SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, December 25, 2016

Rahsia Hati Abah

Bila berbual-bual dengan abah, maka semalam terbukalah rahsia hati yang abah simpan sekian lama. Rupa-rupanya, pada hari pertama abah hantar saya ke sekolah berasrama 24 tahun dahulu, abah menangis teresak-esak sampai terpaksa ditenangkan oleh Cikgu Sharifah Aishah Syed Salim Al-Atas. Abah kata, itulah hari yang paling sedih dalam hidup abah kerana terpaksa melepaskan saya yang merupakan anak manjanya yang baru berusia Sembilan tahun. Kalau abah tak kuat, pastinya abah bawa saya pulang ke Kelantan semula. Mami (nenek) yang turut menghantar saya ketika tu pernah cakap, abah menangis sampai basah sapu tangan dan kolar bajunya. Selama ni, saya ingat abah sedih biasa-biasa je bila tinggalkan saya dulu. Rupanya, abah berperang hebat dengan perasaannya. Hati saya tersentuh bila abah kata, hari tulah, 27 Disember, 1992, adalah hari yang paling sedih dalam hidup abah. Abah cakap lagi, tak ada hari yang sesedih hari tu dalam hidup abah. Saya nak nangis dengar cerita abah. Tapi saya tunduk dan tahan tangis saya. Abah, Along sayang abah. Dari along kecil sampai sekarang. Along kan manja dengan abah. Semua benda nak buat dengan abah. Nak abah temankan. Nak cakap dengan abah dan nak minta benar abah. Mama pernah cakap, abah selalu panggil saya lepas balik dari hantar saya kat JB. Siap cakap, kalau abah ada helikpter, hari-hari abah akan datang tengok saya kat sekolah. Kalau abah ada helicopter, baik saya berulang je pergi Johor hari-hari. Hehehehe Cerita abah lagi, paling dia tak boleh tengok, adalah waktu makan di sekolah. Dia rasa sedih bila tengok anaknya diberi makan dalam pinggan dan gelas plastic serta dicampur nasi, lauk dan sayur dalam satu pinggan. Mungkin abah sedih sebab tak ada lagi hidangan beberapa jenis lauk serta sayur buat saya. Tiada lagi pinggan dan gelas kaca menjadi alas makanan saya seperti di rumah iaitu lazimnya disiapkan oleh mama, mami, chek atau orang gaji saya. Makan pulak berwaktu dan ada kuantitinya. Boleh tambah kalau ada lebih. Makanan pulak, satu lauk dan satu sayur sedangkan kalau di rumah setiap waktu makan, meriah menu untuk kami sekeluarga. Lepas tu waktu minum hanya dua keeping biskut dan ada biskut yang dihidangkan tu, bukan biskut kesukaan saya dan saya tak makan kalau di rumah. Dan di rumah, banyak pilihan biskut atau makanan buat saya. Hahaha sampai sekarang banyak pilihan makanan kat rumah ni. Kan dah hari ni sakit perut sebab makan banyak. Dietpun berantakan bila balik Kelantan. Ya, abah tak boleh terima semua tu bila melihat anak kecilnya terpaksa makan bercatu, serta berwaktu walaupun kat rumah sayapun ada waktu makan seperti yang abah tetapkan. Mujurlah anak abah ni, boleh mengembek bila masuk kandang kambing. Tak adalah merengek atau mengamuk nak makan benda lain selain dari yang disediakan pihak sekolah. Entah-entah sepanjang perjalanan Johor ke Kelantan abah menangis bila mengenangkan saya, anaknya yang ditinggalkan demi sebuah masa depan. Abah, along memang rasa tak cukup masa bersama abah. Sebab tulah sekarang ni along selalu balik walaupun along sorang je balik. Along nak banyak masa bersama abah. Abahpun dah tua. Bila abah pencen, rasa best bila balik sebab sepanjang hari abah ada di rumah. OK lah. Abah mesti dah balik dari masjid. Saya nak keluar sembang-sembang dengan abah lagi. Malam ni kan malam terakhir kat rumah ni. Malam esok dah nak balik KL. Kalau rajin, sambil-sambil sembang dengan abah, saya tulis lagi. Bye bye korang.

No comments: