Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, November 10, 2016
Tukar Channel
Salam readers,
Saya dah balik dari Air Asia. Alhamdulillah, hari ni saya rasa lebih confident untuk present dalam Bahasa Inggeris. Tak tahulah kenapa. Hehehe... Mungkin sebab ada guru kot yang latih saya setiap hari sejak kebelakangan ni untuk cakap dan tulis Inggeris. Terima kasih you, terima kasih jugak kepada group-group Whatsapp yang banyak berkomunikasi dalam Inggeris. Paling saya tak sangka, saya dah mula banyak faham dan tangkap apa yang dituturkan oleh American di BBC News. Betullah kata Cikgu Din dan En. Fairuz, English is about speak, listen, and read. Bukan saja pada cikgu, bila En. Fairuz suggest saya dengar BBC pun saya refuse. Saya cuba dengar, tapi setiap kali saya dengar, mesti tak lama lepas tu saya tidur. Tapi sekarang, Alhamdulillah, mata saya boleh bertahan lama dengar BBC News. Cuma masih belum hundred percent la saya faham dan tangkap perkataan dia orang. Paling penting, hari ni, saya faham Bahasa Inggeris student saya di Air Asia. He is from India. Susah sikit nak faham apa yang Indian cakap tapi Alhamdulillah Allah, hari ni saya faham.
Setiap kali kelas, perkara yang membimbangkan saya adalah ground staff, pramugari serta pramugara yang berpengalaman atau dari luar Negara. Saya takut tak faham slang dia orang. Karang, lain dia Tanya, lain saya jawab. Tapi betul, bila kita terdesak, segalanya akan membuatkan kita harungi dengan jaya walaupun terpaksa bersusah-payah.
"Your English is good," Kata beberapa orang Mat/minah Salleh ketika berbual-bual dengan saya sewaktu dalam LRT atau berjalan bersama. Even visitors saya sebelum ni yang datang dari overseapun pernah cakap gitu. Apa saya jawab? "No, actually my English is not so good," Kadang-kadang mereka menafikan apa saya cakap. Dalam hati saya, "Aku tahulah diri aku. Kau pandai-pandai pulak cakap no. Boleh tak kau jangan cakap banyak dengan aku? Sebab aku memang tak pandai Bahasa Inggeris," Dan saya selalu meminimumkan perbualan saya dalam Inggeris. Kalau dia orang nak cakap banyak, saya akan buat-buat sibuk dan jauhkan diri dari dia orang. Hahaha tapi terpaksa jugak sebab PR kan? Sampailah satu hari ada staff bagi tahu boss saya yang English saya improve. Ah, memanglah dia cakap improve, entah-entah, English diapun lebih kurang je macam saya.
"I'm very impress with your English," Kata seorang engineer laut ketika kebetulan makan semeja dengan saya di kedai makan. Ah, setakat cakap sikit-sikit tu bolehlah. Tak ada apa yang perlu di'imperess'kan. Bebel saya dalam hati.
Mr. Peter, pensyarah Bahasa Inggeris saya sewaktu di UiTM pernah tidak membenarkan rakan sekelas baca artikal Inggeris semata-mata mahu saya membacakan artikal berkenaan kepada kelas. Katanya, dia suka dengar slang dan cara saya membaca Bahasa Inggeris. Katanya lagi, sebutan saya tepat dan jelas. Dan saya pernah rasa tak percaya apabila beberapa pensyarah termasuk Mr. Peter memberi saya markah 7 atau 8 per sepuluh ketika speaking test. Begitu juga saya terkejut beruk apabila saya dapat Ben 4 sewaktu peperiksaan MUET. Segalanya saya rasa itu semua nasib je, bukan keupayaan saya menguasai bahasa tersebut. MUET tu saya jangka, saya tak lulus. Dan saya selalu rasa lecturer saya tu tak pandai nilai saya atau mungkin kesiankan saya sebab kalau exam, saya selalu dapat b+, b- atau b.
Seorang board members office ni pulak, datang ucapkan tahniah kat saya lepas saya mengacarakan majlis dalam Bahasa Inggeris, "I like the way you talk. Both, in English and Malay,"
Lepas tu, ada pulak volunteer yang ucap tahniah kat saya sebab bagus dalam mengacarakan majlis in English, siap letak kat group whatsapp.
Saya rasa dia orang ni semua dah gila. Saya rasa tension sangat bila orang kata Inggeris saya bagus. Sebab saya tahu saya amat lemah dalam English. Saya memang elegik Bahasa Inggeris ni. Saya senang sangat tidur bila dengar bahasa yang satu ni. Lebih baik saya belajar Bahasa Itali, dua jam kelaspun, saya still OK. Saya memang tak nak orang tahu saya boleh berbahasa Inggeris sebelum ni sebab saya takut apa yang dia orang cakap, saya tak faham. Biarlah orang nak kata saya bodohpun, saya rela. Nak kata saya kampong? Katalah, yang penting saya tak payah speaking dengan dia orang. Kalau orang cakap Inggeris dalam meeting, saya tak teragak-agak cakap Bahasa Melayu. Kitakan Malaysian. Tapi yang pelik tu, saya tahu kalau orang cakap Inggeris salah. Kadang-kadang grammar salahpun saya tahu. Macam mana boleh jadi macam tu ha? Tapi bila saya cakap, grammar tu tak tahu betul ke salah sebab nervous punya fasal. Takut salah, malu, macam-macamlah perasaan saya. Paling saya rasa gila adalah Mat/Minah Salleh yang cakap saya pandai Inggeris. "Tolonglah, bahasa kau kan? Takkanlah kau tak dengar aku ni cakap Inggeris kokak? Tu pun kau kata bagus ke?" Pelik betul saya.
Ada sekali tu, saya balas voice whatsapp dengan kawan dari Kazakhstan. Orang yang dekat dengan saya masa tu boleh terkejut "Huish, Bahasa Inggeris awak, boleh tahan," Ya Allah, dengar tak Inggeris saya tu, Inggeris yang macam mana? Tolonglah. Saya ni paksa diri je untuk cakap dengan si Kazakhstan tu in English sebab dia tak faham Melayu tapi dia suka kawan dengan saya.
Tensioooooooonnnnnnnn!!!!!!!!!
Perkara yang paling buat saya nak nangis, ialah apabila boss saya cakap, "Esok you present. I tengok,"
Ya Allah, bagai batu dihempas ke kepala saya. Macam manalah orang tua ni boleh nak bagi saya present? Kalau saya tak tetap dalam department ni pun tak apalah sebab saya tak boleh berbahasa Inggeris. Saya sedih sangat masa tu. Rasa gelisah, sampai tak lena tidur malam. Tensionnya rasa, Ya Allah, Tuhan jelah yang tahu. Tukarlah saya pergi department lain kalau nak survive dalam department ni kena English bagai. Fikir saya ketika tu.
Saya pujuk boss. Akhirnya boss mengalah, minggu depannyalah saya present. Tu pun saya masih cari helah supaya saya selamat. Tapi tak selamat jugak. Setiap kali ada kelas di Air Asia saya pasti risau dan tak selera makan. Dalam keretapun saya tak tidur Pada hal, saya ni pantang naik kenderaan,tak kira private mahupun public, mesti tidur kalau tak buat apa-apa. Driver dengan assistant saya sibuk duk usik dan gelakkan saya.
Hari ni, Alhamdulillah, saya tidur nyenyak sekali sewaktu on the way ke Akademi Air Asia di Sepang. Sampai, saya terus tengok kelas mana dan solat. Masuk je kelas assistant saya cakap, dah pukul 2.00 dan kena mula sekarang. Tiada masa relax. Saya terkejut. Alhamdulillah jugak, saya dapat kawal gelabah saya. Sayapun terkejut dengan diri saya hari ni, saya rasa tenang sewaktu present, hehehe boleh nyanyi lagi tu suruh dia orang teka. Banyak perkataan yang boleh keluar lancer dari mulut saya berbanding sebelumk ni, saya selalu lupa perkataan yang saya nak gunakan in English. Tapi Inggeris saya tetap lemah. Saya harus berusaha untuk meningkatkannya. Saya tak sepandai orang lain dalam bab English ni. Serius saya cakap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wow sangat bagus. awak berada dalam kelompok yang boleh bantu awak improve English tu. di UITM, di tempat kerja dan di sekeliling dunia kerjaya awak. saya yakin awak tak akan sia-siakan peluang tersebut. walaupun kita ni elegi sangat-sangat dengan satu bahasa ni. tapi pelik kan. kenapa kita tidak pula elegi dengan bahasa lain? jepun ke? thai ke? korea ke? perancis ke? sepanyol ke? apa-apapun try your best. it's your lucky time now. don't miss it. & then sharing to me. I'm also wonderfull! skala kan kata-kata orang. yang membina mahupun yang menjatuhkan. dua-dua sama penting.
Terima kasih Manjalara. Awakpun salah seorang yang selalu memberi semangat dan kekuatan pada saya sama ada dari segi peribadi mahupun kerjaya. Semoga persahabatan ini utuh hingga ke Jannah. Amin...
Post a Comment