SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, August 19, 2016

The Body Shop - Make Over

Salam korang, Saya baru je sampai office balik dari NU Sentral. Pergi Body Shop la. Apa lagi. Kelmarin dah pergi tapi lip and eye remover tak ada. Mujurlah Kak Vanessa Assistant Manager kat situ baik dengan saya. Dia suruh budak dia dari Body Shop KLCC hantar ke sini. So, hari ni pergilah ambil. Sekarang ni ada promotion, beli tiga barang dapat 20% off. Saya beli: Lipstik RM59.00 Foundation and powder brush RM85.00 Lip and eye remover RM55.00 Seaweed scrub RM55.00 (kalau tak silap) Note: Untuk mereka yang nak membeli supaya boleh budget. Saya beli empat barang, dapatlah 25% diskaun. Kak Vanessa ni memang best. Kalau jumpa dia, memang lamalah saya melekat kat Body Shop. Hari ni saya nak beli lipstik light colour sebab nak sesuaikan dengan eye shadow terang. Empat batang lipstik dia try kan pada saya. Pakai satu-satu tuuu lepas tu padam dengan remover baru letak yang seterusnya. Bayangkan macam mana bagusnya dia layan customer. Saya suka dia sebab dia jujur. Kalau cantik, dia kata cantik. Kalau tak, dia cakap tak. Dan kalau saya nak beli barang yang tak perlu, mesti dia tak bagi beli. Membazir katanya. Oh ya, hari ni saya ditemani Kak Sariha. Kak Sariha pun jadi panel pemilih jugaklah untuk saya. Dah siap tu, Vanessa tanya saya, "Kejar masa tak?" "Kenapa?" Tanya saya kembali. "Akak nak try kat adik produk baru," Saya tanya Kak Sariha. Dia kata OK, so saya pun dengan rela hatinya membenarkan wajah saya di make over dengan barangan Body Shop. Wah, memang nak make over hundred % ni, siap remove make-up saya. Dalam duk mekap-mekap tu, adalah sorang foreigner ni memerhatikan kami. "You are beautiful," Katanya kepada saya. Alhamdulillah, sesungguhnya, Allah itu jauh lebih indah dan Maha Indah. Pujian itu sebenarnya untuk Dia yang menciptakan. "Thank you," Jawab saya setelah beberapa kali dia mengulangi ayatnya kerana saya tidak dengar. "Akak tak perasan dia tengok. Akak pusing je, dia cakap dengan akak nice. Akak senyum jelah," Beritahu Kak Sariha pada saya. OK, foundation baru yang dia pakaikan pada saya ni memang best. Nampak natural, macam tak pakai foundation. Tak tebal, light je. Tapi cantik. Texturenyapun ringan. Ni masuk senarai akan dibeli for the next purchase. RM130.00 OK la kan? Tambah bedak mahulah RM200 lebih. Kebetulan foundation harian saya memang dah habis. Kak Vanessa pakaikan semua benda. Blusher, eye shadow, kening, lipstik. Tiba-tiba teringat Kak Timah yang suka hiaskan orang. Suka cantik dan suka tengok orang lain cantik. Kak Sarihapun cakap, bila tengok Kak Vanessa layan saya, dia teringat Kak Timah. Betul-betul macam Kak Timah layan saya. Ikutkan je apa saya nak, pakai tu, pakai ni. Tadaaa... Jangan marah, Kak Vanessa bagi saya mask keluaran baru Body Shop. Penuh satu bekas yang selalu saya simpan alovera tu. Terima kasih akak. P/S: Kak Timah, saya dah pandai buat shading hidung. Kak Vanessa perasan saya buat shading masa sebelum buang mekap saya tadi. Lagi satu, hari ni saya dah mula pandai pakai eyebrow. Eye liner belum pas lagi. Susahlah. Nanti nak belajar mekap untuk event pulak. Tak yahlah suruh orang mekapkan masa event, nanti semua orang sibuk dengan tugas masing-masing terkejar-kejar nak siapkan saya. Event mestilah nak mekap lain sikit kan? Oh ya, basic eyeshadow stickpun saya dah pandai pakai tau, Kak Timah. Akak berhenti belum sempat habis ajar saya. Sedih!

5 comments:

qasehqasrina said...

Nak menangis rasa baca post ni...rindukan tinta dan Sariha...

qasehqasrina said...

Nak menangis rasa baca post ni...rindukan tinta dan Sariha...

qasehqasrina said...

Hebat adik tinta sekarang..

TINTA EMAS said...

Hebat? Tengoklah siapa yang ajar. Cuma tak sempat habis pengajian je tok guru dah berhenti :) Hebatlah sangat, masih terkial-kial. Eye brow dan stick eye shadow tu cuba jaya je. Sayang, ada, tapi tak pakai

TINTA EMAS said...

Akak, janganlah nangis.Kamipun selalu rindukan akak. Nak-nak bab mekap. Bila Kak Sariha kata lipstik saya beli cantik, kami mesti kata, kalau akak ada, mesti akakpun akan berkunjung ke Body Shop beli lipstick dan explore mekap kat sana. Kak Sariha kata, masa akak ada korang sempat explore Sephora je. Kedai lain tak sempat explore.