Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Hari-hariku. Show all posts
Showing posts with label Hari-hariku. Show all posts
Friday, September 20, 2019
Kata Laluan
Assalammualaikum semua.
Salam sejahtera.
Dah lama tak update blog ni. Sampai lupa kata laluan. Hehehehe... Dahsyat betul.
Jenuhlah nak recover akaun ni. Jenuh jugaklah Amjat dan Kak Sha duk bacakan verification code untuk lupa kata laluan. Bukan main teruk tulisan codenya.
Entah kenapa kat Internet Explorer tak boleh on pulak yang listen tu.
Setelah gagal dengan Amjat dan Kak Sha, saya buka pulak Mozilla Firefox. OK, reader dia berfungsi. Tapi, Masya-Allah, jenuh saya nak mendengarnya. Memang payah nak dengar dan faham dia cakap apa. Kalau online banking ni, mesti dah kena gantung akaun saya.
Saya termenung di depan PC. Macam mana nak buat ni? Takkanlah saya gagal selamanya nak dapatkan blog kesayangan saya ni?
Allah bagi ilham untuk buka melalui phone.
Bila saya try nak tukar password, dia Tanya saya nak update tak dekat store password? Oh, maknanya, saya ada save password ni kat phonelah ya?
Saya segera tengok kat save password tu. Masalahnya itulah password yang saya gunakan tadi untuk sign in. Tapi dia keluar notis yang saya dah tukar password 42 hari lalu. Mungkin saya tukar guna laptop so saya tak update kat phone.
OK, kita try tukar kata laluan dengan phone. Alhamdulillah, Berjaya!
Sebab tulah saya boleh tulis blog sekarang ni. Hehehehe...
Banyak benda saya nak cerita. Bergantunglah pada masa dan mood.
Nanti sambung ya. Nak pergi jumpa kawan lama kejap. Nak lepak-lepak hiburkan hati. Hehehe... Malam ni kan malam Sabtu, balik lewat sikitpun OK. Semua program esok batal disebabkan jerebu. Almaklumlah, kita ni out door punya orang.
Wednesday, August 14, 2019
Cantik Macam Durian
Alkisahnya tengahari tadi saya pergilah membeli durian. Hari ni, ada peniaga durian yang berniaga kat car park ofis ni.
Kebetulan Udang Merah kegemaran saya ada dijual. RM20.00 1 KG dan berat durian saya 1.4 KG. So, harganya RM28.00. Berbaloilah berbanding sebiji Pizza durian RM40.00 yang tidak diketahui kuantiti durian sebanyak mana dan jenis durian apa yang digunakan.
Saya beli dan minta dia buka siap-siap. Dia letak dalam tupperware.
Lepas tu, Yon pulak nak beli. Dia ajak teman. So sekali lagi saya bertandang ke tempat jual durian. Ada sorang pakcik ni sedang enak menjamu selera Durian Musang King.
"Tinta nak rasa?" Tanya pakcik dan guard yang ada di situ kepada saya. Pucuk dicita ulam mendatang. "Nak," Jawab saya.
Yon: Kuningnya isi dia. Cantik.
Kebetulan saya berdiri di belakang Yon dan abang jual durian tu.
Abang Durian: Memang cantik. Macam adik kat belakang ni.
Saya malas nak layan dia cakap apa. Saya buat-buat tak dengar.
Yon: Apa?
Abang Durian: Cantik macam adik kat belakang ni.
Yon: Hayyooo... Dia kata durian tu cantik macam you, Tinta.
Saya terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Nanti karang orang kata perasan pulak.
Saya: Pengsan terus.
Abang Durian: Eh, apa pengsan pulak? Dah cantik. Bukan apapun.
Ada ke patut samakan saya dengan buah durian yang dia jual? Hehehehe... Memang nak kena ni.
Saya terus berpusing ke arah meja pakcik tadi dan mengambil durian yang diberikan bagi menamatkan perbualan isu cantik tersebut. Seganlah.
Guard: Tinta nak lagi?
Tanya guard yang kebetulan ada di situ setelah dilihatnya durian yang saya makan habis.
Pakcik empunya durian: Nak lagi, ambillah.
Hehehee... Cukuplah tu. Bagi betis nak paha pulak nanti. Mentang-mentang free. Dah namanya rasa. Seulas cukuplah. Kalau ikutkan hati, confirm nak lagi.
Orang rasa dulu baru beli. Ni beli dulu baru rasa. Dahlah beli Udang Merah, rasa Musang King. Melampau betul. Hahahaha...
Friday, August 9, 2019
Untuk Awak RM7.00 Sahaja
Assalammualaikum dan selamat malam semua.
Hari ni rajin nak menulis.
Dua tiga hari lepas, saya keluar makan dengan kawan-kawan. Kami memilih sebuah kedai mamak setelah kedai kegemaran kami tutup.
Masa Anei ambil order, saya macam kawan-kawan yang lain, orderlah.
Saya: Nasi putih sikit je, ayam kari, peria goring.
Lelaki: Siap.
Aik, orang lain yang ambil order, orang lain dari jauh yang jawab siap?
Saya minta air basuh tangan. Masa saya nak basuh tangan tu, saya Tanya anei, "Anei, mana air basuh?" Anei menunjukkan mangkuk air basuh dan siap tolong celupkan tangan saya. Amboi, tak payahlah tolong celupkan tangan saya pulak. Macamlah saya ni ngok sangat tak tahu nak basuh tangan sendiri. Saya cakap dalam bahasa rahsia kami. Kawan-kawan ketawa.
Setelah hidangan sampai, kami pun menjamu selera dengan enaknya.
Lepas cuci tangan, saya minta tisu dengan lelaki yang jawab siap tadi kebetulan dia lalu di tepi meja kami.
Saya: Abang, tisu.
Lelaki: Kejap. Bawa bertenang, saya ni single hari ni. Kerja single, hidup pun single. Nak kahwin, perempuan tak nak.
Saya: Motif bagi tahu hidup single tu? Siap bagi tahu nak kahwin perempuan tak nak?
Saya bercakap perlahan tetapi masih didengari oleh kawan-kawan yang duduk semeja. Gelak tawa berderai sesama kami.
Kak Sarah: Nak promot dirilah tu.
Kami ketawa lagi.
Usai semua orang makan, kami panggil dia minta kira. Dia ulang lagi hidup single tu. Apa kena dengan abang ni? Tebiat apa? Diapun datanglah kira harga makanan kami. Bila tiba part saya:
Saya: Air suam,
Lelaki: Air suam free.
Saya: Oh ye ke? Saya ingat kena bayar sebab tu saya cakap.
Lelaki: 95 pratus kedai mamak air suam kena bayar. Abang saya ni je yang bagi free. Apalah Haji Din ni.
Saya: Tak apalah. Murah rezeki dia. Saya makan nasi putih sikit, ayam kari dengan peria goring.
Lelaki: Untuk awak, RM7.00 sahaja.
Dia bercakap lembut, tidak seperti bercakap dengan kawan-kawan saya yang lain.
Saya: Yelah. Tisu tak sampai-sampai pun.
Geram pulak hati kita ni.
Ida: Oooo... Rupanya, dia promot tadi tu untuk akaklah.
Kak Sarah: Patutlah duk ulang hidup single. Promot kat Tinta rupanya.
Saya buat bodoh je. Malas nak layan kawan-kawan saya ni. Makin dilayan nanti makin menjadi pulak dia orang mengusik saya. Orang tu main-main jelah.
Sunday, July 28, 2019
Lama Menghilang
Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Ke mana menghilang?
Tak hilang pun. Ada je.
Cuma kebelakangan ni sibuk sikit. Nak tulis blog ni kena ada mood. Baru boleh cerita macam-macam. Betullah kata salah sorang reader blog ni, saya ni tak istiqamah. Kalau time rajin, dua tiga entri sehari tulis. Tapi kalau time malas, berminggu or berbulan tak ada entri.
Banyak je cerita nak tulis. Nantilah. Time free bolehlah tulis.
Insya-Allah, saya takkan hilang dari blog ni. Ini blog kesayangan saya yang wujud lebih 10 tahun lalu. Tapi kalau ada reader yang melampau sangat, mungkin saya akan letak password jelah kat blog ni. So, hanya reader yang di approve je yang boleh access to my blog.
Buat masa ni, walaupun saya tahu ada yang membawang lepas baca my blog, belum lagi sampai tahap nak letak password.
Biasalah, makcik dan pakcik bawang memang merata.
OK la, Aurora dah siap kot buat kerja. Saya nak mop rumah pulak.
Tuesday, February 5, 2019
Bermalas-malasan
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Dah lama tak update blog ni. Entahlah. Rasa malas. Sejak akhir-akhir ni, nak update Facebook pun malas.
Biasalah. Saya ni ada angin rajin dan malas kalau bab media sosial ni.
Oh ya, selamat tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang menyambutnya.
Korang buat apa hari ni?
Saya? Balik dari kampung semalam rasa penat dan mengantuk sangat.
So, tidur awal.
Pagi tadi, peram tidur lepas terjaga jam 5.20 pagi dikejutkan bunyi handphone. Mujur Subuh tak terlepas.
Lepas tu, macam dah OK. Tapiiii... Pagi-pagi lagi dah ada orang buat saya bad mood. So, tidurlah. Malas nak buat apa-apa. Apasal la pulak pagi-pagi macam ni nak cakap benda-benda yang saya tak suka? Pada hal dah tahu. Kalau saya tak tanya, tak payah cakap. Saya nak tahu tentang diri dia je. Pasal orang lain malas nak tahu.
Memang rasa serta-merta nak tidur dan-dan tu jugak. Tapi sabar jap. Dhuha dulu. Semoga reda kemarahan saya.
Lepas Duha, tanpa fikir panjang dan tunggu lama, saya naik katil balik dan berselimut. Biar seluruh bilik sejuk supaya saya cepat tidur dan lenyap semua yang saya rasa. So saya tidur bertemankan Chiko. Chiko memang suka join saya tidur.
Jam 10.00 saya dikejutkan dengan bunyi whatsapp. Saya dapat agak siapa yang hantar. Malas nak baca sebab saya tahu text dia akan membuatkan saya kecil hati. Jom kita jadikan hari ni, sebagai hari bercuti di resort. Saya capai phone dan terus buka Youtube. Dari satu video ke satu video saya tonton. Kan data dah 40GB, suka hatilah nak tengok berapa banyak video pun. Janji hati puas dan malas nak fikir apa-apa. Hati sakitkan?
12.11 saya buka text. Memang betul. Text yang buat saya kecil hati. Mujurlah mood dah beransur pulih. Saya baca sepintas lalu je. Tak payah bagi masuk dalam otak. Tapi ada jugak yang saya tangkap. Hish, apa sal la hantar text macam ni? Saya ni dah nak OK. Saja tak bagi saya OK kot. Dah hantar minta maaf dahlah. Saya just cakap apa yang saya nak luah. Tak yahlah hantar text terakhir ni. So, saya komen sikit jelah sebagai balasan. Kalau nak ikut marah, macam-macam saya boleh cakap. Nanti karang, kena tidur 100 tahun pulak. Tapi OK jugak kalau tidur 100 tahun, nanti ada putera raja datang cium. Lepas tu saya terjaga. Kemudian kahwin and happy ending. Bahagia ever after.
Mood makin OK tapi tak adalah OK sepenuhnya. Cukup sekadar saya tak sakitkan hati orang.
Saya tukar tempat pulak. Duduk atas kapet baru yang empuk sambil buka laptop. Mengembara di alam maya buat saya menambah ilmu. Lama-lama, bosan! Saya baring je atas kapet empuk ni. Tidur lagi. Rasa malas nak bangun. Sudahnya, 3.00 lebih, baru bangun solat Zuhur.
Lepas tu sambung baring atas kapet. Sambil-sambil tu sempat berangan sampai Madagascar dan Switzerland. Semoga suatu hari nanti, Allah izinkan saya untuk melawat dua tempat ni selain Mekah dan Madinah.
Macam biasalah, kalau saya marah atau mood tak baik. Selera makan mesti hilang. Tak rasa laparpun.
Saya baring dan duduk bermalas-malasan sampailah terasa mood makin OK. Solat Asar. Kemudian makan Limau Mendarin, biji gajus dan biskut. Kalau lapar, kita keluarlah malam ni pergi KL Sentral. Sorang pun, soranglah.
Hahahaha... Sekarang pun masih bermalasan tapi dengan mood yang dah baik. Seronok jugak bermalasan di rumah ni. Rasa macam bercuti di resort. Nak lagi best, buka aircon paling sejuk. Rasalah macam bercuti di negara sejuk.
Sunday, December 30, 2018
Almari Display Mesti Beli, Arahan Dari Mam Besar!
Assalammualaikum semua.
Salam Ahad.
Korang buat apa tu? Berehat ke?
Rasa bosan. search almari display tak jumpa-jumpa. Manalah Diana ni, nak teman saya pergi Ikea ke tidak ni? Year end ni selalu ada sales. Mummy semalam call saya dah bising-bising suruh saya beli almari display suruh letak dia punya periuk belanga tembaga yang dia bagi saya hari tu. Yelah, yelah, nanti along beli. Amboi, siap kirim duit suruh saya beli. Saya cakap dengan dia, simpan je duit dia tu untuk belanja dia. Dia kata dia banyak duit hahaha... yang penting, saya mesti beli almari tu dalam masa terdekat! Tak boleh tidak! Kalau tak beli, siap! Dia kata saya degil! Hahaha...
Katanya, kunjungan hormat dia sekali lagi ke teratak kecil saya ni, dia nak tengok almari tu dah tersergam indah kat ruang tamu saya bersama barang-barang perhiasan yang dia bagi.
Bulan lepas mummy mengotakan katanya dengan memberikan saya beberapa periuk, sudip, sudu, garfu diperbuat daripada tembaga kepunyaan keluarga kami turun-temurun. Periuk tu katanya berusia lebih 200 tahun milik arwah ibu kepada arwah moyang saya. Dulu-dulu ceritanya periuk tu digunakan untuk memasak harian.
Kata mummy, dalam banyak-banyak anak dan cucunya, dia percayakan saya. Dia nak bagi semua barang kesayangannya kepada saya. Katanya, dia nak bagi sedikit demi sedikit sebelum dia meninggal. Nanti kalau dia dah tak ada, orang lain tak tahu menilai sesuatu barang tu berharga atau tidak. Kata mummy lagi, dalam banyak-banyak cucunya, saya adalah cucu yang paling dekat di hatinya. Cucu sulung dan cucu yang diasuhnya bersama arwah moyang. Katanya saya memang ada tempat istimewa di hatinya menerusi panggilan telefon semalam. Daripada saya berkeras tak nak dia kirim duit untuk beli almari, saya mengalah. Saya bukan tak boleh beli almari tu. Tapi saya nak beli almari baju dulu. So mummy kata tak apa, dia yang nak bagi saya almari pameran berkaca tu. Siap suruh call dia kalau saya jumpa almari tu.
OK mummy, hamba yang menurut perintah. Tapi ia bergantung kepada kawan along boleh teman atau pun tidak. Sebab along bukan macam dulu lagi, anytime ada je orang teman along beli barang. Cakap je bila dan di mana mesti teman. Tapi last-last orang mengungkit, mi. Hahaha tapi tu dalam hati jelah.
Diana kata hari ni nak confirm balik. Kalau Diana tak boleh teman, kita tengoklah siapa boleh teman. Janganlah mummy call sebelum saya pergi beli. Kalau tak nanti, menanah telinga saya ni. Hehehehe... Mummy dan arwah chek, dua wanita yang selalu buat saya lembut hati dan kalah. Yelah, pengasuh kita dari kecilkan? So, dia tahu macam mana nak patahkan kedegilan kita. Tapiiii... Ada ketikanya, dorang pulak akan kalah dengan saya. Saya pun kalau saya nakkan sesuatu, saya tahu jugak macam mana nak pujuk dia orang. Hehehehe...
Saturday, December 29, 2018
Seperti Selalu
Tadi pergi kenduri kawan kahwin. Masa saya lintas jalan depan Public Bank, ada seseorang sentuh bahu saya dan cakap "Cantik awak hari ni," Rupanya Kak Nisa kedai Mahmud.
Mata manusia ni pelik jugakkan? Rasanya saya ni pakai seperti selalu tak ada bezanya sebab saya pakai baju dan tudung yang selalu saya pakai pergi ofis. Tak payah nak melawa sangat. Kenduri pun dekat kafeteria office saya je. Mekap pulak, mekap ala kadar je. Mekap bukan mekap pejabat. Just pakai foundation, bedak, blusher dan lipstik. Eye brow, Eye liner dan eye shadow tak ada. Malas! Nak kata dia tak pernah tengok saya mekap, ada je hari kerja saya pergi kedai dia. Hmmm... Tak apalah. Terima kasih Allah atas kurniaan ni. Dan saya mohon indahkanlah budi bahasa serta akhlakku sepertimana Kau indahkan paras rupaku. Dan indahkanlah paras rupaku, agar senang hati orang yang melihatnya. Korang amalkanlah doa ni setiap kali korang berhias atau pakai bedak.
Hmmm... Kalau dah namanya kenduri kahwin, saya pasti tak lepas dari dihujani soalan, "Tinta bila lagi?", "Awak bila pulak?", "Nak rasa nasi minyak Tinta pulak," OK, jawapan saya seperti selalu jugak, "Insya-Allah, doakanlah. Doalah, supaya Allah bagi saya jodoh yang baik. Nanti kahwinlah saya," Nak cakap apa lagi? Bukan kita tahu jodoh kita kan? Dia orang ni pun macam tak ada soalan lain nak tanya. Tanya yang saya sendiripun tak ada jawapan.
Wednesday, December 19, 2018
Insan Yang Ingin Mengenalimu
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Korang selalu tak dapat call or text dari nombor yang tak dikenali?
OK. Hari ni saya dapat text dari nombor yang tidak dikenali. Tapi bagi saya itu normal. Sebab saya bekerja dengan public. So, saya tak fikir lain bila nombor tak dikenali naik kat phone saya.
'Assalammualaikum Tinta Emas,'
'Waalaikummussalam. Maff, siapa ni?' Tanya saya seperti lazimnya menerima text dari orang yang tak dikenali or nombor asing.
'Insan yang ingin mengenalimu' Hamboi, ayat kau kan? Memang tak ingat. Jiwang karat ke apa ni?
'Ye ke? Siapa?' Nak tahu jugaklah kan, siapa empunya gerangan dan dari mana dapat nombor saya?
'Semalam, saya ada bergurau dengan awak,'
Eh, biar betul! Siapa? Saya ni memang peramah. Siapa sembang dengan saya, saya sembanglah. Kalau orang bergurau, saya guraulah. Takkan nak buat bodoh je kot? Tapi tak ada maksud lain. Cuma melayan tetamu or client sebaik mungkin. Tapi tak ada bagi nombor kat sesiapa pun semalam.
Biarlah. Abaikan. Bukan sombong. Cuma malas nak layan kalau merapu.
Sunday, December 9, 2018
Mood Yang Melayang
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Malas nak berbasa-basi. Korang tengok tajuk pun dah tahukan keadaan saya macam mana? Mesti korang dapat agak perasaan saya masa ni.
Actually I was very happy yesterday membawa ke malam tadi. Tambah lagi bila Suzi datang tidur rumah saya. Adalah teman berbual, bergurau dan gaduh-gaduh manja. Sempat minta dia urut saya malam tadi. Macam biasa, bila jumpa sembang-sembang, gosip dan membawang, usik-mengusik dan semestinya kami tak berhenti ketawa. Tak dia usik saya, saya usik dia.
Tidur pun sekatil. Minah ni demand sikit sibuk nak tidur tepi dinding. Dahlah saya ni kecik, dia tu besar. Disuruhnya tidur bahagian luar. Wah, siap claim tepi dinding tu tempat dia. Hehehe... Sembang punya sembang, lewat malam baru tidur.
Tapi tidur saya sering diganggu Suzi. Dia suka limpas sempadan tempat saya sampai saya nak jatuh katil. Melampau minah ni. Dia sedar tak yang kami tidur ni katil bujang? Dia ingat dia tidur katil king size agaknya. Entah berapa kali saya kejut dia.
Saya: Suzi, sanalah sikit. Aku nak jatuh dah ni.
Suzi: Hmmmm...
Sambil dia rapat ke dinding.
Sudahnya, dua-dua tak boleh tidur. Lepas Subuh, kami sambung sembang. Pagi-pagi buta kami dah bergelak-ketawa.
Dan Suzi tinggalkan saya jam 9.30 pagi untuk pergi kerja. Maka kesepianlah saya duduk seorang diri. Masa tu mood baik lagi.
Tiba-tiba ada seseorang cakap something dengan saya. Puuuuuuu... Terus mood saya melayang entah ke mana. Tak sempat nak kejar. Tangkap apa lagi.
Saya tahu, bukan niat dia nak buat saya bad mood. Tapi entahlah. Sayapun tak tahu kenapa dengan saya? Memang ayat tu buat saya hilang semangat. Dari saya elok-elok nak tanya pasal sakit dia, terus tak jadi! Sudahnya, mood saya tak pulih-pulih sampai malam ni. Sampai saat saya tulis entri ni. Saya terasa hati dengan ayat tu. Dan terasa tu buat saya berjauh hati. Memang jenis saya, bila saya rasa berjauh hati dan sedih, saya takkan banyak cakap. Saya akan mendiamkan diri. Tapi bila saya mendiamkan diri sebenarnya itu petanda tidak baik. Sebab rajuk saya akan lama. Marah? Saya tak marahpun.
Cuma, antara jauh hati dan marah, lebih baik saya marah dan saya cakap. Sebab bila saya cakap atau saya luahkan apa saya rasa tak kiralah orang nak anggap saya membebel or what so ever, marah tu takkan lama. Saya akan pulih segera.
Kalau saya diam, lambatlah saya nak pulih. Nak-naknya kalau dibiarkan. Kalau dipujuk tu adalah ampun sikit.
Thursday, October 11, 2018
Email Saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hahaha... Akhirnya, habis semua email yang tak baca dah dibaca dan di 'delete'. Barulah tak semak tengok email 'no unread mail'. Puas hati rasanya. Harap lepas ni perangai malas baca email tu dah tak datang hehehehe...
So, setiap email sampai please read Tinta. Begitu jugak dengan whatsapp. Tak tahulah mana datangnya penyakit malas baca email dan whatsapp ni. So korang, kalau saya tak balas whatsapp tu, sila call OK.
Tuesday, October 9, 2018
Dia Tahu Ke?
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
You know what? Email saya ada berates. Kalau email tak penting tu selalunya saya abaikan je. Tak baca pun. Entah angina apa datang, saya rasa semak pulak tengok angka ratus kat ikon email kat phone tu. So, saya pun memulakan kerja mendelete dan membaca email. Email tahun 2014 pun ada yang belum baca. Dahsyat betul! Dahlah tu, saya ni ada beberapa email. Mana tak sampai beratus? Pernah sampai seribu lebih pun email saya. Email ICloud, email yahoo ada dua, email gmail ada tiga, email office. Tu pun email Hotmail saya dah lupa passwordnya. Email yahoo yang satu lagi pun saya tak ingat. Kalau ingat tak tahulah. Tapi, dua email je saya bagi kat orang. Email yahoo dan email pejabat. Sebab dua email ni menggunakan nama saya. So proper la kalau nak bagi orang untuk urusan rasmi pun. Yang lain-lain tu, entah apa-apa saya subscribe. Ada email untuk akaun youtube saya, email untuk main game online, email booking.com, email macam-macam lagilah. Tapi saya tak bagi orang yang lain tu. Susah pulak nak kena buka banyak email kalau berurusan. Email paling banyak adalah email yahoo saya yang saya selalu aktif tu. Dia je dah beratus email.
Bila buat kerja mendelete ni terjumpalah pulak email notification Facebook si dia. Hadoi, berpuluh pulak tu. Terpaksalah menanggung sakit hati ni untuk men delete.
Oh ya, dua minggu lepas, saya menganjurkan satu bengkel. Dalam ucapan penutup tuan presiden, presiden ada cakap saya dulu pernah down. Apa maksud down di situ ya? Presiden tahu ke zaman kejatuhan dan kesengsaraan saya dulu tu? Ke down yang dimaksudkan tu down lain yang tak pernah saya rasa? Ke down apa?
Hahaha... Tinggal tanda Tanya.
Wednesday, August 22, 2018
Google Books
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!
Best ke korang beraya hari ni?
Saya? Rasa macam cuti biasa je.
Rasa macam bercuti kat resort pun ada. Apa taknya, cuti betul-betul berehat.
Malam tadi makan nasi, so lepas Isyak terus tertidur walaupun sedaya-upaya tahan untuk tak tidur. Bangun kejap baca novel, tidur balik. Subuh pun terlepas. Lepas tu bangun basuh baju, jemur baju, lipat baju, kemas dapur kejap, tidur balik sampai jam 5.52. Begitulah dahsyatnya penangan nasi kepada saya.
Masa makan memang best. Almaklumlah, orang Melayu, jarang-jarang dapat nasi, lepas tu siaplah. Rasanya kalau saya sakit, tak perlu makan ubat tahan sakit or ubat tidur, makan nasi, terus tidur.
OKlah, bercakap pasal Google Books ni, saya baru berjinak dengan dia.
Dah lama sebenarnya bila saya search something kat google, saya tengok ada suggestion tajuk dan Google Books Result kat belakang tu.
Dua minggu lepas, bosan punya pasal, saya klik la kat tajuk Dia Menantu Rahsia Google Books Result. Alamak, baca sinopsis macam menarik. Saya pun apa lagi, try explore. Dia suruh saya sign in, kebetulan dah ada account google, saya sign in jelah. Lepas tu ada pilihan untuk beli E-Books, saya try tekan. Waaa... Dia minta detail pembayaran. Setelah memasukkan detail saya confirm. Yay!!! Saya dah beli buku tu. Seronoknyaaaaa... Saya baca tak ingat dunia. Dah habis tu, saya cari buku Bagaimana Menjadi Ginious Seperti Leonardo Davinci? Buku ni saya pernah jumpa kat library UiTM mada belajar dulu. Laaa... Tak ada E-books pulak.
Takkanlah semua novel je dia jual? Saya nak jadi bijak ni hahahahaha... So mana buku ilmiah lain saya nak baca?
Gagal ditemui, saya pilih untuk beli Novel Curahan Cinta Niagara. Sebenarnya saya tertarik pada tajuk novel ni. Niagara Falls la tu. Mesti cerita luar negara ni. Saya memang suka baca pasal negara orang. So saya berangan nak ke sana pulak.
Curahan Cinta Niagara baru habis baca malam tadi. So nak baca cerita apa pulak eh?
Jap lagi kita search.
Best jugak hidup sorang ni kan? Boleh suka-suka nak tidur, nak baca buku, nak search internet, nak menulis, nak buat kerja rumah, nak main Chiko, semuanya ikut kepala saya sendiri hahahaha...
Monday, May 14, 2018
Kamus Online
Since saya kat PR, ada yang Tanya kat saya, kamus online apa yang saya gunakan untuk translate artikal? Maklumlah, masa kat PR Department dulu, saya banyak buat kerja-kerja translate ni terutamanya translate dari English to Malay.
So saya nak share dengan pembaca, ada empat kamus yang saya gunakan untuk kerja-kerja translate. Sampai sekarang, kalau translate, orang cari saya. Maka bermanfaatlah ilmu Terjemahan yang Datin Noraini ajar saya masa kat UiTM dulu. Semoga setiap ilmu yang saya gunakan ni diberi ganjaran pahala berlipat ganda kepada Datin kesayangan saya tu.
1. Kamus Lamanmini.com:
http://kamus.lamanmini.com
2. Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:
http://prpm.dbp.gov.my
3. Tesaurus yang sedia ada dalam Microsoft word (Tapi yang ni English to English)
4. Dictionary apps yang banyak dalam play store dan Apps Store. Tapi saya suka gunakan dictionary yang dikenali sebagai Malay Dict. Sangat mudah dan accessible.
Masa saya belajar dulu, puas saya cari kamus online. Tak jumpa-jumpa. Dahlah UiTM tu banyak subjek belajar dalam Bahasa Inggeris. Terpaksalah minta tolong kawan tengokkan kamus. Masa tu syukur saya ada dictionary yang boleh search dengan type. Dia guna bateri. Saya beli dari kawan, kira second hand la. Tapi tak berapa accessible untuk Malay sebab dia tak baca. Harga sebenar RM1,000.00 lebih tapi dia jual kat saya RM500.00. Betapa happy nya saya bila dapat kamus tu. Kawan-kawan saya pun suka. Senang nak cari perkataan.
Masa mula-mula jadi PR dulu, boss suruh saya translate dokumen English to Malay. Termenung jugaklah saya nak buat. Sebab perkataan yang digunakan perkataan yang tinggi dan tak selalu kita dengar. Nak nangis saya dibuatnya. Yelah, budak baru. Boss nak cepat. Takut tak siap kerja. Sayapun try search kat google. Saya tak suka guna google translate, susah bagi saya. Lagipun, kena edit balik artikal yang dah translate tu. Nak search pun susah sebab tak accessible. So saya terjumpa Kamus Laman Mini. Ada certain time tu tak boleh guna pulak kamus tu sebab dia dalam kemaskini. Tapi bila dia dah kemaskini, Alhamdulillah. Saya sangat happy untuk buat kerja. So, sampai sekarang, keempat-empat kamus ni saja yang saya gunakan.
Paling saya happy, masa baru-baru pakai iPhone dulu. Bila search kat Apps Store, berlambak kamus keluar. Seronoknya bukan kepalang! Rasa nak lompat-lompat macam monyet hahahaha... Lagipun saya suka baca novel English. So tahu jelah, novel dia orang kan perkataan dia tinggi. Saya dapatlah baca novel dengan seronok dan faham. Sekarang je tak ada masa sangat baca novel. Novel Melayu pun tak ada masa apa lagi English? Nak kena tengok kamus bagai. Dengar BBC je la or Youtube. So Malay Dict adalah apps wajib ada dalam phone saya.
Korang try la guna kamus-kamus ni. Mesti korang enjoy reading English.
Nanti kalau rajin, kat rumah saya update lagi. Nak balik dah ni.
Bye korang.
Monday, May 7, 2018
Air Untuk Adik
Assalammualaikum dan selamat malam semua.
Sakit kaki berlari kejar flight Sabtu lalupun tak habis lagi. Malaslah nak cerita pasal tu malam ni. Nanti-nanti kita cerita eh?
Masa mula-mula saya masuk Air Asia Flight AK5015 boun for Kuala Lumpur petang tadi, seperti biasa letak barang kat overhead compactment. Sementara menanti other passengers boarding, saya duduklah kat my seat, 1C. Duk depan hari ni. Seat 7E saya telah ditukar ke 1C. Bagus! Saya suka sangat sebab seat depan sekali ni luas so saya tak perlu bangun bila passenger lain nak masuk ke dalam iaitu ke window seat and the center seat.
Tiba-tiba seorang pramugara menghampiri saya. Dia memberikan saya mineral water dalam cup.
Pramugara: Ni air untuk adik.
Saya: Terima kasih.
(Dapat air mineral paling kecik free dalam Air Asia ni pun dah kira beruntung tau. Semua benda Air Asia ni nak charge kan.)
Pramugara: Sama-sama. Kalau ada apa-apa, panggil saya ya. Saya kat depan ni je.
Saya senyum dan balas OK.
Adik eh? Nanti kita jumpa dalam kelas eh? Baru awak tahu saya adik ke tidak hahahahahaha...
Mungkin dia panggil saya adik kerana hari ni saya kenakan black Hard Rock Cafe T-shirt bersama jeans.
Sebenarnya ramai yang cakap kalau saya menggayakan t-shirt dan jeans, saya nampak macam budak-budak. Kalau saya pakai t-shirt dan track suit lagi macam budak-budak. Dulu my first X pernah cakap "Iiii... Awak ni kalau pakai macam ni (t-shirt dan track suit) macam budak-budaklah," Bengang betul saya dengar dia cakap gitu. Macamlah saya ni budak hingusan. Lebih melampau bila dia cakap saya macam budak tingkatan 3 sambil gelak-gelakkan saya. Dia ingat, dia tu handsome sangat?
En. Pramugara tadi memang dari awal saya boarding dan simpan barang... Saya minta assistant tunjuk kat saya mana dia letak beg saya. En. Pramugara agaknya memang perhatikan kami kot then dia tiba-tiba je menghampiri kami dan cakap "Tak apa. Nanti saya tolong turunkan. Kalau nak apa-apa, panggil je. Kami ada kat sini je," Terima kasih atas keprihatinan En. Pramugara. Takut jugak kalau minta naikkan atau turunkan beg jadi isu macam Ainan Taslim. Hahahaha... Tak naklah kita jadi hangat kat Instagram or Facebook.
Cabin crew team hari ni memang baik. Pramugara siap bawa saya keluar flight manakala Mr. Pilot pulak uruskan tentang assistant saya yang tak ada mungkin kerana kecuaian staff Kota Kinabalu Airport yang tak buat assistant request for me. Lepas tu berkali-kali pramugara datang jumpa saya minta saya tunggu sekejap dan mohon maaf atas kecuaian kakitangan mereka. So, tak adalah panas sangat hati kita kan bila mereka ni tahu respect passenger yang dah belanja beli tiket dia orang. Kalau dia orang bikin panas, saya call je Mr. Mariappan, manager yang in charge ground staff ni. Ketua pramugara bernama Amran yang selalu bercakap dengan saya seawal saya boarding bersama dua pramugara dan seorang pramugarinya pendek kata satu team tu tunggu saya sampai assistant datang dan kami saling bye bye mem'bye bye'. Saya selang-selikan dengan ucapan terima kasih dan mereka pulak mengatakan "Jumpa lagi,".
Terima kasih penerbangan Air Asia Berhad dengan cabin crew yang sangat baik dan prihatin.
Kalau tak jumpa on board, kita jumpa dalam kelas tau. Hahahaha...
Friday, April 27, 2018
Kenapa Saya Yang Kena Hadap?
Assalammualaikum readers,
Selamat tengahari.
Korang dah makan? Saya tunggu kawan balik beli makanan. Tunggu chicken chop yang best dan Subway set untuk makan malam. So hari ni tak payah la saya pening-pening fikir nak cari makan malam.
Masa on the way ke office pagi tadi, saya terserempak dengan penjaga site kontraktor yang buat siar kaki bahagian Public Bank dan rangkaiannya. Saya bagi tahu dia tentang persetujuan DBKL yang dinyatakan dalam mesyuarat tempoh hari. Saya rasa bengang sebab semalam, ada blind yang sesat kat tempat tu hamper dua jam. Mana assistant yang dijanjikan tu? Macam biskut pulak ya kejap ada kejap tak ada.
So, dia pun ajak saya minum untuk membincangkan hal tu. OK, saya setuju sebab saya nak dengar alas an dari kontraktor sendiri kenapa tak boleh sediakan assistant macam yang telah dipersetujui?
Kebetulan masa tu dah dekat 8.30 pagi sebab saya bangun lewat hari ni lantaran kesukaran untuk tidur selepas membeli-belah di Lazada jam 3 pagi tadi dan update blog ni.
Kami minum di salah sebuah kedai mamak berdekatan office saya. I call my assistant, bagi tahu yang saya ada perbincangan dengan wakil kontraktor tersebut.
Lepas order minum, saya nyatakan permasalahan yang berlaku sekarang di sekitar projek berkenaan. Katanya, untuk assistant sampai jam 11.00 malam tak sampai kat dia. OK, setelah saya jelaskan, dia bersetuju untuk beritahu boss dia tentang hal ni.
Lepas tu, dia tukar topic, Tanya tentang saya. Masa mula-mula tadi dah Tanya, saya ni cik ke puan? Normallah tu, baru jumpa, kenalah tahu kan. Lagipun saya memang tak suka orang panggil saya puan. So, I told him, I'm a miss.
Paling tak best,soalan tu diulang sekali lagi. Lepas tu dia mula bercerita pasal diri dia yang lapan tahun kematian isteri dan mempunyai seorang anak yang dia bawa bersama. Oh my god! Saya ni nak bincang pasal kerja, bukan nak dengar luahan peribadi orang. Kot ya pun nak bercerita, agak-agaklah. Saya luangkan masa saya yang tak berapa nak ada ni untuk bincang pasal masalah blind kat sini. Bukan nak dengar cerita awak tu bersedia nak kahwin dengan blind. Ya Allah, menyesal terima pelawaan ni. Saya tak ada masa la untuk benda-benda ni. Bukan sombong tapi I feel something wrong, sebab saya tak kenal dia pun. Apa hal berulang kali cakap dia terima kalau jodoh dia blind? Terima seadanya katanya. Saya ni ada meeting dengan pihak luar kejap lagi. Tolonglah, saya nak cepat. Saya terima pelawaan ni pun sebab masalah accessibility je. Tak lebih dari tu. Serius saya tak suka.
Saya mula resah di tempat duduk. Beberapa kali saya melihat jam bagi memberi isyarat kepadanya yang saya dah lewat dah harus pergi sekarang. Tapi dia ni macam tak faham. Akhirnya, saya cakap, saya kena pergi sekarang. Silap saya sebab bagi name card kononnya nak update saya pasal hal yang dibincangkan. So, cakap pasal kerja, saya balas. Kalau luar topic kerja, minta maaflah. Ingat saya ni apa? Senang-senang nak rapat dengan orang? Semua boy friend saya pun ambil masa nak kenal saya dan nak rapat dengan saya. Saya tak suka lelaki yang macam ni. Maaflah, saya bukan sombong, tapi itulah pendirian saya. Lagipun saya tak berkenan dengan pembawakan diri dia. Mencurigakan.
Saya penatlah, saya penat nak layan semua ni. Kalau nak berjodoh dengan blind, saya doakan awak dapat blind yang baik.
Stress!!!!!!!!!!!!
Tuesday, April 24, 2018
Over Excited
Assalammualaikum dan selamat malam semua.
Sedang bersantai ke? Ke tengah kerja?
#Buatpengetahuanseseorang
#kamisedangberehatdirumah
#tulisblogataskatil
Hahahaha... Bengang tak?
Saya dah mula naik turun tangga rumah ni sebelum angah kahwin lagi. Berhenti balik kampung. So hari ni mula balik.
Antara yang jadi semangat tu sebab semalam kawan yang dulu kerja di office saya datang office.
Minah ni jual korset Premium Beauty. Asyik promot je kat saya. Memang tak la nak beli set gurdile sampai RM2300. Baik saya renovate tingkap rumah.
Memang sejak akhir-akhir ni badan saya naik sikit. Mungkin sebab dah lama tak bersukan. Tapi saya still pakai baju saiz S. Dia jumpa saya, mulutnya macam murai berkicau. Asyik cakap saya gemuk. Siap kata, antara saya dan sorang lagi kawan kami, dia rasa dialah paling kurus antara kami. OK, bagilah chance. Orang tak pernah kurus macam saya so sekali susut sikit bukan main excitedlah kan? Sebenarnya mungkin tu salah satu promotion nak jual gurdile dia. Saya tetap dengan pendirian saya, takkan beli korset harga ribu-riban tu. Ya, saya penggemar gurdile dan memang pakai gurdile hari-hari sejak tahun 2013 dulu. Tapi gurdile saya takat ratus je la. Tak pernah try Elken, Premium Beauty, Kosway dan seumpama dengannya. Mahal sangat. Memanglah waranti seumur hidup tapi tidak untuk masa sekarang.
Kesimpulan daripada saya memakai gurdile selama lima tahun ialah:
Gurdile bukan untuk menguruskan tubuh jauh sekali membakar lemak. Ia hanya sekadar mengalihkan lemak ke tempat lain mengikut lilitan gurdile tersebut. Pada mulanya, saya sangka ini sekadar tiori saya tetapi hari ni saya terbaca blog Kevin Zahari seorang instruktur senaman dan pakar untuk kurus mengatakan hal demikian. Setiap apa yang saya lakukan terhadap tubuh saya pasti akan saya perhatikan perkembangannya. Saya pakai gurdile sekadar untuk membentuk tubuh saya dan ianya berhasil walaupun sekadar memakai gurdile Skiva yang harganya hanya ratusan ringgit.
Kenyataan kawan saya yang dia takkan gemuk kerana memakai Premium Beauty hanyalah sekadar retorik. Lama-kelamaan pasti dia akan merasai apa yang saya katakan ini.
Cara yang paling berkesan untuk kurus tiada jalan pintas. Senaman dan jaga pemakanan itu yang paling penting. Ini juga telah terbukti dalam hidup saya di mana saya menjaga makan dengan sebaiknya dari segi kuantiti, kurangkan manis, tanpa nasi, tanpa ais, itu sebenarnya akan menguruskan kita dan mengurangkan berat badan kita. Tambah dengan senaman kalau berenang, lagi cepat memberi kesan.
So, apa yang menyebabkan badan saya sedikit naik?
1. Tiada senaman - ini faktor paling utama sebab saya masih kurang pengambilan nasi dalam diet saya. Sejak kaki berjahit tahun lepas, saya belum mula kelas renang dan baru sekali bertandem itu pun sekadar 13 KM je.
2. Tiada kawalan terhadap ais - yelah, asyik minum blended, ais dan Chatime je. Padan muka.
3. Makan coklat - sejak akhir-akhir ni jugak saya banyak makan coklat. Musim gila coklat.
4. Makan makanan bergoreng - asyik makan mihun goreng je. Hambek kau!
5. Kurang sayur, buah-buahan dan air putih - Ikutkan sangat rasa malas minum air tu. Rasakan. Sayur dan buah pun malas nak cari. Malas je kerjanya.
6. Gastrik - Salah satu makan saya kurang berjaga sebab gastrik. So, masa tu saya ambil nasi beberapa kali seminggu untuk elak sakit yang menggila tahun lepas. Hahaha gastrik perasaan. Lepas saya move on dari si dia yang tinggalkan saya, alhamdulillah, gastrik pun hilang walaupun saya makan lewat, tiada sakitnya.
Keadaan diburukkan lagi bila makan nasi beberapa kali seminggu masa kat kampung hari tu. Lagi tak ada aktiviti fizikal duk kampung hari tu.
Saya tak target banyak, nak turun ke 50 KG je. Berat ideal saya sebelum dirundung duka dua tahun lepas. Tak adalah sampai nak 45 KG sangat macam waktu tu. Tapi kalau dapat alhamdulillah. Lagilah saya suka.
Mujur saya sedar cepat. Dan mujur saya masih pakai T-shirt saiz S. Bermakna, tak banyak sangat tubuh saya naik. So insya-Allah kalau istiqamah cepatlah turun berat ni. Saya akan buktikan pada kawan saya, yang saya boleh turun tubuh saya ni dengan senaman dan pemakanan. Saya tak nak kaitkan kurus saya dengan gurdile sebab ternyata senaman dan pemakanan tu menjadikan saya kurus seperti tahun 2014 dulu.
Tapi saya tetap akan beli gurdile bagi menggantikan gurdile saya yang dah lama ni. Saya jumpa gurdile Premium Beauty kat Lazada harganya cuma ratusan ringgit. Bolehlah try nanti.
Over excited nak bersenam, pukul 5 cabut dari office. Kan dah bawa balik kasut sukan lain sebelah. Hahahahahahahahahahaha...
Saya perasan bila lepas buat regangan dan nak pakai kasut untuk turun naik tangga. Memang tak sedap pakai. Tinggi sebelah. Ah, peduli apa saya. Kalau saya dah kata nak buat, hentam jelah. Bukan ada orang tengokpun. Saya naik turun tak jumpapun orang naik turun. Tapi bila ada yang tak kena, ada pulak yang nak menyapa.
Orang: Akak, akak naik sampai tingkat 13 ke?
Saya: Ya.
Orang: Nak buat jugaklah. Betul ke akak sampai atas?
Saya: Betul. Ni dah habis dah. Jomlah join. Ada kawan best.
Saya terus berjalan laju balik ke rumah. Takut dia perasaan kasut saya yang lain sebelah ni hahahahaha... Dahlah satu bahagian luar warna purple satu lagi warna pink. Mujur kedua-duanya campur warna hitam.
Maka selesailah naik turun tangga hari ni. Satu round je. Kan baru nak mula balik. Esok lusa naik sikit bilangannya. Senaman pun kena sikit-sikit dan stept by stept, tak boleh main hentam je. Bahaya. Saya sudahi dengan regangan juga dan sit up.
Penimbang berat badan akan menjadi sahabat akrab saya.
OK la. ngantuklah. Nak tidur dulu.
Bye, bye.
Thursday, April 5, 2018
Rindu Perfume
Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Buat apa tu?
Kerja ke?
Saya baru selesai berbengkel tiga hari. Malaslah nak cerita pasal bengkel tu.
Nak cerita pasal perfume.
Ada orang Tanya saya:
Orang: Rindu I ke?
Saya: Tak.
Orang: Ah you rindu perfume je.
Saya: Memang pun.
Hahahahaha... Kejam tak jawapan? Saya memang sangat sukakan perfume. Dan hari ni, saya minta dia belikan saya Sunflowers 100 ML by Elizabeth Arden dan Live Luxe by Jennifer Lopez juga 100 ML. Kedua-duanya berharga 19.99 setiap satu. Darab je dengan tiga. Campur penghantaran ke rumah dia baru RM152.00. OK. Kita stop untuk bulan ni. Bulan depan kita beli yang tinggi sikit harganya tapi beli sebotol je. OK tak? OK.
Yang best tu, Sunflowers didatangkan dengan set iaitu selain dari perfume 100 ML, saya akan dapat EDT perfume, cleanser dan lotion Sunflowers.
Meow dan Mediterannean dah pun selamat tiba ke tangan kawan saya.
Yang tak kunjung tiba hanyalah jam tangan saya. Lambat betullah. Kenapa lama sangat dia kat airport hah? Stress betul saya. Ingat nak pakai jam tu masa majlis kahwin angah nanti. Harap sampailah ke tangan saya esok. Dari 2 April kot dia sampai kat KLIA.
Wednesday, April 4, 2018
Release Tention Bersama Perfume
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Malam ni saya rasa tak ada mood. Malas nak layan orang-orang yang nak bercakap pasal kerja dengan saya. So, saya malas nak jawab call siapa-siapa yang nak tanya pasal akses ke, sukan ke, basikal ke, apa ke. Pleaselah. Saya letih dan tak ada mood.
So, tak payah buka whatsapp dulu untuk dua jam ni. Nanti kalau nampak saya online, dia orang whatsapp pulak.
Saya tak ada mood, malas cakap pasal kerja.
Kenapa saya tak ada mood? Sebab hari ni kasut saya basah kena hujan. Saya sampai kat Ara Damansara je hujan turun. Sedihnya saya rasa. Bukan tak bersyukur Allah bagi hujan. Tapi kasut baru saya tu nanti cepat rosak. Saya sukakan kasut tu. Hari tu dah rosak dah satu kasut yang saya suka. Kasut yang lembut, tak ada tapak dan sangat selesa bila berjalan. Sekarangkan saya dah pakai kasut dah pergi dan balik kerja. Nak jaga kulit kaki saya. Sejak saya pakai kasut ni, dia dah tak kering dan menggelupas macam dulu. Kalaulah dari dulu saya ikut cakap Aqilah, mesti kaki saya OK kan?
So, untuk redakan mood yang kurang baik ni, saya nak pergi search perfume yang saya nak. Nak tengok berapa dolar. Kalau OK dengan budget, saya nak beli.
Bye bye semua.
Sunday, April 1, 2018
Semangat Perfume Bangkit Kembali
Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Semua kerja dah selesai so, saya merayau-rayaulah di alam maya ni. Hahahaha memandangkan semangat perfume saya bangkit kembali, saya banyak baca pasal perfume la. OK, perfume idaman seterusnya adalah White Rose dari Floris Paris. Apabila saya melihat campurannya, insya-Allah, saya rasa saya akan jatuh hati dengan perfume ni. Paling penting, saya nak jadikan dia sebagai koleksi kerana perfume ni adalah perfume yang dipakai Ratu Elizabeth sewaktu majlis perkahwinannya 71 tahun lalu iaitu pada tahun 1947. Campuran mawar putih, melati, Iris, Carnation ungu dan anyelir ini pastinya wangi dan segar. Perfume campuran rose adalah antara perfume tangga teratas yang saya gemari seperti Diva Rose dari Emanuel Ungaro dan Incanto Bloom dari Salvatore Ferragamo. Bau-bau ini juga menjadi sebatian yang baik dengan tubuh saya. Ianya terbau kuat meskipun dengan semburan yang sedikit dan kekal lama pada diri saya. Tadi saya dah survey harga White Rose ni kat satu web kalau tak silap Amazon. Murah pulak harganya. RM325 ditukarkan ke RM dan diskaun dapat RM264 kalau tak silap. Biarlah dulu. Biar habis semua bayar kad kredit baru kita beli. Kalau setakat RM100 lebih tu bolehlah bayar guna duit gaji walaupun kad kredit bayar dulu. Lagipun angah nak kahwinkan? Kan saya janji nak sponsor something untuk dia.
Sebenarnya sudah lama saya tidak membeli perfume di counter perfume sejak diperkenalkan kepada Jothy, pemilik kedai perfume. Saya hanya membeli perfume yang dijadikan tester di kedainya dengan harga murah kerana mereka hanya menggunakan setiap tester untuk sebulan sahaja dan kemudian mereka akan melupuskannya. Jothy menjual kepada kami di office dengan harga yang murah. Tapi taklah semurah RM40 atau RM50 kecuali kalau kuantiti yang sedikit. Tak apalah, janji origenal. Tapi tak semua brand yang kita nak ada. Bergantung kepada apa yang dibawanya ketika itu. Kadang-kadang saya keluar dari bilik tempat dia tunjukkan perfume dengan hampa sebab tiada bau yang saya gemari. Sampai Jothy pun tahu apa yang saya suka. Kalau ada Diva Rose by Emanuel Ungaro dan South Beach by Paris Hilton, pasti Jothy akan simpankan untuk saya walaupun tanpa saya minta. Tapi Diva Rose tu memang susah sikit nak dapat. Kata Jothy Diva Rose adalah antara perfume yang sukar untuk diperoleh stok. So kalau ada, dia simpan untuk saya. Dia pasti tunjuk kat saya dulu. Kalau saya tak nak, baru Jothy akan tunjukkan pada orang lain. Diva Rose pernah menjadi rebutan di office saya lantaran keharumannya. Pernah sekali Jothy bawa lima botol, kawan-kawan yang memang teringinkan Diva Rose sambar sorang satu. Saya? Mestilah orang paling awal menyambar. Hahahaha...
Kalau saya ke Sogo, saya akan pergi tengok perfume yang offer di tingkat 7. Harganya boleh jatuh sampai RM100. Tapi situasi meriangkan ini sangat jarang berlaku. Kalau adapun, bukanlah dari jenama yang popular.
2014 dulu, saya beli Incanto Bloom di airport. Masa tu harganya RM200 lebih hampir RM300 untuk 100 ML. Lepas tu saya tak beli dah perfume di counter. Asyik beli dengan Jothy je. Bila beli dengan Jothy, saya malas nak ambil tahu pasal perfume sebab nanti saya berkenan kat certain brand, tapi Jothy tak ada yang nak dilupuskan. Lagipun, penjual minyak wangi ni, bukan semua brand dia jual. Pendek kata minyak wangi ni dia ada group dia. Kalau Jothy jual pelbagai perfume, ada dari kalangan group yang lain Jothy tak jual. So kita tunggu je apa yang dia bawa. Ada yang berkenan, kita ambil. Kalau tak, tunggu dia bawa dua perfume kegemaran saya tu.
Tahun lepas, sales girl Lancome, Aishah tu offer saya nak tak beli Miracle by Lancome? Dia nak bagi saya harga staff RM375 for 100 ML kalau tak silap. Harga sebenar RM400 lebih. Mak ai, gila betul harga perfume kat Malaysia ni! Terkejut beruk saya dengar harga tu. Dah lama tak beli di counter, tak sangka tinggi macam tu harga semasa perfume. Mujurlah saya tak berkenan dengan bau Miracle tu. Kalau tak, beli jugak hahahaha... 50 ML pun dah RM300 lebih. Dahlah saya ni jenis pakai perfume pagi, petang, siang malam. Berapa bulan sekali nak beli dengan harga mahal gitu??? Tak makanlah jawabnya.
Lately ni, Jothy dah jarang datang. Adoi, susah betul hati saya. Kalau perfume tak ada macam mana? Tak lengkaplah hidup ni rasanya. Hahahahha... Melampau kan? Kebetulan saya ke Romania, masa transit kat Singapura dapatlah sambar dua botol perfume. Tu pun yang 50 ML dah habis. Tinggal satu je sekarang ni. Ada satu lagi tapi saya tak suka sangat baunya. Tu kawan belikan masa dia bercuti di Singapura beberapa tahun lalu. Sebenarnya saya ada duit lagi masa balik dari Romania tu. Boleh beli dua botol perfume 100 ML lagi kot. Memandangkan duit tu abah yang bagi, saya rasa sayang. Rasa tak berbaloi habiskan duit abah dengan beli perfume. So saya simpan duit tu untuk tambah buat rumah nanti. Abah tanya saya kenapa tak habiskan duit tu? Saya kata tak apalah, nak simpan. Nak tambah dalam duit buat rumah.
Baru-baru ni sewaktu bersembang dengan kawan yang duduk kat overseas, saya tanya kat dia pasal perfume. Memang perfume kat tempatnya murah. Murah yang melampau dan tak disangka kalau waktu offer. Katanya paling murah bulan Jun sebab dia orang close account dan bulan Disember sebab Krismas. Katanya boleh dapat $30 sebotol. Wow! Sangat memberangsangkan. Terasa bintang-bintang bergemerlapan di langit tinggi. Saya lantas minta dia belikan untuk saya pada kedua-dua bulan berkenaan. Target saya, nak beli 3 botol. Tapi tak adalah saya excited sangat masa tu. Jun kan lambat lagi.
Tapi minggu lepas, dia minta saya senaraikan jenis beserta brand perfume yang saya nak. Katanya, kalau nasib baik, ada je offer. Masa duk sembang tu jugak dia search. Memang saya rasa nak menjerit kegembiraan dan melompat-lompat apabila perfume yang saya nak tu tak sampaipun $20 kalau tukar duit kita baru RM54. Origenal lagi ya, bukan tester. Baru dan berbungkus dalam kotak. So, seperti dalam entri yang saya tulis sebelum nilah. Dia suggest kat saya, beli sebulan sebotol dan kumpul sampai dia balik Malaysia. Lepas tu bila dia balik saya dah ada banyak botol dan tak payah beli untuk beberapa tahun. Memang menjadilah kalau ada orang yang melayan saya. Perfume tu akan sampai kat saya sekiranya ada yang nak balik Malaysia, dia akan kirimkan untuk saya. Nanti tengoklah pengiraan luggage ke macam mana. Alah, bukan banyakpun nak kena bayarkan? Kira OK la.
Tulah sekarang ni semangat duk kaji perfume. Saya dah boleh berangan dan mengimpikan macam-macam perfume. Sebulan sebotol. Ya, syarat saya, mestilah tidak melebihi $30. Lagi murah, lagi bagus. Dapat yang berbelas dolar macam hari tu memang cantik, RM50 je untuk perfume origenal. Kalau setakat RM50 tu, boleh bayar cash terus ke credit card saya lepas buat pembelian. Harapnya bulan enam nanti lagi merudum harga perfume mahal yang saya nak macam Paco Rabanne, Thiery Mugler dan Cristian Dior. Minggu lepas harga ketiga-tiganya $70 ke atas tapi bawah pada $90. Still murah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia terutamanya Angel Thiery Mugler. Tapi saya ni kan kedekut jugak. Tak payahlah buang duit beli yang mahal macam tu kalau boleh dapat yang lebih murah. Sayang jugak kat duit saya hahahahaha... Tunggu jelah bulan enam dan bulan 12 nanti. Ada rezeki adalah. Kalau tak, tunggulah ekonomi bagus sikit kita beli. Takkan lari gunung dikejar hahahahaha..
Monday, March 5, 2018
Makan Perlu Berfikir
Assalammualaikum readers,
Mesti korang dah kekenyangan menikmati makan tengahari yang lazatkan? Apa menu korang? Best tak?
Makanan bagi saya sekarang ni bukan sesuatu yang mudah. Setiap hari saya perlu berfikir nak makan apa. Makanan ruji negara kita nasi sedangkan saya telah masuk empat tahun mengurangkan nasi. Saya menghadkan paling banyakpun satu minggu sekali sahaja menu nasi. Kenapa? Faktor kesihatan. Bukanlah makan nasi tu maknanya tak sihat. Tapi memandangkan aktiviti harian saya yang kurang menggunakan tenaga, saya rasa kurangkan nasi itu lebih baik.
Segalanya bermula empat tahun lalu apabila berat saya menghampiri tahap maksimum dan limit BMI saya. Masa tu saya rasa sangat risau dan takut. Banyak artikal saya baca untuk menurunkan berat badan. Mungkin rangka tubuh saya kecil, so orang tak Nampak saya gemuk. Tapi tuan punya badan boleh rasa apa lagi bila baju yang saya pakai semakin sempit. Alhamdulillah masa tu, saya mula berlatih untuk ke Gunung Kinabalu so, berat badan saya turun cepat.
Masa tu, bila saya balik kampung, mami selalu suruh saya kurangkan nasi. Mami suruh saya makan nasi tengahari je. Almaklumlah, mami sangat particular dengan kecantikan dan penampilan. Dia takut saya gemuk. Mula-mula, saya buat tak endah. Sememangnya saya sangat suka makan nasi. Apa lagi dengan kepelbagaian masakan Malaysia dan aneka lauk. Memang susah bagi saya untuk tidak makan nasi. Mami suruh saya puasa Isnin Khamis. Katanya, sambil-sambil beramal. Lagi saya liat. Tambahan pulak masa tu saya dengan awak. Lepas waktu kerja biasanya kami akan keluar makan. Lebih teruk, makan waktu malam. Selalunya saya prefer untuk keluar lepas Maghrib so tak payahlah sibuk-sibuk nak cari tempat solat.
Lama-kelamaan, saya rasa semacam. Saya rasa cepat penat, lesu dan selalu mengantuk. Badan mula terasa berat. Rasa tak cergas. Saya juga cepat mengah. Sehinggalah pada satu hari, saya beli glucometer. Saya test check darah. Saya terperanjat bila glukosa dalam darah saya 17 sedangkan saya tak ada simpton diabetes. Kakak yang menjual pun terperanjat tapi dia bagi tahu saya supaya pergi check di klinik sebab dia pun tak pandai setting that glucometer. Saya menangis. Takut kena diabetes dan terus hubungi awak. Awak melawak dan ketawakan saya. Saya sangat marah sebab masa tu saya perlukan sokongan dan nasihat. Kalau setakat nak ketawakan saya, better saya tak payah call dia. Berlakulah sedikit ketegangan apabila saya marah padanya. Akhirnya, awak mula faham apa yang saya nak dan menyokong saya untuk diet. Tanpa berlengah, saya ke klinik dan minta doctor check gula dalam darah saya. Laaa... 4.6 je. Doktor kata saya tak perlu risau sebab saya masih jauh dengan border kencing manis. Doktor nasihatkan saya agar jaga pemakanan dan selalu bersenam. Glukometer yang saya beli RM100 lebih tu, sekali je saya guna dan terus simpan sampai hari ni. Saya fobia dengannya. Biar saya check gula secara tahunan di klinik seperti dulu.
Diet saya bukanlah diet extreme dan mengejut. Saya mulakan diet dengan mengikut saranan mami. Makan nasi sekali je sehari. Malam, saya ambil yang ringan-ringan je walaupun temankan awak makan. Saya makan sup sayur dan apa saja yang ringan. Kadang-kadang awak kesiankan saya. Dia bungkuskan saya makanan ringan yang lain seperti kerepok leko dan sebagainya takut saya lapar tengah malam. Esoknya dia mesti Tanya saya lapar tak malam tadi tak pun setelah dia tiba di rumah, dia Tanya saya lapar ke tidak? Untuk diet sebenarnya keazaman yang tinggi dan hati yang kental diperlukan sebab kat mana-mana pun kita pergi, pasti berlambak makanan yang sedap terutamanya berasaskan nasi.
Setelah lama saya tidak mengambil nasi untuk makan malam, saya cuba pula untuk selangkan pengambilan nasi beberapa hari seperti dua ke tiga hari. Alhamdulillah, saya Berjaya dan akhirnya saya hadkan pengambilan nasi kepada seminggu sekali. Sekarang, kalau tak makan nasi langsung dalam minggu tu pun saya OK. Cuma nasi tu sebagai reward untuk diri sendiri. Tapi kalau pergi kursus kat hotel, berantakanlah diet saya. Semua saya nak try. Masa tu, saya mula rasa segar dan tubuh jadi ringan. Tiada lagi mengantuk yang keterlaluan.
Setelah lama berlalu, saya perasan something. Saya mula tidak dapat menerima nasi seperti dulu. Kalau saya makan nasi, saya akan rasa mengantuk yang amat dan dalam tempoh masa yang lama sebagai contoh, makan tenghari ambil nasi hari ni, ia akan membawa saya mengantuk sehingga esok. Bukan sekadar mengantuk, badan saya jadi lemah dan lesu. Saya juga akan jadi stress dengan keadaan ini. Sampai sekarang pun saya sukakan nasi. Tapi bila mengenangkan keletihan dan mengantuk yang amat akan saya alami, saya perlu berfikir dua tiga kali sebelum mengambil nasi.
Mula-mula tak makan nasi dulu saya memang rasa lapar. Rasa tak best. Rasa sedih pun ada sebab tak boleh makan makanan yang kita suka. Korang pernah tak rasa macam tu? Sedih lebih-lebih lagi, orang di sekeliling kita makan nasi dengan lauk macam-macam. Tapi mujurlah saya ni makan semua benda. So, saya juga sukakan western food, makanan Jepun, China, Korea dan lain-lain. Pernah satu ketika saya rasa sedih pulak bila diberi nasi.
So, sekarang, saya masih lagi menghadkan pengambilan nasi.
Cuma saya jadi sedih pulak sebab tak tahu nak makan apa. Makanan yang saya nak makan semuanya mahal di Malaysia ni. Penyelesaiannya, saya perlu beli steamer dan masak sendiri. Itu yang terbaik. Masak sendiri yang kita tahu tahap kebersihannya, campuran dan bahannya ikut citarasa sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)