SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, August 8, 2016

Masalah Demi Masalah

Tahun 2016 merupakan tahun yang paling genting bagi saya selama saya hidup. Masalah demi masalah menduga bertimpa-timpa. Kawan, kekasih, kewangan dan lain-lain semuanya melemahkan semangat saya. Subhanallah, apa sebenarnya yang ingin Kau beri padaku sehingga aku diuji begini? Terbaru, masalah ini pula menimpa. Biarlah ianya saya pendam sendiri dulu. Belum masanya untuk saya luahkan di sini. Ianya cukup membuatkan saya buntu untuk berfikir. Saya tak tahu apa yang nak saya buat. Apa yang saya tahu, saya tak mahu mengheret orang lain ke dalam masalah ni sama ada kawan atau keluarga. Ya Allah, Saya harap ianya ada jalan penyelesaian yang baik. Saya risau, terlalu risau. Ia juga buat saya resah-gelisah sepanjang masa. Puas saya fikir bagaimana untuk menyelesaikannya, cuma satu je. Dan yang satu itu saya tak tahu boleh atau tidak. Tuhan, Niat saya hanya mahu menolong orang yang kesusahan. Jadi, janganlah kau timpakan kesusahan itu padaku pula. Tak tolong kesian, bila tolong, saya pula yang terheret dalam masalah ni. Masalah ni besar, bukan kecil. Dan saya percaya, takkan ada orang yang mahu membantu saya kecuali dengan izin Allah. Hari-hari yang saya lalui kebelakangan ini ibarat meniti di atas bara. Tapi sekarang, sudahlah meniti di atas bara, dihujani duri pula. Ya Allah, mampukah saya menempuh semua ni? Apakah takdir akan menyebelahi saya? Pembaca budiman, Mohon doakan agar masalah ini segera selesai kerana jika ia tidak selesai, ianya akan berantai dengan masalah lain pula. Paling saya bimbang jika saya mengheret orang lain ke dalam masalah ni. Kini, bahang dari masalah tersebut sudah mulai saya rasai dan memberi kesan kepada hal lain. Nauzubillahi minzalik. Saya tak mahu susahkan sesiapa. Cukuplah saya sorang je menanggung kesusahan ni. Semua ni akibat daripada manusia yang tak berhati perut. Manusia yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain. Masa terus beredar, saya bimbang jika segalanya tidak dapat menepati masa yang ditetapkan.

No comments: