Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, July 2, 2016
Sakit Yang Menyiksa
Ya Allah,
Apakah aku diciptakan untuk disakiti, dianiaya, dizalimi dan dikhianati?
Aku bukan menyalahkan takdir jauh sekali menyalahkanMu,
Namun terkadang fikiran ini terlintas ke situ
Lantaran sakit yang menyiksa.
Awak,
Kenapa awak tergamak memberi harapan kepada saya kemudian memusnahkannya?
Kenapa sampai hati awak mengkhianati cinta saya?
Jika ada salah saya, mengapa tidak ditegur dan dibimbing?
Saya sayang awak sungguh-sungguh bukan untuk berpisah
Sayang saya pada awak untuk dunia dan akhirat.
Saya nak awak temani saya dari dunia sampai akhirat.
Begitu juga saya,
Saya mahu menemani sepanjang hayat awak di dunia membawa ke alam kekal.
Saya tidak mahu berpisah dengan awak melainkan maut menjemput.
Ya Allah,
Aku masih menyayanginya,
Maka aku serahkan urusan ini kepadaMu, Tuhan sebaik-baik perancang.
Aku bertawakal kepadaMu, Ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment