SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, August 1, 2016

Lagi, Lagi Facebook Dan Kurus

Maaflah korang, saya memang meroyan nak update blog hari ni. Bacalah kalau tak penat. Kalau penat abaikan jelah. Takpun baca hari lain. Waktu saya menghadiri mesyuarat di PD hujung minggu yang baru lalu, saya sering ditanya fasal Facebook saya. Ada yang mengatakan, mereka kenal saya melalui Facebook. Dan petang semalam, saya terima whatsapp dari pakcik saya yang suka mesej pendek-pendek. Ayah Yi: Facebook Kak Long tak ada. Saya balas ringkas juga. Tinta: Deactivate. Mananya, Ayah Yi pun search saya di Facebook. Terima kasih kawan-kawan dan Ayah Yi kerana mencari saya di Facebook. Masa mesyuaratpun ramai yang bertanya saya, ke mana perginya Facebook saya. Ada yang tanya, apa dah jadi dengan saya sampai Facebook hilang? Saya kata, saja je. Malas nak layan Facebook lagi. Tapi paling ramai yang tegur saya terlalu kurus. Kata mereka, nampak macam budak. Ada yang tanya, sakitkah? Saya senyum je. Seorang staff cawangan mendapatkan saya, dia kata, terperanjat tengok saya kurus macam ni. Kali pertama pandang, dia tak cam itu saya. Bila dua tiga kali tengok, baru perasaan itu saya. Dia memeluk saya erat dan memimpin saya menjauh dari kumpulan orang ramai. Dia bertanyakan pada saya apa yang berlaku sampai jadi macam ni? Perlahan saya jawab, ada masalah sikit. Dia cuba mengorek masalah apa? Saya cuma senyum dan ubah topik. Cukuplah pembaca blog saya tahu dan rakan-rakan yang dekat dengan saya mengetahuinya. Tak perlulah saya canangkan pada semua tentang apa yang berlaku. Ada juga yang tanya, bila nak naik sikit macam dulu? Ada yang kata, dulu lagi cantik. Apa-apalah, bukan saya nak jadi macam ni. Tapi apa yang berlaku membawa kepada ini. Kepada apa yang anda semua lihat sekarang.

No comments: