Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, July 19, 2016
Rasa Sayang
Suatu perasaan halus menyelinap. Saya tak tahu kenapa. Mungkin Allah mahu saya menghargai semua orang di sekeliling saya. Sejak semalam, hati saya rasa sayang kepada orang-orang sekeliling yang berurusan baik dengan saya. Malah sayang ini dilanjutkan kepada mereka yang menghubungi saya melalui telefon meskipun tidak saya kenalinya. Rasa ini, terlalu halus, sukar saya gambarkan. Ianya untuk semua bukan terhad pada orang tertentu sahaja. Semoga rasa ini terus mengalir dalam diri saya agar senang saya berkomunikasi dan berurusan. Kata Fadzilah Kamsah, apabila kita sayangkan orang, maka orangpun senang untuk sayang kita.
Awak, agaknya awak sayangkan saya tak? Mungkin... Mungkin... Segalanya mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment