Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, July 24, 2016
Antara Hak Dan Tanggungjawab
Hak dan tanggungjawab. Dua perkataan yang sering diucapkan. Mana yang lebih mudah dilakukan? Pastinya hak, bukan tanggungjawab. Dan ramai orang memilih untuk mendapatkan hak mereka daripada bertanggungjawab atas apa yang pernah mereka lakukan.
Dalam soal hati dan perasaan, mengatakan hak untuk membuat pilihan itu benar. Tetapi bagaimana dengan hati yang mahu kita tinggalkan setelah harapan kita berikan? Hak untuk memilih sebelum memberi harapan itu amat benar. Tetapi hak memilih setelah memberi harapan kepada seseorang itu dinamakan sebagai mementingkan diri sendiri. Bila kita rasa sukakan seseorang, kita beri harapan. Bila hati mula berubah, kitapun ingin berpaling dan alasan paling kukuh yang kita rasakan, adalah hak untuk memilih. Bagaimana dengan tanggungjawab kita terhadap hati yang mencintai kita? Masa tu... Tak ramai antara kita memikirkan tentang hati yang terluka kerana kita. Malah, kita sanggup melukakan hati orang yang pernah kita cintai demi orang baru yang belum pasti mencintai kita seperti hati yang kita lukakan. Kenapa? Kenapa kita enggan bertanggungjawab atas hati yang pernah kita beri harapan? Sebab, cinta telah tiada, kerana dia seorang yang keras hati, kerana dia pernah buat salah, kerana dia pernah singgungkan hati kita dan macam-macam alasan lagi yang kita berikan demi mengukuhkan alasan untuk kita meninggalkannya serta demi menghalau rasa bersalah untuk meninggalkannya. Sedangkan, semua kesilapan itu telah lama dilakukan dan setelah kesilapan tersebut, kita memaafkannya dan menjalani hari bersamanya sebagai pasangan. Cuma, bila ada orang lain yang berkenan di hati, kita selongkar semula kesilapan lamanya untuk membenarkan cinta kita beralih arah. Itukah yang dinamakan hak?
Kenapa kebanyakan dari kita tidak mahu memilih tanggungjawab? Kerana, tanggungjawab itu memenuhi hak orang lain dan ada ketikanya kita harus korbankan hak kita demi memenuhi tanggungjawab tersebut. Kalau tidak mahu bertanggungjawab, mengapa harus memberi harapan? Ketahuilah, hati kita ini memang berbolak-balik lebih cepat dari didihan air panas. Kerana itu, cinta perlu sentiasa dipupuk, akal harus memimpin hati agar tetap pendiriannya, akhlak harus membentengi perasaan agar tidak mudah goyah. Barulah bahagia merangkul dalam keredhaanNya. Jangan diambil ringan soal hati dan perasaan orang. Fikirkanlah, benar-benar bahagiakah kita setelah kita menganiaya orang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment