Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, June 21, 2016
The Body Shop, Make up Remover
Sebenarnya dah lama saya guna make up remover dari jenis Seaweed ni jika saya tidak menggunakan remover dari SK-II. Saya sangat suka make up remover ni sebab terasa kebersihan dan kelicinan kulit setelah menggunakannya. Tidak semua make up remover sesuai dengan kulit saya.
Baru-baru ni, saya nak ulang beli produk ni. Katanya tengah tunggu new packaging dan tak tahu bila akan masuk pasaran. Habis macam mana? Takkan tak pakai make up remover? Muka saya sangat sensitif. Kalau tak pakai make up remover, maka akan segarlah tumbuhan di wajah saya. So salesgirl kat situ suggest saya beli Remover dari jenis Vitamin E. Nak tak nak saya belilah jugak. Melayang RM60.00 saya. Apa nak buat? Remover Sephora yang saya belipun tak boleh pakai. Tak sesuai.
Percubaan pertama saya memakainya dah buat kulit saya kurang elok. Ada bintik halus timbul tapi bukan jerawat. Tak maulah saya pakai. Selang beberapa hari saya cuba lagi. Masih perkara sama berlaku.
Semalam, sebelum berbuka puasa, saya bersama teman ke The Boddy Shop. Manalah tahu kot-kot si Rumpai Laut dah sampai. Memanglah dah sampai, pencucinya saja. Krim tu tak ada. Untuk kali kedua saya adukan masalah saya kepada salesgirl. Dia suggest saya ambil butter lupa pulak saya jenis apa. Saya minta sample tapi mereka kehabisan bekas sample. Menurutnya, Vitamin E yang saya beli tempoh hari boleh ditukar dengan butter tu. Alhamdulillah. Saya katakan padanya yang saya akan datang Jumaat nanti. Kenapa Jumaat? Sebab hari ni dan Khamis saya ada jemputan berbuka puasa di luar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment