SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, August 9, 2016

Orang-orang Kerinduan Saya 3

Saya tertidur di surau office lepas Maghrib tadi. Mengantuk sangat. Sekarang kuranglah sikit ngantuknya. Saya rasa malas nak balik awal. Nanti saya akan sedih sorang-sorang kat rumah. Buat minit mesyuaratpun dah hampir siap. So, nak sembang-sembang kat sini. Walaupun korang tak balas, tak apalah. Kalau sudi baca jelah cerita saya ni. Tapi, kalau berkunjung ke sini saja nak mengata dan mengutuk kat belakang, sila jauhi blog ni. Nanti korang makin sakit hati. Nak habiskan cerita yang dah berepisod macam drama Melayu ni. Nak dapat kawan baik ni susah. Bila saya bekerja, saya faham, kadang-kadang, orang memang baik dengan kita, boleh sembang dan bergurau. Tapi untuk menjadi kawan rapat tu tidaklah. Masa dekat beberapa office sebelum kerja kat sini, saya memang tak ada kawan baik. Masa saya lapor diri kat sini pada 5 September, 2011 lalu, sayapun tak ada kawan baik walaupun saya biasa dengan staff office ni. Episod hidup sorang-sorang saya berterusan. Pergi mana-mana sorang, makan sorang, keluar sorang. Masa tu tempat duduk saya kat atas. Suatu hari, telefon saya berdering. Seorang perempuan menghubungi saya. Suaranya mesra dan bicaranya ramah. "Siapa pulak minah ni?" Bisik saya dalam hati. Ramah semacam je. Aku tak cam pun suara dia. Pemanggil: Wei, Tinta, kau buat apa? Tinta: Buat kerja. Siapa ni? Pemanggil: Akulah... (Ramah dan ceria) Akulah tu siapa/ Tak kenalpun suara ni? Otak saya kerahkan berputar ligat mengimbas suara-suara yang pernah saya dengar. Gagal! Tiada dalam rekod. Tinta: Siapa? Pemanggil: Hadisahlah. Assistant En. Fairuz. (Jawabnya memperkenalkan diri) Ramahnya??? Aku hairan. Boss dia yelah dah rapat dengan saya. Tapi dengan dia ni tak pernah kenal rapatpun. Cuma kalau tak silap, sekali pernah bercakap dengan dia dalam telefon beberapa bulan dulu atas urusan. Lantaklah, orang dah ramah mesra, kitapun mesra jugaklah. Tinta: Oh... Disah. Ada apa? Hadisah: Saja je. Aku bosanlah. Tinta: Tak sibuk hari ni? "Nak kawan dengan saya ke ni?" Tanya hati saya. Hadisah: Tak. Kau makan mana hari ni? Tinta: Aku makan Kedai Mahmud. Hadisah: Aku selalu nampak kau keluar sorang-sorang. Hari ni keluar dengan siapa? Tinta: Macam biasalah, sorang. Hadisah: Aku nak ikutlah. Boleh tak? Tinta: Boleh. Jawab saya girang. Alhamdulillah, adalah kawan. Maka hari tu kami keluar makan bersama. Hadisah ni cepat mesra. Baru je kenal dia, tapi saya rasa macam dah kenal lama. Esoknya, saya kembali makan sorang. Yelah, takkan nak ajak orang kan? Manalah tahu dia nak keluar sekali je dengan kita. Nanti asyik ajak je bosan pulak dia. Beberapa hari lepas tu, Hadisah interkom saya lagi. Hadisah: Tintaaa... Kau ni, kalau nak keluar makan, ajaklah aku. Suaranya disedihkan konon-konon. Tinta: La... Kau nak ikut ke? Aku ingat sesekali je. Hadisah: Mestilah nak. Akupun nak makan jugak. Tinta: Aku ingat kau makan kat kafe. Hadisah: Bosanlah, aku suka makan kat luar. Cuma tak ada kawan. Malaslah nak keluar. Dari situ, kami mula rapat. Mula berkongsi minat dan sering bergurau-senda. Kalau nampak saya sorang, orang mesti tanya mana Disah. Kalau tengok Disah sorang, orang akan tanya mana saya. Disahpun dah mula bertandang kat tempat saya di atas. Kalau dia hilang, boss dia dah tahu kat mana nak cari dia. Kadang-kadang, saya yang interkom dia suruh naik tempat saya. Nak turun takut. Almaklumlah, staff baru. PRombkan besar-besaran dibuat. Saya diarah berpindah ke bawah mengikut boss saya. Hadisah bukan main happy lagi bila tahu saya akan berjiran dengannya. Berjiran, berjiran jugak. Kadang-kadang duduk sebelahpun, kami sembang melalui interkom. Apa yang bestnya Hadisah ni tak sensitif. Dah kawan baikkan. Kadang-kadang adalah selisih faham. Tapi kami gaduh lamapun lima minit je. Kalau saya marah dia, tak lama lepas tu dia akan panggil saya dengan ngada-ngadanya. Begitu jugak dengan saya, kalau dia marah, tak ambil hatipun. Lepas tu boleh je gelak-gelak macam tak gaduh. Hadisah selalu menyokong apa yang saya nak lakukan. Begitu jugak dengan saya. Tapi kalau perkara tak elok, kami akan saling mengingatkan dan menegur antara satu sama lain. Daripada keluar makan, kami mula keluar shopping terutamanya hari Jumaat. Hadisah ni kalau boleh semua tempat saya pergi dia nak teman. Kadang-kadang saya yang tak bagi sebagai contoh, nak pergi bank. Panas-panas dia nak teman saya sedangkan saya yang nak berurusan. Tapi dia selalu berkeras nak ikut. Untuk tidak buat dia rasa bersalah. Saya suruh dia pergi makan dan beli makanan untuk saya. Sebab kalau pergi berurusan selalunya saya tak sempat makan. Baru dia OK. Tupun dia berat nak lepaskan saya pergi sorang-sorang. Kadang-kadang, kalau saya entertein visitors atau meeting sampai lunch, dia akan pergi makan dan bungkuskan makanan untuk saya. Kadang-kadang pulak, dia balik dari kerja luar dan dah makan. Tapi still teman saya keluar lunch. Rasa seronok sangat berkawan dengan dia. Rasa happy je nak datang kerja. Kata Disah, kalau dia masih bujang, hari minggupun dia ajak saya keluar. Hehehe kami pernah rancang nak ambil cuti dan keluar jalan-jalan. Antara kami, banyak rahsia yang tersimpan sampai sekarang. Suatu hari, ada staff baru lapor diri. Staff tu nampak mesra dengan Hadisah. Mungkin belum mesra dengan saya sebab saya ni kan tak mudah mesra dengan orang. Saya dah bersedia sekiranya Hadisah rapat dengan dia dan tak rapat dengan saya. Keadaan ni kan biasa berlaku. Hal kawan ni... Tak boleh nak jangka. Tapi, Hadisah tetap baik dengan saya dan still makan dengan saya walaupun staff tu ikut sama. Akhirnya kami rapat bertiga. Tapi... Ada krisis antara Hadisah dengan dia. Walaupun begitu, saya tetap baik dengan staff tu sampai dia berhenti. meskipun Hadisah tak boleh ngam dengan dia. Dan... Orang yang baik dengan kita tu tak lama. Apa lagi kalau persahabatan yang ikhlas dari hati. Memang tak lama. 2013, Hadisah tinggalkan saya. Dia berhenti kerja kerana mahu tumpukan perhatian pada keluarga. Saya hormati keputusan Disah. Saya nak pujuk dia supaya terus bekerja. Tapi saya faham kenapa Hadisah pilih keluarga. Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya saya bila Disah cakap dia nak hantar notice resign. Masa untuk bersama tinggal sebulan je. Kami habiskan masa-masa akhir bersama dengan kenangan-kenangan manis. Hari terakhir, waktu bersalaman, kami berpelukan. Erat sekali. Seakan tidak mahu lepas. Sahabat, kau sangat bermakna dalam hidupku. Kau terima apa adanya aku. Tanpa mengira siapapun daku. Tangisan saya tahan walaupun sukar. Supaya Hadisah tenang dengan keputusannya. Hadisah kata, persahabatan kami tak akan putus. Dia akan luangkan masa untuk saya sekiranya saya perlukan dia. Dan dia mengotakan katanya dengan berjumpa saya walaupun tidak kerap. Cuma kadang-kadang Hadisah ni suka ajak saya pergi shopping mengejut dan bertembung dengan program saya. Hadisah, aku rindu kau. Rindu kau sangat-sangat. Kalau kau ada, pastinya kesedihan dan derita aku ni kurang sikit dengan telatah kau. Aku doakan agar kau sentiasa bahagia hingga ke Jannah. Amin...

No comments: