Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, June 21, 2016
Musium Peribadi
Assalammualaikum readers,
Semoga anda semua sentiasa dilembutkan hati untuk merasai sifat kasih sayang Allah dan diberi kefahaman tentang agamanya.
Amin...
Sekiranya Allah takdirkan saya ini menjadi seorang yang kaya, saya memang teringin nak buat satu musium peribadi. Bukan untuk sesiapa. Yelah, takkan nak buka pada umum pulak, saya bukan Siti Nurhaliza atau pemimpin negara yang semua orang nak tengok barangan peribadi saya. Sekadar untuk menyimpan barang-barang kesayangan saya yang sudah tidak digunakan dan untuk saya sendiri tengok.
Sejujurnya, saya memang ada banyak barang yang saya simpan. Sama ada ia pemberian orang atau barang yang saya beli bersama orang-orang yang saya sayang. Antara barang yang saya simpan:
1. Sebentuk cincin suasa bertatah nilam pemberian arwah moyang perempuan saya ketika saya berusia 5-6 tahun dulu. - Dah tak boleh pakai sebab jari saya dah besar. Hehehe tapi bukan gemuk tau.
2. Anak patung yang bila dicabut putingnya dia akan menangis - sayapun tak ingat bila dan siapa yang memberi anak patung ini. Sebab masa tu saya terlalu kecil.
3. Sebuah anak patung yang boleh bercakap apabila ditekan pusatnya - pemberian mami waktu saya kecil pun tak ingat masa tu berapa umur saya.
4. Patung monyet yang duduk atas kerusi malas - hadiah hari jadi dari mama pun ketika saya kecil dulu.
5. Beberapa helai gaun kembang, handbag dan kasut tumit tinggi - pemberian mami sejak saya berusia empat tahun.
6. Dua pasang baju kurung - Baju raya pemberian mami sewaktu usia saya 13 tahun - masih muat dipakai.
7. Sepasang kebaya hijau - pemberian mami untuk hari raya tahun 1998.
8. Set tilam bayi - ketika saya baby dulu.
9. Jubah dan beg tangan - Pemberian arwah moyang perempuan yang dibeli dari Mekah pada tahun 1992.
10. Jam tangan - pemberian arwah moyang lelaki yang dibeli ketika umrah tahun 1990.
11. Sebuah walkman - pemberian abah ketika hari lahir saya ke 15.
12. Sebuah katil bayi pagar sekeliling buatan tukang kayu menggunakan kayu bermutu tinggi - Katil sewaktu saya baru dilahirkan dan masih elok serta boleh digunakan.
13. Seutas tasbih perak yang telah putus - pemberian kawan sewaktu di tingkatan enam yang saya masuk sekejap dulu.
14. Dua pasang baju kebaya - pemberian Cikgu Zanariah dan Cikgu Sakinah sewaktu tamat tingkatan lima - masih muat dipakai.
15. Sehelai sarung bantal kait dan ada corak ejaan nama saya hasil tangan Cikgu Salmah serta beberapa tupperware kecil - pemberian Cikgu Salmah.
16. Botol minyak wangi Salvatore Ferragamo Incanto Bloom - pemberian awak kerana saya berkelakuan baik.
17. Pet carrier yang telah rosak - saya beli bersama awak.
18. Selipar Croc yang sudah haus tapaknya - Pemberian awak tahun 2013.
19. Beberapa barangan lain yang rosak seperti handbag dan sebagainya - pemberian awak.
20. Bekas SK-ii - Pemberian awak.
21. Beberapa botol minyak wangi kegemaran saya.
22. Beberapa barang pemberian abah, mama, mami, arwah moyang sejak zaman kanak-kanak saya.
23. Beberapa barang pemberian rakan-rakan saya.
24. Beberapa keping kad raya dan surat yang saya terima sejak saya kecil.
25. Kotak pencel - pemberian pakcik saya ketika saya kecil dan belum masuk umur persekolahan masa tu.
26. Diari yang saya tulis sejak zaman persekolahan walaupun tak istiqamah hari-hari tulis.
Banyaklah kalau nak disenaraikan. Barang-barang yang visitors bagipun banyak waktu saya jadi PR. Kalau senarai sampai esokpun tak habis. Belum kira key chain yang sebalang tu lagi, beberapa buah tabung yang masih ada dan hilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment