Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, August 1, 2016
Problem Solver
Bawa bersabar banyak-banyak hati. Jangan marah yang melampau. Marah itu kesukaan syaitan.
Minggu lepas somebody forward kat saya email, ada organisasi nak visit. OK, saya dah approve date.
Pagi tadi, ada organisasi lain pulak call kata dia punya visit dah confirm Rabu ni. Saya tanya confirm dengan siapa? Dia kata dengan somebody yang dulu boss PR saya.
Apa cerita pulak ni? Minggu lepas dia dah hantar group of visit dan minggu ni another group kata confirm, date yang sama. That person kata, last week dah call somebody tu, somebody tu kata OK, should not be a problem. Friday call, dia kata dia no more in PR. So, hari ni call saya.
Dia orang ingat saya ni problem solver ke? Dia orang yang create problem, saya yang kena selesaikan. Problem sendiripun tak selesai, duk selesaikan problem orang je. Dahlah dua-dua tu big group. Sabar Tinta, sabar. Allah mengujilah tu.
Rasa marah tetap ada. Saya ni manusia biasa. Cuma saya control supaya tak terlalu marah. So, saya interkom assistant director merangkap manager HR. Tanya apa status somebody tu sekarang. Jangan main-main dengan saya. Dia kata somebody tu akan balik semula ke PR. Kesimpulannya, kerja dialah ni. Dia balik ke PR sedangkan saya memang dah keluar terus dari PR cuma tolong je. Katanya surat dah draf, belum sign. Apalah jawapan macam ni bagi kat saya/ Setahu saya dah seminggu lebih surat tu didraf. Takkanlah sign surat pun ambil masa berbulan? Saya suruh boss HR ni keluarkan surat tu cepat. Saya tak suka buat kerja kelam-kabut macam ni. Kalau nak kelam-kabut, biar dia sorang yang buat. Dia janji bagi masa dua tiga hari lagi. Terpaksa tunggulah, director nak sign tak masuk office esok.
Kata boss HR, dia dah inform manager sorang lagi, boss kepada department yang somebocy tu duduk sekarang bahawa somebody tu akan masuk PR balik. Aik, apa semua ni/ Manager sorang lagi baru je call saya suruh buat media invitation for event next week. Sedangkan dia tahu yang saya no more in PR dan somebody tu akan masuk PR. Patutnya suruhlah dia buat media invitation tu walaupun surat belum keluar. Setahu saya masa saya nak ditukarkan ke department lain, mereka hanya minta saya tolong bagi taklimat sahaja untuk beberapa kali sebelum serah sepenuhnya bab visitors ni kat PR lain. Tak ada sebut fasal lain-lain kerja PR. Saya bukan berkira dalam buat kerja tapi, memang dari dulu saya tengok orang lain tu macam mengelak je buat kerja. Sabar, sabar. Tunggu surat dia keluar. Lepas tu, saya akan hand over semua kerja PR. Senarai visit pun saya akan serah. Senarai yang berderet sampai tahun depan ni. Jangan ingat senang-senang je duduk dalam satu department. Cukup-cukuplah tu nak bagi kerja kat saya. Sekarang your turn untuk buat pulak.
Saya bukan marah sebab tak nak tolong. Tapi kalau asyik mengelak je marahlah saya. Dahlah saya ni buat kerja untuk dua department sekarang ni. Bukan macam dulu duduk kat PR semata-mata. Bulan ni saja saya kena kerja setiap hari Sabtu dan ada minggu yang saya kena kerja juga hari Ahad. Tolonglah, kita sama-sama dapat gaji, sama-samalah kita bekerja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment