Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, June 23, 2016
Suara Di Arasy
Ya Allah,
Aku ini hambaMu yang hina. Berlumuran dosa tebal. Mungkin tidak layak Engkau pandang kerana Engkau Maha Suci. Tapi pada siapa lagi harusku gantungkan harapan selain daripadaMu Tuhan yang Maha Berkuasa? Maka aku hamba hina ini mengharapkan belas kasihanMu.
JanjiMu, Kau akan memakbulkan doa hambaMu. Meskipun doaku mungkin tidak terdengar di Arasy seperti suara Nabi Yunus dari dalam perut Ikan Nun, namun aku tahu Engkau Maha Mendengar. Dengarkanlah Ya Allah akan rintihan-rintihanku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment