Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, November 28, 2016
Baju Dan Facebook
Assalammualaikum readers,
Selamat memulakan hari baru, dalam minggu yang baru. Tengah sibuk ke tu? Kalau tension, sudi-sudilah baca blog saya yang merepek ni hehehe...
Hahaha... FB dah tutup lama, tapi masih ada cerita fasal FB ni. Rindu? Taklah, saya tak rindukan FB langsung sebab saya tahu, FB itu menyakitkan. Malah, saya lebih tenang hidup tanpa FB.
Rupa-rupanya, ada pelbagai ragam pembaca dan likers FB saya ni. Kadang-kadang, boleh buat saya senyum sendiri. Kadang-kadang saya fikir, sampai tahap tu mereka melihat saya di FB.
Baru-baru ni, saya adalah jumpa dengan sorang kakak ni.
Kakak: Dah lama tak Nampak kat FB?
Saya: Ha'ah, dah lama tak aktif.
(Malas nak cerita deactivate segala bagai. Panjang pulak nanti soalnya)
Kakak: Tulah. Tak bestlah. Aktiflah balik.
Saya: Kenapa?
Kakak: Akak selalu tengok FB Tinta walaupun tak komen. Akak perhati je. Like selalulah.
Saya: Oh ya ke? Terima kasih, kak.
Kakak: Sebenarnya, akak suka tengok baju-baju yang Tinta pakai dalam gambar-gambar kat FB tu. Cantik-cantik. Kalau akak like pun, bukan like status sebenarnya, akak like baju-baju Tinta. Macam-macam fesyen baju Tinta. Sekarang ni, bosanlah sikit, tak boleh cuci mata tengok baju.
Apa? Peliklah dia orang ni. Selalu orang like status. Ini like baju. Hahaha apapun, saya hargai apa yang mereka suka. Terima kasih semua atas perhatian yang diberikan.
Apa? Gambar? Hahaha kat blog ni belum sampai seru nak letak gambar. Nantilah, kalau rajin nanti, wajah saya akan muncul kat blog ni macam kat FB dulu. Jangan menyampah pulak nanti. Tu pun dah ada permintaan supaya saya upload gambar-gambar saya kat sini sebagai ganti FB. Katanya, tak best baca tak ada gambar. Katanya lagi, asyik baca cerita je. Nak jugak tengok tuannya macam mana sekarang. Kalau kat FB dulu hamper setiap minggu boleh tengok wajah, boleh tengok kurus ke, gemuk ke. Hehehehe sungguh macam-macam dia orang ni.
Tataaaa...
Kejap-kejap lagi, saya akan kembali dengan cerita lain pulak. Hari ni kat office je. So, mood nak tulis blog pun datang. Jangan bosan tau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment