SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, August 1, 2016

Pertemuan Yang Tak Dirancang

Saya bertemu seseorang di dalam surau. Mula berkenalan akhirnya perbualan menjadi panjang. Setelah memperkenalkan nama belakang saya, Mimi mengatakan yang dia amat kenal dengan saya sejak tahun 2013 menerusi majlis-majlis yang saya acarakan kerana dia sering menghadirinya tetapi dia tidak pernah mengenali saya secara dekat. Lantaran itu, dia friend dengan saya di Facebook dan teruja bertemu saya secara dekat. Mimi, tak perlu mengagumi saya kerana apa yang saya ada hanyalah bersifat lemah dan sementara. Sebaliknya, saya yang amat teruja bertemu dengannya. Melalui nama Facebook yang disebutnya, saya ketahui dia seorang mualaf. Usianya baru 22 tahun tapi bicara dan pemikirannya matang sekali. "Maaf akak tanya, apa yang mendorong Mimi memeluk Islam?" Soalan yang sering saya lontarkan apabila bertemu saudara baru. "Pegawai JAWI kata, ramai yang peluk Islam sebab boy friend. Tapi saya tak," Jawabnya mesra. "Habis tu?" Tanya saya tambah teruja. Katanya, dia sudah biasa mendengar surah dan zikir sejak di sekolah rendah. Ada daripadanya yang sudah dia hafal seperti Al-Fatehah. Saya tak terperanjat. Sekonyong-konyong ingatan saya kepada Syamiza yang menghafal Al-Fatehah sejak sekolah rendah walhal masa tu dia bukan muslim. Tambah Mimi, dia tertarik dengan Islam. "Siapa bawa Mimi pergi lafaz dua kalimah syahadah?" Tanya saya lagi. "Saya pergi sorang ka. Naik bas sampai masjid Negara lepas tu jalan kaki masuk," Masya-Allah. Saya sebak. Sampai begitu dia mencari hidayah Allah. Sedangkan saya? Saya yang dilahirkan dalam keluarga Islam. Adakah saya sekuat itu mencari hidayah Allah andai saya di tempatnya? "Mak ayah tahu tak? Marah tak?" Tanya saya cerita selanjutnya. "Dua tiga bulan lepas masuk Islam saya terus-terang. Mereka marah. Saya relaks je. Lebih baik saya cakap dulu sebelum dia orang tangkap. Lagi teruk. Cakap tak cakappun, sama je, mereka pasti marah," Subhanallah, begitu keimanannya menyentuh hati saya. Dapat saya gambarkan bagaimana kehidupannya setelah keluarga mengetahui dia muslim kerana Mimi tinggal bersama keluarga. "Alhamdulillah saya kerja. Pergi pagi, balik dah gelap. Mandi dan tidur jelah. Tak jumpa dia orang sangat. Tapi mak dah mula sikit-sikit boleh terima. Keluarga saya banyak yang masuk Kristian. Kakak dengan abang marahlah. Mereka tu Kristian," Ujar Mimi bercerita. "Mak marah tak dia orang masuk Kristian?" Saya ingin tahu penerimaan ibunya terhadap agama tersebut. "Tak," Pelik! Islam marah, Kristian tak apa. "Tapi keluarga saya memang vagetian, kami tak makan khinzir," Soalan itu sebenarnya ingin saya tanya tapi tak tahu bagaimana harus disoal. "Habis sekarang Mimi masih belajar Islam?" Saya ingin pastikan agar hidayahnya tidak tersia. "Masih. Saya boleh baca Quran tapi tajwid tak berapa. So saya masuk kelas tajwid," "Fardhu ain?" "Saya belajar di Wangsa Maju," Saya lupa apa nama pusat tempat dia belajar tu. "Pergi dengan siapa?" "Saya pergi sorang. Tak ada kawan. Kat kelas adalah kawan," Subhanallah, sebak sekali lagi menyentuh hati saya. Kami berpisah dengan satu salam dan saling berpelukan tanda persahabatan dimatrai setelah bertukar nombor telefon. Ya Allah, Peliharalah Mimi dalam rahmat kasih sayangMu hingga ke Jannah. Amin...

No comments: