SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, December 20, 2016

Asal Mulanya Air Asia Dalam Hidup Saya

Assalammualaikum readers, Apa khabar agaknya kalian hari ni? Ada yang sihat, ada yang tak sihat? Yang sihat bolehlah terus bekerja dan jangan lupa baca blog saya yang entah apa-apa ni. Yang sakit tu, bawa-bawalah pergi klinik ya. Nak imbas kembali rasanya hari ni: 1 Oktober lalu, ketika saya di dalam bas nak ke Gopeng, Perak, mengikuti aktiviti caving and rafting, Farah, anak boss saya call saya. Katanya, boss pesan, minta saya selesaikan semua urusan hari ni. Hah? Saya kan cuti, urusan apa? Katanya lagi, abahnya kena serangan jantung dan tak masuk pejabat hari ni. OK, saya ingat, memang ada urusan yang perlu diselesaikan oleh boss hari ni sebenarnya. Setelah membuat beberapa panggilan, maka hal tersebutpun selesai. Boss MC sebulan setengah. Minggu pertama dan kedua, tiada wakil ke Air Asia untuk bagi training. Saya duduk diam je. Malas bersuara tentang Air Asia, nanti, saya yang kena. Boss kan cakap, dia akan ajar saya step by step. Boss kata, Disember atau Januari baru dia bawa saya ke Air Asia. So, selagi boss tak ajar, selamatlah saya. Fikir saya masa tu. Sayapun malas nak fikir siapa yang nak bagi training dan macam mana nak selesaikan masalah ni. Kawan-kawan kata, sayalah kena pergi. Saya cakap, gila apa? Saya tak pernah dilatih untuk mengajar dan saya tak confident dengan English saya. Masuk minggu ketiga, boss kata, dia akan pergi walaupun during MC. Saya lega. Lepas tu, management kata, dia on MC dan mereka berat hati nak lepaskan boss pergi. Mereka suruh saya yang buat. Saya cakap, saya tak tahu apa-apa. Macam mana nak train orang? Boss pulak cakap, dia pergi, tapi saya kena ikut, observe. OK la. Saya rasa, dia boleh mengajar sampai dia habis MC. Suatu hari, boss call saya di pejabat. Dia cakap, esok, saya present. "Hah? Saya? Baru dua kali saya observe. Mana boleh. Saya tak confident," Jawab boss, "Dua kali OK la. Kalau tak sampai bila?" Sebenarnya, saya takutkan Bahasa Inggeris tu. Kalau Malay, sekali tengok atau baca nota jepun saya dah boleh buat. Saya confident. Setelah membuat tawar-menawar, akhirnya boss setuju untuk saya present minggu depannya. Saya ingat dia main-main, sekadar untuk takutkan saya supaya saya ada inesiatif untuk usaha. Minggu depannya, pagi sebelum kelas, dia call saya suruh get ready. Saya jawab, "Tengoklah. Saya tak boleh lagilah, boss," Sampai je Air Asia, dia cakap, saya yang akan present. Masa tu masih dalam kereta. Dia cakap pada driver. Betul ke ni??? Sejuk kaki tangan saya. Macam mana saya nak present dengan Inggeris saya yang entah apa-apa ni? Saya nak nangis. Saya rasa saya tak OK. Saya rasa Inggeris saya terlalu teruk. Tapi kenapa boss begitu yakin dengan kebolehan saya? Masa belajar kat U dulu, saya sering dapat pujian dari lecturer yang Inggeris saya OK. Begitu jugak bila saya bercakap dengan pelancong. Mereka kata "you can speak English very well,". Dulu saya rasa, lecturer cakap macam tu sebab nak bagi semangat kat saya supaya improve Inggeris saya. Sebab tu dia puji saya. Hakikatnya saya rasa tidak. Tapi... Boss saya ni dah kenapa? Dia tak dengar ke yang saya tak boleh cakap Inggeris? Bila saya cakap dengan dia, dia kata dia confident dengan saya. "Your English is not that bad. You can improve your English," Serius saya cakap, saya memang nak nangis hari tu. Assistant saya bagi support kat saya. Dia kata, buat je. Sebab boss ada, kalau salah, boss akan tolong. Korang tahu, masa mula-mula nak cakap good after noon tu, saya memang nak nangis dan lidah saya sangat kelu. Qilah, assistant saya cakap, Nampak sangat muka saya nervous. Bila saya cakap satu dua ayat. Saya blang. Puas saya fikir perkataan yang patut saya gunakan untuk sambung lecture. Tapi tak dapat. Boss tolong sikit-sikit dari belakang cakap perkataan yang patutnya saya cakap. Saya rasa saya bodoh sangat. Saya malu. Kenapa boss biarkan saya malu? Kenapa dia tunjukkan kebodohan saya depan mereka? Habis je lecture, saya rasa lega sangat. Dan saya harap, boss kata, "OK, Tinta. You masih tak boleh, so, you observe me lagi,". Sangkaan saya meleset. Harapan saya musnah berderai. Boss kata, "See, you can do it. You are new, so you are nervous. Saya dulupun macam tu even I can speak English." "Boss lain, nervous yang boleh cakap Inggeris dengan nervous tak pandai Inggeris lain." Saya menyangkal. "Tak adalah. You did well." Saya memang rasa nak nangis. Orang tua ni, tak korek telinga ke apa? Takkan tak dengar Inggeris saya macam mana? Macam mana dia boleh cakap English saya OK? Esok saya kena lagi ke??? Seperti yang diramal, esoknya, dia suruh saya lagi present. Masya-Allah, ni dah jadi bala ni. Hari tu kata suruh saya improve English dulu baru bagi Air Asia kat saya. Ni belum berapa nak improve, dia dah bagi saya. Dia tak takut ke kalau saya buat kesilapan bodoh? Tak takut ke kalau saya malukan dia? Pramugara pramugari tu kan English ya berhabuk! Masuk kali ketiga atau keempat saya present, orang tua ni buat hal lagi. Dia buat perangai baru pulak. Saya dah confident present depan dia, dia suruh saya pergi sorang dengan Qilah. Nervousnya, Tuhan jelah yang tahu. Kalau student Tanya saya tak faham macam mana? Kalau ada dia, dia boleh terangkan atau boleh terjemahkan kat saya. Saya nipun satu hal jugak, Inggeris je takut. Habis kalau dah dalam kelas tu campur dengan staff luar Negara, macam mana saya tak takut? Inggeris dia orang tu kadang-kadang slangnya pelik. Nak tak nak, saya terpaksa buat. Driver pulak saja je usik saya. Katanya, boss saya tu saja je tak nak pergi sebab nak biasakan saya. Sepanjang jalan pergi Air Asia Academy, saya tak tidur sedangkan saya ni suka tidur dalam kenderaan. Makanpun tak. Boss ni memang menderalah boss. Setiap kali ada Air Asia, ada jelah alas an dia untuk tak pergi. Pernah saya suruh jugak dia pergi, dia kata, tak boleh, dia on MC. Cerdik tak boss saya? Hari tu boleh je pergi walaupun MC. Hari ni tak boleh pulak. Sampailah saya dah OK dan confident bagi training walaupun dalam kelas tu semua bukan Malaysian. Sayapun dah mula dapat tangkap slang dia orang. Inggeris ni kena banyak bercakap. Barulah cepat keluar word tu dan nak susun ayatpun akan lebih mudah kalau dah biasa cakap. Alhamdulillah Tuhan. Terima kasih atas ujian ini yang akhirnya membawa saya maju setapak lagi ke hadapan. Baru-baru ni, boss mengaku yang dia saja je buat saya macam tu supaya saya pandai. Kalau tak, sampai bila-bilapun saya bergantung pada dia dan takkan pandai. Sebab, Bahasa Inggeris tu kena banyak cakap dan praktis. Kalau tidak, takkan jadi. Tapi boss kata, Inggeris saya sebenarnya OK, cuma sebab saya tak amalkan, so saya jadi tak lancarlah sebab tak banyak vocabulary dalam kepala. Terima kasih boss, kerana percayakan saya. Syukur Allah atas peluang yang Kau bukakan kepadaku. Boss adalah antara manusia yang menyumbang kepada kemajuan hidup saya. Semoga Allah merahmati boss. Amin...

No comments: