Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, June 16, 2016
Rindu Yang Tak Terucap
Pernah suatu hari, saya berbual-bual dengan Hana sewaktu tinggal serumah dulu.
"Lambat betul nak boleh solat. Saya rasa rindu nak solat," Katanya kepada saya.
Saya diam. Tak tahu nak balas apa. Masa tu saya rasa pelik. Allah dah bagi cuti, berehat dari solat. Tak perlu terkejar-kejar nak solat. Kan relax sikit. Fikir saya dalam hati tanpa melafazkannya di bibir takut teman baikku itu tersinggung.
Selalunya kalau tak boleh solat, saya rasa bebas. Boleh ke mana sahaja tanpa fikir nak solat kat mana.
Tapi kali ni... Saya rasa berbeza. Perasaan yang saya rasa selalu tu tak terasa. Sebaliknya, saya rasa takut, takut kalau Allah lupakan saya bila saya tak solat. Takut dia tak pandang pada saya. Takut Dia tak menggembira dan tak menenangkan saya kerana saya tak berbual denganNya. Takut dia biarkan saya keseorangan bila saya susah dan sedih.
Kenapa ya? Kenapa berbeza kali ni?
Saya menulis di sini bukan kerana saya mahu tunjuk saya baik. Saya menulis sebab saya tak tahu nak luahkan pada siapa tentang rasa ni. Takkan saya nak cerita kat kawan? Nanti dia orang kata saya riak. Dan sayapun tak aspek orang baca pos ni. Cukup sekadar saya melegakan perasaan saya. Nak cerita hal ni kat orangpun saya malu. Sebab saya bukan seorang yang warak dan alim. Saya rasa saya tak layak nak rasa begini. Tapi itulah hakikatnya.
Ya Allah, janganlah Engkau jauh daripadaku selama aku dalam keadaan begini.
Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment