Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, November 29, 2016
Proper, Proper, Proper
Hai readers,
I just got back from Air Asia.
Nak membebel sikit ni.
Dulu saya fikir, bila saya tukar department, saya tak perlu pakai proper macam dekat PR. Maklumlah, PR kan department paling glamor dan banyak jumpa orang. So, tukar department, terlepaslah saya dari jumpa orang and bolehlah pakai biasa-biasa je. Malas pun tak apa. Ternyata, telahan saya tu salah sama sekali. You know what? Sejak saya tukar department ni, makin banyak pulak kena jumpa orang, meeting kat luar, pergi sana-sini. Rasa macam lebih banyak jumpa orang berbanding PR. Kadang-kadang, lima hari seminggu ada kerja luar. Oh my god!!!
Bila boss saya balik dari MC ni, saya rasa lega. So, masa saya mesti lebih banyak kat office. Kerja luar ni penat sebenarnya dan kita kekurangan masa untuk selesaikan kerja-kerja pejabat. Sangkaan saya meleset lagiiiii...
Semalam, saya pakai biasa-biasa sebab tahu tak ada kerja luar. Tak lama saya masuk office, boss bagi tahu, ada meeting dengan wakil MRT jam 10.00 pagi. OK! Hehehe geram jugaklah sebenarnya. Sebelum tu, dia dah bagi tahu saya yang saya kena bagi training pada hari Khamis dan Jumaat kat Air Asia. Tapi saya OK lagi, at least, saya boleh bersantai di office untuk semalam dan Rabu. Semalam tak jadi bersantai sebab ada meeting dengan MRT line 3. OK, hari Rabulah harapan saya.
Petang semalam, staff saya intercom saya, katanya, boss suruh ikut dia meeting di KLIA 2 Rabu ni. Mak ai, penuhnya jadual minggu ni? Saya Tanya, meeting apa? Dia suruh saya direct Tanya boss. Hehehe dia tahulah tu yang saya malas keluar dan nak membebel bila disuruh keluar. Nampak gayanya si assistant saya ni dah mula faham dengan perangai saya. Bila saya marah diapun, dia macam dah masak dengan cara saya marah. Lepas saya tegur kesilapan dia, dia boleh je cakap dengan saya fasal benda lain dan kami jadi macam biasa, tak gaduh dan tak ambil hatipun antara satu sama lain. Yelah, hal kerja, kerjalah. Tak payah nak bawa dalam hal kawan-kawan kan?
Hmmm... So, petang ni, saya dah mula fikir, nak pakai baju apa esok? Tu yang paling saya malas sebenarnya. Nak jaga penampilan. Tapi tak naklah serabai depan orang.
Beberapa hari sebelum Air Asia, saya mesti Tanya boss dan selalu kata, boss pergi kan? Bila dia cakap saya pergi, mesti saya merungut. Hehehe Boss saya ni lagilah dah masak dengan perangai saya. Saya merungut tu bagi dia biasa je, macam nyanyian seekor nyamuk. Bila ditebah, diamlah nyamuk tu.
Boss: Awak kan dah boleh buat. You have more confident what.
Saya: Bukan masalah confident ke tak. Masalahnya, saya malas nak gosok baju.
(Saya nak pakai baju yang tak payah gosok. Tapi baju tu, just duduk kat office sesuailah. Kalau keluar tu kurang sesuai. Dengan boss ni saya cakap je benda yang betul. Dia macam ayah saya dah.)
Boss: Tak payahlah gosok baju. Apa salahnya setakat pergi Air Asia tu tak gosok baju. Who cares?
(Dia nak psiko sayalah tu.)
Saya: Mana boleh. Nanti orang kata saya serabai.
Boss: Tu tak tahulah tu. Kalau tak nak serabai, kenalah gosok baju.
Kan betul. Siap gelak-gelak tu cakap dengan saya macam tu.
Esok, lusa, tulat, Sabtu. Setiap hari keluar. Dah lama saya tak merasa lunch yang panjang hari Jumaat dan tidur di surau pejabat. Bilalah boleh rasa cam tu kan? Tak bestlah jadi busy ni. Tak ada masa nak enjoy-enjoy macam dulu. Badan kena bergerak, otak kena fikir, mulut kena cakap, tingkah-laku kena jaga. Patutlah orang yang lebih busy tu saya tengok, bila sekali dapat santai-santai, dia buat perangai gila-gila. Release tension rupanya. Hehehehe...
Cepatlah hari Ahad datang, saya nak pergi kayak, nak enjoy-enjoy dengan kawan-kawan dan volunteer yang gila-gila dan best.
En. Mahathir, kita latih kayak tau Ahad ni. Tinggal Ahad ni je kita berlatih sebelum ke Pangkor minggu depan. Hahaha mesti meriah punyalah kayak saya dengan En. Mahathir, kami kan gila-gila. Kayuh serius tu 30 minit pertama je kot. Lepas tu main-main. Tapi, mula-mula naik kayakpun mesti kami dah riuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment