Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, December 19, 2016
Beringat-ingatlah Bila Membenci
Assalammualaikum readers,
Selamat menjalani satu minggu yang mendatang.
Hari ni, saya nak bercerita tentang sahabat, tentang hati yang disakiti, tentang diri yang difitnah, tentang diri yang dipersenda, tentang diri yang dihina.
Sabtu lalu, saya menghadiri suatu program di Negeri Sembilan. Adalah seorang makhluk ni, saya Tanya dia, dia datang dengan siapa? Padahal, saya dapat agak sebenarnya dia bersama siapa.
Makhluk: Saya datang dengan Firdaus, kak.
(Saya senyum sendiri - nak menipu ke? Agak-agaklah. Kat sini banyak mata yang melihat. Sekejap lagi, pasti saya akan temukan jawapannya.)
Saya: Siapa lagi?
Makhluk: Dengan Firdaus je.
(OK, kita tengok permainan ni. I'm not that so stupid macam yang korang sangka. Diam tak bererti kalah. Menarik rambut dalam tepung, jangan sampai tepung terburai.)
Kedatangan saya sebagai tetamu kehormat tidak memungkinkan saya untuk lama di meja berkenaan. Penganjur meminta saya beredar ke meja tetamu kehormat.
Setelah tamat majlis, kawan yang datang bersama saya bertanyakan pada saya:
Kawan: Tinta, awak nak saya hantar ke comuter ke nak balik dengan makhluk?
(Saya senyum. Ujian seterusnya:)
Saya: Makhluk, kau nak balik bila?
Makhluk: Kejap-kejap lagi.
(Jawabnya lambat, bagai ada sesuatu.)
Saya: Naik teksi eh?
Makhluk: Ha'ah.
Kawan saya mendekatinya dan entah apa yang dicakapkan kepadanya. Kemudian, kawan itu datang kepada saya.
Kawan: Jom, saya hantar ke comuter. Lepas tu, awak naik comuter dengan makhluk.
(Saya ketawa geli hati. Hambek kau. Saja je nak tunjukkan kebodohan diri sendiri. Menipu tak kena tempat. Itulah padahnya. Makhluk ni, saya memang selalu berhati-hati dengan dia, baik depan je, belakang, macam-macam mengata saya. Bukan saya tak tahu. Dah lama saya tahu. Saya biarkan sebab tak mahu bergaduh dengan kawan-kawan. Tapi kalau dah melampau, tunggu sajalah.)
Saya: OK.
Jangan ingat saya terlalu bodoh menilai sikap orang pada saya. Dan jangan suka-suka nak main-mainkan saya. Confirm, agakan saya benar belaka. Kawan saya memberitahu saya siapa yang ada dengan makhluk. Ya, bekas sahabat saya bersamanya. Sahabat yang mungkin dah lupa siapa saya dalam hidupnya. Bila dah lupa saya, pastinya, segala yang pernah kami lalui bersama dan apa yang pernah saya lakukan kepadanya, turut terlupakan. Pastinya keburukan saya yang diingatinya. Yang tak adapun, diada-adakan.
Jadi hari ini, biarlah saya ingatkan sedikit dari masanya yang terlupa. Bukan niat saya mengungkit tapi perbuatannya pada saya sangat melampau. Dengan fitnahnya, penghinaannya, mempersendakan saya, seolah-olah saya tak pernah menyumbang dalam hidupnya. Seolah-olah kawan-kawannya kini tulah segala-galanya. Saya ni bagai alas kaki yang dipijak-pijak.
Kamu yang pernah menjadi sahabat saya, ingatkah kamu yang kamu masuk ke sekolah tempat saya belajar semasa kamu sekolah menengah?
Ingatkah kamu pada masa itu, kamu tidak tahu membaca braille? Penguasaan braille kamu sangat lemah malah sehingga kini.
Ingatkah kamu, saat kamu tidak boleh membaca, kamu harus menduduki peperiksaan?
Dan masa itu, saya bukanlah kawan karib kamu. Tetapi, kerana perikemanusiaan yang ada dalam hati, saya amat tersentuh dengan nasib kamu. Saya cuba membayangkan, bagaimana saya harus menduduki peperiksaan jika saya tidak mampu membaca kertas soalan?
Masa tu, saya sekolah pagi. Bila saya balik ke UPK, pelajar petang mula bersiap sedia untuk menjawab peperiksaan. Kamu diberi senaskah kertas soalan braille. Dan kamu datang meminta saya membacakan satu soalan. Kamu amat sugul. Kamu luahkan pada saya, betapa kamu sedih kerana tidak mampu membaca kertas soalan braille mahupun sighted. Kamu belum mampu menguasai braille. Saya terkejut. Habis, macam mana nak jawab soalan? Lebih kurang soalan yang saya ajukan kepada kamu. Kamu kata, Cikgu Razak akan bacakan tapi kamu kena tunggu cikgu siapkan kerja cikgu dulu. Habis macam mana? Masakan berjalan? Kamu diam. Saya lantas membacakan soalan kepada kamu sampailah jam 3.00 petang kerana saya terpaksa ke sekolah agama pulak. Ada waktunya saya baca sampai jam 6.00 petang jika saya telah habis menduduki peperiksaan sekolah agama.
Dan beberapa hari berikutnya, hal yang sama terus berulang. Saya tidak merasa bebanpun apabila pulang lewat ke asrama kerana kawan biarpun pada masa tu, kami bukan kawan baik. Sekadar bantuan yang tak seberapa dari seorang senior kepada juniornya.
Tapi saya tahu, kamu tak ingat semua tu. Sebab kamu pernah kata, kamu tak ingat hal tu bila saya ceritakan semula pada kamu suatu ketika dulu. Saya terkejut bila kamu kata, kamu lupa. Tapi tak apalah. Bantuan saya sebesar kuman je. Tak ingatpun tak apa. Yang penting, waktu tu dah berlalu dan kamu dapat lalui dengan tidak membiarkan kertas jawapan kamu kosong. Hahaha... Siap ada jawapan yang saya bagi.
Kalau ditanyakan sekarang, pastinya kamu akan nafikan hal itu. Tak apalah, saya tak minta dibalas atau diingati. Cuma, beringatlah kamu apabila kamu membenci orang. Tak suka tak apa. Tapi, janganlah sampai menambah dosa sendiri, memfitnah, mempersenda dan mengeji orang. Mungkin sekarang kamu senang hingga kamu lupa kawan apabila dikelilingi kawan-kawan yang havoc. Tapi, hari depan itu tak menjanjikan langit yang sentiasa gemilang. Manalah tahu, kalau suatu hari nanti, kamu terpaksa meminta tolong orang yang kamu benci. Dan manalah tahu, kalau Allah mahu tunjukkan kebesarannya, Allah letakkan kamu di tempat saya sekarang, dan kawan-kawan yang kamu sanjung tu di tempat kamu kini, meminggirkan kamu, membenci dan mengeji kamu. Dalam baik-baikpun, mereka masih lagi menipu kamu. Mungkin havoc tu lebih penting pada kamu daripada kejujuran seorang kawan. Dan mungkin orang yang mencocok kamu, memecah-belahkan kita tu lebih kenal siapa saya berbanding kamu yang pernah jadi sahabat saya. Sebab tu dengan mudah kamu mempercayainya.
Bila kamu menunjukkan kebencian kamu pada saya, tak perlulah kamu menggelabah atau berasa panas atau lemas apabila kita terpaksa ada dalam program yang sama. Sebab tulah orang yang membenci ni mudah sakit, sebab asyik resah je. Saya tak rasa terganggupun dengan kehadiran kamu dalam majlis yang saya berhak untuk ada sebab di bawah jagaan saya dan budget saya. Jadi mengapa kamu mesti mengeluh dengan kehadiran saya? Sebelum membenci dan mengata orang bukan-bukan, fikir dulu apakah impak di sebalik perbuatan kamu. Jangan ikut syaitan yang menyimbah api kemarahan kepada kamu. Kamu kan solat orangnya. Maka berfikirlah dengan waras. Kamu berhak untuk marah saya. Tapi janganlah melampaui batas kerana orang yang bergaduh melampaui batas adalah salah satu tanda orang munafik. Ini kali kedua kamu buat saya, bukan kali pertama. Peristiwa pertama dulu masih tak memberi pengajaran kepada kamukah? Dan saya percaya, pihak satu lagi gembira dan bertepuk tangan apabila Berjaya memisahkan kita sebagai sahabat kerana pihak itu memang suka kita berpecah sebab pendirian kamu tak teguh, mereka boleh menggoyahkan kamu agar mengikut kehendak mereka. Bila saya ada, saya akan memberikan buah fikiran kepada kamu dan ada masanya, kamu akan bersetuju dengan saya. Itu yang mereka tak nak sebenarnya. Kalau tak percaya, tunggulah, masa akan membuktikannya. Dan mereka memang tak sukakan saya sebab saya tegas walaupun dengan orang-orang yang rapat dengan saya, yang cuba membodek saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Setuju sangat dengan Tinta. Kekadang membenci sampai lupa kita pernah membantu melalui saat2 sukar. Orang macam tu tak layak walaupun untuk dibenci.
Habis tu nak buat apa dengan orang macam tu, kak?
Maafkan dia... Lepaskan dia pergi dari hati kita. anggap tak pernah kenal dia.
Insya-Allah kak, saya maafkannya. Mohon doakan supaya Allah beri petunjuk padanya.
Post a Comment