SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, August 7, 2016

Orang-orang Kerinduan Saya

Dalam menunggu masuknya waktu Subuh, kita menulislah. 

Korang rasa tak? Orang-orang yang baik dalam hidup kita selalunya tak lama Allah bagi dia bersama kita. 

Dalam perjalanan hidup saya ni, saya tak ramai kawan yang betul-betul baik dalam hidup saya. Mungkin kerana saya ni tak berapa mesra alam so, susah sikit untuk didekati dan mendekati. Bukan sombong tapi memang semulajadi saya macam tu.Tapi bila saya rapat, saya betul-betul ikhlas sayangkan orang tak kiralah sebagai kekasih, sahabat, kakak atau abang angkat. Ada beberapa orang yang saya rapat dan rindukan mereka sampai saat ni. Tolaklah yang berstatus kekasih tu. Tu sah-sahlah saya sentiasa rindukannya. Baiklah, mari kita berkenalan dengan mereka. 

Zaman sekolah rendah: 
Walaupun orang kata saya garang, tapi mereka tak tahu bahawa hati saya lembut sebenarnya. Mudah terusik dan sensitif. Paling penting, Allah anugerahkan rasa sayang yang dalam di hati saya buat mereka yang dapat menyentuh hati kecil saya ni. 

Masa zaman sekolah dulu, ada tiga orang cikgu yang sangat saya sayang. Dan mereka ni amat mengambil berat tentang saya. 

1. Cikgu Zainuddin AKA Cikgu Din. Sebagai anak kecil yang sedari usia 9 tahun terpisah dari keluarga, saya amat perlukan perhatian seseorang seperti ibu dan bapa saya. Tambah lagi saya ni anak manja. 

Kali pertama saya kenal Cikgu Din masa matapelajaran Seni darjah 1. Sebelum tu saya pernah dengar cikgu Din mengajar kelas lain. Kuat juga suara cikgu ni. Lama-lama kami jadi rapat. Dialah antara orang baik dengan saya yang lama bersama saya sampai saya tamat tingkatan 5. Cikgu selalu ambil berat tentang pelajaran saya, sikap saya, bacakan saya nota, bagi nasihat kat saya, belikan saya makanan dan Cikgu Din amat peka terhadap perubahan sikap dan perasaan saya. Kalau saya ada masalah, saya tak perlu bagi tahu, cikgu yang akan tanya. Cikgu Din la tempat saya berkongsi sukaduka saya di zaman kanak-kanak dan remaja saya. Malah, dia rapat dengan seluruh keluaga saya. Tapi mulut orang ni jahat. Bila saya meningkat remaja, mereka gosip saya dengan cikgu. Padahal, saya tak pernah terlintaspun nak lebih-lebih dengan cikgu. Begitu juga dengan cikgu, tak pernah dia ambil kesempatan pada saya meskipun masanya banyak dihabiskan menemani saya belajar dengan menunjuk ajar dan membacakan nota sampai form 5. Mujurlah cikgu tak pernah kisah bila orang gosip. Cikgu tak pernah berubah dan tetap bersama saya. 

Hehehe akhirnya, saya jadi posman antara cikgu dan kakak senior yang bercinta. Tapi tatasusila mereka tetap terjaga. Malah, sampai cikgu berumahtangga,kami tetap baik. Sampai sekarangpun, cikgu ada menelefon saya bertanya khabar. Begitu juga dengan saya tapi taklah kerap. 

2. Cikgu Salmah: 
Cikgu Salmah lapor diri kat sekolah saya masa saya darjah 5. Dia ajar saya subjek Alam Dan Manusia. Mula-mula, saya tak minat dengan Cikgu Salmah. Sayapun tak tahu kenapa. Oh ya, Cikgu Salmah ni masa masuk sekolah saya umur dia 18 tahun kalau tak silap. Cikgu Sandaran. 

Cikgu Salmah suka bagi perhatian kat saya walaupun saya cuba jauhkan diri. Sikap penyayangnya sebagai seorang kakak akhirnya, memikat hati saya. Saya kan anak sulung, teringin sangat nak ada kakak. Paling saya tak boleh lupa, cikgu pernah pangku saya dan ada satu malam tu, cikgu ikut kawan dia Cikgu Jarinah yang merupakan waden asrama round. Saya belum tidur. Cikgu Salmah cepat-cepat dapatkan saya dan baringkan saya sebelum Cikgu Jarinah nampak. Nanti kena marah. Cikgu Salmah selimutkan saya dan cakap dengan saya baik-baik, supaya ikut undang-undang sekolah dan jangan nakal. Masa preb malam, cikgu selalu hantar makanan kat saya di kelas. Kalau saya tak ada di kelas, dia akan simpan makanan tu dan cari saya di merata sekolah. Dia selalu tak bagi budak laki habiskan makanan saya. 

3. Cikgu Siti Fatimah: 
Saya lupa, cikgu ni pindah ke sekolah saya masa saya darjah 4 ke 5. Cikgu yang penuh dengan ciri-ciri keibuan. Lembut orangnya tapi tegas sebagai seorang ibu. 
Saya mula rapat dengannya sewaktu darjah 6. Masa tu dia guru kelas saya. Hehehe sebagai anak manja, saya pernah nangis sebab cikgu marah saya. Saya juga pernah merajuk dengan cikgu ni. Cikgu Fatimahlah yang ajar saya jahit pakaian koyak, butang dan jahitan simple-simple. Rupanya cikgu amat peka dengan saya. Dia tahu, apa yang boleh buat saya merajuk dan dia cuba elakkan. Mengada-ngadakan? Kami rapat sehingga sekarang walaupun tak selalu berhubung. Begitu juga dengan Cikgu Salmah. Kadang-kadang Cikgu Fatimah datang ke pejabat saya. Kami akan berbual panjang tentang kisah zaman sekolah dan kisah masing-masing. Cikgu selalu mengikuti perkembangan saya di media massa. Cikgu kata, dia bangga dengan saya. Sayapun tak tahu apa yang cikgu banggakan. Saya taklah berjaya manapun. 

4. Cikgu Kamsiah Nor AKA Cikgu Sha: 
Cikgu ni cikgu yang buat praktikal di sekolah rendah saya. Masa tu saya tingkatan 5. Tapi saya kan duduk di asrama di sekolah rendah. So kenallah. Hari pertama jumpa dengan dia, saya rasa cikgu ni nak rapat dengan saya. Perasan tak? Perasan tak saya? Macam biasalah, saya mesti jual mahal. Kejap je jual mahal. Lepas tu kami baik. Cikgu nipun macam kakak saya. Sayapun panggil dia kakak. Dia suka pangku kepala saya suruh saya tidur. Kalau dia datang asrama, dia suka datang diam-diam tengok saya. Even kalau saya tidurpun, dia datang tengok saya. Bila saya bangun tidur, Adila mesti bagi tahu saya yang Cikgu Sha datang tengok saya tidur. Ish... 

Cikgu Sha ni cantik orangnya, tinggi lampai dan bertudung labuh. Dulu dia suka kirim surat, kad raya dan kaset ceramah agama kat saya. Sedih sangat masa berpisah dengan Cikgu Sha masa dia tamat praktikal. 

Sambung nantilah, Subuhpun dah masuk. 


No comments: