Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, July 27, 2016
Ala-ala Pramugari MAS
Ini adalah antara koleksi baju saya yang sering mendapat perhatian apabila saya memakainya biarpun telah beberapa kali saya mengenakannya. Hari ni sahaja, dari awal saya masuk office sampai meeting dan open house di pejabat supplier, ramai yang menegur baju ni. Ada juga di antara mereka yang mengatakan seperti baju pramugari MAS. Apa yang macam baju pramugari? Designnya.
Saya beli kain ni sewaktu bercuti di Bukit Tinggi, Indonesia dua tahun lalu. Saya belipun sebab designnya macam pramugari MAS, sayakan opses dengan pramugari MAS. Cita-cita nak jadi pramugari MAS dulu, so tak dapat, pakai baju ala-alapun jadilah. Siap bawa gambar baju pramugari MAS pergi butik nak suruh tukang jahit buat sebiji macam pramugari. Malangnya, kain tak cukup, so, tak dapat buat kainnya macam pramugari MAS, terpaksa buat susun belakang. Mujur baju boleh buat kebaya macam pramugari cuma saya labuhkan tangan tak pendek macam baju MAS. Opses betul. Kakak HR cepat je jawab bila ada yang tegur, "Macam baju Malaysia Airline je?". Kakak HR terus cakap, "Cita-cita dia tu nak jadi pramugari. Tu yang pakai baju ala-ala tu,"
Rasa macam best pulak pakai kebaya pendek ni. Kena buat lagi ni.
* Awak ingat tak? Awak yang teman saya ambil baju ni kat butik? Awak kata, cantik saya pakai baju ni. Masa tu, ambil dan saya terus pakai untuk pergi majlis buka puasa tahun lepas. Agak-agak awak kenal tak ni baju saya kalau awak tengok tanpa wajah macam ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment