SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, July 14, 2016

Rindu Di Pagi Hari

Awak, Rindu saya masih merah, cinta saya masih membara buat awak. Waktu pagi adalah waktu awak atau saya buat morning call. Saya rindu nak cakap dengan awak. Tapi saya tahu, awak tak nak cakap dengan saya. Jadi, biarlah Allah yang menjadi perantaraannya, menyampaikan bicara saya pada awak yang saya pendam kian sarat sendiri. Biarlah Suria Khatulistiwa menyampaikan bicara rindu saya pada awak. Moga suatu hari nanti, awak membacanya. Dan masa tu awak akan faham perasaan saya. Kasih sayang saya pada awak masih terus mengalir menyusuri sungai dan lepas ke laut luas yang tak bertepi. Selama Allah izinkan, selama itulah ia akan terus mengalir. P/S: Kepada pembaca blog ni, kalau anda tidak membaca blog ni saya faham dan saya tidak berkecil hati. Bimbang anda dah tak larat lagi nak baca tentang perasaan saya pada dia. Jadi anda punya hak untuk tidak berkunjung ke sini.

4 comments:

Kasih Ilham Yasmin said...

sekurang-kurangnya inilah tempat awak mencurahkan perasaan. tentang readers, usahlah dirisaukan. pandai-pandailah dia rawat hatinya tu sendiri. sapa suruh gatal-gatal baca kalau dah tak suka. sendiri tanggong laaaa. suka hati owner lah nak tulis tentang apa kan. kan!

TINTA EMAS said...

Hehehe kalau readers yang faham tak apalah. Tapi kadang-kadang ada readers yang suka baca, lepas tu kutuk kat belakang dan sebarkan. Blog ni kan diari, jadi, terserahlah apa owner nak tuliskan?

manjalara Masseur said...

hehehe mulut tempayan jer kita boleh tutup. mulut orang.....tak ade apa yang kita boleh buat. yang menjaja tu dah tak ad kerja la tu. jadi reporter tak mahu. nak menyibuk aje. semoga Allah lindungi kita dari cacian, fitnah dan bencana dunia dan akhirat.

TINTA EMAS said...

Insya-Allah, amin.