Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, August 23, 2016
Ombak Rindu Membadai Hatiku
Ya Allah,
Rindu ini kian menyiksa. Aku tersiksa, semakin tersiksa. Aku rindukan dia.
***
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kernaku tak sanggup
Kernaku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku.
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat kamu kala dukaku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku.
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung.
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahuku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku.
Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti.
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya.
Kernaku tak sanggup
Kernaku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku.
***
Nota:
Awak,
Selama Allah izinkan, saya akan terus mencintai awak walaupun awak tak perlukan cinta saya.
Selagi Allah izinkan, maka awak akan terus berjalan diiringi cinta saya biarpun awak tidak merasainya.
Semoga suatu hari nanti, awak akan rasa kehadiran cinta saya bersama awak.
Insya-Allah, amin...
Saturday, August 20, 2016
Malam Pulang Dari Gong Zhao, China
Baiklah, pasti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dari sisi saya. Saya amat terkejut dengan berita yang saya dengar. Seperti yang pernah saya tulis, saya tak perlu sibuk ke sana-sini mencari tahu tentang sikap orang terhadap saya. Ianya pasti akan datang sendiri. Dan benar, pertolongan Allah itu Maha Luas, ianya datang pada saya satu demi satu, menghuraikan persoalan demi persoalan. Saya hanya perlu tenang dan bersabar. Selebihnya Dia yang aturkan. Tak apalah, macam pernah saya cakap, manusia kalau tak suka memang suka tambah perencah, bagi sedap cerita dia dan supaya dapat pengaruh ramai orang untuk membenci kita secara tidak langsung, memberitahu khalayaknya bahawa dia dianiaya. Tak apa, dah sikap manusia macam tu. Siapalah saya untuk menyuruh mereka diam? Cuma hak saya adalah untuk menyatakan apa sebenarnya yang berlaku yang di dalam pengetahuan saya dan niat saya. Jika tiada yang mahu percaya, terserahlah kerana saya bukan seorang yang berpenampilan warak untuk buat semua orang percaya pada saya.
Sebelum ke Gong Zhao, Awak berjanji yang Awak akan jemput saya pulang dari lapangan terbang pulang dari Gong Zhao dan Awak beritahu saya yang awak tak dapat hantar saya ke airport masa saya nak ke Gong Zhao sebab Awak out station. OK, walaupun sedih tak dapat jumpa Awak sebelum saya pergi, saya setuju.
Masa di Gong Zhao, saya cakap dengan kawan baik saya:
Saya: Balik nanti Awak ambil aku kat airport. Kalau kau nak ikut bolehlah. Tapi, aku pergi Brickfields. sebab esoknya ada latihan tandem.
Kawan Baik: Tak apalah beb, mana pulak aku nak duduk awal-awal pergi Brickfields tu? LRT pun tak bukak lagi. Aku lepak jelah dengan dia orang kat airport, lepas tu balik dengan bas.
Saya: Kalau macam tu tak apalah. Kalau balik rumah, aku takut aku tak sedar nak pergi latihan.
Memandangkan saya nak ke Brickfields, saya offer pulak Si Pulan.
Saya: Si Pulan, balik nanti, Awak ambil akak terus ke Brickfields, Si Pulan nak ikut?
Si Pulan: Tak apalah kak, tak bestlah pulak nak tinggal dia orang ni. Lagipun saya nak tolong dia orang ni semua uruskan beg lepas tu boleh naikkan dia orang bas. Saya balik dengan dia oranglah.
Saya faham. Si Pulan ni pergi lebih kepada nak membantu dan dia diberi keistimewaan oleh penganjur. So, memang menjadi tanggungjawabnyalah untuk pastikan semua orang beres. Tanpa mencurigai apa-apa, saya balik dengan Awak.
Sebelum check in kalau tak silap, ada Si Pulan B datang kepada saya.
Si Pulan B: Akak, nanti akak nak balik office ya sampai KL Esok?
Saya: Ha'ah, kenapa? Nak ikut?
Si Pulan B: Nak ikut boleh kak? Saya ada show esok. Takut lambat.
Saya: Boleh.
Setelah urusan mengambil bagasi selesai, saya dan Si Pulan B terus mendapatkan Awak yang telah sedia menanti. Kamipun terus bergerak ke Brickfields. Sempat berhenti makan di RNR Dengkel lagi awal pagi tu. Terserempak dengan suami kepada kawan saya yang juga mengikuti rombongan berkenaan di RNR tu.
Maka sampai ke hari ni, saya ingat tak adalah perkara yang berbangkit. Rupa-rupanya, ada orang kata saya tak ajak dia tumpang balik. Shopping je sama-sama tapi tak lawapun balik sekali. Dan kenyataan ini disokong oleh kawannya yang tak pernah rapat dengan saya dan tak tahu-menahu fasal offer saya kat orang berkenaan. Saya menarik nafas panjang. Subhanallah, kenapalah tergamak memfitnah saya begitu? Hilang ingatan ke dia yang saya ada mengajaknya dan dia sendiri yang tak mahu ikut saya sebab saya balik ke Brickfields? Ujian apakah ini Tuhan?
Ada orang cakap dengan saya, diapun percaya tak percaya dengan cerita tersebut sebab dia tu kawan baik saya, takkanlah saya tinggalkan dia macam tu je? Sedangkan dia yang tak rapat dengan saya, bila bertemu dalam majlispun saya offer dia nak balik sekali ke tak? Saya pernah ajak dia tumpang sampai LRT sebab rumah kami berlainan arah. Saya sendiripun tak ingat kisah tu sampai dia mengingatkan kembali pada saya tentang pelawaan saya menghantarnya ke LRT bersama Awak.
Tak apalah. Kebenaran akan terserlah suatu hari nanti. Hanya orang yang betul-betul mengenali saya je yang tahu bagaimana saya. Hanya orang yang betul-betul mengenali saya je yang akan menilai cerita-cerita buruk tentang saya.
Kepada mereka yang memfitnah, terima kasih saya ucapkan. Sedarlah kalian, sebelum Allah menyedarkan kamu.
Terima Kasih, Cikgu Ani
Cikgu Rahani Mat Yunus atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ani, merupakan guru pertama dalam kelas formal saya. Cikgu Ani adalah cikgu Tadika Perpaduan, Guchil Luar. Tempat saya mendapat pendidikan awal sebelum ke Johor Bahru, Johor. Bukan sekadar A, B, C, Cikgu Ani turut mengajar saya tentang kawan menerusi pantunnya.
Macam biasalah, budak tadika, diajar menyanyi, menari dan hari tu... Cikgu Ani ajar kami berpantun. Antara pantun Cikgu Ani yang tak dapat saya lupakan sampai sekarang ialah:
Hari petang langit cerah sekali,
Pergi memancing ikan tenggiri,
Kawan ketawa senang dicari,
Kawan menangis menangislah sendiri.
Cikgu, kalau dulu cikgu mengajar saya teorinya. Sekarang, saya dalam praktikalnya.
Betul kata cikgu, kawan ketawa sangat senang kita cari. Kawan menangis, menangislah sendiri.
Cikgu tahu tak, dulu saya ada Awak. Hidup saya senang masa tu. Bila senang, saya ingat nak kongsikan kesenangan saya dengan kawan-kawan saya. Sebab tulah bila nak ke mana-mana, saya akan bawa housemate saya atau kawan-kawan rapat saya naik kereta Awak. Alhamdulillah, Awak memahami dan tak keberatan menumpangkan kawan-kawan saya. Malah kata Awak, Awak akan buat baik kepada orang yang baik pada saya sebagai tanda terima kasih Awak kerana mereka membantu saya bila Awak tak ada dengan saya. Sebagai manusia, sesekali saya mungkin ada terlepas pandang Tapi... Tak sangka, dalam saya suka berkongsi kesenangan yang tak seberapa ini, saya difitnah oleh orang yang rapat dengan saya jugak.
Kini, bila Awak menjauh, kawan-kawan yang pernah saya kongsikan kesenangan juga menjauh malah memfitnah saya. Saya bukan mengungkit, tapi perbuatan memfitnah saya tu... Saya rasa amat keterlaluan. Agaknya, kalau masa Awak ada tu, saya tak tumpangkan mereka, lebih dahsyatlah agaknya fitnah yang akan mereka lemparkan. Jadi sekarang, bila saya susah, maka susahlah saya sendirian. Kawan-kawan, bergelak ketawa sambil melihat dan menekan saya jatuh. Tak apalah, Allah kan ada. Bak kata mami, akan bertemulah Rabu dengan Khamis. Saya tak pernah menyesal lakukan apa yang pernah saya lakukan pada mereka tidak seperti mereka yang dulu kelihatan ikhlas terhadap saya, sekarang mengata saya macam-macam. Jika kamu benar, mengapa mesti kata di belakang? Katalah depan-depan. Datanglah bersemuka.
Masihkah Awak Ingat?
Awak,
Ingat tak, dulu kita bahagia. Bahagia sangat. Awak sangat baik dengan saya. Saya rindu awak, rindu sangat detik-detik waktu kita bersama.
Saya paparkan kembali kisah tiga tahun lalu untuk tatapan awak suatu masa nanti.
Thursday, February 28, 2013
Swiss Polo Dan Sole
Berjalan-jalan di shopping complex adalah aktiviti kegemaran aku. Lebih-lebih lagi pada awal bulan. Sebab apa? Sebab baru dapat gajilah :)
Petang Selasa lalu, aku ke Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju. Kebetulan ada sale pulak tu. Akupun apa lagi, memandangkan sendal untuk pergi dan balik kerja semuanya dah lunyai, jalan-jalan cari sendallah. Wow! Valentino Rody! Beli dua, RM79.00. Jarang dapat sale macam ni. Dahlah tu, kasut yang aku sukapun ada. Tadi kata nak beli sendal pergi dan balik kerjakan? Dah tukar agenda pulak, nak beli sekali kasut untuk pakai kat office. Tapi malangnya, sepasang lagi yang aku nak tak ada saiz. Almaklumlah, saiz aku ni kan, saiz standard so, cepatlah habis.
Lepas tu, aku pun tengok-tengok lagi. Wow! Swiss Polo! Sendal bertali hampir sama macam valentino yang aku nak, cuma tapak flat tak tinggi macam Valentino. Ok juga, boleh pakai untuk bersantai. Tapi... Sendal untuk pergi dan balik kerja dah tak ada ni. Mustahak tu. Mana boleh pakai kasut atau sendal office, cepatlah jahanam. Dahlah warna si Polo ni menarik, biru, merah dan oren kalau tak silap. Tapi yang masuk dengan aku biru. Lain dari yang lain. Naklah! Tapi nanti tak cukup duit pulak macam mana? Skin care pun nak kena beli juga ni :(
Aku bergerak pula ke Sole. Ada sendal yang sangat sesuai untuk pergi dan balik office. Cuba punya cuba warna merah tak ada saiz. Hitampun, hitamlah. Alamak... Sifir Ekonomi Asas masa Tingkatan 4 dulu bermain di fikiran. Bila ada kekurangan, kena buat pilihan, bila buat pilihan, mesti ada kos lepas, Huhuhu kos lepasnya, Swiss Polo biru aku tulah :(
A: Awak suka kasut biru tadi ke?
Tinta: Sukalah :(
A: OK, yang ni, saya belikan untuk awak.
Ha??? Belikan??? Maknanya... Belanjalah ye? Hahaha... Mata yang tadinya suram kembali menyinar. Senyum lebar ke telinga. Maka, berguguranlah daun-daun kering di musim luruh, digantikan dengan musim bunga yang mengasyikkan :) :) :)
Yes!!! Akhirnya... Sepasang Sole hitam dan sepasang Swiss Polo biru menjadi milikku yang mutlak!!! Hurray!!!
Kasut office, cari esok, J Card Sale, mesti harganya merudum murah. Misi seterusnyaaaa... :) Posted by
Awak Di Mana?
Awak,
Awak kat mana?
Balik rumah mak ke datang KL?
Awak,
Dulu awak selalu cakap, walaupun awak tak call saya, awak selalu fikir fasal saya.
Sekarang awak masih fikir ke fasal saya walaupun awak jauhkan diri dari saya?
Awak,
Biarlah saya cakap berulang kali kat sini.
Biarlah kalau pembaca blog ni bosan.
Saya tetap nak ulang untuk ke sekian kalinya, saya rindu kat awak.
Rindu sangat-sangat kat awak.
Friday, August 19, 2016
The Body Shop - Make Over
Salam korang,
Saya baru je sampai office balik dari NU Sentral. Pergi Body Shop la. Apa lagi. Kelmarin dah pergi tapi lip and eye remover tak ada. Mujurlah Kak Vanessa Assistant Manager kat situ baik dengan saya. Dia suruh budak dia dari Body Shop KLCC hantar ke sini. So, hari ni pergilah ambil.
Sekarang ni ada promotion, beli tiga barang dapat 20% off. Saya beli:
Lipstik RM59.00
Foundation and powder brush RM85.00
Lip and eye remover RM55.00
Seaweed scrub RM55.00 (kalau tak silap)
Note: Untuk mereka yang nak membeli supaya boleh budget.
Saya beli empat barang, dapatlah 25% diskaun.
Kak Vanessa ni memang best. Kalau jumpa dia, memang lamalah saya melekat kat Body Shop. Hari ni saya nak beli lipstik light colour sebab nak sesuaikan dengan eye shadow terang. Empat batang lipstik dia try kan pada saya. Pakai satu-satu tuuu lepas tu padam dengan remover baru letak yang seterusnya. Bayangkan macam mana bagusnya dia layan customer. Saya suka dia sebab dia jujur. Kalau cantik, dia kata cantik. Kalau tak, dia cakap tak. Dan kalau saya nak beli barang yang tak perlu, mesti dia tak bagi beli. Membazir katanya. Oh ya, hari ni saya ditemani Kak Sariha. Kak Sariha pun jadi panel pemilih jugaklah untuk saya. Dah siap tu, Vanessa tanya saya, "Kejar masa tak?"
"Kenapa?" Tanya saya kembali.
"Akak nak try kat adik produk baru,"
Saya tanya Kak Sariha. Dia kata OK, so saya pun dengan rela hatinya membenarkan wajah saya di make over dengan barangan Body Shop. Wah, memang nak make over hundred % ni, siap remove make-up saya. Dalam duk mekap-mekap tu, adalah sorang foreigner ni memerhatikan kami.
"You are beautiful," Katanya kepada saya.
Alhamdulillah, sesungguhnya, Allah itu jauh lebih indah dan Maha Indah. Pujian itu sebenarnya untuk Dia yang menciptakan.
"Thank you," Jawab saya setelah beberapa kali dia mengulangi ayatnya kerana saya tidak dengar.
"Akak tak perasan dia tengok. Akak pusing je, dia cakap dengan akak nice. Akak senyum jelah," Beritahu Kak Sariha pada saya.
OK, foundation baru yang dia pakaikan pada saya ni memang best. Nampak natural, macam tak pakai foundation. Tak tebal, light je. Tapi cantik. Texturenyapun ringan. Ni masuk senarai akan dibeli for the next purchase. RM130.00 OK la kan? Tambah bedak mahulah RM200 lebih. Kebetulan foundation harian saya memang dah habis. Kak Vanessa pakaikan semua benda. Blusher, eye shadow, kening, lipstik. Tiba-tiba teringat Kak Timah yang suka hiaskan orang. Suka cantik dan suka tengok orang lain cantik. Kak Sarihapun cakap, bila tengok Kak Vanessa layan saya, dia teringat Kak Timah. Betul-betul macam Kak Timah layan saya. Ikutkan je apa saya nak, pakai tu, pakai ni.
Tadaaa... Jangan marah, Kak Vanessa bagi saya mask keluaran baru Body Shop. Penuh satu bekas yang selalu saya simpan alovera tu. Terima kasih akak.
P/S: Kak Timah, saya dah pandai buat shading hidung. Kak Vanessa perasan saya buat shading masa sebelum buang mekap saya tadi. Lagi satu, hari ni saya dah mula pandai pakai eyebrow. Eye liner belum pas lagi. Susahlah. Nanti nak belajar mekap untuk event pulak. Tak yahlah suruh orang mekapkan masa event, nanti semua orang sibuk dengan tugas masing-masing terkejar-kejar nak siapkan saya. Event mestilah nak mekap lain sikit kan? Oh ya, basic eyeshadow stickpun saya dah pandai pakai tau, Kak Timah. Akak berhenti belum sempat habis ajar saya. Sedih!
Oradex, Bukan Oral
Kalau korang masih ingat entri saya ke klinik gigi, saya ada cakap pasal pencuci mulut yang doktor rekmen pada saya. Demi kasih sayang saya pada gigi, maka sayapun pergilah ke farmasi. Banyak rupanya jenama pencuci mulut. Jenama Sensodyne pun ada? Jenama yang tak dikenalipun ada. Yang saya kenal jenama colgate dan Listerin je. Saya tanya salesman tu, ada tak jenama lain selain dari yang di rak tu. Katanya, jenama lain jenama untuk medicated. Saya tanya ada jenama apa? Diapun sebutlah satu persatu dan last sekali Oradex. Oradex??? Itu yang doktor sebut hari tu. Salesman tu cakap, Oradex ni mahal. Ada pelbagai jenis. Botol saiz listerin harga lebih kurang RM12.00 tu harga Oradex RM22.00. Tak apalah. Demi kasih sayang pada gigi jugak, saya beli. Saya beli antiseptik punya. Sayapun buat research di internet. Patutlah mahal, Oradex ni digunakan oleh kebanyakan doktor gigi. Oradex adalah ubat kumur mulut berasaskan chlorhexidine serta bebas alkohol. Menurut testimoni seorang doktor, Oradex mampu membersihkan bahagian yang sukar dibersihkan serta menghalang jangkitan dan menghilangkan bau mulut termasuk bau mulut perokok. Malah, penyembuhan selepas pembedahan serta prosedur cabut gigi juga cepat apabila pesakit menggunakan Oradex berbanding pencuci mulut lain. Dalam prosedur periodontal pula, Oradex juga mampu menghilangkan bau mulut berkaitan kes tersebut sekaligus memudahkan tugas-tugas doktor dan pembantunya. Penggunaannya selepas peridontal, mampu menyembuhkan tisu-tisu periodontal dengan ketara. Dalam kes-kes periodontitis kronik yang menyebabkan pembentukan plak dan tartar yang cepat, penggunaan harian Oradex dan amalan menjaga kebersihan gigi ternyata mampu meningkatkan status kesihatan tisu-tisu periodontal kerana Oradex memudahkan penjagaan gigi dan gusi. Oradex turut membantu dalam prosedur oral yang mengambil masa lama seperti pemasangan korona, jambatan gigi dan alat pendakap ortodontik. Penggunaan Oradex dikatakan mampu melegakan kesakitan dan pesakit tidak perlu mengambil sebarang ubat tahan sakit. OK, review saya tentang Oradex ni pulak, Oradex ni memang best. Dia tidak segarang listerin terhadap mulut. Oradex bertindak dengan lembut tetapi kita dapat rasakan keberkesanannya. Kita rasa gigi lebih bersih dan licin. Cukup sekadar menggunakannya sekali dalam sehari seperti yang disarankan doktor gigi saya.
Cendramata Yang Saya Simpan
Awak,
Saya dapat cendramata ni masa bulan puasa. Cantik. Sayang nak buka. Lalu saya putuskan nak bagi awak bila awak datang KL. Tapi... Kalau awak datangpun, mesti awak tak nak jumpa saya kan?
Rindu Yang Tak Pernah Padam
Awak,
Rindu ini masih mendera saya. Terlantar saya dalam kamar sepi tak berpenghuni. Hanya ada saya, saya yang menyusuri waktu-waktu bersama awak.
Awak,
Tiadakah sekelumitpun saya dalam ingatan awak? Apa telah hilang segalanya tentang saya pada awak?
Awak,
Sampai sekarang saya tunggu panggilan yang awak janjikan, tapi awak tak tunaikan. Kenapa awak? Awak sengaja mahu lari daripada masalah yang awak ciptakan kan? Awak tak mahu berhadapan dengan saya, tak mahu menjawab segala soalan saya. Kenapa? Tak salahkan kalau saya meminta penjelasan awak.
Awak,
Hidup ini bukan sekadar untuk suka-suka. Bertemu dengan seseorang, suka dan luah perasaan. Kemudian bila kita rasa pasangan kita ada kekurangan atau kesilapan, dengan mudah kita tinggalkan dan pergi kepada yang lain, yang belum tentu sempurna dan baiknya.
Awak,
Hidup ini bukanlah atas dasar hak mementingkan diri sendiri semata-mata tetapi tanggungjawab itu lebih utama. Bertanggungjawablah atas semua yang kita lakukan bukan keluar dan lari daripada masalah.
Awak,
Dalam dunia ini tiada yang sempurna. Jika awak mencari kesempurnaan, maka awak tidak akan temuinya sampai bila-bila kerana hakikat kejadian makhluk bersifat baru ini penuh dengan kelemahan dan kekurangan.
Awak,
Ingatlah, setiap yang kita lakukan itu dalam pengetahuan dan penglihatan Yang Esa. Yang menghitung segala amal kita meskipun sebesar zarah.
Thursday, August 18, 2016
Itu Sudah Bagus
Sebaik pulang dari kerja luar, boss saya interkom saya, beritahu tentang urusan sewa tandem esok. Saya minta dia ingatkan saya lagi esok. Boss saya seorang yang humble. Dia jawab, kita remind each other la.
Lepas tu, saya cerita kat dia yang saya jumpa Mr. Santhira tadi. Boss saya excited nak tahu apa Mr. Santhira cakap pada saya. Maka saya bagilah tahu dia apa yang Mr. Santhi cakap.
Boss: Itu sudah bagus.
Saya: Bagus? Apa yang bagus?
Boss: Yang penting dia kata you bagus.
Saya: Maksud boss?
(Orang tua ni memang suka buat saya pening.)
Boss: Bagus untuk kenaikan gaji you. Penting tu bila dia kata you bagus. Maksudnya, dia nampak kerja you. Lagipun dia memang tahu fasal you. At least, dia nampak usaha you.
Saya: Saya rasa dia ingatlah kes saya. Sebab dia tanya saya are you OK now?
Boss: Memanglah, kan Mejar, Dr. Radha semua fight untuk you. You jawab apa dia tanya you OK ke tak?
Saya: I jawab OK la.
Boss: That means your brain lambat pick up.
(Ops! Pulak?)
Saya: Habis saya nak jawab apa? Saya nak tanya dia fasal salary adjustment, tapi saya tak tahu macam mana cara terbaik untuk saya tanya. Takut salah cakap. Takut dia marah, takut nanti dia kata apa pulak.
Boss: Sepatutnya you cakaplah, everything is very OK except, my salary, Mr. Santhi.
Saya: Tak apa ke cakap macam tu?
Boss: Boleh. Macam tulah.
Saya: Saya nak cakap tapi tak reti nak cakap. Segan.
Boss: Tak apalah. Ini pengalaman. You akan belajar dari masa ke semasa. When I was young, I pun macam you jugak. When something gone, then I think, kenapa saya tak cakap tadi? Sometimes, bila I cakap something, I think, kenapa I cakap macam tu tadi?
Saya: Ye ke? Nanti lama-lama saya boleh ke jadi cepat pick up macam tu?
Boss: Boleh. You dah ada experience, so you tahu macam mana nak handle and talk.
Saya: Saya ni lambatlah. Kenapa saya macam ni ha?
(Boss saya ketawa.)
Boss: But is ok. You are in learning process. But nevermind, dia tahu you, dia kenal you siapa. Paling penting orang atas tahu you punya kerja dan you punya usaha. Sebab tu I cakap dengan you, if you be patience, the time will come and you will get what you want if your rezeki. Tapi you jangan duduk diam. You kena rajin usaha. Mula-mula orang tak nampak you tak apa. Tapi lama-lama, orang akan nampak.
Saya cuma ketawa dan bersetuju dengan kata-kata boss saya. Dah banyak kali dia ulang nasihat yang sama pada saya. Saya banyak belajar dari dia. Terima kasih boss sebab baik dengan saya dan banyak ajar saya. Saya ni bukan seorang yang pandai, kalau tak ada orang ajar, habislah saya.
Sekadar Biasa-biasa
You know what? I just saw Mr. Santhirasegaran, one of the board members in the lobby. Eh, apasal cannel bertukar pulak ni? Hehehe bukan jumpa Mat Salleh pun. Yelah, pakcik tu kan suka speaking.
Dia ni cerewet orangnya. Elok sangatlah tu jadi bendahari kehormat kan? Selalu kalau nampak dia, staff mesti nak che alip bot =cabut. Tadi kebetulan saya say bye bye dekat kawan yang saya jumpa kat receptionist on the way masuk, terserempak dengan dia. Alamak, dia kenal saya??? Ajaibnya?
Mr. Santhira: Hi, how are you?
Saya: Hi...
(Jawab saya teragak-agak. Betul ke dia tegur saya?)
Mr. Santhira: Santhi here. Tinta, how are you?
Saya: I'm fine, Mr. Santhi. How are you?
(Saya memang elegik dengan orang besar-besar ni. Saya menggelabah. Tak salahkan tanya dia macam tu? Fikir saya dalam kepala.)
Mr. Santhira: Are you OK now?
Saya: OK... I'm OK.
(Otak saya berputar ligat. Apasal dia tanya saya OK ke tak? Mungkin fasal naik pangkat dan tukar department kot. Kan entah berapa kali dia orang bertengkar dalam board meeting fasal kes saya.)
Mr. Santhira: That day, you did so good in emcee.
Saya: Ooo... Actually not so. This is my first time I did fully English. Usually I did in Malay.
Mr. Santhira: No, you are good. I like.
Saya: I practice so many time. I also practice to pronounce in correct way. Mr. Fairuz, Mr. Godfrey and others teach me very well. I was very worry if I did mistake infront of many people and important persons.
Mr. Santhira: Good... Good... You did very well. You are good. You are OK in both. You are good when you emcee in bahasa and also in english.
Mr. Santhira adalah antara board members yang selalu datang mengucapkan tahniah kepada saya setiap kali saya jadi emcee dalam majlis yang dihadirinya. Kadang-kadang dia datang ke rostrum tempat saya emcee selepas tamat majlis. Kadang-kadang dia bagi tahu dia suka saya jadi emcee bila bertemu saya walaupun majlis telah berlalu beberapa hari. Mula-mula saya jadi emcee dulu, dia datang jumpa saya masa saya lepak kat kaunter. Ingat nak marah sebab duduk-duduk kat reception.
Mr. Santhira: You be an emcee last week right?
Saya: Yes, sir.
(Masa tu baru jadi emcee. Saya berdebar. Takut. Mungkin saya dah buat salah. Kebetulan masa tu tetamu kehormatnya bukan calang-calang. Tambah pulak saya staff baru masa tu. Lagilah kecut perut.)
Mr. Santhira: Congratulation. I like the way you host the ceremoney.
Saya: Thank you, sir.
(Rasa kerdil sangat masa tu. Tak sangka, orang macam dia boleh perhatikan apa emcee cakap dan cara emcee host ceremoney. Ingatkan sekadar hadir majlis macam tu je. Emcee bukan penting sangat.)
Lepas tu, hampir setiap kali saya jadi emcee dalam majlis yang dia hadir, dia akan datang jumpa saya lepas majlis dan bagi tahu saya, yang dia suka saya jadi emcee hingga ke hari ini. Ya Allah, terharunya saya. Sebab Mr. Santhira ni cerewet dan kalau tak suka, habislah kau dikerjakannya. Dia akan cakap terus-terang. Siap bagi ceramah lagi. Saya ni sekadar biasa-biasa bukan bagus sangat. Tapi bila ada yang menghargai saya, saya amat terharu dan bersyukur. Terima kasih Allah, kerana izinkan saya rasa semua ni.
Ya Allah,
Kekalkan rahmat ini buatku,
Ilhamkan kepadaku kata-kata yang indah untuk mengacarakan majlis,
Kurniakan kepadaku suara yang lunak merdu agar tenang para hadirin mendengarnya,
Lancarkan lidahku waktu berbicara agar mudah difahami hadirin,
Indahkanlah wajahku agar tidak jemu hadirin memberi perhatian kepadaku,
Maniskanlah senyumku agar mampu mendamaikan hati yang memandang,
Ampunilah daku andai tersalah kata dan tingkah,
Lestari dan tambahkanlah kelebihan ini kepadaku agar aku dapat terus berbakti.
Amin...
Volunteer Appreciation Day (Emcee Script)
Sabtu lepas, merupakan pengalaman pertama saya mengacarakan majlis dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Saya punya debaran tu tak payahlah nak cakap. Tahu jelah, jemputan majlis ni kebanyakan orang besar-besar dari sektor koprat, bank dan lain-lain. Yang si datuk datin ni pun ada pulak masa dia orang nak attend majlis ni. Selalu kalau buat skrip emcee, last minute baru saya buat sebab dah biasa. Tapi kali ni... Awal lagi saya dah prepare. Mana taknya, walaupun bahasanya simple, saya ni bukan hebat sangat dalam Bahasa Inggeris, takut perkataan tu tak sopan, takut ayat ni tak manis. Ada kerabat lagi kan. Takut patik dibuatnya. Hari buat script ni bersahabatlah saya dengan IPhone, sebenarnya bersahabat dengan dictionary dalam IPhone ni. Takut punya fasal, perkataan mudah yang saya dah tahu maksudpun saya nak double check dengan dictionary. Yelah, orang bagi tanggungjawab, kenalah buat sehabis baik. Biar semuanya OK.
Dah siap buat script tu, siap hantar pada orang yang teror English ni untuk buat proof read dan editing. Lepas tu buat pembetulan. Kemudian, baca lancarkan sebutan siap dengan nada dan slang. Praktis sebut dengan sebutan yang betul. Belajar dekat komputer dan IPhone macam mana nak sebut sesuatu perkataan tu dengan sebutan betul. Tak puas hati, call pulak somebody x-English teacher, latih baca depan dia, minta dia tegur sebutan dan nada saya supaya betul. Entah berapa kali entah saya ulang baca skrip sendiri sampailah hari kejadian.
So, kat sini saya paparkan skrip tersebut. Manalah tahu kalau boleh membantu orang lain. Buatlah perubahan supaya ia lebih baik. Mana yang elok, jadikanlah rujukan.
SCRIPT
VOLUNTEER APPRECIATION DAY
13 AUGUST 2016
Emcee: Tinta Emas
Mobile: 012--------
Announcement:
Good morning ladies and gentlemen,
we are about to begin our Ceremony. So, please find a seat and make yourself comfortable. Thank you.
Emcee’s Script:
Assalammualaikum WBT and a very good morning to:
YM Tan Sri Dato’ Sri Tengku Azlan Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, President of the Malaysian Association for the Blind,
Y.Bhg, Tan Sri Datuk Sri M. Kayveas, President of My PPP,
Y.Bhg, Dato’ Shaiful Nizam Abdullah, President of MCIO Society,
Y.Bhg, Prof. Dato’ Dr. Veera Ramani, Deputy President of Malaysian Association for the Blind,
Yang Berusaha, Mr. K. Sundralingam, Chairman of Volunteer Development Committee, Malaysian Association for theBlind,
Yang Berusaha, En. Mohd Safni Hussain, Director of Malaysian Association for the Blind,
Yang Berusaha, Mr. Godfrey Ooi, Chairman of organizing committee, of Volunteer Appreciation Day,
Council of Malaysian Association for the Blind,
Agencies representative,
Datuk-datuk,
Datin-datin,
Honorable guests,
Malaysian Association for the Blind’s staff,
Appreciated volunteer,
Media,
Ladies and gentlemen.
There are synics out there who will say that true altruism is a myth, that it doesn’t exist and that nobody is capable of doing anything unless they are motivated by their own self-interest in the end. But, even the most embittered synics would be hard-pressed to explain why anyone in there right mind would make the choice to travel to the poorist parts of the world, where hunger, sickness and war ravage the population and death is as commonplace as life, to help care for orphane children. Or why a comfortable middle-class citizen would choose to his or her afternoons teaching neglected teenages how to read in the dirtiest, most gang-ridden part of town. Or why many peoples sacrifice their time, spen their money and use their energy to empower visual impaired person’s life in many aspects. Volunteers come in all shapes and sizes, but they are all the real-life saints and superheroes of this world. Although they don’t ask to be paid for all of their selfless work, they definitely deserve our utmost respect and appreciation, which is exactly what volunteer Appreciation Day is all about.
And today, Malaysian Association for the Blind wants to appreciates its volunteer who have rendered services to MAB for the benifit of the blind year by year.
(Honorable guests, ladies and gentlemen)
With out further due, let us welcome Mr. Sundralingam Chairman of the volunteer Development committee to deliver his speech. Please welcome Mr. Sundralingam.
Thank you very much Mr. Sundralingam for your inspiring and informative speech.
I would now, like to call upon, Prof. Dato’ Dr. Veera Ramani, Deputy President of the Malaysian Association for the Blind, to give her opening speech. Please welcome, Prof. Dato’ Veera Ramani.
Thank you Dato’ Dr. Veera Ramani for the opening speech.
Now, we would like to invite, Mr. Barnabas Lee Secretary of the Volunteer Development Committee to brief us about Social Welfare biro. Over to you, Mr. Barnabas Lee.
Thank you Mr. Barnabas for the briefing.
(Honorable guests, ladies and gentlemen)
Visual impaired person synonames with a nice voice. So, let us hear their nice boice tru these songs, a little Bit Country, A little Bit Rock and Role and Dengar Ini Cerita. Please give a big hand to Mr. Godfrey Ooi, Anna Loo and Mr. KK Goh.
Thank you to Mr. Godfrey, Anna Loo and Mr. KK Goh for the wonderful performence.
We shell now to call upon the Harmonica Group to play the Piece, If I were A Rich Man. Please come forward, The Harmonica Group.
Thank you to Harmonica Group for the performance just now.
Likewise, we would like to invite, Line Dancing Group to perform their Oh Carol and Malay Dance. Round of applause to Line Dancing Group.
Thank you to Line Dancing Group for the Oh Carol and Malay Dance just now.
Now, let us lend our ears and open our hearts to the experience sharing from Dr. Jacqueline Sarlah Emmanuel with her volunteers and clients. Please come forward, Dr. Jacqueline.
Thank you to Dr. Jacqueline for the experience sharing and it is hoped that more volunteers would come forward to serve the blind in the near future.
(Honorable guests, ladies and gentlemen)
Now, we have come to the important session, that is, certificates and souvenir presentation to our appreciated volunteers.
we would like to invite, YM Tan Sri Dato’ Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu bakar to come forward on the stage companied by Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Ramani and Mr. Sundralingam to present a certificates to our volunteers.
Please come forward ...
(List of volunteers)
Ym Tan Sri, please remain infront for the presentation a memorable souvenir to MAB’s outstanding volunteers.
To appreciate outstanding volunteers who have been given services to the blind for a long time, we would like to invite, Mr. Godfrey Ooi to read the citation of the volunteers.
Thank you to Mr. Godfrey for the citation.
Now, We would like to call upon, En. Mohd Daud Abdul Ghani. He has been serving MAB and the blind for the past 20 years.
(Followed by others)
Thank you very much to YM Tan Sri, Prof. Dato’ Dr. Ramani and Mr. Sundralingam.
Now, we have come to the end of the ceremony. I would like to invite all of the volunteers for photography session with our honorable guests on the stage and the others for refreshment in cafeteria MAB.
With that, thank you and have a good day.
Sayu Bertandang
Awak,
Sayu mengunjungi saya pagi ini. Dia mengusung rindu bersamanya. Rindu buat awak. Rindu ini menusuk ke lubuk hati paling dalam sehingga ngilunya tiada tertahan. Lantas memaksa genang air mata membasah pipi.
Awak,
Taman cinta ini tiada lagi mendapat siram baja kasih awak sehingga bebunganya tak seindah dulu. Ia layu dan hampir mati. Lantas... Saya mohon belas kasihan Allah dan Dia turunkan hujan kasih menyegarkan cinta layu ini. Sehingga daunnya menghijau kembali dan menerbitkan bunga wangi sementara menanti baja kasih awak, ianya terus mekar serata taman. Lalu diamlah saya di bawah rimbunan kasih ini mendakap sayang anugerah Ilahi menanti awak yang saya rindu.
Awak,
Kala menanti awak, saya keseorangan di sini, membaja seluruh taman agar bunga-bunganya tidak layu dengan hujan kasih keramat Yang Esa.
Ya Allah,
Sampaikan salam rinduku untuk Ahmad Fauzi Bin Mohd Shariff, sehingga aku menjadi kerinduannya.
Amin...
Wednesday, August 17, 2016
Dealova, Bicara Hati Saya Buat Awak
Awak,
Hari ni, ilham gagal melakarkan kata-kata buat awak. Lalu... Saya tuliskan lagu ini untuk awak yang selalu ada dalam hati saya sebagai ganti bicara luahan hati saya untuk awak yang saya rindu:
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh kerna hati telah letih.
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan.
(Korus)
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada.
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi... Dan sepi.
Selalu ada... Kau selalu ada
Selalu ada... Kau selalu ada
Whatsapp Dari Kota London
Saya membelek telefon bimbit saya sementara menunggu azan Subuh. Saya tahu ada kiriman Whatsapp masuk tengah malam tadi. Sekarang ni bukan ada mood sangat nak guna Whatsapp, lantas bunyi notification Whatsapp saya biarkan. Tapi tertanya-tanya juga, siapa yang Whatsapp saya tengah-tengah malam? Kalau urgent, pasti disusuli dengan panggilan.
Nombor yang tak dikenali. Nombor luar negara. Hikmah Kamaruddin! Tertera nama akaun Whatsappnya. Jauh bebenar dia Whatsapp saya kat sini? Ada apa-apa ke? Saya lantas melihat Jam Dunia pada jam IPhone saya. Kota London saya tambahkan dalam senarai. 7 hours back. Ish, tak puas hati. Waktu Whatsapp diterima 1.45 pagi waktu Malaysia. Saya terus membuka App Store dan muat turun 'World Clock'. Waktu di London masa dia Whatsapp saya jam 6.00 lebih petang. Lepas solat Subuh kami berbalas Whatsapp. Kak Hikmah sekadar ingin bertanya khabar dan berkongsi kisah dia di London setelah saya tanya tentang keadaannya di sana. Ingat jugak Kak Hik pada saya. Tak sangka. Kami bukan selalu bersama masa dia kat Malaysia. Tapi dia suka like dan komen FB saya. Dalam Whatsapp pagi tadi, Kak Hik tak sentuh langsung tentang FB.
Kak Hikmah, seorang bekas staff DBKL. Masa saya kenal dia, dia dah jadi lecturer di UiTM. Kami berkenalan menerusi bengkel yang DBKL adakan. Pernah sama-sama menjadi moderator mengikut tajuk yang diberi bersama Tan Sri Phesal, Datuk Bandar sebelum ni. Sama-sama juga membentang hasil dapatan dialog di hadapan datuk bandar. Perkenalan kami dieratkan dengan meeting-meeting bersama DBKL kerana kami sering terlibat. Kak Hikmah mesra orangnya. Siap datang pejabat saya dan lunch bersama. Tahun lepas, dia terbang ke Kota London untuk meneruskan pengajian di peringkat PHD dengan ditemani suami tercinta.
Rindu Kak Hikmah. Kurang sorang yang suka tegur saya setibanya saya di DBKL untuk meeting. Kak Hikmah ni, asal jumpa je nak bergambar. Semoga Kak Hik dan keluarga sentiasa dalam kebahagiaan dan berjaya membawa pulang PHD yang Kak Hik cita-citakan.
Amin.
Tuesday, August 16, 2016
Bertahanlah Akar
Gigi saya yang sakit hari tu... Terasa makin sakit kalau ada makanan masuk.
Sebenarnya bukan gigi yang sakit,, tapi akar yang di dalamnya yang sakit.
Kadang-kadang sakitnya sampai ke telinga dan kepala. Ada waktunya, saya perlu mengambil ubat tahan sakit supaya saya tidak terasa sakitnya.
Sabar ya Tinta, bertahanlah,tiga minggu je lagi untuk jumpa dentist.
Awak Selalu Ada
Awak,
Kalau saya tak whatsapp awak, tak mesej awak, tak call awak, bukanlah bermakna saya lupakan awak. Sekadar memberi ruang kepada awak. Walaupun mungkin awak rasa lega bila saya senyap sebab awak fikir awak lepas dari rasa yang macam-macam.
Awak,
Selagi Allah beri saya rasa ini, awak tetap ada dalam hati saya walau ke manapun saya pergi, apapun keadaan yang mendatang.
Saya sayang awak, dari dasar hati saya, bukan sekadar di permukaan. Sebab tulah, awak tak mampu buat saya bencikan awak walaupun awak buat macam-macam kat saya, sakitkan hati saya. Semoga Allah bukakan hati awak untuk faham saya, hati saya dan perasaan saya. Saya tahu, Allah tahu dan Allah mengetahui semua yang saya rasa dan segala yang awak lakukan pada saya. Jadi buat apa saya membenci jika perasaan ini anugerah Allah buat saya. Sayapun tak tahu sampai bila. Selagi ia ada, selagi tulah awak ada dalam hati saya. Saya berjalan awak, berjalan mengikut takdirNya biarpun awak tidak lagi menghargai perasaan saya. Biarlah, kalau awak memandang saya seperti sampah, kerana Allah jua memandang kita.
Tuhan,
Sampaikan salam rinduku buatnya. Izinkan kami berkongsi rasa yang sama.
Amin...
Silent Reader
Bila ada yang membenci kita, rupanya ramai yang memerhatikan kita, mengambil tahu perkembangan kita.
Pagi ni, sekali lagi saya terima Whatsapp bertanyakan khabar saya. Kali ni dari senior semasa di UiTM dulu. Katanya, dia sering mengikuti perkembangan saya di Facebook, menjadi silent reader. Kak Zuraidah, dia seakan tahu yang kehidupan saya tak berapa baik kebelakangan ni lantas tanpa mengetahui apa yang berlaku, dia mendoakan agar saya sentiasa sihat dan baik-baik saja. Menurutnya, dia dah lama tak nampak status saya di sana.
Minggu lepas, Kak Nita, wartawan yang pernah menemuramah saya beberapa tahun dulu yang juga sering berbalas komen di Facebook bertanyakan khabar saya lantaran sudah lama tidak kelihatan status saya. Menerusi Whatsappnya, Kak Nita sempat menitipkan kata-kata nasihat dan berkongsi pengalamannya dengan saya.
Facebook, kalau digunakan dengan cara yang baik, akan membawa kebaikan. Jika tidak, ia akan membawa kelukaan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain terutama orang yang kita sayang atau menyayangi kita.
Dan kini saya tahu, ramai yang mengambil tahu tentang saya di FB dan ramai yang memerhatikan saya di sana. Terima kasih rakan-rakan atas keprihatinan kalian. Saya sayang kalian. Tapi... Biarlah saya lenyap di alam Facebook lantaran hati yang terluka. Andai Allah bukakan hati saya untuk ke sana, maka suatu hari nanti, kita bertemu di sana. Jika tidak, kalian carilah saya di sini kerana di sini lebih menenangkan. Tak perlulah kalian tunggu saya di Facebook. Takut saya tak muncul-muncul.
Ingatlah, jika kita ikhlas bersahabat, menyayangi orang-orang di sekeliling kita dari hati yang tulus, di saat teman-teman mengeji dan meminggirkan kita, Allah hantar sahabat-sahabat yang ikhlas terhadap kita meskipun terpisah dengan waktu dan jarak. Jadi, teruslah berjalan Tinta, jangan hiraukan mereka yang mengeji dan menghina. Allah sentiasa ada untuk menolong. Sesungguhnya pertolongan Allah itu Maha Luas dan ada di mana-mana, akan datang pada bila-bila masa. Bersabarlah dan sentiasalah ikhlas. Tak rugi bila kita menyayangi orang meskipun tidak dihargai kerana penghargaan Allah itu lebih bermakna.
Sesiapa yang kata ingin memberi pengajaran kepada saya dengan meminggirkan saya, mengata saya, menghina saya dan mengeji saya, terima kasih. Saya belajar dari pengajaran yang kalian beri. Dan alhamdulillah, Allah tunjukkan saya keikhlasan dalam bersahabat. Ternyata, pengajaran yang diwar-warkan sedikitpun tidak mengganggu saya. Bahkan saya rasa, kalian juga perlu belajar dari pengajaran yang kalian ciptakan sendiri.
Orang-orang Kerinduan Saya 4
Tak habis lagi rupanya tajuk ni.
Mungkin ni entri last untuk tajuk di atas buat masa ni.
Dia ni jugak merupakan officemate saya. Kak Fatimah. Siapa Kak Fatimah? Tolong angkat tangan. Sebab saya tahu dia salah sorang pembaca blog ni.
Kakak ni lebih senior kat office ni dari Hadisah. Dulu masa saya buat latihan Eksekutifpun, dia dah ada. Tapi kalau tak silap, saya tak pernah bercakap dengan dia. Yelah, kita pelatih je manalah nak tegur staff, masa tu budak-budak. Rasa takut nak tegur. Lagipun akak ni macam sombong je.
Sampailah saya jadi staff tahun 2011. Pun saya tak bersembang mesra sangat dengan dia. Saya ni kan susah mesra. Takut orang tak suka.
Kakak ni dulu jaga bahagian transport dan booking bilik. Saya pernah dimarahinya sebab salah booking kalau tak silap. Masa tu saya staff baru. Kena marah depan staff lain kau. Rasa malu dan sedih sangat masa tu. Dahlah tak ada kawan. Masa tu belum kenal Hadisah lagi. Boss panggil saya masuk bilik. Lagilah saya takut. Akhirnya tangisan saya terhambur depan boss. Boss saya, Mr. Ramdas masa tu cool je. Dia yang pujuk dan beri nasihat pada saya. Lega rasanya bila boss tak marah. Takut kau, takut tak dapat confirm. Saya ni memang kememeh. Cepat nangis.
Bila saya kawan dengan Disah, Disah selalu marah saya sebab tak pakai bedak datang kerja.
Disah: Kau ni dahlah PR. Nak jumpa orang ramai. Bedak tak pakai, apa tak pakai. Hei, apa nak jadilah anak dara ni.
(Disah kalau dah membebel macam tulah. Macam mak tua.)
Saya: Alah, masa ada pelawatkan aku pakai.
(Bukan tak nak pakai sebenarnya tapi kulit saya ni sensitif. Tu yang malas tu. Takut tak sesuai dengan produk.)
Dulu, saya pakai bedak dengan lipstik je. Kena marah jugak dengan Hadisah.
Disah: Wei mek, kau ni bukan tak ada rupa, cubalah up to date sikit. Mekaplah sikit wei. Mehlah aku jadi perunding imej kau. Tudung tu, cuba fesyenkan sikit. Baju dah OK, tudung dengan mekap tu kena up.
(Mek tu panggilan Hadisah kepada saya kalau dia geram dengan saya.)
Saya: Aku tak pandailah.
Disah: Tu yang aku nak ajar kau ni.
(Mulai hari tu, Disah selalu ajar saya cara nak gayakan tudung, belit sana belit sini, siap teman saya beli baju. Pakaikan saya mekap simple-simple.)
Saya: Sah, ajarlah aku mekap sendiri Sah. Nanti senanglah, tak yahlah aku asyik harapkan orang je.
Disah: Aku tak pandailah nak ajar kau. Kak Timah pandai mekap. Kau pergilah belajar dengan dia.
Saya: Tak naklah.
Disah: Kenapa pulak? Aku suka tengok kau cantik-cantik. Sebab tu aku suka hiaskan kau. Nak ajar tak pandai.
Saya: Kau rasa aku boleh buat sendiri ke?
Disah: Boleh. Sebab tulah kau kena belajar dengan orang yang expert.
Saya: Iiii... Tak naklah aku. Seganlah. Dahlah tak biasa dengan dia, tiba-tiba nak suruh dia ajar. Kalau hal kerja lainlah. Ni mekap.
Disah: Meh aku cakapkan.
Saya: Ish, tak payah, tak payah.
Disah: Belajarlah mek, nanti kalau kau pandai buat eye shadow, maskara, apa-apalah lagi. Mesti lawa.
Saya: Malas aku. Kalau kau ajar tak apalah.
Disah: Dia OK la. Kalau kau cakap dengan dia dulu, mesti dia ajar.
Suatu hari, masa saya tengah breakfast kat kantin, Kak Timah menghampiri saya.
Kak Timah: Tinta, akak ada jual mekap. Nanti naiklah tempat akak kalau nak tengok.
Saya: Mekap apa, kak?
Kak Timah: Simplisiti ada, revlon ada, Maybline ada. Akak jual murah dari pasaran tapi orilah. Ambil dengan pramugari.
Saya: OK, nanti saya naik.
Baru-baru, naik dengan Disah la. Seganlah.
Sampailah office minta saya jadi emcee. Entah macam mana, saya minta Kak Timah siapkan saya untuk majlis tu. Kak Timah kata OK dan dia siapkan saya. Lama-kelamaan, dia ajar saya sikit demi sikit. Tapi saya tak sempat pandai masa Hadisah ada. Kalau Disah tahu yang sekarang ni saya dah pandai mekap sendiri, mesti dia suka. Macam-macam komen dia nanti.
Lepas Hadisah pergi, saya kembali menjalani hidup di office sorang diri. Kadang-kadang saya nangis rindukan Disah. Saya ni kalau sayang kat orang, tak kira lelaki perempuan, saya akan sayang betul-betul.Dan saya akan sedih kehilangan mereka. So, janganlah ada yang pertikaikan kenapa saya terlalu sedih bila ditinggal kekasih. Kawan hilangpun saya sedih. Apa lagi kekasih hati.
Saya dengan Kak Timah tak rapat manapun. Sekadar belajar mekap dan bersembang biasa-biasa di surau waktu lunch. Lepas tu kami sama-sama support bila berjualan. Kak Timah jual mekap, saya pulak jual tudung dan baju dari Vietnam. Kak Timah salah sorang pelanggan tetap saya.
Sampailah awal tahun ni, bila saya ada krisis, saya kelihatan sugul. Dan Kak Timah satu-satunya yang tanya saya kenapa. Masa tu, tangisan tak dapat tertahankan lagi. Lalu tanpa segan-silu saya menangis di hadapannya. Dia memeluk erat saya, cuba memberikan kekuatan. Hari demi hari, saya semakin rapat dengannya. Saya rasa dia macam kakak-kakak. Yelah, saya kan tak ada kakak. Apa yang buatkan saya selesa dengan dia, dia tak libatkan saya dalam hal dia dengan kawan saya. Kami boleh bercakap dan berkongsi tentang apa saja. Paling penting, Kak Timah tak pernah nak korek-korek rahsia tentang kawan saya yang ada krisis dengannya. Dan dia jugak tak pernah mengata kawan saya tu depan saya dan jauh sekali menghasut saya supaya tak sukakan kawan saya tu. Kawan saya tu bukan Hadisah ya. Kalaulah Kak Timah buat semua tu pada saya, mungkin saya tak serapat tu dengan dia. Sebab saya tak nak ada hasut-menghasut dalam berkawan. Saya tak nak saya bermasam muka dengan orang lain sebab nak baik dengan orang lain. Saya tak sukakan situasi tu. Dan diapun tak berlebih-lebih kalau komen orang depan saya. Mungkin apa yang terjadi memberi kesan pada dia so, dia amat menjaga kata-katanya.
Kak Timah ni selalu jadi QC mekap saya. Kalau tak betul, dia akan betul kan. Siap tolong order kan foundation dan peti mekap lagi.
Suatu hari, saya ada presentation di DBKL. Kalau event penting macam ni, QC amat diperlukan. Kalau takpun, saya minta je dia mekapkan. Masa tu saya dah lewat, so, tak ada pilihan, saya mekap sendiri. Masa nak gerak ke DBKL, saya tanya receptionist Kak Timah dah sampai ke belum? Kata Dayah, belum lagi. Kenapa Kak Timah lewat hari ni? Tanya saya sendiri. Mungkin ada hal kot. Saya terus ke DBKL.
Balik petang tu, saya bersiap-siap nak balik. Saya interkom Kak Timah nak tanya khabar, kenapa dia lewat hari ni. Maklumlah, sepanjang hari kat DBKL, tak sempat nak naik atas jumpa dia.
Tiba-tiba telefon di meja saya berdering.
Dayah: Kak, saja jelah nak kongsi dengan akak. Tak tahulah kalau akak dah tahu.
Saya: Apa dia?
Dayah: Pagi tadi, akak cari Kak Timah kan?
Saya: Ha'ah, kenapa?
Dayah: Akak tahu tak ada orang hantar notis 24 jam?
Saya: Notis 24 jam? Siapa?
(Saya terkejut. Hati saya berdebar. Harap bukan Kak Timah. Sebab saya tak nak hilang kawan lagi. Dahlah Disah dah tak ada.)
Dayah: Kak Fatimah.
Saya: Kenapa???
(Saya terus menangis. Tuhan uji saya. Uji saya dengan dia. Uji saya dengan kawan baik saya. 3 tahun dulu, Allah ambil sahabat yang saya sayang, Hadisah. Bila saya mula baik dengan Kak Timah, dalam keadaan saya memerlukan seseorang yang memahami saya sebagai sumber kekuatan, Allah ambil dia pulak. Ujian apakah ini?)
Saya: Dayah, kenapa Tuhan uji akak macam ni? Tuhan tahu, akak tak mudah mesra dengan orang, tapi Dia ambil semua orang yang akak perlukan dalam hidup akak.
Dayah: Tulah, saya tahu akak macam mana. Saya tahu akak bukan mudah baik dengan orang. Saya dah agak dah, akak mesti nangis macam ni punya kalau dapat tahu. Sebenarnya dari pagi lagi saya tahu. Ingat nak call akak terus bila tahu, tapi saya takut kalau ganggu akak present. Nasib baiklah saya tak call tadi. Saya dah agak, mesti akak nangis. Akak kan baik dengan dia.
Saya: Kenapa dia tak cakap engan akakpun? Semalam dia OK je jumpa akak? Sembang macam biasa. Cuma tak lama sebab dia sibuk.
Dayah: Mungkin dia tak nak akak sedih kot. Tak apalah, kak. Kita sama-sama jaga antara kita. Kalau ada apa-apa akak kongsilah dengan saya cuma saya ni mungkin tak pandai kongsi macam Kak Timah. Akak cubalah call dia.
Saya: Tak nak, akak rasa akak tak kuat nak call dia sekarang.
Saya hubungi HR untuk dapatkan cerita sebenarnya. Confirm, Kak Timah dah pergi tinggalkan saya. Notis 24 jam. Tuhan je yang tahu perasaan saya masa tu.
Dan saya memang tak boleh ingat detik-detik tu saya pasti sedih dan menangis sampai saat ni, saat saya menulis entri ni.
Selang beberapa hari, Kak Timah Whatsapp saya. Dia tanya saya marah dia ke? Dia minta maaf sebab pergi tanpa pesan. Sebab dia tak nak tengok saya sedih saat dia meninggalkan pejabat hari terakhirnya. Yang tahu hanya HR dan staff-staff bawah jagaannya. Staff diapun tahu beberapa minit lagi nak tamat waktu pejabat. Allah memang tak nak saya sedih hari tu di hadapannya. Kerana kesedihan saya melampau agaknya. Saya ada je kat pejabat hari terakhirnya. Tapi saya duduk kat dalam office, kat tempat saya atau kat surau so, saya tak tengok adegan staffnya dan Kak Sariha kawan baiknya minta maaf dan hantar dia ke kereta. Andai katalah saya ada di luar, mesti saya tanya kenapa dan mesti saya nangis masa tu jugak di hadapannya. Mungkin Kak Timah dah dapat agak reaksi dan penerimaan saya jika saya tahu itu hari terakhirnya. Dia kan selalu tengok saya nangis. Mungkin jugak dia pernah tengok macam mana saya nangis pada hari terakhir Kak Milah. Sedangkan Kak Milah bukanlah orang yang saya kongsikan kisah hidup saya. Saya tak marah kak. Cuma saya sedang cari kekuatan untuk call akak. Itu jawapan saya padanya.
Sampai sekarang, Kak Timah masih lagi jadi QC mekap saya melalui Whatsapp kalau saya sorang.
Tisupun dah berhelai basah. Tidurlah Tinta. Iringkan saja doa untuk orang-orang tersayang.
Semoga Allah memberikan kebahagiaan buat semua orang yang saya sayang. Moga Allah sentiasa menjaga mereka dalam kasih sayangNya. Amin...
Saya sayang kalian semua. Saya rindukan kalian.
Apa yang pasti, tak lama lagi, orang yang selalu ada dalam hidup saya juga akan berpisah dengan saya. Housemate saya. Pastinya ia lebih memberi kesan kepada saya sebab lapan tahun kami hidup bersama. Pelbagai suka dan duka telah kami harungi berdua. Dari bertiga sampai tinggal berdua. Pasti hari terakhir bersamanya akan menjadikan antara hari kedukaan saya.
Jadi, usahlah kalian pelik jika saya sering menulis tentang dia, tentang awak yang amat saya cintai setelah membaca entri-entri saya berkenaan orang-orang kerinduan saya. Jika cikgu dan kawanpun cukup membuatkan saya menangis dan kerinduan, apa lagi dia, lelaki yang saya cinta.
Ya Allah,
Sampaikanlah salam rindu saya buat semua orang yang saya sayang.
P/S: Entri orang-orang kerinduan saya ini hanya terpakai untuk orang-orang yang telah terpisah dari saya. Orang-orang yang masih ada dengan saya, nantilah saya buat entri lain.
Al-Fatihah buat orang-orang yang saya sayang. Semoga rohnya tenang dan kuat menempuh cabaran hidup ini. Bukan orang yang dah meninggal je kita sedekahkan Al-Fatihah mengikut kata Dr. Mohaya, Al-Fatihah ni baik untuk disedekahkan buat orang yang kita sayang walaupun dia masih hidup.
Monday, August 15, 2016
Dulu Kita...
Awak,
Dulu kita bahagia. Sentiasa gembira. Usik-mengusik dan gurauan itu selalu mencetuskan keriangan. Awak ingat tak, awak suka kata saya? Awak selalu cakap saya baik, sebab awak boleh gurau macam-macam dengan saya dan saya tak marah. Sayapun tak tahu kenapa kita boleh jadi macam ni. Kalau adapun salah saya, semuanya saya dah minta maaf. Dan awakpun ah maafkan saya masa tu. Kenapa awak? Kenapa? Apa lagi salah saya yang awak tak boleh maafkan? Kenapa awak tak terus-terang?
Baju Raya 2016
Ramai rakan-rakan maya saya yang minta nak tengok baju raya tahun ni so, saya updatelah kat sini walaupun dah basi. Tahun ni macam tahun lepas jugak, baju dari Jakel. Tapi tahun ni, baju Scha Al-Yahya.
Pilihan saya, tradisional satu, moden satu. Tradisional tu tak sangatlah kurung moden warna ungu dan baju pendek rekaan Jovian Mandagie warna hijau lumut.
Dari segi warna saya suka purple sebab meriah. Design, saya suka yang hijau lumut tu. Beberapa hari setelah open house, sebaik saya melangkah masuk ke surau. Kakak office tegur saya: Kak Sariza: Tinta cantiklah dalam gambar open house. Nampak langsing dan lampai. Saya: Sayapun tak tahu dia orang ambil gambar saya. Kak Sariza: Memanglah tak tahu, semua gambar candit. Banyak pulak tu. Tapi tak ada yang posing. (Sekarang memang tak ada mood nak bergambar. Dulu selalu share kat Facebook. FB pun dah tak ada. Simpan jelah. Berani budak baru si Khairul tu candit gambar saya? Nak kena dengan senior ni. Hehehe tak adalah. Dah jurufoto of the day, memang tugas dia ambil gambar sana-sini. Nak-naknya gambar staff bertugas. Sebagai rekod katanya) Saya: Gambar masa kat mana? Kak Sariza: Banyak. Gambar dengan Fazli, gambar sorang, gambar tengah jalan. Gambar tengah jalan yang tak tahan tu. (Fazli tu rakan emcee saya masa open house tu) Saya: Kenapa? Kak Sariza: Macam model. (Ingat cantik sangat ke macam model? Dengar kat orang yang tak suka saya, berbulu telinga dia orang.) Kak Sariha: Ha'ah Tinta, kau nampak lain pakai baju tu. Saya: Alah, baju Jakel tu. Tulah Scha Al-Yahya tu. Kak Sariza: Tudungpun cantik. Ariani ke? Saya: Ha'ah, yang orang tu tak dapat tu. (Cakap saya disambut dengan gelak tawa dari mereka. Saya tujukan kata-kata tu pada Kak Sariha yang minta saya belikan tudung gold. Kalau tak ada, tak payah. So, gold tak ada, saya tak belilah. Dah dia menyesal sebab saya dapat harga murah, offer. Nak ngecek saya tak boleh sebab saya beli sehelai je.) Kak Sariha: Bencilah kau ni. Cantik sorang-sorang je. Lain kali kalau pergi Ariani belilah banyak-banyak kalau offer. Mesti habis punyalah jual kat office ni. P/S: Lepas ni memang nak banyakkan koleksi baju kebaya pendek dan design pendek macam ni. Biarlah orang nampak macam manapun. Sejak saya buat baju ala-ala pramugari tu, saya memang jatuh hati pada baju pendek.
Dari segi warna saya suka purple sebab meriah. Design, saya suka yang hijau lumut tu. Beberapa hari setelah open house, sebaik saya melangkah masuk ke surau. Kakak office tegur saya: Kak Sariza: Tinta cantiklah dalam gambar open house. Nampak langsing dan lampai. Saya: Sayapun tak tahu dia orang ambil gambar saya. Kak Sariza: Memanglah tak tahu, semua gambar candit. Banyak pulak tu. Tapi tak ada yang posing. (Sekarang memang tak ada mood nak bergambar. Dulu selalu share kat Facebook. FB pun dah tak ada. Simpan jelah. Berani budak baru si Khairul tu candit gambar saya? Nak kena dengan senior ni. Hehehe tak adalah. Dah jurufoto of the day, memang tugas dia ambil gambar sana-sini. Nak-naknya gambar staff bertugas. Sebagai rekod katanya) Saya: Gambar masa kat mana? Kak Sariza: Banyak. Gambar dengan Fazli, gambar sorang, gambar tengah jalan. Gambar tengah jalan yang tak tahan tu. (Fazli tu rakan emcee saya masa open house tu) Saya: Kenapa? Kak Sariza: Macam model. (Ingat cantik sangat ke macam model? Dengar kat orang yang tak suka saya, berbulu telinga dia orang.) Kak Sariha: Ha'ah Tinta, kau nampak lain pakai baju tu. Saya: Alah, baju Jakel tu. Tulah Scha Al-Yahya tu. Kak Sariza: Tudungpun cantik. Ariani ke? Saya: Ha'ah, yang orang tu tak dapat tu. (Cakap saya disambut dengan gelak tawa dari mereka. Saya tujukan kata-kata tu pada Kak Sariha yang minta saya belikan tudung gold. Kalau tak ada, tak payah. So, gold tak ada, saya tak belilah. Dah dia menyesal sebab saya dapat harga murah, offer. Nak ngecek saya tak boleh sebab saya beli sehelai je.) Kak Sariha: Bencilah kau ni. Cantik sorang-sorang je. Lain kali kalau pergi Ariani belilah banyak-banyak kalau offer. Mesti habis punyalah jual kat office ni. P/S: Lepas ni memang nak banyakkan koleksi baju kebaya pendek dan design pendek macam ni. Biarlah orang nampak macam manapun. Sejak saya buat baju ala-ala pramugari tu, saya memang jatuh hati pada baju pendek.
Sunday, August 14, 2016
Akak Yang Jadi Emcee
Entri terakhir untuk malam ni.
Cerita fasal emcee lagi...
Siapa yang tak suka saya sila tutup blog ni sekarang...
Nanti korang sakit hati. Kesian korang nanti, lepas ni mengutuk saya then dosa korang yang bertambah.
Sebab saya tahu, ada yang tak suka sayapun baca blog ni. Pelik, apa motif entah.
Lepas Zuhur semalam, saya membuka peti solek saya di surau. Bersiap-siap untuk menghadiri meeting pulak.
"Banyaknya barang mekap akak,"
Suara yang tidak saya kenali menegur saya.
Kerja tangan saya terhenti.
"Tak adalah, orang lain lagi banyak," Jawab saya mesra.
"Akak pandai mekap," Komennya lagi memerhatikan saya.
"Sikit-sikit je. Dah hari-hari buat, bolehlah untuk pakai sendiri,"
"Saya tak pandai mekap," Katanya memanjangkan perbualan dan saya terus dengan kerja-kerja solekan saya.
"Belajarlah. Akak dulupun tak pandai. Kawan-kawan yang ajar. Nama siapa?" Bercakap tak kenal siapa. Baik berkenalan dulu.
"Saya Azima. Mungkin akak tak kenal saya. Tapi saya kenal akak."
"Kenal akak?" Sekali lagi kerja menyolek saya terhenti.
"Ya, Kak Tinta yang selalu jadi emcee tu. Selalu dengar akak jadi emcee. Ni baru dapat jumpa dekat,"
"Ooo... Maaflah, akak tak tahu awak siapa," Saya takut dia kecil hati.
"Biasalah, saya ni penonton. Mestilah akak tak kenal saya."
Tak tahulah, adik ni orang ke berapa yang cakap dengan saya bahawa dia kenal saya melalui majlis-majlis yang saya acarakan.
Alhamdulillah. Ada yang sudi menegur face to face. Kadang-kadang ada yang cakap, selalu bertembung dengan saya tapi tak berani nak tegur. Takut saya tak layan. Ish, ada pulak macam tu. Saya bukannya pengacara profesional dan popular sampai nak bongkak macam tu. Insya-Allah, saya akan layan sebaik mungkin sesiapa saja yang menegur saya kecuali saya tak dengar. So, kalau kali pertama saya tak jawab tu, tegurlah untuk kali kedua dan seterusnya. Jangan terus cap saya sombong.
Saya =Emcee???
Hari ni, saya menghadiri suatu forum bertajuk, 'Undang-undang Islam Suatu Pencerahan'. Tatkala saya melangkah masuk ke dalam dewan, suatu suara asing menegur saya.
"Tinta,"
Saya lantas berpaling.
"Siapa?" Tanpa segan saya bertanya. Lebih baik tanya daripada buang masa nak berfikir lepas tu bila dia dah pergi baru ingat dia siapa.
"Kak Suhaila," Jawabnya ramah. Dia bersama dua orang anaknya.
Suhaila? Saya lantas teringat seorang pemilik akaun Facebook yang menjadi friend saya sewaktu saya aktif FB dulu. Siap PM saya berkenalan dengan saya. Alhamdulillah, bukan lelaki je yang nak kenal dengan saya. Saya suka keadaan ni, sekurang-kurangnya saya tahu perempuan juga memerhatikan saya.
"Oh, Kak Suhaila," Kami lantas berjabat salam dan dia segera menyuruh anak-anaknya menyalami saya. Rasanya... Ni kali pertama kami bertemu secara langsung.
"Jadi emcee ke hari ni?"
Saya senyum lalu menjawab. "Tak. Saya datang sebagai penonton je."
"Ye ke? Ingat emcee tadi?"
Aduh, takkanlah setiap kali saya ada dalam majlis je jadi emcee. Ni bukan kali pertama saya ditanya sedemikian. Dah banyak kali dari orang yang berbeza dan ada waktunya orang yang sama. Saya bukanlah hebat sangat sampai semua penganjur ambil saya jadi emcee. Setakat ni saya emcee tetap office saya. Tu pun, kalau ada orang lain yang lebih bagus esok, pasti emcee office pun akan bertukar. Hidup kita kan macam roda, kejap di atas, kejap di bawah. Kita harus bersedia menerima perubahan.
Pernah saya ditanya dalam suatu majlis. Masa tu saya duduk di kalangan penonton. Rupanya ada yang perasaan bahawa saya selalu jadi emcee. Dia ni famili kepada salah sorang penonton. Orang luar.
"Adik, kenapa tak jadi emcee hari ni?"
"Tak dipanggil,"
"Alaaa... Akak suka awak jadi emcee. Ingat awaklah emcee hari ni,"
"Tak adalah, kak. Emcee ni pun OK jugak," Saya lemparkan senyuman.
"Macam yang dulu tu awak jadi emcee," Sambungnya.
"Tukar-tukar emcee, kak."
Saya bukan hebat sangat. Setiap penganjur pasti ada favourite emceenya. Kalau nak dengar saya jadi emcee, datanglah majlis anjuran pejabat saya. Hehehe tapi jangan terperanjat kalau tiba-tiba majlis office sayapun tukar emcee. Asyik saya je kan, nanti orang bosan pulak. Manusia ni bukan boleh. Nanti cakap, bosanlah asyik dia je jadi emcee. Cuma, kalau orang beri kepercayaan pada saya, saya akan buat sebaik mungkin.
Kasih Seindah Purnama
Awak,
Kasih saya pada awak masih seperti dulu.
Seperti hari-hari sebelumnya.
Redup, dingin dan mendamaikan.
Memancar indah tatkala jatuh di permukaan air,
Menyerlahkan dasar hati yang kerinduan.
Friday, August 12, 2016
Rindu Awak
Ahmad Fauzi Mohd Shariff,
Malam ni, saya ingat sangat kat awak. Rindu sangat. Tak tahulah kenapa.
Awak sihat ke? Kalau sakit kaki awak cepat-cepat makan ubat ya. Kalau berat kepala, tidur cukup-cukup. Kalau hidung berdarah, letaklah ais kat kepala. Kalau rasa berdebar, awak rehat banyak-banyak.
Awak,
Saya risaukan awak. Nanti awak ambillah cuti, pergi check up kat hospital ya. Janganlah selalu rasa tak ada apa-apa, nanti kalau dah teruk susah. Saya ni bukan boleh cakap dengan awak macam dulu-dulu. Saya tak tahu keadaan awak. Sekurang-kurangnya dulu, saya boleh ingatkan awak. Tapi... Awak dah tak perlukan saya lagi dalam hidup awak. Jadi, bila saya tak ada itu lebih buat awak seronokkan? Tak apalah awak, buat sesuatu kena ikhlas, rindu kat orangpun kena ikhlas. Biarlah kalau saya dah tak berharga pada awak, Allah kan tahu hati saya, perasaan saya.
Awak,
Saya sayang awak.
Thursday, August 11, 2016
Selamat Hari Lahir, Acik
Acik adik yang along sayang,
Selamat hari lahir, along doakan supaya acik sentiasa dalam peliharaan Allah dan dikasihiNya. Semoga acik sentiasa sihat, ceria, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.
Amin...
Nanti raya haji atau hari Malaysia nanti kita jumpa ya.
Sedang Buat Apa Awak?
Sedang buat apa awak agaknya kala ini?
Tidurkah awak? Berfacebookkah awak? Sedang bergembirakah awak?
Awak,
Apapun keadaan awak, awak tetap ada dalam hati saya.
Makin Menjadi-jadi
Berehat sekejap dengan tulis blog ni sementara tunggu senarai nama yang akan diberikan oleh other staff untuk prosedur seterusnya.
Entri ni, bukanlah entri marah tetapi lebih kepada penerangan. Walaupun saya tahu ada pihak tertentu yang akan salah tafsir. Dan saya tahu, ada orang yang saja je baca blog saya untuk jadikan bahan bagi disampaikan kepada pihak lain. Hehehe tak apalah. Dah hobi dia orang macam tu, biarlah dia orang nak berhibur. Mungkin tak ada benda lain yang nak dijadikan cerita. Oh ya, ada jugak orang yang akan bacakan entri tertentu kat sini untuk orang tertentu. Pun saya izinkan setakat ni. Lepas tu nak marah ke, nak melenting ke, nak mengumpat ke, nak mengutuk ke, nak mengata ke, silakan. Saya tak marah. Hak masing-masing. Walaupun sebenarnya saya pelik, kalau dah tahu baca blog ni menyakitkan hati, buat apa nak baca? Tapi nak jugak ambil tahukan? Kan saya dah maklumkan, blog ni diari harian saya. So, saya akan luahkan apa saja yang saya rasa di sini. Tak bolehlah aspek saya tak boleh tulis itu dan ini kecuali dengan alasan yang kukuh.
Apa yang makin menjadi-jadi?
Allah tu Maha Kaya, tak perlu saya pergi soal selidik sana sini atau merisik khabar dari sesiapa. Sampai masa yang dijanjikan, berita yang digosip atau dicanang akan sampai ke pengetahuan saya. Pun saya tak marah. Buat apa nak marah? Saya tak boleh aspek orang suka saya sepanjang masa. Tiba masa orang tak suka, semua kita buatpun akan jadi salah di mata mereka. Cuma saya harap, saya tidaklah tergolong dalam kalangan orang yang membenci orang. Insya-Allah.
OK, tak yah berkias lagilah. Ada orang kata... Bila saya dah naik pangkat ni, makin menjadi-jadilah perangai saya. Menjadi-jadi dalam apa tu? Yang saya tahu, memanglah makin menjadi-jadi tapi dalam beberapa perkara sahaja:
1. Memperjuangkan hak komuniti dengan agensi serta pihak berkuasa tempatan seperti DBKL, KPWKM, dan sebagainya.
2. Memperjuangkan hak staff dengan management.
3. Bersuara dalam komiti penganjuran program dan seumpamanya.
4. Sibuk dengan kerja bertulis atau pelaksanaan.
Mungkin dia orang ni dah benci sangat dengan saya agaknya. Tu yang saja adakan cerita. Pada hal dah lama dah tak baik dengan saya. Boleh pulak judge saya macam tu, sedangkan naik pangkat ni baru je. dan Sejak saya naik pangkat ni tak pernahpun bercakap dengan saya. Saya sendiripun tak pernah bangga atau bercerita sana-sini tentang kenaikan pangkat saya kecuali di blog ni tupun dalam entri fight for it and syukur kerana segalanya selesai. Lainlah kalau saya buat entri bangga diri atau heboh sekampung saya canang. Tak apa, tak apa, memang sikap manusia ni kan suka berlebih-lebih nak-naknya kalau bercerita tentang orang yang dia tak suka, exceptable.
Apa yang saya nak cakap kat sini, kenaikan pangkat saya ni bukanlah menjadi HR exect atau manager yang saya boleh arahkan staff office ni sesuka hati atau larang dia orang buat apa-apa. Dan bukan jugak dapat lesen nak marah orang luar terutamanya komuniti.
Sekadar cakap je, kalau tak nak terima tak apa. Saya ada banyak masalah lain nak fikir. Tak perlu saya fikir macam mana nak buat orang terima cakap saya. Kalau orang yang boleh berfikir dengan waras, dia faham. Kalau orang itu rasional, maka dia boleh menilai. Saya tak perlu mempengaruhi orang agar memandang saya bagus dan memandang orang lain tak baik. Itu bukan cara saya.
Lagi satu, jangan ingat apa yang saya dapat ni dapat dengan mudah dan jangan buat anggapan bila saya dapat ni, saya berlapang dada dan tersenyum girang. Tahukah korang, saat korang berparti, enjoy, lepak dan gosip saya di mana? Kebanyakan masa saya di office. Saat korang riang menamatkan office hour, saya still lagi bergelumang dengan kerja di pejabat. Saat korang release tention dengan karaoke, tengok wayang, shopping dan jalan-jalan, minda saya sarat memikirkan tentang kertas kerja, report, arahan-arahan yang datang, pelaksanaan dan lain-lain. Saat korang bersukaria, saya di sini menangis dengan ujian demi ujian yang melanda. Dan tahukah korang, hampir setiap hari saya keluar rumah sebelum matahari muncul dan pulang setelah matahari lama menghilang di langit? Saat korang cepat-cepat mahu menghabiskan kerja, saya dilambakkan dengan kerja yang kadang-kadang bukan kerja saya? Saat korang terima arahan dari boss yang berkenaan dengan korang, saya menerima arahan dari pelbagai boss? Saat korang mempunyai satu potfolio untuk dipikul sebagai tanggungjawab, saya mempunyai tiga bahagian yang perlu dijaga dan diselesaikan? Saat korang mempertikaikan soal bantuan dan melakukan kerja sukarelawan berbayar, saya diarahkan membuat kerja-kerja tambahan tanpa bayaran elaun? Dalam kerja saya, tiada istilah "Tak payahlah susah-susah nak buat, bukan naik gajipun, bukan dapat apapun, bukan orang pandangpun," kerana saya bekerja sebab saya sukakan kerja saya. Tak perlu tunggu naik gaji, orang pandang atau apa-apa sebab setiap detik sudah ada yang melihat. Dan Dia sentiasa tahu apa yang kita buat. Tak salah kerja lebih untuk cover waktu kerja yang kita buat benda lain selain dari kerja seperti FB, Whatsapp, cakap telefon dengan kawan, mesej, baca buku, surf internet. Kalau tak ganti, apa makna gaji yang kita dapat tu? Bila kita curi waktu kerja, kita diamkan saja. Bila orang suruh kita kerja lebih, kita merungut, siap marah orang berkenaan lagi. Boss pun ada yang sanggup marah. Lepas tu buat kerja asyik nak mengelak je walaupun kerja sendiri. Belum lagi kerja ala kadar. Pantang sungguh saya mendengar orang cakap dengan saya, "Tak yahlah stay back, bukan naik gajipun," dah rezeki saya setakat yang saya dapat, itu jelah. Sampai masa yang dijanjikan, Insya-Allah ada rezeki lain. Buat kerja biar bersungguh-sungguh. Kalau buat kerjapun tak bersungguh, macam mana nak fight kalau ada apa-apa berlaku? Kalau dari awal kerja kita buat kerja endah tak endah, bila jditakdirkan jai ketuap pasti anak buah senangtipu kita sebab kita tak tahu selok-belok kerja tu.
Jadi pesanan saya kepada yang suka mengata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Tuesday, August 9, 2016
Orang-orang Kerinduan Saya 3
Saya tertidur di surau office lepas Maghrib tadi. Mengantuk sangat. Sekarang kuranglah sikit ngantuknya. Saya rasa malas nak balik awal. Nanti saya akan sedih sorang-sorang kat rumah. Buat minit mesyuaratpun dah hampir siap. So, nak sembang-sembang kat sini. Walaupun korang tak balas, tak apalah. Kalau sudi baca jelah cerita saya ni. Tapi, kalau berkunjung ke sini saja nak mengata dan mengutuk kat belakang, sila jauhi blog ni. Nanti korang makin sakit hati.
Nak habiskan cerita yang dah berepisod macam drama Melayu ni.
Nak dapat kawan baik ni susah. Bila saya bekerja, saya faham, kadang-kadang, orang memang baik dengan kita, boleh sembang dan bergurau. Tapi untuk menjadi kawan rapat tu tidaklah.
Masa dekat beberapa office sebelum kerja kat sini, saya memang tak ada kawan baik.
Masa saya lapor diri kat sini pada 5 September, 2011 lalu, sayapun tak ada kawan baik walaupun saya biasa dengan staff office ni. Episod hidup sorang-sorang saya berterusan. Pergi mana-mana sorang, makan sorang, keluar sorang. Masa tu tempat duduk saya kat atas.
Suatu hari, telefon saya berdering. Seorang perempuan menghubungi saya. Suaranya mesra dan bicaranya ramah. "Siapa pulak minah ni?" Bisik saya dalam hati. Ramah semacam je. Aku tak cam pun suara dia.
Pemanggil: Wei, Tinta, kau buat apa?
Tinta: Buat kerja. Siapa ni?
Pemanggil: Akulah...
(Ramah dan ceria)
Akulah tu siapa/ Tak kenalpun suara ni? Otak saya kerahkan berputar ligat mengimbas suara-suara yang pernah saya dengar. Gagal! Tiada dalam rekod.
Tinta: Siapa?
Pemanggil: Hadisahlah. Assistant En. Fairuz.
(Jawabnya memperkenalkan diri) Ramahnya??? Aku hairan. Boss dia yelah dah rapat dengan saya. Tapi dengan dia ni tak pernah kenal rapatpun. Cuma kalau tak silap, sekali pernah bercakap dengan dia dalam telefon beberapa bulan dulu atas urusan. Lantaklah, orang dah ramah mesra, kitapun mesra jugaklah.
Tinta: Oh... Disah. Ada apa?
Hadisah: Saja je. Aku bosanlah.
Tinta: Tak sibuk hari ni?
"Nak kawan dengan saya ke ni?" Tanya hati saya.
Hadisah: Tak. Kau makan mana hari ni?
Tinta: Aku makan Kedai Mahmud.
Hadisah: Aku selalu nampak kau keluar sorang-sorang. Hari ni keluar dengan siapa?
Tinta: Macam biasalah, sorang.
Hadisah: Aku nak ikutlah. Boleh tak?
Tinta: Boleh.
Jawab saya girang. Alhamdulillah, adalah kawan.
Maka hari tu kami keluar makan bersama. Hadisah ni cepat mesra. Baru je kenal dia, tapi saya rasa macam dah kenal lama.
Esoknya, saya kembali makan sorang. Yelah, takkan nak ajak orang kan? Manalah tahu dia nak keluar sekali je dengan kita. Nanti asyik ajak je bosan pulak dia.
Beberapa hari lepas tu, Hadisah interkom saya lagi.
Hadisah: Tintaaa... Kau ni, kalau nak keluar makan, ajaklah aku.
Suaranya disedihkan konon-konon.
Tinta: La... Kau nak ikut ke? Aku ingat sesekali je.
Hadisah: Mestilah nak. Akupun nak makan jugak.
Tinta: Aku ingat kau makan kat kafe.
Hadisah: Bosanlah, aku suka makan kat luar. Cuma tak ada kawan. Malaslah nak keluar.
Dari situ, kami mula rapat. Mula berkongsi minat dan sering bergurau-senda. Kalau nampak saya sorang, orang mesti tanya mana Disah. Kalau tengok Disah sorang, orang akan tanya mana saya. Disahpun dah mula bertandang kat tempat saya di atas. Kalau dia hilang, boss dia dah tahu kat mana nak cari dia. Kadang-kadang, saya yang interkom dia suruh naik tempat saya. Nak turun takut. Almaklumlah, staff baru.
PRombkan besar-besaran dibuat. Saya diarah berpindah ke bawah mengikut boss saya. Hadisah bukan main happy lagi bila tahu saya akan berjiran dengannya. Berjiran, berjiran jugak. Kadang-kadang duduk sebelahpun, kami sembang melalui interkom. Apa yang bestnya Hadisah ni tak sensitif. Dah kawan baikkan. Kadang-kadang adalah selisih faham. Tapi kami gaduh lamapun lima minit je. Kalau saya marah dia, tak lama lepas tu dia akan panggil saya dengan ngada-ngadanya. Begitu jugak dengan saya, kalau dia marah, tak ambil hatipun. Lepas tu boleh je gelak-gelak macam tak gaduh. Hadisah selalu menyokong apa yang saya nak lakukan. Begitu jugak dengan saya. Tapi kalau perkara tak elok, kami akan saling mengingatkan dan menegur antara satu sama lain.
Daripada keluar makan, kami mula keluar shopping terutamanya hari Jumaat.
Hadisah ni kalau boleh semua tempat saya pergi dia nak teman. Kadang-kadang saya yang tak bagi sebagai contoh, nak pergi bank. Panas-panas dia nak teman saya sedangkan saya yang nak berurusan. Tapi dia selalu berkeras nak ikut. Untuk tidak buat dia rasa bersalah. Saya suruh dia pergi makan dan beli makanan untuk saya. Sebab kalau pergi berurusan selalunya saya tak sempat makan. Baru dia OK. Tupun dia berat nak lepaskan saya pergi sorang-sorang. Kadang-kadang, kalau saya entertein visitors atau meeting sampai lunch, dia akan pergi makan dan bungkuskan makanan untuk saya. Kadang-kadang pulak, dia balik dari kerja luar dan dah makan. Tapi still teman saya keluar lunch. Rasa seronok sangat berkawan dengan dia. Rasa happy je nak datang kerja. Kata Disah, kalau dia masih bujang, hari minggupun dia ajak saya keluar. Hehehe kami pernah rancang nak ambil cuti dan keluar jalan-jalan. Antara kami, banyak rahsia yang tersimpan sampai sekarang.
Suatu hari, ada staff baru lapor diri. Staff tu nampak mesra dengan Hadisah. Mungkin belum mesra dengan saya sebab saya ni kan tak mudah mesra dengan orang. Saya dah bersedia sekiranya Hadisah rapat dengan dia dan tak rapat dengan saya. Keadaan ni kan biasa berlaku. Hal kawan ni... Tak boleh nak jangka. Tapi, Hadisah tetap baik dengan saya dan still makan dengan saya walaupun staff tu ikut sama. Akhirnya kami rapat bertiga. Tapi... Ada krisis antara Hadisah dengan dia. Walaupun begitu, saya tetap baik dengan staff tu sampai dia berhenti. meskipun Hadisah tak boleh ngam dengan dia.
Dan... Orang yang baik dengan kita tu tak lama. Apa lagi kalau persahabatan yang ikhlas dari hati. Memang tak lama. 2013, Hadisah tinggalkan saya. Dia berhenti kerja kerana mahu tumpukan perhatian pada keluarga. Saya hormati keputusan Disah. Saya nak pujuk dia supaya terus bekerja. Tapi saya faham kenapa Hadisah pilih keluarga. Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya saya bila Disah cakap dia nak hantar notice resign. Masa untuk bersama tinggal sebulan je. Kami habiskan masa-masa akhir bersama dengan kenangan-kenangan manis. Hari terakhir, waktu bersalaman, kami berpelukan. Erat sekali. Seakan tidak mahu lepas. Sahabat, kau sangat bermakna dalam hidupku. Kau terima apa adanya aku. Tanpa mengira siapapun daku. Tangisan saya tahan walaupun sukar. Supaya Hadisah tenang dengan keputusannya. Hadisah kata, persahabatan kami tak akan putus. Dia akan luangkan masa untuk saya sekiranya saya perlukan dia. Dan dia mengotakan katanya dengan berjumpa saya walaupun tidak kerap. Cuma kadang-kadang Hadisah ni suka ajak saya pergi shopping mengejut dan bertembung dengan program saya.
Hadisah, aku rindu kau. Rindu kau sangat-sangat. Kalau kau ada, pastinya kesedihan dan derita aku ni kurang sikit dengan telatah kau. Aku doakan agar kau sentiasa bahagia hingga ke Jannah.
Amin...
Rantai Tangan Gantung Hati
Bosan, bosan tunggu menteri datang ni, jom kita update blog dulu.
Layan gambar ni. Ni rantai tangan hadiah mama masa saya dapat result SPM dulu. Kawan saya cakap, emas sekarang dah mahal. Kawan saya beli rantai tangan lebih halus dan nipis harganya dah RM1,500.00. Kalau besar dan tebal macam ni tak tahulah berapa sekarang. Dulu harganya baru RM575.00. Enam tahun dulu saya suruh kedai nilai harga dah RM1,000.00 lebih. Sekarang mungkin cecah RM3,000.00. Sayang emas lama ni.Satu rantai tangan saya yang lebih padat dah hilang sekali dengan laptop masa rumah kena pecah tahun 2011 dulu. Tak ada rezekilah tu.
Tenanglah Hati
Tenaglah hati, janganlah gundah.
Tenanglah perasaan, janganlah lara.
Banyak perkara harusku perbuat.
Gelora rindu, janganlah menggila.
Tsunami cinta, janganlah membadai hatiku buat masa ini kerana tugasku perlu diselesaikan segera.
Jari Manis 10
Tajuk tak mengagak. Tajuk penarik tu...
Untuk memuaskan hati sendiri hehehe sebenarnya tak puas hati bila orang kata jari saya besar. Sayapun ke kedai emas la lepas kerja semalam. Masalah jugak, rupanya bukan semua kedai boleh ukur saiz cincin. Mujurlah dekat sini ada beberapa kedai emas.
Anei ni pun satu hal jugak. Dah tahu jari saya keik ukurnya satu-satu dengan pengukur besar. Bila nak habis macam tu? Pelik betul. Las-las saya bagi dia cincin saya suruh ukur saiz.
Confirm! Jari saya saiz 10 tupun ada ruang lagi. Kalau saya besar sikit lagipun, boleh pakai. Masa sebelum badan susut dulu, saya pakai cincin ni ngam-ngam. Bila susut, longgar sikit.
Monday, August 8, 2016
Kerinduan Yang Biasa
Awak,
Kerinduan ini mengundang tangis lagi.
Ia masih setia mengunjungi saya seperti hari-hari sudah.
Tapi kenapa ya, dia tak mengunjungi awak?
Awak,
Selagi Allah izinkan, ia akan sentiasa bertandang.
Mengusik hati rawan.
Mengalir air mata hangat.
Menyirami rindu dendam kesumat.
Awak,
Saya rindu awak. Sangat rindukan awak.
Kalau awak ada, mesti saya tak selemah ini untuk harungi segala ujian yang Allah kirimkan buat saya.
Pasti saya rasa kuat kerana adanya awak di sisi.
Tapi sekarang...
Awak tak ada.
Tak ada untuk menyokong saya agar saya terus teguh berdiri seperti sudah-sudah.
Awak tak ada untuk meniu0pkan kata-kata semangat buat saya.
Saya lemah, saya perlukan awak.
Perlukan awak sentiasa di sisi untuk memimpin saya ke atas,
Mendorong saya ke puncak.
Saya rasa saya jatuh ke dalam jurang yang dalam.
Terkial-kial sendiri mencari jalan naik semula.
Awak,
Kenapa awak tinggalkan saya?
Kenapa awak tergamak buat saya macam ni? Orang yang pernah awak sayang?
Tak apalah,
Mungkin Allah sedang menguji hati dan cinta awak.
Semoga nanti,
Allah akan beritahu awak yang saya amat sayangkan awak, cintakan awak dan rindukan awak.
Insya-Allah, amin...
Masalah Demi Masalah
Tahun 2016 merupakan tahun yang paling genting bagi saya selama saya hidup. Masalah demi masalah menduga bertimpa-timpa. Kawan, kekasih, kewangan dan lain-lain semuanya melemahkan semangat saya.
Subhanallah, apa sebenarnya yang ingin Kau beri padaku sehingga aku diuji begini?
Terbaru, masalah ini pula menimpa. Biarlah ianya saya pendam sendiri dulu. Belum masanya untuk saya luahkan di sini. Ianya cukup membuatkan saya buntu untuk berfikir. Saya tak tahu apa yang nak saya buat. Apa yang saya tahu, saya tak mahu mengheret orang lain ke dalam masalah ni sama ada kawan atau keluarga.
Ya Allah,
Saya harap ianya ada jalan penyelesaian yang baik. Saya risau, terlalu risau. Ia juga buat saya resah-gelisah sepanjang masa. Puas saya fikir bagaimana untuk menyelesaikannya, cuma satu je. Dan yang satu itu saya tak tahu boleh atau tidak.
Tuhan,
Niat saya hanya mahu menolong orang yang kesusahan. Jadi, janganlah kau timpakan kesusahan itu padaku pula.
Tak tolong kesian, bila tolong, saya pula yang terheret dalam masalah ni. Masalah ni besar, bukan kecil. Dan saya percaya, takkan ada orang yang mahu membantu saya kecuali dengan izin Allah.
Hari-hari yang saya lalui kebelakangan ini ibarat meniti di atas bara. Tapi sekarang, sudahlah meniti di atas bara, dihujani duri pula. Ya Allah, mampukah saya menempuh semua ni? Apakah takdir akan menyebelahi saya?
Pembaca budiman,
Mohon doakan agar masalah ini segera selesai kerana jika ia tidak selesai, ianya akan berantai dengan masalah lain pula. Paling saya bimbang jika saya mengheret orang lain ke dalam masalah ni. Kini, bahang dari masalah tersebut sudah mulai saya rasai dan memberi kesan kepada hal lain.
Nauzubillahi minzalik. Saya tak mahu susahkan sesiapa. Cukuplah saya sorang je menanggung kesusahan ni. Semua ni akibat daripada manusia yang tak berhati perut. Manusia yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain.
Masa terus beredar, saya bimbang jika segalanya tidak dapat menepati masa yang ditetapkan.
Hadiah Langkah Bendol
Petang semalam, telefon bimbit saya berdering. Nombor yang amat saya kenali, Angah! Tak ada hujan tak ada ribut dia call? Kenapa? Setelah berbahasa-basi, Angah terus ke tujuan asal menghubungi saya.
Angah: Kau nak hadiah apa?
Saya faham maksudnya. Hadiah di situ adalah hadiah langkah bendol.
Tinta: Suka hatilah apa kau nak bagi.
Angah: Fikir cepat.
(Biasalah, dia kan suka mengarah)
Tinta: Berapa budget kau?
Angah: RM......
Tinta: Apa kata kalau kau bagi je kat aku. Aku nak beli jam. Nanti aku tambah duit aku sikit.
Angah: Bila boleh dapat?
Tinta: Tak tahulah, kena order dari US.
Angah: Aku nak sampai sebelum majlis bulan 9 ni. Fikirlah barang yang aku boleh beli kat shopping complex ni.
Hadiah langkah bendolpun kena letak dalam dulang ke? Sempat saya berfikir dalam hati. Apa-apalah. Sayapun tak ada pengalaman dalam hal ni.
Tinta: Tak tahulah. Terpulanglah.
(Buntu saya nak fikir on the spot)
Angah: Perfume ke?
Tinta: Perfume ada lagi.
Angah: Apa-apalah.
Tinta: Handbag la.
Angah: Jenama apa?
Tinta: Alain Delon.
Angah: Hamboi, tak hengat!!!
(Saya ketawa. Ada apa jenama beg tu dalam budget dia tu. Nasib baik saya minta Alain Delon. Minta Buffle ke, Hermes ke, LV ke, baru dia tahu. Botak pulak bakal suami dia nanti. Hehehe)
Beberapa ketika lepas bercakap dengan Angah, saya fikir, saya rasa eloklah hadiah tu diberi dalam bentuk emas.
Saya hubungi Angah dan dia setuju. Dia akkkkkkkkkkkkkkkkkkkan beli apa saja yang dalam budgetnya. Katanya, diapun fikir begitu.
Beberapa jam kemudian, dia call saya balik untuk confirm saiz cincin saya.
Angah: Saiz cincin kau berapa?
Tinta: Kalau tak silap 10. Dulu kan ada orang bagi aku cincin, 10 rasanya.
Angah: Banyaklah kau 10.
Tinta: Kenapa pulak?
Angah: Akupun saiz 13. Kau kan lebih besar dari aku.
Dengan confidentnya dia kata saya lebih besar dari dia. Sorry sikit, saya dah kurus, 40 KG lebih je sekarang. Kalau saya besarpun jari tak besar. Dia tak boleh bandingkan jari saya dengan jari dia. Jari saya halus panjang sedangkan jari dia sihat-sihat dan rendah macam dia.. Hehehe kalau dia baca blog ni habis! Dia macam tak perccaya. Akhirnya saya suruh dia ambil saiz 12. Esok saya nak pergi ukur kat kedai emas. Biarlah dia dah belipun. Masa kat Gong Zhao hari tu pun, kalau tak silap, saiz 12 tu besar dengan jari hantu saya. Tapi tak tahulah kalau saiz di China tu tak sama dengan saiz Malaysia.
Saya tanya mama jari saya dengan Angah siapa besar? Mama kata, tak boleh ikut ukuran jari Angah sebab sekarang Angah besar.
Sunday, August 7, 2016
Orang-orang Kerinduan Saya 2
OK korang, saya nak sambung cerita Subuh tadi.
Habis sekolah rendah, saya teruskan pengajian saya di sekolah menengah. Tention! Masuk sekolah lelaki. Betch saya dahlah saya sorang perempuan. Beberapa minggulah jugak saya nangis nak pergi sekolah dan nak minta pindah sekolah.
Mula-mula masuk sekolah, saya tak ada kawan.
Lama-kelamaan, saya dipertemukan dengan seorang kawan yang baik iaitu Khairy Misri. Dia pembaca tetap saya. Kami selalu ulangkaji pelajaran bersama. Di samping tu, saya baik juga dengan Nazry dan Hosni. Masa nak masuk tingkatan 2, Khairy suruh saya minta dengan cikgu supaya saya ditempatkan dalam kelas yang sama dengannya. Katanya, kalau saya minta mesti cikgu bagi. Malulah. Khairy tu budak pandai. Takkanlah saya nak masuk kelas dengan dia. Walaupun tak sekelas, Khairy tetap datang tolong saya kalau saya minta. Kami baik sampai saya masuk form 6 kejap.
Masa kat UiTM, saya dipertemukan pula dengan:
1. Abang Z:
Abang ni anak kepada orang besar di UiTM. Mak dia yang suruh dia tengok-tengokkan saya. Kebetulan kami satu fakulti. Abang Z sangat ambil berat tentang saya. Carikan bahan rujukan dan CD untuk eseimen saya, belikan makanan untuk saya dan hantar saya balik kolej lepas kelas. Dia selalu ajak saya makan. Tapi saya segan. Lepas tu, kalau dia jumpa kawan saya di kafeteria, dia mesti bungkuskan nasi untuk saya dan kirim pada kawan saya. Jahat, dia selalu pakat, kononnya kawan saya yang belanja saya. Lepas saya makan, baru kawan saya bagi tahu sebenarnya nasi tu pemberian Abang Z. Abang Z suka datang diam-diam tengok saya sama ada kat kelas, waktu tunggu kelas dan waktu saya makan. Konon nak tengok adiklah tu. Saya kan malu masa tu. Podah!
2. Kak Wan Noraida Wan Osman:
Kami pernah tinggal sebilik. Dia ni budak fesyen (Art and Design) Kak Ida ni sangat prihatin pada saya. Tahu je bila saya sedih. Selalu sembang-sembang dengan saya dan teman saya keluar jalan-jalan dan shopping. Tapi dia tak lama dengan saya. Dia berhenti belajar kerana masalah peribadi. Saya kehilangan kakak yang bersifat keibuan.
3. Kak Intan Rabizah:
Kak Intan ni studen Information Study, kos library. Pernah tinggal satu kolej sebelum dia pindah ke Kolej Mawar. Kami kenal secara tak sengaja. Kak Intanpun suka ajak saya keluar, teman saya shopping, pergi library, bacakan saya dan macam-macam lagi. Paling saya terharu, setiap hari Khamis, dia luangkan masanya untuk saya dari pagi sampai petang kadang-kadang sampai malam. Kami berpisah bila Kak Intan grad.
4. Kak Lela:
Dari Kolej Seroja, saya pindah ke Kampus Puncak Perdana masa part 5 kalau tak silap. Kampus ni apartment style. Yelah UiTM beli ke sewa entah apartment ni. Saya selalu bertandang ke rumah kawan sekelas. Lepak dengan dia orang. Siap tidur lagi. Kak Lela ni housemate budak kelas saya. Diapun ambil kos library. Lama-kelamaan, kami jadi rapat. Kak Lelapun sangat ambil berat tentang saya. Bersembang tak payah cakaplah. Dia suka cerita fasal saya pada kawan-kawannya. Teman saya keluar jalan-jalan dan shopping dan Kak Lela pernah teman saya pergi interview di KL waktu saya nak tamat diploma. Kami terpisah apabila saya grad diploma dan jumpa balik bila saya masuk degree. Dan betul-betul terpisah sebab Kak Lela grad.
Esoklah pulak saya sambung. Esok masuk alam pekerjaan pulak.
Ingat Tak Awak?
Awak masih ingat tak?
Suatu petang, awak tunggu saya kat bus stop mati Melati?
Saya datang jumpa awak dari stesen LRT. Saya baru balik kerja dan kita nak keluar makan.
Awak kata, awak sedih tengok saya jalan sorang-sorang. Dan saya ketawa. Saya cakap, saya dah biasa dan tak ada apa nak disedihkan.
Tapi sekarang... Awak fikir tak fasal saya?
Awak fikir tak yang saya selalu jalan sorang-sorang baik siang mahupun malam?
Mungkin awak dah peduli dah semua tu, kan awak?
Sebab awak nakkan hak awak.
Jadi, semua tanggungjawab dan yang dulu-dulu tu awak lupakan KONONNYA untuk masa hadapan awak.
Tak apalah awak, Allah kan ada.
Hanya Dia yang tahu hati saya, perasaan saya kala ini.
Orang-orang Kerinduan Saya
Dalam menunggu masuknya waktu Subuh, kita menulislah.
Korang rasa tak? Orang-orang yang baik dalam hidup kita selalunya tak lama Allah bagi dia bersama kita.
Dalam perjalanan hidup saya ni, saya tak ramai kawan yang betul-betul baik dalam hidup saya. Mungkin kerana saya ni tak berapa mesra alam so, susah sikit untuk didekati dan mendekati. Bukan sombong tapi memang semulajadi saya macam tu.Tapi bila saya rapat, saya betul-betul ikhlas sayangkan orang tak kiralah sebagai kekasih, sahabat, kakak atau abang angkat. Ada beberapa orang yang saya rapat dan rindukan mereka sampai saat ni. Tolaklah yang berstatus kekasih tu. Tu sah-sahlah saya sentiasa rindukannya. Baiklah, mari kita berkenalan dengan mereka.
Zaman sekolah rendah:
Walaupun orang kata saya garang, tapi mereka tak tahu bahawa hati saya lembut sebenarnya. Mudah terusik dan sensitif. Paling penting, Allah anugerahkan rasa sayang yang dalam di hati saya buat mereka yang dapat menyentuh hati kecil saya ni.
Masa zaman sekolah dulu, ada tiga orang cikgu yang sangat saya sayang. Dan mereka ni amat mengambil berat tentang saya.
1. Cikgu Zainuddin AKA Cikgu Din. Sebagai anak kecil yang sedari usia 9 tahun terpisah dari keluarga, saya amat perlukan perhatian seseorang seperti ibu dan bapa saya. Tambah lagi saya ni anak manja.
Kali pertama saya kenal Cikgu Din masa matapelajaran Seni darjah 1. Sebelum tu saya pernah dengar cikgu Din mengajar kelas lain. Kuat juga suara cikgu ni. Lama-lama kami jadi rapat. Dialah antara orang baik dengan saya yang lama bersama saya sampai saya tamat tingkatan 5. Cikgu selalu ambil berat tentang pelajaran saya, sikap saya, bacakan saya nota, bagi nasihat kat saya, belikan saya makanan dan Cikgu Din amat peka terhadap perubahan sikap dan perasaan saya. Kalau saya ada masalah, saya tak perlu bagi tahu, cikgu yang akan tanya. Cikgu Din la tempat saya berkongsi sukaduka saya di zaman kanak-kanak dan remaja saya. Malah, dia rapat dengan seluruh keluaga saya. Tapi mulut orang ni jahat. Bila saya meningkat remaja, mereka gosip saya dengan cikgu. Padahal, saya tak pernah terlintaspun nak lebih-lebih dengan cikgu. Begitu juga dengan cikgu, tak pernah dia ambil kesempatan pada saya meskipun masanya banyak dihabiskan menemani saya belajar dengan menunjuk ajar dan membacakan nota sampai form 5. Mujurlah cikgu tak pernah kisah bila orang gosip. Cikgu tak pernah berubah dan tetap bersama saya.
Hehehe akhirnya, saya jadi posman antara cikgu dan kakak senior yang bercinta. Tapi tatasusila mereka tetap terjaga. Malah, sampai cikgu berumahtangga,kami tetap baik. Sampai sekarangpun, cikgu ada menelefon saya bertanya khabar. Begitu juga dengan saya tapi taklah kerap.
2. Cikgu Salmah:
Cikgu Salmah lapor diri kat sekolah saya masa saya darjah 5. Dia ajar saya subjek Alam Dan Manusia. Mula-mula, saya tak minat dengan Cikgu Salmah. Sayapun tak tahu kenapa. Oh ya, Cikgu Salmah ni masa masuk sekolah saya umur dia 18 tahun kalau tak silap. Cikgu Sandaran.
Cikgu Salmah suka bagi perhatian kat saya walaupun saya cuba jauhkan diri. Sikap penyayangnya sebagai seorang kakak akhirnya, memikat hati saya. Saya kan anak sulung, teringin sangat nak ada kakak. Paling saya tak boleh lupa, cikgu pernah pangku saya dan ada satu malam tu, cikgu ikut kawan dia Cikgu Jarinah yang merupakan waden asrama round. Saya belum tidur. Cikgu Salmah cepat-cepat dapatkan saya dan baringkan saya sebelum Cikgu Jarinah nampak. Nanti kena marah. Cikgu Salmah selimutkan saya dan cakap dengan saya baik-baik, supaya ikut undang-undang sekolah dan jangan nakal. Masa preb malam, cikgu selalu hantar makanan kat saya di kelas. Kalau saya tak ada di kelas, dia akan simpan makanan tu dan cari saya di merata sekolah. Dia selalu tak bagi budak laki habiskan makanan saya.
3. Cikgu Siti Fatimah:
Saya lupa, cikgu ni pindah ke sekolah saya masa saya darjah 4 ke 5. Cikgu yang penuh dengan ciri-ciri keibuan. Lembut orangnya tapi tegas sebagai seorang ibu.
Saya mula rapat dengannya sewaktu darjah 6. Masa tu dia guru kelas saya. Hehehe sebagai anak manja, saya pernah nangis sebab cikgu marah saya. Saya juga pernah merajuk dengan cikgu ni. Cikgu Fatimahlah yang ajar saya jahit pakaian koyak, butang dan jahitan simple-simple. Rupanya cikgu amat peka dengan saya. Dia tahu, apa yang boleh buat saya merajuk dan dia cuba elakkan. Mengada-ngadakan? Kami rapat sehingga sekarang walaupun tak selalu berhubung. Begitu juga dengan Cikgu Salmah. Kadang-kadang Cikgu Fatimah datang ke pejabat saya. Kami akan berbual panjang tentang kisah zaman sekolah dan kisah masing-masing. Cikgu selalu mengikuti perkembangan saya di media massa. Cikgu kata, dia bangga dengan saya. Sayapun tak tahu apa yang cikgu banggakan. Saya taklah berjaya manapun.
4. Cikgu Kamsiah Nor AKA Cikgu Sha:
Cikgu ni cikgu yang buat praktikal di sekolah rendah saya. Masa tu saya tingkatan 5. Tapi saya kan duduk di asrama di sekolah rendah. So kenallah. Hari pertama jumpa dengan dia, saya rasa cikgu ni nak rapat dengan saya. Perasan tak? Perasan tak saya? Macam biasalah, saya mesti jual mahal. Kejap je jual mahal. Lepas tu kami baik. Cikgu nipun macam kakak saya. Sayapun panggil dia kakak. Dia suka pangku kepala saya suruh saya tidur. Kalau dia datang asrama, dia suka datang diam-diam tengok saya. Even kalau saya tidurpun, dia datang tengok saya. Bila saya bangun tidur, Adila mesti bagi tahu saya yang Cikgu Sha datang tengok saya tidur. Ish...
Cikgu Sha ni cantik orangnya, tinggi lampai dan bertudung labuh. Dulu dia suka kirim surat, kad raya dan kaset ceramah agama kat saya. Sedih sangat masa berpisah dengan Cikgu Sha masa dia tamat praktikal.
Sambung nantilah, Subuhpun dah masuk.
Saturday, August 6, 2016
Detik-detik Yang Terlewati
Awak,
Detik-detik yang terlewati, belum ada lagi yang saya lalui tanpa merindui awak. Kemeriahan hari ini, kesibukan hari ini, kehadiran ratusan orang hari ini, pun masih tidak dapat menghilangkan rindu saya pada awak. Di sebalik keriuhan keramaian, suara awak tetap bergema di telinga saya. Dan ianya mengundang sebak di hati. Biarpun bibir mengatur bicara, menyusun kata mengacara, tidak mampu menghilangkan bayangan awak di benak saya. Biar cuba saya lunakkan suara agar tenang seisi majlis, lancar berterusan susun acara, hati saya tetap bergejolak merindui awak.
Awak,
Mungkin Allah mahu menguji sejauh mana teguhnya cinta kita. Lalu Allah jarakkan kita, supaya kita memahami isi hati kita. Supaya kita dapat menilai perasaan kita. Apakah cinta awak tak seutuh cinta saya? Lalu rapuh, bak dedahan kering jatuh ke rumput tatkala dimamah bahang mentari mengeringkan.
Awak,
Selama Allah izinkan, selama itulah cinta saya milik awak. Saya tak tahu sampai bila. Apa yang pasti, saya berjalan mengikut takdir Ilahi. Jika cinta ini membawa sampai ke akhir hayat tanpa balasan, maka saya bersedia untuk jalani hidup ini sendirian hingga ke hembusan nafas terakhir. Saya tak janjikan apa-apa kerana hati saya milik Allah, lalu batas-batas waktu ini saya susuri tanpa lagi mengharap cinta lelaki. Andai itu takdirnya, maka hidup saya hanyalah untuk memajukan diri dan cinta buat awak akan membawa ke mati. Jika sebaliknya, terserahlah pada kebijaksanaan Allah mengaturnya.
Awak,
Jika telah dicatatkan awak milik saya, pastinya hari itu akan saya sambut dengan cinta merah membara buat awak yang saya pendam sejak mula saya serahkan hati saya buat awak. Insya-Allah, masa-masa itu nanti saya akan hadapkan cinta menggunung buat awak, lelaki yang saya sayang. Dan saya harap waktu tu, tiada lagi orang lain dalam hati awak melainkan saya. Tiada lagi pemisah dalam hidup kita melainkan kita berdua.
Wallahu alam.
Friday, August 5, 2016
Boss Yang Mengada-ngada
Tunda jap nak balik. Nak lepas geram jap kat sini. Korang tahu tak, masa saya duk tulis blog ni, boss besar saya whatsapp saya. Dahlah hari ni buat saya bengang. Last minute baru suruh saya buat teks ucapan dia untuk esok dengan press release. Ni dia Whatsapp saya list kan solutasi yang dia nak. Merapu je. Solutasi tak ikut protokol Orang dah susun elok-elok tak nak ikut! Nama yang tak patut sebut dalam solutasipun nak sebut. Lantak kau!
- Senarai solutasi bla... Bla... Bla...
Bunyi Whatsapp yang dia hantar.
- Melanggar protokol.
Balas saya.
Boss: Protokol apa?
Saya: Solutasi.
Boss: Xper, sesekali melanggar tradisi.
Saya: Merepek.
Boss: Xper
Saya: En. ... Buat sorang.
Boss: Ikut arahan ...
Saya: En. ... Buatlah.
Saya: Sorang
Boss: Saya hendak ikut susun atur yang saya tetapkan.
Saya yang sememangnya bengang membalas:
Saya: SUKA HATI BOSSSSSSSSSSS
Dia ni saja je sebenarnya nak bagi saya marah. Dia kan memang suka gaduh dengan saya lately ni. Suka buat saya bengang. Saja je nak main-main tu. Dia tak tahu yang saya betul-betul bengang. Dia kan boss, kalau nak tukar, tukar jelah. Cakap dengan saya buat apa? Bukan saya boleh marah diapun bila dia baca ucapan tak macam saya susun solutasinya. Saja je nak cari fasal. Saya jadi pengacara, suka hati sayalah nak sebut solutasi macam mana. Siapa boleh marah bila saya sebut ikut protokol yang betul? Takkan dia orang nak marah saya masa majlis? Habis majlis, dia orang pun lupa.
Saya tahu, dia ada kat office ni lagi, kat atas. Dia tak tahu saya ada kat office jugak, kat bawah ni. Saya naik bom bilik dia baru tahu. Bukan dia tak tahu yang saya ni berani kalau saya tahu apa yang saya buat tu betul. Ish, saja je tu nak bagi saya marah. Entah-entah, dia sedang tergelak-gelak baca balasan Whatsapp saya yang kerek tu. Dia kan suka cakap something buat saya marah lepas tu, dia ketawa. Menyampah!!!
Gigi Untuk Senyuman
Hehehe fasal gigi lagi. Sebelum balik, hilangkan stress dengan berbual-bual bersama korang kat blog ni. Maklumlah, saya sorang-sorang kat sini. Nak sembang dengan siapakan? Perempuankan suka bercakap, duduk sorangpun nak sembang jugak. Dapat tulis kat blog nipun jadilah.
OK. Walaupun kebanyakan dentist kata gigi saya cantik, tapi gigi saya taklah secantik gigi Nora penyanyi bersuara gemersik tu. Sebab masa kecik dulu, bila gigi bergoyang je, saya suka main. Mama selalu marah saya tak bagi main. Mama takut gigi saya tak cantik. Masa tu, saya tak faham dengan mama. Dia selalu marah saya fasal gigi. Selalu paksa saya gosok gigi, tak bagi saya makan gula-gula. Lepas makan aiskrim dan gula-gula, mama selalu suruh saya gosok gigi. Lepas tu selalu nak tengok gigi saya. Kalau saya gigit gula-gula, mama mesti pukul saya. Mama suruh saya hisap je. Kalau tak, jangan makan gula-gula. Tention saya, dahlah masa kecik saya malas gosok gigi. Tak faham kenapa dititikberatkan sangat fasal gigi ni. Abah pulak, sedari kecil lagi dah kenalkan saya dengan pembersih mulut. Tapi tak ingatlah jenama apa yang abah selalu beli dulu. Bila saya masuk asrama, Cikgu Sharifah suka tengok barang-barang saya dan dia pelik tengok kanak-kanak usia 9 tahun dah pakai pembersih mulut. Mana saya tahu, dah abah saya bekalkan. Saya pakai jelah. Lagipun dah biasa dari kecik.
Dulu, saya selalu rasa rendah diri dengan sebatang gigi saya. Yang lain elok tersusun cuma yang satu ni agak terkeluar susunan. Tak bersyukur betul. Alah zaman jahiliah dulu.
Suatu hari, Mizi kawan saya tegur saya.
"Tinta, kau tahu tak kenapa senyuman kau manis?" Katanya tiba-tiba.
"Manalah aku tau," Jawab saya malas melayannya. Sebab dia ni suka kenakan saya. Adalah tu dia nak mengata saya. Saya berdoa agar dia tak perasan gigi saya yang satu tu. Kalau tak, habis kena bahan.
"Woi, aku tanya betul-betul ni," Dia tak puas hati sebab saya tidak mengendahkannya.
"Hmmm... Kenapa?" Saya paksa diri melayannya. Selagi tak layan, selagi tulah dia paksa saya bercakap dengannya.
"Sebab, kau ada satu gigi pemanis. Kau jangan buang gigi tu. Kalau kau buang, mesti kau senyum tak manis macam sekarang,"
"Hah? Gigi pemanis?" Saya mula memfokuskan perhatian padanya.
"Kau ada satu gigi yang tak tersusunkan? Gigi tu terkeluar sikit dari susunan,"
"Iiii... Kau ni, sampai situ kau tengok aku. Mengadalah," Marah saya padanya. Saya malu bila orang tengok gigi saya. Pada saya, tak cantik!
"Eh, aku tak main-mainlah. Aku serius. Mesti kau ingat aku main-mainkan? Sebab aku selalu kenakan kau,"
Taupun! Jawab saya dalam hati.
"Aku tahu, kau saja nak kenakan aku. Mentang-mentanglah gigi aku tak cantik!" Saya mula bengang.
"Tak. Aku buat kajian. Kenapa bila kau senyum nampak manis. So itulah kesimpulan daripada kajian aku," Hujahnya supaya saya mempercayainya.
"Kau ni tak ada kerja eh tengok gigi orang? Dah senyum memanglah manis! Semua orang senyum manis! Agak-agaklah," Saya makin bengang.
"Taklah, ngok. Kau ni degillah aku cakap. Tak semua orang senyum manis walaupun dia senyum. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku. Dulu, akupun ada gigi macam kau. Orang selalu kata aku senyum manis. Akupun macam kau jugak, tak suka dengan gigi tu sebab aku rasa tak cantik. Aku cabutlah. Lepas tu, senyum aku tak macam dulu. Sebab tulah aku cakap, kau jangan cabut. Nanti kau menyesal, macam aku. paham?" Katanya bersungguh-sungguh supaya aku tidak melakukan kesilapan yang sama.
Lepas dari hari tu, ada beberapa orang mengatakan perkara yang sama kepada saya. So, sekarang... Saya tak rasa rendah diri lagi dengan gigi ni. Malah saya bersyukur dengan adanya dia. Sekurang-kurangnya, saya dapat memberikan senyuman untuk merawat orang-orang yang sedang lara. Hehehehe perasan nak mampus!!! Biarlah, suka hatilah nak tulis apapun. Blog saya, diari saya. Tulah, lain kali, jangan mudah rasa tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Semuanya ada keindahannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)