Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, July 15, 2016
Ke Mana Saya?
Sejak akhir-akhir ni, saya sering mendapat whatsapp, panggilan dan soalan secara bersemuka. "Tinta, mana pergi Facebook Tinta?", "Akak, akak block saya ke? Saya search akak kat FB tak ada", "Tinta, Tinta block akak ke? Akak cari Tinta kat FB tak keluar langsung nama Tinta?", "Saya tunggu awak update gambar baju raya awak kat FB macam tahun lepas. Nak tengok juga baju raya awak tahun ni macam mana? Tapi tunggu-tunggu tak ada updatepun?". Tak sangka saya. Rupa-rupanya, dalam diam, ada juga orang yang search dan tengok apa yang saya update di FB. Terima kasih kepada mereka yang sudi beri perhatian kepada saya di sana. Saya amat menghargainya.
Kawan-kawan,
Saya tak pernah block friends di FB tanpa amaran. Saya suka berkawan di FB. Kawan-kawan lamapun saya jumpa balik di FB. Apatah lagi kawan baru. Saya tak membenci sesiapa. Tapi... Facebook sangat melukakan hati saya. Saya tak sanggup membaca komen-komen mesra orang yang saya sayang di FB dengan perempuan lain. Ianya amat menyakitkan. Dan sehingga kini saya menderita kerananya. Jadi, biarlah saya berundur dari FB. Begitu juga dengan Instagram. Kalian tak perlulah mencari saya di FB atau follow saya di Instagram kerana kedua-duanya belati yang menghiris hati saya. Dan saya takkan mengunjungi kedua-duanya lagi melainkan terpaksa atau Allah ubah hati dan pendirian saya. Terima kasih atas perhatian kalian. Jika kalian mahu mencari saya, datanglah ke sini. Dan Insya-Allah, saya akan sentiasa ada di sini dengan kisah-kisah hidup saya selagi bernafas melainkan jika suatu masa nanti, blog ni juga menjadi racun kepada saya. Jika tidak di sini, carilah saya di media sosial lain. Cuma mungkin tak seaktif FB dan Blog ni.
Sayang kamu semua. Mungkin kita tak bertemu di alam maya tapi, bertemulah kita dalam doa sekiranya ada masa yang mengingatkan kalian pada saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment