SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, December 28, 2015

Awak...

Awak, saya rasa pelik, kenapa sejak kebelakangan ni status FB awak berbentuk gambar? Saya tak boleh baca tulisan tu. Saya rasa awak maklum akan kelemahan screen reader saya kan? Ada kawan bacakan saya. Status awak, macam awak pasrah dan redha akan sesuatu. Dari tulisan-tulisan tu, saya rasa awak sakit. Betul ke awak? Awak sakit ke? Tapi sakit apa? Kenapa awak tak nak kongsi dengan saya? Kenapa awak mesti sembunyikan dari saya? Saya tahu, awak hanya mahu berkongsi senang je dengan saya. Awak tak nak susahkan saya. Tapi saya kawan dengan awak bukan untuk senang je. Mungkin saya tak boleh tolong awak macam awak tolong saya. Tapi saya ada cara saya untuk susah dengan awak. Tak perlulah awak berdiam diri. Sebab ni ke awak lukakan hati saya?

Sunday, December 27, 2015

Takdir Membawa Dukacita

2015 melabuhkan tirainya dengan tabir dukacita dalam hidup saya. Dengan satu kiriman Whatsapp, saya faham, peristiwa lima tahun lalu berulang. Masya-Allah... Dahsyatnya luka ini. Apa lagi luka di tempat yang sama. Serasa seluruh tubuh saya ini dihiris dengan belati tajam. Tiada satu bahagianpun terkecuali. Sakitnya nauzubillah. Saya rasa ingin menggelupur untuk menahan bisanya. Saya ingin meraung, meratap dan menjerit, memberitahu isi dunia bahawa saya dalam kesakitan yang amat. Duduk, bangun, berdiri, berjalan, berlari tidak mampu mengurangkan pedih ini. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya saya. Pada siapa harus saya luahkan kesakitan ini? Siapa yang boleh menenangkan saya dalam keadaan saya bersendirian begini? Siapa yang boleh memeluk saya lalu menyalurkan kekuatan untuk saya terus bertahan? Siapakah yang boleh membisikkan kata-kata azimat buat merawat luka jiwa ini? Ya Allah, saya perlukan seseorang untuk berbicara, meluahkan rasa ngilu tak terperi ini. Telah separuh hari saya habiskan dengan menangisi apa yang berlaku. Mata mula membengkak dan kepala saya mula sakit dek kuat menghambur tangis. Tapi saya tak mampu untuk menahan tangis ini dari terus meledak. Saya tak kuat, Tuhan. Saya rasa saya tak kuat meskipun janjiMu, dugaan itu setimpal dengan kemampuan hambaMu. Saya cuba habiskan masa bersama tidur agar saya dapat berehat seketika dari perit ini. Tangisan yang saya bawa tidur pasti bersambung tatkala saya jaga dari lena. Kerana nyata itu membawa ingatan saya padanya, pada peristiwa ngilu itu. Ya, aku ada Dia. Ada Dia yang sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Lalu ajaran-ajaran azimat itu melarang saya dari meraung, menjerit... Kerana saya ada Dia. Ada Dia yang sentiasa menanti rintihan ciptaanNya. Pedih, pedih dan pedih. Sampai saat entri ini ditulis saya masih mengacip gigi, menahan sakit yang amat. Saya tak tahu bila akan sembuhnya. Adakah dua tahun seperti kelukaan pertama dulu? Innanillahi wainna ilaihi rajiun... Engkau merancang di atas, aku merancang di Bumi. Namun perancanganMu lebih hebat. Dan aku akur dengan takdirMu kerana usaha dan tawakal telah ku cucuri ke atas benih-benih perancanganku. Aku yakin, setiap kekecewaan yang Engkau suratkan, ia berlaku mengikut kehendakMu dan dalam masa yang sama, Engkau sedang membuat perancangan yang lebih baik buat hambaMu. Semoga, sesuatu yang lebih baik akan Engkau berikan padaku sebagai hadiah daripada kelukaan ini. Sesungguhnya Engkau terlalu indah Tuhan, dan sentiasa ada kejutan buatku.

Saturday, December 26, 2015

Mungkinkah???

Naluriku merasakan bahawa, peristiwa lima tahun lalu akan berulang. Ya Allah, pedihnya luka ini. Apa lagi luka di atas luka. Pasti bisanya sukar diubati. Namun siapalah aku untuk menahan takdir? Aku mohon Tuhan, ikhlaskan hatiku untuk terima semua ini. Jadikan aku hamba yang redha dengan segala ketentuanMu. Yakinkan hati ini bahawa ketika ini Engkau sedang merancang sesuatu yang lebih baik buatku. Amin.

Saturday, September 26, 2015

Rindu Tak Bertuan

Saat bersendirian begini, hati diusik rindu pada Si Dia. Si Dia yang tidak saya kenali, tidak saya tahu nama dan asal-usulnya. Si Dia yang tidak pernah berhubung dengan saya, Si Dia yang juga mungkin merindukan saya. Yang telah Allah tentukan bertunasnya perasaan ini. Kami sama-sama menjalani hari-hari mendatang. Dengan penuh kesabaran menanti pertemuan rencana Allah yang amat indah dan rapi susunannya. Mungkin ada di kalangan pembaca mentertawakan saya dengan wujudnya entri ini. Tapi biarlah. Perasaan ini tidak dapat saya luahkan pada sesiapa. Lantas saya ambil keputusan untuk mencoretkannya di sini. Mungkin juga Si Dia yang tidak saya kenali itu membaca entri ini cuma Si Dia juga tidak tahu, sayalah yang dirindui dan dicarinya. Pesanan buat Si Dia: Jagalah diri awak baik-baik Janganlah berputus-asa dengan pencarian ini Kerana saya akan terus setia berdoa dan menanti kehadiran awak Bila tiba waktu yang dijanjikan. Saya juga akan berusaha untuk menjaga diri saya Untuk awak yang saya rindui Kerana saya percaya Masanya akan tiba. Andainya... Pertemuan itu telah disuratkan tidak di fana ini Maka teruskanlah berdoa Agar kita dipertemukan di sana nanti. Hakikatnya awak, Saya amat rindukan awak, Rindu untuk ditemani, Rindu untuk menemani, Rindu untuk bercerita tentang kehidupan yang pernah saya lalui sebelum hadirnya awak, Rindu untuk berkongsi pendapat menentukan hala tuju hidup ini, Rindu mendengar kisah-kisah yang awak lewati sebelum adanya saya, Rindu mendengar kata nasihat serta perangsang awak buat saya. Demi masa yang berputar, Saya mohon awak bersedia untuk bertemu saya, Mohon siapkan diri awak untuk menjadi imam dan ketua saya, Sementara pada detik yang tidak pernah akan berhenti, Saya juga akan persiapkan diri saya, Untuk menjadi makmum dan pengikut yang baik, Yang menjadi idaman setiap imam, Yang dirindui oleh seorang lelaki Untuk menempuh suka-duka hidup ini. Jika ada masa terluang, Akan saya coretkan lagi cebisan titipan buat awak yang saya rindu. Sekian, Dari saya yang jauh

Thursday, September 24, 2015

Cemburukah Saya? Bahagian 2

OK, ni episod akhir untuk entri sebelum ni. Sipulan akhirnya bekerja secara sambilan harian dan kini kontrak di sebuah kementerian. Kontraknya disambung dengar khabarnya kerana ada orang besar dalam kementerian berkenaan yang berusaha untuk disambung kontraknya. Demi memajukan diri, semestinya saya juga mencari peluang yang lebih baik. Setelah menghantar resume kepada kementerian yang sama atas nasihat kawan yang kenal dengan orang di kementerian berkenaan, saya dipanggil temuduga dan lulus. Kata orang tersebut, Ketua Setiausaha kementerian tersebut amat kenal dengan saya bila diberitahu kerana saya pernah mengacarakan majlis dengan beliau hadir sbagai tetamu kehormat. Yang tak bestnya, status Pekerja Sambilan Harian ditawarkan kepada saya. Bagaimana kalau selepas tu saya tidak disambung perkihmatan? Bagaimana dengan komitmen bulanan saya? Melihat kepada gaji dan nama semestinya lebih di sana berbanding tempat saya sekarang. Ada rakan yang berpendapat lebih baik saya pergi kerana bila orang tanya kerja di mana, saya dengan proud boleh jawab kementerian sekian-sekian yang agak gah juga namanya. OK, mungkin itu pendapatnya. Tapi saya bukan kejar glamor, saya perlukan status pekerja tetap untuk menjamin kehidupan saya. Kalau tempat saya kerja sekarang ni tak glamor dan jika semua staff berfikiran begitu, siapa yang mahu memajukan golongan sasar perkhidmatan kami? Masyarakat Melayu, fikiran belum terbuka dan matang bagi segelintirnya. Saya menghubungi sipulan untuk bertanyakan pendapatnya dengan harapan, dia dapat memberi pendapat yang ikhlas selaku pekerja kontrak di sana. Nasihatnya, saya terima tawaran kementeriannya dengan alasan, sampai bila saya harus bekerja di organisasi saya? Saya terkejut juga, sebelum ni dia beria-ia sukakan jawatan PR yang saya pegang dan pernah bercakap dengan CEO menawar diri untuk menjadi PR di organisasi saya sebagaimana yang sering disebut bos saya menggantikan tempatnya setelah beliau bersara. Bos saya tu pun memang mulut manis. Depan sipulan baik sangat tapi bila buat kerja semua suruh saya. Yelah, sayakan staffnya. Bila saya cakap mungkin kerja ni sipulan boleh tolong. Dia kata, tak payah, you je yang buat. Nanti tak tahu apa jadi. Dalam hati saya, padanlah tu, masing-masing mulut manis dan sorang membodek, sorang makan ampu. At last, bila kerja, di hadapan saya juga dilambakkannya. Saya tengokkan saja drama yang dia orang lakonkan. Bukan sayalah nak menyampai pada sipulan yang merasakan dirinya selesa mendapat perhatian bos saya dan beberapa staff lain. Biarlah, janji kerja saya siap. Akhirnya, dengan pertimbangan yang saya buat, nasihat mama, nenek dan beberapa kawan senior, saya memutuskan untuk terus berkhidmat di organisasi saya sekarang. Biarlah gaji tak semewah di sana, tapi di sini saya bekerja tetap. Tak perlu pening nak cari kerja lepas enam bulan. Kalau disambungpun, kena tunggu juga beberapa bulan. Macam mana dengan sewa rumah, kucing, bil-bil, makan minum, dan sebagainya? Tiba-tiba si sipulan baru-baru ni menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan kosong di organisasi saya. Tambah saya terkejut. Hari tu bukan main nasihatkan saya suruh terima tawaran di kementeriannya. Kenapa pulak dia yang kontrak tahun demi tahun nak apply kerja di organisasi saya yang dikatakannya tak stabil ni? Saya hanya memberi pendapat ikhlas walaupun hati saya berkata-kata. Tak perlulah mencipta sengketa. Terserahlah pada dia sekiranya nasihatnya kepada saya dahulu tersembunyi agenda di belakangnya. Maka sampai hari ni saya berfikir, kenapa dulu dia menasihati saya untuk tinggalkan organisasi saya dan terima tawaran di kementeriannya? Adakah sebab... Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menyelamatkan aku dari musibah. Syukur padaMu, Tuhan. Terima kasih mama, nenek dan kawan-kawan yang memberi nasihat yang baik kepada saya. Dan hari ni, saya terima khabar. Kononnya, saya tidak terima tawaran di kementeriannya sebab saya tak boleh tengok orang lebih dari saya. Maksudnya, saya tolak tawaran tu sebab saya tak suka dia lebih tinggi dari saya kat sana. Yelah, diakan dah kontrak, saya pulak pekerja sambilan harian, kan rendah taraf saya berbanding dia. Dont talk rubbish! Saya ditawarkan dalam department lain. So apa masalahnya kalau dia lebih tinggi dari sayapun? Kalau sama departmentpun, saya peduli apa, yang penting gaji dan faedahnya lebih baik apa yang saya dapat sekarang. Peduli apa saya kalau jawatan dia lebih tinggi dari saya? Yang penting kehidupan saya lebih baik dari sebelumnya. Dan saya akan buktikan bahawa kementerian tak sia-sia mengambil saya bekerja dengan segala kemahiran dan pengalaman yang saya ada. Jangan cakap benda yang merepek kerana saya tahu keupayaan dan kerja dia. Kalau benda tu menguntungkan saya, buat apa saya tolak dan merugikan diri sendiri? Peluang datang hanya sekali. Baik saya rebut terus. Isu cemburukan dia tidak ada kena-mengena langsung dengan penolakan tawaran yang saya buat. Antara status tetap dan sambilan harian, mana yang korang pilih? Siapa yang percaya cerita sipulan tu, maka saya tahulah setakat mana IQ orang yang percaya cerita tu. Rasionallah sikit kalau nak tambah perisa dalam cerita supaya bukan orang yang rendah IQ je percaya dan menampakkan kelemahan IQ diri sendiri. Kawan, baik di depan belum tentu baik juga di belakang.

Cemburukah Saya? Bahagian 1

Hai readers, Assalammualaikum... Waktu cuti macam ni tak ada apa nak buat, kita update blog jelah Hehehe. Harap korang sudi membaca. Hari ni saya nak cerita tentang sesuatu yang dah lama saya pertimbangkan nak tulis kat sini atau tidak. Tapi hari ni saya dapat keputusannya sebab berita yang saya dengar kurang enak dan mengharapkan penulisan ini dapat memperbetulkan tanggapan orang kepada saya kerana saya yakin cerita ini tersebar di kalangan kawan-kawan saya. Mungkin kerana tidak mahu bermasam muka, maka kawan-kawan saya menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan saya. Alhamdulillah, akhirnya terbongkar jugak. Ada orang kata, saya ni cemburukan dia. Tak boleh tengok orang lebih. Hah? Betul ke? Saya tengok si empunya badanpun taklah berjaya manapun. So, apa yang saya nak cemburu? Saya senang dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun tidak kaya-raya atau berjaya, saya happy dengan life saya. Alhamdulillah. Sipulan tu sebenarnya pernah buat praktikal kat office saya. So, saya tahu bagaimana kerja dan kebolehan dia. Tapi saya simpan sebagai pemerhatian peribadi saya. Tak perlulah saya canangkan kepada orang kesimpulan yang saya dapat. Sebab kami berkawan jadi, tak perlu rosakkan persahabatan kerana benda alah ni semua. Cukup saya yang tahu. Rupanya hal ini bukan saya saja berpendapat yang sama. Ada kawan yang sama komiti dengan sipulan ni membuat rumusan yang sama. OK, kami diam dan kunci mulut. Malas nak burukkan orang. Kalau kawan-kawan lain kata dia bagus, maka saya tidak ada masalah. Masa sipulan tu praktikal, JKM ada program ke Jepun. Kami as a staff tidak tahu-menahu tentang program tu. Tiba-tiba, bos department saya cari dia. Saya beritahu dia tiada dan tanya kenapa? Bos kata, suruh dia jumpa saya segera, ada hal penting. Sok sek sok sek dia orang bincang apa entah dalam bilik, kami dapat tahu seorang staff dan sipulan berkenaan dihantar join program ke Jepun tu. Masa tu, saya tak terkejut, sebab sipulan tu amat pandai membodek. Dan bos serta staff bodoh yang ada di pejabat saya memang suka makan ampu. Sebab tu office saya yang sepatutnya lebih maju dari sekarang tak dapat ke depan. Sebab management tak berupaya mengidentifikasi secara rasional antara rialiti dan omong kosong. Kawan-kawan saya bangga dan kagum dengan sipulan tu. Kata mereka, rezeki dia dapat join program tu dan ke Jepun. Sebaliknya, bagi kami selaku staff. Ini adalah suatu penganiayaan kepada staff. Management senang dimanipulasi sehingga menafikan hak staff yang sepatutnya diberikan. Logiknya, program seumpama ini staff harus didahulukan kerana staff perlu dihantar untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman untuk memajukan organisasi. Apa faedahnya organisasi dapat setelah membelanjakan sejumlah wang termasuk duit poket selepas pulang, orang berkenaan tidak diambilpun bekerja dengan organisasi. Kalau dia memang bagus, kenapa tidak diambil bekerja? Saya amat tersinggung dengan bos saya ketika itu, perbuatannya menghantar sipulan secara senyap rahsia membuktikan ketidaktelusannya. Jika dia ada alasan yang konkrit berbuat demikian, kenapa tidak dimaklumkan kepada kami? Saya bukan teringin sangat hendak ke Jepun kerana saya tahu masanya akan tiba untuk saya. Jika saya tidak layak dihantar ke sana, kenapa tidak diberi kepada staff lain yang lebih layak? Ada staff yang dihantar ke Amerika Syarikat selama dua minggu, saya tak rasa raladpun, sebab dia memang layak. Memang best dapat pergi luar negara. Tapi biarlah kita pergi tu untuk memberi manfaat kepada organisasi kita. Ramai lagi staff lain yang dihantar ke South Afrika, Korea dan lain-lain. Saya tidak pernah pertikaikan kerana saya tahu mereka layak walaupun mereka staff baru. Dah memang bidang tugas dia, biarlah dia pergi. Tiba-tiba saya dapat tahu, dia canangkan kepada orang, saya cemburukannya dapat ke Jepun. Pleaselah. Setakat pergi Jepun kerana program dan kursus, tak ada bestnya. Cuma saya tak suka perangai dia yang suka bodek dan bercakap macam bagus. Rialitinya??? Bukan saya sorang tak puas hati dengan management fasal hal ni, ramai lagi.

Mencari Sang Suami

Salam readers, Dah lama Tinta tak update blog ni. Almaklumlah, tersangatlah busynya menjelang Battle of the Band tempoh hari. Tapi kita simpan dulu kisah battle tu. Update blog lewat malam ni kenapa? Sebab mata belum mengantuk. Jual mahal! Sebab tu tak kahwin. Biarlah apa orang nak kata. Ada aku kisah? Macam mana nak kahwin, kalau yang datang tu kebanyakannya yang kurang boleh dipercayai? Bukan tak ada orang nak kenal, tapi saya sendiripun tak faham, kenapa kebanyakannya lelaki gatal yang nak kenal dengan saya. Baru sehari dua kenal, dah cakap benda bukan-bukan, mana boleh gitu. Memang malaslah saya nak layan. Encik Abang, saya ni cari sang suami, bukan boy friend suka-suka, hai, hai, bye, bye. Peliknya, kenapa lelaki macam ni yang selalu menghampiri saya? Saya bukan ada sikap menjurus ke arah itu. Saya bukan simbol seks, tapi yang datang rata-ratanya sehari dua je elok. Lepas tu, cerita benda tak senonoh tu. Ya Allah, saya ni ke arah itu ke bila lelaki lihat? Saya taklah secantik mana dari segi wajah mahupun bentuk tubuh. Saya tertanya sendiri, apa yang mereka nampak pada saya sampai senang-senang boleh cakap hal-hal tidak enak didengar. Jika begitu sikapnya. tak apalah, saya ambil ini sebagai ujian dan sering menasihati hati, tiada ruginya jika lelaki jenis ini pergi dari saya. Tuhan pasti punya rencana yang lebih baik. Diakan sebaik perancang. Pasti telah disusun indah pertemuan saya. Cuma tunggu masa untuk dipertemukan. Kalau bercakap menjurus ke arah benda alah tu, bolehkah saya sandarkan harapan untuk jadikan suami? Saya bukan pilih yang kaya-raya, kacak bergaya atau warak alim kerana masih sedar akan kurangnya diri. Tapi biarlah ada sopan dan tertibnya sebagai ketua. Saya tak tahu apa yang mereka nampak pada saya sampai berani bercakap hal-hal tu dengan saya. Kaum lelaki, saya perempuan yang perlukan perlindungan dan kasih sayang bukan untuk diambil kesempatan. Kalau kamu boleh mencinta seikhlas hati saya alu-alukan untuk datang dalam hidup saya. Tapi jika sekadar ingin mempermainkan saya, berhentilah dan mundurlah. Sebab saya sudah tidak punya masa untuk melayan hal-hal sebegini kerana saya punya hal lain yang lebih penting untuk diberi perhatian. Tolonglah, kamu sebagai pelindung kami yang lemah, belas kasihanlah kepada kami yang diciptakan dengan lemah serta mudah ditipu daya tapi kami dikurniakan akal untuk berfikir bagi melindungi diri dengan bijaksana. Saya tidak punya banyak masa untuk bersukaria atau berfoya-foya kerana dalam usia begini, kerjaya itu amat penting bagi saya. Bukan lagi masa untuk mengejar cinta palsu yang entahkan jadi entahkan tidak. Seterusnya membawa saya kecewa serta menghancurkan kerjaya yang saya bina. Jika ditakdirkan tiada jodoh, biarlah saya tumpukan masa saya kepada kerjaya dan aktiviti kesukaan saya daripada membuang masa melayan lelaki yang bukan-bukan. Sesungguhnya luka kerana cinta itu amat perit. Saya tidak mahu mengulangi rasa itu. Tolonglah.

Saturday, August 22, 2015

Malaysia Hari Ini Jadi Kenyataan

Rabu, 19 Ogos, 2015, Setelah lama mencuba untuk menembusi MHI, akhirnya tibalah pada hari kejadian. Dek kerana rumah saya jauh, maka saya diberi penginapan di pejabat. Book transport jam 6.30 dah driver terpaksa bangun awal dan datang office. Saya, En. Fairuz dan Aqilah selaku pengiring tiba di Sri Pentas jam 7.00 pagi. Awal sangatlah pulak. Tak apa, awal lebih baik dari lewat. Kami lepaklah kat bilik menunggu. Lepas makan sarapan yang disediakan, kami tunggu lagi. Makan apa? Mihun goreng, karipap dan samosa. Sedang kami menunggu sampailah pulak Shanas Ahmad dan dua pelakon slot Akasia yang tengah on air ni. Dia orang siap touch up tu. Bilik touch up ada, tapi kita orang biasa ni takkanlah tak dilawa tiba-tiba nak terjah. So, pasrahlah tanpa touch up. Mujur dah mekap kat office tadi. Masuk studio tunggu kat suatu sudut. Masa tu segmen London Weight Management. Kamipun dipakaikan mic masing-masing. Siap kena masukkan dalam baju. Masa Commercial Break, kami masuk ke set. Set A saya dan En. Fairuz, Set B band boys. Nak tahu siapa yang interview kami? Ahmad Fetri Yahya. Ally Iskandar dan Fariha interview band boys kat Set B. Santai je, boleh communicate host bertiga ni. Seperti komen kawan dalam FB, saya tenang je dalam set. Haaa tapi dia orang tak tahu semalaman saya fikir fasal on air ni. Tu yang mudah bangun pukul 4.45 pagi tu. Lepas bersiaran, kami lepak kat bilik menunggu lagi. Band boys belum breakfast. En. Ezzat datang jumpa saya. Apa lagi Aqilah terus cakap dengan dia saya nak ambil gambar dengan host. Dapatlah bergambar dengan Ally Iskandar dan Ahmad Fetri Yahya. Kenangan. Selesai satu tugas.

Tuesday, August 18, 2015

Malaysia Hari Ini (MHI)

Salam readers, Jangan bosan tau baca update saya. Over sikit kebelakangan ni bila ada semangat nak menulis. Well, well, well, well... Korang ingat tak hari tu saya cerita fasal MHI ni? Episod dualah ni. Hari Sabtu hari tu, Ezzat dari MHI pulak call saya. Setelah confirm saya yang memohon slot, dia tanya, boleh tak kalau dia bagi saya slot Rabu 19 Ogos ni? Setelah berbincang dengan bos, kami terima. Kena bawa band yang bertanding lagi tu. Mujurlah ada satu group ni setuju nak pergi. Malangnya, mereka kurang setuju kalau kami bawa pihak penaja. So, kami dengan persetujuan penaja tidak menghantar wakil PETRONITA. Kalau orang tak tahu, orang kata saya gila glamor. Kali nipun, bos suruh saya yang appear di skrin. Dah bidang tugas saya relate dengan semua ni, nak tak nak, kenalah pergi. Slot jam 8 lebih, 7.30 pagi dah kena ada di Sri Pentas. Mujurlah En. Fairuz berkenan berangkat mencemar duli sama :) Usaha tangga kejayaan. Setelah berkali-kali mencuba tanpa jemu, Tuhan bagi juga peluangnya. Puas hati rasanya. Tak sia-sia saya bersusah-payah selama ni. Berbaloi. Cabaran seterusnya, artis undangan. Hazama dah reject, kita tunggu jawapan Faizal Tahir pulak. Oh ya, jangan lupa saksikan MHI esok. Amboi, macam diva sangat! Pada hal nak cakap tentang hal lain, bukan tentang diri sendiri hehehe OK la. Daaaaaa...

Dia Kawan Saya

Salam readers, Harap you all sihat je hari ni. Hari ni Tinta nak berceloteh fasal hal yang serius sikit. Kawan, besar maknanya pada saya. Jadi, saya cuba buat yang terbaik yang termampu untuk kawan. Ramai juga kawan saya yang dah kahwin. Dalam berumahtangga ni, pasti ada pasang surut. Walaupun belum kahwin, saya tahulah juga sikit-sikit hehehe... Ada sorang kawan saya ni, agak bermasalah jugaklah rumahtangga dia. Si isteri ada juga bercerita dengan saya masalah mereka. Sebagai kawan, saya ni pendengar yang baik dan menasihati apa yang patut. Meskipun kebanyakan kisah saya tak setuju dengan perbuatan suaminya, saya tak boleh komen lebih-lebih, takut nanti tambah mudharat. Suatu hari, si isteri ni berceritalah dengan sorang kawan lagi dan saya. Kawan yang sorang ni, kawan yang baru mereka kenal taklah baru sangat, tapi dalam dua tiga tahun. Bila si isteri bercerita, wah, bukan main lagi kawan baru ni komen itu dan ini tentang suami si isteri ni yang merangkap kawan rapat saya sejak kecil. Sampai saya naik meluat dengan sikap kawan baru tu. Bukan apa, orang bercerita masalah rumahtangga, janganlah dicurahkan api kepada minyak. Patutnya sebagai kawan, kita kena rasional, tak boleh emosional. Kot ya pun sayang sangat dengan kawan (isteri) tu janganlah komen berlebih sangat. Takut rumahtangga dia orang makin teruk disebabkan mulut kita. Kita nasihatlah supaya mereka tu aman. Bila dah disokong begitu, maka makin seronoklah si isteri bercerita. Sebagai orang luar, kita tak boleh menghukum mana-mana pihak. Kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Dengar cerita dari sebelah pihak itu paling bahaya. Lagipun, awak baru kenal pasangan ni, saya yang dah kenal lama ni, saya tahulah sikap si suami tu macam mana, baik buruk dia. Begitu juga dengan sang isteri. Baik buruknyapun saya tahu. Lagipun si suamipun ada juga bercerita dengan saya. Janganlah kita jadi batu api pulak. Awak baru kenal dia orang, dah lebih sudu dari kuah. Saya memang tak berkenan dengan sikap kawan baru tu. Saya yang dah kenal dia orang lamapun tak sampai macam tu mengutuk atau membela mereka. Saya memang tak suka orang sesedap rasa komen kawan saya secara berlebihan sedangkan dia tak tahu sedalamnya kawan saya. Saya yang berkawan dengan dia dah lama ni pun tak komen kawan saya sampai ke tahap tu. Nak ikutkan, saya lagi banyak tahu baik buruk kawan saya tu. Begitu juga dengan isterinya. Saya memang pantang orang komen kawan-kawan saya berlebihan. Boleh komen, tapi cukuplah yang sekadarnya. Buruk macam manapun mereka, mereka tetap suami-isteri. Kita dorong mereka supaya berubah dan bersyukur dengan apa yang ada. Semua janji Allah dan pasti ada hikmahnya. Nak ikutkan salah, dua-duapun ada kekurangan.

Monday, August 17, 2015

Kening Yang Dicukur?

Salam semua, Hari ni, untuk ke sekian kalinya, orang bertanyakan pada saya, "Tinta, kau cukur kening ke?" Tangan yang sedang menyolekkan wajah terhenti. "Hah? Kenapa?" Saya mula risau, makin nipis ke kening saya? "Yelah, kening kau tu nipis. Lepas tu berbentuk pulak tu," "Hish, tak adalah. Tak kuasa saya nak mencukur. Kalau saya yang cukur... Tak jadi macam ni, licin terus rasanya," Jawab saya selamba. "Tak adalah, orang sekarang ni kan macam-macam. Nak cantik. Cukurlah, tampallah," "Eh, tak. Ni Tuhan yang buat. Saya tak pernah cukur kening," Cukur kening tu kan berdosa. Dalam hati saya cakap. "Manalah tahu." Isu kening saya ni memang selalu timbul. Dulu masa belajar, ada sorang kawan ni tanya. Lepas tu sorang kawan lagi ajar saya: "Lain kali, kalau orang tanya, cakap, ambil air sembahyang banyak-banyak. Jadilah kening macam ni," Melekek-lekek saya ketawa. "Yelah, ada ke tanya kau cukur ke tak? Betul ke tidak dia tu?" Tambahnya lagi. Dia pulak yang lebih marah. Saya OK je. Dekat pejabat ni, tak payah cakaplah, kakak yang mekapkan saya waktu eventpun memang selalu tegur fasal kening saya ni. Nak pakai celak kat keningpun belum expert, ini pulak nak cukur, idok le. Sebab tu kakak tu suka pakaikan eye brow. Biar di highlight bentuk kening katanya. Suka hati tukang mekaplah nak buat apapun. Bila saya mekap sendiri tak adalah eye brow bagai ni. Tak pandai. Masih dalam usaha belajar pakai.

Korea, Antara Destinasi Idaman

Hai readers, Sebut je Korea, mesti ada di antara korang yang pernah sampai ke negara empat musim ni kan? Begitulah impian saya. Nak ke sana. Kenapa? Sebab nak pergi shopping. Kawan saya berya ajak saya pergi. Dia dah pernah sampai sana. So, kalau pergi berdua je pun dia OK sebab banyak tempat dia tahu. Saya je tak berani nak beli tiket sebab takut clash masa dengan apa-apa program. Tahun depan, kalau diizinkan, Insya-Allah saya akan ke sana. Antara tempat yang saya nak pergi Pulau Nami, alah, pulau cinta romantik tu. Haaaa... Shopping. Saya dah ada senarai apa nak beli kat sana. 1. Kerongsang yang bergemerlapan. Bolehlah saya padankan dengan tudung saya :) 2. Set mekap dan penjagaan kulit alovera. 3. Lip tint. 4. Sudu garfu besar untuk makan yang cantik ulunya. 5. Sudu garfu kecil untuk dessert yang cantik ulunya. 6. Pengorek telinga juga yang cantik ulunya. Besinya tebal dan tak sakit bila korek telinga. 7. Kasut. 8. Baju style Korea. Berangan tak hengat ko Tinta.

Sunday, August 16, 2015

Idola

Hai readers, Haha sekarang ni tengah musim update blog. Tu yang asyik update je tu. Malam tadi masa nak aprove friends kat FB, saya bacalah dulu time line dia orang. Kalau asyik tukar gambar profil atau cover photo, confirm delete atau block. Zaman penipuan online, kena hati-hati. Ada sorang ni, dia tulis kat time line dia, Tinta Emas, you are my idol... Oh no, saya belum layak lagi jadi idola sesiapa. Saya belum cukup hebat dan berjaya. Tak payahlah buat saya jadi idola pulak. Malu rasanya. Saya ni nan hado je.

Jemari Ballet

Salam readers. You all pernah dengar tak ukulele atau Bahasa Melayunya Kentrung? Ala, muzik yang macam gitar tapi kecik tu. Berasal dari Portugis. Jumaat hari tu adalah someone approach saya untuk ajar main benda alah tu. Sememangnya saya suka mencuba benda baru, so saya pun try. Seronok jugak. Nak tahu apa cikgu tu cakap? Dia kata, jari saya jari penari Ballet sebab boleh melengkong dan bergerak dengan lembut. Ballet? Ada tak rasanya orang sanggup ajar saya menari Ballet? Tu salah satu aktiviti yang saya nak try. Ballet ke apa ke, yang penting menari. Yelah, darah seni kan banyak mengalir dalam diri saya hehehe... Dahlah hari tu coach renang saya kata kaki saya macam menari Ballet, ni cikgu ukulele pulak kata tangan saya tangan penari Ballet. Manalah saya tahu, dah kaki dan tangan saya memang macam tu. Whatever.

Friday, August 14, 2015

Selamat Jalan Mariya

Malam ni, saya nak cerita tentang perasaan sedih saya kepada readers. Kenapa? Sebab saya terpaksa berpisah dengan sahabat yang baru saya kenali. Minggu lepas saya pergi conference di Penang. Asia Pacific Region. So, berkenalan dengan orang dari banyak negara. Dalam berkenalan tu, saya berkenalan dengan Mariya, peserta dari Kazakhstan. Organizer arrangekan para peserta dari Kazakhstan ni naik flight dengan saya. Tak sangka dapat duduk sebelah dan depan mereka. Mereka terdiri daripada Farkhat, Batir Khan dan Mariya. Memandangkan Mariya duduk di belakang saya, so masa turun flight tu baru kami berkenalan. Saya rasa mesra bersamanya sejak awal perkenalan. Sepanjang perjalanan ke hotel, dia hanya diam dan saya sering bertanya dia OK ke tak. Setiap kali tanya, dia mesti jawab OK. Then bila kami check in, tak sangka organizer letakkan kami satu bilik. Kata Mariya, dia memang mengharapkan saya sebilik dengannya. Begitu juga dengan saya. Hahaha gerak hati yang sama tu. Selama tiga hari di sana, kami berbual dan berkenalan tentang diri, keluarga dan negara masing-masing. Ada juga minat kami yang sama, berenang misalnya. Tapi rancangan untuk swimming kat pool gagal sebab ribut dan saya kena berlatih tarian untuk majlis malam galla. Memang kami sentiasa bersama, makan, masuk conference, lepak, apa sajalah. Sampai bila tengok kami masa malam gala tu orang tanya, "Nak ke manalah princess dua orang ni?" Hahaha perasan di situ ya. Bukan apa, sebab kami berdua pakai baju tradisional negara masing-masing. Saya pakai baju Minangkabau dan dia tentunya baju Kazakhstan. Oh ya, Mariya ni, warga negara Kazakhstan tapi keturunan Rusia sebab parent dia Rusian. Masuk final untuk queen of the night pun sama-sama. Tapi dia menang. Dah orang sibuk tanya saya sampai ke esok, kenapa tak menang? Saya ingat awak yang menang tapi Mariya pulak dapat. Ish, dia orang ni, suka hati jurilah nak bagi siapa menangpun. Dah namanya kawan, kami support je antara satu sama lain. Ramai sangat yang tanya, sayapun jawab, "We are best friend. Who ever win, means, we both are winner," Poyo je jawapan kan? Hahaha Saya balik ke KL dulu dan Mariya dan kawan-kawan stay kat Penang. Nak jalan-jalan kat Penang katanya. Mariya tak lupa whatsapp saya setiap hari masa dia kat Penang. Bila balik KL, dia ajak saya dinner sekali malam first tu. Tapi sebab tak tengok whatsapp, so saya tak jumpa dia. Esoknya, dia dan kawan-kawan datang melawat office saya. Belah malam, saya, Syed, Sam dan Azhar teman mereka pergi Sky Bridge KLCC. Haha kali pertama naik Sky Bridge tu, pada hal orang Malaysia. Mariya dan kawan-kawan happy sangat malam tu. Cuma terkilan sikit sebab tak dapat tengok sun set, hujan. Tapi kawan saya kata, gambar lepas hujan yang kami ambil tu lagi cantik. Whatever. Janji dapat penuhi hajat mereka. Huh, siap beli IPhone dan IPad tu si Farkhat dan Batir Khan. Selesai beli barang, ambil gambar di taman tapi tak best sangat sebab ada performence malam tu. So, berpisahlah kami di Stesen LRT KLCC sebab saya nak balik rumah. Pagi tadi, saya sambung rasa sedih berpisah dengan Mariya malam tadi sebab tahu mereka dah nak balik Kazakhstan. Hajat di hati nak call mereka terutamanya Mariya. Tapi, saya batalkan sebab tak mau nangis. Biar dia orang balik dengan happy. Sedang saya sibuk buat kerja, telefon saya berdering. 'Farkhat Kazakhstan 2'. Farkhat call saya? Cepat-cepat saya menjawab call dia sebab jam dah menunjukkan lebih jam 10.45 masa penerbangan mereka. "Hello," Kedengaran suara Mariya di corong talian. Tatkala itu saya sebak, rupanya Mariya juga mengingati saya sepertimana saya mengingatinya. "How are Tinta Emas?" Sejak malam tadi, Mariya sering menyebut nama penuh saya. "I'm fine. What about you?" Saya sembunyikan rasa sebak saya agar tidak terhidunya. "I'm also fine," "Where are you?" Sepatutnya masa ni dia dah off telefon. "I'm fine. Now, I'm in flight. I will fly to Kazakhstan anytime," Talian putus, Mungkin pesawat mula bergerak di landasan untuk mengambil lajak terbang. Saya cepat-cepat call dia balik. "Tinta Emas, are you ill?" "No, I'm fine," Oh Mariya, dia ingat yang saya katakan padanya malam tadi mungkin hari ni saya selsema dan batuk sebab rasa tak sedap pada tekak saya. "No, I'm OK," "You take care of your self," "Ya, you too. Have a safe journey to Kazakhstan. Whatsapp me when you arrive there. Thank you for help me all the time when we are together," "Ya, me too, thank you so much, Take care, bye bye," "Bye, bye Mariya," Kami sama-sama diam. Tapi talian belum putus. "Bye bye Mariya," Saya ulang untuk tamatkan panggilan. "Bye, bye, take care," "Take care too and bye bye," Talian dimatikan. Saya percaya tidak lama selepas tu, pesawat yang membawa mereka terbang laju menujah angkasa luas. Selamat jalan Mariya, Farkhat dan Batir Khan. Insya-Allah, jika ada izin dariNya, kita akan ketemu lagi. Saya mengharapkan agar Mariya juga akan menghadiri kursus Women with Disability Right di Hanoi, Vietnam bulan depan. Taklah saya keseorangan, at least ada kawan.

Thursday, August 13, 2015

Terima kasih, Bunda!!!

Saya mendapat notification Facebook, Bunda sebut nama saya dalam komennya. Tinta Emas lulus. Bermakna, pantun yang saya kirimkan diterima dan tidak perlu dibetulkan untuk menyertai acara di Singapura tahun depan. Terima kasih, Bunda.

Panggilan Kolam

Hai readers, Saya happy sangat hari ni sebab kelas renang saya bersama Coach Hawari akan bermula minggu hadapan. Begitu menurut kata berita yang disampaikan di hadapan pintu pagar pejabat petang tadi sewaktu saya nak balik. Katanya lagi, Coach Hawari kini dilantik menjadi coach rasmi MPM. So, Azlan (bukan nama sebenar) bagi tahu saya, coach akan buat test untuk group saya untuk Sukan Sea. Hah? Baru belajarlah, Lan. Tak apa katanya, banyak masa untuk training. Hahaha cuba jelah, kalau ada rezeki, adalah. Yang penting saya memang minat berenang. Dan malam ni, saya terima mesej dari Kameni: "Kak, jom pergi renang. Saya off Ahad ni," OK! Memang dah lama tak turun kolam sejak puasa hari tu. Terus bagi confirmation :)

Wednesday, August 12, 2015

Saya Tersenarai!!!

Dalam saya membaca update di FB, saya tertarik kepada suatu status Anie Din yang saya panggil bunda setelah dikenalkan oleh Mr. Diktator. Bunda telah mengeluarkan senarai penyair yang akan terlibat dalam acara 30 dan 31 Januari tahun depan di Kota Singa. Nama yang disenaraikan saya kira hebat-hebat belaka. Selain daripada penyair dari Malaysia, rupanya acara ini turut disertai oleh mereka di bawah rumpun Melayu yang lain seperti Singapura, Indonesia dari beberapa negeri serta Brunei. Kira-kira 30 orang lebih yang akan mengambil bahagian belum termasuk mereka yang belum menghantar sepuluh pantun seperti yang dikehendaki. Saya rasa berdebar dan begitu kerdil. Siapalah saya jika dibandingkan saya dengan mereka yang berpengalaman. Terus saya kirim mesej pada Mr. Diktator. "Saya bada status Bunda, saya tersenarai dalam senarai tu. Takutlah pulak, semua hebat belaka. Saya je yang tak ada apa-apa," Lebih kurang begitu mesej saya. "Yang hebatnya yang nombor 12 tu je. Yang lain biasa-biasa je." Dengan angkuhnya dia balas. 12 tu nama dialah. "Sudahlah," Bila saya dah mesej dia beberapa kali, baru dia cakap dia di Bangkok. Dah berapa ringgit kredit saya membazir. Biasalah, bukannya betul sangat dia ni. Sabar Tinta.

Tuesday, August 11, 2015

Tuhan, Sabarkan Aku

Readers, Petang ni saya nak kongsi kebengangan saya setelah membaca satu email dari sorang designer T-shirt untuk satu event yang akan office saya anjurkan. Hal T-shirt ni sebenarnya berlarutan dari bulan puasa lagi. Pihak satu lagi ni target nak jual T-shirt dalam bulan puasa. Lepas hantar design, kami komen dan saya emailkan semua komen tu. Lama kami tunggu tak ada maklumbalas. So, masa dah suntuk. Beberapa hari lepas dia orang hantar design yang diubah. Minta print atas dark grey t-shirt. Vendor kami pulak maklumkan, tiada warna yang dikehendaki untuk ketebalan yang diperlukan. So, saya emailkan kepada pihak berkenaan. Dia orang hantar email balik dengan design untuk black shirt. Disebabkan tahun lepas dah buat t-shirt hitam, so saya tanya, Is it compulsory in black colour because we made black shirt for the last year event? Nak tahu apa dia reply? Ada customer yang prebook on that colour. Oleh kerana tahun lepas dah buat black shirt sebab tu tahun ni tukar kepada grey shirt. May be perlu cari vendor lain yang ada grey shirt or buat saja black shirt. Saya rasa committee perlu cari designer baru for the next year yang boleh buat fantastic changes I guess :) Demi membacakan email tersebut, saya terkedu. Salahkah saya bertanya? Saya bukan memaksa, I just ask kalau boleh. Rasanya tak perlu balas dengan ayat akhir tu. Cukup sekadar susah bagi kami untuk ubah design ni bagi sesuaikan dengan warna merah. So, pihak saya automatik faham. Kalau ikutkan hati, memang saya marah. Tapi saya ni kan bercakap bagi pihak office saya. Bawa nama organisasi. Tak bolehlah nak cakap sesuka hati. Kalau personal tu, suka hatilah kan? Saya termenung memikirkan ayat yang sesuai untuk balas email tu supaya tidak kelihatan kurang ajar tapi biar menusuk macam ayat dia yang pedih tu. I'm so sorry sir because I do not know about design mater. I just ask if posible. I'll bring this mater to the meeting tomorrow and let committee decide either they want to find other vendor or print it on the black shirt. Thank you for your kind cooperation and explaination. Bengang sangat!!!

Diktator Yang Macam-macam

"Tolong buat pantun fasal GST membebankan hidup rakyat," Bunyi mesej saya terima pada hari buat ketupat lalu. "Orang sibuk nak beraya, suruh buat pantun pulak," Balas saya. "Tolonglah, tak ada idea ni. Tinggal seminggu lagi ni," "Untuk apa?" "Majalah sekolah," Dahlah nak sepuluh pantun. Banyaklah dia. "Dahlah tajuk susah," Sebenarnya saya malas nak tulis. "Tak apalah, nanti saya suruh Rosmah Mansur buatkan," Betul ke tidak Mr. Diktator ni? Sayapun malas nak buat, apa lagi si Rosmah Mansur tu? Ada masa terluang, saya kirimkan pantun yang saya karang seperti yang dikehendaki. Belum sempat habis sepuluh saya SMS dia. Mesej dia dah masuk. "Lagi?" "Amboi, ada upah ke tak ni?" Habis sepuluh pantun saya kirim, saya terima lagi mesej daripada dia. Ingatkan nak ucap terima kasih. Rupa-rupanya, "Nanti buat sepuluh pantun tentang adat-resam dan kehidupan masyarakat setempat," Radang sayapun dah mula naik. "Pulak?" "Ingat senang ke nak masuk dalam senarai penyair Nusantara tu?" "Pantun tu mesti sampai pada organizer sebelum 31 Julai," Oh, yang ni tak boleh main-main. "Upah yang tadi tu?" Saya menagih. "Nanti saya belanja tiket pergi Singapura tahun depan," "Tipu dosa," Balas saya. Kalau dikira-kira banyak untung saya tu. Buat pantun sepuluh rangkap, dapat pergi Singapura. Mahal upahnya tu. Kalau dia bagi naik flight la. Bukan betul sangat Si Diktator ni. "Aku tak pernah tipulah. Bukan dua juta masuk akaunpun," "Dah kena sampuk hantu Rosmah ke?" Saya tanya balik. "Hahahaha,"

Monday, August 10, 2015

Penyair Nusantara

Kepada mereka yang telah sekian lama mengikuti perkembangan blog ni, pastinya nama Mr. Diktator tidak asing lagi pada pengetahuan kalian. Sudah bertahun saya tidak coretkan di sini kisah diktator tersebut. Sebenarnya Si Diktator tu belum lenyap dari hidup saya. Suatu malam, bunyi bib dari telefon bimbit saya menandakan ada mesej masuk. "Awak nak tak baca puisi kat Singapur tahun depan?" Wah!!! Saya teruja. "Nak!!!" Saya membalas ringkas. "Emailkan pada saya semua puisi awak," Beberapa hari lepas tu, saya kirimkan semua puisi saya padanya. Beberapa minggu kemudian, "Sukalah tu, puisi diterima. Nanti dapat royalti puisi dapatlah buat belanja kahwin," Sewel agaknya. Desis hati saya. Siapa yang nak kahwin? Ah, biasalah, Mr. Diktator ni kan memang suka merapu, cakap je apa yang dia suka. "Yang mana satu diterima?" "Semua," "Semua? Betul ke?" Saya seakan tidak percaya. "Lepas ni kena serius menulis. Buat 30 puisi lagi. Penerbit nak. Kalau tak ada aral, Ogos nanti publish," Ya Allah, betul ke? Dan saya sedaya-upaya menyiapkan puisi berkenaan. Tujuh puisi lagi perlu disiapkan segera sebelum Diktator bertanya.

Estee Lauder Futuristic Aqwa Brilliance Liquid Foundation

Hai, hai, hai readers... Sorry sangat-sangat, lama tak update. Malas nak update bila dah sibuk-sibuk tu kan? Tinta baru balik dari conference di Penang. Cerita fasal conference tu nantilah. Dalam conference tu ada malam gala. Dah masa nilah foundation Tinta nak habis. Mesti kena beli untuk Galla Dinner. So, tak boleh tunggu. Sebelum ni Tinta guna foundation dari Body Shop. Kalau sesiapa masih ingat Tinta ada tulis fasal foundation tu dalam entri tahun lepas. Mak oiii, lamanya. Yelah, ingat Tinta rajin sangat nak bersolek? Kalau tak ada hal, tak ada solek-moleknya. Cukup dengan skin care dan Alovera Korea je. Kulit muka harus berehat. Lagi satu, malas nak cuci. Kalau mekap kenalah cuci betul-betul, kalau tak, jerawatlah jawabnya. Kulit muka Tinta ni sensitif sikit. Buat hallah pulak si Boddy Shop ni, NU Sentral dah habis jenis yang Tinta pakai, yang ada, BB Cream je. Lebih sedih, sales girl tu cakap foundation jenis Tinta guna ni dah tak keluar stok dah. Huhuhu... Kecewa aku... Mana boleh pakai BB Cream untuk majlis. Untuk gi kerja bolehlah. Kat JJ Wangsamaju, foundation keluaran barupun dah habis, BB Cream juga yang tinggal. Foundation yang dulu tu memang dah tak keluar dah. Sedey betul, dahlah foundation tu best dan flawless. Cari MAC dan Bobbie Brown pun tak ada. Ah, cuba jelah Estee Lauder ni. Masalah Tinta ni selalu pilih warna salah. Tunjuk botol BodyShop, sales girl terus tahu kod warna untuk Tinta. Setakat ni OK. Lebihnya foundation ni dari Body Shop ialah tidak terlalu berminyak. Suka, suka, suka. Teksturnyapun lebih ringan dan halus. Haaaa siap bodek sales girl untuk free gift lagi. Dapatlah satu palet Eye-shadow empat warna. Ini sudah cukup bagus.

Monday, August 3, 2015

Likers Gambar

Salam readers, Dari siang tadi, saya tengok notification Facebook saya berpuluh. Pelik juga, tak sampai satu hari dah berpuluh Nak tahu apa? Ada sorang hamba Allah ni, like entah berapa gambar saya kat FB. Pelik manusia ni. Dah tak ada kerja agaknya.

Malaysia Hari Ini

Hai semua, Sambung kisah semalam. Dah beberapa event yang saya handle cuba saya dapatkan slot Malaysia Hari Ini (MHI). Tapi tak pernah berjaya. Bukan sebab kena reject tapi nak bercakap dengan staff MHI pun tak pernah dapat. Almaklumlah, saya ni bukan siapa-siapa. Tak ada kenalan orang penyiaran. Call TV 3, dia orang sambung ke MHI asyik tak berjawab. Pernah sekali saya dapat bercakap dengan staff MHI, dia suruh email. Lepas email, call untuk follow up langsung tak berjawab. Suatu hari... Pemanggil: Saya bercakap dengan siapa, ya? Tinta: Saya Tinta. Pemanggil: PR ke? Tinta: Ya, saya. Ada apa-apa boleh saya bantu, cik? Pemanggil: Saya Shida (bukan nama sebenar) dari MHI, TV 3. Haaa... Pucuk dicita ulam mendatang namanya tu. Tepat pada masanya. Saya nak promot Battle of the Band saya ni. Kata saya dalam hati. Bintang-bintang mula menari-nari dalam kepala saya. Tinta: OK, ada apa boleh saya bantu? Tanya saya lagi. Pemanggil: Saya nak tanyalah. Office cik ni ada apa-apa event tak yang boleh kita highlightkan dalam masa terdekat ni? Tinta: Kalau event besar tu tak adalah untuk masa terdekat ni tapi kalau September adalah. Pemanggil: Oh ya? Lambatnya. Tinta: Tulah... Pemanggil: OK tak apa. Macam ni, nanti bila dekat September nanti, boleh tak cik contact saya? Saya tak janji, tapi saya akan cuba bantu. Tinta: Macam mana saya boleh contact cik? Pemanggil: Ambil nombor saya, 017-------. Tinta: Terima kasih, cik. So Jumaat hari tu saya contact dia. Dari situ saya diminta whatsapp detail kepada dia. Hai, zaman moden, whatsapp je ke? Bila saya nak tulis surat, dia kata tak perlu. Dia akan tengok dulu macam mana then kalau perlu baru susuli dengan surat. Tuhan tu, Maha Kuasakan? Bila kita berusaha, Dia akan bantu kita. Kadang-kadang dengan cara yang tak disangka-sangka. Cabaran seterusnya, mencari artis jemputan. Dalam meeting cadang Faizal Tahir. Mana nak cari tu? Cuba Tinta, cuba. Tak cuba tak tahu.

Sunday, August 2, 2015

Pantang Menyerah Sebelum Usaha

Hai readers, Assalammualaikum... Sibuk sangat beraya sampai tak ada masa nak update blog ni. Kesian Suria Khatulistiwa kesunyian. Ganaskan tajuk awal pagi ni? Asyik merapu fasal kehidupan harian je kan? So, hari ni saya nak cerita tentang kerjaya saya pulak. Apa lagi? PR la kan? Sebenarnya PR ni tak pernah tersenaraipun dalam senarai cita-cita saya. Tapi saya memang minat kerja-kerja layan orang ni hehehe... Bila jadi PR ni, salah satu kerjanya, anjurkan event. Dan pastinya, media, promosi dan publisiti tu menjadi tanggungjawab utama kita termasuk protokol. Bab promosi dan publisiti ni ada sikkkkit susah. Kalau kita ni PR artis, bab nilah paling senang. Kalau media tak mau layan, suruh jelah artis kita tu buat kontroversi sikit. Then, mesti berduyun reporter kejar dia. Namapun naik, buruk baik tu terserahlah kan. Yang penting glamor, popular, dabom dan meletop. Tapi, kalau nak cari publisiti dan buat promosi untuk event pejabat kita yang tak berapa glamor ni... Susah sikit. Panggil wartawan tu senang, datang tidak tu yang tak tahu. Kalau menteri ke, pengerusi company besar ke yang datang memang ramailah reporter datang. Sambil menyelam minum airlah katakan. Masalah saya sekarang ni, nak dapatkan slot dalam Malaysia Hari Ini dan Selamat Pagi Malaysia. Nak on air gitu. Hebahan melalui radiopun satu hal juga. Kalau radio swasta just online jelah detail event kita tu. Tahun lepas saya tulis surat, bila follow up, dia orang suruh online. So, tahun ni tak yah buang masa, terus online. Radio RTM, oh god! Tulis surat tu prosedur wajib. Tak ada masalah. Saya dah memang ada surat yang saya buat dulu-dulu, cuma ubah sikit je. Masalahnya, nak tanya kepada siapa surat tu perlu dialamatkan tu yang problem. Biasalah call kerajaan, dia akan pas kita sana sini. Tu belum lagi call tak jawab, cuti, tak ada kat tempat so on and so on. Tension saya! Saya tak suka main agak je berdasarkan jawatan dia orang kat internet. Langsung tak dilayan nanti kalau salah orang. Nombor faks kat internet pun kadang-kadang tak updated. Jadi kena call confirm. Lepas hantar surat, call lagi make sure dia orang dapat surat saya. Seminggu dua lepas tu, kena call follow up dan berterusan follow up sampai dapat result. Tak semua orang suka buat follow up ni sebab tu kadang-kadang kerja orang lain saya yang kena buat follow up. Tambah satu lagi tension. Tips, bila nak buat follow up, kita mesti ada tajuk surat, tarikh surat, tarikh faks, nombor yang kita faks dan siapa yang sign surat kita tu. Yelah, dia akan tanyalah, kalau tak nanti, dia orang kata tak dapat. Kena faks balik dan kembali pada langkah pertama semula. Buang masa kan? Macam tu juga kalau kita nak buat hebahan kat TV. Lain siaran lain kerenahnya. So, banyakkanlah bersabar. Kena rajin usaha, kreatif, rajin bertanya, sahabat paling akrap PR kan telefon. Paling penting jangan putus asa. Saya memang berpegang pada prinsip pantang mengalah sebelum berjuang. Kalau orang kata sesuatu benda tu susah, itu yang saya akan usahakan. La... Punyalah panjang lebar saya cerita, tak tulispun event apa. Battle of the Band (BOTB). Tapi sekarang ni saya tengah handle dua event. Selain BOTB, Ekspedisi Tendem Taman Negara. Sekarang ni sibuk dengan BOTB sebab hari langsungnya 12 September. Tendem tu Disember, so, tengah kumpul maklumat untuk paper work.

Saturday, August 1, 2015

PR Yang Saya Suka

Saya terpanggil buat entri ni disebabkan beberapa urusan saya dengan company luar yang tiada jawapan meskipun telah berkali saya kirimkan email. Setiap kali dia orang macam tu, saya akan fikir, tak apalah, dia orang bukan PR tu yang PR kurang tu walaupun kerja kat company besar dan gah. Dalam banyak-banyak orang yang saya berurusan, paling saya suka adalah Puan Siti Zaleha Ibrahim, PR Telekom Malaysia. Tindakbalasnya cepat. Walaupun dia tak ada jawapan atas soalan yang saya tanya, dia akan balas: Nanti saya check dan inform Cik Tinta balik. Pada hal dia boleh je buat diam apa lagi dia bekerja di company besar macam tu. Apalah sangat soalan saya dari company ikan bilis ni. Bila saya memaklumkan sesuatu yang tak memerlukan jawapan daripada dia pula: Cik Tinta, Saya ambil maklum akan hal ini. Terima kasih. Kita yang hantar email nipun sejuk hati. Tak adalah kita tertanya-tanya, dia dah dapat email kita ke belum? Sebab tulah, saya set di email office saya untuk hantar report pada saya bila si penerima email membaca email saya. At least, kalau penerima tak balaspun, saya tahu dia terima. Paling penting, saya faham akan sikap si penerima. Yelah, kalau dah baca dan tak balas sedangkan hal tu penting, apa maknanya? Benganglah jugak. Staff sorang company ni bilalah nak balas email saya. Hari tu ya ya nak cepat, nak buat semua dalam bulan puasa. Ni dah raya, kita email dua tiga kali tentang hal tu, tak balas-balas walaupun dia dah baca email saya. Tak boleh jadi, saya kena call pulak ni.

Thursday, July 30, 2015

Letih Luar Biasa

Semalam saya mula puasa Sunat Syawal. Seperti puasa Ramadhan lepas, saya sahur dengan air dan kurma. Tapi saya tak tahu kenapa saya rasa letih dan lapar yang amat. Namun alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan satu hari untuk puasa pertama ni. Saya rasa lembik dan nak nangis je. Kenapa ya? Pada hal memang itulah makanan sahur saya sejak tahun lepas.

Perasaan Yang Sakit

Dua tiga hari kebelakangan ni... Saya rasa tak enak. Rasa sedih, pilu, tertanya-tanya dan sebak. Tangis dan air matapun segera datang. Lantaran itu, saya tidak ada semangat untuk membuat kerja-kerja harian apa lagi yang menggunakan akal fikiran. Fikiran saya terganggu, amat terganggu. Hati saya pedih, amat pedih. Tidur saya jadi tak tentu. Makan pula tidak tersusun. Oh, kuatkanlah aku untuk menempuh semua ni. Tuhan! Lalu aku serahkan segalanya padaMu kerana Engkau sebaik-baik perancang. Ya, aku yakin, Dia perencana yang hebat. Usahlah berduka wahai hati.

Tuesday, July 28, 2015

Kawaii Kollagen???

Farid: Tinta, Amboi muka... Minum Kawaii Kollagen ke? Kawaii Kollagen??? Apa tu? Tak pernah dengarpun benda alah tu? Oh ya, baru sekejap ada sorang kawan cakap fasal Kawaii Kollagen tu. Masa kawan tadi cakappun saya terpinga-pinga tentang Kawaii Kollagen tu. Saya baru diberitahu tentang Kollagen tu, dah ada orang kata saya minum Kawaii tu. Pelik. Rupa-rupanya, saya yang ketinggalan zaman. Kata kawan, Kawaii tu dah beberapa tahun. Datin Dr. Halina isteri angkasawanpun minum Kawaii tu. Kawan kata, adik diapun minum dan berkesan. Ooo... Sayapun mulalah gatal tangan search dan pasang angan untuk mendapatkannya. Oiii Tinta... Sudahlah tu. Takkan semua benda orang cakap semua benda kau nak cuba. Cukuplah dengan apa yang ada.

Monday, July 27, 2015

Bila Kita Membenci

Malam ni, saya nak menulis tentang hati dan perasaan. Tentang cinta dan kelukaan. Untuk mencari cinta sejati itu ibarat mencari mutiara di laut lepas. Sukar dan menyakitkan. Beruntunglah mereka yang memiliki kebahagiaan saat kali pertama jatuh cinta. Allah telah menyelamatkan mereka dari rasa ngilu pedih akibat ditinggalkan. Hidup ini umpama kapal. Bila waktunya, kita akan berlabuh di suatu dermaga. Dan bila sampai saatnya pula, sauh harus dilepaskan untuk belayar. Sebelum kita dipertemukan dengan cinta sejati atau pasangan yang sesuai menurut janji Allah, pastinya kita akan merasa apa itu derita dan kecewa. Namun awaslah hati-hati amarah, andainya kita membenci si dia yang pernah kita tabalkan sebagai yang teristimewa di hati kita, ingatlah akan kebaikannya yang pernah kita banggakan, akan ketulusannya yang kita sukai suatu ketika dahulu. Janganlah kerana suatu kesilapannya, kita terus membencinya serta menghukumnya. Biar kita tersalah memaafkan dari salah menghukum. Jika kita merasakan sepanjang perhubungan kitalah yang sering bersusah-payah untuk si dia, carilah di celah-celah pengorbanan besar kita sekelumit usahanya untuk membahagiakan kita. Usah kita mendabik dada mengatakan bahawa kitalah yang sering bersusah-payah untuknya dan tidak dihargai. Mungkin itu hanya perasaan kita sedangkan niat si dia meminta sesuatu atau menegur kita demi mengeratkan perhubungan yang dirasakan semakin renggang. Usahlah kita sering mengeluh, melahirkan kebosanan kita menghadapi sesuatu perkara dalam perhubungan atau menzahirkan keletihan kita terhadap tingkah si dia, kerana mungkin si dia juga ada rasa bosan dan penat terhadap sikap kita namun disimpan kemas jauh di sudut hati demi menjaga hati kita serta tidak mahu mencemarkan ikatan yang dibina. Setiap kali amarah mengamuk jiwa, fikirkanlah tentang si dia, mungkin si dia juga pernah marah akan keterlanjuran kita, tapi dimaniskan wajahnya, dijaga tutur katanya sewaktu melahirkan kemarahan kepada kita kerana tidak mahu mengguris perasaan kita. Komunikasi antara kita dan si dia amat penting bagi mengekalkan kemaslahatan hubungan. Janganlah kita merasakan kita sudah lakukan yang terbaik dan si dia tidak berhak untuk menegur dan meminta sesuatu yang disukainya kerana, apa yang baik bagi kita, belum tentu baik bagi si dia. Berbicaralah sebanyak mungkin akan hal-hal perhubungan terutamanya untuk memperbaikinya. Tidak salah membincangkan tentang apa yang kita dan pasangan suka dan apa yang tidak disukai. Ketepikanlah sedikit keegoan kita untuk menerima pandangan pasangan demi menggapai kebahagiaan yang diimpikan. Sekian. Semoga kita semua akan dikurniakan dengan kebahagiaan dambaan insani bersama si dia yang telah dikirimkan Allah kepada kita. Jika para pembaca telahpun memiliki pasangan, berusahalah untuk saling membahagiakan kerana pasangan itu amanah Allah. Beruntunglah anda memiliki pasangan. Pasti hidup anda tidak sunyi seperti saya.

Sunday, July 26, 2015

Hari Dukacita

Hari ni saya rasa sedih. Rasa sunyi. Sabarlah hati, Allah sedang mengujimu.

Semilir Angin Berhembus

Angin khabar berpuput lembut, membisikkan sesuatu ke telinga saya semalam. Namun, jika angin yang bertiup, maka tidaklah boleh menjadi sukacita. Kelak nanti, terbang semua habis tak tinggal. Dan hatipun mulalah kecewa. Kita tunggu pada waktu yang dijanjikan, jika ada rezeki saya, maka adalah. Namun, penguasaan Bahasa Inggeris harus tetap dimantapkan. Sekiranya berita angin tidak benar, ianya tetap elok bagi saya.

Friday, July 24, 2015

Apa Ada Dalam Kotak?

Tut... Tut... Tinta: PR Department, selamat pagi. Operator: Tinta, ada parcel untuk awak. Yay! Terima kasih, abah! Dengan hati bunga-bunga, keluar ambil parcel.

Apple Stemcell bekalan untuk enam bulan!!! Terima kasih kepada abah...

Thursday, July 23, 2015

Lecithin, Vita Health


Tengok gambarpun tahukan, lecithin ni sejenis vitamin. Mama yang bagi saya suruh makan. Harga sebotol, RM143.00 dan di dalamnya ada 100 soft gel. Rupanya lecithin ni ada banyak brand. Bila saya buat perbandingan harga, Lecithin Vita Health made in Australia ni antara yang mahal. Dibandingkan dengan Shaklee dan Amway pun, dia lebih mahal. Maka sayapun tertanya-tanya, apa lebihnya dia berbanding brand lain? Search dalam internet, taklah seglamor Lecithin Shaklee. Nak cari fungsi dan kebaikanpun susah. Lecithin tu apa? Lecithin ni sendiri adalah lemak atau dikenali sebagai pengemulsi semulajadi. Bertindak dengan melekat pada lemak yang menyebabkan lemak terapung dalam darah dan akhirnya menghalang lemak melekat pada membrane. Tubuh manusia tidak menghasilkan lecithin tetapi sangat memerlukan lecithin. Antara sumber lecithin ialah kuning telur, jagung dan soya. So, kat sini saya kongsikan serba sedikit kebaikan Lecithin ni secara umum. 1. Pelarut kolestrol, triglycerides dan lemak lainnya yang menghalang penyakit darah tinggi, sakit jantung, lumpuh dan pengerasan arteri 2. Pengemulsi/pemecah lemak. Ia mampu bertindak lebih cepat jika disertakan dengan senaman. 3. Berperanan penting untuk menyerap zat-zat penting daripada saluran darah ke sel tubuh. Ketiadaan lecithin akan menyebabkan membrane mengeras sekaligus menyukarkan proses penyerapan zat oleh badan. 4. Mencegah serta mengurangkan penyakit berkaitan hati. 5. Menyebabkan saraf berfungsi lebih efisien. 6. Menguatkan imunisasi badan dengan membalut sel darah merah, memberi perlindungan daripada serangan virus serta bakteria dan melindungi sel daripada teroksida. 7. Membantu sel otak berkembang, memainkan peranan penting dalam transmisi impuls saraf otak dan memperbaiki fungsi neuro transmitter (short term memory). Ia juga mampu mencegah nyanyok dan Alzheimer. 8. Menggalakkan proses tidur. 9. Penting dalam penjagaan paru-paru kerana ia dapat mencairkan mucus serta mencegah iritasi. Ia amat berguna bagi penghidap asma, fever, alergi, bronchitis dan emphysema. 10. Berfungsi sebagai plincir kepada penyambung sendi dan menjaga tisu buah pinggang. 11. Zat untuk kecantikan bagi menghasilkan rambut yang sihat, cantik dan berkilat, kulit yang lembut gebu dan mencegah eczema. 12. Diperlukan dalam menghasilkan pelbagai hormon seperti epinephrine, mencegah PMS dan mengurangkan gejala menopause. 13. Lecithin bersama unsur lain digunakan untuk membuat bile yang berfungsi mencairkan lemak di mana ianya akan memudahkan penyerapan zat seperti vitamin A, D, E, K dan lain-lain ke dalam badan. Marilah sama-sama kita jaga kesihatan kita yang berharga ni :)

Wednesday, July 22, 2015

Siti Nurhaliza Dan Rozita Cik Wan, Raya 2015




Walaupun kita beraya dah masuk hari keenam, masih belum terlewat rasanya saya nak cerita tentang baju raya saya tahun ni. Sebenarnya saya tak rancangpun nak beli baju tambahan. Saya beli kain warna gold kat atas tu kat Vietnam. Hantar Hani Seri Fesyen dan terus simpan untuk raya. Macam tahun sudah, sengaja saya shopping tudung lewat supaya dapat harga murah. Haha, ekonomi sangat. Pilihan saya tahun ni masih lagi Ariani. Maka hari Ahad sebelum raya berkelanalah saya di Jln Tar dengan bersesak dan panas. Dalam pukul 6.00 saya mengharungi lautan manusia ke Ariani. Oho, Ariani ni dah berpindah ke Jakel Mall. Jangan jadi macam saya ya, pergi-pergi tengok Ariani dah tutup. Nasib baik ada notis berpindah. Dah alang-alang sampai ke Jakel, sayapun gatal-gatal masuk Jakel dan terus cari Bahagian Tok Ti dan Cik Ta. Secara tak sengaja, sayapun dah menjejakkan kaki di Bahagian Rozita Cik Wan. Boleh tahan harganya. RM300 lebih. Tak mau la, membazir je. Selain baju gold tu, saya ada banyak baju yang sering saya gayakan sewaktu menjadi pengacara majlis dan dinner. Pakai je yang tu. Majoriti baju-baju tu saya pakai sekali je. Sebab saya tak suka pakai baju sama untuk jadi emcee. Bukan orang perasanpun baju recycle hehehe Dah namanya perempuan, tak nak belipun still membelekkkan? "Untuk akak, saya boleh bagi RM140.00 baju yang harga RM300 lebih ni," Wah! Tawaran yang menarik. Hati mula tergoda. "Happy hours, happy hours! Kita akan junamkan design terbaru! Baju Rozita Cik Waaaannnn..." Jurujual lelaki menghampiri bahagian yang sedang saya belek. Wow! Mungkinkah tawarannya lebih menarik? Saya tak pernah tengok happy hours di Jakel. Ramai yang terus berlari ke bahagian yang sedang saya belek. Siap menjerit macam hysteria. Gila betul. Saja je dia buat gempak, dia bagi harga happy hours hanya kepada 30 pembeli terawal dan mesti pilih baju dalam masa 20 minit sahaja. "Kita junam harga RM170, RM140, RM125," Wah, masing-masing bagai lipas kudung memilih. Saya je yang relax sebab dah dijaga oleh sales girl sorang tu. "Tak apa kak, untuk akak saya bagi kurang lagi. Saya bagi akak RM120.00. Pilih je mana akak suka," Hasilnya, dapatlah saya baju turquoise kat atas tu. Mulanya nak ambil baju kurung pendek biru berantai. Tapi yang ni Nampak lebih menarik. Kurung moden nipun asalnya saya nak ambil warna pink. Haha, Mis Pink kan. Tapi biasalah dah hujung-hujung ni saiz dah tak ada. Satu je pink yang tinggal dan kotor. Nasib baik yang turquoise tu ada saiz S. Lepas tu tambah lagi kegatalan saya, nak pergi tengok baju Siti Nurhaliza pulak. Tak sahlah tak tengok baju Dato' Siti. Peminat setia ni. Mana tahu baju riban-riban tahun lepas dah murah. Wah! Hati tertawan pulak pada baju purple ropol hitam berhias manik dalam gambar kat atas tu. Ciptaan Rizman Ruzaini tuuuu. Tahun lepas harganya ribu. "Yang ni tinggal satu je kak saiz kecil. Baik akak ambil. Tahun lepas harga dia RM1,800.00. Kita dah turunkan harga RM1,200.00, RM800.00. Kita tak nak simpan dah. Nak habiskan tahun ni," "Hari ni berapa harganya?" Saja nak tahu. "RM300.00." Tak payah! Saya dah ada baju Cik Ta. Amboi, sombongnya. Pada hal dalam hati berkenan sangat. "Tapi dengan akak, saya boleh bagi RM75.00," Gulp! Telan liur. Salah dengar ke? "Berapa?" Tak puas hati. "RM75.00, kak. Happy hours kelmarin kita bagi RM250.00, semalam RM150.00, tadi RM95.00. Ni kita bagi RM75.00," Nampak tak permainan dia orang kat situ. Patutlah Jakel ni hidup. Macam mana baju yang mahal ni boleh jadi semurah itu??? Tak laku ke? OK, faham. Kalau nak shopping kat Jakel ni, shopping betul-betul dekat nak raya. Makin murah harganya cuma risiko tak ada saiz tu tinggi. Warnapun nasib-nasib. Tapi saiz M. Saya ukur kat badan besar sikit. Tapi Siti Nurhaliza punya fasal dan RM75, saya dah melayang di awangan. Nanti kecilkanlah. OK, kita try. Elok je saya masuk bilik persalinan, jurujual lelaki happy hours tu datang ke bahagian tu dan junamkan harga ke RM75.00. Mujur saya dah ambil baju tu sebab tulah satu-satunya saiz kecil yang tinggal. So, untuk kedua-dua baju saya hanya bayar RM195.00. Untung kan? Manakala yang gold tu pulak, baju saya beli kat Vietnam tulah. Jakel memang best untuk shopping last minute sebelum raya. Tahun depan jumpa lagi ya, Jakel hehehe Kurang asam, nak mura je kerjanya. Kenalah bijak ekonomi.

Tuesday, July 21, 2015

Yaya Kesayanganku


Hai, nama saya Yaya. Asyik Along je tulis dalam blog ni. Hari ni, Along duduk diam-diam. Yaya pulak nak menulis. Macam mana saya boleh ada dalam keluarga ni? Haaa... Abah beli saya sejak saya kecil lagi. Masa tu, tuan saya baru nak pergi jual saya kat kedai. Abah berkenan dengan saya. Tuan saya cakap, kalau nak beli, belilah sekarang. Bila sampai kedai, harga saya mahal. Abahpun setuju nak beli saya. Tapi abah tak tahu nak pilih saya ke abang saya, Oren. Mama pulak kesian nak pisahkan kami. Mama cadangkan supaya abah beli dua-dua. Abah pun setuju dan kami dibeli dengan harga RM300.00 sepasang. Murahkan? Saya ni dari jenis American Forest tau, kacuk dengan baka apa entah, dah lupa pulak. Nama saya banyak, Abu, Obu, Gemuk, Buya dan Yaya. Along suka panggil saya Yaya. Abang saya dia orang panggil Oyen. Tapi sayang, abang saya mati masa kecil sebab ceret-beret. Maka tinggallah saya seekor menumpang kasih dengan keluarga ni. Semua orang sayangkan saya. Salah satu tujuan abah beli saya adalah untuk temankan Hakim sebab kakak-kakaknya semua tinggal di asrama. Kesunyianlah kononnya. Jadi, tinggallah saya sebagai peneman Hakim. Masa tu Hakim kecil lagi. Masa kecil dulu Hakim tu penakut. Nak buang airpun dia bawa saya masuk tandas teman dia. Hahaha kelakarkan? Kalau Along ada, dapatlah saya berehat sebab Hakim akan minta Along temankan dia. Umur saya dah masuk 13 tahun dah tahun ni mengikut pengiraan umur manusia. Kalau umur kucing, umur saya dah 78 tahun. Saya menyaksikan jatuh bangun keluarga ni sepanjang 13 tahun ni. Dari kereta lama, sampai kereta baru. Dari rumah lama, sampai ada rumah baru yang besar dan cantik. Yang best tu, saya boleh pilih nak buang air kat bilik air mana yang saya suka. Boleh pilih bilik tidur, tidur dalam air corn, dan macam-macamlah. Dapat naik kereta tanpa duduk dalam carrier. Best sangat. Yang penting, abah selalu manjakan saya. Walaupun saya tua, gigi saya masih cantik. Rahsianya, saya makan kurang kunyah, terus telan. Anak sayapun dah tercabut giginya. Oh ya, saya ada seekor anak dan tiga ekor cucu. Nantilah korang berkenalan dengan dia orang. Semuanya sihat-sihat belaka. Kami tak pernah kelaparan duduk kat sini sebaliknya selalu kekenyangan. Makanan harian saya tak sama macam dia orang tu. Asyik makan makanan segera je. Saya mesti makan nasi berlaukkan ikan tongkol dua kali sehari. Kalau tak selera, saya ratah lauk je. Ikan kecik? Ikan buruk? Oh no, no, no, sorry, saya tak makan. Jangan ingat saya tak tahu ya rasa ikan kegemaran saya dan ikan segar. Dan saya ada satu kerusi di meja makan yang saya suka duduk. Tapi kadang-kadang, abah ni nakal sikit. Bila mama masakkan nasi untuk saya, abah suka ambil sikit dan sorok nasi saya sebab dia nak bagi makan ayam Laga dia. Tapi abah tak pulak pergi menyabung ayam. Semua orang kata, saya ni bisu. Hahaha sebab saya malas nak bersuara. Kalau ada penting je baru saya keluarkan suara emas saya. Kalau saya bercakap, saya hanya gerakkan mulut je. Tapi dengan Along, saya kena cakap elok-elok. Bercakap fasal Along, Along ni, dari wujudnya saya dalam keluarga ni, dia asyik mengembara je. Tak pernah duduk kat rumah lama-lama. Masa dia belajar dulu adalah jugak dia duduk rumah tiga bulan masa cuti semesta. Tapi sekarang, kalau balikpun tak lama. Alongpun salah sorang yang suka mandikan saya. Dia suka manjakan saya dan belai saya. Kalau dia balik, dia akan peluk dan cium saya. Saya selalu rindukan Along. Happy sangat bila dia balik. Dapatlah saya manja-manja. Walaupun ada banyak ekor kucing, tapi saya tetap jadi pilihan nombor satu along. Along ni, lemah-lembut je kalau belai saya. Saya doakan supaya Allah selalu jaga Along bila dia jauh. Saya sayang Along. Tinta: Yayaaaa Ish, Along dah panggil. Nak tahu kenapa? Along panggil saya tidur. Esok, Along dah nak balik KL. So, malam ni saya nak tidur dalam dakapan along puas-puas. Dahlah, nanti Along tidur, tak dapat saya nak bual-bual dengan dia. Bye semua.

Monday, July 20, 2015

Cacatkah Wajah Saya? :(

Hahaha dah kemaruk nak update blog pulak. Tulisan kali ni bukanlah untuk bermegah atau riak. Sekadar luahan perasaan yang membuatkan saya takut beberapa tahun lamanya. Kepada mereka yang tidak sukakan saya, mohon jangan baca entri ni. Nanti jadi isu pulak macam beberapa entri yang saya tulis dulu. Suatu hari pada usia remaja saya, saya menyentuh setiap inci wajah saya untuk mengetahui bentuknya. Sentuhan saya terhenti pada dagu saya yang saya rasakan pelik. Bagai tidak percaya, saya ulang sentuh. Ya! Ternyata, dagu saya tidak seperti dagu orang lain. Saya rasa sedih dan takut. Saya mengharapkan dagu saya akan pulih. Tapi... Ia tetap begitu. Malah, makin ketara. Saya turut mengharapkan agar orang sekeliling tidak perasan akan kelainan bentuk wajah saya. "Alah, dia orang takkan perasanlah, dagu, bukan orang nak tengokpun," Saya menyedapkan hati. Untuk bertanya pada orang tidaklah, saya bimbang kalau jawapan mereka mengecewakan. Hari demi hari dagu saya tetap begitu. Saya pasti susah hati kalau saya memegangnya. Pernah suatu hari, kawan masa belajar kat UiTM berkata: "Dahlah dagu berlekok macam Siti Nurhaliza," Demi mendengarkan itu, saya terperanjat. Ketara ke kekurangan saya ni? Dia perli saya ke dengan menyebut nama Siti Nurhaliza kat situ? "Apa dia?" Saya meminta dia mengulanginya. Saya ingin tahu pendapatnya tentang kekurangan saya ni. Saya tak ambil pusing akan nama Siti Nurhaliza yang disebut dalam ayatnya tadi. Mungkin sekadar nak buatkan saya perasan. Sayakan peminat setia Dato' Siti. "Tak ada apalah," Saya hampa. DALAM KERETA DI SUATU HARI Acik: Eleh, dagu aku berlekok, macam Siti Nurhaliza. Angah: Akupun! Jangan perasanlah. Acik: Tak Nampak sangat, tak ketarapun. Aku punya Nampak. Angah: Nampak, Nampak. Kau je yang tak Nampak. Acik: Eleh, Along punya lagi besar, lagi dalam blah dia. Tak cakap apa pun. Angah: Aku cakap kau, bukan Along. Maknanya, belahan pada dagu ni bukan suatu kekurangan ke? Untuk kepastian, saya Tanya Acik akan lekok dagu saya ni. Kata Acik, itulah lekok Siti Nurhaliza. Bukan cacat. Alhamdulillah, Tuhan. Terima kasih atas kurnian ini. Selama ni aku penat memikirkan hal ni. Hahaha... Bila saya search di internet, fenomena dagu berlekok ni kebanyakan terjadi pada lelaki. Jarang perempuan yang memiliki dagu seperti ni. Fakta paling menarik, dagu berlekok sebenarnya memang dikategorikan sebagai cacat. Tapi kecacatan yang menjadi daya penarik. Tuhan tu Maha Adil, saya tidak ada lesung pipit macam adik-adik saya tapi diciptakannya dagu berlekok buat saya. Bila saya senyumpun, pipi saya berlekok walaupun tiada lesung pipit. Bila saya Tanya mama, rupanya dagu berlekok ni saya warisi daripada mama. Hehehehehe tapi dagu berlekok mama dah tak Nampak sebab dia dah berisi. Kata mama, masa dia kurus dulu nampaklah. P/S: Dagu berlekok tidak semestinya cantik. So, tak payahlah kutuk saya perasan cantik ya.

Cara Set Up Email Yahoo Di Microsoft Outlook 2013

OK semua, entri kali ini kita ilmiah sikit ya. Hehehe Tapi post ni khusus buat orang-orang yang kurang pandai dalam IT ni macam saya hahaha. Bagi mereka yang terror tu, mesti rasa macam kacang je topic ni kan? Saya beli laptop ni dah masuk dua bulan. Softwarepun beli ori tau, sebab apa? Sebab saya nak guna Microsoft Outlook. Lagipun beli yang original ni banyak kelebihannya. Dah alang-alang 'bos besar' bagi, kan? So, kitapun hantarlah quotation kat 'bos besar' kat rumah. Bila dia agree, kita proceed la. Cerita fasal laptop tu lain kali K. Cerita fasal Outlook dulu. Saya ingat senang je set up benda alah ni. Saya cuba buat tapi tak Berjaya. Ada juga saya Tanya kawan yang terror IT ni. Tapi dia orang sibuk.. Yahoo ni kan tak semua orang guna. Ada yang kata kena explore dulu baru boleh ajar. Lama saya tunggu, tak ada apa-apa action pun. Tak apalah, may be bukan hal mereka so, mungkin dia orang let go macam tu jelah, sayapun segan nak Tanya banyak kali, makanya dia orang diam terus. Kalau saya tanyapun, dia orang suruh saya tukar kepada gmail. Sungguh tidak membina cadangan itu. Email yahoo saya ni sangat penting bagi saya. Tak apalah. Moga saya tak jadi macam dia orang bila orang minta tolong. Kadang-kadang terasa hati jugak kan? Think positive, pasti Allah nak bagi ilmu baru kat saya. Disebabkan sibuk, maka saya biarkanlah. Bila cuti ni, tak ada benda nak buat, so, operasi menggodek pun bermula. Puas saya search, tak jumpapun blog Melayu yang bagi penerangan detail tentang cara nak set up Yahoo kat MO ni. Selalunya ada juga blog Indonesian keluar tapi kali ni saya tak jumpa. Mungkin tak pandai search kot. At last, kitapun jadi omputih. Punyalah berlambak entri fasal set up Yahoo kat MO ni. Yelah, software ni kan ciptaan dia orang. Lagipun Mat Salleh ni kan rajin menulis, banyaklah tulisan fasal MO. Tu yang saya terpanggil nak buat entri ni hari ni. Sekurang-kurangnya, saya boleh share dengan kawan-kawan seangkatan saya ni terutamanya bangsa Melayu saya dan Malaysian hehehe... Patriotik sangatkan??? Nak set up Yahoo kat MO 2013 ni bukan just isi borang dia macam yang dia kluar bila kita klik MO for the first time. Almaklumlah, Yahoo ni memang selalu rumit sikit. Rasanya kalau Hotmail atau Gmail tak sesusah Yahoo kot. Dah tahu susah, kenapa nak guna Yahoo jugak? Pernah orang Tanya saya macam tu. Sebab, Yahoo ni dah lama saya guna, sejak saya belajar lagi. Banyak borang atau urusan rasmi peribadi saya guna email ni. Tak mahulah tukar-tukar. Sila ikut langkah di bawah ya, P/S: Ni untuk pengguna MO 2013 ya, yang lain tu saya tak tahu sebab tak ada pengalaman. Nak dapat pengalaman yang nipun, separuh hari masa saya ambil. Hehehe siap cuba jaya tu. Bila dia paparkan, saya Berjaya, rasa nak lompat-lompat macam katak pisang je. Mula-mula, kita kena buka email Yahoo kita dulu. Yang ni saya dah buat lama masa nak daftar Windows Live Mail dulu. Atau lebih tepat, kita kena enable pop access dalam Yahoomail kita: 1. Sign in Email Yahoo. 2. Masuk menu option. 3. Ambil mail option. 4. Klik pada pop and forwarding. 5. Klik save. 6. Sign out. Bila dah selesai dalam email akaun, barulah kita buka pulak MO 2013. 1. Buka MO 2013. 2. Masuk menu, ambil file tab dan klik add account. 3. Pilih manual setup atau additional server types. 4. Klik next. 5. Pilih Pop. 6. Klik next. 7. Page untuk set akaun - account setting akan keluar: a. Your name - Nama yang kita nak dipaparkan bila kita hantar email. b. Email address - alamat email yahoo kita. c. Account type - POP3. - Server information. Pastikan setting MO sesuai ddengan yahoomail POP settings. d. User name - yahoo ID. e. Password - Yahoo account password. f. Require logon using secure password authentication - unchecked. 8. Klik more settings. 9. Pergi ke outgoing server tab. a. My outgoing server (SMTP) requires authentication - checked. b. Pilih use same settings as my incoming male server - Bila dah selesai outgoing server tab, pergi ke advanced tab pula: a. Incoming server (POP3) - 995 b. Pilih this server requires and encrypted connection kita tulis SSL pada ruang ini. c. Outgoing server (SMTP) - 465, 587 atau 25 (tulis salah satu) d. Set the encryption types - SSL atau TLS. e. Set desired server timeout and delivery options (ikut keselesaan) - Cadangan: Leaving a copy of messages on the server. 10. Klik OK. 11. Restard outlook. Selalunya bila kita klik OK, MO automatic akan test mail server. Kalau tak Berjaya, cubalah tukar outgoing server dan apa yang patut selagi ada pilihan lain seperti yang saya tulis ni. Kalau tak ada pilihan saya bagi ni, jangan tukar. Sampai matipun gagal. Selamat mencuba. Kita akan rasa puas bila Berjaya dengan usaha kita sendiri.

Friday, July 10, 2015

Minat...

OK, kepada sesiapa yang tak suka saya, sila jangan baca pos ni, sebab korang akan berbulu mata dan telinga sekiranya korang baca pos saya malam ni. Niat saya bukan nak sombong atau mendabik dada. Tidak, saya sekadar nak luahkan perasaan je. Dah namanya blog saya, diari saya, so tak salah kalau saya nak tulis apapun kan? Kalau baca blog orang lain tu, siap tulis dia cantik dan sebagainya, tak jadi isu pun. Saya ni bukan orang yang popular. Bukan juga dari kalangan orang yang cantik jelita. Saya tak punya apa-apa. Kehidupan saya, biasa-biasa je. Tapiiii... Peliknya tu, ada sebilangan kecil yang... Entahlah sesuai tak kalau saya guna perkataan ni, minat dengan saya. Kebanyakan mereka adalah rakan dari Facebook. Ada yang pantang tengok saya aktif FB so dia akan PM saya. Ada yang suka chating, saya OK je, janji tak merapu, selagi saya tak sibuk dan boleh layan, saya akan layan dengan baik. Ada juga yang sering menulis ayat-ayat cinta pada 'wall'nya kemudian PM saya, status saya tu untuk awak. Awak dah baca? Ada pulak yang PM saya, "mem, saya minta maaf, I love you so much," Hei, macam manalah awak boleh jatuh cinta sedangkan awak tak kenalpun sayakan? Entah betul entah tidak gambar saya kat FB tu. Entah betul entah tidak profil saya kat FB tu. Entah betul entah tidak status saya kat FB tu. Ada sekali tu, saya tanya: "Awak ni confident sangat, entah-entah gambar kat FB tu bukan saya yang sebenar," Nak tahu apa dia jawab??? "Saya sangat yakin itu awak!" "Sebabnya?" Saya menguji. "Ramai yang like dan komen. Kalau awak menipu, mesti kawan-kawan awak dah maki dan marah awak. Atau main-mainkan awak. Friends awak ramai, takkan semuanya awak baru kenal kat FB. Gambar-gambar awak tu, logik dan semuanya orang yang sama. Banyak pulak tu. Takkanlah awak nak letak gambar orang lain dalam jumlah yang banyak dan kerap?" Bijak juga mamat ni. Desis hati saya. Kadang-kadang saya bosan. Bila selalu chat dengan seseorang, akhirnya saya akan bertukar nombor telefon nak jumpa orang yang saya tak kenal tu jauhlah, melainkan dia datang office saya. Bila saya tak balas PM dia luah perasaan, dia akan text saya pulak. Laaaa... Saya nak berkawan bukan nak mainkan orang. Ada yang saya tak layan dah berbulanpun still lagi PM dan call. Saya bukan sombong, tapi saya harus berhati-hati sebab saya perempuan. Tapi dari kalangan mereka ni, ada juga yang perempuan. Kalau perempuan tu OK la. Tak adalah saya takut nak layan. Saya sangat suka berkawan dan sangat suka berkenalan. Saya tak ada niat lain, sekadar untuk menambah kawan. Kawan bertambah, ilmu juga akan bertambah. Betul tak? Apapun, saya hargai anda semua. Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Saya amat menghargainya. Semoga persahabatan kita, kekal sampai bila-bila insya-Allah.

Wednesday, July 8, 2015

Kepala Ada, Ekornya Mana?

Tak ada mood nak buat kerja. Sakit perut! So, sayapun merayaplah dalam blog sendiri. Hahaha baru saya perasan, banyak juga enteri saya yang tak bersambung. Buruk betul perangai si Tinta ni. OK, berazamlah Tinta, berazam untuk habiskan sambungan cerita. Yang lepas tu, lepaslah ya. Hehehe

Cincin Berlian Hadiah Perkahwinan

Saya rasa risau yang amat. Minggu depan dah nak balik kampung. Confirm mama akan tanya. Rasa nak nangis sangat. Beberapa tahun lalu, mama bagi saya pakai sebentuk cincin berlian miliknya. Cincin tu hadiah daripada kawan mami si tukang emas pada hari perkahwinan mama. Cincin tu tak muat di jari manis saya. Jadi saya memakainya di jari hantu. Lama-kelamaan, saya tukar, pakai cincin emas bersadur emas putih sebagai ganti permata di atasnya. Cincin tu hadiah seseorang buat saya pada hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 27. Saya lupa di mana saya simpan cincin berlian mama tu. Dah berapa kali mama tanya saya fasal cincin tu setelah dilihatnya tiada cincin berkenaan pada jari saya. Ya Allah, saya rasa sedih sangat. Saya tak boleh ingat di mana saya letak cincin tu. Saya dah cari dalam kotak cincin emas pemberian orang kepada saya tapi yang ada hanya sebentuk cincin emas yang orang bagi. Cincin emas bertatah berlian milik mama tak ada. Saya lupa sangat kat mana saya letak cincin tu. Pasti cincin tu terlalu bernilai pada mama. Tolonglah Tuhan, ilhamkan kepada saya di mana cincin tersebut.

Monday, July 6, 2015

Allah Itu Satu

Soal jawab ni berlaku masa saya kanak-kanak. Kalau tak silap masa tu, umur saya dalam tujuh atau lapan tahun. Dalam banyak adik-beradik, sayalah yang paling banyak tanya hehehe. Siapa lagi yang melayan saya kalau bukan abah. Entah dari mana datangnya soalan ni. Sayapun tanya abah. Tinta: Bahh, mana datangnya manusia ramai-ramai ni, bah? Abah: Manusia kan membiak. Beranak-beranak, jadilah ramai. Tinta: Asal-asal dulu, manusia ni datang dari mana? Abah: Dari tanah. Tinta: Tanah? Lepas tu? Abah: Tuhan jadikan Nabi Adam dengan Siti Hawa dengan tanah. Tinta: Lepas tu? Abah: Nabi Adam kahwin dengan Siti Hawa. Dapatlah anak. Beranak-beranak sampailah dapat kita. Tinta: Orang ramai-ramai ni semuanya anak Nabi Adam ke, bah? Abah: yelah. Tinta: Adik-beradik ke kita semua? Abah: saudara-maralah. Tinta: Siapa buat kita ni? (Saya masih tak puas hati) Abah: Tuhanlah buat. Tinta: Siapa buat Tuhan, bah? (Abah terdiam. Mungkin mencari kata-kata yang sesuai untuk fahamkan saya. Mungkin juga terkejut dengan soalan saya yang tak disangka tu) Abah: Mana ada orang buat Tuhan. Tinta: Tak ada orang buat? Macam mana Tuhan boleh ada? Abah: Tuhan tu satu. Dia tak beranak, dan tak ada orang beranakkan Dia. Tinta: Habis tu, macam mana Dia boleh ada? (Saya pelik) Abah: Dia dah ada. Tak ada siapa buat. Dialah mula-mula ada. Sebelum dunia ada, Dia dah ada. Dia yang buat dunia, langit, bumi dan semua benda. Tinta: Tapi kereta orang buat. Abah: Tuhan bagi ilham, baru manusia boleh buat. Tinta: Tuhan tu kat mana? Abah: Tuhan ada kat mana-mana. Nanti bila besar, Along tahulah. Bila saya teringatkan hal tu, saya tertanya sendiri, macam mana saya boleh tanya soalan tu pada abah. Mesti abah berhati-hati menjawab supaya saya faham.

Saturday, June 27, 2015

Berubah, Kerana Allah Atau Manusia?

Sebenarnya saya dah letih dengan kerenah lelaki. Saya juga penat nak dengar ayat-ayat manis lelaki. Pleaselah!!! Saya tak ada masa nak layan orang yang tak serius. Masa saya terlalu berharga. So, jangan nak bazirkan masa saya. Lagi satu, jangan cuba nak pedayakan saya dengan kata-kata manis. Sesungguhnya, hati saya sudah tawar untuk semua tu. Saya rasa, perisa cinta tu sudah tawar dalam hidup saya. Cuma saya mengharapkan serta berdoa, Allah akan maniskan semula rasa itu apabila saya bertemu dengan lelaki yang Allah janjikan. Yang nak main-main tu, tolonglah. Saya banyak urusan lain. Bukan sombong, tapi saya dah penat dengan permainan lelaki ni. Saya bukan bodoh. Rizal (BUKAN NAMA SEBENAR): You, kita kahwin. Tinta: Tengoklah. Rizal: You ni I'm serious OK. You tak rasa ke you dah tua, sama macam I. I dah malas nak bercinta, kita kahwin, lepas tu bercinta lepas kahwin. Tinta: Bercinta lepas kahwin? You pun sekejap sayang sana sayang sini. I pun tak tahu, dengan siapa sebenarnya you suka. You kahwin jelah dengan sipulan, sipulan dan sipulan. Rizal: I bukan ada hubunganpun dengan dia. Sipulan tu my x. Tinta: Macam mana nak kahwin dengan I kalau you masih melayan Si X tu? Tu belum lagi yang lain-lain. Rizal: Alah, lepas kahwin, I berubahlah. I dah 35 you 32 just nice what. Hello cik abang, saya bukan nak kahwin sebab terdesak. Biarlah saya tuapun, kalau jodoh belum sampai, saya tak kisah. Ya Allah, selamatkanlah saya dari buaya besar ni. Saya masih waras untuk berfikir. Siapapun awak, anak datuk dan sebagainya, itu bukan pengukur kepada kebahagiaan. Allah selalu uji saya dengan lelaki macam ni. Pastinya Allah punya perancangan indah buat saya. Saya yakin akan hal itu. Jika jodoh saya tiada di sini, maka saya redha dan semoga dipertemukan dengan jodoh di sana kelak.

Kemalangan Atau Khianat 2

Dah lama rasanya tertangguh cerita ni. Keesokan harinya, saya sibuk menghubungi vet kerajaan. Yelah, veterina ni bukan macam klinik manusia yang boleh didapati di mana-mana. Veterina UPM, harga mahal katanya, sebab semi government. Saya call vet Cheras, sudah tutup untuk pendaftaran dan akan dibuka jam 2.00 petang, pendaftaran sehingga jam 2.45 petang sahaja. Kak Long perlu selesaikan urusan di IJN baru boleh hantar kami. Pencarian saya teruskan dengan menelefon vet Selangor, manalah tahu kalau ada vet yang berdekatan dengan rumah saya. Rumah saya kan dekat juga dengan Selangor. OK, Vet Damansara Damai dan saya perlu datang sebelum pukul 12.00. Susah betullah klinik haiwan ni, dahlah tak banyak, masa bukapun bukan sepanjang hari. Petang klinik Damansara Damai ni tutup. So, saya call Wan Lah, teksi yang sering saya gunakan jika tiada kenderaan. Wan Lah bersetuju untuk menghantar kami tanpa banyak kerenah. Saya meminta Wan Lah mengambil Haida terlebih dahulu di pejabatnya dan mengambil saya dan Jarry di rumah. 10.50 Wan Lah tiba. Saya berdebar, takut tak sempat. Selesai urusan pendaftaran di kaunter, Jarry terus dipanggil kerana tiada pesakit lain pada masa tu. Jarry seperti malam tadi juga, diam dan hanya membiarkan saja tubuhnya diperiksa. Vet: Saya perlu bedah dia dulu, baru boleh jahit. Tanpa banyak soal, saya setuju. Kami menunggu di luar. Berkenalanlah dengan pemilik kucing Benggal yang selsema. Kami bercerita tentang vet swasta. Saya memberitahunya bayaran yang dikenakan kepada saya malam tadi. "Vet kerajaan ada. Tak payahlah pergi swasta. Mahal," Saya setuju, malam tadi tu, kecemasan. Pembela kucing mahalpun syorkan pergi klinik kerajaan. Seorang lagi tuan kucing yang membawa kucingnya demam panas dan sawan. Kucingpun sawan? Banyak lagi yang saya kena belajar fasal kucing. Selamat hampir setengah jam menunggu, kami dipanggil masuk. Vet: Saya dah jahit luka dia. Ingat nak kasi sekali tapi luka dia dalam, so lain kali saya buat. Tinta: Sekarang ni macam mana, doktor? Vet: Saya buat dua kali jahitan, kurung dia dalam kandang. Jangan bagi dia keluar sampai luka sembuh. Pakaikan dia stoken supaya dia tak garu luka dia. Just guna stoken manusia dan ikat pakai getah tapi jangan kuat nanti darah dia tak berjalan. Tinta: Baik, doktor. Vet: Ubat bius belum habis. Dia akan sedar tak lama lagi tapi dia akan mamai. Malam nanti baru OK. Jadi jangan bimbanglah. Dia akan terkencing dan muntah, akibat daripada ubat bius tu. Tunggu lagi beberapa ketika untuk ambil ubat. Pelik, vet sendiri yang bagi ubat. Wan Lah menghantar kami pulang. RM110.00 jugalah tambang teksi. Tak apalah, rezeki ada di mana-mana, asalkan Jarry sembuh. Ketika saya keluarkan Jarry daripada bekas pembawa untuk masukkan ke kandang, Jarry sedar dan cuba bangun tapi jatuh. Dia seperti lemah dan mamai.

Thursday, June 18, 2015

Kemalangan Atau Khianat

Alkisahnya, hari Selasa lepas saya pulang lewat ke rumah. Sesampainya saya di pintu pagar kedengaran Jarry mengiau. Selalunya pasti dia akan datang kepada saya menyambut kepulangan saya. Puas saya mencarinya tapi tak jumpa. Lama-kelamaan, dia berlari masuk ke rumah. Seperti biasalah, perkara pertama yang akan saya lakukan bila sampai di rumah, bagi makan si gemuk yang bertiga tu. Tapi Jarry sibuk menjilat sesuatu atas kotak plastik tempat saya menyimpan barang. Baunya seperti muntah kucing. Saya suruh dia makan, tapi kejap je dia makan. Saya beredar ke tingkat atas untuk solat Maghrib. Tak lama lepas tu, Haida balik dan terus ke bilik saya. Jarry pula mengiau-ngiau di tingkat dua minta dibawa bersama ke tingkat tiga. Memang itulah kelaziman dia, malas naik sendiri. Kami tak tahu kenapa dia sibuk menjilat badan dia. Kebetulan dia naik atas almari kecil saya, sayapun turunkan dia. Tangan saya terkena muntah yang banyak di bawah leher Jarry. Saya lantas membawa Jarry ke bilik air untuk membersihkan muntah berkenaan. Waktu saya membersihkan muntah dia, jemari saya tersentuh satu lubang di bahagian atas daripada bahunya dan bawah sedikit daripada lehernya. Ya Allah, lubang apa ni??? Hati saya berdebar. Setelah muntah bersih, saya minta Haida tengok untuk pastikan kewujudan lubang yang saya jumpa tadi pada Jarry. Ya, ada dan ada air yang keluar daripada lubang tu. Cemas dan risau segera menerjah benak saya. Ya Allah, apa dah jadi ni? Saya menghubungi En. F untuk meminta bantuannya menghantar kami ke klinik vaterina. Tak berjawab. 20 kali juga saya call dia dan tinggalkan mesej. Saya hubungi Kak Long, isteri kawan sekelas dulu. Malangnya, mereka di luar kawasan. hubungi I tapi off. Niat di hati nak minta tolong suami dia hantarkan. Saya bayar ikut harga teksilah sebab suami dia bawa teksi. Call Wan Lah, dia on the way ke airport. Sebagai persediaan, saya bersihkan pat carier yang berhabuk untuk memuatkan Jarry supaya senang dibawa. Lepas tu berkejar ke ATM ambil duit. Dah pergi klinik, mestilah dikenakan bayaran kan? Sediakan kain getah untuk alas pet carrier dalam kereta nanti. Manalah tahu kalau tiba-tiba Jarry membuang. Habis kereta orang. Saya juga cepat-cepat surf internet, cari vet yang buka 24 jam. Yes! Animal Medical Center di Jln Tun Razak, berdekatan Stesen LRT Titiwangsa. Untuk confirmation, saya call vet untuk mendapatkan butir tentang perkhidmatannya. Tak lama lepas tu, I call saya balik dan saya beritahu hasrat saya. Dia minta saya tunggu sekejap untuk beritahu suami dia. Saya sedih sangat masa tu. Tak boleh tahan, saya menangis. Saat saya perlukan bantuan, tiada pula yang dapat membantu. Saya risau sangat dengan keadaan Jarry yang makin tak aktif. Siap saja saya bersihkan pet carrier dia, dia terus masuk ke dalam carriernya. Macam tahu-tahu je orang nak bawa dia pergi klinik. Dia diam je masa tu tengok saya bersiap sambil menangis. Saya mesti pergi vet malam ni jugak! Saya takut kalau jadi apa-apa pada Jarry. Saya tak nak kehilangan dia. Saya sayang sangat kat dia. Berulang-ulang saya cakap dengan dia: "Jarry sabar ya. Along akan usahakan untuk Jarry. Biar Along kena bayar sekalipun, tak pe, biar Along habis duit yang penting Jarry sihat. Jarry bertahan ya. Kita tunggu bantuan sampai," Haida juga sudah mula sedih walaupun tak seteruk saya. Telefon bimbit saya berdering. Hati saya berbunga harapan. "Tinta, suami saya kata, esoklah. Dah lewat ni," Harapan yang tadinya mula berputik punah. Sekali lagi saya menangis hebat. Tunggu esok? Ya, mungkin sebab Jarry kucing. Walau berlubang macam manapun, tunggu esok. Habis kalau mati macam mana? Cuba kalau diri dia yang berlubang, macam mana sekalipun, pasti mahu cepat ke hospital. Saya sedih dengan sikap masyarakat yang macam ni. Bukan saya memaksa .Tapi, saya amat perlukan bantuan dalam keadaan genting begini. Siapa lagi yang saya boleh minta tolong? Teksi di luar belum tentu boleh terima kehadiran kucing dalam kereta mereka. Jam 11.00 tidaklah terlalu lewat apatah lagi dalam kes kecemasan. Saya akan bayar berapapun kosnya. Tapi saya hamba yang lemah, tidak ada kuasa mengubah hati orang. Tak apalah. Mereka tak faham perasaan pencinta kucing macam saya. Jarry hanya baring dalam carrier dan sesekali mengiau lesu. Kalau yang sakit ni manusia, pasti keadaan macam ni tak berlaku. Nyawa kucing tu kan sama macam nyawa manusia. Kalau dah tiada, maka tiadalah akan kembali. Ya Allah, tolonglah, tolonglah hambaMu yang lemah ni. Permudahkanlah urusan saya. Urusan ni bukan untuk saya tapi untuk makhlukMu yang lemah, yang disayangi kekasihMu. Untuk ke sekian kalinya, saya bercakap dengan Jarry: "Jarry kena kuat. Alongpun kuat dan Along akan usaha juga untuk Jarry. Yang penting, Jarry kena bertahan. Lawan Jarry, lawan sakit tu. Along ada, along akan cuba sehabis daya," Telefon saya berdering lagi. En. F!!! Harapan saya mekar semekar bunga kembang pagi. Saya tahu, ramalan Haida bahawa En. F yjuga akhirnya akan bawa kami ke vet pasti benar. En. F: Awak kenapa? Saya tertinggal handset dalam kereta Saya tertidur tadi. Tinta: (Dalam esak tangis) Kucing saya, kucing saya sakit. Boleh tak kita pergi hospital sekarang? En. F: Kenapa nangis ni? Teruk ke dia sakit? Yang mana? Tinta: Jarry. Teruk, leher dia berlubang. En. F: Kenapa? Kena apa? Tinta: tak tahu. Awak datanglah sini sekarang. En. F: Tapi kita nak pergi vet mana? Vet dah tutup. Tinta: Kita pergi Jln Tun Razak, 24 hours clinic. Saya dah call, confirm buka. Akhirnya, setelah dua jam mencari bantuan, bantuanpun tiba. En. F cuba untuk tengok lubang tu tapi tak nampak sebab saya tak nak keluarkan Jarry dari carier, takut dia lari bila nampak En. F. En. F siap bawa lampu suluh nak cek Jarry. Tinta: Dahlah, jomlah. Setibanya kami di vet, kami diberitahu , disebabkan melebihi jam12.00, consultant fee tidak termasuk ubat dan lain-lain RM265.00 . Tak apalah, biar saya berhabis, demi Jarry, saya akan bayar. Saya berdebar menanti reaksi Jarry bertemu dengan Vet. Jarry kelihatan tenang. Diam sahaja bila vet mengeluarkan dia dari carier. Vet memulakan tugasnya dengan memeriksa luka Jarry. Kata vet, lukanya dalam. Dijangkakan bukan baru kerana ia sudah mula mengeras dan bernanah. Darahpun sudah tiada. Sudah mula ada jangkitan. TKawasan berkenaan mula membengka. Jika dibiarkan, pasti akan dihurung lalat dan busuk. Untuk merawatnya, Jarry perlu dibedah dan dijahit. Anggaran kos RM2,000.00. Saya sedih kembali. Saya tak mampu sebab tahun ni saya banyak guna duit. Doktor menyarankan saya ke vet milik kerajaan. UnSaya setuju. Untuk malani, doktor cuci luka Jarry dan bagi dua injection . sSatu untuk tahan sakit dan satu untuk antibiot. Doktor meminta saya agar tidak membenarkan Jarry keluar. Korentin! Jarry hanya diam apabila pembantu perubatan mencukur bulunya di sekitar luka. Jarry tetap diam apabila doktor memberi injection kepadanya. Saya tak sangka Jarry sekuat dan seberani itu. Syukur padaMu Tuhan. Keberanian Jarry memudahkan kerja. Saya, Haida dan En. F menggosok-gosok Jarry ketika dia diperiksa dan dicukur bagi memberikan keyakinan kepadanya bahawa tiada apa yang harus ditakutkan. Nampaknya teknik ini berjaya. Jarry sedikit pun tidak berusaha untuk lari atau mengelak. Dia bagai redha diperlakukan apa sahaja. Along sayang Jarry. Kos perubatan malam itu, RM341.50. Mahal? Memang mahal tak apa, janji saya puas hati . ekurang-kurangnya tahu apa yang berlaku. Saya kurung Jarry dalam kandang. Takut dia keluar.

Friday, June 5, 2015

Bercerita Pada Jarry

Haida: Jarry, mari sini Cik We nak cerita sikit. Saya: Cik We nak cerita apa pada Jarry? Haida: Adalah. Marilah sini Jarry. Cik We nak cerita pasal Along. Saya: Hah? Cerita apa? Jarry yang manja menghampiri Haida serta terus lembikkan badan bila dibelai oleh Haida. Haida: Jarry nak tahu tak, Cik Along, sekarang ni, ada adik angkat. Hahahahahaha saya gelak sakan. Haida juga begitu. Haida: Cik Along kau, tak pernah ada adik angkat. Nanti kita tengok eh berapa lama Cik Along kau baik dengan adik angkat dia. Saya: Kenapa pulak? Haida: Yelah Jarry, Cik Along kau kan garang, dengan kau pun boleh garang, ini pulak dengan adik angkat. Nanti kalau budak tu ngada-ngada, mesti kena marah dengan Along kau. Pas tu tak tahulah jadi adik angkat lagi ke tidak. Saya: Kurang asam punya Cik We!!! Pecah derai tawa antara saya dan Haida. Perli nampak. Orang nak jadi adik angkat then OK la. Sebab saya ada pengalaman dengan orang yang minat nak jadi adik angkat saya. Nanti ada masa akan saya coretkan di sini. Pengalaman yang buat saya rasa bersalah dan terkilan dengan sikap saya. Tapi cukuplah sorang adik angkat. Tak mau ramai-ramai. Kalau kakak dan abang angkat ramai tak apa hehehe

Sunday, May 24, 2015

Terima kasih, Abah

Tit, tit, Tanda satu mesej masuk ke peti masuk telefon bimbit saya. Abah! "Masuk RM3,000.00 MBB" Rasa sebak, terharu yang amat tatkala membaca kiriman mesej abah. Tak perlu dinyatakan tujuan abah bank in RM3,000.00 tersebut. Semestinya wang tersebut untuk membeli IPhone, ganti IPhone 4S saya yang hilang dua minggu lepas. Ini adalah kali kedua dalam masa dua minggu abah memasukkan RM3,000.00 ke akaun saya. Beberapa hari sebelum saya kehilangan telefon bimbit, abah bank in RM3,100.00 kepada saya untuk membeli laptop yang dia janjikan kepada saya setelah saya kehilangan Acer Ferrari yang dia belikan lapan tahun lalu. Tak sangka abah ingat akan janjinya empat tahun lalu setelah rumah saya dipecah masuk oleh pencuri dan mengambil beberapa barang berharga milik saya seperti laptop dan barang kemas. Kesibukan masa dan banyak wang digunakan untuk membeli rumah dan berpindah rumah sewa, membuatkan saya tidak ambil berat akan janji abah sebab saya tak kisahpun kalau abah tidak menggantikan laptop saya. Bila semua urusan penting berkaitan wang selesai, saya akan membelinya dengan duit saya sendiri. Tapi abah sentiasa ingat apa yang dia kata. Sebelum tu, abah janji nak pasang air cond dalam bilik tidur saya di rumahnya. Saya biarkan saja tanpa menuntutnya. Suatu hari saya pulang, air cond tersebut telah dipasang. Kata mami, abah ada sebut di hadapannya tentang janji dia pada saya. Sedangkan saya, tidak menganggap kata-katanya sebagai janji kerana saya sedar, bukan saya sorang anak abah dan saya kan sudah bekerja. Terima kasih, abah. Along rasa sebak sangat masa tulis entri ni. Sesungguhnya kasih ayah sememangnya berpanjangan. Maafkan Along atas segala silap Along sepanjang menjadi anak abah di Bumi ini. Paling penting, Along nak abah tahu, walaupun along tidak mengucapkannya sama seperti abah, along sentiasa sayang dan rindukan abah. Kalau boleh, along nak sentiasa abah ada dengan along, macam along kecil dulu. Tapi sekarang along dah dewasa. Allah tetapkan rezeki along di sini, maka kita terpaksa berjauhan. Along sayang abah.

Thursday, May 14, 2015

Kejadian Kali Kedua

Semalam, kelas renang pertama saya yang saya tumpang sekumpulan pelajar untuk belajar. Bukan bermakna kelas saya bersama Coach Fauzi berakhir dan tidak bagus. Cuma, saya perlu usaha lebih untuk benar-benar menguasai teknik renang yang betul. Rasanya kalau saya hanya mengharapkan kelas bersama Coach Fauzi, pastinya pelajaran saya tak sempat habis sebelum tamat sesi. Seperti yang saya war-warkan sebelum ni, kelas ni bersama Coach Hawary. Tapi hari ni, saya tak nak cerita fasal kelas renang ni dulu. Ada kejadian lain yang lebih penting perlu saya coretkan di sini. Saya dah lupa sama ada saya ada tulis atau tidak peristiwa saya hilang handset dan jam tangan sebelum ni. Yang pastinya kedua-dua handset dan jam tangan saya tu hilang berasingan. Semalam, selepas tamat kelas dan bersedia untuk pulang, Ujang salah sorang pelajar kehilangan handset. Semua orang merasa gempar dan sibuk mencari dan menyoal siasat Ujang. Cikgu Fazli: Coach ada jumpa cover tapi bukan note 3, cover buka dari atas ke bawah bukan macam buku. Cover lama. Gulp!!! Description macam cover handset Nokia saya. Saya lantas membuka bahagian beg di mana saya meletakkan handset tersebut. Masya-Allah, Nokia N95 dan IPhone 4S saya tiada. Subhanallah, apa yang sedang berlaku ni? Saya mencari lagi untuk memastikan jam tangan saya. Pun tiada. Ya Allah! Saya meminta Hazel untuk call nombor saya. Line IPhone telah dimatikan manakala line N95 masih hidup. Berkali-kali kami cuba namun tiada jawapan. Saya lantas menelefon seorang kawan saya yang saya partner kan aplikasi Life 360 bagi mengetahui kedudukan handset saya. Ya, handset saya berada di Jalan Taman Setiawangsa. Bermakna, saya membawa handset sewaktu latihan dan ianya hilang! Setelah penat mencari, kami bergerak pulang. Sekali lagi Cikgu Fazli menghubungi coach untuk memaklumkan handset saya yang satu itu masih hidup. Coach meminta nombor telefon saya untuk memudahkannya mencari. Setibanya saya di rumah, Haida, teman serumah memberitahu bahawa Cikgu Fazli meminta saya menghubunginya kembali. Menerusi panggilan yang dibuat, saya dimaklumkan, Nokia N95 saya telah ditemui bersama Nokia milik Syahida di dalam semak berhampiran. Manakala IPhone dan Note 3 Ujang masih gagal dikesan. Coach juga meminta pihak pengurusan membuat pengecaman cap jari agar kejadian seumpama ini tidak berulang. Menurut makluman management, kejadian sebegini mula berlaku sejak seminggu dua yang lalu. Saspek adalah dua remaja lelaki yang mungkin dilihat Cikgu Fazli berkeliaran di kawasan beg kami diletakkan. Cikgu Fazli berjanji akan mengambil handset saya dan Syahida hari ini. Sedang saya masih mengharapkan keajaiban berlaku untuk menemui IPhone dan jam tangan saya. Insya-Allah, amin... Rentetan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsamaju jam 1.00 lebih pagi tadi memandangkan waktu itu sahaja ada orang yang boleh menemani saya berbuat demikian kerana kawan-kawan mempunyai urusan lain. Rupanya banyak kes kejadian kehilangan malam tadi. Sementara saya masih menunggu maklumbalas daripada Balai Polis Tun Razak berkenaan dengan kes saya. Saya juga membuat semakan menerusi Find My IPhone, tetapi ICloud memaparkan, All devices are offline. Mungkin saya lewat kerana perjalanan dari kolam ke pejabat dan dari pejabat ke rumah mengambil masa hampir dua jam. Selalunya pencuri tidak menunggu lama untuk melakukan sesuatu terhadap barang curiannya.

Sunday, May 10, 2015

Kahwin...

Hari ni nak cakap fasal perkara yang peribadi sikit. Bila usia dah meningkat, bila kawan-kawan terdekat melangkah ke gerbang perkahwinan, mulut orangpun mula sibuk tanya: "Awak bila lagi? Si Pulan tu dah kahwin dah," "Kahwinpun Si Pulan, awak bila pulak?" "Awak ni bila nak kahwin? Takkan tak ada orang nak kot? Tak percayalah," Boleh tak kalau saya nak tanya, "Awak ni bila nak mati?" Haaaaa.... Dah sampai tahap geramlah tu. Korang mesti tak boleh jawab kan bila korang nak mati? Macam tulah jugak saya. Sayapun tak tahu bila jodoh saya nak sampai. Tanyalah Allah, bila masanya. Kalau saya ni ada kelebihan boleh selak buku takdir, tak payah tunggu korang tanya, saya dah selak dulu dan tahu je siapa suami saya, saya terus tunggu dia ataupun cari dia. Tak payah buang masa nak berkenalan sana sini, nak bercinta sana sini. Nak kata tak faham takdir, ramai yang tanya tu orang Islam. Siapa tak nak kahwin, semua orang nak kahwin kan? Tapi ajal maut, jodoh pertemuan tu kan milik Allah. Kalau tanya saya, manalah saya tahu. Bukan saya ni anti sosial duduk dalam rumah tak keluar-keluar tak jumpa lelaki. Masanya belum sampai. Tentionlah orang yang suka menyibuk hal orang ni. Kalau saya tak kahwinpun, saya susahkan korang ke??? Tak kan? So, jangan tanya benda yang saya tak ada jawapannya. Kawan yang kahwin tu, dah memang jodoh dia sampai, kahwinlah dia. Esok bila jodoh saya sampai, kahwinlah saya. "Takkanlah tak ada orang nak. Awak memilih sangat kot," Yes! Saya memang memilih. Tapi bukannya saya memilih yang tidak bertempat. Kahwin tu bukan soal main-main, ni soal sepanjang hayat, takkan saya nak main sapu je macam penyapu, macam pilih baju atau macam beli ikan kat pasar? Kalau yang datang tu, orang yang tak tak, takkan saya nak sebat je. Kalau mencari pasangan biarlah yang betul-betul. Biar yang ada rasa tanggungjawab pada orang jagaannya. Saya sedar saya siapa, jadi, tak adalah saya nak pilih yang kacak bergaya atau yang kaya-raya. Cukup sekadar yang ada tanggungjawab. Orang yang suka tanya saya fasal kahwin ni selalunya orang yang dah kahwin. Mentang-mentanglah dia dah kahwin, sibuk jaga tepi kain orang. Kalau belum kahwin orang tanya dia, mesti melenting tak hengat. Stop! Jangan tanya bila saya nak kahwin, saya hanya mampu berusaha yang menentukan itu Allah.