumpa masa sekolah dulu. Siap Tanya kawan-kawan non muslim saya masuk Islam tak? Sebab sekolah saya dulu amat menitikberatkan soal agama. Antara nama-nama yang abah sebut, Suhaimi cucu Tok Wan, Najihah dan Adam. Ada jugak yang dia tak ingat nama tapi masih ditanyanya seperti Syamiza, siap ingat tu budak Seremban. Orang samo negoghi kato eh. Jiwa Rekha pun dia masih ingat. Rafizza, Siow Peng, Chew Hau (Alia Maisarah), Nasir, Zaki, Norizan, ramai lagilah. Housemate saya dulu tu tak yah cakaplah. Memang dia ingat dah selalu jumpa bila dia datang KL. Abah siap cerita ada mak yang sama-sama abah hantar anak sekolah dulu, anak dia nangis, lepas tu mak dia bawa dia balik. Abah kan duduk seminggu kat Johor, minggu depannya budak tu datang lagi dengan mak dia. Nangis dan balik lagi. Abah kata, lepas tu abah dah tak Nampak budak tu. Mungkin balik tak datang-datang. Abah kata, mujur dia kuat, tak bawa saya balik walaupun saya meraung dan merengek nak balik tak nak sekolah jauh dari abah. Kalau tak abah cakap, mesti Tinta tak habis sekolah dan duduk rumah je. Hahahaha... Abah masih ingat, kalau abah lambat datang jumpa saya kat sekolah dulu, saya mesti nangis. Hehehe... Saya cerita kat abah, Masa tu, mak Rafizza akan pujuk saya dengan Rafizza sebab sama-sama nangis. Abah ketawa. Sedihkan abah masa tu? Along tak nak berpisah dengan abah tau sebenarnya. Tapi takdir memaksa. Dan hikmahnya, telah sama-sama kita lihatkan abah?

Tuesday, December 20, 2016

Asal Mulanya Air Asia Dalam Hidup Saya

Assalammualaikum readers, Apa khabar agaknya kalian hari ni? Ada yang sihat, ada yang tak sihat? Yang sihat bolehlah terus bekerja dan jangan lupa baca blog saya yang entah apa-apa ni. Yang sakit tu, bawa-bawalah pergi klinik ya. Nak imbas kembali rasanya hari ni: 1 Oktober lalu, ketika saya di dalam bas nak ke Gopeng, Perak, mengikuti aktiviti caving and rafting, Farah, anak boss saya call saya. Katanya, boss pesan, minta saya selesaikan semua urusan hari ni. Hah? Saya kan cuti, urusan apa? Katanya lagi, abahnya kena serangan jantung dan tak masuk pejabat hari ni. OK, saya ingat, memang ada urusan yang perlu diselesaikan oleh boss hari ni sebenarnya. Setelah membuat beberapa panggilan, maka hal tersebutpun selesai. Boss MC sebulan setengah. Minggu pertama dan kedua, tiada wakil ke Air Asia untuk bagi training. Saya duduk diam je. Malas bersuara tentang Air Asia, nanti, saya yang kena. Boss kan cakap, dia akan ajar saya step by step. Boss kata, Disember atau Januari baru dia bawa saya ke Air Asia. So, selagi boss tak ajar, selamatlah saya. Fikir saya masa tu. Sayapun malas nak fikir siapa yang nak bagi training dan macam mana nak selesaikan masalah ni. Kawan-kawan kata, sayalah kena pergi. Saya cakap, gila apa? Saya tak pernah dilatih untuk mengajar dan saya tak confident dengan English saya. Masuk minggu ketiga, boss kata, dia akan pergi walaupun during MC. Saya lega. Lepas tu, management kata, dia on MC dan mereka berat hati nak lepaskan boss pergi. Mereka suruh saya yang buat. Saya cakap, saya tak tahu apa-apa. Macam mana nak train orang? Boss pulak cakap, dia pergi, tapi saya kena ikut, observe. OK la. Saya rasa, dia boleh mengajar sampai dia habis MC. Suatu hari, boss call saya di pejabat. Dia cakap, esok, saya present. "Hah? Saya? Baru dua kali saya observe. Mana boleh. Saya tak confident," Jawab boss, "Dua kali OK la. Kalau tak sampai bila?" Sebenarnya, saya takutkan Bahasa Inggeris tu. Kalau Malay, sekali tengok atau baca nota jepun saya dah boleh buat. Saya confident. Setelah membuat tawar-menawar, akhirnya boss setuju untuk saya present minggu depannya. Saya ingat dia main-main, sekadar untuk takutkan saya supaya saya ada inesiatif untuk usaha. Minggu depannya, pagi sebelum kelas, dia call saya suruh get ready. Saya jawab, "Tengoklah. Saya tak boleh lagilah, boss," Sampai je Air Asia, dia cakap, saya yang akan present. Masa tu masih dalam kereta. Dia cakap pada driver. Betul ke ni??? Sejuk kaki tangan saya. Macam mana saya nak present dengan Inggeris saya yang entah apa-apa ni? Saya nak nangis. Saya rasa saya tak OK. Saya rasa Inggeris saya terlalu teruk. Tapi kenapa boss begitu yakin dengan kebolehan saya? Masa belajar kat U dulu, saya sering dapat pujian dari lecturer yang Inggeris saya OK. Begitu jugak bila saya bercakap dengan pelancong. Mereka kata "you can speak English very well,". Dulu saya rasa, lecturer cakap macam tu sebab nak bagi semangat kat saya supaya improve Inggeris saya. Sebab tu dia puji saya. Hakikatnya saya rasa tidak. Tapi... Boss saya ni dah kenapa? Dia tak dengar ke yang saya tak boleh cakap Inggeris? Bila saya cakap dengan dia, dia kata dia confident dengan saya. "Your English is not that bad. You can improve your English," Serius saya cakap, saya memang nak nangis hari tu. Assistant saya bagi support kat saya. Dia kata, buat je. Sebab boss ada, kalau salah, boss akan tolong. Korang tahu, masa mula-mula nak cakap good after noon tu, saya memang nak nangis dan lidah saya sangat kelu. Qilah, assistant saya cakap, Nampak sangat muka saya nervous. Bila saya cakap satu dua ayat. Saya blang. Puas saya fikir perkataan yang patut saya gunakan untuk sambung lecture. Tapi tak dapat. Boss tolong sikit-sikit dari belakang cakap perkataan yang patutnya saya cakap. Saya rasa saya bodoh sangat. Saya malu. Kenapa boss biarkan saya malu? Kenapa dia tunjukkan kebodohan saya depan mereka? Habis je lecture, saya rasa lega sangat. Dan saya harap, boss kata, "OK, Tinta. You masih tak boleh, so, you observe me lagi,". Sangkaan saya meleset. Harapan saya musnah berderai. Boss kata, "See, you can do it. You are new, so you are nervous. Saya dulupun macam tu even I can speak English." "Boss lain, nervous yang boleh cakap Inggeris dengan nervous tak pandai Inggeris lain." Saya menyangkal. "Tak adalah. You did well." Saya memang rasa nak nangis. Orang tua ni, tak korek telinga ke apa? Takkan tak dengar Inggeris saya macam mana? Macam mana dia boleh cakap English saya OK? Esok saya kena lagi ke??? Seperti yang diramal, esoknya, dia suruh saya lagi present. Masya-Allah, ni dah jadi bala ni. Hari tu kata suruh saya improve English dulu baru bagi Air Asia kat saya. Ni belum berapa nak improve, dia dah bagi saya. Dia tak takut ke kalau saya buat kesilapan bodoh? Tak takut ke kalau saya malukan dia? Pramugara pramugari tu kan English ya berhabuk! Masuk kali ketiga atau keempat saya present, orang tua ni buat hal lagi. Dia buat perangai baru pulak. Saya dah confident present depan dia, dia suruh saya pergi sorang dengan Qilah. Nervousnya, Tuhan jelah yang tahu. Kalau student Tanya saya tak faham macam mana? Kalau ada dia, dia boleh terangkan atau boleh terjemahkan kat saya. Saya nipun satu hal jugak, Inggeris je takut. Habis kalau dah dalam kelas tu campur dengan staff luar Negara, macam mana saya tak takut? Inggeris dia orang tu kadang-kadang slangnya pelik. Nak tak nak, saya terpaksa buat. Driver pulak saja je usik saya. Katanya, boss saya tu saja je tak nak pergi sebab nak biasakan saya. Sepanjang jalan pergi Air Asia Academy, saya tak tidur sedangkan saya ni suka tidur dalam kenderaan. Makanpun tak. Boss ni memang menderalah boss. Setiap kali ada Air Asia, ada jelah alas an dia untuk tak pergi. Pernah saya suruh jugak dia pergi, dia kata, tak boleh, dia on MC. Cerdik tak boss saya? Hari tu boleh je pergi walaupun MC. Hari ni tak boleh pulak. Sampailah saya dah OK dan confident bagi training walaupun dalam kelas tu semua bukan Malaysian. Sayapun dah mula dapat tangkap slang dia orang. Inggeris ni kena banyak bercakap. Barulah cepat keluar word tu dan nak susun ayatpun akan lebih mudah kalau dah biasa cakap. Alhamdulillah Tuhan. Terima kasih atas ujian ini yang akhirnya membawa saya maju setapak lagi ke hadapan. Baru-baru ni, boss mengaku yang dia saja je buat saya macam tu supaya saya pandai. Kalau tak, sampai bila-bilapun saya bergantung pada dia dan takkan pandai. Sebab, Bahasa Inggeris tu kena banyak cakap dan praktis. Kalau tidak, takkan jadi. Tapi boss kata, Inggeris saya sebenarnya OK, cuma sebab saya tak amalkan, so saya jadi tak lancarlah sebab tak banyak vocabulary dalam kepala. Terima kasih boss, kerana percayakan saya. Syukur Allah atas peluang yang Kau bukakan kepadaku. Boss adalah antara manusia yang menyumbang kepada kemajuan hidup saya. Semoga Allah merahmati boss. Amin...

Monday, December 19, 2016

Beringat-ingatlah Bila Membenci

Assalammualaikum readers, Selamat menjalani satu minggu yang mendatang. Hari ni, saya nak bercerita tentang sahabat, tentang hati yang disakiti, tentang diri yang difitnah, tentang diri yang dipersenda, tentang diri yang dihina. Sabtu lalu, saya menghadiri suatu program di Negeri Sembilan. Adalah seorang makhluk ni, saya Tanya dia, dia datang dengan siapa? Padahal, saya dapat agak sebenarnya dia bersama siapa. Makhluk: Saya datang dengan Firdaus, kak. (Saya senyum sendiri - nak menipu ke? Agak-agaklah. Kat sini banyak mata yang melihat. Sekejap lagi, pasti saya akan temukan jawapannya.) Saya: Siapa lagi? Makhluk: Dengan Firdaus je. (OK, kita tengok permainan ni. I'm not that so stupid macam yang korang sangka. Diam tak bererti kalah. Menarik rambut dalam tepung, jangan sampai tepung terburai.) Kedatangan saya sebagai tetamu kehormat tidak memungkinkan saya untuk lama di meja berkenaan. Penganjur meminta saya beredar ke meja tetamu kehormat. Setelah tamat majlis, kawan yang datang bersama saya bertanyakan pada saya: Kawan: Tinta, awak nak saya hantar ke comuter ke nak balik dengan makhluk? (Saya senyum. Ujian seterusnya:) Saya: Makhluk, kau nak balik bila? Makhluk: Kejap-kejap lagi. (Jawabnya lambat, bagai ada sesuatu.) Saya: Naik teksi eh? Makhluk: Ha'ah. Kawan saya mendekatinya dan entah apa yang dicakapkan kepadanya. Kemudian, kawan itu datang kepada saya. Kawan: Jom, saya hantar ke comuter. Lepas tu, awak naik comuter dengan makhluk. (Saya ketawa geli hati. Hambek kau. Saja je nak tunjukkan kebodohan diri sendiri. Menipu tak kena tempat. Itulah padahnya. Makhluk ni, saya memang selalu berhati-hati dengan dia, baik depan je, belakang, macam-macam mengata saya. Bukan saya tak tahu. Dah lama saya tahu. Saya biarkan sebab tak mahu bergaduh dengan kawan-kawan. Tapi kalau dah melampau, tunggu sajalah.) Saya: OK. Jangan ingat saya terlalu bodoh menilai sikap orang pada saya. Dan jangan suka-suka nak main-mainkan saya. Confirm, agakan saya benar belaka. Kawan saya memberitahu saya siapa yang ada dengan makhluk. Ya, bekas sahabat saya bersamanya. Sahabat yang mungkin dah lupa siapa saya dalam hidupnya. Bila dah lupa saya, pastinya, segala yang pernah kami lalui bersama dan apa yang pernah saya lakukan kepadanya, turut terlupakan. Pastinya keburukan saya yang diingatinya. Yang tak adapun, diada-adakan. Jadi hari ini, biarlah saya ingatkan sedikit dari masanya yang terlupa. Bukan niat saya mengungkit tapi perbuatannya pada saya sangat melampau. Dengan fitnahnya, penghinaannya, mempersendakan saya, seolah-olah saya tak pernah menyumbang dalam hidupnya. Seolah-olah kawan-kawannya kini tulah segala-galanya. Saya ni bagai alas kaki yang dipijak-pijak. Kamu yang pernah menjadi sahabat saya, ingatkah kamu yang kamu masuk ke sekolah tempat saya belajar semasa kamu sekolah menengah? Ingatkah kamu pada masa itu, kamu tidak tahu membaca braille? Penguasaan braille kamu sangat lemah malah sehingga kini. Ingatkah kamu, saat kamu tidak boleh membaca, kamu harus menduduki peperiksaan? Dan masa itu, saya bukanlah kawan karib kamu. Tetapi, kerana perikemanusiaan yang ada dalam hati, saya amat tersentuh dengan nasib kamu. Saya cuba membayangkan, bagaimana saya harus menduduki peperiksaan jika saya tidak mampu membaca kertas soalan? Masa tu, saya sekolah pagi. Bila saya balik ke UPK, pelajar petang mula bersiap sedia untuk menjawab peperiksaan. Kamu diberi senaskah kertas soalan braille. Dan kamu datang meminta saya membacakan satu soalan. Kamu amat sugul. Kamu luahkan pada saya, betapa kamu sedih kerana tidak mampu membaca kertas soalan braille mahupun sighted. Kamu belum mampu menguasai braille. Saya terkejut. Habis, macam mana nak jawab soalan? Lebih kurang soalan yang saya ajukan kepada kamu. Kamu kata, Cikgu Razak akan bacakan tapi kamu kena tunggu cikgu siapkan kerja cikgu dulu. Habis macam mana? Masakan berjalan? Kamu diam. Saya lantas membacakan soalan kepada kamu sampailah jam 3.00 petang kerana saya terpaksa ke sekolah agama pulak. Ada waktunya saya baca sampai jam 6.00 petang jika saya telah habis menduduki peperiksaan sekolah agama. Dan beberapa hari berikutnya, hal yang sama terus berulang. Saya tidak merasa bebanpun apabila pulang lewat ke asrama kerana kawan biarpun pada masa tu, kami bukan kawan baik. Sekadar bantuan yang tak seberapa dari seorang senior kepada juniornya. Tapi saya tahu, kamu tak ingat semua tu. Sebab kamu pernah kata, kamu tak ingat hal tu bila saya ceritakan semula pada kamu suatu ketika dulu. Saya terkejut bila kamu kata, kamu lupa. Tapi tak apalah. Bantuan saya sebesar kuman je. Tak ingatpun tak apa. Yang penting, waktu tu dah berlalu dan kamu dapat lalui dengan tidak membiarkan kertas jawapan kamu kosong. Hahaha... Siap ada jawapan yang saya bagi. Kalau ditanyakan sekarang, pastinya kamu akan nafikan hal itu. Tak apalah, saya tak minta dibalas atau diingati. Cuma, beringatlah kamu apabila kamu membenci orang. Tak suka tak apa. Tapi, janganlah sampai menambah dosa sendiri, memfitnah, mempersenda dan mengeji orang. Mungkin sekarang kamu senang hingga kamu lupa kawan apabila dikelilingi kawan-kawan yang havoc. Tapi, hari depan itu tak menjanjikan langit yang sentiasa gemilang. Manalah tahu, kalau suatu hari nanti, kamu terpaksa meminta tolong orang yang kamu benci. Dan manalah tahu, kalau Allah mahu tunjukkan kebesarannya, Allah letakkan kamu di tempat saya sekarang, dan kawan-kawan yang kamu sanjung tu di tempat kamu kini, meminggirkan kamu, membenci dan mengeji kamu. Dalam baik-baikpun, mereka masih lagi menipu kamu. Mungkin havoc tu lebih penting pada kamu daripada kejujuran seorang kawan. Dan mungkin orang yang mencocok kamu, memecah-belahkan kita tu lebih kenal siapa saya berbanding kamu yang pernah jadi sahabat saya. Sebab tu dengan mudah kamu mempercayainya. Bila kamu menunjukkan kebencian kamu pada saya, tak perlulah kamu menggelabah atau berasa panas atau lemas apabila kita terpaksa ada dalam program yang sama. Sebab tulah orang yang membenci ni mudah sakit, sebab asyik resah je. Saya tak rasa terganggupun dengan kehadiran kamu dalam majlis yang saya berhak untuk ada sebab di bawah jagaan saya dan budget saya. Jadi mengapa kamu mesti mengeluh dengan kehadiran saya? Sebelum membenci dan mengata orang bukan-bukan, fikir dulu apakah impak di sebalik perbuatan kamu. Jangan ikut syaitan yang menyimbah api kemarahan kepada kamu. Kamu kan solat orangnya. Maka berfikirlah dengan waras. Kamu berhak untuk marah saya. Tapi janganlah melampaui batas kerana orang yang bergaduh melampaui batas adalah salah satu tanda orang munafik. Ini kali kedua kamu buat saya, bukan kali pertama. Peristiwa pertama dulu masih tak memberi pengajaran kepada kamukah? Dan saya percaya, pihak satu lagi gembira dan bertepuk tangan apabila Berjaya memisahkan kita sebagai sahabat kerana pihak itu memang suka kita berpecah sebab pendirian kamu tak teguh, mereka boleh menggoyahkan kamu agar mengikut kehendak mereka. Bila saya ada, saya akan memberikan buah fikiran kepada kamu dan ada masanya, kamu akan bersetuju dengan saya. Itu yang mereka tak nak sebenarnya. Kalau tak percaya, tunggulah, masa akan membuktikannya. Dan mereka memang tak sukakan saya sebab saya tegas walaupun dengan orang-orang yang rapat dengan saya, yang cuba membodek saya.

Sunday, December 18, 2016

Jaga Dia Untukku - Siti Nurhaliza

Ya Allah, Rindu ini indah walaupun menyiksakan. Biarlahku simpan kemas rindu ini dalam lubuk hati yang paling dalam. Tak perlu ia tahu, Kesumat rindu ini biarlahku rasakan sendirian kerana jika ia tahu, belum tentu ia akan menghargainya. Mungkin jua hati kan tersakiti. Ya Allah, Rindu yang kian menyiksa, Ku adukan padaMu. Kerana Engkau Maha Mengetahui hati dan jiwa hambaMu, Dan Engkau jualah yang Mengetahui isi hatinya. Ya Allah, Siksaan rindu ini ku tangisi hanya padaMu, Penyimpan rahsia hatiku, Andainya telah tercatat dia milikku, Maka pada hari yang dijanjikan, Akanku hampar rindu seluas laut bergelora, Buat dia pemilik hati yang pasti. Ya Allah, Jagalah dia untukku Kerana aku tiada di sampingnya untuk berkongsi suka dan duka. Ya Allah, Jika dalam pengetahuanMu Dia baik untuk dunia dan akhiratku, Maka permudahkanlah jalan untuk kami bersama. Amin... Motivasi hati: Jika kita mencintai seseorang, berserahlah pada Allah. Andai dia Allah janjikan buat kita, dia pasti akan bersama kita, biarpun seribu halangan merintang. * Mahuku bersama Mahuku ke sana diriku tak di sini lagi Waktu tak bicara Lama terasa seakan terhenti mengiringiku. Tenanglah duhai jiwa Tebarlah tulus doa Ku kepadanya saatku tiada. (Korus) Tuhan, jaga dia untukku Kalaku masih jauh Bagai menghitung resah berkepingan berderaian. Tuhan, jaga dia untukku Selamanyaku ada Mencipta syurga bersama Menyayangi mendampingi dia. Terbangkan diriku Bersayap seribu biar detik menjadi laju Langitpun mendengar Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar. Tenanglah duhai jiwa Tebarkan tulus doa Ku kepadanya saat ku tiada. (Korus) Tuhan, jaga dia untukku Kalaku masih jauh Bagai menghitung resah berkepingan berderaian. Tuhan, jaga dia untukku Selamanyaku ada Mencipta syurga bersama Menyayangi mendampingi. Mungkinkah ini menguatkan kita Lambang cintaku dan dia

Youtube Tempat Simpan Fail

Hahaha... Ni datang mood nak menulislah ni kalau dah tulis entri lebih dari satu ni. Sabo je la kan... Sebenarnya dah lama saya buat akaun Youtube ni. Tapi sekadar untuk like, komen dan subscribes channel yang saya suka. Tak boleh belah tu, saya ada tiga Akaun Youtube. Nak buat macam mana, lupa password. Lupa password je, saya buat akaun lain. Siap buat email Gmail baru, khas untuk Youtube. So tak tahulah berapa banyak Gmail saya yang terbiar. Tapi akaun yang satu ni, saya memang ingat password dia. Hahaha akaun terkinilah ni. IPhone saya ni dah bagi notis, ruang simpanan dah habis. Adoi, macam mana nak buat ni? Dulu saya suka simpan gambar-gambar saya kat Facebook. Berapa banyak album saya kat sana. So sekarang ni macam mana ni? Blog tak boleh buat album. Twitter pun tak boleh create album. Kawan saya kata, video saya ni banyak. Kalau dapat buang video, jimat banyak ruang. Haaa... Video... Sayapun teringat kat Youtube. Sedih sangat Youtube saya ni. No subscribers, no video, siap private lagi akaun saya. Entah bila saya set privatepun tak tahu. OK, kita public kan dulu akaun ni. Dulu, saya pernah cuba nak upload video, tapi gagal. Leceh sangat, saya biarkan jelah akaun saya tu. Just like, komen and subscribes jelah. Saya try upload satu video. Yay! Berjaya. Apa lagi, saya upload la video yang saya ada. Tupun ada yang belum upload lagi. Tak kisahlah tak ada subscribers pun, video biasa-biasa je yang saya simpan sebagai kenangan. Bukan video hebatpun. Tak ada orang view pun saya tak kisah. Tapi setakat ni, ada video yang dah ada viewer. Siapalah agaknya yang view video saya tu? Kepada mereka yang tahu nama sebenar saya, bolehlah cari channel saya di Youtube. Tapi video kenangan jelah kat situ.

Gigi Yang Diabaikan

Assalammualaikum readers, Tengah bersantai ke? Sudi-sudilah jenguk blog biasa-biasa saya ni. Dah baca, komen tau. Tajuk buat gempak je. Pada hal cerita biasa-biasa je. Dua minggu lepas, saya menyibuklah teman Kak Su pergi klinik gigi. Nak check gigi saya yang baru dirawat hari tu. Alang-alang teman kan? Doktor kata gigi OK. Cuma yang ada rasa sengal tu kena x-ray. Tapi klinik tu tak ada x-ray. Kena pergi Tang Leng jugaklah ya? Hahaha sayapun menggatallah minta doktor buat scaling gigi saya. Doktor: Kenapa cik nak scaling gigi, cik? Saya: Nak bersihkan gigi sayalah. Doktor: Gigi cik ni tak ada karang gigi. So belum perlu di'scaling'. Saya: Kalau tak ada karang, tak boleh buat ke doktor? (Saya bertanya macam orang bodoh.) Doktor: Kita tak galakkan. Scaling tu untuk cuci karang gigi. Tapi gigi cik bersih dan tak ada karang gigi. Nanti datang lagi untuk check. Kalau perlu, kita akan buat. Sampai hati doktor tak nak buat scaling kat saya. Mencegahkan lebih baik. Takkan nak tunggu karang bertempek baru nak buat? Saya melangkah keluar bilik doktor dengan hampa. Dalam diam, saya bersyukur kerana Allah berikan kesihatan dan kebersihan gigi kepada saya. Mungkin berkat usaha penjagaan gigi bersama Oradex seperti saranan Doktor Zaidah Klinik Tang Leng beberapa bulan lepas.

Thursday, December 15, 2016

G-Force Dan Scuba Diving

Syukur Allah, atas semua yang berlaku, Allah bagi indahnya dan Allah bagi keseronokan di sebaliknya. Kepada mereka yang mahu meninggalkan saya, pergilah kalian. Mungkin sudah tertulis bahawa jalan hidup kita berbeza. Kehilangan kalian bukanlah suatu pengakhiran kepada kegembiraan dan kebahagiaan saya kerana Allah tahu apa yang saya lebih perlukan dalam hidup ini. Ya, Allah tahu bahawa hambaNya ini seorang yang lasak dan ingin mencuba untuk buat pelbagai benda yang menarik yang mungkin tidak mahu dibuat oleh semua orang. Dan mungkin tidak sejiwa dengan mereka yang menyisihkan saya. Alhamdulillah, Allah buka jalan saya untuk semua tu. Ada dua aktiviti baru yang saya akan cuba insya-Allah tak lama lagi. Pada 30 Disember nanti, saya akan merasai perlumbaan G-Force di Litar Fomular 1, Sepang dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang. Ya, saya akan jadi penumpang dalam kereta lumba berkenaan di Litar Sepang. Dan saya diberitahu bahawa saya harus memakai beberapa alat seperti jaket dan helmet kerana kelajuannya amat tinggi terutamanya ketika corner. Rasa excited-excited takutlah pulak. Tapi ini yang saya pilih. Nanti lepas tu, saya akan buat entri dan cerita pada pembaca semua pengalaman berkenaan. Manakala pada 1 Januari, 2017 pula, saya akan dilatih untuk buat scuba diving di tempat latihan diving di Shah Alam. Jika OK, saya dan rakan-rakan akan dibawa untuk dive di pulau. Pulau mana tak tahulah. Rasa tak sabar sangat nak tunggu kedua-dua hari tu. Terima kasih Allah, terima kasih En. Luqman yang sentiasa mencari dan memberi peluang luar biasa ini.

Wednesday, December 14, 2016

Pangkor! Aku Kembali

Assalammualaikum readers, Sorry, sorry. Lambat update ceritanya. Gambar dah bermalam dah kat sini. Apa yang korang buat cuti tiga hari lepas? Balik kampong? Jomlah share kat sini. Komen eh nanti. Saya? Saya ke Pulau Pangkor setelah lebih kurang 20 tahun mengunjunginya bersama keluarga ketika saya masih kecil. Dulu rasa Pulau Pangkor ni tak best. Kali ni, persepsi saya berubah. Apa yang saya buat kat sana? Haaa... Kali ni, saya cuba aktiviti baru iaitu, berkayak. Training kat Tasik Putrajaya, programnya kat laut. Boleh tak gitu? Bolehlah. Seramai 39 orang mengambil bahagian. Ada yang berkayak, ada yang jadi pelancong. Kayaknya 12 buah je. Kami bertolak 8.45 pagi Sabtu lalu. Ini semua anjuran Abang Luqman dan isterinya mummy. Dibantu oleh support team Che Man and the gang. Gang-gang OCBC la ni. Untuk kayak, saya partner dengan En. Mahathir. Yelah, dah dia yang berya ajak saya join kayak, so, dialah partner dengan saya. Bukan setakat partner kayak, partner jalan, makan, bersiar-siar. Semuanya dia jaga saya. Kami singgah lunch kat Teluk Intan. Lebih kurang jam 3 petang, sampai di Marina Bay jeti. Ambil tiket feri dan bertolak ke Pulau Pangkor. Van yang sedia menanti terus bawa kami ke Pangkor Indah Resort. Hari pertama ni, free and easy. En. Mahathir ajak kami bersiar-siar di pantai. Dia bawa kita orang ke port baik punya. Air yang jernih di hujung pantai, dihiasi batu-batuan indah diserlahkan dengan mentari petang. Wah, bergambar sakanlah kita. En. Mahathir ni suka ambil gambar. Hahaha... Dialah yang cari port untuk saya bergambar. Siap ajar posing lagi. Panjat-panjat batu lagi. Belum kira gambar melompat. Hehehe ada jugak orang yang suka melayan saya. Sebenarnya, En. Mahathir tak tahupun saya suka bergambar. Dia saja-saja suruh saya posing dan bergambar. Paling tak boleh belah, saya yang ber't-shirt' dan jeans ni diheretnya masuk ke dalam laut sampai paras leher. Katanya, gambar Cinta Hanyut Di Lautan Sepi. Ajar saya posing dalam air. Gambarnya? Hehehe nantilah saya upload kat sini. Lepas tu dia suruh je saya mandi. Dahlah banyak batu kat kawasan tu. Bila ombak dating saya menjerit takut ombak bawa saya langgar batu, dia cakap "Alah, ombak bawa you ke tepi, bukan ke tengah," Boleh dia buat bodoh dengan saya? Bila tengok ombak tolak saya ke batu baru dia selamatkan. hehehe jahat punya kapten! Partner kita orang panggil kapten. Terbawa istilah tandem. Malamnya pulak, lepas dinner kat hotel, kami bersiar-siar di sekitar tempat penginapan. Banyak gerai jualan macam kat pasar malam pulak rasanya. Hahaha siapa pilihkan barang? En. Mahathir awal-awal lagi dah mengambil tugas pilihkan saya souvenir. Lepas tu, teman dia dan En. Firman shopping pulak. Hari kedua: Hari yang dinanti-nantipun tiba. Pagi tu hujan. So, kami bergerak ke tempat mula berkayak jam 10.00 pagi. Lepas buat water confident, kamipun bersama partner masing-masing, mengambil kayak. Dua rescue boat mengiringi kami. Sampai di laut dalam, kami berkumpul untuk buat rafting. Hahaha team Che Man yang dalam boat bagi kami makan main baling-baling je. Macam monyet pulak kami dibuatnya. Siap main sambut-sambut. Ops, satu kayak terbalik. Kayak En. Luqman dan mummy. Hehehe masa latihan dia sibuk suruh orang capsize sebagai passport untuk berkayak. Haaa... Kan dah kena. Adegan Titanic la pulak, "You jump, I jump,". Dia orang ni kan loving couple. Masa kayak terbalik tu, En. Luqman je yang jatuh. Demi cinta dan kasih saying, mummypun terjun sekali. Hehehe terus naik rescue boat. Tak adil punya En. Luqman. Hujan mula turun lebat diiringi angin kuat bertiup. Gelombang besar membadai, kabus menebal, membataskan pandangan. Rescue boat terlalu risau kerana mereka tak Nampak kayak. Kat bawah ni, gambar pemandangan laut sewaktu hujan lebat, kabus dan laut bergelora. Gambar ni diambil masa kami kat tengah laut dalam.


Perjalanan mesti diteruskan. Takkan nak berhenti kat tengah-tengah lautan dalam tu kot? Kami menuju pantai berhampiran. Sambil tunggu cuaca elok, Abang Piah Tanya saya, "Tak nak berenang ke, Tinta? Kat tasik berenang?" "Mestilah nak," Jawab saya. En. Mahathir mendapatkan saya. Mengambil topi dan glove saya dan disimpan. Dan dia terus menarik saya ke laut. "Jom mandi,". Terus bawa saya kat tempat dalam. Mentang-mentanglah ada life jacket. Lepas saya berenang-renang, dia mengarahkan saya berehat. Baring je katanya. Nanti penat. Relax. Last-last, saya sorang-sorang dihanyutkan ke tengah. Haaa... Baru dia tahu kelam-kabut ambil saya. Padan muka. Suruh saya tidur, saya tidurlah sungguh-sungguh. Kata abang boat, kami terpaksa berpatah balik. Keadaan cuaca tidak mengizinkan. Kata Che Man, satu lagi, sebab hanya lima kayak je yang betul-betul fit. Yang lain jauh ke belakang. Dan ini amat berbahaya. Yang best tu, lima kayak tu termasuklah kayak saya dan En. Mahathir. Alhamdulillah, Allah bagi saya keberanian masa dalam laut tu walaupun di laut dalam. Saya rasa confident. 1. Mungkin kerana saya Alhamdulillah sudah pandai berenang. Terima kasih Coach Hawari, Coach Jersi dan Coach Fauzi. 2. Kerana saya ada kapten yang berpengalaman dalam kayak. Saya yakin dengannya dan bersamanya insya-Allah saya selamat. Masa nak balik, kayak kami pulak terbalik. Saya hamper jatuh tapi mujur kapten dan yang lain pantas datang tahan kayak supaya tak terus tergolek. Hahaha taklah sehebat En. Luqman yang terbalik kat laut dalam. Kayak saya ni terbalik masa kat tepi, masa saya mula-mula naik sebab ombak besar tolak. En. Mahathir cuba masuk kayak tapi susah sebab ombak besar sentiasa menghempas. Saya terpaksa keluar dulu dan mereka tolak kayak ke dalam air. Waaa... Susah nak naik ni. En. Mahathir angkat saya dengan menarik bahagian belakang life jacket. Lepas tu pandai-pandai saya panjat kayak sebab kayak dekat air dalam. Yang lain-lain tolong pegang kayak kami sampai dua-dua dah ada dalam kayak, baru kami mula mendayung. Best jugak rasa teroleng-oleng di tengah lautan dalam ni. Kesejukan dibasahi hujan lebat. Angin deras pula sentiasa menampar-nampar kami dengan kuat sampai topi sayapun menutup muka. Dayungan terasa berat kerana kami melawan arus dan angin. Lunch kami kat tepi pantai. Tempat kami mula berkayak. Lepas lunch tu, hanya saya, Ayah Daud dan Dominic je yang nak sambung berkayak. Hmmm... Terpaksalah ikut majority. Baliklah. Balik naik boat laju. Best sangat dilambung ombak. Memang besar ombaknya. Petang tu, kami pusiak besar. Petang tu, kami pusing Pulau Pangkor, pergi Kilang Sate, tempat beli souvenir, dan Kota Belanda. Malam tu siap ada cabutan bertuah dan kara-oke. Saya dapatlah baucer Parkson. Esoknya, kami kembali ke KL. Sampai office jam 3 petang. Begitulah kisah percutian saya kali ni. Saya mula mencintai laut. Sebagai kesimpulannya, berkayak dalam laut lebih mudah dari berkayak di tasik.

Wednesday, December 7, 2016

Macam Ni Punya Orangpun Ada

Assalammualaikum readers, Sihat ke semua orang? Harapnya begitulah. Baru sekejap ni saya terima internal call. PA big boss!!! Ingatkan arahan apa yang nak disampaikan? PA: Can you please add at the bottom your activities plan, submitted by ... chairman of Sport and Recreation? Saya: OK. (Jawab dengan malas dan menyampah.) Bukan menyampah apa. Saya OK je dengan PA tu. Tapi geramlah jugakkan. Saya hantar dalam soft copy apa. Apalah salahnya kalau dia type sikit kat bawah tu macam yang dia nak. Tak payahlah saya type then email balik kat dia. Simple je kan? Buat kerja patah balik tu kenapa? Hadoi hai. Memang dia orang ni suka susahkan benda yang mudahlah. Mula-mula saya rasa geram, lepas tu saya ketawa tak berhenti. Kelakar betullah. Geram +kelakar =marah-tawa Saya cerita kat assistant saya, diapun gelak. Then dia Tanya saya, "Apa agaknya kau dengan En. Fairuz rasa kalau aku suruh korang buat macam tu?" Hahahaha kami gelak. Saya jawab, "Kau beranilah suruh kita orang macam tu, siaplah kau. Memang kau kena dengan aku," Tergelak-gelak kami dibuatnya. Hmmm... Macam ni punya orangpun ada. Banyak lagi benda yang saya nak buat masa duk office ni. Tak payahlah suruh saya buat benda remeh-temeh ni. Agaknya kalau saya keluar hari ni, dia tunggu saya balik kot untuk tambah tulisan tu. Insya-Allah, ada cerita lain menyusul lepas ni. Sebab saya duk office hari ni. Tapi, boss saya tu macam dah stand by je kerja untuk saya. Satu kerja dia dah siap, katanya ada benda lain nak saya buat. Lepas tu kena buat semakan slide pulak. Tak apa boss, saya OK dan saya happy buat kerja saya. Bila kita happy bekerja, walaupun tension, mesti kita rasa senang je buat. Mesti korang pernah rasa kan?

Monday, December 5, 2016

Paling Saya Menyampah!!!

Assalammualaikum readers, Maaflah. Nak buat luahan perasaan marah jap hari ni. Sebenarnya, benda ni berlarutan dari semalam lagi. Saya paling pantang kalau orang berjanji dengan saya, tak tepati janji. Jangan buat saya tertunggu-tunggu sebab, kalau saya Tanya tu, maknanya mesti ada sebab. Mesti saya nak buat preparation. Kau ingat, aku ada banyak masa nak tunggu kau je? Ingat aku tak ada kerja lain? Kalau nak minta tolong, please, buat cara nak minta tolong. Jangan biar saya tertunggu-tunggu. Kejap lagilah, nanti call baliklah. Padahal tak adapun. Kita yang nak menolong ni beria-ia menunggu. Tapi Whatsapp kau selalu online. Macam mana aku tak marah? Hangin satu badan aku hari ni. Jangan main-main dengan saya. Saya memang tak suka orang tak tepat janji dan orang tak tepat masa. Pleaselah!!! Kalau cakap kejap tu, maknanya, kejap la. Kejap tu bukan bermakna sejam dua jam atau berhari. Tu dah berjanggut namanya. Kalau saya nak marah, saya tak kira awak siapa. Saya peduli hapa. Saya akan marah.

Sunday, December 4, 2016

You Yang Mengada-ngada

You, Sejak akhir-akhir ni, I rasa macam you ngada-ngada sikit. Kadang-kadang tu, sensitif. Kenapa you? I rasa, I sama je macam dulu. Tak adalah cakap kasar dengan you. I gurau-gurau, lepas tu you cakap, hati you memang tak ada value kat sesiapapun. La... Bila masa pulak jadi sensitif macam ni? Cepat benar nak merajuk sekarang ni. Apa kena pulak ni? Lepas tu you cakap, I tak mesej you pun bila Ahad lepas I diam je sebab you tak mesej me. Yelah, manalah tahu kalau you busy kan? You kan selalu busy. Hari cutipun nak kerja. You buat I tertanya-tanya, kenapa dengan you ni? Bila I tanya, kenapa sekarang ni hati you hati tisu, you kata sebab you makan roti tisu mamak. Hehehe... Apalah you ni. Ada masa, you ni kelakar. Dalam sakit-sakitpun boleh buat I ketawa. Bila I suruh you rehat, you cakap apa? 'Insya-Allah. You too. Rest OK. Jangan termenung sangat. Setan suka kacau nanti,' Hahahaha pandai-pandai je cakap I suka termenung. Bila masa pulak I suka termenung. Ish, dia ni macam tahu-tahu je. Pasang bomoh ke? 'Hahaha eleh, tahu sangat you tu, thats why I selalu teman you. Its not good. Nanti setan kacau mind. Kira nasib baiklah you tak boleh nampak hantu hahaha' 'Habis, bila I dah tak termenung nanti, you tak nak teman I la ya?' Saja je menguji. 'Insya-Allah. Tak salahkan?' You, Kadang-kadang I tak faham dengan you. Kadang serius, kadang kelakar. Tapi kalau you seriuspun, you macam faham-faham je. Bila mesej you serius pagi then I diam sebab sekarang I dapat baca, bila mesej you pendek, maknanya, you busy. Petang atau bila tak busy you akan mesej me, say sorry sebab you busy. Pernah you macam tak berapa mesej me, then you say sorry, 'So sorry you for being silent for these couple days. I'm busy,' then I reply: 'Is not compulsory for u to message me every day,' But you cakap, you rasa tak sedap bila diam and tak message me. You, I tak minta apa-apa yang you tak boleh buat. Lagipun I bukan siapa-siapa dengan you. I tak ada hak untuk minta itu dan ini. You tahu tak? dulu, ada someone yang buat macam-macam untuk I. Tapi, bila ada sikit problem dan berbalas cakap, dia kata, kadang-kadang, dia rasa macam dia tak ada masa untuk diri dia sebab buat macam-macam untuk I. Masa dia banyak habis untuk I. Sedangkan, I tak mintapun dia habiskan masa dia untuk I. Kecuali, kalau I terpaksa atau ada urusan penting yang I tak boleh buat sendiri. You, Sejak dari hari yang dia buat I benar-benar terasa hati dengan kata-kata dia tu, I mula pasang niat dalam diri I. Lepas dari hari tu, I takkan minta apa-apa lagi dari sesiapa terutamanya dari segi masa, baik kawan, sahabat, mahupun orang yang akan gantikan tempat dia, kalau ada. I tak nak jadi beban kepada sesiapa. Sebab tu I tak pernah minta apa-apa dari you. Even kalau you tak whatsapp me pun, setakat ni I tak pertikaikan. Lagipun, siapalah I pada you nak lebih-lebih kan? Dan, janganlah paksa diri you untuk buat sesuatu buat I, sedangkan sebenarnya you tak nak buat. You tak perlu jadi orang yang terlalu baik dengan i. I kawan dengan you atau dengan sesiapa, kerana I terima seadanya sesiapapun yang datang dalam hidup I. Cuma, tolong jangan sakitkan hati I. Kisah silam I, banyak mengajar I. So, sekarang ni, I tak nak lagi mengharap apa-apa pada sesiapa. I serahkan segalanya pada Allah. Biarlah dia yang tentukan. You, Terima kasih sebab selalu temankan I and bagi nasihat kat I. Kalaulah satu hari nanti you memilih untuk tidak temankan I lagi, I akan redha sebab I dah serahkan segalanya pada Allah. I tak nak lagi sedih macam sebelum-sebelum ni. Sebab I cuba memaksa takdir agar selari dengan kehendak I. Jadi sekarang, biarlah I yang mengikut takdir. Kerana Allah pasti memberi yang terbaik untuk hambaNya. Tapi kalau you baca tulisan ni, mesti you cakap, "I tahu, I tak ada nilai pada you. sebab tu you tak kisah," Bukan you, bukan macam tu. Mungkin selama ni, I terlalu sayangkan orang sampai tak nak kehilangan orang. Maka, Allah uji, Allah ambil semua orang yang I sayang sama ada kawan mahupun kekasih. Jadi untuk selepas ini, I akan berjalan mengikut takdirNya, insya-Allah. Kalau Allah terus izinkan you temankan I, alhamdulillah. Kalau tidak, I harus akur pada ketentuanNya. Apapun, setakat ni, you kawan yang baik.

Siapa Dia?

Assalammualaikum readers, Hahaha awal tak saya bangun tulis blog hari ni? Sebenarnya tertidur awal. Tak tutup lampu pulak tu. Meriah rumah saya sepanjang malam. Sebenarnya rasa tak puas tidur dalam lampu ni. Tapi bangun jelah. Pagi ni ada latihan kayak. Karang, kayak ke mana, saya ke mana. OK, tu selingan je. Beberapa minggu dulu, saya ada update fasal you. Ingatkan tak ada orang endah. Rupanya, dia menimbulkan tanda tanya dalam fikiran kawan baik saya. Terkejut saya bila dia tanya siapa you? Hehehe... Nantilah kita cerita bila jumpa atau call nanti. Kena bagi tahu ke you, siapa you?

Friday, December 2, 2016

Hati Yang Entah Apa-apa

Ya Allah, Kenapa saya rasa perasaan ni? Ia bukan kemahuan saya tapi... Ia dating, dating tanpa diundang. Kenapa hati sering buat onar? Ya Allah, Kenapa rasa berdebar? Kenapa? Kenapa mesti ingat dia? Mesti fikirkan dia? Hati, bertabahlah, bersabarlah. Jangan diulang derita. Ya Allah, Ya Allah, Hanya Engkau yang tahu, apa yang ku rasa kini. Sampaikanlah salam rinduku padanya Ya Allah, sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin...

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi Dengan apa yang kau beri Aku terdampar di sini Tersudut menunggu mati. Aku tak percaya lagi Akan guna matahari Yang dulu mampu terangi Sudut gelap hati ini. Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap Samdpai nanti suatu saat Tak ada cintaku dapat. Kenapa ada derita Bila bahagia tercipta Kenapa ada sang hitam Bila putih menyenangkan. Aku pulang Tanpa dendam Ku terima kekalahanku. Aku pulang Tanpa dendam Ku salutkan kemenanganmu. Kau ajarkan aku bahagia Kau ajarkan aku derita Kau tunjukkan aku bahagia Kau tunjukkan aku derita Kau berikan aku bahagia Kau berikan aku derita. Rebahkan tanggungmu Lepaskan perlahan Kau akan mengerti Semua. Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap Sampai nanti suatu saat Tak ada cintaku dapat.

Wednesday, November 30, 2016

M&M Dan Cadbury

Assalammualaikum readers yang ku sayangi, Hahaha... Tengok gambarpun dah tahu kan saya nak cerita fasal apa petang ni? Tadi, saya ada meeting kat KLIA 2 macam yang saya cerita semalam. Dah sampai kat airport tu, peluang tidak boleh dilepaskan. Awal-awal lagi, staff saya dah cakap, nanti cakaplah dengan En. Fairuz, kita masuk kedai coklat kejap. Hahahaha... Dia tak berani cakap dengan boss. So, dia cakap dengan saya supaya hasratnya itu disampaikan kepada boss. Bukan hasrat dia je, hasrat saya juga. Kalau dah sama generasi tu, sikit sebanyak mesti sama kepala kan? Matanyapun melilaulah ke dalam kedai coklat tu. Sedang saya, dah terbayang Lindor kegemaran saya. Hehehe sebenarnya, ada jugak hajat kami tak tercapai hari ni. Nak minum kat Starbucks. Manager Air Asia ni bawa kami pergi kedai lain pulak. Masa nak balik tu, sayapun nyatakan hajat kami kat boss kami yang sporting tu. Yay!!! Shopping time!!! Boss tak nak masuk kedai, so dia tunggu kat luar je. Apa lagi, sibuklah kami memilih coklat. Sayangnya, Lindor kegemaran saya tak ditemui. Habis nak beli apa? Sebelum ni, saya ada baca review yang Cadbury ni ada banyak Negara yang keluarkan dan rasa antara satu sama lain berbeza. First, saya nak try made in Australia. Haaa... Ia menjelma di depan mata. Saya ambil yang Hazel Nut. RM26.00. Mak ai, jauh beza harga dari Cadbury Malaysia. Lagilah excited nak rasa. Sedap sangat ke? Lepas tu, jumpa pulak M&M kegemaran saya. Gemuk-gemuk coklatnya. RM45.00, made in US. Boleh tahanlah besar bungkusannya. OK, kita try. Sedap ke tidak. Saya dah try Cadbury, memang best! Jauh beza rasanya dengan Cadbury Malaysia. Sesuailah dengan harganya walaupun saiznya sama dengan yang jual kat mall biasa tu. Kacangnya besar-besar. M&M belum rasa lagi sebab M&M yang saya beli kat NU Sentral tu masih ada. Lepas ni, saya nak rasa Cadbury yang buat kat Negara lain pulak.

Tuesday, November 29, 2016

Proper, Proper, Proper

Hai readers, I just got back from Air Asia. Nak membebel sikit ni. Dulu saya fikir, bila saya tukar department, saya tak perlu pakai proper macam dekat PR. Maklumlah, PR kan department paling glamor dan banyak jumpa orang. So, tukar department, terlepaslah saya dari jumpa orang and bolehlah pakai biasa-biasa je. Malas pun tak apa. Ternyata, telahan saya tu salah sama sekali. You know what? Sejak saya tukar department ni, makin banyak pulak kena jumpa orang, meeting kat luar, pergi sana-sini. Rasa macam lebih banyak jumpa orang berbanding PR. Kadang-kadang, lima hari seminggu ada kerja luar. Oh my god!!! Bila boss saya balik dari MC ni, saya rasa lega. So, masa saya mesti lebih banyak kat office. Kerja luar ni penat sebenarnya dan kita kekurangan masa untuk selesaikan kerja-kerja pejabat. Sangkaan saya meleset lagiiiii... Semalam, saya pakai biasa-biasa sebab tahu tak ada kerja luar. Tak lama saya masuk office, boss bagi tahu, ada meeting dengan wakil MRT jam 10.00 pagi. OK! Hehehe geram jugaklah sebenarnya. Sebelum tu, dia dah bagi tahu saya yang saya kena bagi training pada hari Khamis dan Jumaat kat Air Asia. Tapi saya OK lagi, at least, saya boleh bersantai di office untuk semalam dan Rabu. Semalam tak jadi bersantai sebab ada meeting dengan MRT line 3. OK, hari Rabulah harapan saya. Petang semalam, staff saya intercom saya, katanya, boss suruh ikut dia meeting di KLIA 2 Rabu ni. Mak ai, penuhnya jadual minggu ni? Saya Tanya, meeting apa? Dia suruh saya direct Tanya boss. Hehehe dia tahulah tu yang saya malas keluar dan nak membebel bila disuruh keluar. Nampak gayanya si assistant saya ni dah mula faham dengan perangai saya. Bila saya marah diapun, dia macam dah masak dengan cara saya marah. Lepas saya tegur kesilapan dia, dia boleh je cakap dengan saya fasal benda lain dan kami jadi macam biasa, tak gaduh dan tak ambil hatipun antara satu sama lain. Yelah, hal kerja, kerjalah. Tak payah nak bawa dalam hal kawan-kawan kan? Hmmm... So, petang ni, saya dah mula fikir, nak pakai baju apa esok? Tu yang paling saya malas sebenarnya. Nak jaga penampilan. Tapi tak naklah serabai depan orang. Beberapa hari sebelum Air Asia, saya mesti Tanya boss dan selalu kata, boss pergi kan? Bila dia cakap saya pergi, mesti saya merungut. Hehehe Boss saya ni lagilah dah masak dengan perangai saya. Saya merungut tu bagi dia biasa je, macam nyanyian seekor nyamuk. Bila ditebah, diamlah nyamuk tu. Boss: Awak kan dah boleh buat. You have more confident what. Saya: Bukan masalah confident ke tak. Masalahnya, saya malas nak gosok baju. (Saya nak pakai baju yang tak payah gosok. Tapi baju tu, just duduk kat office sesuailah. Kalau keluar tu kurang sesuai. Dengan boss ni saya cakap je benda yang betul. Dia macam ayah saya dah.) Boss: Tak payahlah gosok baju. Apa salahnya setakat pergi Air Asia tu tak gosok baju. Who cares? (Dia nak psiko sayalah tu.) Saya: Mana boleh. Nanti orang kata saya serabai. Boss: Tu tak tahulah tu. Kalau tak nak serabai, kenalah gosok baju. Kan betul. Siap gelak-gelak tu cakap dengan saya macam tu. Esok, lusa, tulat, Sabtu. Setiap hari keluar. Dah lama saya tak merasa lunch yang panjang hari Jumaat dan tidur di surau pejabat. Bilalah boleh rasa cam tu kan? Tak bestlah jadi busy ni. Tak ada masa nak enjoy-enjoy macam dulu. Badan kena bergerak, otak kena fikir, mulut kena cakap, tingkah-laku kena jaga. Patutlah orang yang lebih busy tu saya tengok, bila sekali dapat santai-santai, dia buat perangai gila-gila. Release tension rupanya. Hehehehe... Cepatlah hari Ahad datang, saya nak pergi kayak, nak enjoy-enjoy dengan kawan-kawan dan volunteer yang gila-gila dan best. En. Mahathir, kita latih kayak tau Ahad ni. Tinggal Ahad ni je kita berlatih sebelum ke Pangkor minggu depan. Hahaha mesti meriah punyalah kayak saya dengan En. Mahathir, kami kan gila-gila. Kayuh serius tu 30 minit pertama je kot. Lepas tu main-main. Tapi, mula-mula naik kayakpun mesti kami dah riuh.

Tudung, Facebook Dan Youtube

Assalammualaikum semua, Apa khabar hari ni? Hope, everything is going well. Haha... Facebook lagi? Hehehe biasalah tu. Semalam baju, hari ni tudung pulak ya. Sayapun macam orang lain, suka upload gambar di FB masa ada di FB dulu. Sekarang? Sekarangpun upload jugak, tapi kat media social lainlah. Instagram? No, no, no. Sama je macam FB, menyakitkan hati IG tu. Malas nak tengok orang tergedik-gedik kat situ. Suatu hari, ada someone PM saya di FB. Saya tak kenalpun dia, tak pernah jumpa. Sekadar friend kat FB. Bunyinya lebih kurang begini: Dia: Salam Tinta. Saya: Wasalam. Dia: Kawan akak Tanya, boleh tak nak belajar dengan Tinta, macam mana nak pakai tudung macam dalam gambar yang Tinta baru upload tu? Masa tu saya rasa nak tergelakpun ada. Orang pulak nak belajar dengan saya. Patutnya saya yang belajar dengan orang. Tapi kawan-kawan office saya kata, saya memang pandai gayakan tudung sama ada selendang mahupun bawal. Kakak office ni ada yang suka tengok saya pakai tudung lepas solat, nak tahu cara saya pakai tudung. Kadang-kadang, bila jumpa saya, dia orang Tanya, macam mana nak pakai tudung macam ni? Selalunya kat suraulah saya tunjuk kat dia orang. Hahaha... Kadang-kadang tu, saya main reka je. Alhamdulillah menjadi. Tapi penyakit M saya akan datang bila hari cuti. Kalau nak keluar hari Sabtu tu, saya rasa malas nak belit-belit sebab rasa macam nak pergi office. Bagi saya, Sabtu, Ahad hari yang simple dan bermalas-malasan. Pernah dulu kawan baik saya cakap: Kawan: Tinta, aku rasa, kau ni kalau tak, mesti lagi pandai bergaya. Mesti lagi macam-macam gaya tudung kau. Macam kakak aku tu, macam-macam gaya dia pakai. Saya senyum je. Sebab, dia tak tahu macam mana saya belit-belit kalau saya pergi office. Keluar dengan dia and the gang Sabtu Ahad, saya just pakai simple je. Malas. Bagi saya, Sabtu dan Ahad tu, hari yang simple. Bila bosan-bosan, saya terfikir, since saya dah ada akaun kat Youtube, apa kata kalau saya buat tutorial pakai tudung? Agak-agaknya ada tak orang nak tengok video saya tu? hehehe almaklumlah, saya ni bukan retis.

Monday, November 28, 2016

Bunuhlah! Jangan Biarkan Ia Hidup!!!

Tinta, Bunuhlah semua perasaan yang bertunas. Bunuhlah, jangan biarkan ia terus subur dan mekar, kelak nanti, kau yang akan menderita. Bunuhlah, bunuhlah, agar kau dapat menjalani hidup ini dengan tenang dan aman. Allah kan ada. Berserahlah, bertawakallah. Serahlah segalanya pada Allah, serahlah hatimu, cintamu hanya pada Dia. Pasti indah cinta itu akan dirasai. Insya-Allah, amin...

L'occitane Revitalizing Fresh Shampoo

Seperti yang dijanjikan, saya kembali lagi. Hahaha macam lintas langsunglah pulak. Alkisahnya sebelum lunch tadi saya nak pergi TM, buat urusan pindah rumah. Pindah rumah? Maksud saya, pindah line dari rumah lama ke rumah baru. Staff saya ni beria-ia cakap, ada TM counter kat NU Sentral. Semangat kita orang pergi, tak ada pulak. OK, dah nak waktu lunch dan dah alang-alang sampai NU Sentral ni, kita shopping dululah. Misi utama: Face cleanser dan shampoo. Kaunter SK-II tak ada orang pulak. Ni bukan kali pertama saya kena macam ni kat SK-II NU Sentral. Dah tahu dah masa lunch tu orang keluar pejabat, jagalah kaunter. OK, kejar masa. Lupakan! Kita terus ke misi kedua, mencari shampoo. Kami terus ke L'occitane mencari shampoo saya. La... Shampoo jenis Peony yang saya pakai dah tak keluar. Yang ada hanya body shampoo dan perfume. Saya sangat sukakan shampoo tu sebab sangat sesuai dengan rambut saya. What to do. Terpaksalah saya cuba shampoo lain iaitu, Revitalizing Fresh Shampoo. Ia tak sewangi Peony saya. Tak apalah, janji ia boleh setanding dengan Peony, menjaga rambut saya. Gunanya untuk membasmi minyak dan menghalang keguguran rambut. Waaaa... Surprisenya, ada tulisan braille kat botol shampoo ni. Baru kot benda ni. Ini sudah bagus. Boss saya Tanya saya, L'occitane keluaran mana? Keluaran Perancis. Kepada mereka yang berminat, harga sebotol shampoo berisi 300 ML, RM98.00 Kalau beli yang besar, 500 ML yang dapat perapi yang juga 500 ML, RM298.00 kalau tak silap. Automatik jadi member. Nilah rupa Revitalizing Fresh Shampoo ni. Layan gambar di bawah.

Baju Dan Facebook

Assalammualaikum readers, Selamat memulakan hari baru, dalam minggu yang baru. Tengah sibuk ke tu? Kalau tension, sudi-sudilah baca blog saya yang merepek ni hehehe... Hahaha... FB dah tutup lama, tapi masih ada cerita fasal FB ni. Rindu? Taklah, saya tak rindukan FB langsung sebab saya tahu, FB itu menyakitkan. Malah, saya lebih tenang hidup tanpa FB. Rupa-rupanya, ada pelbagai ragam pembaca dan likers FB saya ni. Kadang-kadang, boleh buat saya senyum sendiri. Kadang-kadang saya fikir, sampai tahap tu mereka melihat saya di FB. Baru-baru ni, saya adalah jumpa dengan sorang kakak ni. Kakak: Dah lama tak Nampak kat FB? Saya: Ha'ah, dah lama tak aktif. (Malas nak cerita deactivate segala bagai. Panjang pulak nanti soalnya) Kakak: Tulah. Tak bestlah. Aktiflah balik. Saya: Kenapa? Kakak: Akak selalu tengok FB Tinta walaupun tak komen. Akak perhati je. Like selalulah. Saya: Oh ya ke? Terima kasih, kak. Kakak: Sebenarnya, akak suka tengok baju-baju yang Tinta pakai dalam gambar-gambar kat FB tu. Cantik-cantik. Kalau akak like pun, bukan like status sebenarnya, akak like baju-baju Tinta. Macam-macam fesyen baju Tinta. Sekarang ni, bosanlah sikit, tak boleh cuci mata tengok baju. Apa? Peliklah dia orang ni. Selalu orang like status. Ini like baju. Hahaha apapun, saya hargai apa yang mereka suka. Terima kasih semua atas perhatian yang diberikan. Apa? Gambar? Hahaha kat blog ni belum sampai seru nak letak gambar. Nantilah, kalau rajin nanti, wajah saya akan muncul kat blog ni macam kat FB dulu. Jangan menyampah pulak nanti. Tu pun dah ada permintaan supaya saya upload gambar-gambar saya kat sini sebagai ganti FB. Katanya, tak best baca tak ada gambar. Katanya lagi, asyik baca cerita je. Nak jugak tengok tuannya macam mana sekarang. Kalau kat FB dulu hamper setiap minggu boleh tengok wajah, boleh tengok kurus ke, gemuk ke. Hehehehe sungguh macam-macam dia orang ni. Tataaaa... Kejap-kejap lagi, saya akan kembali dengan cerita lain pulak. Hari ni kat office je. So, mood nak tulis blog pun datang. Jangan bosan tau.

Saturday, November 19, 2016

Kenapa Dengan Hati?

Ya Allah, Betapa uniknya Engkau ciptakan hati manusia. Kadang-kadang, saya sendiripun tak faham dengan hati saya. Ada masanya, akal menasihati hati. Tapi hati degil. Yang sengsaranya kelak saya. Ya Allah, Kenapa saya mesti ingat dia? Adakah petanda yang Kau kirimkan dari ingatan ini? Lebih parah, kenapa saya rindukan dia? Sedangkan saya tak tahu hatinya, perasaannya. Ya Allah, Janganlah Kau izinkan saya terus-terusan dalam kecewa ini. Hati saya sakit Ya Allah. Saya menderita. Tolonglah Ya Allah, jika cinta ini bukan milik saya, jika dia bukan disuratkan buat saya, maka, hapuskanlah segala rasa ini. Bunuhlah segala lara ini. Ya Allah, Saya tak tahu kenapa saya sentiasa merinduinya. Mendambarkannya. Biarpun saya sedang beraktiviti. Ingatan ini sentiasa melayang kepadanya. Malah, saya ada waktunya tidak semena-mena menangis kerana merindukannya. Tapi rindu kali ini, saya rasa bagai ada keindahan. Mungkin kerana saya serahkan kepada Allah yang menciptakan. Tinta, amalkan doa Zulaikha, tatkala ia amat merindui Yusufnya. Janganlah terlalu mengharapkan takdir menyebelahi diri sebaliknya, berdoalah agar Allah memberikan yang terbaik biarpun tidak seiring dengan kehendak hati. Ia pasti lebih indah dan menenangkan. Insya-Allah. DOA ZULAIKHA: Tuhanku, Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku, Tercipta buatku, Dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Tetapkanlah kemesraan antara kami Agar kebahagian ini kekal abadi Dan Tuhanku, Seiringkanlah kami mengharungi hidup luas ini Ke tepian yang sejahtera. Tetapi Tuhanku Yang Maha Pengasih, Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luput dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kecewa. Serta Tuhanku Yang Maha Mengerti, Berilah aku kekuatan Untuk melontar bayangannya ke dada langit Hilang bersama senja nan merah, Dan gelap pekat awan Agar aku bisa bahagia walaupun tanpa dirinya. Dan Tuhanku yang tercipta, Biarkanlah yang hilang, Tumbuhkanlah kembali yang telah patah, Meskipun tidak sama dengan dirinya, Biar sekuat mana aku mencintainya, Aku pohon agar Tuhanku melenyapkan perasaan ini Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku. Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku, Ku pohon agar takdir memperkuatkan kasihku padanya, Selagi tidak melebihi kasihku padaMu. Amin...

Hari Yang Penat Tapi Menyeronokkan

Assalammualaikum semua, Terima kasih kerana masih sudi baca blog Tinta yang tak seberapanya ni. Sebenarnya, malam ni, Tinta penat sangat. Bertandem dari pagi sampai malam selama 12 jam. Dah macam orang kerja kilang. Genting Peras pulak tu dan lepak-lepak kat Sungai Gabai. Hujan pulak turun dengan lebatnya sewaktu mendaki Genting Peras. Menggigil dibuatnya bila turun. Kalau panas bestlah, sebab berangin. Macam ekspedisilah pulak, 140 KM perjalanan hari ni. Bezanya, ekspedisi 140 KM tu boleh buat dalam masa 6-8 jam je. Pergi suka-suka ni, suka hatilah kan nak berhenti selama mana. Tu yang jadi lama tu. Hari ni, tiga kapten bawa Tinta, Kapten tetap, Along (Khoirie), Along tak nak naik Genting Peras so, Tinta bergandingan dengan Daus. Masa balik, Along cramp, Fauzi adik si Daus pulak ambil tempat Along berpasangan dengan Tinta. Esok, pagi-pagi dah kena pergi berkayak kat Tasik Putrajaya pulak. Lepas ni, tidur tau, Tinta.

Thursday, November 17, 2016

Shopping Sama-sama, Beli Rumah Sorang-sorang

Salam readers, Meh nak buat luahan perasaan kejap. Tatkala mendengar ayat di atas lewat berita yang disampaikan, saya rasa berdesing dan rasa macam tak percaya ayat itu dituturkan oleh orang yang pernah jadi kawan baik saya. Kalau ya pun awak tak suka saya, hati-hatilah bila bercakap, janganlah sampai memfitnah pulak. Rasanya kita sekolah agama guru yang sama. Tak pernah dia ajar hukum fitnah tu berbeza-beza mengikut pelajarnya. Tak ingat ke? Saya dapat tahu hal beli rumah ni pada hari terakhir permohonan? Saya bagi tahu awak, dan awak cakap, susahlah nak bergegas last-last minute. Nanti kalau ada buka yang baru bagi tahu dan awak Tanya saya, mohon tak? Saya kata, mohon. Tapi baru nak siapkan dokumen sebab baru tahu. Awak cakap, saya tak apalah, tempat saya. Lepas tu, ada satu permohonan tu dibuka, dia dan beberapa orang rakan apply. Bila tak dapat, permohonan gagal, marah. Bila saya Tanya-Tanya, rupa-rupanya buat alamat KL. Memanglah tak dapat. Kan dia nak orang yang beralamat di Selangor. Memang ada orang yang letak alamat KL dapat. Mungkin itu kes terpencil dan terlepas pandang. So, sebaiknya, kita elakkanlah buat kesilapan supaya jika kita gagal, bukan disebabkan oleh kesilapan kita. Orang, biasalah, kalau dah tak suka. memfitnahpun sanggup buat. Balasan di neraka sana tak fikir dah, janji hati dia puas. Tak apalah, Allah kan ada. Buatlah selagi boleh buat orang.

Bertabahlah Hati

Wahai hati yang luka, bersabarlah kerana Allah tahu apa yang Dia buat... Wahai hati yang lara, bersabarlah, kerana Allah tahu itu yang terbaik buatmu... Wahai hati yang sengsara, bersabarlah, kerana pahit itu pasti ada penawarnya... Wahai hati yang derita, bersabarlah, kerana tiap kelukaan itu pasti ada ubatnya...

Monday, November 14, 2016

Arahan Mandatori

Salam readers, Hope you all feeling well tonight. Nak baca tak saya membebel entah apa-apa ni? Kalau bosan tu, baca jelah hehehe... Dalam banyak-banyak email yang masuk ke in-box saya, adalah satu email dari pegawai kepada board members. Yang masuk kat saya ni just CC jelah. Bukan ditujukan kepada saya. Email tu berbunyi: Dear madam, ---, --- and Cik Tinta Emas will attend the meeting on Saturday, 3rd December, 2016. Aaaaahhhh!!!!!!! Rosak semua program saya. Apa hal pulak dia pergi confirm kehadiran saya tanpa Tanya saya dulu free ke tak hari tu??? Saya ada program NGO lain yang saya nak hadir masa tuuuuu!!!!!! Bengang betul saya. Apa lagi, membebellah saya. Assistant saya kata, "Lagikan En. Fairuz yang boss tu pun dia tak Tanya, main confirm je apa-apa meeting, lagi pulak kau," Hahahaha betul jugak tu. Saya ni ikan bilis. Ish! At least tanyalah. Orang ada program hari tu. Ish, ni namanya mandatorilah ni. Tak boleh elakkan??? Menyampah betul!!!

Friday, November 11, 2016

Whatsapp Yang Menyentuh Hati

Assalammualaikum readers, Dalam sibuk-sibukpun sempat lagi curi-curi tulis blog. Hehehe bukan apa, sebab rasanya momen ni penting bagi Tinta nak share kan di sini. Kalau orang tak nak bacapun, boleh Tinta baca semula kemudian hari nanti. Hari ni masih sibuk. Buat dua tiga kerja dalam satu masa. Terkejar-kejar supaya sempat semuanya sebelum keluar ke Air Asia bagi training. Dalam saya duk sibuk-sibuk menyemak laporan-laporan audit akses yang dihantar, balas email, balas official whatsapp, terima Whatsapp bertalu-talu dari group yang meminta saya buat itu dan ini, jawab panggilan telefon, saya terima satu Whatsapp yang amat menyentuh hati saya. Rasa macam nak balik ke zaman sekolah dulu supaya saya sentiasa ada bersamanya. Cikgu Fatimah Harun, guru kelas sewaktu saya darjah enam yang saya anggap macam ibu saya sendiri. Cikgu yang mengajar saya menjahit sembat dan jelujur, mengajar saya erti tanggungjawab dan amanah, menggalakkan saya belajar memasak, yang mengiringi saya ketika keluar, yang selalu bercerita itu dan ini kepada saya, yang selalu menduga kewibawaan saya dalam menyelesaikan masalah serta menyempurnakan tugas sebagai pelajar dan pengawas, yang selalu menasihati saya dan hehehe tak kurang membebel kepada saya dan rakan-rakan. Tapi bebelannya sangat lembut dan halus. Hehehe cikgu ni la jugak yang saya mengada-ngada, menangis, merajuk, saya cari ketika perlukan seorang ibu di sisi sampai diapun tahu apa yang boleh buat saya merajuk. Hehehe saya memang suka buat perangai dengan cikgu. Kami terlalu rapat sampai anak-anak cikgupun sangat kenal saya. Tak tahan tu, anak cikgu selalu cakap, "Mak tu garang, dengan Kak Tinta tak garangpun," Ni dalam kes belajar Matematiklah ni. Pernah suatu ketika kami ke Terengganu menyertai Tokoh Kanak-kanak Cemerlang, saya keluar bersama keluarga saya dan Cikgu Fatimah bawa kawan saya keluar. Cikgu cakap dengan kawan, entah-entah nanti saya merajuk sebab tinggalkan saya pergi jalan-jalan. Hehehe memang saya nak merajukpun masa tu. Tak adilkan? Saya tinggalkan cikgu boleh, cikgu tinggalkan saya, saya nak merajuk hehehe. Melampau! Tapi cikgu sangat pandai mengambil hati saya. Dia belikan saya sesuatu balik dari berjalan-jalan buatkan hati rajuk saya segera terubat dan tak jadi merajuk. Hehehe ngada-ngada tak saya cikgu? 'Assalammualaikum Tinta, lama tak dengar berita. Apa khabar?' Saya balas Whatsapp tersebut. 'Waalaikummussalam cikgu. Alhamdulillah. Tinta sihat. Cikgu macam mana? Sihat ke? 'Syukur Alhamdulillah. Sihat adanya. Lama tak ikut perkembangan anak cikgu di FB, tu yang bertanya khabar ni. Dah pindah rumah baru ke?' Sebenarnya dua tiga hari ni, saya memang teringatkan cikgu. Cuma tak Whatsapp cikgu. Maafkan saya cikgu sebab tak bertanya khabar cikgu. Maafkan saya cikgu sebab cikgu dulu yang harus bertanya khabar anak murid cikgu ni sedangkan cikgu itu dimuliakan Allah. Ampunilah saya Ya Allah kerana mengabaikan cikgu saya yang satu itu sedangkan saya tahu dia terlalu baik dan menganggap saya seperti anaknya. Jika tidak masakan dia datang mencari saya di pejabat suatu ketika dahulu kerana rindukan saya. Maafkan saya sekali lagi cikgu. Cikgu, bukan niat saya mahu menjauhkan diri daripada cikgu dan orang-orang yang saya sayang di FB tapi keadaan memaksa. Saya terpaksa cikgu, terpaksa demi hati yang lara. Saya harap cikgu faham dan sentiasa doakan kebahagiaan saya. Dan cikgu kata, Insya-Allah akan berkunjung ke blog saya yang tak seberapanya ni setelah diberitahu tentang blog ni. Cikgu selalu ikut perkembangan saya di media sosial dan media massa bagi mengubat kerinduannya. Jadi, saya berikan alamat blog ni supaya cikgu akan tetap bersama saya meskipun saya tiada di Facebook. Sayang dan rindu cikgu selalu.

Thursday, November 10, 2016

Tukar Channel

Salam readers, Saya dah balik dari Air Asia. Alhamdulillah, hari ni saya rasa lebih confident untuk present dalam Bahasa Inggeris. Tak tahulah kenapa. Hehehe... Mungkin sebab ada guru kot yang latih saya setiap hari sejak kebelakangan ni untuk cakap dan tulis Inggeris. Terima kasih you, terima kasih jugak kepada group-group Whatsapp yang banyak berkomunikasi dalam Inggeris. Paling saya tak sangka, saya dah mula banyak faham dan tangkap apa yang dituturkan oleh American di BBC News. Betullah kata Cikgu Din dan En. Fairuz, English is about speak, listen, and read. Bukan saja pada cikgu, bila En. Fairuz suggest saya dengar BBC pun saya refuse. Saya cuba dengar, tapi setiap kali saya dengar, mesti tak lama lepas tu saya tidur. Tapi sekarang, Alhamdulillah, mata saya boleh bertahan lama dengar BBC News. Cuma masih belum hundred percent la saya faham dan tangkap perkataan dia orang. Paling penting, hari ni, saya faham Bahasa Inggeris student saya di Air Asia. He is from India. Susah sikit nak faham apa yang Indian cakap tapi Alhamdulillah Allah, hari ni saya faham. Setiap kali kelas, perkara yang membimbangkan saya adalah ground staff, pramugari serta pramugara yang berpengalaman atau dari luar Negara. Saya takut tak faham slang dia orang. Karang, lain dia Tanya, lain saya jawab. Tapi betul, bila kita terdesak, segalanya akan membuatkan kita harungi dengan jaya walaupun terpaksa bersusah-payah. "Your English is good," Kata beberapa orang Mat/minah Salleh ketika berbual-bual dengan saya sewaktu dalam LRT atau berjalan bersama. Even visitors saya sebelum ni yang datang dari overseapun pernah cakap gitu. Apa saya jawab? "No, actually my English is not so good," Kadang-kadang mereka menafikan apa saya cakap. Dalam hati saya, "Aku tahulah diri aku. Kau pandai-pandai pulak cakap no. Boleh tak kau jangan cakap banyak dengan aku? Sebab aku memang tak pandai Bahasa Inggeris," Dan saya selalu meminimumkan perbualan saya dalam Inggeris. Kalau dia orang nak cakap banyak, saya akan buat-buat sibuk dan jauhkan diri dari dia orang. Hahaha tapi terpaksa jugak sebab PR kan? Sampailah satu hari ada staff bagi tahu boss saya yang English saya improve. Ah, memanglah dia cakap improve, entah-entah, English diapun lebih kurang je macam saya. "I'm very impress with your English," Kata seorang engineer laut ketika kebetulan makan semeja dengan saya di kedai makan. Ah, setakat cakap sikit-sikit tu bolehlah. Tak ada apa yang perlu di'imperess'kan. Bebel saya dalam hati. Mr. Peter, pensyarah Bahasa Inggeris saya sewaktu di UiTM pernah tidak membenarkan rakan sekelas baca artikal Inggeris semata-mata mahu saya membacakan artikal berkenaan kepada kelas. Katanya, dia suka dengar slang dan cara saya membaca Bahasa Inggeris. Katanya lagi, sebutan saya tepat dan jelas. Dan saya pernah rasa tak percaya apabila beberapa pensyarah termasuk Mr. Peter memberi saya markah 7 atau 8 per sepuluh ketika speaking test. Begitu juga saya terkejut beruk apabila saya dapat Ben 4 sewaktu peperiksaan MUET. Segalanya saya rasa itu semua nasib je, bukan keupayaan saya menguasai bahasa tersebut. MUET tu saya jangka, saya tak lulus. Dan saya selalu rasa lecturer saya tu tak pandai nilai saya atau mungkin kesiankan saya sebab kalau exam, saya selalu dapat b+, b- atau b. Seorang board members office ni pulak, datang ucapkan tahniah kat saya lepas saya mengacarakan majlis dalam Bahasa Inggeris, "I like the way you talk. Both, in English and Malay," Lepas tu, ada pulak volunteer yang ucap tahniah kat saya sebab bagus dalam mengacarakan majlis in English, siap letak kat group whatsapp. Saya rasa dia orang ni semua dah gila. Saya rasa tension sangat bila orang kata Inggeris saya bagus. Sebab saya tahu saya amat lemah dalam English. Saya memang elegik Bahasa Inggeris ni. Saya senang sangat tidur bila dengar bahasa yang satu ni. Lebih baik saya belajar Bahasa Itali, dua jam kelaspun, saya still OK. Saya memang tak nak orang tahu saya boleh berbahasa Inggeris sebelum ni sebab saya takut apa yang dia orang cakap, saya tak faham. Biarlah orang nak kata saya bodohpun, saya rela. Nak kata saya kampong? Katalah, yang penting saya tak payah speaking dengan dia orang. Kalau orang cakap Inggeris dalam meeting, saya tak teragak-agak cakap Bahasa Melayu. Kitakan Malaysian. Tapi yang pelik tu, saya tahu kalau orang cakap Inggeris salah. Kadang-kadang grammar salahpun saya tahu. Macam mana boleh jadi macam tu ha? Tapi bila saya cakap, grammar tu tak tahu betul ke salah sebab nervous punya fasal. Takut salah, malu, macam-macamlah perasaan saya. Paling saya rasa gila adalah Mat/Minah Salleh yang cakap saya pandai Inggeris. "Tolonglah, bahasa kau kan? Takkanlah kau tak dengar aku ni cakap Inggeris kokak? Tu pun kau kata bagus ke?" Pelik betul saya. Ada sekali tu, saya balas voice whatsapp dengan kawan dari Kazakhstan. Orang yang dekat dengan saya masa tu boleh terkejut "Huish, Bahasa Inggeris awak, boleh tahan," Ya Allah, dengar tak Inggeris saya tu, Inggeris yang macam mana? Tolonglah. Saya ni paksa diri je untuk cakap dengan si Kazakhstan tu in English sebab dia tak faham Melayu tapi dia suka kawan dengan saya. Tensioooooooonnnnnnnn!!!!!!!!! Perkara yang paling buat saya nak nangis, ialah apabila boss saya cakap, "Esok you present. I tengok," Ya Allah, bagai batu dihempas ke kepala saya. Macam manalah orang tua ni boleh nak bagi saya present? Kalau saya tak tetap dalam department ni pun tak apalah sebab saya tak boleh berbahasa Inggeris. Saya sedih sangat masa tu. Rasa gelisah, sampai tak lena tidur malam. Tensionnya rasa, Ya Allah, Tuhan jelah yang tahu. Tukarlah saya pergi department lain kalau nak survive dalam department ni kena English bagai. Fikir saya ketika tu. Saya pujuk boss. Akhirnya boss mengalah, minggu depannyalah saya present. Tu pun saya masih cari helah supaya saya selamat. Tapi tak selamat jugak. Setiap kali ada kelas di Air Asia saya pasti risau dan tak selera makan. Dalam keretapun saya tak tidur Pada hal, saya ni pantang naik kenderaan,tak kira private mahupun public, mesti tidur kalau tak buat apa-apa. Driver dengan assistant saya sibuk duk usik dan gelakkan saya. Hari ni, Alhamdulillah, saya tidur nyenyak sekali sewaktu on the way ke Akademi Air Asia di Sepang. Sampai, saya terus tengok kelas mana dan solat. Masuk je kelas assistant saya cakap, dah pukul 2.00 dan kena mula sekarang. Tiada masa relax. Saya terkejut. Alhamdulillah jugak, saya dapat kawal gelabah saya. Sayapun terkejut dengan diri saya hari ni, saya rasa tenang sewaktu present, hehehe boleh nyanyi lagi tu suruh dia orang teka. Banyak perkataan yang boleh keluar lancer dari mulut saya berbanding sebelumk ni, saya selalu lupa perkataan yang saya nak gunakan in English. Tapi Inggeris saya tetap lemah. Saya harus berusaha untuk meningkatkannya. Saya tak sepandai orang lain dalam bab English ni. Serius saya cakap.

SYABAS Penyumbang Kesibukan Hari Ini

Setelah bercuti dua hari, maka hari ni berkejar-kejarlah saya dengan kesibukan. Nak balas email-email penting dari MRT lagi, nak semak report MRT setelah audit akses tempoh hari, nak semak laporan officer saya tentang audit MRT, nak semak garis panduan SPAD tentang aksesibiliti stesen kenderaan awam, nak pergi Air Asia lagi. Nantilah saya cerita fasal Air Asia tu. Dan! Nak kena keluar pergi lawatan tapak tempat SYABAS nak buat saluran paip barunya di sekitar Brickfields. Oh, my god! Kenapalah semua ni datang serentak? Kalau tak ada Air Asia, pastinya hari ni saya masih bercuti. Nasib badanlah, boss tak sihat. Hari ni tak nak dah call boss Tanya nak ikut pergi Air Asia tak. Saya tahu, dia saja je cari helah tak nak pergi sebab nak suruh saya belajar pergi sorang. SYABAS ni saya terima panggilan Isnin lepas sebelum saya bercuti. Dia nak buat baru system saliran dia. So, kenalah cepat ambil tindakankan? Saya janji dengan dia hari ni atau esok nak bagi jawapan macam mana nak buat saliran dia tu supaya tak jadi halangan kepada pejalan kaki. So, kenalah pergi round dulu, lawatan tapak, tengok kat mana bendanya dan macam mana yang dia buat sebelum ni. Memang kita ada complain masa lawatan tapak bersama DBKL beberapa minggu lepas. Agaknya dah kena tegur dengan DBKL kot. Sebelum apa-apa, saya call dulu pengerusi Rukun Tetangga Brickfields untuk dapatkan cerita sebenar. Karang pandai-pandai discuss dengan SYABAS, rukun tetangga (RT) kata, kita pandai-pandai membelakangkan dia. OK, pengerusi kata, mereka dah berbincang dan RT yang decide supaya SYABAS berbincang terus dengan kami tentang hal ni. Dah dapat green light, OK la. On the sport, saya minta officer saya keluar bersama saya untuk tengok benda alah tu. Alhamdulillah, officer saya ni tak banyak ragamnya. Sentiasa OK je. Pagi ni, jalan-jalanlah kami kat sekitar Brickfields ni. Dapatlah beberapa gambar untuk contoh dan perbincangan. Hahaha sempat lagi tu ambil gambar lubang tak bertutup yang disumbat dengan besi tajam. May be niat orang yang buat ni baik, tak nak bagi orang jatuh lubang. Tapi besi tu bahaya. So apa lagi, terus shoot, hantar dalam group Whatsapp. Kejap je, dah dapat respon dari pegawai DBKL. Kita lambat balas jalan apa dah kena ulang soal. Zaman teknologi ni cepat kan? Tulah kebaikan teknologi. Hal macam ni di hujung jari je kompelen dan terus dapat respon. Saya percaya, berdasarkan pengalaman lepas-lepas, hal ni akan selesai hari ni jugak. Setelah berbincang dengan officer saya, Aqilah, kami dapat buat kesimpulan, sebenarnya tak rumitpun masalah SYABAS ni, ikut je Malaysian Standard 1184 revision 2014 tu maka semua masalah selesai. Nanti saya akan bincangkan dengan pegawai SYABAS tu esok. Times out! Dah Tinta, pergi bersiap. Pergi Air Asia pulak. Jap lagi driver tunggu, kau masih terhegeh-hegeh lagi. Dahlah hari ni dapat driver on time. Bekas staff syarikat Jepun la katakan.

Wednesday, November 9, 2016

Terima Kasih, You

Terima kasih you, sebab masih sempat tanya khabar I walaupun busy. You janganlah rasa bersalah bila tak chatting dengan I. Bukan wajibpun kan hahaha... I know you are busy and malam pulak sekarang ni you have to entertein your regional staff. Baru I faham, kenapa you kena stay at hotel with them. Aik, macam mana tahu I aktif kat group pulak ni? Busy-busy pun sempat tengok group ke? Hehehe... Anyway, thank you for trying your best to make me happy. Moga Allah also will make you happy. Amin...

Ke Mana Harus Dilayar Rindu?

Malam sepi begini, terpanggil aku untuk melakar rasa di sini. Dalam mengusung saratnya rindu, aku tak tahu ke mana harusku layarkannya. Lalu ku mohon Tuhan, halakan rindu ini buatMu yang sentiasa merindui hamba-hambaNya.

Tuesday, November 8, 2016

Suatu Perkenalan

Perkenalan itu, telah membawa kita menjadi kawan. Tak sangka, perkenalan pertama yang kita tak berbual mesra, hampir sebulan kemudian kita jumpa lagi dan terus berkawan hingga hari ni. Terima kasih you, sebab sudi jadi kawan I. Setakat ni, sebagai kawan, you memang baik. Dan I banyak belajar tentang suatu sisi baru kehidupan. Agaknya betul kata you, mungkin ada sebab kenapa Allah temukan kita. Walaupun you tidak berpenampilan warak, tapi you selalu mengingatkan I pada Dia yang menciptakan kita meskipun secara tidak langsung. Cerita punya cerita, tak sangkakan you, kita ada beberapa persamaan. Rutin harian kita, apa yang kita lalui, minat kita, even date kita masuk kerja kat tempat kita bertugas nipun hampir sama. Date lain tapi bulan sama. Nasib office tak sama. Kalau tak, hari-hari gaduh hehehe... Ah, banyak lagilah yang sama. Cuma busy je yang tak sama. Kalau I kat tempat you, I pengsan kot. Siap kena on call lagi, macam doktor la pulak. You, terima kasih ya you, sebab selalu temankan I walaupun secara online. Yelah, nak layan kawan-kawan FB pun I dah tutup FB. Hikmah yang I dah nampak kenapa Allah temukan kita, sebab, Allah nak suruh I improve my English Language dengan membiasakan cakap dan tulis Inggeris. Benarlah janji Allah, dia akan berikan kita sesuatu pada masa yang sesuai. Misalnya, I tengah kelam-kabut nak improve my English sebab nak ajar steward, stewardess and ground staff in Air Asia. Allah uji, dalam keadaan I tak bersedia, boss I sakit. Lepas tu MC sebulan setengah sedangkan Air Asia's Class have to on. Boss yang baik hati tu pun, tiga kali mengajar dalam MC semata-mata nak ajar I. Lepas tu dia suruh I buat and dia observe untuk minggu berikutnya. I ni bukan english speaking punya orang. After UiTM, makin banyak perkataan English yang hilang sebab tak amalkan. Dan Allah temukan kita pada masa yang macam ni supaya I biasa dengan English then gunakannya seharian. You tahu tak, sometimes, I buka dictionary bila baca pesanan you. Bila nak balaspun sama, I buka dictionary supaya tak salah perkataan dan tak salah eja. Memanglah ada masanya you tak tulis hundred percent in english, but ada perkataan yang you gunakan tu I tak familiar. Dah hari ni pulak, you suruh I cakap dengan you pulak in english instead of reply your whatsapp. Seganlah I, I bukan pandai sangat nak speaking bagai ni. But my boss said, I can, but sebab tak guna selalu tu yang I have no confident. Bila I fikir balik, kalau dia yang english speaker tu tahu I tak boleh, masakan dia suruh I sorang-sorang pergi mengajar di Air Asia tu. Walaupun ada assistant, nothing to do with her because she just assist me to change the slides, show the video because I have to move here and there for demo. And thanks to my assistant yang selalu bagi support. Selalu cakap I boleh dan paling penting, banyak bantu I in practical session. Thanks, Qilah. Hehehe in practical session ni nampak kewibawaan Aqilah yang mengarahkan class untuk buat apa yang patut. Siap ajar I macam mana conduct dia orang tu. Sekali lagi, terima kasih you, terima kasih sebab sudi berkawan dengan I.

Dengan Izin Allah

Hampir setahun ni, macam-macam yang saya lalui. Tahun ni, memang tahun dukacita buat saya. Tak apalah, Allah kan ada. Dan saya dapat rasakan, bila saya berdukacita, hanya orang-orang yang benar-benar ikhlas menjadi kawan saya je yang terus bersama saya. Menghulur tangan untuk saya berpaut agar bangun, menolak saya ke atas semula serta memimpin saya agar tidak tersadung lagi dalam destinasi yang penuh cabaran ni. Kawan itu, silih berganti. Kawan ketawa, akan cepat perginya. Tapi janji Allah, Dia akan bagi yang lebih baik. Maka, Allah tunaikannya buat saya. Mungkin kawan-kawan yang saya ada kini bukanlah seperti kawan-kawan yang saya ada dulu. Kawan yang havoc, happy go lucky, lepak sana-sini dan ada yang menggolongkan mereka sebagai high standard. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Sebab saya berkawan dengan mereka bukan sebab kelas. Dan saya tahu kelas kehidupan kawan-kawan saya. Sama je macam saya. Alhamdulillah Allah, kawan-kawan yang saya ada sekarang, adalah kawan-kawan yang mengajar erti kehidupan, mengajar saya makna akan suatu perjuangan, mencorak kehidupan yang lebih rialistik, menukil cita yang perlu digapai. Kawan-kawan yang berkongsi pengalaman dan pendapat buat bekalan dalam kehidupan dan kerjaya demi suatu kejayaan yang menuntut jerih-perih keringat serta air mata. Apa yang lebih mengharukan saya, saya mempunyai boss yang terlalu yakin akan kebolehan saya. Yang selalu menolak saya ke hadapan. Yang selalu mahu kebolehan saya dipandang ramai. Begitu juga dengan board members yang percaya dengan kebolehan saya. Sentiasa cuba buat saya rasa selesa dan memenuhi keperluan kerjaya saya. Dan ada juga rakan-rakan pejabat yang sentiasa di samping saya, membantu saya dalam kemajuan kerjaya dan kehidupan. Satu demi satu Allah datangkan pada saya. Saya mula dipertemukan dengan pelbagai orang untuk berurusan, mungkin Allah nak pergaulan saya luas dan tidak terhad pada satu kumpulan sahaja. Dan saya juga berpeluang mencuba beberapa perkara baru. Terima kasih Allah, walaupun saya kelihatan keseorangan, tapi sebenarnya tidak. Saya rasa kini saya kaya dengan kasih sayang dan perhatian orang-orang yang benar-benar ada dengan saya meskipun mereka jauh. Rakan-rakan pejabatpun dah mula memahami cara kerja saya. Dan saya rasa, saya semakin dihargai walaupun ada yang membuang saya. Cuma, saya tahu, dalam perjalanan yang entah bila terhentinya ini, pastinya saya akan dipertemukan lagi dengan orang-orang yang akan menguji saya dan saya akan dihadapkan dengan pelbagai dugaan mendatang. Jadi, kepada dia yang kononnya mahu memberi pengajaran kepada saya, terima kasih sahabat. Kerana apa yang kamu lakukan, memberi saya lebih kekuatan dan membuka minda saya untuk memahami erti persahabatan. Hakikat yang paling pahit untuk saya terima adalah kenyataan yang kamu bukanlah sebenar-benarnya sahabat yang dapat saya sandarkan segala harapan serta kongsikan segala kedukaan dan kebahagiaan. Jika kesalahan sayapun tidak dapat kamu terima dan cuba memandu saya kepada kebenaran, malah, saya dipinggirkan dan pelbagai cerita direka. Tidak cukup dengan itu, saya dipersendakan. Maka, saya harus terima hakikat bahawa, kita tidak sesuai menjadi sahabat. Apapun, terima kasih atas segala kebaikan kamu kepada saya sebelum ini. Dan saya harap, kebaikan yang sebelum-sebelum ini ikhlas dari hati kamu dan semoga Allah melipatgandakan kebaikan buat kamu atas segala kebaikan kamu pada saya. Sebagai orang yang pernah menjadi sahabat kamu, saya sayangkan kamu sampai saat ini dan Insya-Allah sampai bila-bila cuma langkah kita saja yang tidak seiring lagi.

Sunday, November 6, 2016

6 November, 2010

Apa yang ada pada tarikh yang sama enam tahun lalu? Pada tarikh nilah saya menghadiri temuduga di office saya sekarang ni sebagai Public Relation Assistant. Hahaha masa tu, hati tengah berdarah kelukaan buat kali pertamanya. Hahaha... Beberapa hari sebelum tu, saya dikejutkan dengan panggilan daripada salah sorang staff office ni yang saya kenal, bertanyakan kepada saya sama ada saya terima atau tidak surat daripada organisasinya yang dihantar melalui City Link. Tak ada pun? Apa yang mustahak sangat tu? Mula-mula saya ingat surat dari SPA. Rupa-rupanya dari organisasi ni. La... Kenapalah susah-susah hantar dengan City Link? Saya kan kerja dekat-dekat sini je, call jelah suruh saya ambil surat tu. Jap, jap, saya peliklah. Surat apa tu? "Surat panggil you interview. Dengar cerita, dia orang nak ambil you jadi PR." Hah? Saya terkejut. Bila masa la pulak saya apply jawatan tu kat situ? Bila ada kekosongan pun saya tak tahu. Iklan apatah lagi. "Executive Director (Mr. George) dah keluarkan senarai calon. Lepas tu dia tulis pakai tangan kat list tu, +Tinta Emas. Kita orangpun pelik," Cerita staff berkenaan. Betul ke? Dah orang dah panggil, cuba jelah. Sayapun merisik khabar. Rupanya PR ni dia sekali dengan fund raising. So, sayapun mula study tentang PR dan Fund Raising. Tibalah pada tarikh ni, saya datang interview. Waaaa... Bukan calang-calang saingan saya. Ada student MASCOM, ada yang sedang bertugas sebagai PR. Alamak, habislah saya macam ni. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan saya rasa seperti ada sedikit harapan. "PR tu senang. Habis tu kalau dia Tanya fasal fund raising tu apa ha? Macam mana nak buat untuk raise fund tu?" Saya dengar mereka berbual sesame mereka. Siapa suruh tak nak Tanya saya? Semuanya macam hebat-hebat je, langsung tak nak Tanya saya. Mesti dia rasa, kalau dia orang tak tahu, saya lagi tak tahu. Hahaha sebenarnya raise fund tu, saya tengah buatlah sekarang. Masa saya melangkah masuk bilik temuduga, Puan Liza dan Mr. George kata, tak payah kenalkan diri, sebab dia orang dah kenal saya. Orang lain punya interview lama. Saya punya kejap je. Ada jugaklah dia Tanya fasal fund raising. Alhamdulillah saya dapat jawab. Tak lama lepas tu, saya dapat panggilan mengatakan saya diterima mengisi jawatan PR di organisasi ni. Hahaha 10 bulan kemudian baru saya mula bertugas di sini iaitu pada 5 September, 2011. Dan pada tarikh yang sama tahun ni, usia perkhidmatan saya di sini masuk lima tahun dua bulan. Ketika usia perkhidmatan saya mencecah lima tahun, saya ditukarkan ke Accessibility and Advocacy Department dan turut bertanggungjawab kepada Sukan Dan Rekreasi. Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki ini kepada saya. Saya sayangkan organisasi ni. Saya akan cuba buat sehabis baik untuknya. Harap-harap, saya dapat rasa pelbagai department lagi untuk perjalanan carreer saya di sini jika rezeki saya lama di sini. Sepanjang duduk kat department baru ni, banyak perkara baru yang saya belajar dan saya mula mencintai tugas baru saya.

Bukan Milik Saya

Suatu malam, saya menghadiri suatu makan malam yang turut dihadiri ratusan jemputan lain. Saya tak kenal siapa dua perempuan yang duduk di sebelah saya. Tegur jelah, belasah je. Tambah kenalan. "Ya? Ini Tinta Emas kan?" Jawab perempuan yang duduk di sebelah saya setelah saya menyapanya. "Ya, saya," "Baru je kita orang bercerita fasal Tinta tadi. Tiba-tiba dah ada kat sebelah kita dah orangnya. Tak sangka rasanya," Beritahunya tanpa ditanya. "Cerita fasal apa?" Saya pelik. "Siang tadi, akak tengok Tinta jadi pengacara. Akak cakap dengan adik ni (merujuk kepada sorang lagi perempuan yang duduk di sebelahnya), Nampak dari jauh, Tinta ni cantik. Akak cerita kat dia, bagi gambaran," Ya sebab orang yang duduk di sebelahnya tu tak Nampak. Ya Allah, sesungguhnya cantik itu bukan milik saya. Saya rasa saya ni biasa-biasa je. "Tapi bila duduk dekat malam ni, awak ni memang cantik. Jauh cantik, dekatpun cantik. Kalau tengok dekat tu cantik, maknanya betullah tu. Setengah orang, Nampak dari jauh je cantik, bila dekat tak cantik." Kakak itu menambah dengan mesra. "Tak adalah kak. Saya ni biasa-biasa je," Saya melemparkan senyum mesra kepadanya. Subhanallah, janganlah pujian ini menimbulkan rasa riak dalam hatiku. Sesungguhnya cantik itu milikMu dan Engkaulah Yang Maha Indah. P/S: Jangan jadi isu pulak entri ni. Saya sekadar menjadikan pujian ini sebagai motivasi dan kenangan buat saya lalu saya abadikan di sini. Kalau tak suka baca mohon maaf. Tapi saya tulis ni di blog saya jadi saya tulis apa yang saya suka, bukan apa yang orang suka.

Saturday, November 5, 2016

Amaran Hati

Isnin lalu, sewaktu saya keluar dari Guardian KL Sentral, saya dengar nama saya dipanggil seseorang. Tak pasti pulak suara siapa. Saya menoleh seketika. Tiada yang mendapatkan saya lalu saya terus berjalan menghala ke LRT dan NU Sentral. "Tinta," Sekali lagi nama saya dipanggil. Kali ini suara itu dekat sekali dengan saya. Allah, mamat ni ke? "Nak ke mana?" Tanyanya. "Nak ke Gurdian NU Sentral," Jawab saya ringkas. Kalau boleh, saya tak mahu lama bersamanya. "Dah makan?" "Dah," Ni mesti nak ajak saya makan. Teka saya dalam hati. "Jom makan sekali lagi," Kan betul. "Tak apalah, saya nak balik," Dia menerima panggilan dari seseorang. Seolah-olahnya dia ada temujanji dengan orang lain. Selamat saya, fikir saya sendiri. "Jomlah. Hari tu kan birthday awak. Saya belum belanja awak lagi," Dia mengulang ajakannya. Dah bertahun dah awak tak belanja birthday saya. Komen saya dalam hati. Ke... Dia tahu apa yang berlaku? "Awak dengan siapa?" Sekadar bertanya. "Dengan Amri. Ke awak nak makan dengan saya hari lain?" Amri? Saya dah lama tak jumpa Amri yang bersusah-payah tolong saya sewaktu di sebuah gunung. "Tak naklah," "Kenapa? Awak tak nak orang Nampak kita berdua ya?" "Ha'ah," Jawab saya tegas dan yakin. "Saya malaslah, nanti orang cakap bukan-bukan, saya dah penat." Sambung saya. "Biarlah kalau orang kata kita couple pun, tak adalah orang kacau awak," "Malas, malas," "Kalau awak tak nak makan malam ni, kita makan hari lainlah," Saya berfikir sejenak. Mamat ni bukan boleh dibuat main. Nanti dia tuntut, silap hari bulan, dia datang office hantar makanan atau barang. Lagi haru. Dahlah kat office tu ada si busy body," Dia dah offer makan bertiga tu dah cukup baik dah. Tak yahlah saya keluar berdua je dengan dia. "Kalau awak nak belanja saya, belanja jelah dengan Amri," Putus saya setelah berfikir. Sepanjang makan malam tu, saya banyak berbual dengan Amri. Dia order makanan kegemaran saya. Katanya, dia masih ingat Brownist wall nut with ice cream kegemaran saya. "So sweet," Usik Amri. "Jangan mengadalah, Amri," Amaran saya berikan kepada Amri. Ya Allah, ujian apa ni? Dahlah saya ni tengah sengsara. Dipertemukan pulak dengan mamat ni. Hati, ini amaran keras! Jangan mengada-ngada nak feeling. Alhamdulillah, pertemuan kali ni, tidak membuatkan jantung saya berdegup pantas. Syukur Tuhan. "Kalau korang nak ulang balik kenangan indah dulupun... Apa salahnya," Ujar Amri. "Dahlah," Saya mahu menghentikan usikan Amri. Amri, awak tak tahu apa yang pernah saya lalui bersama dia. Awak tak tahu bagaimana saya merasakan harga diri saya dipijak ketika bersamanya dulu. Memang dia ada kebaikan pada saya. Tapi selalunya kebahagiaan yang saya rasakan tak lama kerana dihancurkan oleh sikapnya juga. Dan saya tahu apa status dia sekarang. Sesudah makan, saya beriringan dengan Amri ke LRT. Si dia, berjalan jauh di hadapan. Mungkin tak nak bagi orang Nampak dia bersama saya kot. Biarlah, itu lebih baik. Saya tak kecil hatipun. Mungkin dia nak jaga sahamnya yang kononnya sedang melambung tinggi tu agar tidak terjejas. Kepada dia, saya doakan dia berubah kalau tidak tiada siapa yang mampu mengubah kehidupannya. Saya doakan agar dia menjadi seorang lelaki yang tahu menghargai perempuan yang benar-benar mencintainya. Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan. Tapi pada saya, cinta pertama saya bukan untuk diulangi melainkan takdir Allah begitu.