Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, December 18, 2016
Gigi Yang Diabaikan
Assalammualaikum readers,
Tengah bersantai ke?
Sudi-sudilah jenguk blog biasa-biasa saya ni. Dah baca, komen tau.
Tajuk buat gempak je. Pada hal cerita biasa-biasa je.
Dua minggu lepas, saya menyibuklah teman Kak Su pergi klinik gigi. Nak check gigi saya yang baru dirawat hari tu. Alang-alang teman kan? Doktor kata gigi OK. Cuma yang ada rasa sengal tu kena x-ray. Tapi klinik tu tak ada x-ray. Kena pergi Tang Leng jugaklah ya?
Hahaha sayapun menggatallah minta doktor buat scaling gigi saya.
Doktor: Kenapa cik nak scaling gigi, cik?
Saya: Nak bersihkan gigi sayalah.
Doktor: Gigi cik ni tak ada karang gigi. So belum perlu di'scaling'.
Saya: Kalau tak ada karang, tak boleh buat ke doktor?
(Saya bertanya macam orang bodoh.)
Doktor: Kita tak galakkan. Scaling tu untuk cuci karang gigi. Tapi gigi cik bersih dan tak ada karang gigi. Nanti datang lagi untuk check. Kalau perlu, kita akan buat.
Sampai hati doktor tak nak buat scaling kat saya. Mencegahkan lebih baik. Takkan nak tunggu karang bertempek baru nak buat?
Saya melangkah keluar bilik doktor dengan hampa.
Dalam diam, saya bersyukur kerana Allah berikan kesihatan dan kebersihan gigi kepada saya. Mungkin berkat usaha penjagaan gigi bersama Oradex seperti saranan Doktor Zaidah Klinik Tang Leng beberapa bulan lepas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment