SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, August 29, 2017

Permohonan Maaf Dari Seseorang Yang Baru Dikenali

Assalammualaikum kawan-kawan, Saya baru masuk office hari ni. Pergi Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor. Sebelum bertolak ke sana, saya ada sedikit kerisauan sebab saya tahu ada di kalangan peserta tu yang tak sukakan saya. Tapi tak apalah. Saya pergi sebagai urus setia. Kalau tak suka tak apa. Bukan saya nak kena duduk dalam kumpulan dengan dia orang. Manusia ni pelikkan. Ada yang sorang tu, saya tahulah dia tak suka saya sebab tandem. Yang sorang lagi tu, saya tak tahu apa sebabnya. Seingat saya, saya pernah jumpa dua kali dengan dia sebelum ni. Kali pertama, kami ditempatkan sebilik sewaktu menghadiri kursus. Masa duduk sebilik tu, kami berkawan dan berbual. Saya lebih banyak mendengar sebab saya tengok, orangnya bercakap macam tak mahu kalah. Orang macam ni, tak perlu dilawan. Layankan je. Dia cerita fasal dia suka melancong dan macam-macam lagi. Saya sekadar dengar dan Tanya, apa yang best kat sana, apa beza Negara tu dengan Negara ni. Kali kedua, sewaktu program bakat seni suara. Masa tu, dia OK je dengan saya. Tapi ada orang sampaikan pada saya, dia cerita kat orang, dia tak berapa ngam dengan saya. Laaa... Kenapa pulak? Saya ada buat salah ke dengan dia? Kalau boleh bersembang dan ketawa bersama... Tak ngam ke namanya? Sampai FB saya pun dia remove. Agaknyalah kot. Sebab dulu kami friend kat FB tiba-tiba tengok dah tak friend. Saya tak pernah remove dia. Masa nak pergi kem tu, saya dapat tahu, saya sebilik dengan kawan dia. Mungkin Allah nak uji kot. Ada orang kata, kawan dia tu sombong. Tapi tak tahulah kan kebenarannya sebab saya tak kenal. So masa masuk bilik tu, kawan dia tak tegur saya. Mungkin sebab tak kenal. Jadi, saya pun cuba meramahkan diri supaya semua orang yang sebilik dengan saya tu rasa selesa. Lama-kelamaan, kami boleh berbual. Kawan budak yang tak suka kat saya tu siap boleh cerita macam-macam pada saya. Malam kedua, sewaktu bersembang berdua sebab roommate yang sorang dah tidur dan yang sorang lagi ke bilik sebelah, kawan dia... Saya namakan N supaya senang saya nak cerita. Dia minta maaf kat saya. N: Kak, saya nak minta maaf dengan akak. Sebab selama ni, saya buruk sangka kat akak. Saya ni cepat terpengaruh. Bila dengar cerita orang, saya mudah percaya dan ikut mengata sekali. Demi Allah, hati saya sejuk mendengar permohonan maafnya. Masakan saya mengatakan tidak. Silaturahim ini baru bermula takkanlah saya mahu memutuskannya? Hati saya juga jatuh kasih kepadanya. Saya: Tak apa. Akak faham. Kalau dah orang bercerita, dan N pun tak kenal akak, mestilah N percayakan? Akak pun ada juga rasa percaya sikit bila ada orang kata N sombong. So, akak pun minta maaf. Saya: Akak rasa, akak tahu siapa yang cakap. Sebab sampai ke telinga akak. Apa yang dia cakap dengan N? N: Sebenarnya, N suka dengar suara akak. Suara akak sedap. Masa dengar akak buat ucapan, N cakaplah, suara akak ni sedap. Dia kata, harap suara je sedap. N tak kenal dia lagi, dia tu sombong, berlagak. Bila dah kenal nanti tahulah. Saya hanya ketawa. Mungkin orang salah sangka dengan saya sebab sikap saya yang susah mesra dengan orang ni. Tapi kalau dah kenal, saya ni taklah sombong. Cuma tak pandai nak huha, huha dan beramah-mesra dengan orang. Saya: Habis tu sekarang ni? N: Masa masuk bilik hari tu risau jugak. Tapi tengok akak OK je. Bersembang dengan kita orang, tegur. Siap boleh ketawa-ketawa lagi. Akak tahu tak sampai saya kena marah dengan O (boy friendnya yang merupakan kawan saya sejak 10 tahun lalu). Saya: O kata apa? N: O kata, awak ni cepat sangat percaya cakap orang. Abang kenallah Tinta tu siapa. Dia kawan abang. Tinta tu baiklah. Mana ada dia sombong dan berlagak. Kadang-kadang, orang ni dengki, so macam-macamlah dia cakap. Sebab Tinta tu, ada banyak kelebihan, macam-macam dia buat. Orang je tak tahu. Dia tu berbakat sebenarnya. Tapi takkanlah semua benda dia nak cerita kat orang? Banyak benda yang dia buat, orang tak tahu. Awak contactlah dia. Awakkan suka mencipta, menulis, belajar dari dia. Boleh kongsi minat. Dia pernah tulis skrip, novel. Pandai baca puisi, suka nyanyi macam awak. Laaa... Abang O, sampai macam tu Abang O ingat cerita-cerita saya? Terima kasih Abang O sebab bersihkan nama saya. Tapi novel saya tu belum publish tau. Baru sampai meja penilai je stop sebab saya malas nak panjangkan dia macam penilai minta. Hehehe... Tapi Abang O, saya ni bukanlah hebat mana. Tak payahlah abang cerita kat orang apa yang abang tahu fasal saya. Saya ni biasa-biasa je. Hish, macam-macamlah manusia ni. Kalau yang tak suka tu, tak suka sangat. Kalau yang OK dengan saya pulak, sampai suka dengar suara saya. Tapi nasiblah N, kali ni N tak boleh dengar suara akak yang sebenar sebab akak batuk dan sakit tekak. Dengarlah suara serak akak ni. Kalau tak, kita mesti boleh duet kan masa malam kebudayaan? Kalau nak dengar suara akak pergilah Sing Semule hehehehehehe... Sebenarnya saya ni dah gian nak nyanyi ni. Tapi suara tak elok lagi. Saya ada lagu baru yang saya suka iaitu, Bulan Terbelah di Amerika dan satu lagi tak tahu tajuk. Fazura jugak tapi duet dengan Fatah Amin. Apa pun, sekarang saya dan N menjadi kawan. Harapnya dia tidak seperti kawan dia yang cakap lain kat belakang tu.

Wednesday, August 23, 2017

Menyampah!

Assalammualaikum semua. Dah lama tak sembangkan? Busy sikit sejak akhir-akhir ni. Hari minggu pun tak ada kat rumah. Kerja pun ada yang tertangguh. Sejak kebelakangan ni, saya selalu tention. Banyak benda saya nak kena buat. Kadang-kadang yang keluarkan arahan pun tak mengagak. Semua benda suruh saya. Sepanjang kerja kat sini, saya tak pernah rasa sibuk macam sekarang ni. Kadang-kadang tak tahu mana yang patut didahulukan. Semua rasa penting. So pagi ni, ada meeting dengan Maybank. Ni yang buat saya bengang ni. Pihak atasan pun gatal nak masukkan seseorang yang posesif dalam meeting ni. Dah benda ni berkaitan aksesibiliti, cukup department kita orang yang involve for the first time ni. Kalau ada hal-hal yang perlukan orang lain, kami akan panggillah nanti. Pihak atasan mula-mula note my boss and that person je. Tapi my boss ask me to join sebab his planning I'm going to replace his place after his retire. So, I'm just follow instruction. Of cause la saya yang buat urusan temujanji dan sebagainya. First, time propose, pagi esok. That person inform big boss's PA yang dia tak boleh hadir sebab ada meeting bela, bela, bela. Apa susahnya? Kau boss, and the meeting is internal meeting what? So, kau tunda je la meeting tu time line. Bukan susah pun. Just inform your staff and your staff will arrange everything. Ingat kami ada masa ke nak follow kau punya masa? Our department ni banyak kerja luar dan meeting Maybank ni most relevant with our department. So, kalau kau tak nak adjust your internal meeting, just let us go on with this meeting with out you. Saja je nak rasa diri penting kot sampai nak kena ikut masa dia. My boss said, if Maybank agree with our propose time, just go on. But, Maybank ask for this morning untuk adakan meeting tu. Dia cakap dia ada meeting lain, dan dia kena lari-lari. Up to you. Malas aku nak layan. We will go on. Lepas tu, bila saya cakap dengan dia, Maybank nak pagi ni, dia macam my boss pulak bagi arahan kat saya on je la. Dia ingat tanpa dia, kita cancel? Sorrylah. Pagi ni, orang Maybank whatsapp me, inform dia orang on the way. Saya call my boss and her inform that Maybank's staff is on the way. Dia suruh pulak saya invite other staff untuk masuk meeting sama. Kenapa tak cakap awal? Ingat saya ada masa nak layan benda last minute macam ni? Dahlah orang tu pun susah nak cari. I just try once to call that person, tak jawab, saya terus belah. Tak kuasa nak melayan. Patutnya my boss la cakap nak invite siapa. This is our meeting kot. Si GM ni pulak time tu la nak cakap fasal fighting for our rights. Dahlah cakap benda yang tak boleh terima. Tu lain kali saya cerita. Saya tak salahkan dia. Dia tak faham sebenarnya fungsi aksesibiliti dan kenapa kita fight. Nak marahpun, tak boleh kan? Dalam meeting, that person tu banyak diam. Tak cakap apapun sangat. Yelah, bukan bidang dia. Bila GM tiba-tiba masuk Nampak she try to talk. Biasalah, depan orang besar kan? Bila sembang masa minum dah habis meeting barulah dia chit chat dengan Maybank's staff. Cakap macam-macam. Kalau you tak guna public facilities and always depend on people, tak payah banyak cakap. Kau bukan tahu sangat pun accessible tak accessible. Cakap je pandai, tapi pelaksanaan, hancur. Menyampahlah saya dengan orang suka tunjuk bagus ni. Cakap banyak, kerja tak jalan pun. Memang bengang rasanya. Dahlah, nak siap sedia pergi meeting dengan Apple Malaysia pulak. Nak jumpa dutch guy dari Apple lak ni hehehe... xoxo

Wednesday, August 9, 2017

First Time

Assalammualaikum semua, Busy ke tu? Meh la kita sembang jap. Hehehe sembang satu hala je kan? Saya je yang bercakap. Kalau korang nak cakap jugak, tinggalkan komen ya. Sekarang ni, saya rasa masa bergerak pantas dan sangat mencemburui saya. Saya rasa tak cukup kaki, tangan dan nafas. Rasa penat in advance kalau fikir fasal kerja. Apa nak kena buat, apa nak kena hantar. Dateline dah dekat. Mujurlah ada satu workshop yang saya dijemput untuk jadi panel forum ditangguhkan ke September. Kena buat homework jugak tu bila nak cakap fasal accessibility. In English pulak tu. Mampos!!! Korang tahu tak, tak lama lagi office saya akan organize satu carnival sukan. Semestinya under Sport and Recreation. Dan tambah semestinya under saya. Tahun 2013 dulu saya tak kisah sangat walaupun banyak kerja. Sebab, boss saya jadi chairman secretariat. Saya just buat je apa yang dia arahkan. Sibuk pun tak ada apa sangat. Sebab ikut je. Buat je apa yang patut. Apa-apa, boss fikir dan boss jawab dan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang dibuat. Hmmm... Karnival kali ni, sangat berbeza bagi saya. Ya, saya masih lagi jadi setiausaha bagi main committee. Kerja setiausaha tu biasalah. Sinonim dah bagi saya. Even kalau diberi pilihan, saya lebih sanggup jadi secretary than become a chairman. Banyak fikir ooo... Tapi as all of you know, my boss is going out of service by end of this year. My boss ni beza sikit dengan boss-boss yang lain yang ada kat office ni. Boss lain, semuanya tak nak ajar staff dia lebih-lebih lagi untuk ganti tempat dia. Bimbang orang overtake dorang. But my boss, he wants us to be like him or better than him. So, he push me to be infromt or up. Siap ajar lagi macam mana nak jadi boss. But, my boss ni boss yang lembut and soft spoken. Sekali sindir huuuuhhh... Meresap ke dasar hati paling dalam. Tapi kita boleh argue dia. Boleh gaduh pun. Then boleh baik balik sekejap je tanpa dendam. Ada masanya jadi kawan dan ada masanya, jadi abah kita. In this event, awal-awal lagi dalam meeting main committee, dia propose to committee to put me as a secretariat's chairman beyond my thought. Tuhan, whats going to happen to me and the event? Hari tu, masa first meeting, saya tak rasa macam jadi ketua, sebab boss tolong. Dia ajar saya apa nak cakap. But, for today's meeting... Early morning he called me to enter his room. I guessed, he wants to ask me what I'm going to talk today in the meeting. Sesungguhnya, saya memang tak tahu apa nak cakap selain daripada follow the first minute. But he wants me to talk more. Apa lagi nak cakap? Saya tak pandai. Kata-kata tu cuma bergema dalam hati je untuk saya dengar sendiri. Kalau korang pernah tengok cerita Cinderella yang Haliza Misbun dan Ahmad Idaham lakonkan dulu, macam tulah keadaan saya pagi tadi. Tulah, siapa suruh tak fikir beberapa hari sebelum. I take it easy. Rupanya tak semudah itu untuk jadi seorang ketua yang dihormati. Bukan nak orang hormat, tapi as a leader, baru saya sedar, kita kena ada karisma, kena ada kredibiliti. Baru anak buah boleh berjalan betul. As I told, saya jadi macam Nurul dalam cerita Cinderella tu dalam sin mula-mula dia ambil alih pentadbiran syarikat. Tak tahu apa nak cakap. Tak tahu nak fikir apa. My boss was like lawyer yang bagi nasihat kat Nurul masa tu. Cuma saya tak duduk atas kerusi eksekutif dan pusing-pusing kerusi macam Nurul buat. Betapa bodohnya saya. Saya rasa kerdil masa tu. Saya rasa malu pada boss. Saya orang harapan dia, tapi saya macam tak dapat tunjukkan yang terbaik depan dia. Mesti boss kata saya lemah dan pentadbiran saya teruk. Boss: You nak bincang apa hari ni? Saya: Ikut minit la. Boss: Selain dari tu? Saya: Tak tahu. Boss: You kena bincang other matters jugak. Saya terdiam. Otak berputar ligat. Tapi susah pulak nak cerna maklumat. Saya diam. Boss hanya tunggu jawapan saya. Saya tengok, boss tak berusaha untuk bantu saya hari ni. Hari ni, dia betul-betul nak jawapan dari saya. Dia tak nak jawab soalan dia sendiri. Saya paksa diri untuk bercakap agar tidak terlalu dungu di depannya. Saya tahu, dia nak saya jadi bijak macam dia. Tapi saya tak boleh. Saya seakan menghampakan dia. Saya mula bercakap sedikit demi sedikit dengan tiada keyakinan diri. Saya rasa apa yang saya cakap, menunjukkan kebodohan saya. Tapi boss tak marah. Dia sabar je dengan pertuturan saya. Lepas tu dia Tanya lagi: Boss: What else? Aduh, bila dia Tanya what else tu, saya tahu he not satisfied with my answer. Boss: You have to think and write your notes. Allah yang Maha Penyayang dan Maha Penolong sekonyong-konyong memberi jalan. Terlintas dek fikiran saya untuk melihat semula minit mesyuarat tiga tahun lalu. Mungkin dari sana saya ada banyak benda nak cakap. Kali ni saya rasa duduk dalam bilik boss terasa panas dan lama. Sebab dia cuma bagi soalan dan tunggu jawapan saya. Dia macam tak tolong fikirpun untuk saya. Dia seolah memaksa saya untuk jadi bijak dan untuk berfikir. Tiba-tiba, telefon bimbit boss berdering. Saya menarik nafas lega. Itu tandanya, saya boleh keluar dari bilik ni sekaligus terlepas dari soalan dia. Boss jawab telefon tapi sempat cakap "You think,". Semoga boss tak rasa menyesal pilih saya sebagai ganti dia dalam department ni. Saya terus keluar dan mencari minit mesyuarat tiga... eh sebenarnya empat tahun lalu. Last carnival was 2013. Alhamdulillah, selepas membaca minit, saya mula confident dan tahu apa nak cakap. Boss, Insya-Allah, dalam meeting kali ni, saya akan buat boss rasa bangga dengan saya. Sebab saya takkan cakap benda-benda bodoh dah. Sekarang saya tahu arah tujuan saya dan ke mana nak saya halakan jentera pekerja saya yang semuanya pandai bekerja ni. Paling penting, saya lebih yakin nak bercakap dengan boss dalam meeting yang akan jadi komiti saya sebagai ketua teknikal. Barulah lega. Boss, saya akan berubah daripada jadi Nurul dalam Cinderella menjadi sekurang-kurangnya seperti Lady Boss. Hehehe berangan. Saya nak semua orang yakin untuk berada di bawah komiti saya. Sekretariat ni amat penting sebab secretariat yang banyak buat kerja. Dan sayalah yang akan memutuskan banyak perkara. Semestinya boss sentiasa ada bersama saya untuk menasihati saya pada setiap keputusan yang saya ambil. Maka mesyuarat pun berjalan dengan saya mempengerusikannya. Dan saya dah siap ada tugasan untuk semua komiti. Kekok jugak bila jadi pengerusi mesyuarat depan boss dan depan kawan-kawan yang biasa dengan saya seperti Kak Sha, Kak Sariha, Yon dan Atikah. Alhamdulillah mereka memberi kerjasama yang baik. Masing-masing faham apa saya nak. Siap ambil note. Mungkin saya ni cakap semua awal-awal. Sebab, biar dia orang tahu apa yang dorang kena buat awal lagi. So, dorang tahu how to manage their time to fix with my dateline. Saya tak nak cakap satu-satu. Bila habis satu kerja cakap lain pulak. Nanti ada yang lupa. Biarlah apa dorang nak buat pun. Yang penting kerja siap. Kalau buntu datang jumpa saya. Seronok bila mereka pun bertanya apa yang kita nak. Yon, senier staff paling banyak Tanya. Saya suka at least kita tahu, dia menghormati siapa saja as a chairman. Kelakarlah boss saya tu, saya bagi kerja dekat Yon, dia kata, dia akan work with Yon certain benda. Siap rancang nak pergi discuss that maters with that person and so on. Yang kelakar Yon cakap, bila dorang nak pergi discuss, ajak saya lagi baik sebab saya tahu macam mana nak cakap dengan that person. Bestnya rasa kerja macam ni. Alhamdulillah. Sedar tak sedar,, dekat dua jam jugak saya chair the meeting. Terima kasih boss sebab tolong ingatkan apa yang saya lupa tadi. Dan tolong explain to others for certain thing what I want. Terima kasih semua. Issshhhppp... Setiausaha saya, Kak Sha, tengah tekun buat minit mesyuarat tu. Bagusnya dia. Meeting pagi, petang terus buat minit. Nanti dia kata, dia nak bagi saya semak dan betulkan mana yang patut. OK lah. Nak sambung buat annual report. First time jugak buat report in English. My god! Hidup saya ni banyak perubahan lately ni.

Friday, August 4, 2017

Meja Makan Idaman

Assalammualaikum readers, Harap semuanya sihat sejahtera. Sebenarnya nak buat annual report. Tapi sempat pulak melencong ke sini. Nak sembang dengan korang kejap. Ada yang sudi? Tak sudi tak apa, tinggalkanlah blog ni. Kalau hari tu saya update fasal sofa impian, ni pulak adalah meja makan yang saya angan-angankan. Juga bertatah permata. Tahun 2011 dulu harganya RM10,000.00. Sekarang tak tahulah berapa. Nah, saya belanja sekeping gambar untuk korang. Cantik tak?
Yang ni pun cantik.
Tak dapat yang ni, dapat solid wood table yang macam orang donate untuk bilik secretariat saya kat office ni pun jadilah. Tak pun nak yang marble. Sebenarnya saya tengah cari tempat orang jual barangan second hand hotel. Ada sesiapa tahu tak kat mana? Nak beli barang keperluan rumah.

Thursday, August 3, 2017

Kantin Berwajah Baru

Assalammualaikum semua, Just back from Air Asia, sembang-sembang dan everybody has gone. I'm living in the office. Hajat hati nak buat kerja. Tiba-tiba rasa malas. Tak ada mood. So, nak sembang-sembang dengan korang. Almaklumlah. When everybody went back, semestinya saya tak ada kawan nak bersembang. Esok patutnya saya cuti. Tapi Veterinar kata tak jadi sesi pemandulan esok sebab doctor tak ada. So, tak jadi bawa Chiko. Kita kerjalah esok. Banyak benda belum siap. Sebenarnya dah lama saya mengharapkan kantin office ni di 'out source' kan. Kenapa? Banyak sebab. 1. Variasi makanan: Orang ni kalau bekerja bukan buat business ala kadar jelah. Dah tahu staff pun nak makan, bagi kita makan sama macam pelatih makan. Nanti kalau saya cakap banyak, orang marah. Tapi saya kan cakap terus-terang. Tak ada sembunyi-sembunyi. Rakan sekerja ke, apa ke. Kalau saya tak suka cara dia orang, I have to say no. I will not pretend. 2. Kuantiti makanan yang tidak mencukupi: Selalu situasi ni berlaku. Kalau dah tahu, pelatih 90 orang, staff ada lebih kurang 70 orang, masaklah untuk 160 orang. Kata nak jual kat staff. Habis kalau pelatih 90 korang masak untuk 100 orang macam mana? Staff la terpaksa berebut-rebut dan kejar-kejar takut makanan habis. Takut tak dapat makan. Saya cukup tak faham situasi yang satu ni. 3. Bias: Staff kantin ni bias. Suka bagi makanan pada staff yang dia orang suka je. Kalau yang dia tak suka, dia rela simpan je makanan tu. Lepas tu makan ramai-ramai or bagi kat siapa yang dia orang suka. Mula-mula saya tak percaya orang cakap. Sampailah satu hari, saya nak beli makan. Sorang kakak ni kata lauk habis. OK. Hari tu saya nak sangat makan. Dengan hampanya saya ke surau. Dalam kul 2.00 macam tu, beberapa staff masuk surau. Saya sedang bersiap nak masuk office. Boleh dia orang sembang sesama dorang, kakak yang layan saya tadi cakap kat salah sorang tu, "Ambil sendirilah ayam tu. Bungkus je kalau nak. Ada lebih." Korang rasa apa? Panas tak? Panas kan? Mulai dari hari tu, saya akan tegas bila bercakap dengan kakak tu. Pernah saya nak panggil boss dia turun sebab dia tak bagi saya makan dulu sedangkan saya kena cepat sebab nak pergi Air Asia. Jangan main-main dengan saya. 4. Service kurang mesra: Saya pantang betul point yang satu ni. Kalau tak mesra, lepas tu selamat jalanlah kedai kau. Kita bayar apa, bukan paksa korang bagi free. Kadang-kadang saya risau nak pergi kantin sorang. Takut tak dilayan. Kadang-kadang kita masuk kantin, semua senyap sedangkan ada kat meja depan. Kita dah sampai kaunter, baru Tanya nak apa. Padahal, kita dah melewati meja yang dia duduk. My god! Poor services! 5. Kebersihan: Isu ni sangat sensitive bagi saya. Saya pernah bercerita pada officemate, saya nak ambil air panas kat kantin. dia marah saya. Dia kata, kalau tuang air tu dalam cawan, boleh Nampak kuningnya air tu. Mungkin dorang tak basuh water dispenser tu. Sejak hari tu, saya tak pernah dah ambil air kat kantin. Sorang lagi officemate saya cakap, dia pernah jumpa tahi tikus or lipas dalam pembakar roti kantin. Terkejut saya sebab saya suka order roti bakar kerana tak nak nasi. Ya Allah, korang tak rasa bersalah ke bagi orang makan benda kotor? Dan pagi tadi, officemate saya jugak cakap, sewaktu hand over kantin ni kepada operator baru, masa kemas-kemas, dia sendiri Nampak, banyak tahi tikus kat dalam dapur. Apa semuanya ni? Masa new operator cakap tak nak guna semua barangan sedia ada termasuk pinggan-mangkuk, ada yang kata that guy mengada-ngada dan cerewet. Masa tu saya pun pelik apasal la berlagak sangat operator baru tu? Sekarang saya faham. Kalau saya kat tempat dia pun, saya buat benda yang sama. Dia jugak run cafeteria hospital, mestilah dia sangat pentingkan kebersihan. Memang saya selalu berdoa supaya cepatlah kantin ni di 'out source' kan. Bukan nak tabor pasir dalam periuk nasi dorang. Tapi dorang sendiri yang tabor pasir dalam periuk nasi dorang. Kita bayar, kita ada hak untuk nikmati perkhidmatan yang baik. Tu belum lagi dia marahnya kita. Mula-mula dulu bolehlah nak marah saya. Lama-lama, sorry. Sejak akhir tahun lepas, kecohlah management ni nak 'out source' kan kantin. Tapi asyik postpone je. Menyampah kita. Kita ni memang tak sabar menanti. Sebab saya tak makan nasi. So saya perlukan variasi makanan untuk saya pilih. Sampailah mereka buat proses untuk berhentikan staff kantin. Bayar pampasan tau. Tapi new operator nak ambil dorang kerja. Ada yang tak nak. Ada jugak yang terima offer tu. Dalam proses tu, macam-macamlah cerita saya dengar. Sebab of cause la yang jadi kesayangan staff kantin tak suka bila management buat macam tu. Pada saya, management kena buat sesuatu untuk improve services in a canteen. Staff deserve services yang lebih baik. Management pun salah jugak. Tak pandai manage canteen. Saya tak ambil pot dengan rasa tak puas hati sesetengah pihak dengan 'out source' kantin. Bila dorang bising saya diam. Kalau saya cakap nanti, sensitive pulak. Saya nak Tanya je sebenarnya, apa yang bagus sangat kantin buat sampai korang marah nak out source kantin tu? Lebih baik out source kalau ianya lebih bagus. Dorang tak tahu yang saya memang suka nak terima kantin baru. Ada yang beri gambaran bahawa kantin baru akan huru-hara sebab dorang tak pandai manage tranee. Dalam hati saya, tak mungkin. Takkanlah dorang bodoh sangat sedangkan dia run cafeteria kat tempat lain. Orang berniaga, mestilah nak reputasi yang bagus. OK, kita tunggu dan lihat. Ada yang sibuk bercerita, tauke kantin ni Cina. Tukang masaknya Indonesian. Last saya dengar, tukang masaknya Sabahan. Cina tu tauke, bukan dia yang masak. Fikir saya dalam hati. Lagi pun, ayam bukan dia yang beli. Ayam adalah dari pembekal ayam yang memang taja ayam untuk office ni setiap minggu. Kalau korang nak jadikan isu ayam tak halal, dah lama la korang makan ayam tak halal sebab kantin sebelum ni pun masak ayam dari sumber yang sama. Confirm, tukang masak dia Sabahan dan assistant cook dia, kawan saya, orang Negeri Sembilan. Alhamdulillah lepas satu bab. Minyak babi? Buat pengetahuan korang, minyak babi tu mahal dan tidak digunakan sewenang-wenangnya buat masak seharian. Islam dah mudahkan hidup umatnya, korang tak yah nak korek sampai dalam-dalam. Kantin kotor selama ni korang tak fikir pulak. Sekarang korang sibuk nak cakap, jadikan isu, tauke dia Cina. Saya nak tengok, sampai bila sesetengah staff tu beli bungkus makanan dari luar sedangkan sebelum ni dia pengunjung setia kantin sampai jadi kesayangan kakak kantin yang bias tu. Kalau korang pergi rumah Bangsa Cina pun, korang boleh makan menurut Islam. Tak perlu kaji kuali dia pernah masak babi ke tidak. As long as korang yakin. Kalau korang was-was, memanglah tak boleh makan. Saya? As long as tukang masak dia Islam, saya makan. Saya yakin. Alangkah kat luar Negara tukang masak bukan Islam pun saya makan. Janji tak makan binatang yang perlu disembelih seperti ayam dan daging, pastikan makanan tu tak campur arak, babi dan lain-lain binatang yang tak boleh makan, cukuplah. Islam tu agama yang mudah. Korang tak yah nak susahkan hidup korang dengan prejudis korang. Sekarang saya happy, happy dan happy dengan kantin baru ni. Banyak pilihan, bersih, layanan bagus. Hari ni korang tahu ada apa untuk sarapan? Nasi goring, nasi lemak, kue tiow goring, roti canai, telur sambal, sosej, naget, hash brown, kuih lapis, sri muka, ketayap, karipap, ada hot chocolate, kopi, teh, milo semuanya dalam mesin or 3 in 1. Minuman sejuk akan datang minggu depan. Begitu jugak dengan... oooh ada pau pelbagai perisa. minggu depan tambah pau kari danblack pepper. Mungkin ada western jugak kalau sambutannya bagus. Alakat pun mungkin ada. Lauk tengahari mungkin ada pilihan kalau ada sambutan. Sekarang sayur je ada pilihan. Buah potong pun minggu or bulan depan. Aiskrim dan air botol dah ada. Kek pun akan datang minggu depan. Memang saya tak payah keluar beli makanan. Bagus. Isu timbul sekarang, air mahal. Dah 3 in 1 memanglah mahal. Korang beli je 3 in 1 sendiri buat. Yang penting makan murah. Tadi ada sorang staff datang masa kami sedang breakfast. "Kesian kita tak ada air free dah sekarang," Saya tak fahamlah. semua benda nak free. Kalau nak free, masaklah sendiri. Macam kami geng office bawah ni, collect duit dan akan beli water dispenser untuk office sebab nak buat air. Saya terus jawab, "Tak apalah, kak. Janji makan murah dan banyak pilihan," Hambek kau. Setakat air yang simple tu yang korang isukan. Makanan tu lagi penting. Takkan korang nak masak untuk dapatkan variasi? Hari pertama, saya makan mi goring, 1 naget, 2 sosej panjang dan telur mata, hanya rm3.50. Murahkan? So korang tak yahlah nak buat sentiment yang bukan-bukan. Kita support je business dia then bertambahlah lagi variasi makanan kita. Rupanya, tauke ni ada sepuluh kantin yang dia operate termasuk hospital dan office saya ni. Dalam tulis blog pun sempat saya pergi kantin. Dapat pulut ayam dan pau kacang and bbq. Bukan dapat ok, beli.

Liquid Eyeliner

Assalammualaikum semua... Sementara tunggu nak pergi lunch dan pergi Air Asia ni, kita update kejap. Saya baru lepas bersolek. Malangnya eyeliner saya hari ni dah habis. So, terpaksa guna liquid eyeliner. Kak Fatimah, Tadaaa... Tinta dah pandai pakai liquid eyeliner. Kak Sariha kata smooth dan elok. Tak sememeh macam dulu. Betul kata akak, saya kena belajar pakai eyeliner guna pencil eyeliner dulu. Lepas tu saya guna crayon eyeliner or stretchable eyeliner. Dan hari ni, saya Berjaya pakai liquid eyeliner sendiri. OK la. Nak pergi lunch. Nanti saya cerita cafeteria office saya ni yang berwajah baru. Rasa best, meriah dan selalu tak sabar nak pergi kantin makan. Ada hash brown kegemaran saya tau hari ni. Katanya, nanti ada chicken chop. So, tak yahlah saya pergi cari makan kat luar dah. Sekarang pun asyik makan kantin je. Pagi-pagi lagi dah terpacak kat kantin. Hari ni siap minum hot chocolate lagi. Doakan saya dapat student best hari ni ya kat Air Asia. Makan dulu korang. Bye. Katanya ayam tom yam. Nak makan lauk je.

Wednesday, August 2, 2017

Sofa Impian

Assalammualaikum readers, Semoga semuanya sihat-sihat saja. Saya masih di pejabat. Nak selesaikan kerja-kerja yang tertunggak. Sekarang kan banyak kerja luar so, adalah beberapa hal tertunggak. Sebelum sambung buat kerja, saya nak berangan sikit. Tak salah kalau berangan kan? Mungkin dari angan-angan ni kita berusaha untuk memajukan diri. Tapi berangan kali ni agak tak masuk akal dan over. Nama pun berangankan? So tak apalah kalau berangan tinggal dalam istana kat angkasa lepas atau kat dasar laut pun. #Jangankecamsaya Baru-baru ni saya survey-survey sofa. Biasalah, kalau dah nama suka berangan, mestilah berangan yang tak-tak. Memang dari dulu saya berangan nak beli barangan Lorenzo. Mungkin saya akan rialisasikan Lorenzo ni melalui sofa saya. Waaahhh... Dah baca fasal Lorenzo ni, terberkenanlah pulak kat sofa bertatah swarovsky dia. Tak tahulah berapa harganya. Mungkin belasan atau puluhan ribu ringgit. Tak sesuai langsung. Rumah pun murah, berangan je lebih. Tak apalah. Nak berangan jugak. Tengok ni. Bukan main lagi sofa dia. Macam sofa raja-raja kan? Saya akan duduk atas sofa ni, emmm... macam puteri raja. Sofa ni sesuai duduk dalam istana la.
Tengok yang ni pulak. Bertatah permata gitu. Kalau saya jutawan bolehlah kan? Berangan tidur seratus tahun pun belum tentu dapat Tinta.
Lampu Candeliar ni sesuai kalau dipadankan dengan sofa ni kan?
Siap Swarovsky Kristal lagi kau. Waaa... Dapat rasa duduk sekejap pun jadilah.
Nampak tak saya ni memang suka berangan? Ni baru sikit saya berangan. Siapa yang kenal saya, tahulah saya macam mana. So, korang tak yahlah nak kecam-kecam saya. Berangan itu hak semua orang. OK la, korang cucilah mata dengan sofa idaman saya ni. Kot-kot korang boleh join berangan sekali. Cukup-cukuplah Tinta. Buatlah annual report kau tu. Date line 4 HB ni. Kau dahlah cuti. Sudah, sudah. Lepas tu nak sambung tulis novel lagi. Sempat ke tidak tah nak tulis novel ni. Target hati, satu hari satu bab. Tapi hari ni macam tak tercapai je. Kau jangan hangat-hangat tahi ayam je Tinta. Buktikan pada semua yang kau boleh. At least, dalam masa enam bulan dari sekarang, tulisan kau dah duduk atas meja penilai. Puisi pun tak betulkan lagi. Macam manalah kau ni?

Tuesday, August 1, 2017

Kampar Majesty Ride, 2017

Assalammualaikum readers, Apa khabar? Terhiburlah hati saya sikit hari ni sebab dapat students yang best. Guess Service Class, lima Negara, Malaysia, Indonesia, Thailand, India dan Australia. 18 Orang semuanya. Apa yang pasti, hati saya rasa seronok bila nak ke Air Asia. Tak tahu kenapa. Walaupun saya masih dalam mood dukacita, mood nak jaga badan dan penampilan tu masih ada. Waktu untuk makan suka-suka dah tamat setelah tamatnya bulan puasa dan hari raya. Makan mula perlu dijaga dengan ketat meskipun ramai yang tegur saya kurus. Exercise perlu dipergiatkan. Supaya apa yang saya ada sekarang dapat dikekalkan. So, saya masih lagi mengekalkan cycling dan swimming saya. Cuma kelas swimming ni tak dapat attend lagi sebab asyik sibuk je hujung minggu. Yang hari kerja tu kena tengok dulu sama ada saya dapat tak nak slot masuk. So kita mula dengan cycling dulu. Sabtu lepas, kami cyclist amator ni berangkatlah ke Kampar Perak untuk menyertai Kampar Majesty Ride 2017. Naiklah kita ETS. Excited +berdebar sebab ini kali pertama saya nak join event besar macam ni. Ratusan cyclist dari seluruh Negara sertai event ni. Fun ride je pun, tu pun nak berdebar. Breakfast jam 5.30 pagi Ahad. Amboi, tak mengagak nak breakfast pun. Kan elok tulis sahur je. Alhamdulillah, tak ada masalah bagi saya sebab saya biasa bangun jam 4.00 pagi. Dapat jersi biasa je, bukan cycling gercy. Susahlah nak bawa barang. Tak ada poket. Tight saya memang tak ada poket. Running fit, mana nak ada poket. Mujurlah Kak Intan berbesar hati bagi saya pinjam bekas handset kalis air yang boleh gantung kat leher. Boleh bawa handset. Pinjam, lepas tu terus jadi hak milik saya. Terima kasih, Kak Intan. Pagi Ahad, memang gigih kami bangun awal pagi. 6.00 pagi baru saya pergi sarapan. Event mula jam 7.00, tak yahlah nak 5.30 pagi sangat. Tak selera nak makan. Nak cycle kan, kena alas perut jugak. Saya cuma ambil seciput kue tiow, sekeping hash brown, fish ball dan beberapa hirisan buah serta jus oren. Oh ya, kami menginap di Grand Kampar Hotel. Hotel paling besar di Kampar. Penat bawa swimming suit, tapi ramai orang dekat pool, tak jadi nak swimming. 7.00 Pagi opening ceremony. Biasalah, ada ucapan perasmian dan safety briefing. Kami pengguna tandem bike ni diletakkan di hadapan sekali. Actually my capten ni Malay lady Volunteer. Tapi emergency, dia kena balik KL, tak jadi join ride tu. So change to Jenny, Chinese lady. She is cyclist but never ride tandem. Actually, first they give me a volunteer, I know that Malay lady ability. She is not a strong and fit. May be because of not enough training and fitness. Kenapa tukar channel pulak tulisan saya ni? Mungkin sebab baru habis Air Asia kot, channel bahasa tak betul lagi. Tak apalah, kita campur-campur K, I need to improve my English language. But, I tak kisah. Rider yang baik, adalah rider yang boleh dipasangkan dengan sesiapapun. Saya dah agak benda ni akan berlaku sebab person yang in charge ni dah beberapa kali try to give me this type of capten dengan alas an, I'm a power rider. Power part mana pun saya tak tahu. Saya biasa-biasa je sebenarnya. OK, saya sambut cabaran ni. Stocker yang baik adalah stocker yang akan membantu captennya untuk terus maju ke hadapan walau pun saya tahu, saya akan di belakang. Masa nilah kekuatan kita teruji. Masa nilah, kita akan tahu sejauh mana kemampuan kita. Kalau asyik dipadankan dengan strong capten je, kita pun tak tahu kita ni betul-betul kuat ke tak. You can do it Tinta, before this you pernah jadi stocker kepada capten yang selalu di belakang bila ride. Bila ride dengan saya, saya boleh push dia ke depan dan kami tidak di belakang dan kami boleh je overtake orang lain dan berada di hadapan sekali. Apabila kita diberi kelebihan, tolonglah orang lain Tinta. Jangan memilih. Ini suatu cabaran. OK, I'm ready to be your stocker and will do my best to push you infront. But, unfortunately, that lady terpaksa balik cause of emergency. So, tak dapatlah saya membuktikan kepada diri saya yang saya boleh push her go with out stop dengan teknik-teknik yang saya ada. Tapi saya terus diuji dengan Jenny. Cuma tak berapa teruji sebab Jenny ni selalu ride on her solo bike. Cuma she has no confident with tandem bike. Ada pulak suruh saya dulu yang go on bike. for the first time, OK I follow je. After that, I ask her to go on bike first. Masa test ride dan mula-mula ride tu, saya pun takut sebab bila nak mula ride, tandem jadi macam ular kena palu. senget-benget macam nak tumbang. Mujurlah saya ni kaki boleh tahan tandem tu. And she also afraid to pecut dan menyelit di celah-celah banyak basikal bila nak ke depan. Ada waktunya dia kata, saya terlalu kuat sampai dia terlepas pedal. Diapun macam kurang stamina to move forward dalam waktu yang lama dan kuat. So, memang certain time, I have to push her. Memang rasa berat sikit, sebab tenaga kita yang banyak digunakan. Tapi tak apa, saya suka sebab at least, saya dapat ajar orang. Tapi dia tak berapa faham dengan teknik kayuhan saya. So, tenaga banyak membazir masa climb the hill. Dia tak faham teknik luncuran saya. Tak apalah, lagi pun saya nak kurangkan berat badan. Biarlah saya yang kerja lebih. Dan dia jugak takut untuk turun bukit dengan laju. So tak dapatlah saya nikmati roller coaster macam yang selalu along, my favourite capten buat. Tak apalah. Sesekali kita support orang, apa salahnya. Kadang-kadang saya rasa kayuhan saya berat sebab dia tak larat nak kayuh terutamanya masa naik bukit. Saya tak kisah sebab saya kena kerja keras untuk dapatkan stamina saya balik dan inilah exercise pertama saya lepas raya. Biar saya kena kaw, kaw, baru padan dengan makanan yang saya dah baham. Kadang-kadang, saya pulak yang bagi arahan kat dia suruh naik or turunkan geer supaya sesuai dengan keadaan kayuhan dan bentuk muka bumi. Cewah. Apapun saya happy, sebab dapat habiskan 68 KM ride seperti yang ditetapkan penganjur. Dan kami bukan di group paling belakang. Mula-mula kat group depan. Tapi si Jenny ni part time photographer, bila tiba kat tempat view cantik, berhenti selfi dah berhenti, ramailah cyclist lain ambil peluang untuk overtake kami. Dah bila nak kejar, some times, I have to slow down sebab Jenny tak dapat ikut rentak kayuhan saya. Tak apa, saya OK je. Mana tahu kalau suatu hari nanti Jenny akan menjadi capten yang kuat dan masa tu, pasti ramai yang nak jadi stocker dia. Macam along. Mula-mula saya dapat along dulu, atau nama sebenarnya Khoiri, dia bukan capten yang kuat walau pun lelaki. Dia kurang stamina dan tak berapa kuat. Lama-kelamaan, dia jadi kuat dan sangat faham dengan teknik kayuhan saya. Sebab tu kami sentiasa dapat meluncur ke hadapan. Tambah along rajin usaha, pergi gym. Barulah lepas tu ramai yang nak naik dengan Along. Oooo... Pandai korang eh, masa lemah dulu tak nak, bila dah kuat semuanya nak hehehe... Tak apa, saya akan latih lagi capten untuk jadi macam mana yang saya nak. Tapi jarang sebenarnya saya dipasangkan dengan perempuan ni. Capten saya kebanyakannya lelaki. Jenny ni capten perempuan ketiga yang bawa saya sepanjang dua tahun saya aktif cycling. I enjoy this event. Memang best ride ramai-ramai macam ni. Confirm I akan join lagi event macam ni. So, bertambahlah koleksi medal cantik saya. Cantik tak medal Kampar Majesty Ride 2017 ni?

Korang yang baca ni, kalau nak join ride as a stocker or capten, just contact me OK. Kalau nak jadi captain, try dengan saya dulu. Saya akan berikan pengalaman jadi captain tandem kepada anda, insya-Allah. Just live your comment here.

Friday, July 28, 2017

I'm Not Siti Nurhaliza

Saya rasa tak ada mood nak buat kerja hari ni. Tapi saya kena buat report. Saya kena lawan perasaan saya demi kerjaya saya. Tapi tak tahu kenapa pagi ni saya rasa lemah, rasa lara, rasa dukacita. Saya kena bangkit, saya kena buktikan kepada mereka yang saya adalah some body. Biarlah sekarang semua orang menolak saya, membuang saya dan meminggirkan saya. Insya-Allah, dengan izin Allah yang menciptakan saya, saya akan berusaha dan buktikan kepada mereka yang saya bukanlah selemah atau boleh dibuang begitu saja. Untuk ubati kelukaan saya at least untuk dapatkan semangat buat kerja hari ni, saya nak bercerita tentang gelagat satu kelas cabin crew yang saya ajar awal tahun lalu. Masa tu, assistant saya belum bertukar. Seperti biasa, kelas saya akan dimulakan dengan pembelajaran tiori dan diikuti demostrasi sebelum sesi praktikal dijalankan. Kelas hari tu memang happening. Memang dari awal, saya asyik terkena je dengan dia orang. Saya: OK now, I need someone to be with me, to do a demo. Please come forward. any body. Macam biasalah, dia orang akan malu-malu nak keluar dan sebut nama kawan, tunjuk sana sini. Sorang pramugara tampil. Saya: OK come nearer. Tapi dia malu-malu untuk dekat dengan saya. Dah kenapa mamat ni? Saya just nak demo je. Bukan nak buat apa pun. Kelas makin gamat mengusik apabila tengok kawan dia malu. Saya: Why are you so shy? Come. I'm your instructor. I'm not Siti Nurhaliza. No need to shy. Pramugara: Tapi cantik. Ya Allah mamat ni. apa ke halnya? Saya bukanlah cantik mana pun. Dan saya tertanya sendiri, kalau jumpa orang yang cantik atau hensem tu kita akan jadi malu ke? Korang macam mana?

Masih Belum Mampu Tersenyum

Assalammualaikum semua... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya yang tak seberapanya ni. Dah lama saya tak update blog ni. Kalau saya menyepi di media social tu, bermakna ada sesuatu yang berlaku dan membuatkan saya tak bersemangat dalam menjalani hari saya. Saya pun tak tahu kenapa, setelah kejadian setahun lalu, saya jadi tak semangat bila ada sesuatu berlaku selepas tu. Maksud saya tak bersemangat nak menulis di media social. Baru-baru ni, ada sesuatu menimpa. Tapi saya tak rasa nak kongsikan di sini sebab saya tahu, ada orang-orang tertentu yang tidak mahu saya kongsikan soal peribadi saya baca blog ni. Kalau kita bercerita lepas tu ada yang bercerita di belakang dengan nada atau reaksi yang kurang baik, pastinya kita tak selesakan? Jadi, biarlah saya simpan dulu hal ni selagi saya mampu. Nak tulis kat blog satu lagi, saya belum ada mood nak tulis kejadian yang baru ni. Tapi saya memang tak mampu untuk tersenyum dari hati sampai ke detik ini. Sekadar memaniskan muka agar tidak dilihat masam bolehlah. Ya Allah, berilah saya khabar gembira agar dapat saya senyum dari hati ini. Buat masa ni, saya sekadar boleh senyum untuk menyedapkan hati orang memandang atau berbual dengan saya. Saat-saat macam ni, rasa nak mengajar di Air Asia dari pagi sampai petang dan setiap hari. Supaya hati lara ini dapat dihiburkan oleh gelagat cabin crew dan guess service staff kat sana.

Monday, July 3, 2017

Kawan-kawan Sekolah

Assalammualaikum readers, Hari ni, pejabat saya ceria sikit sebab ramai yang dah bekerja. Tapi ada jugak yang masih bercuti. Orang Pantai Timur. Mungkin nak elak jam kot. Kalau saya naik keretapun, saya akan balik KL lepas semua orang dah balik. Barulah lancer perjalanan. Baru-baru ni, saya tampil di kaca televisyen bersama Siti Nurhaliza. Oooo... Saya belum cerita tentang hal tu kan? Dari siaran tu, kawan-kawan masa sekolah menengah dulu, kawan-kawan Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) atau lebih dikenali sebagai English College (EC), sorang demi sorang menjejaki saya di Facebook. Khairy Misry kawan baik saya sejak form one dah lama jadi friend saya. Begitu jugak Nazry Hisham. Mat Noh, Hosni, Nazarul dan lain-lain baru je jumpa di FB. Sekurang-kurangnya mereka tak lupakan saya. Ada yang cakap dia pernah cari saya sebelum ni tapi tak jumpa. Kalau dalam masa setahun kebelakangan ni memang tak jumpalah. Sayakan deactivate akaun FB saya. Waaahhh... Seronok tengok kejayaan kawan-kawan. Kebanyakan mereka memang kerja bagus-bagus. Budak EC, biasalah. Kenapa semua lelaki? Sebab sekolah tu memang sekolah lelaki. Kawan-kawan masa masuk form 6 kejap dulu adalah yang perempuan dan mereka pun baru add saya di FB. Tapiii... Hati saya rasa tersentuh jugak bila tengok kehidupan dia orang. Yelah, umur baya saya majoritinya dah kahwin, ada isteri, ada anak. Ada yang dah dua tiga anak. Bila tengok dia orang, terasa macam dah tua. Tapi saya masih saya yang dulu. Masih tak ada apa-apa perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Saya masih Tinta yang di bangku sekolah. Hidup sorang-sorang, bujang, tak ada teman hidup, tak ada anak-anak. At least, dia orang ada penghibur dikala sunyi. Ada teman untuk berkongsi susah senang. Sedangkan saya? Saya hanya ada Chiko. Bercinta asyik gagal je. Apatah lagi untuk kahwin dann ada anak. Jauhlah kan. Tak apalah Tinta. Ni semua ujian Allah. Bersabarlah dengan dugaanNya. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Dan pasti Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik. Yakinlah. Allah takkan pernah mempersia-siakan hambaNya. Ya Allah, bantulah saya. Berikanlah saya berita-berita gembira. Berikanlah perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Temukanlah saya dengan orang yang benar-benar ikhlas menerima apa adanya saya. Saya mempunyai selautan cinta, seladang sayang, sebening kasih dan sehangat rindu untuk dipersembahkan tetapi pada siapa masih menjadi misteri.

Saturday, July 1, 2017

Gila Dan Memeranjatkan

Assalammualaikum semua... Malas nak berbasa-basi hari ni. Sebab saya ada cerita hot. Hot tentang orang-orang gila kat sini. Eh, saya ni kerja kat persatuan orang gila ke persatuan kakitangan psiko? Hmmm... Fikir jap, (sambil letak tangan atas dahi). Pagi-pagi lagi boss saya cakap, GM ada Tanya dia, macam mana Si Pulan tu boleh tahu exactly kenaikan gaji saya? Dia orang berdua sekarang dalam teka-teki dan mencari, siapakah sebenarnya dalang yang menyebar tentang gaji-gaji staff kepada umum (masyarakat pejabat). Yelah, Nampak benda ni remeh tapi ianya pecah amanahkan? Gaji staff, mana boleh didedahkan pada umum? Tambahan pula bila benda ni keluar dari mulut Si Pulan di mana GM pun tahu dia tak berapa sukakan saya. Saya terus rasa terkejut dan berdebar apabila mendapat tahu tentang berita ni sebab saya tahu Si Pulan tu memang tak sukakan saya. Percayalah kata saya, orang yang tak suka kita tu, lebih banyak mencari tahu fasal kita. Kalau positif yang mereka tahu, mereka akan pusing jadi negative. Saya tak pernah pulak mencari tahu berapa gaji dia. Memang berderau darah saya bila orang tahu jumlah kenaikan gaji kita lebih-lebih lagi orang yang tak sukakan kita. Apa motif dia ambil tahu fasal gaji saya? Apa langkah dia seterusnya? Saya memang kena berhati-hati. Sebab, dia ni pun ada hubungan baik dengan sebahagian orang atasan pentadbiran pejabat lebih tepat lagi, board members. Jadi, saya tak boleh lalai dan leka. Saya kena waspada. Macam mana boleh jadi macam ni? Kawan baik saya sendiri pun tak tahu exactly gaji saya. Ni orang yang tak baik dengan saya pulak yang tahu. Kalaulah dia tahu pangkat saya naik lagi, confirm lagi dabom la dia tak puas hati. Saya tak takut kalau ada pertikaian fasal gaji dan pangkat saya. Saya tak bodek sesiapa. Kedua-duanya saya dapat kerana kerja saya, usaha saya dengan tunjuk ajar orang-orang yang benar-benar nak tengok saya Berjaya dan paling penting dengan izin Allah. Dia ingat, saya naik senang-senang macam dia? Macam orang lain? Memanglah saya dapat banyak, tapi Staff Establishment Committee memperhalusi job description saya. Wakil committee minta personally dengan boss saya bidang tugas saya. Siap ada perbincangan kecil dengan boss saya tentang saya, tentang kerja saya. Boss saya puas hati atau tidak dengan performent saya. Bukan senang-senang approve macam tu je. Dia orang argue fasal saya dah lama. Dah berapa kali meeting tak settle-settle. Dan saya dapat semua tu dengan adanya proof, ada support document yang saya menjalankan tugas saya. Saya juga ada saksi yang memperakui tugas saya. Takkanlah orang sanggup fight untuk saya kalau saya tak betul-betul buat kerja? Orang yang fight untuk saya tu orang yang tak boleh dibodek-bodek. Yang tegas macam saya. Yang cakap direct kalau saya salah. Bak kata boss saya, promotion saya adalah promotion yang well known. Orang tak suka tak apa. Buatlah macam mana pun. Tapi kalau Allah Nampak, Allah tolong, pasti pertolongan tu datang tepat pada masanya seperti boss saya kata, bila masanya tiba, rezeki tu akan jadi milik saya. Masa tu, boss saya ni belum jadi boss saya lagi. Tapi dia Nampak macam mana saya kerja keras dan dipergunakan oleh orang lain. Orang lain dapat macam-macam, saya tak dapat apa pun. Desas-desus saya dengar, adjustment kali ni sayalah yang dapat paling banyak. Hal ni pun disampaikan oleh seseorang hari ni kepada saya. Ya Allah, tetapkanlah saya menjadi orang bersyukur, pemurah dan peganglah hati hambaMu ini supaya tidak menjadi orang yang lupa diri apabila diberi kesenangan dan kelebihan. Dan jadikanlah saya ini sebagai orang yang suka melihat kejayaan orang lain. Jauhilah saya dari sifat iri dan dengki. Saya tak mahu hati saya rosak. Tapi saya merasa belas kepada kawan saya yang dapat sikit je adjustmentnya walaupun pangkat berubah. Tambah belas lagi kepada kawan yang naik pangkat lebih dulu dari saya tapi tak dapat adjustment gaji pun. Boss dia tak puas hati. Tapi, apa yang dia buat supaya staff dia dilihat orang? Nantilah, yang tu saya buat entri lain untuk ulas. Terima kasih you alls, kerana membaca xoxo

Thursday, June 29, 2017

Tampil Lebih Berseri

Assalammualaikum korang, Selamat hariraya Aidilfitri, maaf zahir batin. Saya OK ke tak? Entahlah. Yang pastinya, perasaan pagi tadi tu masih ada. Jadi, untuk mengubatnya biarlah saya bercerita tentang hal lain di sini. Serius saya memang tak ada mood dan rasa rindu sangat hari ni. OK, kita terus kepada cerita saya ni. Kemunculan semula saya di Facebook sememangnya memberi pelbagai reaksi sama ada secara terus mahu pun di belakang saya. Saya malas nak ambil pusing komen negative. Biarlah dia orang je yang negative. Saya nak sentiasa positif. Yang negative tu, saya dengar, apa yang boleh saya terima, saya terima. Yang positif, saya jadikan semangat untuk terus melangkah. Kat Facebook, saya ada ramai kawan yang saya tak pernah jumpa pun. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada beberapa orang yang rapat dengan saya. Kami selalu contact menerusi messenger, whatsapp atau telefon. Malah, waktu saya menghilang dari FB, kami terus berhubung dan mereka sangat mengambil berat tentang saya. Kadang-kadang, mereka sangat peka akan perasaan saya lantas terus menghubungi saya. Bila saya tak ada kat FB, sesekali dia orang akan call atau whatsapp Tanya khabar. Alhamdulillah, selain rakan-rakan yang sememangnya mengenali saya, mereka turut menyambut kemunculan saya kembali di Facebook dengan meriah. Siap call dan komen lagi. Kawan: Tak sangka, lepas hilang, Tinta muncul di Facebook dengan penampilan yang lebih berseri. Kawan: Tinta sekarang Nampak lain, Nampak berseri-seri. Kawan: Dia (merujuk kepada perempuan yang menjadi kegilaan si dia setahun lalu) masih macam dulu. Duk melayan ramai lelaki. Tapi si dia tu dah lama tak nampak komen kat wall dia dan dia dah tak meroyan. Tapi masih post gambar-gambar macam dulu. Dengan budak-budak dialah. Tapi yang tak sangkanya, Tinta tampil lebih berseri dari dulu di FB. Nampak perubahan tu. Lol, apa kes, lepas cerita fasal perempuan tu komen penampilan saya kat FB pulak? Apa motif sebenar atau maksud tersiratnya? Hehehehe... Alhamdulillah, Allah yang bagi semua ni. Saya tak adalah nak bertanding dengan si dia tu. Cuma sekadar mahu membuktikan, bahawa saya mampu menjadi lebih baik dari dulu. Jika dia meninggalkan saya kerana si dia lebih bergaya silakan. Saya tak rasa terancam pun sebab saya rasa, saya punya penampilan diri tersendiri. Dan ianya akan develop mengikut masa dan fesyen. Lagipun, saya ni cerewet, mungkin peralihan penggunaan tudung dan sebagainya tidak begitu cepat sebab saya mengutamakan kualiti barangan dan untuk mendapat sesuatu yang berkualiti, bukan boleh dapat banyak dan cepat sebab saya bukan orang kaya. Hanya mereka yang arif saja yang mengenali sesuatu kualiti barangan. Lagi pun, dulu komitmen saya tinggi dan gaji saya rendah. Sekarang Alhamdulillah, Allah legakan sedikit hidup saya. Cakap fasal berseri, saya pun tak tahu. Sebab saya rasa saya masih seperti dulu. Skin care saya, cara penjagaan kulit, rutin saya masih sama seperti dulu. Tak ada yang berubah. Ada waktunya, saya lebih malas dari dulu. Tapi tak tahulah kalau cara makan saya memberi sedikit sumbangan kepada penampilan saya. Apa pun, semuanya datang dari Allah. Pujilah Dia sekiranya korang suka dengan apa yang saya ada sedikit ni. Segalanya saya miliki atas izinNya. Semoga Allah jauhkan saya dari riak dan hujub. Anehnya, sekarang, saya tak rasa saya cantik pun nak-naknya setelah saya kurus. Lepas raya ni, boleh kurus lagi ke Tinta? Ya Allah, takutnyaaaa... Tahu takut. Kembalilah kepada rutin lama kau tu. Jangan nak ngada-ngada makan nasi sangatlah. Ingat, baju oren pemberian nenek tu ngam-ngam je tau. Besar sikit tak muat. Tak muat nanti, kena dendalah kau sampai turun balik badan tu. OK, OK, saya cuba, insya-Allah.

Mengapa Rindu?

Ya Allah, Kenapa hati ini rindu? Kenapa hari ni rindu ni mengamuk? Siapa dia dalam hati saya? Kenapa Ya Allah? Kenapa saya rindu dia? Dia OK ke tak? Kenapa? Kenapa saya rindukannya? Rasa tak tertahan rindu ni hari ni. Ya Allah, Tolonglah hambaMu ini. Jika dia sememangnya Kau takdirkan buatku, maka Engkau permudahkanlah jalan cerita ini. Amin...

Friday, June 23, 2017

Pulang Ke Kampung

Alhamdulillah, you dah selamat sampai ke kampungnya. Kampung pun tak berapa nak kampunglah kalau dah balik bandaraya jugak hehehe... You bila driving suka hantar kat I voice whatsapp. Tapi hari ni, rasa macam tak selesa nak balas dengan voice sebab ada orang dekat I. Hehehe tapi you tu, depan adik you pun you boleh record voice. Depan kawan pun sama, selamba je record your voice and hantar kat I. Apalah agaknya adik dan kawan you fikir. Pernah sekali I call, you driving dengan sister, I cakap, I tak nak ganggu dan nak matikan talian. Tapi you tak bagi, you suruh cakap je. I rasa tak sedap sebab ada adik you. Kesian dia tak ada orang layan. Tapi masa tengah cakap tu, adik you pun cakap sekali dari belakang. Dan masa you hantar I balik, adik you call Tanya kat mana? I ingat you nak jawab, kat luar or dengan kawan. Tapi tak. You cakap, kat bawah rumah Tinta. You ni ada masanya sukar nak diramal. Tapi bila you stress dan busy, I pun jadi stress sebab tak faham you. You tu kalau apa-apa, suka diam dan tak nak cerita kat I. Bila you OK, then you text me. Tapi I bukan nak kawan you masa you senang je. Masa susah pun sama. Kenal pun tak sampai setahun, mungkin sebab tulah kita belum faham sesama sendiri. Alhamdulillah, akhir-akhir ni you macam faham sikit I macam mana. Harapnya keadaan jadi makin baik. Moga Allah permudahkan segalanya. Siapa you? Setakat ni kami kawan tapi selalu contact. Mohon korang doakan yang terbaik buat kami.

Pelik Bin Ajaib

Assalammualaikum semua, Sedang buat apa engkau? Adakah engkau merindu? Seperti aku di sini? Hahaha tiba-tiba nyanyi lagu Ramlah Ram pulak. Entri kali ni, bukanlah niat saya nak mengata sesiapa atau mengata orang yang berstatus seperti ni. Sebenarnya dah lama saya perhati tapi baru malam ni ada mood nak tulis. Saya ni suka baca status orang di Facebook kalau ada masa terluang. Dari situ, tulisan orang dari pelbagai latar belakang dapat saya baca. Daripada status-status tu, saya lihat ada sedikit kurang selesa pada tulisan mereka berstatus janda. Bukan semua ya. SEGELINTIR. Saya bukan mengata tapi ini pendapat saya kepada SEBILANGAN KECIL dari golongan ni. Jangan marah saya kepada yang membaca. Tapi inilah hakikatnya. Dan mereka yang berstatus ini jugaklah yang merosakkan hubungan saya dengan si dia setahun yang lalu. Dulu, saya sangat marah bila orang cakap, hati-hati, dia tu janda. Bukan semua janda berperangai tak baik. Tapi sekarang, apa yang dapat saya rumuskan, tak ada orang lain yang dapat mengubah persepsi masyarakat melainkan golongan tu sendiri. Kalau tengok kat FB, mereka ni lebih berani memaparkan status keinginan mereka hendakkan teman lelaki, pasangan, suami atau apa saja yang seumpama dengannya. Kadang-kadang status mereka ni mengalahkan anak dara. Kalau anak dara yang tulis, kita faham, tak matang. Tapi orang yang pernah menjadi isteri, jadi ibu, takkanlah masih tak matang? Ada sesetengah tu, anak pun dah usia remaja. Kalau anak baca macam mana eh? Baru-baru ni saya baca status LEBIH KURANG begini: "Bestnya kalau ada boy friend, boleh shopping sama-sama, ada orang tolong bawakan barang. Tapi tak ada sorangpun yang sudi. Terpaksalah shopping sorang-sorang," Memang tak salah berkeinginan begitu. Semua orang ada naluri untuk berpasangan. Tapi bila meletakkan status tu dekat tempat umum... Saya rasa apapun status kita, kita masih punya marwah. Dan sebaik-baik pakaian wanita itu malu. Sekurang-kurangnya awak dah rasa hidup berumahtangga. Jadi, banyak pengajaran dan iktibar yang perlu diambil dari pengalaman lepas bukan makin jadi tak matang. Tu belum lagi tengok komen. Melayan, balas-balas komen, gedik-gedik macam budak remaja. Malulah sikit kepada umum. Yang buat ni bukan sekadar janda muda, janda yang 40, 50 tahun pun melayan tak ingat. Ingatlah, bukan semua lelaki yang melayan gedik kita tu betul-betul nak kat kita. Banyaknya saja layan tapi bila nak cari isteri, cari yang bukan golongan gedik. Saya memang terkejut bila baca komen dan status macam ni. Saya pulak yang rasa malu. Berubahlah wanita, sebab kita akan insya-Allah menjadi ibu. Macam mana kita nak didik anak-anak kalau kita tak betulkan akhlak kita? saya bukan baik. Tapi kita sama-sama cuba. Apa? Sekadar tulis dalam FB? Saya tak percaya akan kata-kata ni. Sebenarnya, dari tulisan tulah kita tahu peribadi seseorang tu macam mana. Sebab tulisan tu, apa yang kita fikir, apa yang kita inginkan, apa yang ada dalam hati kita. Tu yang kita keluarkan. Jangan tipulah cakap, saya saja-saja je suka-suka tulis macam tu. Mana ada apa sebenarnya. Karut! Saya tak percaya. Jangan bohong. Tulisan itu peribadi seseorang. Ia menggambarkan siapa kita sebenar. Pesan saya, jangan keterlaluan dalam menulis terutamanya bab-bab lelaki ni. Jangan Nampak kita ni terdesak sangat. Boleh meluahkan keinginan kita, tapi biarlah dalam tulisan yang sopan dan bukan di tempat umum sebegitu. Mohon maaf jika tulisan malam ni menyakitkan hati sesiapa. Sekadar pendapat serta nasihat untuk kaum sejenis saya.

Thursday, June 22, 2017

Baju Raya 2017

Assalammualaikum semua, Buat apa tu? Dah siap persiapan raya? Meh nak cerita fasaal baju raya ni. Tahun ni, dua orang teman saya shopping berasingan. Baju kebaya tu, beli secara tak sengaja. Laaa... Boleh gitu eh? Masa tu, saya dengan Kak Sha on the way balik kerja. Biasalah, NU Sentral kan banyak jualan raya. Kak Sha yang usha baju raya sebenarnya. Bila lalu kat gerai TUCZ, Kak Sha terpandangkan kebaya ni. Kak Sha bagi tahu saya sebab Kak Sha tahu saya suka pakai kebaya pendek. Hahaha... Terpengaruh dengan pramugari MAS. Lagipun, bila pakai kebaya pendek perasan cantik dan smart. Hahahahahahaha (ketawa guling-guling) Perasan tak? Perasan tak? Perasan tak saya? Suka hatilah kalau saya nak perasan pun, blog saya, diri saya. Korang boleh je kalau tak setuju. Nak ngata? Ngatalah. Tak heran pun. Kalau saya tak tulis macam ni pun memang ada yang segelintir tu suka ngata saya kan? Janji saya rasa happy. Biarlah apa orang nak kata. Blog lain tu, OK je tulis fasal diri sendiri. Kawan-kawan dia OK je komen. Pedulikan. Sebenarnya konsep kebaya ni memang konsep warna-warna mewah kot. Ada warna dark blue macam ni, kelabu, putih, krim, hijau dan pink. Pink tak naklah, dah biasa sangat dengan saya. Cuba cari warna lain pulak. Ada satu lagi warna dark blue tapi bunga gold. Kak Sha kata, bunganya sarat sangat. Tak cantik. Tak sesuai dengan saya. Material kain macam lace pun ada, nak kata bukan pun boleh. Dimewahkan lagi dengan perincian manik dan labuci beserta sulam biru terang sikit pada hujung tangan dan bawah baju. Kain pario, kena ikat sendiri kau. Tak pernah beli baju dapat kain cam ni. Mujurlah saya biasa pakai pario, tak adalah terkial-kial nak mengikatnya. Kainnya warna kelabu bunga biru gelap. Baju sahaja RM139.00 baju dan kain RM188.00. Beli jelah sepasang. Terima kasih kakak sales girl pegangkan baju untuk ambil gambar. Seperti yang dah dimaklumkan, En. Mahathir pulak teman saya ke Jakel pada Jumaat sebelum saya balik. Kalau dia yang pilih, semestinya kurung moden. Tak adalah tradisional bagai. Tahun ni, kurung moden di bawah jenama Scha Alyahya masih lagi memikat hati kami. Tapi baju Haniz Zalika dan Ayda Jebat pun ada jugak yang saya try. Baju biru gelap bercorak dan bermanik di lengan tu sebenarnya ada design terbuka kat lengan tu. Memandangkan ada kain lain sebagai alas, tak nampaklah kulit lengan saya nanti. Designnya tak Nampak sebab tertutup. Kalau masuk tangan baru Nampak designnya. Dua kali jugak saya try, dua-dua kali salah masuk tangan sebab confuse dengan design dia. Sampai En. Mahathir suruh saya balik praktis pakai baju ni. Hahahaha... Melampau dia kan? Harganya RM349.00. Satu lagi, kurung moden yang ada design kat depan tu macam peplum. Biru jugak tapi biru cair. Diserlahkan dengan manik juga. Yang ni harganya RM259.00. Manager Jakel bagi saya murah. En. Mahathir runding harga lagi. Biar manager bank berbincang dengan manager Jakel. Hanya manager je yang tahu bahasa manager. Kikiki... Kata manager Jakel, baju yang saya pilih ni berkualiti tinggi materialnya so tak boleh kurang banyak. Hahaha... Yang design koyak kat tangan tu, baju yang Scha Alyahya peragakan kat poster besar. Manalah nak dapat murah? Yang biru muda tu pun kainnya elok. Entah apa yang dia orang bincang, akhirnya, manager Jakel setuju untuk bagi saya RM400.00 untuk kedua-dua pasang tersebut. Masa nak bayar tu, dia happy hours tapi sayangnya, rak baju yang saya pilih ni tak termasuk dalam happy hours tersebut. Sales girl dia kali ni tak best macam sales girl yang dulu. Esok-esok saya cerita fasal tudung pulak ya. Terima kasih En. Mahathir dan Kak Sha sebab sudi temankan saya shopping. Siapa kata saya tak boleh shopping dan beli baju cantik-cantik bila kawan baik saya berpatah arang dari saya?Malah saya rasa, peluang makin terbuka luas buat saya kini. Terima kasih Allah atas semua ni. Dulu ada orang kata nak bagi saya pengajaran dengan membuang saya dan mengeji saya. Tiada pengajaran yang saya dapat melainkan, sahabat yang tulus ikhlas, sesekali takkan biarkan sahabatnya terkontang-kanting dalam kesusahan. Dan takkan pernah meninggalkan sahabatnya walau dalam keadaan apa sekalipun dan dengan alas an apa sekalipun. Insya-Allah, sahabat yang begitu Allah akan gantikan dengan sahabat yang benar-benar ikhlas terhadap kita. Maka saya redha dia pergi. Tak perlulah saya tangisi pemergiannya kerana mungkin Allah mengetahui apa yang terbaik buat saya. Saya yakin, Allah dah siapkan sahabat lain untuk bersama saya yang mampu menjadi penawar pada setiap kedukaan saya dan menemani saya tatkala saya gembira dan bahagia. Maka apa yang saya ada, saya akan kongsikan bersama mereka yang ada dengan saya. Terima kasih, Allah.


Friday, June 16, 2017

Khabar Angin Menjadi Kenyataan

Assalammualaikum pembaca yang budiman, Saya tak berapa sihat hari ni. So, tak ada mood sangat. Hari ni, Allah jadikan khabar angin yang saya dengar sebagai kenyataan. Telefon di meja saya berdering. HR panggil saya naik mengadap. Dalam pertemuan tu, dia bagi tahu saya, bahawa gaji saya dinaikkan kepada jumlah akhir yang saya dengar, Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Engkau terlalu baik dan indah. Kedua, Ya, confirm, saya dinaikkan jawatan kepada senior executive. Saya Tanya, ada apa-apa tambahan kerja ke? Dia kata, dia pun tak tahu. Dia hanya mengikut arahan dari mesyuarat ExCo yang lalu. Katanya, saya teruskan saja dengan kerja saya sekarang. Whatever. Saya malas nak argue fasal tu. Malas nak rosakkan mood gembira dan syukur saya atas kurniaan Allah yang baru saya dapat. Lagi pun tak ada mood nak berhujah dengan HR ni hari ni. Alhamdulillah, sekali lagi Engkau memberi nikmatMu kepadaku dan memberiku berita gembira. Semoga Engkau terus dekat denganku, mendengar segala doa-doaku dan rintihan-rintihanku. Terima kasih Allah, Semoga bertambah rasa keimananku dan kesyukuranku padaMu. Sesungguhnya aku tidak mahu lagi jauh daripadaMu. Kalau ada pembaca yang ingin mempertikaikan semua ni, ketahuilah oleh kalian, bahawa saya bekerja bukan sekadar nama. Hanya boss saya dan orang-orang yang rapat dengan saya je tahu komitmen saya, kemampuan saya serta pemikiran saya dalam melaksanakan kerja saya. Janganlah lagi saya dengar seperti kenaikan pangkat saya setahun lalu, saya ni bossy la, naik kepala nanti dapat pangkat la. Tak ada maknanya semua tu. Tanyalah orang-orang yang rapat dengan saya. Cuma saya memang diciptakan sebagai seorang yang tegas, pandai berhujah, tak cepat mengalah, dan sentiasa berfikir untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan saya termasuk dalam kerjaya saya. Dan saya tak pernah serta tidak pandai membodek untuk mendapatkan apa yang saya nak. Saya berusaha bersungguh-sungguh sampai saya deserve untuk terima apa yang saya nak. Berhentilah kalian mengata yang bukan-bukan dan memfitnah. Buat apa yang kalian patut buat untuk kehidupan kalian. Mana tahu Allah bagi kalian lebih baik dari apa yang saya dapat. Berapa kerat sangat staff yang sanggup korbankan masa peribadinya sampai malam untuk siapkan kerja melainkan terpaksa sebab dateline dengan pihak luar dan sebagainya. Tapi saya? Saya selalu di pejabat walaupun untuk kerja-kerja yang tiada dateline dengan orang luar.

Saturday, June 10, 2017

Berita-berita Gembira Kiriman Allah

Hahaha... Entri ketiga dah ni Tinta. Ah, suka hatilah. Nak tulis jugak. Alhamdulillah, memang Allah itu adil, Allah itu indah dan Allah itu sebijak-bijak perancang. Dia bagi saya duka kerana Dia rindukan saya. Dan dia ubati segala kelukaan saya apabila saya kehilangan apa yang saya sayang. Yang penting, ikhlaskan hati padaNya. Kelmarin, saya mendapat berita: 1. Gaji saya kekal dalam jumlah yang telah dibincangkan semula. Alhamdulillah, banyak jugak naiknya. Saya pun tak sangka boleh naik banyak macam tu. Mungkin Allah tahu yang saya memerlukannya. Dulu, saya sangka seratus dua je naiknya. Tapi Alhamdulillah saya rasa Allah tu terlalu baik dengan saya. Insya-Allah, akan saya kongsikan rezekiMu ini dengan yang memerlukan sama ada manusia atau binatang. Sayakan pencinta haiwan. 2. Saya diberitahu bahawa kenaikan pangkat saya kepada senior executive. Saya masih menanti surat. Saya tak boleh confident sangat selagi surat tak keluar tapi Chairman of Staff Establishment Committee sendiri yang maklumkan pada saya akan hal ini. 3. Saya mendapat kepastian bahawa dua council members akan bawa saya ke suatu mesyuarat bertaraf dunia yang akan diadakan jauh dari Malaysia. Sekarang mereka sedang menyiapkan proposal untuk budget dan mencari tajaan. Jika Allah izinkan, saya akan bersama mereka ke sana. Berdebar jugak saya. Macam manalah keadaannya bila saya terpaksa menghabiskan seminggu masa saya bersama mereka? Mereka tu bukan kawan-kawan saya. Dahlah kat tempat yang terlalu asing bagi saya. Hadoi, kena hadir mesyuarat lagi. Takutnya saya. Saya ni bukan pandai sangat dalam bidang ni. Semoga Allah capaikan impian saya. Saya nak rasa naik kapal terbang berjam-jam lamanya. Itu pun kalau Engkau izinkan Ya Allah. Terima kasih boss sebab propose nama saya kepada mereka supaya mereka bawa saya bersama. Boss memang baik. Saya tak tahu nak balas macam mana kebaikan boss pada saya. Pantang ada peluang, boss pasti rebut peluang tu untuk saya. Boss mesti tolak saya ke depan. Allah pun sangat baik pada saya. Selalu temukan saya dengan orang-orang yang memberi peluang kepada saya, mendorong saya untuk naik, mengajar saya untuk maju. Jadi, mereka yang mengeji saya tu, sekarang ni baik saya abaikan dan lupakan mereka. Bukan saya yang nak lupakan mereka tapi mereka yang menjauh dan membuang saya. Mungkin di luar sedar, Allah dah bagi tahu saya, "Mereka tidak baik untuk kehidupan kamu lalu aku gantikan mereka dengan orang-orang yang kamu perlu dan baik bagi kamu supaya kamu terus maju dan bahagia dalam kehidupan yang aku pinjamkan. Percayalah, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui. Kamu menyukai sesuatu yang tidak baik bagi kamu dan Aku Mengetahuinya, lalu aku gantikan dengan apa yang baik bagiMu walau pun kamu terpaksa melalui suatu jalan kesedihan yang panjang. Nah, rasakanlah kenikmatannya dari kasih sayangKu buatMu," Terima kasih Allah. Janganlah lagi aku tersalah jalan dan menjauh daripadaMu kerana aku tak bisa bahagia tanpa kasih sayangMu. Sudah Tinta, kau dah lambat. Allah dah lama panggil kau mengadap dia. Cepat sebelum Allah murka.

Pangkat Bukan Segalanya

Masih rajin nak menulis. Kalau korang rajin, silakan membaca. Dah lama kan tak tulis blog. Sekali dapat tulis, saya tulislah cukup-cukup hehehe... Semalam, Kak Sariha Tanya saya dengan bersaksikan Kak Sha: Kak Sariha: Tinta, kau naik pangkat lagi eh? Saya terdiam. Gulp! Saya telan liur. Bagaimana harus saya jawab soalan ni? Saya tak nak kawan-kawan kecil hati. Lagipun baru setahun saya naik pangkat. Nanti apa perasaan Kak Sariha? Dia pegang jawatan dia sekarang ni dah lama. Saya baru je dapat jawatan macam dia, lepas tu naik lagi. Saya: Siapa cakap? Kak Sariha: Betul eh? Kak Sariha ketawa. Kak Sha tetap memerhati. Kak Sha: Betul ke? Saya: Mana akak dapat berita ni? Kak Sariha: Kau dapat senior executive kan? Saya harus berdepan dengan rialiti ni. Sampai bila saya nak sembunyi? Satu office, lambat-laun, orang akan tahu. Entah-entah dah jadi buah mulut orang dah sekarang ni. Saya je tak tahu. Saya: Tapi saya belum dapat surat. Kak Sariha: Haaa... Kan betul. Patutlah ada orang cakap... Eh, tak apalah. Saya: Cakap apa? Kak Sariha: Tak yahlah, nanti kau marah pulak orang tu. Saya: Taklah. Saya dah bersedia dah. Saya tahu semua ni akan jadi. Yang penting, bukan saya minta. Siapa cakap? Dia cakap apa? Setelah dipaksa, Kak Sariha bercerita: Rupanya, ada orang seakan sengaja membakar Kak Sariha. Orang: Awak officer eh? Kak Sariha: Taklah. Saya executive. Orang: Kenapa ada orang dapat senior executive eh? Kak Sariha: Siapa? Pelik betul perangai orang ni. Kalau saya, saya tak tanya soalan yang menampakkan kebodohan saya. Dah tentulah kau yang masuk meeting staff establishment kan, mestilah kau tahu kenapa seseorang staff tu dinaikkan pangkat. Kau tak dengar ke perbincangan yang berlangsung. Habis tu kau masuk meeting tu buat apa? Berangan ke? Ke nak suruh council nampak kau dalam meeting so that, council boleh simpulkan yang kau tu berdedikasi? Tanya pada orang yang tak masuk meeting. Dahlah tu, orang yang bukan dari HR Department. Kau ni betul ke tak betul? Ke dah buang tebiat? Orang tu tak jawab soalan Kak Sariha. Dan Kak Sariha terlintaskan saya malam sebelumnya lalu dia tanyalah saya semalam. Kak Sariha: Kau ni tak cerita pun. Saya: Akak, sayapun tak aspek secepat ni. Saya jadi executive baru setahun 1 Jun lepas. Lagipun saya tak naklah benda ni menyakitkan hati kawan-kawan. Kita kan kawan. Saya tak naklah akak terasa hati dengan saya atau dengan management. Saya rasa saya ni belum layak nak pegang senior executive. Saya masih under study boss saya. Kredibiliti saya belum teruji. Saya pun tak tahu kenapa dia orang bagi kat saya. Sebenarnya perbincangan tu tentang gaji saya. Bila dia orang nak bagi lebih, 'orang' tu jugak kata terlalu besar untuk saya. So, dia orang bincang, dia orang naikkan pangkat saya. Kak Sariha: Tinta, kami ni tak kisah. Kalau kawan dapat, syukur Alhamdulillah. Rezeki masing-masing. Tu rezeki kau, tak apalah. Kak Sha: Yelah, bukan kau pergi bodek orang. Cuma bila dapat pangkat tu, kena tunjukkan pada dia orang kita memang layak dan kerja kita pun mesti lebih la lepas ni. Kak Sariha: Akak peliklah orang kat sini, bila orang naik pangkat je, kata kita bodek. Memang ada yang macam tu. Tapi bukan semua orang membodek kat sini. Kita buat apa yang orang suruh. Orang suka dengan kerja kita, orang bagi. Akak dah kena dulu Tinta, masa akak dapat executive dulu, orang tu jugak duk bergosip dengan gang-gang dia kata akak ni tak layak. Lepas tu ada orang cakap, akak ni tulis surat, merayu supaya orang naikkan pangkat akak. Eh, tak ada masalah akak nak buat benda tu semua. Tak mustahil sekarang duk bergosip fasal kau pulak. Kak Sha: Mesti dia orang kata kau bodek council pulak ni. Saya: Ish, tak pernahlah saya. Council kenal saya pun sebab kerja saya. Saya buat kerja dulu, baru council baik dengan saya. Malulah saya nak minta pangkat ni. Gaji tu adalah saya sebut suruh bagi increament. Tapi bukan untuk saya sorang. Untuk semua orang. Macam saya ni wakil staff cakap dengan dia orang. Saya pun bukan nak naik pangkat cepat macam ni. Target saya, lima tahun pegang executive baru dapat naik lagi. Bagi saya, senior executive tu untuk orang yang dah kerja sekurang-kurangnya 10 tahun. Namapun senior kan. Kak Sariha: Biarlah Tinta, kita tak minta. Tapi orang dah bagi, kita ambillah. Takkan nak tolak pulak. Kak Sha: Entah. Ambil jelah. Dia orang tu banyak cakap. Kak Sariha: Kau tengoklah kerja kau macam mana sibuk tak puas hati dengan orang. Oooo... Kalau orang tak layak, habis dia orang yang membodek tu? Tak apa pulak. Sebenarnya saya sungguh tak sangka dengan orang tu. Dalam nama tersenarai untuk MSS pun masih lagi nak cari fasal dengan orang. Apa dia nak dari saya sebenarnya? Saya ni bukan lawan dia. Saya ni buat kerja je tak ada agenda lain. Agenda saya cuma nak buat kerja saya dengan cepat dan mudah, tak ada rintangan dari sesiapa. Dia tak perlu rasa tercabar dengan saya. Saya ni budak setahun jagung. Dia tu otai dah kat sini. Sebab tulah jangan sibuk bodek sana sini, buat je kerja mesti orang Nampak bak kata Kak Fatimah. Boss saya kata, mungkin dia rasa you cucuk fasal dia kat council sebab you baik dengan council. Dia pun cuba cucuk council fasal you tapi dia yang kena. Jadi dia rasa, dia jadi mangsalah. Dia tak fikir tentang apa yang dia buat. Iii... Tak ada masa la saya nak cucuk-cucuk orang ni. Saya dah rasa banyak kesedihan hidup. Saya tak nak Tuhan tu balas cash kat saya akibat mencucuk orang ni. Sampai sekarangpun saya tak confident sangat tentang kenaikan panggkat tu sebab belum dapat surat. Bukan saya sorang je, orang lain yang naik pangkat pun belum terima surat. Tapi semalam, Staff Establishment committee chairman ada Tanya saya, dah dapat belum surat kenaikan pangkat dan gaji? Saya kata belum. Dia suruh saya tunggu dua tiga hari lagi. Entah-entah orang memang tak nak keluarkan surat untuk saya atau saja lambat-lambatkan surat tu sebab bengang. Kalau Allah dah bagi pengajaran pun masih tak insaf, saya tak tahulah nak kata apa.

MSS Bukan VSS

Assalammualaikum semua, Terpaksa datang office sebab supplier kuih hantar kuih raya. Dalam fenomena ekonomi merudum ni, banyak company down size kan staff dia disebabkan oleh keadaan kewangan yang kritikal. Tak terkecuali my office. Actually, my office ni bukanlah kritikal pun kewangannya. Cuma mereka nak safe money dan tak nak gaji kan orang-orang yang dirasakan tak perlu atau pun, gajikan orang yang bergaji besar, tapi kerja sikit. Untuk first group ni, tiga orang staff ditawarkan untuk MSS. Bila sebut MSS ni, maknanya, dia bukan volunteer nak berhenti tapi orang yang telah dipilih dan ditawarkan. Tidak terbuka kepada semua. Tiga orang ni semuanya dari department HR dan Admin. So minggu ni, terjawablah soalan ura-ura staff yang nak kena MSS tu dengan tiga orang ni dipanggil oleh board. Yang sorang tu, memang beberapa minggu ni Nampak masam je muka dia. Mungkin dia dah tahu awal kot yang dia termasuk dalam senarai MSS. Saya rasa, dia sendiri amat terkejut bila mendapat tahu dia tersenarai. Yelah, selama ni kedudukan dia kat office ni kan kukuh walau pun tak berfungsi sebagai selayaknya. Benarlah kata pepatah orang Melayu, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke Tanah juga." Saya bukanlah bergembira atas terpilihnya dia untuk MSS ni. Tapi sekadar mengingatkan diri sendiri dan mengambil pengajaran apa yang berlaku di hadapan mata. Saya tahu, dia pasti rasa teraniaya. Tapi pernah tak dia fikir, sepanjang dia memegang kuasa kat office ni, berapa orang dah teraniaya disebabkan dia? Ada yang diberhentikan kerja begitu saja tanpa sebab yang kukuh hanya sekadar staff berkenaan tidak disukainya. Itu yang sampai office kena saman dengan sorang daripada staff yang pernah diberhentikan tu. Akibatnya, office terpaksa membayar puluhan ribu ringgit kerana kalah dalam perbicaraan mahkamah. Sebenarnya politik office saya ni memang dahsyat. Saya tak pernah terfikir pun akan melihat semua ni. Ingatkan dalam Samarinda je benda ni berlaku. Sebenarnya, saya dah dengar beberapa bulan awal akan hal dia ni. Saya tergamam. Tak sangka sampai sebegitu nasibnya. Saya bersimpati padanya. Tapi saya fikir, mungkin berita ni sekadar cakap-cakap saja kerana ia dalam pertimbangan. Saya berharap agar apa yang saya dengar tu, taklah begitu drastic. Meskipun banyak benda saya tak puas hati dengannya, tak pernahlah saya sampai mendoakan agar semua ni terjadi ke atasnya. Paling kuat pun, saya sekadar doa supaya dia ditukarkan ke department lain macam dulu. Saya faham, keputusan ni dibuat sebenarnya bukan kerana board bencikan dia tapi atas kesilapannya sendiri. Tak perlulah saya huraikan lebih lanjut tentangnya buat masa ni. Selagi sikapnya tidak melampau pada saya, maka biarlah. Apa yang saya boleh simpulkan di sini, jika kita mendapat sesuatu pangkat atau kuasa dengan membodek, pasti akhirnya Allah akan tunjukkan kebesaranNya sebab pembodek biasanya menganiaya orang lain.

Tuesday, June 6, 2017

Segala Perasaan

Assalammualaikum semua... Mesti korang dah dengar lagu ni kan? Best tak? Sekarang ni saya tengah gila lagu ni. Duk ulang-ulang dengar lagu ni. Sampai sibuk nyanyi sekali. Meh kita abadikan liriknya di sini: Ketika cinta telah bersarang Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa. Dan rindu datang setiap saat Seolah tak mengizinkan sedetik untuk berpisah. Dan kini aku di sini Merasakan segala keindahan dirimu Menutup mata atas kelemahanmu Ku melihatmu sempurna Tak terungkap kata. Hilanglah kenangan luka Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta Dan memberi harapan untuk kita berdua Saling menjaga dan setia Untuk selamanya. Tak sanggup aku melawan rasa Segala perasaan memangku jatuh cinta Dan kini hanyalah untuk dirimu Persembahan untukmu Dirimu kekasihku. Merasakan segala perasaan cintaku Di dalam pengabdian seumur hidupku Saling menjaga dan setia Saling menjaga dan setia Selamanya. Ketika cinta telah bersarang Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa.

Monday, June 5, 2017

Tahniah, You

Assalammualaikum semua, Tak sempat nak update blog. Harap semuanya OK. Oh ya, selamat berpuasa semua. Semoga Allah jadikan Ramadhan kali ini lebih indah buat kita daripada Ramadhan yang terdahulu. Saya terima Whatsapp dari you Jumaat lalu. Bagi saya link dan iklan promosi. Malas tertanya sendiri, saya lantas tanyakannya, "Produk you ke ni?" "Yup. The reason I super busy," Terdiam saya sejenak. Rasa tertampar dengan ayat itu. Sebab saya selalu berprasangka padanya tentang kesibukannya. Dia macam tahu-tahu je yang saya kerap meraguinya. Apapun, tahniah you kerana Berjaya menghasilkan produk sendiri sebagai permulaan business. Patutlah macam happy je. Hantar ucapan selamat berbukalah, buat lawaklah. Bila saya Tanya something pun happy je balas. Alhamdulillah you, sibuk bekerja pun masih sempat usaha untuk diri sendiri. Waaa... Siap buat delivery sendiri lagi. I doakan, semoga perniagaan you akan terus berkembang maju dalam keberkatan Allah. Dah Berjaya nanti jangan lupa kat I tau hehehe...

Wednesday, May 24, 2017

Ketandusan Idea

Assalammualaikum semua, Hari ni saya nak komen sesuatu yang mungkin sensitive bagi sesetengah pihak. Tapi komen saya ini ikhlas dari hati, dari komuniti yang sama. Ramai yang tahukan, yang saya ni suka berterus-terang bukan berpura-pura. Tapi orang yang tak suka kat saya tu, pasti pandang negative je apa yang saya buat atau tulis. Sebab mereka ni emosional lebih, tak professional. Kalau dah tak suka kat sorang tu, buruk je yang dipandangnya. Ah, biarlah nak kata apapun, semoga tulisan ini akan memberi impak yang positif kepada subjek yang akan saya huraikan nanti. Tapi kalau subjek tidak dapat menerima komen ini dengan baik atau orang-orang sekelilingnya mengkritik saya, mengecam, menghina dan mengumpat saya di belakang seperti apa yang dibuat, terserah. Jika mereka tidak dapat menerima dengan hati terbuka, moga tulisan ini lebih memberi manfaat kepada orang lain yang sama dengannya. Rancangan Gema Gegar Voganza baru saja melabuhkan tirainya. Antara yang menjadi perhatian adalah Azmi dari Kumpulan Caliph Buskers. Azmi, tak perlu dipertikaikan lagi kemantapan vokalnya. Even saya sendiri antara yang meminati lontaran suaranya sejak sekolah, sejak sebelum dia menjadi artis serta dikenali ramai. Malah sebelum dia dikelilingi kawan-kawan yang ramai seperti sekarang. Cuma saya adalah saya. Tak adalah saya nak sentiasa bersamanya atau menunjukkan minat saya padanya. Jumpa Siti Nurhalizapun saya masih boleh relax dan control diri saya kan. Apalah sangat ada pada seorang manusia melainkan bakat yang dikurniakan Allah jua. Itu yang saya belajar sewaktu menuntut di UiTM dulu. Fakulti saya sememangnya ramai artis keluar masuk. Apa yang nak saya perkatakan di sini, bukanlah mengkritik Azmi. Saya tak tahu siapa yang menjadi pereka persembahan Azmi. Dari segi vocal, suara, nyanyian saya rasa tak perlu siapapun pertikaikannya kerana Azmi mempunyai kekuatannya tersendiri dalam melantunkan suaranya hingga semua orang terbuai dek kelunakannya termasuk saya sendiri. Walau bagaimanapun, lakonan Azmi yang mengaitkan kehidupan rialitinya sebagai seorang yang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan amat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa pemberi idea, penerbit atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada persembahan Azmi tidak kreatif dalam menampilkan Azmi sebagai penghibur. Saya bertanyakan pendapat rakan-rakan pejabat, mereka juga tidak suka akan lakonan berkenaan. "Yes, he is blind, so what?" Namapun lakonan, tak perlulah Azmi berlakon dengan watak dia sendiri. Masyarakat Malaysia terlalu sempit pemikirannya termasuk SESETENGAH mereka yang berkecimpung dalam bidang seni dan penyiaran. Lakonan bukanlah suatu rialiti top show atau rancangan dokumentari yang memaparkan kehidupan sebenar subjek. Malah, lakonan Azmi sebelum menyampaikan Lagu Damai Yang Hilang langsung tidak ada kena-mengena. Tidak ada kesinambungan. Ayat pertama yang dituturkan oleh pelakon perempuan itu pun sudah memberi gambaran kepada saya yang lakonan tidak ada kesinambungan dengan lagu. Saya tak tahu siapa yang beri idea ini. Bukan blind tak boleh berlakon malah, di sekolah, blind sering dilibatkan dengan persembahan pentas dan sebagainya dan pementasan berkenaan langsung tidak ada kena-mengena dengan kecacatan. Pementasan bangsawan Keris Laksmana Bentan misalnya, mendapat tempat di hati penonton sehinga bertahun lamanya. Pementasan ini membawa kesan yang mendalam di hati penonton apabila dilakonkan oleh blind siap dengan pergerakan dan pertikaman keris. Bila Azmi ditampilkan dengan watak bapa yang buta, tidak ada lagi nilai kejutan penonton di situ dan Azmi memukau penontonnya dengan nyanyiannya sahaja. Sekiranya Azmi ditampilkan dengan lakonan yang lebih mantap tanpa melibatkan kebutaannya, saya percaya beliau pasti memukau para penonton dengan lebih dalam. Kalau beginilah orang-orang yang ada di sekeliling Azmi, saya rasa peluang Azmi dalam industry ini akan jadi terbatas. Semua penampilan Azmi nak ditampilkan dengan watak asalnya sedangkan saya yakin, Azmi boleh buat lebih daripada itu. Watak-watak begini akan membuatkan orang-orang yang biasa dengan blind ni jadi bosan kerana hal sedemikian telah diketahui. Tiada kejutan yang istimewa. Sebagai penonton, saya ingin melihat Azmi yang lebih mantap dan ia harus melakukan eksplorasi seni yang lebih mendalam bagi mengekalkan tambatan hati peminatnya. Saya tidak salahkan Azmi dalam hal ini tetapi, orang-orang di sekelilingnyalah yang harus mengajar Azmi untuk jadi penghibur yang lebih out standing. Ya, Azmi blind dan terbatas. Namun, keterbatasan itu boleh diatasi dengan adanya tunjuk ajar, latihan yang kerap serta rasa percaya kepadanya. Jika kesemua elemen ini ada, saya pasti Azmi akan menjadi penghibur yang lebih disegani. Cukup cukuplah tampilkan Azmi dengan sesuatu yang biasa. Bagi dia peluang untuk buat sesuatu yang lebih mencabar dan membuatkan orang kagum dengannya. Saya tahu, tanpa pergerakan dan lakonanpun orang sudah mengagumi Azmi akan kelunakan suaranya. Tapi bagi orang yang dah biasa dengan blind, hal itu biasa. Berapa ramai artis Malaysia ni bersuara merdu dan mantap? Kelebihan suara tu sebenarnya biasa bagi seorang penyanyi. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Tapi kalau seorang penyanyi blind ni boleh menjadikan persembahannya setanding dengan artis lain, ia pasti cukup mengagumkan. Dari awal Azmi muncul lagi, saya sudah tidak setuju apabila Edry memaklumkan bahawa orang yang akan menyanyikan Roman Cinta adalah orang yang istimewa kerana dia OKU Penglihatan. Come on, blind tu biasa. Tidak ada apa yang istimewanya pada seorang blind melainkan dia memang istimewa. Bila diumumkan begitu, masyarakat akan kata "Ooo... Blind, patutlah best," Padahal kalau tak blind pun Azmi memang sedap bila menyanyi. Bukan menyanyi jadi best sebab dia blind. Ada yang kata, "blind, patutlah tak banyak pergerakan," Bukan tak ada penyanyi normal yang tak banyak bergerak. Sedangkan dia boleh bergerak bebas sekiranya dia dilatih walaupun dia blind. Penyanyi biasapun belajar bagaimana untuk bergerak di pentas secara formal ataupun tidak. Ada yang masuk kelas dan ada yang belajar sendiri dengan menonton persembahan orang lain. Saya tahu hal ini sebab saya datang dari latarbelakang pendidikan seni. Pada saya, jika Edry tidak mengumumkan sedemikianpun, orang akan stay tengok Azmi masa AJL tu kerana suaranya memang memukau siapa saja yang mendengar walaupun orang tak tahu yang dia blind. Stevie Wonder, pada awal pembabitannya dalam bidang seni, dia tidak diwar-warkan sebagai blind sehingga lagunya top dan sering berkumandang di corong-corong radio dan membuatkan pendengar tertanya-tanya siapakah beliau? Dan akhirnya, pendengar menerima dan menyanjungi bakatnya dahulu sebelum mengetahui dia blind. Itu yang kita nak. Blind diterima kerana bakatnya bukan kerana dia blind. Tak semestinya blind tu nyanyi best. Harap masyarakat Malaysia ni akan terbuka fikirannya seiring masa beredar.

Monday, May 22, 2017

Prasangka

You, Sekali lagi I minta maaf. I tak tahu kenapa you, I selalu prasangka kat you. Mungkin kenangan silam yang buat I jadi macam ni. Tapi bila I prasangka kat you, I mesti rasa tak sedap hati. Rasa resah. You, Kenapa I jadi macam ni? I pun tak faham dengan diri I sendiri. Kenapa I susah nak percaya kat orang nak-naknya orang yang baru I kenal. Cuma I mohon pada Allah agar perasaan buruk ni tidak memudaratkan kita. Terima kasih you sebab sabar dengan soalan I. I bukannya apa, sekadar ingin tahu hati you, apa yang you rasa. Adakah sama yang I sangka. Sebab I bukan kenal you sangat. So, I tak tahu sikap you, perangai you. Ya Allah, Jika dia memang seorang yang baik, maka buanglah semua prasangka dalam hatiku ini. Jauhkan hati ini dari hasutan syaitan. You, Terima kasih atas kesudian you mendengar luahan I dan menasihati I.

Sunday, May 21, 2017

Siapa Bagi Dia Eksekutif?

Dalam orang suka kat kita, pasti ada yang bencikan kita. Yang iri pada kita dan yang dengki akan kita. Begitu juga dengan saya. Ada je orang yang tak puas hati dengan saya. Tak apalah, dah lumrah macam tu kan. Dah hampir setahun dah saya naik pangkat. Tapi ada pulak yang mempersoalkan. Yang pelik tu, boss HR sendiri yang mempertikaikannya. Pelik kan? Dia buat kerja ke tak ni sampai staff dah naik pangkat beberapa bulan pun tak tahu? Ke saja buat-buat tak tahu? Suatu hari, saya berbincang dengan sorang kakak ni di mejanya. Dia ni bekas HR. Tiba-tiba telefon di mejanya berdering. Dari nada yang kedengaran, saya tahu tu panggilan dari dalam. Saya tak tahu apa butir percakapan dari sebelah sana. Cuma, saya dengar jawapan dari kakak ni. Kakak: Memang dia exec. Surat yang officer tu kan dia tak sign. Lepas tu kan masuk meeting ExCo balik. Lepas tu keluar surat baru as a exect. Siapa bagi tu saya tak tahulah. Puan yang arahkan saya suruh keluarkan surat sebagai exec. Saya kan bagi puan draf surat tu. Puan kata OK, saya bagilah kat dia. Siapa bagi saya tak tahu. Tapi puan yang arahkan saya suruh bagi surat dan jawatan tu kat dia. Salinan surat tu pun ada kat HR. Demi mendengarkan executive dan officer tu, saya dapat agak. Mereka sedang bercakap tentang saya. Dah kenapa pulak ni? Ada masalah ke dengan jawatan baru saya? Semuanya kan dah selesai. Saya: Siapa tu, kak? Tanya saya setelah kakak tersebut meletak gagang telefon. Kakak: Puan ... Saya: Dia tanya fasal saya kan? Kakak: Mana kau tahu? Saya: Alah, kalau dah cakap fasal tak sign surat officer tu, sayalah, siapa lagi? Kakak: Ha'ah, dia tanya siapa bagi kau eksekutif. Manalah aku tahu. Kau yang suruh aku draf surat tu. Bagi kau semak, takkan kau tak baca jawatan yang aku tulis dalam tu. Dah berbulan kot kau pegang jawatan tu. Baru sekarang nak tanya? Takkan kau HR kau tak tahu pasal staff kau? Habis kau buat apa selama ni? Bila kau tak suka orang tu, kau nak turunkan jawatan dia balik ke? Patutnya staff yang tanya kau soalan tu, ni dia pulak yang tanya kita soalan tu. Dia ingat aku ada kuasa ke nak bagi orang jawatan suka-suka hati? Sakitlah hati aku ni dapat boss macam ni. Panjang bebelan kakak tu lepaskan perasaan. Saya: Peliklah dia tu. Kenapa tiba-tiba persoalkan pulak? Selama ni tak tanya pun. Kakak: Entah mimpi apa entah tiba-tiba tanya. Saya: Oooo... Mungkin dia tengok kat memo saya hantar kat dia pagi ni kot. Tengok rasa tak puas hatilah. Sebab tu tanya akak. Dia tak suka kot orang naik pangkat. Habis orang ni nak duduk tahap tu je dari masuk kerja sampai pencen? Dia boleh pulak naik pangkat, naik gaji. Sabar jelah dengan orang yang hati busuk macam ni. Depan bukan main baik. Belakang... Jangan sibuk nak dengki kat orang. Buat kerja awak tu elok-elok sebelum orang menyampah kat awak. Lebih teruk kalau pihak atasan yang menyampah kat awak. Nahas awak nanti. Ya Allah, berilah petunjuk pada hambaMu yang satu ni.

X-Garcia Yang Tak Diduga

Masih lagi berkisar kepada kerjaya saya. Tahun ni, office memutuskan untuk bagi staff X-Garcia. X-garcia ni diberi percent daripada gaji. Paling tinggi pun, akan dapat 25 pratus je berdasarkan KPI. Alhamdulillah. Dah diterima pun beberapa bulan lalu. Bila saya cek akaun saya, saya rasa tak percaya melihat amount yang masuk ke dalam akaun saya. Betul ke semua jumlah tu X-Garcia? Saya tunggu surat keluar. Ya benar. Jumlah tu semuanya dari X-Garcia saya. Ya Allah, terima kasih Allah, terima kasih. Boss saya tanya saya, berapa saya dapat? Yalah, mesti dia nak tahu banyak mana saya dapat hasil daripada KPI yang dia bagi kat saya. Saya beritahu boss. Boss kata, banyak jugak. Bila dikira-kira, ianya 21 pratus point something daripada gaji saya. Syukur Allah, sebab bagi saya semua ni. Dengar khabar jugak, selain daripada orang yang naik pangkat dapat gaji baru ikut jawatan, semua staff insya-Allah akan dapat kenaikan dan kenaikan tu akan diberi sejak dari Januari. Apa pun, jangan happy dulu. Macam-macam boleh jadi. Kita tunggu surat atau pelaksanaannya dulu.

Sesuatu Yang Tak Disangka Menjadi Pertikaian

Assalammualaikum readers, Jarang update blog sebab sibuk sikit kebelakangan ni. Hari ni saya nak bercerita tentang saya jugak. Blog ni, saya jadikan sebagai diari harian saya. Sebab tulah cerita fasal saya je. Kalau tak suka, anda boleh memilih untuk tidak mengunjungi blog ni. Tak ada apa yang penting pun di sini melainkan kenangan-kenangan saya, perasaan saya dan semuanya tentang saya. Baiklah. Allah sentiasa menguji kita yang bernama manusia. Begitu juga dengan saya yang tak terkecuali daripada diuji. Saya naik pangkat dah nak masuk setahun dah bulan depan. Tapi gaji belum naik lagi. Be positive Tinta, Allah nak uji sejauh mana kesabaran dan kesyukuran saya padaNya. Alhamdulillah, saya masih boleh berbelanja seperti biasa. Adakalanya, saya rasa duit saya banyak dan berlebih. Tapi gaji sama je macam sebelum ni. Mungkin Allah kesiankan saya makanya Allah cukupkan rezeki saya dengan memberi saya rasa cukup malah lebih. Padahal, gaji bukan besar pun. April lalu, saya mendapat khabar angin yang gaji saya dinaikkan sekian amount. Alhamdulillah saya bersyukur. Allah itu Maha Baik. Entah di mana silapnya, sampai sekarang gaji saya belum naik. Allah uji. Sabar Tinta. Mungkin lepas ni kau akan merasa manisnya dari ujian ini. Nak kata frust sangat tu taklah. Sebab saya rasa duit saya masih cukup meskipun kalau dikira rasa macam tak cukup. Tapi belanja punya belanja cukup. Walaupun sibuk membeli Lancome. Awal bulan hari tu, saya kan jadi pengacara majlis. Tanpa bayaran. Tapi Allah bagi kegembiraan pada saya dari event tu. Ianya lebih bermaknakan? Yakinlah, itu yang terbaik buatmu Tinta. Nanti saya akan ceritakan dalam entri lain tentang event tu. Angin membawa khabar, apa yang berlaku pada saya dalam majlis tu jadi pertikaian untuk gaji saya. Dengarnya, dari amount sekian, ada orang yang fight untuk gaji saya dinaikkan lagi sebab, katanya, saya merupakan sesuatu yang penting dalam imej office saya. Ya Allah, saya tak pernah fikir macam tu. Tapi ada orang yang menilai saya sampai ke tahap tu? Ya Allah, Engkau menunjukkan kebesaranMu padaku yang kerdil lagi hina ini. Saya tak buat apapun yang lebih Allah, sekadar cuba buat yang terbaik atas apa yang diarahkan dan dalam lingkungan bidang tugas saya. Benarlah janjiMu, ada bahagia sesudah derita, ada manis dalam pahit. Dan kini Kau sedang menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaanMu mengatur hidupku. Tak sangka ada orang yang sudi fight lagi untuk gaji saya. Ya Allah, sebagaimana ikhlas dan baiknya orang terhadap saya, berilah jua keikhlasan dan kebaikan dalam hati saya buat orang. Dan dengar khabarnya amount sekian dipersetujui untuk dinaikkan kepada amount baru. Walaupun tak seperti diminta oleh orang-orang berkenaan, amount baru ni banyak bagi saya memandangkan office ni susah nak bagi staff. Gaji saya jika benar begitu pun taklah sebesar manapun jika dibandingkan dengan orang lain yang bekerja di tempat lain. Tapi sekurang-kurangnya, insya-Allah, dapatlah saya buat apa yang saya nak. Terima kasih Allah. Semoga amount yang telah dipersetujui tidak dikurangkan. Saya inginkannya.

Tuesday, May 16, 2017

Apa Benar?

Ya Allah, Apa benar perasaan yang ku alami ini? Ya Allah, Berilah aku petunjukMu. Jangan sampai salah lagi. Aku takut. Dan teruslah Kau pegang hatiku, jangan sampai aku jauh daripadaMu. Ya Allah, Kenapa sering aku diuji begini?

Saturday, May 13, 2017

Warna Tema 2017/2018

Assalammualaikum readers, Puasa dah tak lama. Semua orang di samping menjalani ibadah puasa pasti nak buat persiapan raya kan? Mesti korang semua terfikir-fikir nak pakai baju warna apa untuk raya ni kan? Saya pun fikir benda yang sama. So, setelah membuat pembacaan di beberapa blog, inilah hasilnya. Kebanyakan blog menjadikan pantone.com sebagai rujukan. Untuk tahun 2017/2018, pantone.com telah memilih greenery sebagai warna utama. Namun, buat mereka yang tak gemarkan warna hijau, pantone.com memberi sembilan lagi pilihan warna kepada semua. Nak lebih jelas, sila rujuk pantone.com Baiklah, mari kita lihat 10 warna berkenaan: Cewah, macam nak tulis majalah kecantikan dan fesyen pulak bahasanya ya. 1. Niagara:
Niagara merupakan warna biru klasik yang seakan-akan biru seluar denim. Warna biru ini dikatakan sebagai warna yang tenang. 2. Primerose Yellow:
Warna ini merupakan warna yang berlawanan dengan warna niagara. Warna kuning ini merupakan warna hangat yang dapat memberi semangat kepada si pemakai untuk beraktiviti. 3. Lapis Blue:
Selain biru Niagara, terdapat biru yang lebih gelap yang dikenali sebagai Lapis Blue. Warna ini dapat membuatkan si pemakai lebih bertenaga dan meningkatkan keyakinan diri seseorang. 4. Flame:
Flame atau oren kemerahan menjadi salah satu warna yang banyak digunakan dalam industri fesyen moden terutamanya satu-dua tahun mendatang ini. Palet warna ini disimbolkan sebagai warna yang lincah dan ceria. 5. Island Paradise:
Rangkaian warna musim ini didominasi oleh warna biru. Salah satunya adalah Island Paradise. Biru kehijauan ini dimaknakan sebagai warna segar dan menenangkan. 6. Pale Dogwood:
Pale Dogwood atau merah muda terang ini dikatakan sebagai warna suci dan mendamaikan. Meski terlihat pucat, ianya dapat diserlahkan dengan paduan warna kontras lainnya. 7. Greenery:
Membawa kesan yang segar, warna ala-ala rumput lumut kelihatan garang dan unik berbanding "colour of the year" bagi tahun 2016. Warna ini menjadi "colour of the year 2017" di pantone. Warnanya neutral dan menjadi pengimbang kehidupan. 8. Pink Yarrow:
Meriah, unik dan berani. Itulah yang diterjemahkan dari warna merah jambu keunguan ini. Warna ini sesuai digunakan menerusi busana yang meriah untuk sebuah pesta yang gilang-gemilang demi memberi semangat dan keceriaan kepada si pemakai. 9. Kale:
Terinspirasi daripada dedaunan dan sayur Kale, Hijau gelap ini kelihatan segar dan hidup. Warna ini merupakan warna alam yang sesuai dipadukan dengan warna warna terang agar ianya menjadi lebih segar dan hidup. 10. Hazelnut:
Warna coklat dengan sedikit semburat kemerahan yang sesuai dipadukan dengan semua warna terang dan gelap ini bersifat hangat. Ia juga merupakan warna transisi yang boleh dikenakan dalam semua acara dan aktiviti. Kesimpulannya, setiap warna mempunyai sentuhan emosi dan perasaan yang berbeza-beza. Sebagai pemakai, terserahlah kepada anda untuk menentukan warna mana yang menjadi pilihan anda untuk dikenakan bagi sesuatu acara atau aktiviti. Ianya pasti tampak lebih menarik dengan panduan warna yang sesuai. Semoga pembaca sekalian mendapat idea daripada tulisan ini untuk memilih warna pakaian terutamanya menjelang hari raya nanti.