SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, August 8, 2016

Kerinduan Yang Biasa

Awak, Kerinduan ini mengundang tangis lagi. Ia masih setia mengunjungi saya seperti hari-hari sudah. Tapi kenapa ya, dia tak mengunjungi awak? Awak, Selagi Allah izinkan, ia akan sentiasa bertandang. Mengusik hati rawan. Mengalir air mata hangat. Menyirami rindu dendam kesumat. Awak, Saya rindu awak. Sangat rindukan awak. Kalau awak ada, mesti saya tak selemah ini untuk harungi segala ujian yang Allah kirimkan buat saya. Pasti saya rasa kuat kerana adanya awak di sisi. Tapi sekarang... Awak tak ada. Tak ada untuk menyokong saya agar saya terus teguh berdiri seperti sudah-sudah. Awak tak ada untuk meniu0pkan kata-kata semangat buat saya. Saya lemah, saya perlukan awak. Perlukan awak sentiasa di sisi untuk memimpin saya ke atas, Mendorong saya ke puncak. Saya rasa saya jatuh ke dalam jurang yang dalam. Terkial-kial sendiri mencari jalan naik semula. Awak, Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa awak tergamak buat saya macam ni? Orang yang pernah awak sayang? Tak apalah, Mungkin Allah sedang menguji hati dan cinta awak. Semoga nanti, Allah akan beritahu awak yang saya amat sayangkan awak, cintakan awak dan rindukan awak. Insya-Allah, amin...

No comments: