SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, August 20, 2016

Malam Pulang Dari Gong Zhao, China

Baiklah, pasti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dari sisi saya. Saya amat terkejut dengan berita yang saya dengar. Seperti yang pernah saya tulis, saya tak perlu sibuk ke sana-sini mencari tahu tentang sikap orang terhadap saya. Ianya pasti akan datang sendiri. Dan benar, pertolongan Allah itu Maha Luas, ianya datang pada saya satu demi satu, menghuraikan persoalan demi persoalan. Saya hanya perlu tenang dan bersabar. Selebihnya Dia yang aturkan. Tak apalah, macam pernah saya cakap, manusia kalau tak suka memang suka tambah perencah, bagi sedap cerita dia dan supaya dapat pengaruh ramai orang untuk membenci kita secara tidak langsung, memberitahu khalayaknya bahawa dia dianiaya. Tak apa, dah sikap manusia macam tu. Siapalah saya untuk menyuruh mereka diam? Cuma hak saya adalah untuk menyatakan apa sebenarnya yang berlaku yang di dalam pengetahuan saya dan niat saya. Jika tiada yang mahu percaya, terserahlah kerana saya bukan seorang yang berpenampilan warak untuk buat semua orang percaya pada saya. Sebelum ke Gong Zhao, Awak berjanji yang Awak akan jemput saya pulang dari lapangan terbang pulang dari Gong Zhao dan Awak beritahu saya yang awak tak dapat hantar saya ke airport masa saya nak ke Gong Zhao sebab Awak out station. OK, walaupun sedih tak dapat jumpa Awak sebelum saya pergi, saya setuju. Masa di Gong Zhao, saya cakap dengan kawan baik saya: Saya: Balik nanti Awak ambil aku kat airport. Kalau kau nak ikut bolehlah. Tapi, aku pergi Brickfields. sebab esoknya ada latihan tandem. Kawan Baik: Tak apalah beb, mana pulak aku nak duduk awal-awal pergi Brickfields tu? LRT pun tak bukak lagi. Aku lepak jelah dengan dia orang kat airport, lepas tu balik dengan bas. Saya: Kalau macam tu tak apalah. Kalau balik rumah, aku takut aku tak sedar nak pergi latihan. Memandangkan saya nak ke Brickfields, saya offer pulak Si Pulan. Saya: Si Pulan, balik nanti, Awak ambil akak terus ke Brickfields, Si Pulan nak ikut? Si Pulan: Tak apalah kak, tak bestlah pulak nak tinggal dia orang ni. Lagipun saya nak tolong dia orang ni semua uruskan beg lepas tu boleh naikkan dia orang bas. Saya balik dengan dia oranglah. Saya faham. Si Pulan ni pergi lebih kepada nak membantu dan dia diberi keistimewaan oleh penganjur. So, memang menjadi tanggungjawabnyalah untuk pastikan semua orang beres. Tanpa mencurigai apa-apa, saya balik dengan Awak. Sebelum check in kalau tak silap, ada Si Pulan B datang kepada saya. Si Pulan B: Akak, nanti akak nak balik office ya sampai KL Esok? Saya: Ha'ah, kenapa? Nak ikut? Si Pulan B: Nak ikut boleh kak? Saya ada show esok. Takut lambat. Saya: Boleh. Setelah urusan mengambil bagasi selesai, saya dan Si Pulan B terus mendapatkan Awak yang telah sedia menanti. Kamipun terus bergerak ke Brickfields. Sempat berhenti makan di RNR Dengkel lagi awal pagi tu. Terserempak dengan suami kepada kawan saya yang juga mengikuti rombongan berkenaan di RNR tu. Maka sampai ke hari ni, saya ingat tak adalah perkara yang berbangkit. Rupa-rupanya, ada orang kata saya tak ajak dia tumpang balik. Shopping je sama-sama tapi tak lawapun balik sekali. Dan kenyataan ini disokong oleh kawannya yang tak pernah rapat dengan saya dan tak tahu-menahu fasal offer saya kat orang berkenaan. Saya menarik nafas panjang. Subhanallah, kenapalah tergamak memfitnah saya begitu? Hilang ingatan ke dia yang saya ada mengajaknya dan dia sendiri yang tak mahu ikut saya sebab saya balik ke Brickfields? Ujian apakah ini Tuhan? Ada orang cakap dengan saya, diapun percaya tak percaya dengan cerita tersebut sebab dia tu kawan baik saya, takkanlah saya tinggalkan dia macam tu je? Sedangkan dia yang tak rapat dengan saya, bila bertemu dalam majlispun saya offer dia nak balik sekali ke tak? Saya pernah ajak dia tumpang sampai LRT sebab rumah kami berlainan arah. Saya sendiripun tak ingat kisah tu sampai dia mengingatkan kembali pada saya tentang pelawaan saya menghantarnya ke LRT bersama Awak. Tak apalah. Kebenaran akan terserlah suatu hari nanti. Hanya orang yang betul-betul mengenali saya je yang tahu bagaimana saya. Hanya orang yang betul-betul mengenali saya je yang akan menilai cerita-cerita buruk tentang saya. Kepada mereka yang memfitnah, terima kasih saya ucapkan. Sedarlah kalian, sebelum Allah menyedarkan kamu.

No comments: