Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, August 14, 2016
Akak Yang Jadi Emcee
Entri terakhir untuk malam ni.
Cerita fasal emcee lagi...
Siapa yang tak suka saya sila tutup blog ni sekarang...
Nanti korang sakit hati. Kesian korang nanti, lepas ni mengutuk saya then dosa korang yang bertambah.
Sebab saya tahu, ada yang tak suka sayapun baca blog ni. Pelik, apa motif entah.
Lepas Zuhur semalam, saya membuka peti solek saya di surau. Bersiap-siap untuk menghadiri meeting pulak.
"Banyaknya barang mekap akak,"
Suara yang tidak saya kenali menegur saya.
Kerja tangan saya terhenti.
"Tak adalah, orang lain lagi banyak," Jawab saya mesra.
"Akak pandai mekap," Komennya lagi memerhatikan saya.
"Sikit-sikit je. Dah hari-hari buat, bolehlah untuk pakai sendiri,"
"Saya tak pandai mekap," Katanya memanjangkan perbualan dan saya terus dengan kerja-kerja solekan saya.
"Belajarlah. Akak dulupun tak pandai. Kawan-kawan yang ajar. Nama siapa?" Bercakap tak kenal siapa. Baik berkenalan dulu.
"Saya Azima. Mungkin akak tak kenal saya. Tapi saya kenal akak."
"Kenal akak?" Sekali lagi kerja menyolek saya terhenti.
"Ya, Kak Tinta yang selalu jadi emcee tu. Selalu dengar akak jadi emcee. Ni baru dapat jumpa dekat,"
"Ooo... Maaflah, akak tak tahu awak siapa," Saya takut dia kecil hati.
"Biasalah, saya ni penonton. Mestilah akak tak kenal saya."
Tak tahulah, adik ni orang ke berapa yang cakap dengan saya bahawa dia kenal saya melalui majlis-majlis yang saya acarakan.
Alhamdulillah. Ada yang sudi menegur face to face. Kadang-kadang ada yang cakap, selalu bertembung dengan saya tapi tak berani nak tegur. Takut saya tak layan. Ish, ada pulak macam tu. Saya bukannya pengacara profesional dan popular sampai nak bongkak macam tu. Insya-Allah, saya akan layan sebaik mungkin sesiapa saja yang menegur saya kecuali saya tak dengar. So, kalau kali pertama saya tak jawab tu, tegurlah untuk kali kedua dan seterusnya. Jangan terus cap saya sombong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment