SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, August 7, 2016

Ingat Tak Awak?

Awak masih ingat tak? Suatu petang, awak tunggu saya kat bus stop mati Melati? Saya datang jumpa awak dari stesen LRT. Saya baru balik kerja dan kita nak keluar makan. Awak kata, awak sedih tengok saya jalan sorang-sorang. Dan saya ketawa. Saya cakap, saya dah biasa dan tak ada apa nak disedihkan. Tapi sekarang... Awak fikir tak fasal saya? Awak fikir tak yang saya selalu jalan sorang-sorang baik siang mahupun malam? Mungkin awak dah peduli dah semua tu, kan awak? Sebab awak nakkan hak awak. Jadi, semua tanggungjawab dan yang dulu-dulu tu awak lupakan KONONNYA untuk masa hadapan awak. Tak apalah awak, Allah kan ada. Hanya Dia yang tahu hati saya, perasaan saya kala ini.

No comments: