Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, November 8, 2016
Dengan Izin Allah
Hampir setahun ni, macam-macam yang saya lalui. Tahun ni, memang tahun dukacita buat saya. Tak apalah, Allah kan ada. Dan saya dapat rasakan, bila saya berdukacita, hanya orang-orang yang benar-benar ikhlas menjadi kawan saya je yang terus bersama saya. Menghulur tangan untuk saya berpaut agar bangun, menolak saya ke atas semula serta memimpin saya agar tidak tersadung lagi dalam destinasi yang penuh cabaran ni.
Kawan itu, silih berganti. Kawan ketawa, akan cepat perginya. Tapi janji Allah, Dia akan bagi yang lebih baik. Maka, Allah tunaikannya buat saya. Mungkin kawan-kawan yang saya ada kini bukanlah seperti kawan-kawan yang saya ada dulu. Kawan yang havoc, happy go lucky, lepak sana-sini dan ada yang menggolongkan mereka sebagai high standard. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Sebab saya berkawan dengan mereka bukan sebab kelas. Dan saya tahu kelas kehidupan kawan-kawan saya. Sama je macam saya.
Alhamdulillah Allah, kawan-kawan yang saya ada sekarang, adalah kawan-kawan yang mengajar erti kehidupan, mengajar saya makna akan suatu perjuangan, mencorak kehidupan yang lebih rialistik, menukil cita yang perlu digapai. Kawan-kawan yang berkongsi pengalaman dan pendapat buat bekalan dalam kehidupan dan kerjaya demi suatu kejayaan yang menuntut jerih-perih keringat serta air mata.
Apa yang lebih mengharukan saya, saya mempunyai boss yang terlalu yakin akan kebolehan saya. Yang selalu menolak saya ke hadapan. Yang selalu mahu kebolehan saya dipandang ramai. Begitu juga dengan board members yang percaya dengan kebolehan saya. Sentiasa cuba buat saya rasa selesa dan memenuhi keperluan kerjaya saya. Dan ada juga rakan-rakan pejabat yang sentiasa di samping saya, membantu saya dalam kemajuan kerjaya dan kehidupan.
Satu demi satu Allah datangkan pada saya. Saya mula dipertemukan dengan pelbagai orang untuk berurusan, mungkin Allah nak pergaulan saya luas dan tidak terhad pada satu kumpulan sahaja. Dan saya juga berpeluang mencuba beberapa perkara baru.
Terima kasih Allah, walaupun saya kelihatan keseorangan, tapi sebenarnya tidak. Saya rasa kini saya kaya dengan kasih sayang dan perhatian orang-orang yang benar-benar ada dengan saya meskipun mereka jauh. Rakan-rakan pejabatpun dah mula memahami cara kerja saya. Dan saya rasa, saya semakin dihargai walaupun ada yang membuang saya. Cuma, saya tahu, dalam perjalanan yang entah bila terhentinya ini, pastinya saya akan dipertemukan lagi dengan orang-orang yang akan menguji saya dan saya akan dihadapkan dengan pelbagai dugaan mendatang.
Jadi, kepada dia yang kononnya mahu memberi pengajaran kepada saya, terima kasih sahabat. Kerana apa yang kamu lakukan, memberi saya lebih kekuatan dan membuka minda saya untuk memahami erti persahabatan. Hakikat yang paling pahit untuk saya terima adalah kenyataan yang kamu bukanlah sebenar-benarnya sahabat yang dapat saya sandarkan segala harapan serta kongsikan segala kedukaan dan kebahagiaan. Jika kesalahan sayapun tidak dapat kamu terima dan cuba memandu saya kepada kebenaran, malah, saya dipinggirkan dan pelbagai cerita direka. Tidak cukup dengan itu, saya dipersendakan. Maka, saya harus terima hakikat bahawa, kita tidak sesuai menjadi sahabat. Apapun, terima kasih atas segala kebaikan kamu kepada saya sebelum ini. Dan saya harap, kebaikan yang sebelum-sebelum ini ikhlas dari hati kamu dan semoga Allah melipatgandakan kebaikan buat kamu atas segala kebaikan kamu pada saya. Sebagai orang yang pernah menjadi sahabat kamu, saya sayangkan kamu sampai saat ini dan Insya-Allah sampai bila-bila cuma langkah kita saja yang tidak seiring lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
itu sudah rezeki kamu yang dikurniakan boss yang sentiasa memberi dukungan dan support. semoga kamu berjaya memberi manfaat untuk generasi OKU penglihatan. kita bukan lagi sahaja perlu dipulihkan tetapi perlu disatukan, dibangunkan dimajukan. pimpinlah untuk semua dan bukan hanya pihak-pihak tertentu menikmati hasilnya. syabas dan tahniah buat kamu. kawan, teman, sahabat dan taulan silih berganti dalam kehidupan. hubungan yang sejati itu penentunya takdir.
Terima kasih, Manjalara. Insya-Allah, saya akan cuba buat sehabis baik untuk komuniti ini. Mohon sokongan dan doa semua.
Post a Comment