SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, August 20, 2016

Masihkah Awak Ingat?

Awak, Ingat tak, dulu kita bahagia. Bahagia sangat. Awak sangat baik dengan saya. Saya rindu awak, rindu sangat detik-detik waktu kita bersama. Saya paparkan kembali kisah tiga tahun lalu untuk tatapan awak suatu masa nanti. Thursday, February 28, 2013 Swiss Polo Dan Sole Berjalan-jalan di shopping complex adalah aktiviti kegemaran aku. Lebih-lebih lagi pada awal bulan. Sebab apa? Sebab baru dapat gajilah :) Petang Selasa lalu, aku ke Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju. Kebetulan ada sale pulak tu. Akupun apa lagi, memandangkan sendal untuk pergi dan balik kerja semuanya dah lunyai, jalan-jalan cari sendallah. Wow! Valentino Rody! Beli dua, RM79.00. Jarang dapat sale macam ni. Dahlah tu, kasut yang aku sukapun ada. Tadi kata nak beli sendal pergi dan balik kerjakan? Dah tukar agenda pulak, nak beli sekali kasut untuk pakai kat office. Tapi malangnya, sepasang lagi yang aku nak tak ada saiz. Almaklumlah, saiz aku ni kan, saiz standard so, cepatlah habis. Lepas tu, aku pun tengok-tengok lagi. Wow! Swiss Polo! Sendal bertali hampir sama macam valentino yang aku nak, cuma tapak flat tak tinggi macam Valentino. Ok juga, boleh pakai untuk bersantai. Tapi... Sendal untuk pergi dan balik kerja dah tak ada ni. Mustahak tu. Mana boleh pakai kasut atau sendal office, cepatlah jahanam. Dahlah warna si Polo ni menarik, biru, merah dan oren kalau tak silap. Tapi yang masuk dengan aku biru. Lain dari yang lain. Naklah! Tapi nanti tak cukup duit pulak macam mana? Skin care pun nak kena beli juga ni :( Aku bergerak pula ke Sole. Ada sendal yang sangat sesuai untuk pergi dan balik office. Cuba punya cuba warna merah tak ada saiz. Hitampun, hitamlah. Alamak... Sifir Ekonomi Asas masa Tingkatan 4 dulu bermain di fikiran. Bila ada kekurangan, kena buat pilihan, bila buat pilihan, mesti ada kos lepas, Huhuhu kos lepasnya, Swiss Polo biru aku tulah :( A: Awak suka kasut biru tadi ke? Tinta: Sukalah :( A: OK, yang ni, saya belikan untuk awak. Ha??? Belikan??? Maknanya... Belanjalah ye? Hahaha... Mata yang tadinya suram kembali menyinar. Senyum lebar ke telinga. Maka, berguguranlah daun-daun kering di musim luruh, digantikan dengan musim bunga yang mengasyikkan :) :) :) Yes!!! Akhirnya... Sepasang Sole hitam dan sepasang Swiss Polo biru menjadi milikku yang mutlak!!! Hurray!!! Kasut office, cari esok, J Card Sale, mesti harganya merudum murah. Misi seterusnyaaaa... :) Posted by

No comments: