SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, August 1, 2016

Rawatan Akar Gigi

Masalah ni sebenarnya dah berapa bulan dah. Memandangkan susah dapat transport kat Klinik Tang Leng tu, saya tahankan je. Tapi semalam, sisa makanan masuk dalam lubang gigi saya dan buat saya rasa sakit sampai pagi ni walaupun telah dikeluarkan. Ni kali kedua ianya berlaku. Sebelum ni gigi atas. Saya pergi private clinic. Dia charge RM1,800.00 sebatang gigi termasuk crown. Saya tak crown sebab tak cukup budget. So RM900.00 jelah yang melayang untuk rawatan akar. Tu tiga tahun lalu. Tak tahulah sekarang berapa. Masalah akar gigi tu macam mana? OK. permukaan gigi kita akan pecah. Lubangnya terlalu dalam hingga ke akar. So, kalau ada sisa makanan masuk atau air masuk, kita akan rasa ngilu yang amat. Lubang ni terbentuk hasil daripada pecahan gigi tadi. Bermakna, lubang ni bukan lubang biasa yang terjadi bila kita tak jaga gigi. Selalunya bila sebut gigi berlubang, lubang tu antara dua gigi. Ini tidak. Lubangnya di atas permukaan gigi terus ke akar. Saya pergi klinik kat Kelantan. Doktor nak cabut. Saya tanya, tak boleh rawat ke? Dia kata, dia tak ada peralatan, better rawat kat KL. "Lagipun, saya nampak, gigi awak cantik dan bersih. Dari gigi awak ni, saya tahu awak sangat menjaga gigi," Lagilah saya sedih nak cabut. "Saya dah cuba sedaya-upaya doktor, kenapa masalah ni berulang? Macam saya tak jaga gigi pulak," Doktor ketawa. "Masalah ni bukan sebab awak tak jaga gigi. Ni masalah akar. Awak jaga macam manapun, dia boleh berlaku," Oleh kerana susah dapat transport kat klinik Tang Leng, saya ajak volunteer teman saya. Dia drive. Volunteer kata, dia tak galakkan saya cabut gigi sebab saya masih muda dan gigi ni nak pakai lama. Terpaksalah tunggu giliran kat klinik. First time datangkan. Temujanjipun tak ada. Doktor Zaidah cek gigi saya. Doktor Zaidah pun sama macam doktor sebelum ni. Dia tak nak simen lubang tu sebab, simen akan tindih akar gigi saya dan menyebabkan kesakitan. Dia bagi date 6 September untuk rawatan pertama. Volunteer saya pulak yang tanya, tak apa ke biarkan gigi tu/ Sebulan lagi baru nak rawat. "Dari pemerhatian saya, keadaan gigi dia ni bagus. Cantik dan bersih. Tak ramai pesakit saya yang mempunyai tahap gigi macam dia. Saya yakin dia mampu jaga gigi yang bermasalah tu sampai tarikh temujanji. Itu je tarikh paling awal yang saya free. Kalau saya refer dia kepada specialist, lagi lambat," Doktor bersetuju dengan penggunaan berus arang yang saya guna untuk gigi saya. Doktor minta saya gunakan pembersih mulut terutamanya pada waktu malam sebelum tidur tanpa bilas. Doktor Zaidah tak bagi saya guna listerine. Katanya, Listerine akan buat gigi jadi coklat. Dia suruh saya guna pembersih mulut colgate atau Oral... Oral apapun saya tak ingat. Kalau ada masalah atau sakit, doktor suruh saya cepat-cepat datang klinik awal pagi. Boleh walk in. Saya sayang gigi saya. Saya risaulah.

3 comments:

Kasih Ilham Yasmin said...

assalamualaikum. betulkan 2 entri ni pertemuan tak dirancang dan rawatan akar gigi. labeling bertukar. cuba semak balik

TINTA EMAS said...

Terima kasih. Dah betul dah. Komputer ni bermasalah semalam

Kasih Ilham Yasmin said...

biasalah tu. he!