SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, August 20, 2016

Terima Kasih, Cikgu Ani

Cikgu Rahani Mat Yunus atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ani, merupakan guru pertama dalam kelas formal saya. Cikgu Ani adalah cikgu Tadika Perpaduan, Guchil Luar. Tempat saya mendapat pendidikan awal sebelum ke Johor Bahru, Johor. Bukan sekadar A, B, C, Cikgu Ani turut mengajar saya tentang kawan menerusi pantunnya. Macam biasalah, budak tadika, diajar menyanyi, menari dan hari tu... Cikgu Ani ajar kami berpantun. Antara pantun Cikgu Ani yang tak dapat saya lupakan sampai sekarang ialah: Hari petang langit cerah sekali, Pergi memancing ikan tenggiri, Kawan ketawa senang dicari, Kawan menangis menangislah sendiri. Cikgu, kalau dulu cikgu mengajar saya teorinya. Sekarang, saya dalam praktikalnya. Betul kata cikgu, kawan ketawa sangat senang kita cari. Kawan menangis, menangislah sendiri. Cikgu tahu tak, dulu saya ada Awak. Hidup saya senang masa tu. Bila senang, saya ingat nak kongsikan kesenangan saya dengan kawan-kawan saya. Sebab tulah bila nak ke mana-mana, saya akan bawa housemate saya atau kawan-kawan rapat saya naik kereta Awak. Alhamdulillah, Awak memahami dan tak keberatan menumpangkan kawan-kawan saya. Malah kata Awak, Awak akan buat baik kepada orang yang baik pada saya sebagai tanda terima kasih Awak kerana mereka membantu saya bila Awak tak ada dengan saya. Sebagai manusia, sesekali saya mungkin ada terlepas pandang Tapi... Tak sangka, dalam saya suka berkongsi kesenangan yang tak seberapa ini, saya difitnah oleh orang yang rapat dengan saya jugak. Kini, bila Awak menjauh, kawan-kawan yang pernah saya kongsikan kesenangan juga menjauh malah memfitnah saya. Saya bukan mengungkit, tapi perbuatan memfitnah saya tu... Saya rasa amat keterlaluan. Agaknya, kalau masa Awak ada tu, saya tak tumpangkan mereka, lebih dahsyatlah agaknya fitnah yang akan mereka lemparkan. Jadi sekarang, bila saya susah, maka susahlah saya sendirian. Kawan-kawan, bergelak ketawa sambil melihat dan menekan saya jatuh. Tak apalah, Allah kan ada. Bak kata mami, akan bertemulah Rabu dengan Khamis. Saya tak pernah menyesal lakukan apa yang pernah saya lakukan pada mereka tidak seperti mereka yang dulu kelihatan ikhlas terhadap saya, sekarang mengata saya macam-macam. Jika kamu benar, mengapa mesti kata di belakang? Katalah depan-depan. Datanglah bersemuka.

No comments: