SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, August 16, 2016

Awak Selalu Ada

Awak, Kalau saya tak whatsapp awak, tak mesej awak, tak call awak, bukanlah bermakna saya lupakan awak. Sekadar memberi ruang kepada awak. Walaupun mungkin awak rasa lega bila saya senyap sebab awak fikir awak lepas dari rasa yang macam-macam. Awak, Selagi Allah beri saya rasa ini, awak tetap ada dalam hati saya walau ke manapun saya pergi, apapun keadaan yang mendatang. Saya sayang awak, dari dasar hati saya, bukan sekadar di permukaan. Sebab tulah, awak tak mampu buat saya bencikan awak walaupun awak buat macam-macam kat saya, sakitkan hati saya. Semoga Allah bukakan hati awak untuk faham saya, hati saya dan perasaan saya. Saya tahu, Allah tahu dan Allah mengetahui semua yang saya rasa dan segala yang awak lakukan pada saya. Jadi buat apa saya membenci jika perasaan ini anugerah Allah buat saya. Sayapun tak tahu sampai bila. Selagi ia ada, selagi tulah awak ada dalam hati saya. Saya berjalan awak, berjalan mengikut takdirNya biarpun awak tidak lagi menghargai perasaan saya. Biarlah, kalau awak memandang saya seperti sampah, kerana Allah jua memandang kita. Tuhan, Sampaikan salam rinduku buatnya. Izinkan kami berkongsi rasa yang sama. Amin...

2 comments:

manjalara Masseur said...

amin. semoga awak baik-baik saja. hidup ini sentiasa ada pasang surut kan. bumi mana tidak ditimpa hujan dan laut mana yang tidak bergelora. inikan pula hubungan sesama manusia. kadang baik. kadang bahagia. kadang melukakan. kadang menyakitkan. sesungguhnya bahagialah bagi orang yang sabar.

TINTA EMAS said...

Terima kasih, Manjalara. Doakan agar saya termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar dan bahagia.

Insya-Allah.