Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, August 19, 2016
Rindu Yang Tak Pernah Padam
Awak,
Rindu ini masih mendera saya. Terlantar saya dalam kamar sepi tak berpenghuni. Hanya ada saya, saya yang menyusuri waktu-waktu bersama awak.
Awak,
Tiadakah sekelumitpun saya dalam ingatan awak? Apa telah hilang segalanya tentang saya pada awak?
Awak,
Sampai sekarang saya tunggu panggilan yang awak janjikan, tapi awak tak tunaikan. Kenapa awak? Awak sengaja mahu lari daripada masalah yang awak ciptakan kan? Awak tak mahu berhadapan dengan saya, tak mahu menjawab segala soalan saya. Kenapa? Tak salahkan kalau saya meminta penjelasan awak.
Awak,
Hidup ini bukan sekadar untuk suka-suka. Bertemu dengan seseorang, suka dan luah perasaan. Kemudian bila kita rasa pasangan kita ada kekurangan atau kesilapan, dengan mudah kita tinggalkan dan pergi kepada yang lain, yang belum tentu sempurna dan baiknya.
Awak,
Hidup ini bukanlah atas dasar hak mementingkan diri sendiri semata-mata tetapi tanggungjawab itu lebih utama. Bertanggungjawablah atas semua yang kita lakukan bukan keluar dan lari daripada masalah.
Awak,
Dalam dunia ini tiada yang sempurna. Jika awak mencari kesempurnaan, maka awak tidak akan temuinya sampai bila-bila kerana hakikat kejadian makhluk bersifat baru ini penuh dengan kelemahan dan kekurangan.
Awak,
Ingatlah, setiap yang kita lakukan itu dalam pengetahuan dan penglihatan Yang Esa. Yang menghitung segala amal kita meskipun sebesar zarah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment