SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, August 17, 2016

Whatsapp Dari Kota London

Saya membelek telefon bimbit saya sementara menunggu azan Subuh. Saya tahu ada kiriman Whatsapp masuk tengah malam tadi. Sekarang ni bukan ada mood sangat nak guna Whatsapp, lantas bunyi notification Whatsapp saya biarkan. Tapi tertanya-tanya juga, siapa yang Whatsapp saya tengah-tengah malam? Kalau urgent, pasti disusuli dengan panggilan. Nombor yang tak dikenali. Nombor luar negara. Hikmah Kamaruddin! Tertera nama akaun Whatsappnya. Jauh bebenar dia Whatsapp saya kat sini? Ada apa-apa ke? Saya lantas melihat Jam Dunia pada jam IPhone saya. Kota London saya tambahkan dalam senarai. 7 hours back. Ish, tak puas hati. Waktu Whatsapp diterima 1.45 pagi waktu Malaysia. Saya terus membuka App Store dan muat turun 'World Clock'. Waktu di London masa dia Whatsapp saya jam 6.00 lebih petang. Lepas solat Subuh kami berbalas Whatsapp. Kak Hikmah sekadar ingin bertanya khabar dan berkongsi kisah dia di London setelah saya tanya tentang keadaannya di sana. Ingat jugak Kak Hik pada saya. Tak sangka. Kami bukan selalu bersama masa dia kat Malaysia. Tapi dia suka like dan komen FB saya. Dalam Whatsapp pagi tadi, Kak Hik tak sentuh langsung tentang FB. Kak Hikmah, seorang bekas staff DBKL. Masa saya kenal dia, dia dah jadi lecturer di UiTM. Kami berkenalan menerusi bengkel yang DBKL adakan. Pernah sama-sama menjadi moderator mengikut tajuk yang diberi bersama Tan Sri Phesal, Datuk Bandar sebelum ni. Sama-sama juga membentang hasil dapatan dialog di hadapan datuk bandar. Perkenalan kami dieratkan dengan meeting-meeting bersama DBKL kerana kami sering terlibat. Kak Hikmah mesra orangnya. Siap datang pejabat saya dan lunch bersama. Tahun lepas, dia terbang ke Kota London untuk meneruskan pengajian di peringkat PHD dengan ditemani suami tercinta. Rindu Kak Hikmah. Kurang sorang yang suka tegur saya setibanya saya di DBKL untuk meeting. Kak Hikmah ni, asal jumpa je nak bergambar. Semoga Kak Hik dan keluarga sentiasa dalam kebahagiaan dan berjaya membawa pulang PHD yang Kak Hik cita-citakan. Amin.

5 comments:

manjalara Masseur said...

wah hebatnya dia.

TINTA EMAS said...

Kalau manusia tu... Tak hebat sangatlah.

manjalara Masseur said...

Bersyukur dengan kelebihan yang diberi. ☺️☺️

TINTA EMAS said...
This comment has been removed by the author.
TINTA EMAS said...

Alhamdulillah...