Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, July 31, 2016
Macam-macam Ragam Manusia
Salam readers,
Saya nak bercerita kat sini. Yelah, sayakan duduk sorang-sorang. So, pada siapa lagi nak cerita kalau bukan kat korang. Terima kasih sebab sudi baca semua cerita saya walaupun sekadar kisah hidup saya.
Korang pernah tak dilayan seolah-olah korang ni tak punya apa-apa dan dipandang rendah? Walaupun korang cakap perkara benar atau kerja, orang nak marah macam korang ni budak bawahan yang tak tahu apa-apa?
Situasi ni saya alami beberapa minggu lalu.
Ada pihak hantar proposal kat saya minta budget. Setelah buat semakan, saya tegur tentang isi kandungan proposal. Untuk luluskan budget, mestilah proposal tu mengikut apa yang kita inginkan. Saya balas email tu dengan baik dan itulah ayat yang sering saya gunakan pada pihak lain sekiranya proposal mereka tak lengkap. Dia balas email saya seolah-olah marahkan saya. Ayatnya keras dan berbaur angkuh. Macam saya ni orang yang tak tahu buat kerja dan kurang cerdik. Saya rasa tersinggung dan sedih. Tahukah dia bahawa kuasa meluluskan budget tu ada pada saya? Tahukah dia, saya boleh reject permohonan dia dengan kuasa yang saya ada? Saya terdiam sejenak bila membaca emailnya. Segera tulisan dalam satu artikal yang pernah saya baca terlayar di ingatan. "Usahlah kamu bersedih hati jika kamu tidak dihormati oleh manusia kerana kamu bukan sesiapa. Sesungguhnya pandangan Allah terhadap kamu itu lebih patut kamu jaga," Hati saya segera terubat. Biarlah Tinta, jadi profesional. Macam manapun dia nak layan kau, layanlah dia dengan baik. Sebab ni kan kerja dan takkan ke mana orang yang sombong ni. Tak perlulah kita terikut dengan dia sampai salah guna kuasa. Saya terus membalas emailnya menerangkan akan kelemahan proposalnya.
Semalam, saya berjumpa dengan pengerusi pihak berkenaan. Saya lebih suka deal dengan pengerusinya. Baik dan berdiplomasi. Senang dibawa berunding dan ditegur. Walaupun saya ni jauh lebih muda darinya dan baru dalam bidang ni. Dia sangat menghormati orang termasuk saya yang kurang pengalaman ni. Dia lantas memperkenalkan saya kepada si pengirim email kepada saya. Kakak tu macam dalam email. Kurang memberi kerjasama yang baik dan bercakap tu memang ada bunyi sombong dan angkuh. Bila pengerusi tu cakap nak kenalkan saya padanya, akal saya terus mengingatkan hati saya agar terus senyum, bercakap lembut dan mengawal diri daripada perasaan marah. Marahkan kesukaan syaitan. Tambah pulak di hadapan orang ramai. Dia cuba menyalahkan saya. Saya dapat menjawab semua persoalannya dengan baik. Akhir sekali, dia mempertikaikan garis panduan kelulusan. Saya memberitahunya bahawa saya telah hantar pekeliling tersebut ke setiap cawangan. Dia mengatakan tidak terima dan kenapa saya tak tanya dia terima atau tidak pekeliling tu. Masalahnya, saya tahu cawangannya memang terima garis panduan tu sebab pengerusinya sendiri telah tahu akan garis panduan dan dalam meeting semua pengerusi mengesahkan penerimaan garis panduan tersebut. Pengerusinya memberitahu dia bahawa garis panduan memang ada dalam simpanan staff mereka. Saya cuma senyum. Kemudian, dia merungut tentang jumlah peruntukan untuk suatu program. Saya cuba menerangkannya tapi dia seperti tidak boleh menerima.
Dalam kami berkomunikasi tu, dia panggil saya cikgu. Pengerusinya memperbetulkan bahawa saya bukan cikgu dan saya adalah Public Relation Assistant. Biarpun itu jawatan lama saya, saya hanya diamkan saja. Takkan nak canang pada semua orang saya dah naik pangkat? Show off namanya. Si pengerusi siap cakap dengan dia yang saya ini pemegang ijazah dari UiTM. Saya pelik. Kenapa mesti cakap sampai bab ijazah segala bagai? Kalau orang tak tahu saya ada ijazahpun, saya tak kisah. Lepas tu, nada suaranya mula lembut dengan saya. Kemesraannya mula terasa apabila dia menanyakan kos yang saya ambil. Dan dia mula bertanyakan tentang experience kerja saya terutamanya di production house dulu.nPerbualan terus dilanjutkan sampai ke skrip dan penerbitan rancangan TV. Siap tanya saya format tulis skrip yang betul.
Kenapa dia berubah 360 darjah? Fikir saya dalam hati. Adakah sebab saya ni seorang graduan? Isu tak puas hati dengan jumlah peruntukan terus lenyap dan katanya, dia akan hantar semula permohonan berkenaan. Siap tanya saya bertanding atau tidak untuk jawatan yang dipertandingkan. Siap cakap dengan saya, saya mesti menang punya dalam pemilihan ni. Saya sekadar mengatakan Insya-Allah dan maniskan muka.
Manusia... Sering memandang rendah pada orang tanpa mengetahui latarbelakang orang. Tapi apakah hanya manusia yang mempunyai pendidikan tinggi, berpangkat, kaya, cantik dan seumpama dengannya saja yang layak dihormati? Apakah orang yang tidak berpelajaran dan seumpama dengannya itu boleh dimarah sesuka hati dan buat mereka seolah-olah mereka tu rendah sangat dan hina? Tahukah mereka bahawa Allah tidak memandang semua tu? Siapa tahu kalau orang yang mereka pandang rendah tu sebenarnya lebih mulia dari dirinya di sisi pencipta? Sepanjang 8 bulan ni, banyak yang saya belajar. Erti cinta dan kasih sayang, erti rindu, erti penghargaan, erti sabar, erti rendah diri, bagaimana menangani marah dan sebagainya.
Ya Allah, jadikanlah aku ini dari kalangan orang-orang yang sabar. Semoga saya terus sabar dalam melayani kerenah orang-orang di sekeliling saya dan yang berurusan dengan saya walau bagaimanapun mereka.
Ya Allah, terbitkanlah rasa kasih sayang dalam hatiku untuk semua orang.
Insya-Allah, Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment