Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, August 19, 2016
Oradex, Bukan Oral
Kalau korang masih ingat entri saya ke klinik gigi, saya ada cakap pasal pencuci mulut yang doktor rekmen pada saya. Demi kasih sayang saya pada gigi, maka sayapun pergilah ke farmasi. Banyak rupanya jenama pencuci mulut. Jenama Sensodyne pun ada? Jenama yang tak dikenalipun ada. Yang saya kenal jenama colgate dan Listerin je. Saya tanya salesman tu, ada tak jenama lain selain dari yang di rak tu. Katanya, jenama lain jenama untuk medicated. Saya tanya ada jenama apa? Diapun sebutlah satu persatu dan last sekali Oradex. Oradex??? Itu yang doktor sebut hari tu. Salesman tu cakap, Oradex ni mahal. Ada pelbagai jenis. Botol saiz listerin harga lebih kurang RM12.00 tu harga Oradex RM22.00. Tak apalah. Demi kasih sayang pada gigi jugak, saya beli. Saya beli antiseptik punya. Sayapun buat research di internet. Patutlah mahal, Oradex ni digunakan oleh kebanyakan doktor gigi. Oradex adalah ubat kumur mulut berasaskan chlorhexidine serta bebas alkohol. Menurut testimoni seorang doktor, Oradex mampu membersihkan bahagian yang sukar dibersihkan serta menghalang jangkitan dan menghilangkan bau mulut termasuk bau mulut perokok. Malah, penyembuhan selepas pembedahan serta prosedur cabut gigi juga cepat apabila pesakit menggunakan Oradex berbanding pencuci mulut lain. Dalam prosedur periodontal pula, Oradex juga mampu menghilangkan bau mulut berkaitan kes tersebut sekaligus memudahkan tugas-tugas doktor dan pembantunya. Penggunaannya selepas peridontal, mampu menyembuhkan tisu-tisu periodontal dengan ketara. Dalam kes-kes periodontitis kronik yang menyebabkan pembentukan plak dan tartar yang cepat, penggunaan harian Oradex dan amalan menjaga kebersihan gigi ternyata mampu meningkatkan status kesihatan tisu-tisu periodontal kerana Oradex memudahkan penjagaan gigi dan gusi. Oradex turut membantu dalam prosedur oral yang mengambil masa lama seperti pemasangan korona, jambatan gigi dan alat pendakap ortodontik. Penggunaan Oradex dikatakan mampu melegakan kesakitan dan pesakit tidak perlu mengambil sebarang ubat tahan sakit. OK, review saya tentang Oradex ni pulak, Oradex ni memang best. Dia tidak segarang listerin terhadap mulut. Oradex bertindak dengan lembut tetapi kita dapat rasakan keberkesanannya. Kita rasa gigi lebih bersih dan licin. Cukup sekadar menggunakannya sekali dalam sehari seperti yang disarankan doktor gigi saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment