Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, June 3, 2016
Bermalam Di Pejabat - Berbicara Dengan Awak
Awak,
Esok dan lusa, saya ada tandem cycling. So saya akan menginap di asrama untuk malam ni dan malam esok. Setiap kali ada tandem, saya mesti tidur kat sini sekarang. Sebab saya tak nak terkejar-kejar paginya. Kalau saya orang luar tak apalah, masalahnya saya kena pastikan segalanya beres. Kalau saya datang lambat tak sedaplah. Kalau awak ada di KL, mesti saya boleh tidur kat rumah sebab pagi-pagi awak yang akan hantar saya ke pejabat.
Awak,
Saya rindu kat awak. Saya rindu masa-masa awak dekat dengan saya. Saya rasa selamat, saya rasa ada pelindung yang akan melindungi saya bila-bila masa saya perlukan. Saya rindu nak keluar dengan awak, rindu nak makan dengan awak, rindu nak kena usik dengan awak, rindukan lawak awak, rindu segala-galanya tentang awak.
Awak,
Saya tak nak jauh dari awak. Saya nak selalu dekat dengan awak, selalu dengar suara awak, selalu dengar gelak tawa awak, selalu ditemani awak. Dulu kalau ada kerja, saya tak kisah nak balik pukul berapapun. Tapi sekarang, saya terbatas. Kena ikut masa LRT. Dulu, awak selalu temankan saya buat kerja walaupun saya dalam office awak dekat lobi.
Saya rindu sangat kat awak. Saya sayang awak. Mungkin awak tak faham perasaan saya. Mungkin awak tak mengerti perasaan saya. Saya tak tahu sama ada awak masih sayangkan saya atau tidak. Saya akan terus berdoa agar Allah memberi kebahagiaan kepada kita. Semoga bebanan perasaan yang menyiksakan yang saya alami selama enam bulan ni akan lenyap dengan keizinan Allah untuk saya bersama awak.
Insya-Allah, amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum. semoga awak terus tabah. selamat berpuas.
Waalaikummussalam. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Terima kasih kerana mendoakan ketabahan saya. Mohon doa awak berterusan untuk saya.
Post a Comment